QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label ReNuNggaN. Show all posts
Showing posts with label ReNuNggaN. Show all posts

09 February, 2012

Britain ~ Islamisasi?

Britain alami proses Islamisasi?

LAUREN...adik ipar Blair.
LAUREN...adik ipar Blair.
LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.

Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.
Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.

Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.

Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.

Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.

Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.
Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.

Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.

Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.

Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.

Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.

Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi
Sumber:My Metro [sumber..]



. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

04 January, 2012

Nur Amalina ~ BAIK jadikan TELADAN, yg BURUK jadikan SEMPADAN..

Aksi Panas Nur Amalina Che Bakri Berpakaian Seksi & Sosial?

Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.
nur amalina che bakri 5 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :
  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?

Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :
  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)
Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup
nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :
“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.
Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah?
Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …? Erm…..Dah terlambat dah..

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau.
Kami menegur bererti kami Sayangkan beliau (Nur Amalina) 
  “Ibarat Permata bagi Negara”.
Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.

nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.


Gambar Nur Amalina Che Bakri Telah Dibuang Di Facebook
nur amalina che bakri 4 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Sumber : https://www.facebook.com/amalina.bakri

P/S : Kami tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Bakri berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kami doakan juga beliau berjaya di sana.
PP/S : Untuk renungan buat kami dan kepada semua, belajar tinggi-tinggi & genius belum tentu dapat menjamin EQ & SQ  berjalan seiring  dengan tahap pendidikan yang ber’IQ’ tinggi.
Tetapi… jgn sesekali tinggalkan Agama/Akhirat
PPP/S : Tetapi jika anda jaga IMAN  di ceruk mana sekalipun  Insyaallah, kejayaan yang akan “terus mengiringi & mengejar anda”.

Pesanan Org Tua2.. " Agama di junjung.. Dunia di kelek.." ~ Hidup kita kena seimbang; Dunia kita mahu.. Agama lebih lagi.. Barulah hidup sentosa DUNIA & AKHIRAT, InsyaAllah

[Sumber ..]


Ibu Nafi Amalina Amal Gaya Hidup Bebas
 
amalina

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti
JOHOR BAHRU: Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari Laman Sosial Facebook Nur Amalina.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.- Berita Harian

Ulasan:-Kira betul la gambar Nur Amalina yang disiarkan tu..kerana gambar tu diambil dari laman sosial Facebook Si Amalina tu…dan yang bestnya..Cikgu Sabariah sendiri yang beli pakaian tu..hahahaha..so apa yang fitnahnya?…yang kata fitnah dia gagal tu..cerita 2,3 tahun lepas…media juga yang hebohkan kononya si Amalina ni gagal..pasal gambar?..kira cikgu sabariah dah sahkan tu gambar Amalina yang betul..dan apa yang peribadinya dengan gambar tu?..gambar tu disiarkan dalam FB dia…bila disiarkan dalam FB, gambar tu jadi tatapan orang ramai – maknanya dia menyuruh org ramai melihat gambar tu…dan blogger cuma membantu dia menyebarkan gambar tu supaya lebih ramai org dapat melihat gambar tu. kalau rase gambar tu peribadi, jangan post dalam FB, simpan dalam Peti besi, Solex kemas2..- SEKIAN -

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

17 June, 2011

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI ~ NASIHAT

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Kitab Futuuhul Ghaib
oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-
1. Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
   Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:
• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
  “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

2. Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.
• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
   “Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.
• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
    "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah[Keramah].
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yg tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan utk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang2 Allah/Ahlillah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi Saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran.
Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.

SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.

-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.

Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.

Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.

“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.

Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.

Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.

Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.

Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.

Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.

“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”

Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.

Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.

Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.

Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.

Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.
Wallah Hu 'Alam.

Petikan~ http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/nasihat-syeikh-abdul-qadir-al-jailani.html
~*~
Makrifat Ruhani Sheikh Abd Qadir Al-Jailani
Oleh: K.H. Muhammad Sholikhin

[Sumber...]
. .
~***~LadingEMAS~***~

10 May, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Qiblat?

PIRING ASTRO ~ QIBLAT..?!!

   Dapat dari email.. mungkin sesuatu boleh kita fikirkan bersama..???
   Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

    KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

    "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

    "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

    Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

    "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

    Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

   Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini...

