QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

05 April, 2010

Sifat 20 Tuhan




20 Sifat Yang Wajib Haknya Allah Taala
Adapun Sifat 20 itu di bahagi atas empat perkara.

Mana dia?
Iaitu Nafsiyah – Salbiayah – Ma’ani – Ma’nawiyah.

Pasal apa dibahagi empat?
Kerana mengikut syariatnya, sifat 20 itu sudah dibahagi empat bahagian.

Apa pasal?
Pasal nak cari undang-undang sifat.

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. Awaluddin makrifatullah – ertinya awal-awal agama itu mengenal Allah.

Maka dari itu hendaklah kita ketahui barang yang wajib pada haq Allah Taala – dan yang mustahil atasnya, dan yang harus baginya.

Juga barang yang wajib pada haq Rasuululloh – dan yang mustahil atasnya dan yang harus baginya iaitu :

20 sifat yang wajib – 20 sifat yang mustahil – 1 harus

Kerana ia menjadi asal segala ilmu – ilmu usulluddin – ilmu tauhid – ilmu sifat – ilmu kalam dan ilmu 68 aqoo edul iman.

Yang mana telah diwajibkan di atas orang islam semua mempelajarinya.



Sifat 20

Sifat Wajib
Tulisan Arab
Maksud
Sifat
Sifat Mustahil
Tulisan Arab
Maksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
Ada
Nafsiah
Adam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam
ﻗﺪﻡ
Dahulu
Salbiah
Haduth
ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqo’
ﺑﻘﺎﺀ
Kekal
Salbiah
Fana
ﻓﻨﺎﺀ
Binasa
Mukhalafatuhu lilhawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Bersalah-sahan-Nya bagi segala yang baharu
Salbiah
Mumathalatuhu lilhawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baharu
Qiamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiri
Salbiah
Qiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniat
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Asa
Salbiah
Ta'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrat
ﻗﺪﺭﺓ
Berkuasa
Ma'ani
Ajzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Irodat
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukan
Ma'ani
Karahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
Ilmu
ﻋﻠﻢ
Mengetahui
Ma'ani
Jahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayat
ﺣﻴﺎﺓ
Hidup
Ma'ani
Al-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Samak
ﺳﻤﻊ
Mendengar
Ma'ani
As-Summu
ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar
ﺑﺼﺮ
Melihat
Ma'ani
Al-Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam
ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kata
Ma'ani
Al-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Qoodirun
ﻗﺎﺩﺭ
yang berkuasa
Ma'nawiyah
ajizan
ﻋﺎﺟﺰﺍ
yang lemah
Muriidun
ﻣﺮﻳﺪ
yang berkehendak menentukan
Ma'nawiyah
kaarihan
ﻛﺎﺭﻫﺎ
yang benci iaitu tidak menentukan
Aaliman
عالم
yang mengetahui
Ma'nawiyah
jahilan
ﺟﺎﻫﻼ
yang jahil
Hayun
حي
yang hidup
Ma'nawiyah
mayitan
ﻣﻴﺘﺎ
yang mati
Samiion
سميع
yang mendengar
Ma'nawiyah
asamma
ﺃﺻﻢ
yang tuli
Basiirun
بصير
yang melihat
Ma'nawiyah
a'maa
ﺃﻋﻤﻰ
yang buta
Mutakallimun
متكلم
yang berkata-kata
Ma'nawiyah
abkam
ﺃﺑﻜﻢ
yang kelu




Inilah dua puluh sifat yang wajib bagi haqnya Allah Taala


1. Wujud – ertinya ADA – maka mustahil tiada – dalilnya Firman Allah Taala
الله الذ ي ﺨلق السموا ت والارض وما بينهما (Allahullazi halaqos samawatii wal ardhi wama baina huma ertinya Allah Taala jua yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi dan barang di antara keduanya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat pada tuhan Allah Taala tiap-tiap yang maujud adanya.

2. Qidam – ertinya SEDIA – maka mustahil baharu – dalilnya Firman Allah Taala
هو الاول والاخر (Hu wal awalu wal akhiru ertinya Allah Taala jua yang terdahulu dan ia jua yang terkemudian).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi syukur pada Allah yang menjadikannya mukmin dan muslim dengan taufiqnya adanya.

3. Baqo’ – ertinya KEKAL – maka mustahil binasa – dalilnya Firman Allah Taala
ويبقي وجه ربك ذالجلال والاكرام (wa yabqo wajhu rabbukaa zal jalalii wal ikhram ertinya kekal zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat yang ia akan mati kerana boleh ia banyak istigfar – taubat pada Allah Taala adanya.

4. Muhalafatuhu lil hawadis – ertinya bersalah-salahan Allat Taala bagi segala yang baharu – maka mustahil bersamaan Allah Taala dengan segala yang baharu – dalilnya Firman Allah Taala ليس كمڽله شيئ (laisa kamislihii saiun ertinya tiada seumpama Allah Taala sesuatu).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak memberi tasbih pada Allah Taala jua adanya.

