QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label Madu. Show all posts
Showing posts with label Madu. Show all posts

14 March, 2014

Madu Lebah Kelulut ~ Rahsia & Khasiatnya





KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT


1. MADU LEBAH KELULUT
  • Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  •  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

2. PROPOLIS LEBAH KELULUT
  • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT
  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

4. KOLONI KELULUT
  • Disamping mengeluarkan madu, roti lebah dan propolis, Lebah Kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan dan pertanian. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang dan lebah lalat. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.
  • “Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.
 sumber: http://www.lebahkelulut.com/khasiat-produk-lebah-kelulut/

DR PAKAR TERNAK KELULUT

Rasa berbeza mengikut spesies





DARIPADA sebuah kawasan hutan belantara, Dr. Ibrahim Shuib, 66, mendapat ilham untuk membangunkan tanah yang dibelinya pada tahun 2001.

Kesibukannya sebagai doktor perubatan di klinik miliknya sendiri iaitu Poliklinik Ibu Kota di Seri Gombak, Selangor tidak menghalang beliau untuk berbakti kepada tanah miliknya itu.
Beliau melakukan kerja-kerja menebang pokok-pokok dan membersihkan kawasan hutan seluas lapan hektar di Kampung Sungai Jang, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor itu secara berperingkat-peringkat.

Idea asal beliau ialah untuk membangunkan projek tanah vetenari Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan tersebut bagi menjadikannya sebagai destinasi agropelancongan di Kuala Kubu Bharu.

Hasil usaha Ibrahim selama 13 tahun ternyata telah membuahkan hasil. Kini, beliau giat mempromosikan pelancongan berasaskan pertanian dan ternakan haiwan di ladang Great Farm miliknya itu.

Persekitaran yang dikelilingi 200 jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan kambing merupakan tarikan utama pengunjung ke Great Farm yang menjanjikan suasana seperti di kampung halaman sendiri.

Pengunjung juga berpeluang menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik secara terus dari pokok-pokok di ladang itu.
Tidak hanya tertumpu kepada sektor agropelancongan, Great Farm turut menternak lebah kelulut yang menghasilkan madu dan dijual secara komersial.

“Lebah kelulut merupakan antara tarikan utama pengunjung ke Great Farm. Kira-kira 150 sarang kelulut yang terdiri daripada 22 spesies serangga itu diternak di sekeliling ladang ini. Pengunjung dapat melihat proses mengambil madu dan kitaran kehidupan kelulut secara mendalam,” ujar Ibrahim ketika ditemui Kosmo! di ladangnya.

MOHAMED menggunakan vakum yang dilengkapi dengan sistem saluran untuk menyedut madu dari kantung madu kelulut.


Spesies serangga
Kelulut merupakan sejenis serangga dan berbeza dengan lebah madu. Namun, ia boleh menghasilkan madu seperti lebah madu. Ia boleh ditemui di hutan hujan tropika. Antara spesies atau koloni kelulut yang diternak oleh Ibrahim ialah Tetrigona, Homotrigona, Odontotrigona, Lophotrigona dan Tetragonilla.

Kebanyakan spesies kelulut tergolong dalam keluarga Melipononi di bawah pecahan Trigona.

Habitat asal kelulut ialah di permukaan batang pokok-pokok di kawasan hutan. Penternak perlu memotong pokok yang menjadi habitat asal untuk dibawa pulang. Kemudian, kotak lebah dibuat di bahagian atas potongan pokok itu untuk memudahkan proses pengambilan madu.

Menurut Ibrahim, kelulut yang diternak di Great Farm diambil dari pelbagai jenis pokok di kawasan hutan negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Perlis.

“Rasa setiap madu kelulut berbeza mengikut spesies. Kebanyakan madu kelulut rasanya manis malah ada juga mempunyai rasa masam. Dianggarkan sebanyak 18.5 peratus air terkandung dalam madu kelulut yang menyebabkan teksturnya lebih cair berbanding madu lebah.

“Setiap botol madu kelulut keluaran Great Farm dijual dengan isipadu 350 milimeter. Setiap koloni kelulut juga menghasilkan madu dalam jangka masa berbeza. Bagi spesies Geniotrigona yang bersaiz besar, hanya dua kali proses pengambilan untuk mendapatkan sebotol madu.
Bagi spesies Laedriceps, ia mengambil masa selama enam bulan untuk mendapatkan sebotol madu kerana saiznya kecil,” ujar lelaki yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

IBRAHIM menunjukkan kotak menternak kelulut di atas batang pokok yang diambil dari hutan.