  WallahuA'lam.

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

20 April, 2011

Islam ~ Profesor tertarik ke Islam...dan juga,"The Bible, The Qur'an and Science"

Profesor Masuk Islam Karena Keajaiban al-Quran

April 13th, 2011 | 9:46 am | Motivasi, Nasihat, Tazkirah | 1 response


Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakultas Farmasi Universitas Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit karena ujung-ujung syaraf sensorik sudah hilang.

Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.

Bunyi dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berkut;
    ”Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana.”

Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global yaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung ujung-ujung pembuluh darah dan syaraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus sub cutis) salah satu tandanya yaitu hilangnya rasa nyeri dari pasien[pesakit]. Hal ini disebabkan karena sudah tidak berfungsinya ujung-ujung serabut syaraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi persefsi. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rusak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.

Mahabesar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi sebagian kebesaran-Nya lewat sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh syaraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.

Dari Bahtera Menuju Islam
   Seorang pakar kelautan menyatakan betapa terpesonanya ia kepada Al-Quran yang telah memberikan jawaban dari pencariannya selama ini. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanografer, yang sering muncul di televisi pada acara Discovey, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeda kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang Lainnya. Bertahun-tahun ia berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawaban misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53.
Awalnya ayat itu ditafsirkan muara sungai tetapi pada muara sungai ternyata tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau sampai ia masuk Islam. Kutipan ayat tersebut antara lain sebagai berikut:
   “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antar-keduanya dinding dan batas yang menghalang.”
(QS Al-Furqon: 53).

Berdasarkan contoh kasus[kes] di atas, dapat memberikan gambaran pada kita bahwa ayat suci Al-Quran mampu menjelaskan fenomena Cromosome, Anatomi, Oceanografi, Keperawatan dan antariksa (baca “Jurnal Keperawatan Unpad” edisi 4, hal 64-70). Sebenarnya masih banyak ayat- ayat Al-Quran yang menerangkan fenomena evolution and genetic seperti QS. As-Sajdah: 4, QS. al-A’raf: 53, QS. Yusuf: 3, QS. Hud: 7, tetapi karena keterbatasan ruangan pada kolom ini, serta dengan segala keterbatasan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki penulis, maka kepada Allah jualah hendaknya kita berharap dan hanya Allah-lah yang Mahaluas dan Mahatinggi ilmunya.

Kita juga boleh membaca ttg seorg Dr yg kagum ttg islam dlm kajiannya, akan kejadian manusia dlm kandungan ibu, berdasarkan Al-Quran dan Sains moden.

The Bible, The Qur'an and Science


by Dr. Maurice Bucaille


~*~Dr. Maurice Bucaille's Book: " The Bible, The Qur'an and Science "



~*~Dr.Maurice Bucaille ( why i'm muslim)


Wallahu a’lam.

Sumber gambar dari www.syazwanwi.com
dipetik dari.. http://www.islamituindah.my/profesor-masuk-islam-karena-keajaiban-al-quran

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

01 March, 2011

Penyakit dan Tubuh Badan Anda

Hubungkait Penyakit Dengan Tubuh



Tanda² Sakit -

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong..
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar..

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi..

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Wallah Hu A'lam

Petikkan dari: http://wajahayu.blogspot.com/2009/09/hubungkait-penyakit-dengan-tubuh.html

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

23 February, 2011

Seksa Qubur itu BENAR, Hari Qiamat itu BENAR, dan Kesah Yakjuj dan Makjuj itu BENAR

VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:12. SIMATI AKAN DIPERLIHATKAN TEMPATNYA DI SYURGA ATAU NERAKA, TETAP ADA SIKSA KUBUR DAN PERMOHONAN BERLINDUNG DARINYA.
Bilangan:1/4
Hadis:1637 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat.


















VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:12. SIMATI AKAN DIPERLIHATKAN TEMPATNYA DI SYURGA ATAU NERAKA, TETAP ADA SIKSA KUBUR DAN PERMOHONAN BERLINDUNG DARINYA.
Bilangan:2/4
Hadis:1638 - Diriwayatkan daripada Abu Ayyub r.a katanya: Rasulullah s.a.w keluar setelah matahari terbenam lalu terdengar suara, kemudian baginda bersabda: Orang Yahudi sedang disiksa di dalam kuburnya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:12. SIMATI AKAN DIPERLIHATKAN TEMPATNYA DI SYURGA ATAU NERAKA, TETAP ADA SIKSA KUBUR DAN PERMOHONAN BERLINDUNG DARINYA.
Bilangan:3/4
Hadis:1639 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang hamba dikebumikan di dalam kuburnya kemudian ditinggalkan oleh kawan-kawannya nescaya dia akan mendengar bunyi hentakan tapak kasut mereka. Seterusnya dia akan didatangi oleh dua malaikat lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w?. Baginda bersabda lagi: Sekiranya dia seorang mukmin, nescaya dia akan menjawab: Aku bersaksi bahawa dia hamba Allah dan pesuruhNya. Lalu diberitahu kepadanya: Lihatlah tempatmu di Neraka, sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan Syurga. Nabi s.a.w bersabda: Dia dapat melihat kedua-duanya iaitu Syurga dan Neraka.


















VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:12. SIMATI AKAN DIPERLIHATKAN TEMPATNYA DI SYURGA ATAU NERAKA, TETAP ADA SIKSA KUBUR DAN PERMOHONAN BERLINDUNG DARINYA.
Bilangan:4/4
Hadis:1640 - Diriwayatkan daripada al-Bara' bin Azib r.a katanya: Nabi s.a.w membaca firman Allah: (a) yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh. Lalu baginda bersabda: Ayat ini diturunkan mengenai siksa kubur. Orang Mukmin ditanya: Siapakah tuhan kamu?. Dia mejawab: Allah Tuhanku dan Muhammad s.a.w Nabiku. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah (b) Yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.
(a)
(b)


















VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:13. TETAP ADANYA PERHITUNGAN AMALAN.
Bilangan:1/1
Hadis:1641 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang dihitung pada Hari Kiamat nescaya dia akan disiksa. Aku bertanya: Bukankah Allah s.w.t telah berfirman (a) Yang bermaksud: Maka dia akan dihisab dengan mudah dan ringan?. Baginda bersabda: Itu bukannya perhitungan, itu hanyalah pembentangan kepada orang-orang yang dihitung pada Hari Kiamat dan dia akan diazab.
(a)


















VersiB. Malaysia :
Bab:52. SYURGA, KENIKMATAN DAN PENGHUNINYA.
Perkara:14. PERINTAH SUPAYA BAIM SANGKA KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA HAMPIR MATI.
Bilangan:1/1
Hadis:1642 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah ingin menyiksa sesuatu kaum nescaya azabNya akan menimpa sesiapa sahaja yang berada di kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut amalan yang telah mereka lakukan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:1. HAMPIRNYA FITNAH DAN TERBUKANYA DIDDING YAKJUJ DAN MAKJUJ.
Bilangan:1/2
Hadis:1643 - Diriwayatkan daripada Zainab binti Jahsyin r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: (Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyarat angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:1. HAMPIRNYA FITNAH DAN TERBUKANYA DIDDING YAKJUJ DAN MAKJUJ.
Bilangan:2/2
Hadis:1644 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka sembilan puluh dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:2. KEMUSNAHAN TENTERA YANG MENYERANG KAABAH.
Bilangan:1/1
Hadis:1645 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menggerak-gerakkan tangan dalam tidurnya, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, di dalam tidur anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Baginda bersabda: Menghairankan, ada segolongan manusia daripada umatku yang menyerbu ke Baitullah kerana ada seorang lelaki Quraisy berlindung di Baitullah sehingga ketika mereka sampai di Baida' mereka dibenamkan (dimusnahkan). Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan itu telah dipenuhi oleh manusia. Baginda bersabda: Benar, di antara mereka ada yang memang bermaksud untuk menyerbu, ada yang dipaksa dan ada yang sekadar melalui tempat tersebut, tetapi mereka semuanya dibinasakan sekaligus, lalu mereka dibangkitkan dari tempat-tempat yang berlainan, Allah akan membangkitkan mereka berdasar kepada niat mereka.





















