BeriMAN, BeriLMU, BerAMAL, BerTAWAKKAL, BerTAQWA-- Janji ALLAH~ Kebahagiaan Dunia Akhirat
09 April, 2010
Pedang Rasullullah yg ~9
Labels:
RasuLuLLaH S.A.W,
Sejarah_Dunia,
Sirah
05 April, 2010
Benteng Diri dan Family
Labels:
iLMU,
Pendiding Diri_Family,
PETUA,
Rawatan Islam
Pisang dan Khasiatnya
Labels:
Herba,
Kesihatan Kita,
PETUA,
Pisang
PerPisahan yg tak KembaLi Lagi...
<object width="220" height="220"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/0XgJ7mEtACs&hl=en_US&fs=1&border=1" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/0XgJ7mEtACs&hl=en_US&fs=1&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="220" height="220"></embed></object
Sifat 20 Tuhan
20 Sifat Yang Wajib Haknya Allah Taala
Adapun Sifat 20 itu di bahagi atas empat perkara.
Mana dia?
Iaitu Nafsiyah – Salbiayah – Ma’ani – Ma’nawiyah.
Pasal apa dibahagi empat?
Kerana mengikut syariatnya, sifat 20 itu sudah dibahagi empat bahagian.
Apa pasal?
Pasal nak cari undang-undang sifat.
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. Awaluddin makrifatullah – ertinya awal-awal agama itu mengenal Allah.
Maka dari itu hendaklah kita ketahui barang yang wajib pada haq Allah Taala – dan yang mustahil atasnya, dan yang harus baginya.
Juga barang yang wajib pada haq Rasuululloh – dan yang mustahil atasnya dan yang harus baginya iaitu :
20 sifat yang wajib – 20 sifat yang mustahil – 1 harus
Kerana ia menjadi asal segala ilmu – ilmu usulluddin – ilmu tauhid – ilmu sifat – ilmu kalam dan ilmu 68 aqoo edul iman.
Yang mana telah diwajibkan di atas orang islam semua mempelajarinya.
Sifat 20
Inilah dua puluh sifat yang wajib bagi haqnya Allah Taala
1. Wujud – ertinya ADA – maka mustahil tiada – dalilnya Firman Allah Taala
الله الذ ي ﺨلق السموا ت والارض وما بينهما (Allahullazi halaqos samawatii wal ardhi wama baina huma ertinya Allah Taala jua yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi dan barang di antara keduanya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat pada tuhan Allah Taala tiap-tiap yang maujud adanya.
2. Qidam – ertinya SEDIA – maka mustahil baharu – dalilnya Firman Allah Taala
هو الاول والاخر (Hu wal awalu wal akhiru ertinya Allah Taala jua yang terdahulu dan ia jua yang terkemudian).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi syukur pada Allah yang menjadikannya mukmin dan muslim dengan taufiqnya adanya.
3. Baqo’ – ertinya KEKAL – maka mustahil binasa – dalilnya Firman Allah Taala
ويبقي وجه ربك ذالجلال والاكرام (wa yabqo wajhu rabbukaa zal jalalii wal ikhram ertinya kekal zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia ingat yang ia akan mati kerana boleh ia banyak istigfar – taubat pada Allah Taala adanya.
4. Muhalafatuhu lil hawadis – ertinya bersalah-salahan Allat Taala bagi segala yang baharu – maka mustahil bersamaan Allah Taala dengan segala yang baharu – dalilnya Firman Allah Taala ليس كمڽله شيئ (laisa kamislihii saiun ertinya tiada seumpama Allah Taala sesuatu).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak memberi tasbih pada Allah Taala jua adanya.
5. Qiamuhu Taala binafsih – ertinya BERDIRI Allah Taala dengan sendirinya – maka mustahil tiada berdiri dengan sendirinya – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله لغني عن العالمين (innallahaa la ngannii anil aalamin ertinya Bahawasanya Allah Taala sesungguhnya kaya daripada sekalian alam).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyatakan hajatnya dan fakirnya kepada Allah Taal adanya.
6. Wahdaniat – ertinya ASA. Asa Zatnya –asa sifatnya – asa af’alnya – asa asmanya – maka mustahil berbilang-bilang zatnya – dalilnya Firman Allah Taala قل هو الله احد (qul huwallahu ahad ertinya katakan olehmu ya Muhammad – Allah Taala Tuhan yang asa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia melihat af’al Allah Taala jua atas tiap-tiap sesuatu kejadian adanya.