5. Qiamuhu Taala binafsih – ertinya BERDIRI Allah Taala dengan sendirinya – maka mustahil tiada berdiri dengan sendirinya – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله لغني عن العالمين (innallahaa la ngannii anil aalamin ertinya Bahawasanya Allah Taala sesungguhnya kaya daripada sekalian alam).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyatakan hajatnya dan fakirnya kepada Allah Taal adanya.

6. Wahdaniat – ertinya ASA. Asa Zatnya –asa sifatnya – asa af’alnya – asa asmanya – maka mustahil berbilang-bilang zatnya – dalilnya Firman Allah Taala قل هو الله احد (qul huwallahu ahad ertinya katakan olehmu ya Muhammad – Allah Taala Tuhan yang asa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia melihat af’al Allah Taala jua atas tiap-tiap sesuatu kejadian adanya.

7. Qudrat – ertinya BERKUASA– maka mustahil lemah – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله كل شيئ قدر (innallahaa kulli saiin qadir ertinya Bahawa Allah Taala atas tiap-tiap sesuatu yang amat berkuasa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tawadduk, maka tiada takbur dan tiada membesarkan diri dan banyak takut kepada Allah Taala.

8. Irodat – ertinya BERKEHENDAK– maka mustahil benci – dalilnya Firman Allah Taala
فعال لما يرد (fa'allu lima yuriid ertinya berbuat Allah Taala bagi barang yang ditentukannya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi, syukur kepada Allah Taala atas tiap-tiap nikmat dan sabar atas tiap-tiap bala di dunia adanya.

9. Ilmu – ertinya TAHU– maka mustahil jahil – dalilnya Firman Allah Taala
والله بكل شيئ عليم (wallahu bikulli saiin aalim ertinya bermula Allah Taala dengan tiap-tiap sesuatu yang amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia amat takut membuat maksiat – kerana tuhannya mengetahui akan halnya itu adanya.

10. Hayat – ertinya HIDUP– maka mustahil mati – dalilnya Firman Allah Taala
وتوكل على الحي الذي لايموت
(watawakkal aalal haiyyallazi laa yamuutu ertinya serahkan olehmu akan dirimu kepada tuhan yang hidup yang tiada mati).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyerahkan dirinya kepada Allah Taala adanya.

11. Samak – ertinya MENDENGAR– maka mustahil tuli – dalilnya Firman Allah Taala
والله سميع عليم (wallahu samiiun aalim ertinya bermula Allah Taala yang amat mendengar dan amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada berkata perkataan haram – sebab tuhannya mendengar segala perkataannya.

12. Basar – ertinya MELIHAT– maka mustahil ia buta – dalilnya Firman Allah Taala
والله بصيربما تعملون (Wallohu Basiirun bimaa ta’malun ertinya bermula Allah Taala yang amat melihat dengan barang yang diperbuat).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada membuat maksiat sebab tuhannya melihat akan perbuatannya.

13. Kalam – ertinya BERKATA-KATA– maka mustahil kelu – dalilnya Firman Allah Taala
وكلم الله موسى تكليما
(Wakal lamal loohu Muusa tak liimaa ertinya berkata-kata Allah Taala akan nabi Musakan sempurna perkataan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi zikir pada Allah Taala dengan pengharapan sebutnya Allah Taala padanya.

14. Qoodirun – ertinya YANG BERKUASA – maka mustahil yang lemah – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Qudrat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak takut kepada tuhannya yat amat berkuasa serta lagi besar pengharapan kepadanya dengan segala kebajikan adanya.

15. Muriidun – ertinya YANG BERKEHENDAK – maka mustahil yang benci – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Irodat - adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak berpinta doa pada tuhannya dengan segala bahaya dunia dan akhirat jua adanya.

16. Aaalimun – ertinya YANG MENGETAHUI – maka mustahil ia jahil – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Ilmu.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa meminta pertolongan daripada Allah Taala dalam tiap-tiap hal ehwalnya dan peliharaan daripada tiap-tiap kejahatan dunia dan akhirat - adanya.

17. Hayun – ertinya YANG HIDUP – maka mustahil yang mati – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Hayat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak tawakkalnya kepada Allah Taala di dalam segala hal ehwalnya – yakni menyerahkan diri kepadanya.

18. Samiion – ertinya YANG MENDENGAR – maka mustahil yang tuli – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Samak adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak segala puji-pujian kepada Allah Taala dan banyak syukur kepadanya dan banyak meminta doa kepadanya.

19. Basiirun – ertinya YANG MELIHAT – maka mustahil yang buta – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Basar.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak malu kepada tuhannya yang melihat akan dia membuat dosa atau fardhu jua adanya.

20. Mutakallimun – ertinya YANG BERKATA-KATA – maka mustahil yang kelu – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Kalam.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak membaca quran dengan kyusuk dan hormat Ta’zim dan Tajwid – maka bukan dengan Adu Qiro’ at adanya.