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:3. BERLAKUNYA FITNAH BAGAIKAN GUGURNYA AIR HUJAN.
Bilangan:1/2
Hadis:1646 - Diriwayatkan daripada Usamah r.a katanya: Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:3. BERLAKUNYA FITNAH BAGAIKAN GUGURNYA AIR HUJAN.
Bilangan:2/2
Hadis:1647 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:4. APABILA DUA ORANG MUSLIM BERHADAPANAN DAN KEDUA-DUANYA MENGHUNUSKAN PEDANG.
Bilangan:1/3
Hadis:1648 - Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila dua orang Muslim bertemu dan kedua-duanya menghunuskan pedang masing-masing, maka orang yang membunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam Neraka. Menurutnya lagi, aku berkata atau baginda ditanya: Wahai Rasulullah kalau orang itu membunuh maka jelaslah dosanya, akan tetapi apakah kesalahan orang yang dibunuh. Baginda bersabda: Sesungguhnya beliau juga bermaksud untuk membunuh saudaranya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:4. APABILA DUA ORANG MUSLIM BERHADAPANAN DAN KEDUA-DUANYA MENGHUNUSKAN PEDANG.
Bilangan:2/3
Hadis:1649 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah ada dua puak yang besar saling berperang antara satu sama lain, di mana berlaku pertempuran yang besar di kalangan mereka sedangkan dakwaan mereka adalah sama.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:4. APABILA DUA ORANG MUSLIM BERHADAPANAN DAN KEDUA-DUANYA MENGHUNUSKAN PEDANG.
Bilangan:3/3
Hadis:1650 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat itu akan berlaku setelah banyaknya peristiwa Harj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Harj itu? Baginda bersabda: Pembunuhan, pembunuhan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:5. KETERANGAN NABI S.A.W TENTANG APA YANG BAKL TERJADI SEBELUM BERLAKUNYA KIAMAT.
Bilangan:1/1
Hadis:1651 - Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:6. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGALAH SUNGAI FURAT MENGELUARKAN BUKIT (TIMBUNAN) EMAS.
Bilangan:1/1
Hadis:1652 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:7. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGA KELUARNYA API DI NEGERI HIJJAZ.
Bilangan:1/1
Hadis:1653 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah keluar api di Negeri Hijaz yang menerangi tengkok-tengkok unta di Busyra.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:8. BERLAKUNYA FITNAH DI TIMUR, DI MANA AKAN MUNCUL DI SANA DUA TANDUK SYAITAN.
Bilangan:1/1
Hadis:1654 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda dalam keadaan baginda menghadap ke arah timur: Sesungguhnya fitnah akan muncul di sebelah sana, sesungguhnya fitnah akan muncul di sana yang mana akan muncul dua tanduk syaitan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:9. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGA BANI DAUS MENYEMBAH BERHALA ZAL-KHALASAH.
Bilangan:1/1
Hadis:1655 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:1/6
Hadis:1656 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati).


