QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

08 February, 2012

Peribahasa yang betul...

PERIBAHASA YANG BETUL    

1. Harapkan pegar , pegar makan padi
Bukan, Harapkan pagar, pagar makan padi.

ANTARA PEGAR DAN PAGAR

Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.


Inilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’.  Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada "orang pagarkan" sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. 
Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’
Peribahasa Salah : Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
Peribahasa Betul : Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi

Maksud : Kita mengamanahkan atau memberi kepercayaan kepada seseorang,sebaliknya orang itu mengkhianati kepercayaan atau amanah yang kita berikan.
Seperti yang dinyatakan oleh saudara Rashid,peribahasa ini mempunyai kesilapan didalam penggunaan perkataan Pagar kerana bunyi yang sebenarnya ialahHarapkan Pegar,Pegar Makan Padiyang merujuk kepada burung pegar ataupun ayam pegar yang ditugaskan oleh para petani suatu ketika dahulu untuk menjaga sawah padi mereka daripada haiwan perosak. Walau bagaimanapun, ayam pegar ini tidak menjalankan tugas dengan baik kerana ia bukan sahaja memakan haiwan yang merosakkan padi itu, sebaliknya ia turut menjadikan padi sebagai sumber makanannya. Disebabkan oleh kejadian itu,maka terhasilnya peribahasa ini.
burung pegar,Lophura ignita,harapkan pegar,pegar makan padi
Bernama saintifik Lophura ignita,ayam pegar ini boleh didapati di hutan bertanah rendah di Semenanjung Tanah Melayu,Thailand, Borneo dan juga Sumatera.Ayam ini dikelaskan didalam kategori burung dan ia menjadikan padi, buah-buahan dan haiwan kecil sebagai sumber makanannya. Spesis ini bertelur (mempunyai telur berwarna krim) dan mengikut daripada rekod yang dikeluarkan oleh “senarai Data Merah IUCN”,spesis ayam ini merupakan spesis hidupan yang semakin terancam. Hanya bertelur 5 biji sahaja ketika musim mengawan sekitar Ogos dan September sahaja. Saya pun rasanya tidak pernah melihat ayam ini secara nyata.
Mengulas mengenai peribahasa ini pula,suatu ketika dahulu,dikatakan ayam pegar ini banyak terdapat dipinggir sawah.Mereka disana memakan haiwan perosak dan siput gondang disekitar sawah sehingga mereka diberi kepercayaan oleh para pesawah untuk menjaga sawah mereka.Bagaimanapun,para pesawah tidak mengetahui yang burung ini juga memakan padi.Sebab itulah apabila hal ini diketahui,hilanglah kepercayaan pesawah terhadap burung ini.Maka terkeluarnya peribahasaharapkan pegar,pegar makan padi”..



2. Melepaskan batok di tangga
Bukan, Melepaskan batuk di tangga

ANTARA BATOK DAN BATUK

Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan? Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke? hehe..

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk. Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. 

Macam lepas guna getah Paip dalam tandas, tak letak balik hujungnya tu ke pemegangnya semula... lebih kurang begitulah maksudnya.

Daripada situlah, ia bermaksud buat kerja separuh jalan.


keranjang bambu,mata keranjang,bakul
Peribahasa Salah : Mata Keranjang
Peribahasa Betul : Mata Ke Ranjang

Maksud:Lelaki yang suka melihat perempuan
Mengulas mengenai peribahasa “mata keranjang“,apa maksud keranjang? Maksud keranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan,buluh dan sebagainya.Jadi apa pula maksud “mata bakul“? Tak ada maksudkan? Sebenarnya ini juga merupakan salah satu kesalahan ataupun kesilapan yang berlaku ketika pentafsiran daripada tulisan jawi ke tulisan rumi dimana maksud yang sebenar peribahasa ini bukanlah “Mata Keranjang”,sebaliknya “Mata Ke Ranjang” yang merujuk kepada lelaki yang melihat perempuan sehingga diasosiasikan sehingga ke atas ranjang. Rujukan ini dapatkan sendiri daripada buku “Bahasa menunjukkan bangsa” hasil karya Alif Danya Musyi,seorang penulis daripada Indonesia.


Peribahasa Salah : Merah Padam
Peribahasa Betul : Merah Padma
Maksud: Mengambarkan air muka seseorang yang merah ketika marah.
Peribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai “Merah Padam”,sebaliknya ia ditulis sebagai “Merah Padma” yang merujuk kepada “Padma”,sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).
Lagipun,jika kita mengaitkan perkataan “padam” dengan “merah”,sememangnya ia tidak  memberi satu kata yang bermakna pun kepada kita.Jadi apa pula maksud yang sebenarnya?.


Peribahasa Salah : Saling Tak Tumpah
Peribahasa Betul : Salin Tak Tumpah

Maksud: Dua orang yang serupa benar.
Untuk peribahasa ini, sekadar ingin mengatakan yang ia tidak mempunyai kena mengena dengan kesilapan mentafsir daripada jawi ke rumi,sebaliknya sekadar mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada kita semua.Kerapkali kita dihidangkan dengan peribahasa ini jika kita ada melihat seseorang yang serupa dengan seseorang yang lain.Tapi betulkah penggunaan perkataan “saling”  didalam peribahasa ini?
Buat pengetahuan anda semua,perkataan yang sebetulnya untuk digunakan didalam peribahasa ini adalah Salin,bukannya “Saling”.Jadi peribahasa ini akan berbunyi “Salin Tak Tumpah”.
Kebenaran tentang penggunaan perkataan “Salin”  telah dibuktikan melalui rujukan yang lakukan didalam kamus peribahasa yang berada dipasaran.Jadi penyelitan peribahasa ini sekadar  teguran kepada anda dan juga kepada diri saya sendiri yang penggunaan perkataan “saling tak tumpah” adalah salah. Harap maklum.
Itu antara 5 kesilapan peribahasa yang kita warisi daripada generasi terdahulu dan kita gunakan tanpa sedikitpun perasaan curiga tentang kesalahan yang terkandung didalamnya.
Diantara 5 peribahasa berikut, 4 daripadanya adalah kesilapan ketika proses penterjemahan daripada tulisan jawi ke rumi . Manakala 1 lagi peribahasa adalah kesilapan yang kita lakukan dengan mengubah sendiri peribahasa tersebut dan terus menggunakannya didalam kehidupan seharian tanpa sedikitpun perasaan serba salah.
Mulai hari ini,kita boleh memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan dan menggunakan peribahasa ini didalam pembelajaran dan kehidupan seharian kita. =)
Nota:Sebenarnya,kita bukan sahaja berhadapan dengan peribahasa yang disalah tafsir ketika proses penterjemahan daripada tulisan rumi ke jawi,sebaliknya kita juga berhadapan dengan beberapa perkataan lain yang turut disalah tafsir.Diantaranya ialah perkataan “Permaisuri” yang sepatutnya merujuk kepada “parama iswari” iaitu nama bagi dewi.
Dan perkataan “suatu” yang sepatutnya merujuk kepada “sawatu” yang bermaksud ukuran satu batu. Jadi permasalahan ini bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia tetapi negara nusantara yang lain juga.Jadi jangan begitu mudah menyalahkan pelbagai pihak dengan tomahan yang tidak masuk akal.Contohnya menyalahkan cikgu bahasa melayu yang memang tak bersalah dalam hal ini..

WallahHu'Alam.
Sumber...

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~