Sifat 20 dibahagi empat bahagi
Nafsiyah
Salbiyah
Ma’ani
Ma’nawiyah
Wujud
Qidam
Qudrat
Qoodirun
Baqo
Irodat
Muriidun
Muhalafatuhu lil hawadis
Ilmu
Aalimun
Qiamuhu binafsih
Hayat
Hayun
Wahdaniat
Samak
Samion
Basar
Basirun
Kalam
Mutakallimun


8/1/66 - ما هو شفاء ورحمة للمو منين (maahuwaa syifaa on waroh matul lil mukminiin) ertinya – apa dia penawar bagi orang mukmin?



Sifat 20 itu dibahagi atas empat perkara.
Pertama Hendaklah dijaga Sifat Salbiyah
Kedua Sifat Ma’ani
Ketiga Sifat Ma’ani, Ma’nawiyah – sudah lepas di sini
Keempat Sekarang ada dekat mana ?
Tahu di mana ada ini satu-satu barang – satu-satu barang inilah yang dicarik – itu engkau jangan main-main.


Wujud – Sifat Nafsiyah
Apa erti Wujud? Inilah yang hendak di jaga – jangan layak jangan banding –
Iaitu ZAT WAJIBAL WUJUD – selama-lamanya tiada dikeranakan dengan suatu kerana.

Apa kehendaknya?
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama-lamanya tiada dikeranakan dengan suatu kerana.

23/5/66
Wujud – Sifat nya Nafsiyah.
Apa erti Wujud? Inilah yang hendak dijaga jangan layak jangan banding.

Macam mana kita nak menjaga itu barang tadi, supaya jangan layak jangan banding.
Apa macam dia punya undang-undang? 
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama-lamanya, tiada di keranakan dengan suatu kerana. Itu undang-undang dia.

Kalau sudah dikeranakan dengan suatu kerana, atau pun sudah layak atau sudah banding dengan sesuatu yang lain, maknanya perkara itu sudah menyalahi sebagaimana kehendaknya Nafsiyah.

Jadi – siapa yang menjaga itu tadi?
Sifat mesti jaga, iaitu sifat Nafsiyah mesti jaga.

Macam mana Sifat nak jaga?
Macam mana Sifat itu nak menjaga Nafsiyah?
Macam mana Sifat itu punya peranan nak jaga itu Nafsiyah?
Iaitu Sifat itu kita mesti jaga, pasal Sifat itu ada pada kita.
Sifat kita mesti jaga, jangan layak jangan banding.

Macam mana sifat itu nak jaga!
Iaitu sebelum berbunyi, sifat mesti jaga dulu, jangan melayakkan dan jangan banding.
Macam mana?
Bila hukum nafi tadi, sifat jangan buka.
Bila sifat sudah buka, bermakna sudah layak sudah banding, pasal sifat tak jaga.

Apa macam! Kalau awak membunyikan kalimah Allah ini tadi. Kalau awak tak jaga!
Bermakna sudah layak sudah banding.
Siapa yang nak jaga!

Sifat lah. Sifat jaga dulu sebelum membunyikan nama dia.


Sifat Salbiyah
  1. Qidam
  2. Baqo’
  3. Muhalafatuhu lil hawadis
  4. Qiamuhu binafsih
  5. Wahdaniat

Iaitu sifat yang menolakkan atau menafikan barang yang tiada layak bagi Zat Tuhan Jalla wa azzaa.

15/5/66 – Salbiyah di dalam matahati

Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang menolakkan / menafikan barang yang tiada layak bagi zat tuhan.

Makanya MATAHATI

Luka di tangan nampak berdarah, luka dihati siapa tau!

Macam mana kita nak buat itu!
Di mana letaknya itu sifat?
Sifat itu letaknya pada sifat Ma’ani. Sifat memberi khabar, iaitu member khabar pada Ma’ani, iaitu Samak, Basar, Kalam. Kalau tak jaga, dia akan rosak.

ALLAH TAALA itu bukannya baharu tapi Qidam / sedia.
ALLAH TAALA itu bukannya binasa tapi Baqo / kekal.
ALLAH TAALA itu bukannya boleh diumpamakan tapi muhalafatuhu lil hawadis / tak boleh umpama.
ALLAH TAALA itu bukannya berdiri dengan yang lain tapi Qiamuhu Taala binafsih / berdiri dengan sendirinya.
ALLAH TAALA itu bukannya berbilang-bilang tapi Wahdaniat / asa.

Jadi kita tahu, makamnya pada matahati.

Macam mana kita nak tolak? Sedangkan makamnya di dalam matahati?
Jaga mata kepala, supaya matahati tidak rosak.

Macam mana nak jaga?
Iaitu apabila kita nampak sesuatu yang menyalahi daripada agama itu tadi, itu kita kena tolak.
Kalau kita pandang juga, maknanya kita tak tolak.
Jadi kalau kita tepandang perkara-perkara yan tidak betul maka kita alihkan pandangan kita.
Kalau kita dengar orang bercerita tak senonoh, kita angkat kaki, jalan.
Jangan tunggu, kalau kita tunggu juga, kita pun sama dengan dia, 2 x 5 dengan 5 x 2.