Di sekitar Great Farm, Ibrahim yang dibantu oleh tiga orang pekerjanya telah menanam lebih 200 jenis tanaman buah-buahan seperti kuini, belimbing besi, kedondong, mangga dan jambu. Tanaman itu membantu pemakanan kelulut yang mengambil nektar atau cecair yang diproses secara semula jadi untuk menghasilkan madu.
Kepelbagaian sumber pemakanan kelulut untuk menghasilkan madu juga membezakan spesies serangga itu dengan lebah madu. Bagi lebah madu, serangga itu hanya mengambil nektar daripada satu sumber iaitu bunga.
Daun dan resin atau getah pokok yang ditanam di sekitar ladang merupakan sumber makanan kelulut. Sumber makanan yang baik juga membantu menyumbang kepada penghasilan madu yang berkualiti dan berkhasiat.

Metabolisme

“Kelulut menjadikan resin di pokok jenis dipterocarp seperti meranti, keruin dan merawan di kawasan hutan sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. Resin pokok-pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman badan yang membantu merangsang sel ketahanan tubuh manusia,” jelasnya yang berpengalaman selama empat dekad dalam bidang perubatan.

Antara kelebihan lain pengambilan madu kelulut kepada setiap individu ialah ia membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, agen kecantikan dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Madu kelulut juga digunakan dalam rawatan perubatan tradisional.

Seorang pengguna madu kelulut dalam kaedah rawatan, Sub Inspektor Mohd. Rodzi Ismail, 50, berkongsi pengalaman, luka di ibu jari kakinya berjaya disembuhkan dalam jangka masa yang singkat setelah menggunakan madu itu sebagai penawar.

SPESIES Laericeps merupakan kelulut yang paling lambat menghasilkan madu kerana saiznya yang kecil.


Luka kering
Menurutnya yang bertugas di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu, ibu jari kaki kanannya dihempap bongkah besi sewaktu beliau sedang bertugas.

“Akibat insiden itu, saya menerima tujuh jahitan pada ibu jari kaki. Saya juga diberi pelepasan bertugas selama dua minggu. Selain itu, saya juga menghidap penyakit diabetes dan kebiasaannya setiap luka di badan saya mengambil masa yang lama untuk sembuh.

“Perkenalan saya dengan Ibrahim telah membuka jalan penyelesaian terbaik untuk merawat luka itu. Beliau menyarankan saya minum dan meletakkan tiga titis madu di bahagian yang luka sebelum membalutnya. Pada keesokan hari, luka di jari kaki saya sudah kering dan mengambil masa yang singkat untuk sembuh,” jelasnya.

Mengakui ibu jari kakinya berdenyut sepanjang malam selepas madu disapu, dia berasa gembira apabila luka itu kering pada kadar segera. Selain itu, dia juga dapat menyambung tugasannya selepas tempoh cuti sakit.
Selain madu, propolis atau struktur binaan sarang kelulut dan kantung yang menyimpan madu yang diperbuat daripada resin pokok juga boleh digunakan dalam perubatan. Pengunjung di Great Farm berpeluang menikmati propolis yang boleh dimakan secara terus apabila proses pengambilan madu dijalankan.

Menurut Penyelia Great Farm yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanaman dan kelulut, Mohamed Mat Salleh, 64, kebanyakan pengunjung di ladang tersebut tertarik untuk melihat proses pengambilan madu kelulut dari sarang.

Jelas Mohamed yang merupakan individu yang menjalankan proses tersebut setiap hari, madu kelulut mudah diambil kerana spesies lebah itu tidak menyengat.

Ibrahim telah melakukan beberapa inovasi untuk memudahkan proses mengambil madu dari sarang. Dalam usaha untuk memudahkan proses itu, beliau telah menggunakan vakum atau pembersih hampa gas dengan saluran penyedut.

“Kantung yang menyimpan madu di dalam sarang bersaiz kecil dan ia juga mudah pecah apabila disentuh. Vakum yang telah diubah suai itu membantu mempercepatkan proses pengambilan madu. Saluran penyedut juga mudah menembusi setiap kantung madu,” jelasnya yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: http://www.lebahkelulut.com/dr-pakar-ternak-kelulut/

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2uoLreME7


~*~*~*~*~*~*~*~*~

Potensi madu kelulut jana pendapatan



SYAKIRAH (kanan) bersama ibunya Norlezah menunjukkan rupa sarang kelulut.