7. Qudrat – ertinya BERKUASA– maka mustahil lemah – dalilnya Firman Allah Taala
ان الله كل شيئ قدر (innallahaa kulli saiin qadir ertinya Bahawa Allah Taala atas tiap-tiap sesuatu yang amat berkuasa).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tawadduk, maka tiada takbur dan tiada membesarkan diri dan banyak takut kepada Allah Taala.
8. Irodat – ertinya BERKEHENDAK– maka mustahil benci – dalilnya Firman Allah Taala
فعال لما يرد (fa'allu lima yuriid ertinya berbuat Allah Taala bagi barang yang ditentukannya).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi, syukur kepada Allah Taala atas tiap-tiap nikmat dan sabar atas tiap-tiap bala di dunia adanya.
9. Ilmu – ertinya TAHU– maka mustahil jahil – dalilnya Firman Allah Taala
والله بكل شيئ عليم (wallahu bikulli saiin aalim ertinya bermula Allah Taala dengan tiap-tiap sesuatu yang amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia amat takut membuat maksiat – kerana tuhannya mengetahui akan halnya itu adanya.
10. Hayat – ertinya HIDUP– maka mustahil mati – dalilnya Firman Allah Taala
وتوكل على الحي الذي لايموت
(watawakkal aalal haiyyallazi laa yamuutu ertinya serahkan olehmu akan dirimu kepada tuhan yang hidup yang tiada mati).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia menyerahkan dirinya kepada Allah Taala adanya.
11. Samak – ertinya MENDENGAR– maka mustahil tuli – dalilnya Firman Allah Taala
والله سميع عليم (wallahu samiiun aalim ertinya bermula Allah Taala yang amat mendengar dan amat mengetahui).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada berkata perkataan haram – sebab tuhannya mendengar segala perkataannya.
12. Basar – ertinya MELIHAT– maka mustahil ia buta – dalilnya Firman Allah Taala
والله بصيربما تعملون (Wallohu Basiirun bimaa ta’malun ertinya bermula Allah Taala yang amat melihat dengan barang yang diperbuat).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia tiada membuat maksiat sebab tuhannya melihat akan perbuatannya.
13. Kalam – ertinya BERKATA-KATA– maka mustahil kelu – dalilnya Firman Allah Taala
وكلم الله موسى تكليما
(Wakal lamal loohu Muusa tak liimaa ertinya berkata-kata Allah Taala akan nabi Musakan sempurna perkataan).
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia memberi zikir pada Allah Taala dengan pengharapan sebutnya Allah Taala padanya.
14. Qoodirun – ertinya YANG BERKUASA – maka mustahil yang lemah – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Qudrat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia banyak takut kepada tuhannya yat amat berkuasa serta lagi besar pengharapan kepadanya dengan segala kebajikan adanya.
15. Muriidun – ertinya YANG BERKEHENDAK – maka mustahil yang benci – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Irodat - adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak berpinta doa pada tuhannya dengan segala bahaya dunia dan akhirat jua adanya.
16. Aaalimun – ertinya YANG MENGETAHUI – maka mustahil ia jahil – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Ilmu.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa meminta pertolongan daripada Allah Taala dalam tiap-tiap hal ehwalnya dan peliharaan daripada tiap-tiap kejahatan dunia dan akhirat - adanya.
17. Hayun – ertinya YANG HIDUP – maka mustahil yang mati – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Hayat.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak tawakkalnya kepada Allah Taala di dalam segala hal ehwalnya – yakni menyerahkan diri kepadanya.
18. Samiion – ertinya YANG MENDENGAR – maka mustahil yang tuli – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Samak adanya.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak segala puji-pujian kepada Allah Taala dan banyak syukur kepadanya dan banyak meminta doa kepadanya.
19. Basiirun – ertinya YANG MELIHAT – maka mustahil yang buta – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Basar.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak malu kepada tuhannya yang melihat akan dia membuat dosa atau fardhu jua adanya.
20. Mutakallimun – ertinya YANG BERKATA-KATA – maka mustahil yang kelu – dalilnya Firman Allah Taala iaitu dalil sifat Kalam.
Dan patut bagi mukmin mengiktikad bahawa ia sentiasa banyak membaca quran dengan kyusuk dan hormat Ta’zim dan Tajwid – maka bukan dengan Adu Qiro’ at adanya.