Apabila kita tak tolak, matahati kita rosak kerana ia tertakluk kepada sifat Samak / Basar / Kalam.

Jadi apabila kita pandang tadi, dia pergi pada Basar. Jadi kita tolak, supaya matahati tidak rosak sehingga kita tua pun, matahati kita tetap terang.

Macam doctor yang betulkan mata orang, matahati dia sendiri pun rosak.

Macam mana yang dikatakan sifat menolak?
Dalam sifat Nafsiyah, satu saja iaitu Wujud.
Dalam Salbiyah 5 iaitu Qidam, Baqo’, Muhalafatuhu Taala lil hawadis, Qiamuhu Taala Binafsih dan Wahdaniat.

Bila kita kata sifat yang menolak / menafikan barang yang tiada layak bagi Zat Tuhan.

Maknanya kita kena tahu satu per satu.

Nafsiyah pun sifat. Salbiyah pun sifat. Ma’ani pun sifat. Ma’nawiyah pun sifat!

Jadi yang mana dikatakan sifat yang menolak atau menafikan?
Oleh sebab itu hendaklah kita amat amati kerana sifat 20 ini dibahagi 4 perkara, masing-masing ada kehendaknya.

Sifat Salbiyah ini adalah Sifat Istikhabar, iaitu sifat yang memberi khabar kepada sifat kenyataan yang ada pada maujud.

Siapa sifat yang maujud?
Iaitu orang-orang yang sudah belajar sifat

Peringatan :
Kalau kita cerita dengan orang syariat – maka kita katakan, sifat yang memberi khabar kepada yang maujud.

Kalau orang belajar tasawuf mengenal diri maka carilah pada diri.

Kerana kita belajar sifat ini mengenai diri, baru kita dapat jaga sifat-sifat itu tadi pasal kita sudah kenal.

Kalau kita belajar sifat, hanya kita baca-baca, tapi tak bawa pada diri, macam mana kita nak jaga? Dan apa yang kita nak jaga pun kita tak tahu.

Jadi sifat Salbiyah ini tadi, iaitu sifat khabar yang ada kenyataannya pada yang maujud.
Bila kita belajar diri, maka adalah kenyataannya pada diri iaitu Ma’ani.


Sifat Ma’ani
  1. Qudrat
  2. Irodat
  3. Ilmu
  4. Hayat
  5. Samak
  6. Basar
  7. Kalam

Iaitu sifat yang berdiri pada Zat Yang Wajibal Wujud – mewajibkan baginya suatu hukum.

24/4/68 – Hendaklah dinyatakan hukum-hukum sifat Ma’ani.
Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang berdiri dengan Zat Wajibal Wujud yang mewajibkan satu hukum.

Macam mana?
Tujuh sifat mewajibkan satu hukum!

Kalau dia ada hukum, ini sifat Ma’ani berdiri dengan Zat.
Kalau dia tidak ada hukum, ini sifat Ma’ani tidak berdiri dengan Zat. Ia berdiri dengan yang lain.

Macam mana jalannya?
Tujuh sifat itu tadi, dia memakai satu hukum hukum Zat Wajibal Wujud.

Kalau dia dapat jaga hukum! Selamat itu dua puluh sifat.

Kalau dia tak jaga hukum! Habis jahanam itu dua puluh sifat.

Sifat yang wajib yang ada pada diri kita, iaitu tujuh sifat Ma’ani. Itu hukum kita mesti mau jaga.

Bila kata hukum! Macam mana?
Umpama orang bicara, mahkamah jatuh hukum 3 bulan penjara bermakna sudah berjalan itu hukum.

Jaga hukum sifat yang berdiri dengan Zat yang Wajibal Wujud, kerana ia mewajibkan satu hukum.

Macam mana awak pegang hukum?
Kalau awak tak hukum, awak balik kena hukum.

Kalau sifat Ma’ani menjaga hukum, maka sifat Ma’nawiyah tidak rosak.

Sifat Ma’ani sifat menjaga hukum, tujuh sifat Ma’ani mewajibkan baginya satu hukum.

Macam mana yang dikatakan mewajibkan satu hukum? Hukum siapa?
Hukum Allah.

Apa yang di kehendaki dengan hukum Allah itu?
Iaitu hendaklah kita jaga sifat-sifat kita itu.

Ada tak Sifat Qudrat pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Irodat pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Ilmu pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Hayat pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Samak pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Basar pada kita? – Ada.
Ada tak Sifat Kalam pada kita? – Ada.

Pada sifat Basar, iaitu kehendak.

Ada orang bangun pagi-pagi cari apa? cari wang.
Ada orang bangun pagi-pagi cari apa? cari makan.
Cari harta dan macam-macam lagi.

Tapi kita bangun pagi-pagi cari Allah. Selepas cari Allah, baru lah cari rezeki mudah-mudahan rezeki yang kita dapat itu memberi keberkatan.