RAMAI yang beranggapan kelulut merupakan sejenis serangga seperti lebah madu yang tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak. Hakikatnya, serangga yang banyak ditemui di hutan hujan tropika itu boleh membantu menjana pendapatan seseorang jika bersungguh-sungguh mengusakan dan tahu kaedahnya.

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan.

“Sebelum tahun tahun 1990, madu kelulut belum lagi dikomersialkan, selepas melihat potensi kelulut, satu program telah diaktifkan oleh MARDI untuk mengkaji perilaku serangga tersebut,” katanya ketika ditemui.

Hasil penyelidikan tersebut telah berjaya dimanfaatkan oleh beberapa usahawan produk berasaskan madu, termasuklah Syakirah Hamdan, 24.

Menurut pengusaha madu kelulut yang banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar MARDI itu, beliau berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu dan propolis serangga tersebut.

Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Potensi kelulut

Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh.

Syakirah yang mengambil alih perniagaan Trigona Bee daripada ibunya, Norlezah Baharom, 53, akhir tahun lalu menjelaskan, hasil kerjasama dan khidmat nasihat MARDI membolehkan madu dihasilkan lebih banyak dan berkualiti sehingga boleh dikomersialkan.

Ujar bekas penuntut Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur jurusan Diploma Perniagaan itu, sebelum ini Trigona Bee ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat tersebut hanya menternak lebah madu sahaja, namun setelah mendapati potensi dan khasiat madu kelulut lebih baik maka syarikat tersebut cuba kepada menternak kelulut.


MADU kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

“Madu lebah kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan dipercayai dapat melambatkan proses pengoksidaan dalam badan. Ia baik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam plasma darah dan risiko mendapat kanser perut,” katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor.

Kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaannya meningkat sekali ganda sehinggakan syarikat tersebut sukar menampung permintaan tersebut. Madu kelulut syarikat itu diperoleh daripada penternakan dua buah ladang yang terletak di Semenyih dan Serdang, Selangor.

Tambah gadis yang masih belum berumah tangga itu, lebihan permintaan tersebut berlaku disebabkan kelulut hanya menghasilkan madu secara bermusim iaitu pada musim pokok berbunga sedangkan permintaannya berterusan.

Ujar Syakirah, madu kelulut dijual pada harga RM40 bagi 350 gram.

Selain penjualan madu lebah dan kelulut, syarikat Trigona Bee turut menjual koloni kelulut kepada pelanggan yang berminat untuk menternaknya pada harga antara RM400 hingga RM1,000 untuk satu koloni bergantung kepada spesies kelulut.

“Sifat kelulut yang tidak menyengat berjaya menarik minat ramai orang untuk membeli koloni dan menternaknya sendiri di rumah,” kata Syakirah yang banyak dibantu keluarganya.

Jenis madu

Kini, hasil jualan keseluruhan produk syarikatnya mampu mencecah RM20,000 sebulan sekali gus menjadikan Syakirah tidak menang tangan.

Selain madu kelulut, syarikatnya turut menawarkan madu-madu lainseperti Madu Hutan, Madu Habbatus Sauda, Royal Honey, Madu Propolis,

“Madu-madu tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri.

“Misalnya, madu hutan yang boleh membantu meringan batuk, lelah, selesema dan masalah tenaga batin,” katanya sambil memberitahu produk tersebut mendapat sambutan daripada pengguna dari luar negara seperti Asia Barat.


Sumber: http://www.lebahkelulut.com/blog/



. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

14 December, 2011

Poligami ~ Bermadu benar2 Manis..?

Ingin saya berkongsi dengan semua. menyokong tidak/menolak pun tidak. tepok dada tanya selera. Komen anda-anda-anda amat-amat saya harapkan. Artikel yang saya ceduk 100% dari SINI. Tujuan saya cuma nak tau komen dari pembaca. Saya hargai komen anda!
 
Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).

Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?[/B], mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.

Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami[/B] namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.

Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.

Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain.

Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.

Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.

Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif.

Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh.

Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama.

Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.

Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.

Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.

Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.

Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas.

Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu.

Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.
iluvislam.com
Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam.

Hancur dan musnah.

Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik.

Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul.

Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya.

Tidak kira suami bernikah satu atau empat, [B]jika asas agama adalah kukuh[/B], kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

“Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi. “




WallahHu'Alam.


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~