Sifat 20 dibahagi empat bahagi
Nafsiyah
|
Salbiyah
|
Ma’ani
|
Ma’nawiyah
|
Wujud
|
Qidam
|
Qudrat
|
Qoodirun
|
Baqo
|
Irodat
|
Muriidun
| |
Muhalafatuhu lil hawadis
|
Ilmu
|
Aalimun
| |
Qiamuhu binafsih
|
Hayat
|
Hayun
| |
Wahdaniat
|
Samak
|
Samion
| |
Basar
|
Basirun
| ||
Kalam
|
Mutakallimun
|
8/1/66 - ما هو شفاء ورحمة للمو منين (maahuwaa syifaa on waroh matul lil mukminiin) ertinya – apa dia penawar bagi orang mukmin?
Sifat 20 itu dibahagi atas empat perkara.
Pertama Hendaklah dijaga Sifat Salbiyah
Kedua Sifat Ma’ani
Ketiga Sifat Ma’ani, Ma’nawiyah – sudah lepas di sini
Keempat Sekarang ada dekat mana ?
Tahu di mana ada ini satu-satu barang – satu-satu barang inilah yang dicarik – itu engkau jangan main-main.
Wujud – Sifat Nafsiyah
Apa erti Wujud? Inilah yang hendak di jaga – jangan layak jangan banding –
Iaitu ZAT WAJIBAL WUJUD – selama-lamanya tiada dikeranakan dengan suatu kerana.
Apa kehendaknya?
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama-lamanya tiada dikeranakan dengan suatu kerana.
23/5/66
Wujud – Sifat nya Nafsiyah.
Apa erti Wujud? Inilah yang hendak dijaga jangan layak jangan banding.
Macam mana kita nak menjaga itu barang tadi, supaya jangan layak jangan banding.
Apa macam dia punya undang-undang?
Iaitu Zat Wajibal Wujud selama-lamanya, tiada di keranakan dengan suatu kerana. Itu undang-undang dia.
Kalau sudah dikeranakan dengan suatu kerana, atau pun sudah layak atau sudah banding dengan sesuatu yang lain, maknanya perkara itu sudah menyalahi sebagaimana kehendaknya Nafsiyah.
Jadi – siapa yang menjaga itu tadi?
Sifat mesti jaga, iaitu sifat Nafsiyah mesti jaga.
Macam mana Sifat nak jaga?
Macam mana Sifat itu nak menjaga Nafsiyah?
Macam mana Sifat itu punya peranan nak jaga itu Nafsiyah?
Iaitu Sifat itu kita mesti jaga, pasal Sifat itu ada pada kita.
Sifat kita mesti jaga, jangan layak jangan banding.
Macam mana sifat itu nak jaga!
Iaitu sebelum berbunyi, sifat mesti jaga dulu, jangan melayakkan dan jangan banding.
Macam mana?
Bila hukum nafi tadi, sifat jangan buka.
Bila sifat sudah buka, bermakna sudah layak sudah banding, pasal sifat tak jaga.
Apa macam! Kalau awak membunyikan kalimah Allah ini tadi. Kalau awak tak jaga!
Bermakna sudah layak sudah banding.
Siapa yang nak jaga!
Sifat lah. Sifat jaga dulu sebelum membunyikan nama dia.
Sifat Salbiyah
- Qidam
- Baqo’
- Muhalafatuhu lil hawadis
- Qiamuhu binafsih
- Wahdaniat
Iaitu sifat yang menolakkan atau menafikan barang yang tiada layak bagi Zat Tuhan Jalla wa azzaa.
15/5/66 – Salbiyah di dalam matahati
Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang menolakkan / menafikan barang yang tiada layak bagi zat tuhan.
Makanya MATAHATI
Luka di tangan nampak berdarah, luka dihati siapa tau!
Macam mana kita nak buat itu!
Di mana letaknya itu sifat?
Sifat itu letaknya pada sifat Ma’ani. Sifat memberi khabar, iaitu member khabar pada Ma’ani, iaitu Samak, Basar, Kalam. Kalau tak jaga, dia akan rosak.
ALLAH TAALA itu bukannya baharu tapi Qidam / sedia.
ALLAH TAALA itu bukannya binasa tapi Baqo / kekal.
ALLAH TAALA itu bukannya boleh diumpamakan tapi muhalafatuhu lil hawadis / tak boleh umpama.