Maka 7 sifat Ma’ani itu sudah ada pada kita, maka hendaklah kita jaga hukum-hukum dia tadi.

Ini amalan tauhid, dia pergi kepada sembahyang. 
Bila kena hukum dalam sembahyang itu, semuanya tidak bergerak.

ALLAH AKBAR – Ma’ani tak begerak lagi, seab sudah kena hukum, kerana sifat Ma’ani sifat yang berdiri dengan Zat yang Wajibal Wujud – MESTI – tak boleh tidak memegang hukum.

Satu hukum, iaitu hukum Zat.
Sebab apa? Sebab tuan sifat itu ialah Zat yang Maha Besar.

Jadi sekarang kita kena jaga itu hukum yang wajib itu. Kalau tidak balik besok kita kena hukum pasal Zat sudah rosak.

Sekarang kita belajar sifat siapa?
Sifat Allah Taala.


Sifat Ma’nawiyah
  1. Qoodirun
  2. Muriidun
  3. Aalimun
  4. Hayun
  5. Samion
  6. Basirun
  7. Mutakallimun

Iaitu sifat yang melazimkan bagi tujuh pada sifat Ma’ani seperti Qoodirun melazimkan Qudrat – hinggalah selanjutnya.

24/4/68 – Ma’nawiyah alam hakikatul Zat – menghidupkan nyawa.

Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang melazimkan bagi 7 sifat ma’ani seperti :

  1. Qoodirun melazimkan Qudrat.
  2. Muridun melazimkan Iradat.
  3. Aalimun melazimkan Ilmu.
  4. Hayun melazimkan Hayat.
  5. Samion melazimkan Samak.
  6. Basirun melazimkan Basar.
  7. Mutakallimun melazimkan Kalam.

Jadi sifat ini melazimkan pada 7 sifat Ma’ani.
Maknanya sekarang Ma’nawiyah sudah melazimkan pada Ma’ani.
Ma’ani kena jaga hukum. Kalau tak jaga hukum, Ma’nawiyah akan rosak. Ma’ani kene hukum.






Sifat kesempurnaan

Sifat 20 itu dibahagi atas dua bahagi.


Dia pergi pada kalimah
لا إله إلا الله

( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ ) Sifat Istigna 11 sifatnya.
  1. Wujud
  2. Qidam
  3. Baqo’
  4. Muhalafatuhu lil hawadis
  5. Qiamuhu binafsih
  6. Samak
  7. Basar
  8. Kalam
  9. Samion
  10. Basirun
  11. Mutakallimun


Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap barang yang lainnya
14/4/68 - لا إله (LAA ILAAHA) Istigna ,. 
Mulai kami dengan kebesaran Allah. 


Kalimah لا إله (LAA ILAAHA) dia mengandungi kalimah Tafsir yang berlawanan. 

10/5/68 - Nafi - Menafi sifat menolak. 
sifat memberi bekas - hakikat jasmani - ini jalan Da'emon. 


( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )Sifat Iftiqar 9 sifatnya.
  1. Qudrat
  2. Irodat
  3. Ilmu
  4. Hayat
  5. Qoodirun
  6. Muriidun
  7. Aalimun
  8. Hayun
  9. Wahdaniat


Berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepada Allah

24/5/68 - Banyak orang yang membicarakan pasal NIAT dan TERTIB - yang dikatakan NIAT itu 9 berdiri menjadi satu. Niat sembahyang satu jua - 

kamu berkata hadapkan kepadanya 
(Qul huwal loohu ahad - allah hus samaad - Lam yalid walam yulad - Walam yakul lahuu kufuwan ahad) 

Kalimah
 إلا الله (ILLALLOH) kami yang menembusi tujuh lapis langit dan bumi. 



لا إله إلا الله
محمد رسول الله
معر فة
تو حيد
اسلا م
ايما ن
معر فة
حقيقة
طر يقة
شر يعة
ا لله
ا لا
ا له
لا
ﻗﺎﺩﺭ
ﻗﺪﺭﺓ
ﺳﻤﻊ
ﻭﺟﻮﺩ
ﻣﺮﻳﺪ
ﺇﺭﺍﺩﺓ
ﺑﺼﺮ
ﻗﺪﻡ
عا لم
ﻋﻠﻢ
ﻛﻼ ﻡ
ﺑﻘﺎﺀ
حي
ﺣﻴﺎﺓ
سميع
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ

ﺑﺼﻴﺭ
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ


متكلم


10/7/71 – Dimana letaknya kalimah لا إله إلا الله (Laa ilaaha illaalloh) ?
LAA ILAAHA ILLAALLOH – sifat 20 yang memegang peranan penting.
13/6/72 – Awak tau – kalimah itu apa? dan siapa?


Di dalam kalimah لا إله إلا الله
Mengandungi 50 Aqoo edul Iman
Iaitu dari sifat Istigna dan Iftiqar.


