QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

10 February, 2012

Selangor ~ Tunai RM1.9 Bilion..!!!

04/02/2012


Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion

Kongsi165

SIMPANAN wang tunai Negeri Selangor kini telah mencecah kepada RM1.9 Bilion. Hal itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di laman twitter sebentar tadi.

Meskipun banyak wang hasil dari kerajaan negeri Selangor telah ditaburkan kepada rakyat melalui pelbagai program termasuk, air percuma, Tabung Anak Selangor, Mesra Usia Emas, Program Anak Masuk Universiti dan sebagainya kerajaan Negeri Selangor terus berjaya mengumpul dana yang banyak.




Hal ini sekaligus menafikan propaganda Barisan Nasional suatu masa dahulu yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah. Hakikatnya pentadbiran Pakatan Rakyat terus menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik.

Mitos bahawa hanya BN yang mampu mentadbir negara hanyalah propaganda dan dakyah yang harus ditolak oleh rakyat Malaysia. MB Selangor berjaya membuktikan, bahawa dengan pengurusan cekap dan amanah, mereka jauh lebih baik.

Terbukti Pakatan Rakyat jauh lebih baik mentadbir negeri. Sedangkan prestasi Barisan Nasional terus merudum dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan. Sudah sampai masanya BN dikuburkan.


ReJaM© "Teringat kata Khir Toyo, Selangor akan kucar kacir jika Pakatan Rakyat menang...."


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/simpanan-tunai-selangor-meningkat.html#ixzz1lwt3vLWX



. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~