ALLAH TAALA itu bukannya berdiri dengan yang lain tapi Qiamuhu Taala binafsih / berdiri dengan sendirinya.
ALLAH TAALA itu bukannya berbilang-bilang tapi Wahdaniat / asa.
Jadi kita tahu, makamnya pada matahati.
Macam mana kita nak tolak? Sedangkan makamnya di dalam matahati?
Jaga mata kepala, supaya matahati tidak rosak.
Macam mana nak jaga?
Iaitu apabila kita nampak sesuatu yang menyalahi daripada agama itu tadi, itu kita kena tolak.
Kalau kita pandang juga, maknanya kita tak tolak.
Jadi kalau kita tepandang perkara-perkara yan tidak betul maka kita alihkan pandangan kita.
Kalau kita dengar orang bercerita tak senonoh, kita angkat kaki, jalan.
Jangan tunggu, kalau kita tunggu juga, kita pun sama dengan dia, 2 x 5 dengan 5 x 2.
Apabila kita tak tolak, matahati kita rosak kerana ia tertakluk kepada sifat Samak / Basar / Kalam.
Jadi apabila kita pandang tadi, dia pergi pada Basar. Jadi kita tolak, supaya matahati tidak rosak sehingga kita tua pun, matahati kita tetap terang.
Macam doctor yang betulkan mata orang, matahati dia sendiri pun rosak.
Macam mana yang dikatakan sifat menolak?
Dalam sifat Nafsiyah, satu saja iaitu Wujud.
Dalam Salbiyah 5 iaitu Qidam, Baqo’, Muhalafatuhu Taala lil hawadis, Qiamuhu Taala Binafsih dan Wahdaniat.
Bila kita kata sifat yang menolak / menafikan barang yang tiada layak bagi Zat Tuhan.
Maknanya kita kena tahu satu per satu.
Nafsiyah pun sifat. Salbiyah pun sifat. Ma’ani pun sifat. Ma’nawiyah pun sifat!
Jadi yang mana dikatakan sifat yang menolak atau menafikan?
Oleh sebab itu hendaklah kita amat amati kerana sifat 20 ini dibahagi 4 perkara, masing-masing ada kehendaknya.
Sifat Salbiyah ini adalah Sifat Istikhabar, iaitu sifat yang memberi khabar kepada sifat kenyataan yang ada pada maujud.
Siapa sifat yang maujud?
Iaitu orang-orang yang sudah belajar sifat
Peringatan :
Kalau kita cerita dengan orang syariat – maka kita katakan, sifat yang memberi khabar kepada yang maujud.
Kalau orang belajar tasawuf mengenal diri maka carilah pada diri.
Kerana kita belajar sifat ini mengenai diri, baru kita dapat jaga sifat-sifat itu tadi pasal kita sudah kenal.
Kalau kita belajar sifat, hanya kita baca-baca, tapi tak bawa pada diri, macam mana kita nak jaga? Dan apa yang kita nak jaga pun kita tak tahu.
Jadi sifat Salbiyah ini tadi, iaitu sifat khabar yang ada kenyataannya pada yang maujud.
Bila kita belajar diri, maka adalah kenyataannya pada diri iaitu Ma’ani.
Sifat Ma’ani
- Qudrat
- Irodat
- Ilmu
- Hayat
- Samak
- Basar
- Kalam
Iaitu sifat yang berdiri pada Zat Yang Wajibal Wujud – mewajibkan baginya suatu hukum.
24/4/68 – Hendaklah dinyatakan hukum-hukum sifat Ma’ani.
Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang berdiri dengan Zat Wajibal Wujud yang mewajibkan satu hukum.
Macam mana?
Tujuh sifat mewajibkan satu hukum!
Kalau dia ada hukum, ini sifat Ma’ani berdiri dengan Zat.
Kalau dia tidak ada hukum, ini sifat Ma’ani tidak berdiri dengan Zat. Ia berdiri dengan yang lain.
Macam mana jalannya?
Tujuh sifat itu tadi, dia memakai satu hukum hukum Zat Wajibal Wujud.
Kalau dia dapat jaga hukum! Selamat itu dua puluh sifat.
Kalau dia tak jaga hukum! Habis jahanam itu dua puluh sifat.
Sifat yang wajib yang ada pada diri kita, iaitu tujuh sifat Ma’ani. Itu hukum kita mesti mau jaga.
Bila kata hukum! Macam mana?
Umpama orang bicara, mahkamah jatuh hukum 3 bulan penjara bermakna sudah berjalan itu hukum.