Sifat Istigna, 11 lawan 11 jumlah 22.
Termasuk pada sifat Istigna, iaitu 3 lawannya 3 – jumlah 6.
Pertama – Tiada wajib Allah Taala menjadikan alam ini – lawannya mustahil wajib.
Kedua – Tiada mengambil faedah di atas taat makhluk lawannya mustahil mengambil faedah.
Ketiga – Tiada memberi bekas sesuatu daripada ka ainat (pemberian) dengan kuat kuasanya – lawannya mustahil memberi bekas.
Jumlah semua 22 + 6 = 28
Sifat Iftiqar, 9 lawannya 9 - jumlah 18.


Termasuk pada sifat Iftiqar iaitu 2 lawannya 2 - jumlah 4.
Yang pertama – Baharu sekalian alam ini – lawannya mustahil qadim.
Yang kedua – Tiada memberi bekas sekalian makhluk dengan tabiatnya – lawannya mustahil memberi bekas.
Jumlah 18 + 4 = 22


Di dalam kalimah محمد رسول الله
  1. Siddiq ertinya Benar
  2. Mustahil dusta atau bohong
  3. Amanah ertinya kepercayaan
  4. Mustahil khiamat
  5. Tabliq ertinya menyampaikan
  6. Mustahil menyembunyikan
  7. Fatonah ertinya Cerdik
  8. Mustahil Jahil 

  9. Percaya segala malaikat
  10. Mustahil tiada malaikat
  11. Percaya segala Kitab
  12. Mustahil tiada Kitab
  13. Percaya segala Rasul
  14. Mustahil tiada Rasul
  15. Percaya hari Qiamat
  16. Mustahil tiada hari Qiamat
  1. Harus pada haq Rasul satu – iaitu berperangai manusia
  2. Mustahil tiada berperangai manusia




Jumlah kesemuanya.
Terdapat pada sifat Istigna,
11 lawan 11
22
Termasuk pada sifat Istigna,
3 lawan 3
6
Terdapat pada sifat Iftiqar,
9 lawan 9
18
Termasuk sifat Iftiqar,
2 lawan 2
4
Inilah yang terdapat pada kalimah
50
Laa ilaaha illaalloh
Di dalam kalimah Muhammad Rasuululloh
18
Jumlah kesemuanya
68 Aqooed



Lading_Emas

27 March, 2010

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 ~2010

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 ~2010

http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/
Seminar Perawat Cemerlang

Kursus sudah dibuka semula:

Salam

Diatas permintaan dan permohonan yang terlampau tinggi dan setelah di kaji dan difikirkan semula,maka Tok Belagak telah membenarkan Seminar Perawat Cemerlang diadakan demi menyebarkan ilmu dan mengembangkan ilmu

Secara tentatif Seminar ini adalah seperti berikut

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 2010
Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga

Tarikh: 03 April 2010 Hari Sabtu
Masa: 900 pagi sehingga 630 petang
 Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga
Tarikh: 03 April 2010[Hari Sabtu]
Masa: 9.00 pagi ~ 6.30 petang
Tempat: Dewan UIA-Gombak
Sg . Pusu, KL


Penceramah: Tok Belagak
Toh Puan Belagak
Penceramah Jemputan

Fasilitator untuk LDK :

Sdra Rozaimy Baharuddin
Sdra Shahril Affandi
Tuan Haji Ismail Rubani
Tuan Haji Nazri

Yuran: antara RM 200
Yuran khas untuk pelajar RM 100 ( Murid Tua/DahuLu2 )

Makan tengahari,minum petang,nota seminar dan sijil penyertaan akan di sediakan.

Sesiapa sahaja boleh hadir,lelaki wanita, kaum ibu, bujang atau berkeluarga, umur 18 tahun dan keatas sahaja

Pra Pendaftaran sila emel kepada Urusetia ibnuadam27@gmail.com

Sila war war kan..

Terima kaseh

Urusetia / Sekretariat

ibnuadam27@gmail.com





Senarai Budget Hotel Sekitar UIAM - Gombak


Salam

Untuk para peserta di luar kawasan yang ingin sampai lebih awal pada hari Jumaat 2 hb April 2010 atau ingin tinggal selepas Seminar pada 3 hb April 2010, maka kami sertakan senarai Budget Hotel / Motel di kawasan berhampiran UIAM- Gombak.

Sekiranya tidak serasi atau tidak sesuai dengan budget hotel ini, maka para peserta bolehlah menginap dimana mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Sukacita diingatkan bahawa Pendaftaran dan Sarapan bermula jam 9 pagi dan Seminar bermula tepat jam 930 pagi. Yuran pendaftaran sebanyak RM 200.00 tidak termasuk tempat penginapan.

Para peserta dinasihat agar berhubung terus dengan hotel yang berkenaan untuk urusan pertanyaan dan penempahan. Terima kaseh.