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:2/6
Hadis:1657 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah keluarnya seorang lelaki dari Kaum Qahtan yang akan memerintahkan atau memandu manusia dengan tongkatnya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:3/6
Hadis:1658 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang diibaratkan muka-muka mereka seperti perisai bagi tentera. Hari Kiamat juga tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang memakai kasut yang diperbuat daripada rambut.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:4/6
Hadis:1659 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Kamu semua akan membunuh orang-orang Yahudi. Maka kamu semua akan membunuh mereka sehingga batu akan berkata: Wahai para muslimin! Di sini ada orang Yahudi, datanglah kemari dan bunuhlah dia.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:5/6
Hadis:1660 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di atara pokok kaum Yahudi.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:10. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGLAH SEORANG LELAKI DATANG KE KUBUR LELAKI YANG LAIN DAN DIA MENGHARAPKAN DIA DIMATIKAN UNTUK LARI DARI BALA (MASALAH HIDUP).
Bilangan:6/6
Hadis:1661 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkit para Dajjal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:11. KISAH IBNU SOYYAD.
Bilangan:1/3
Hadis:1662 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku telah menemani Ibnu Soyyad ke Mekah. Dia telah berkata kepadaku: Adakah engkau tahu, aku telah menjumpai manusia yang menyangka aku adalah Dajjal. Tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal tidak diperanakkan. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan. Tidakkah kamu telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajjal tidak memasuki Madinah dan juga Mekah. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan di Madinah sekarang ini aku ingin pergi ke Mekah. Abu Said al-Khudri berkata: Kemudian Ibnu Soyyad berkata kepadaku di akhir perbicaraannya: Demi Allah. Sesungguhnya aku merupakan orang yang paling tahu tentang kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Abu Said al-Khudri berkata: Dia telah menyebabkan aku kebingungan.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:11. KISAH IBNU SOYYAD.
Bilangan:2/3
Hadis:1663 - Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Mungkadir r.a katanya: Aku telah melihat Jabir bin Abdullah telah bersumpah dengan nama Allah bahawasanya Ibnu Soyyad adalah Dajjal. Aku bertanya: Adakah kamu bersumpah dengan nama Allah? Ibnu Jabir menjawab: Aku telah mendengar Umar bersumpah sedemikian ketika bersama Nabi s.a.w dan Nabi tidak mengingkarinya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:11. KISAH IBNU SOYYAD.
Bilangan:3/3
Hadis:1664 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Umar bin al-Khattab telah bertolak bersama Rasulullah s.a.w dan beberapa orang Sahabat (sekumpulan Sahabat yang tidak lebih dari sepuluh orang) ke perkampungan Ibnu Soyyad. Setibanya baginda di sana, baginda s.a.w mendapati beliau sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki di tepi binaan yang tinggi kepunyaan Bani Maghalah. Ketika itu Ibnu Soyyad hampir baligh. Ibnu Soyyad tidak menyedari kedatangan Rasulullah s.a.w sehinggalah Rasulullah s.a.w menepuk belakangnya dengan tangan lalu bertanya kepada Ibnu Soyyad: Adakah engkau bersaksi bahawa aku ini Rasulullah? Ibnu Soyyad melihat kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Aku bersaksi bahawa engkau Rasul (utusan) para Ummiyyin (tidak pandai membaca dan menulis). Ibnu Soyyad bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau bersaksi aku adalah utusan Allah? Rasulullah s.a.w enggan (tidak mengakuinya) lalu baginda bersabda: Aku hanya beriman dengan Allah dan para RasulNya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apa yang engkau nampak (tentang perkara-perkara ghaib)? Ibnu Soyyad berkata: Datang kepadaku berita benar dan berita bohong. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Engkau tidak dapat membezakan antara keduanya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya engkau boleh memberitahuku benda tersebut. Ibnu Soyyad berkata: Dukh, iaitu sejenis asap. Lalu Rasulullah s.a.w terus memotong cakapnya dengan menyebut: Ikhsa' (iaitu perkataan mengherdik seperti bunyi menghalau anjing). Engkau tidak mampu mengetahui perkara-perkara ghaib dengan semata-mata kuasa yang ada pada engkau kerana semua itu adalah pemberian Allah. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Biarkan aku memenggal lehernya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya benar dia adalah Dajjal maka engkau tidak mampu membunuhnya dan sekiranya dia bukan Dajjal maka tiada sebarang kebaikan membunuhnya. Salim bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Umar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersama Ubai bin Kaab al-Ansari ke sebuah kebun tamar. Di dalam kebun tamar itulah Ibnu Soyyad berada. Apabila Rasulullah s.a.w memasuki kebun itu, baginda segera bersembunyi di belakang pelepah tamar. Baginda bersembunyi supaya boleh mendengar apa yang diucapkan oleh Ibnu Soyyad tanpa dilihat (diketahui) oleh Ibnu Soyyad. Maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ibnu Soyyad sedang mengiring di atas hamparan yang dianyam dari kapas sambil mengeluarkan suara yang tidak difahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Soyyad ternampak Rasulullah s.a.w yang sedang bersembunyi di belakang pelepah tamar, lalu dia memberitahu Ibnu Soyyad: Wahai Sof! Sof adalah nama Ibnu Soyyad. Ini Muhammad, lalu Ibnu Soyyad bangkit. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya ibu Ibnu Soyyad membiarkannya nescaya akan nyata siapakah sebenarnya Ibnu Soyyad. Salim menceritakan bahawa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah s.a.w berdiri ditengah-tengah orang ramai lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagiNya, kemudian memperkatakan tentang Dajjal, sabdanya: Sesungguhnya aku memperingatkan kamu tentang Dajjal dan semua para Nabi sebelum ini memperingatkan kaumnya mengenai Dajjal. Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya tentang Dajjal, tetapi aku terangkan kepada kamu sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh para Nabi sebelum ini kepada kaumnya. Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur dan tidak buta.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:12. CERITA MENGENAI DAJJAL, SIFAT DAN PERKARA YANG ADA BERSAMANYA.
Bilangan:1/3
Hadis:1665 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:12. CERITA MENGENAI DAJJAL, SIFAT DAN PERKARA YANG ADA BERSAMANYA.
Bilangan:2/3
Hadis:1666 - Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:12. CERITA MENGENAI DAJJAL, SIFAT DAN PERKARA YANG ADA BERSAMANYA.
Bilangan:3/3
Hadis:1667 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajjal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajjal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajjal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:13. MENCERITAKAN TENTANG SIFAT DAJJAL, DAJJAL TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI MADINAH. DIA AKAN MEMATIKAN ORANG MUKMIN SERTA MENGHIDUPKANNYA.
Bilangan:1/1
Hadis:1668 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajjal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajjal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajjal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajjal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajjal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajjal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajjal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajjal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:14. CERITA MENGENAI DAJJAL DAN DIA MERUPAKAN MAKHLUK YANG PALING HINA DI SISI ALLAH.
Bilangan:1/1
Hadis:1669 - Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajjal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:15. KISAH AL-JASSASAH (PENGINTIP UNTUK DAJJAL).
Bilangan:1/1
Hadis:1670 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajjal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafiq keluar dari Madinah menemui Dajjal.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:16. TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.
Bilangan:1/4
Hadis:1671 - Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:16. TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.
Bilangan:2/4
Hadis:1672 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah).