Jaga hukum sifat yang berdiri dengan Zat yang Wajibal Wujud, kerana ia mewajibkan satu hukum.
Macam mana awak pegang hukum?
Kalau awak tak hukum, awak balik kena hukum.
Kalau sifat Ma’ani menjaga hukum, maka sifat Ma’nawiyah tidak rosak.
Sifat Ma’ani sifat menjaga hukum, tujuh sifat Ma’ani mewajibkan baginya satu hukum.
Macam mana yang dikatakan mewajibkan satu hukum? Hukum siapa?
Hukum Allah.
Apa yang di kehendaki dengan hukum Allah itu?
Iaitu hendaklah kita jaga sifat-sifat kita itu.
Pada sifat Basar, iaitu kehendak.
Cari harta dan macam-macam lagi.
Tapi kita bangun pagi-pagi cari Allah. Selepas cari Allah, baru lah cari rezeki mudah-mudahan rezeki yang kita dapat itu memberi keberkatan.
Maka 7 sifat Ma’ani itu sudah ada pada kita, maka hendaklah kita jaga hukum-hukum dia tadi.
Ini amalan tauhid, dia pergi kepada sembahyang.
Bila kena hukum dalam sembahyang itu, semuanya tidak bergerak.
ALLAH AKBAR – Ma’ani tak begerak lagi, seab sudah kena hukum, kerana sifat Ma’ani sifat yang berdiri dengan Zat yang Wajibal Wujud – MESTI – tak boleh tidak memegang hukum.
Satu hukum, iaitu hukum Zat.
Sebab apa? Sebab tuan sifat itu ialah Zat yang Maha Besar.
Jadi sekarang kita kena jaga itu hukum yang wajib itu. Kalau tidak balik besok kita kena hukum pasal Zat sudah rosak.
Sekarang kita belajar sifat siapa?
Sifat Allah Taala.
Sifat Ma’nawiyah
- Qoodirun
- Muriidun
- Aalimun
- Hayun
- Samion
- Basirun
- Mutakallimun
Iaitu sifat yang melazimkan bagi tujuh pada sifat Ma’ani seperti Qoodirun melazimkan Qudrat – hinggalah selanjutnya.
24/4/68 – Ma’nawiyah alam hakikatul Zat – menghidupkan nyawa.
Apa kehendaknya?
Iaitu sifat yang melazimkan bagi 7 sifat ma’ani seperti :
- Qoodirun melazimkan Qudrat.
- Muridun melazimkan Iradat.
- Aalimun melazimkan Ilmu.
- Hayun melazimkan Hayat.
- Samion melazimkan Samak.
- Basirun melazimkan Basar.
- Mutakallimun melazimkan Kalam.
Jadi sifat ini melazimkan pada 7 sifat Ma’ani.
Maknanya sekarang Ma’nawiyah sudah melazimkan pada Ma’ani.
Ma’ani kena jaga hukum. Kalau tak jaga hukum, Ma’nawiyah akan rosak. Ma’ani kene hukum.
Sifat kesempurnaan
Sifat 20 itu dibahagi atas dua bahagi.
Dia pergi pada kalimah
لا إله إلا الله
( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ ) Sifat Istigna 11 sifatnya.
- Wujud
- Qidam
- Baqo’
- Muhalafatuhu lil hawadis
- Qiamuhu binafsih
- Samak
- Basar
- Kalam
- Samion
- Basirun
- Mutakallimun
Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap barang yang lainnya
14/4/68 - لا إله (LAA ILAAHA) Istigna ,.
Mulai kami dengan kebesaran Allah.
Kalimah لا إله (LAA ILAAHA) dia mengandungi kalimah Tafsir yang berlawanan.
10/5/68 - Nafi - Menafi sifat menolak.
sifat memberi bekas - hakikat jasmani - ini jalan Da'emon.
Mulai kami dengan kebesaran Allah.
Kalimah لا إله (LAA ILAAHA) dia mengandungi kalimah Tafsir yang berlawanan.
10/5/68 - Nafi - Menafi sifat menolak.
sifat memberi bekas - hakikat jasmani - ini jalan Da'emon.
( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )Sifat Iftiqar 9 sifatnya.