Senarai Budget Hotel berhampiran UIAM Gombak

1. Batu Caves Hotel -

Contact : 0361850052, 0361857425

2. Seri Batu Caves Hotel
No. 1, L 8-1, Jln Batu Caves,
Tmn Batu Caves, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 03-6189 9869

3. Batu Caves Budget Hotel
No. 562A, Jln Samudra Utara 1,
Tmn Samudra, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 036189 9869
4. Batu Caves Budget Hotel II
C-30 & C-31-2, Jln Medan 1,
Medan Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 036185 7422
5. New Wave Hotel
Block D-33, Jln Medan 1,
Medan Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03-6185 0052

Penambahan

Anjung Rahmat,
Batu 6 Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03 6188 8409, Fax: 03 6188 8470

AJK Urusetia - Dewan / Lokasi Seminar


Aturcara Majlis Seminar


Experimental Hall - UIAM Gombak, Selangor



0900 Pendaftaran dan Sarapan- Foyer Experimental Hall

0930 Doa Selamat

Ucapan Alu Aluan

1000 Modul 1: Pengenalan kepada Sihir, Saka Santau dan Gangguan Mahluk Halus

1130 Rehat

1145 Modul 2: Amalan Amalan Asas untuk menguatkan Roh

1300 Rehat / Makan Tengahari di Foyer Experimental Hall /
 Solat Zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah

1400 Modul 3: Kaedah Asas untuk Merawat Gangguan kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Sesi Bonus 1: Amalan Murah Rezeki / Perniagaan, Pagar diri dan keluarga

Sesi Bonus 2: Amalan Meningkatkan Kasih Sayang diantara ahli keluarga

( Mengelakkan Cinta Beralih Arah )