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:16. TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.
Bilangan:3/4
Hadis:1673 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Orang Arab Badwi telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat iaitu bilakah berlakunya Hari Kiamat. Maka Rasulullah s.a.w melihat kepada yang paling muda di antara orang arab kampung itu lalu bersabda: Sekiranya dia ini hidup dan belum sempat tua (mati sebelum tua), maka ketika itu berlakulah Kiamat untuk kamu. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:16. TANDA HAMPIRNYA KIAMAT.
Bilangan:4/4
Hadis:1674 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan masa berlakunya Kiamat. Ketika itu ada seorang budak lelaki dari kaum Ansar yang dipanggil Muhammad. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya budak lelaki ini hidup, boleh jadi dia tidak sempat tua (mati sebelum tua) sehinggalah berlakunya Kiamat. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).


















VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:17. JARAK MASA ANTARA DUA TIUPAN SANGKAKALA.
Bilangan:1/1
Hadis:1675 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa antara dua tiupan sangkakala ialah empat puluh. Para Sahabat bertanya: Wahai Abu Hurairah! Adakah ianya empat puluh hari? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Para sahabat bertanya lagi: Empat puluh bulan? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Para Sahabat bertanya: Empat puluh tahun? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Abu Hurairah menyambung lagi. Kemudian Allah menurunkan air (hujan) dari langit maka mereka (manusia yang telah mati) dibangkitkan sebagaimana tumbuhnya sayur-sayuran. Seterusnya Abu Hurairah meriwayatkan lagi: Manusia (ketika itu) tidak mempunyai sesuatu melainkan benda (tulang belulang, kain kapan) yang buruk dan seketul tulang Ajbuzzanab, iaitu tulang (tempat tumbuh ekor pada haiwan dan dinamakan juga tulang sulbi), dengan tulang inilah manusia dibentuk (dihidupkan) pada Hari Kiamat.


















VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:1/10
Hadis:1676 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:2/10
Hadis:1677 - Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan al-Ala' bin al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang mengembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.


















VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:3/10
Hadis:1678 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang lelaki di antara kamu telah melihat orang yang Allah berikan kepadanya harta yang banyak dan anak-anak, maka dia hendaklah melihat kepada mereka yang lebih rendah (tidak mendapat kurniaan harta yang banyak atau anak-anak) daripadanya.


















VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:4/10
Hadis:1679 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Ada tiga orang dari Bani Israel (seorangnya) ditimpa penyakit kusta, seorangnya berpenyakit gugur rambut dan seorang lagi buta. Maka Allah telah menguji ketiga-tiganya dengan mengutus kepada mereka seorang Malaikat. Malaikat tersebut telah mendatangi orang yang berpenyakit kusta dan bertanya kepadanya Apakah yang paling engkau sukai? Orang itu menjawab: Warna yang elok serta kulit yang baik dan sembuh dari kotoran yang menyebabkan manusia memandang jejek kepadaku (penyakit kusta). Maka Malaikat tersebut menyapunya (tempat sakitnya) lalu hilanglah penyakit itu (sembuh) dan diberi warna serta kulit yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Unta atau Lembu (syak rawi) Ishak syak samada orang berpenyakit kusta atau orang yang tiada rambut di mana seorang dari mereka menjawab unta dan seorang lagi menjawab lembu. Maka dia diberikan unta yang mengandung sepuluh bulan. Orang itu mendoakan semoga Allah memberkati perbuatannya itu. Kemudian Malaikat tersebut telah datang menemui orang yang berpenyakit gugur rambut lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Rambut yang elok dan sembuh dari penyakit yang menyebabkan manusia memandang jejek kepadaku. Malaikat menyapunya (tempat sakit) lalu hilanglah penyakitnya dan diberikan rambut yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Lembu. Maka dia diberikan seekor lembu yang sedang bunting. Dia mendoakan keberkatan dari Allah atas perbuatannya. Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula seorang yang buta lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Aku ingin Allah mengembalikan penglihatanku semoga aku dapat melihat manusia. Malaikat menyapu matanya, maka Allah mengembalikan penglihatan kepada beliau. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang amat engkau sukai? Dia menjawab: Kambing biri-biri maka dia diberikan seekor biri-biri yang telah melahirkan anak. Maka kedua-dua (lelaki berpenyakit kusta dan yang tiada rambut) menguruskan kelahirkan unta dan lembu begitu juga halnya dengan lelaki buta. selepas sekian lama, maka bagi lelaki yang berpenyakit kusta telah memiliki satu lembah dari unta, bagi lelaki yang berpenyakit gugur rambut telah memiliki satu lembah dari lembu dan bagi lelaki yang buta telah memiliki satu lembah dari kambing biri-biri. Nabi s.a.w menyambung lagi: Kemudian Malaikat tersebut mendatangi lelaki yang berpenyakit kusta dengan jelmaan sebagaimana keadaan lelaki itu sebelumnya dan dia mengadu kepada lelaki tersebut: Aku seorang lelaki miskin yang telah kehabisan bekalan semasa aku bermusafir. Aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu pada hari ini melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon dari mu demi Yang telah memberikan kepadamu warna serta kulit yang baik dan juga harta seekor unta yang boleh membantu aku meneruskan perjalanan sepanjang musafirku. Maka lelaki itu menjawab: Aku mempunyai banyak tanggungan (menyebabkan aku tidak boleh memberikannya kepadamu). Malaikat itu berkata kepada lelaki itu: Aku rasa aku mengenalimu. Tidakkah engkau dahulunya berpenyakit kusta dan manusia memandang jejek kepadamu? (Tidakkah engkau) Seorang yang fakir lalu Allah mengurniakan kepadamu (harta)? Lelaki itu menjawab: Aku mewarisi harta ini dari warisan orang tuaku. Malaikat itu berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula orang yang berpenyakit gugur rambut seperti lelaki tadi dan bertanya seperti dia bertanya kepada lelaki berpenyakit kusta, keadaannya sama seperti yang berlaku ketika Malaikat tersebut meminta dari lelaki yang berpenyakit kusta. Malaikat berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat itu mendatangi pula lelaki yang buta dengan jelmaan seperti seorang yang buta lalu mengadu: Aku seorang lelaki pengembara yang miskin. Aku telah kehilangan kenderaan semasa musafir, maka aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon darimu demi Yang telah mengembalikan penglihatanmu seekor kambing biri-biri yang boleh membantu aku meneruskan perjalananku. Lelaki itu berkata: Aku sebelum ini adalah seorang yang buta, Allah telah mengembalikan penglihatanku, oleh itu ambillah apa yang engkau mahu dan tinggal apa yang engkau tidak mahu. Demi Allah, aku tidak akan menegah dan mengungkit kembali pemberianku kepada kamu untuk mengambil apa yang engkau kehendaki kerana Allah. Malaikat berkata: Jagailah hartamu. Sesungguhnya kamu semua telah diuji oleh Allah. Allah telah meredai kamu dan membenci dua orang Sahabatmu.
1680 - Diriwayatkan daripada Saad r.a katanya: Demi Allah Aku merupakan lelaki pertama dari orang Arab yang memanah di jalan Allah. Sesungguhnya kami telah berperang bersama Rasulullah s.a.w. Ketika itu kami tidak mempunyai makanan untuk dimakan melainkan daun-daun Hublah dan Samuru (dua jenis tumbuhan) sehingga najis kami seperti najis kambing. Kemudian keesokannya Bani Asad mengajar aku pengetahuan agama. Kalau demikian, sesungguhnya aku telah gagal dan usahaku sia-sia. Mengikut riwayat Ibnu Numair tidak menyebut perkataan Izan (bermaksud kalau demikian).



