~*~Prof.Dr. Abu Hassan - Siapa Petualang Siapa
Pejuang
TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS
dilahirkan pada Tahun 1850 di kampong saring, mukim
jeram, Pasir puteh, kelantan. Beliau dibesarkan di
Istana jeram kerana ayahandanya berkhimat Panglima
kepada tengku seri maharaja jeram. Berpendidikan
agama dan pernah berguru dengan Tuan guru Syeikh
Ahmad al-Fatani di Mekah pada Tahun 1327H.
Ekoran campurtangan british di
Kelantan pada tahun 1909, TOK JANGGUT,
dengan Sokongan ungku besar ahmad, cicit pada long
gapar, Pengasas kerajaan kelantan,telah melancarkan
gerakan Anti-hasil.
Apabila perang meletus antara
kerajaan Turki uthmaniah dengan Britain dan
bersesuaian dengan Fatwa jihad yang dikeluarkan
oleh mufti besar kerajaan Turki uthmaniah pada 11
November 1914, TOK JANGGUT Mengangkat senjata
menentang british.
Pada 29 april 1915 TOK JANGGUT
menyerang Bandar pasir puteh dalam Pertempuran
dengan angota pasukan Malay State Guides Pada 24
mei 1915 dikampong dalam pupuh, TOK JANGGUT Telah
gugur syahid bersama dengan TOK ABAS dan
TOK HUSSIN.
Mayat TOK JANGGUT telah dibawa
ke Kota bharu, diarak dan digantung sonsang selama
empat jam Di padang bank sebelum dikebumikan di
kampung pasir Pekan.
. .