1630 Rehat /Minum Petang di Foyer Experimental Hall / Solat Asar di Masjid Sultan Ahmad Shah

1700 Modul 4: Sesi Interaktif Latihan dalam Kumpulan / Soal Jawab

1800 Sesi Pengijazahan Amalan Amalan/ Penyampaian Sijil Penyertaan Seminar

1830 Doa dan Ucapan Penutup

Bersurai

InsyaAllah

**********************





KuLLiYAH



Lapangkan MasaMu & DadaMu utk iLMU ~ Musuh Utama JAHiL, adaLah iLMU



~~~ "Apabila Sseorang anak Adam Mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yg sentiasa mgalir pahalanya, Ilmu yg dimanfa'atkan Org lain, dan Doa anak yg SALIH..~Riwayat Muslim



SEMINAR PERAWAT ISLAM CEMERLANG SIRI 1 ~2010



Seminar Perawat Cemerlang


Kursus sudah dibuka semula:



Salam



Diatas permintaan dan permohonan yang terlampau tinggi dan setelah di kaji dan difikirkan semula,maka Tok Belagak telah membenarkan Seminar Perawat Cemerlang diadakan demi menyebarkan ilmu dan mengembangkan ilmu



Secara tentatif Seminar ini adalah seperti berikut



SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 2010


http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/



Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga



Tarikh: 03 April 2010[Hari Sabtu]



Masa: 9.30 pagi ~ 6.30 petang



Tempat: Dewan UIA-Gombak



Sg . Pusu, KL



http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/



Penceramah:


***Tok Belagak



***Toh Puan Belagak



Penceramah Jemputan



Fasilitator untuk LDK :


~*Sdra Rozaimy Baharuddin


~*Sdra Shahril Affandi


~*Tuan Haji Ismail Rubani


~*Tuan Haji Nazri



Yuran: RM 200/=



Makan tghari, minum petang,


Nota Seminar dan Sijil Penyertaan akan di sediakan.



Sesiapa sahaja boleh hadir,lelaki wanita, kaum ibu, bujang atau berkeluarga, umur 18 tahun dan keatas sahaja



Pra Pendaftaran sila emel kpd Urusetia ~ ibnuadam27@gmail.com



Sila war war kan..



Terima kaseh



Urusetia / Sekretariat



ibnuadam27@gmail.com



http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/






Lading_Emas

24 March, 2010

Nök èksèng dök betepat...!

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah
katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök
Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh
döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke
ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari
katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia
suroh kemarèng.

Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang
mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari
Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena
bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau
Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh.
Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu
pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu
kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale
ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu
hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang
tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa
Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök.
Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang
tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat
löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir
sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer
kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi
pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu..

Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang
tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper
löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö
wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung
cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh
lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi
satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore.

HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I,
tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu
ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa
pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung
mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök
tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh
jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene.
Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya
mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning.
Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar
kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!



Lading_Emas

Yassin 7 Mubin ~ Dato' Dr Amran Kasimin

YASIN 7 MUBIN Dato’Dr. Amran Kasimin

Kuliah subuh Surau As Sobah 29/8/09
Dato’Dr. Amran Kasimin

1. Manusia berkongsi hidup didunia ini bersama kejadian Allah yang lain seperti jin, syaitan dan iblis ( makhluk halus ) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

2. Kadangkala berlaku pertembungan diantara manusia dengan makhluk tersebut dimana manusia diganggu samada dirumah, pejabat atau dalam dirinya sendiri.

3. Walaupun keujudan makhluk tersebut termaktup dalam Quran tetapi ramai yang tidak percaya hingga terkena batang hidung sendiri.

4. Selalunya bila gangguan oleh makhluk tersebut mengganas dan diluar kawalan maka bomoh atau ustaz akan dicari untuk memulihkankan keadaan. Hidup bila diganggu oleh makhluk halus amat tidak tenteram dan berkecamuk.

5. Dalam keadaan begini kalau kita mengetahui serba sedikit mengenai cara merawat atau melindungi diri dari gangguan tersebut amatlah berguna kerana sebaik2 pendinding atau penawar adalah jika kita sendiri yang mengamalnya.

6. Yassin adalah antara ayat2 Allah yang mempunyai seribu hikmah mengikut NIAT dan HAJAT siPEMBACA. Kaedah pembacaan dan cara untuk menjadikannya sebagai penawar dikongsi oleh Dr. Amran untuk makluman kita.

7. Kaedah pembacaan 7 Mubin ( nyata ) adalah dimana disetiap ayat yang berakhir dengan perkataan MUBIN kita akan berhenti dan berdoa kepada Allah memohon hajat kita, seperti dipulihkan dari gangguan makhluk halus atau buatan orang. Lepas berdoa kita mulakan semula bacaan daripada awal ayat, ia itu YASSIN hingga ke perkataan MUBIN kedua, dimana kita berhenti lagi dan berdoa kembali. Ini kita ulangi hingga ke MUBIN ketiga, berdoa kembali dan kemudian baca kembali dari mula hingga ke MUBIN keempat dalam kaedah yang sama hingga lah habis keMubin yang ketujuh. Kaedah ini boleh dilakukan seorang diri atau berkumpulan. Disetiap MUBIN jika pratikal pembaca bolehlah berdoa dalam keadaan sujud, kalau tidak berdoa dalam keadaan biasa.

8. Kita boleh juga meletakkan air dan garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dihadapan kita dan selepas berdoa hembuskan kepada air tersebut. Garam dan lada hitam boleh digunakan untuk menghalau makhluk halus dengan menaburnya disekeliling rumah atau bangunan yang diganggu. Garam dan lada hitam yang telah dibaca dengan Yassin akan menjadi seperti bom membakar makhluk halus.

9. Sebelum merenjis air Yassin atau garam dan lada hitam ketempat yang bermasallah bacalah Azan dengan kuat, sebaiknya dilakukan selepas maghrib atau tengah malam. Renjisan hendaklah dimulakan dari kanan berakhir diluar rumah dimana garam ditabur keatas bumbung rumah secara simbolik.

10. Air Yassin boleh diminum oleh pesakit dan mandi dengan air campuran Yassin selepas waktu asar. Air dicurah bermula dari kaki membawa kekepala dan air akhir jangan dilap, biar kering dibadan.

11. Kaedah ini boleh digunakan bagi merawat manusia atau rumah/pejabat yang diganggu makhluk halus. Ia juga berkesan bagi merawat wanita yang terkena buatan orang.

12. Kebelakangan ini terdapat ramai wanita yang dikikis duitnya oleh lelaki yang menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan teman wanita mereka. Wanita yang terkena buatan ini akan memberi wang ringgit dan diri kepada teman lelaki durjana tadi tanpa menyedari dia menjadi mangsa. Cubalah kaedah 7 Mubin ini untuk memulihkan wanita tersebut dengan minum dan mandi air Yassin.

13. Rumah atau pejabat yang diganggu oleh makhluk halus sentiasa panas dan penghuni akan selalu bermimpi buruk dan menakutkan disamping ternampak kelibas makhluk halus didalam rumah.

14. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk keluarkan makhluk halus yang bersarang dalam badan akibat mengamalkan ilmu kebal, pendinding, silat, pemanis dsb.
15. Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat membantu kita atau orang yang kita sayangi dimasa depan.

16. Tetapi janganlah tunggu hingga bermasallah baru membaca surah YASSIN jadikan ia amalan harian atau mingguan dan kalau boleh hingga kita berjaya menghafalnya. Bila membaca Yassin dalam keadaan biasa sedekahkan pahala bacaan pada Nabi Muhammad saw, Nabi2 sebelum Nabi Muhammad, Ahli keluarga, para sahabat dan pengikut sahabat Nabi, wali2 Allah dan guru agama kemudian kepada kedua ibu bapa kita, anak dan saudara mara kita serta sekalian muslimin dan muslimat agar mereka mendapat keampunana Allah dan dijauhi daripada api neraka. Pohonlah juga agar berkat bacaan Yassin tersebut kita dan keluarga dilindungi Allah daripada segala bahaya, malapetaka, bencana dan kelemahan diri, serta daripada harsat dengki, khianat dan gangguan jin, syaitan atau makhluk Allah yang lain.

17. SELAMAT BERAMAL kerana ILMU yang tidak diamal adalah sia2 dan tidak dapat membantu kita.




Lading_Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~