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:5/10
Hadis:1680 - Diriwayatkan daripada Saad r.a katanya: Demi Allah Aku merupakan lelaki pertama dari orang Arab yang memanah di jalan Allah. Sesungguhnya kami telah berperang bersama Rasulullah s.a.w. Ketika itu kami tidak mempunyai makanan untuk dimakan melainkan daun-daun Hublah dan Samuru (dua jenis tumbuhan) sehingga najis kami seperti najis kambing. Kemudian keesokannya Bani Asad mengajar aku pengetahuan agama. Kalau demikian, sesungguhnya aku telah gagal dan usahaku sia-sia. Mengikut riwayat Ibnu Numair tidak menyebut perkataan Izan (bermaksud kalau demikian).



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:6/10
Hadis:1681 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Semenjak berpindah ke Madinah, keluarga Muhammad s.a.w tidak pernah kenyang makan gandum selama tiga malam berturut-turut sampai baginda wafat.



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:7/10
Hadis:1682 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya kami, keluarga Muhammad s.a.w pernah selama satu bulan tidak menyalakan api melainkan hanya memakan kurma dan air.



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:8/10
Hadis:1683 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada di tempat menyimpan barang makananku sesuatu yang boleh dimakan melainkan setengah Wusuk (timbangan) gandum dalam simpananku. Aku memakannya sehingga sekian lama, kemudian aku ingin menimbangnya ternyata ia sudah habis.



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:9/10
Hadis:1684 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w wafat ketika manusia hanya kenyang dengan buah tamar dan air.



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:1. PERKARA.
Bilangan:10/10
Hadis:1685 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Demi nyawaku di tanganNya. (Diriwayatkan daripada Abu Abbad) Demi nyawa Abu Hurairah di tanganNya. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengenyangkan keluarganya tiga hari berturut-turut dengan roti yang diperbuat dari gandum sehinggalah baginda wafat.



VersiB. Malaysia :
Bab:54. SIFAT ZUHUD DAN LEMAH- LEMBUT.
Perkara:2. JANGAN KAMU MEMASUKI TEMPAT ORANG-ORANG YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI (JIKA KAMU MEMASUKI JUGA TEMPAT TERSEBUT) KAMU AKAN MENANGIS.
Bilangan:1/1
Hadis:1686 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para Sahabat al-Hijr: Jangan kamu masuk ke daerah kaum yang disiksa itu (jika kamu memasuki juga ke tempat itu) nescaya kamu semua akan menangis. Sekiranya kamu semua tidak menangis maka jangan kamu masuk ke daerah mereka, sekiranya kamu masuk juga nescaya kamu juga akan ditimpa azab yang sama seperti mereka.



VersiB. Malaysia :
Bab:53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
Perkara:3. BAB BERBUAT BAIK KEPADA JANDA, ORANG-ORANG MISKIN DAN ANAK-ANAK YATIM.
Bilangan:1/1
Hadis:1687 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti .





http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/23bbdee64ca987b148256a41002edbd1/c001b3179d957b7648256a87000c4e46?OpenDocument

http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/23bbdee64ca987b148256a41002edbd1/cb191ffaaf93129548256a8700101c6e?OpenDocument
. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~