- Qudrat
- Irodat
- Ilmu
- Hayat
- Qoodirun
- Muriidun
- Aalimun
- Hayun
- Wahdaniat
Berkehendak tiap-tiap barang yang lainnya kepada Allah
24/5/68 - Banyak orang yang membicarakan pasal NIAT dan TERTIB - yang dikatakan NIAT itu 9 berdiri menjadi satu. Niat sembahyang satu jua -
kamu berkata hadapkan kepadanya (Qul huwal loohu ahad - allah hus samaad - Lam yalid walam yulad - Walam yakul lahuu kufuwan ahad)
Kalimah إلا الله (ILLALLOH) kami yang menembusi tujuh lapis langit dan bumi.
لا إله إلا الله
| |||
محمد رسول الله
| |||
معر فة
|
تو حيد
|
اسلا م
|
ايما ن
|
معر فة
|
حقيقة
|
طر يقة
|
شر يعة
|
ا لله
|
ا لا
|
ا له
|
لا
|
ﻗﺎﺩﺭ
|
ﻗﺪﺭﺓ
|
ﺳﻤﻊ
|
ﻭﺟﻮﺩ
|
ﻣﺮﻳﺪ
|
ﺇﺭﺍﺩﺓ
|
ﺑﺼﺮ
|
ﻗﺪﻡ
|
عا لم
|
ﻋﻠﻢ
|
ﻛﻼ ﻡ
|
ﺑﻘﺎﺀ
|
حي
|
ﺣﻴﺎﺓ
|
سميع
|
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
|
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
|
ﺑﺼﻴﺭ
|
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
| |
متكلم
|
10/7/71 – Dimana letaknya kalimah لا إله إلا الله (Laa ilaaha illaalloh) ?
LAA ILAAHA ILLAALLOH – sifat 20 yang memegang peranan penting.
13/6/72 – Awak tau – kalimah itu apa? dan siapa?
Di dalam kalimah لا إله إلا الله
Mengandungi 50 Aqoo edul Iman
Iaitu dari sifat Istigna dan Iftiqar.
Sifat Istigna, 11 lawan 11 jumlah 22.
Termasuk pada sifat Istigna, iaitu 3 lawannya 3 – jumlah 6.
Pertama – Tiada wajib Allah Taala menjadikan alam ini – lawannya mustahil wajib.
Kedua – Tiada mengambil faedah di atas taat makhluk lawannya mustahil mengambil faedah.
Ketiga – Tiada memberi bekas sesuatu daripada ka ainat (pemberian) dengan kuat kuasanya – lawannya mustahil memberi bekas.
Jumlah semua 22 + 6 = 28
Sifat Iftiqar, 9 lawannya 9 - jumlah 18.
Termasuk pada sifat Iftiqar iaitu 2 lawannya 2 - jumlah 4.
Yang pertama – Baharu sekalian alam ini – lawannya mustahil qadim.
Yang kedua – Tiada memberi bekas sekalian makhluk dengan tabiatnya – lawannya mustahil memberi bekas.
Jumlah 18 + 4 = 22
Di dalam kalimah محمد رسول الله
- Siddiq ertinya Benar
- Mustahil dusta atau bohong
- Amanah ertinya kepercayaan
- Mustahil khiamat
- Tabliq ertinya menyampaikan
- Mustahil menyembunyikan
- Fatonah ertinya Cerdik
- Mustahil Jahil
- Percaya segala malaikat
- Mustahil tiada malaikat
- Percaya segala Kitab
- Mustahil tiada Kitab
- Percaya segala Rasul
- Mustahil tiada Rasul
- Percaya hari Qiamat
- Mustahil tiada hari Qiamat
- Harus pada haq Rasul satu – iaitu berperangai manusia
- Mustahil tiada berperangai manusia
Jumlah kesemuanya.
| ||
Terdapat pada sifat Istigna,
|
11 lawan 11
|
22
|
Termasuk pada sifat Istigna,
|
3 lawan 3
|
6
|
Terdapat pada sifat Iftiqar,
|
9 lawan 9
|
18
|
Termasuk sifat Iftiqar,
|
2 lawan 2
|
4
|
Inilah yang terdapat pada kalimah
|
50
| |
Laa ilaaha illaalloh
| ||
Di dalam kalimah Muhammad Rasuululloh
|
18
| |
Jumlah kesemuanya
|
68 Aqooed
|
Labels:
Allah,
Hakikat Insan,
iLMU,
KenaLi Diri,
KeTuhanan,
Makrifatullah,
SuFi,
Ulamak Kita,
Umum
Subscribe to:
Posts (Atom)