QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label Scanner. Show all posts
Showing posts with label Scanner. Show all posts

19 May, 2010

Kanak-Kanak Yang Dapat Melihat Malaikat

Foto hanya hiasan sahaja. Peristiwa ini berlaku di timur tengah tiada kaitan dengan gambar yang dipaparkan. Cuma peristiwa benar-benar berlaku kepada keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam.


Kisah yang sangat memberi keinsafan kepada kita walaupun ianya hanya berlaku pada kanak-kanak kecil

Ayahnya pernah berkerja di arab Saudi dan pernah tinggal Di Dammam, Arab Saudi selama 10 tahun. Kanak-kanak perempuan ini mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad berumur 8 tahun.
Saya berkerja sebagai Engineer, anak saya bernama Yasmin, sangat cantik, kini berumur 9 tahun.
Saya sentiasa melihatnya membaca Al-Quran, memakai purdah dan sentiasa solat. Apabila selesai melakukan latihan-latihan sekolah dia terus berada di atas sejadah dan mula membaca Al-Quran dengan penuh beradab, saya pernah menyuruhnya pergi bermain dengan kawan-kawan. Tapi dia berkata kawan saya adalah Al-Quran dan dia(Al-Quran ) adalah sebaik-baik kawan. Pada suatu hari perutnya terasa terlalu sakit, saya membawa Yasmin ke klinik.

Maka dia dapat berehat selama 2 hari, dan peristiwa itu selalu berulang. Syarikat tempat saya berkerja telah membuka cawangan di Amerika. Saya dan isteri berpindah ke amerika bersama Ahmad dan Yasmin, bertugas sebagai Manager syarikat. Saya bergembira berserta dengan keluarga kerana dapat bertugas di amerika. Apabila hampir dua bulan Yasmin terasa sakit seperti biasa pada perutnya, saya membawanya ke doktor lalu membuat pemeriksaan. Doktor akan memberi keputusan pemeriksaan selepas seminggu. Saya merasa tenang apabila doktor tidak memberi apa-apa reaksi tentang pemeriksaannya, lalu kami sekeluarga melancung ke Orlando.
Kami sekeluarga bergembira disamping Yasmin. Tiba-tiba telifon saya berdering,

Doktor yang memeriksa Yasmin menalifon saya dan meminta saya bertemu dengannya besok.
Saya merasa gelisah dengan panggilan tersebut. Saya akan menemui doktor tersebut waktu asar besok hari. Saya rasa takut dan tidak dapat menguruskan percutian dengan baik, walaupun selama 2 hari. Saya berasa amat gembira melihat Yasmin yang masih cergas, kami sampai di Amerika disamping panggilan dari doktor, saya juga mendapat panggilan dari syarikat agar segera kembali bertugas. Apabila Yasmin bertemu dengan doktor, doktor bertanya kepada Yasmin, lalu Yasmin menjawab, dia mengalami sedikit kesakitan dan badan menjadi lemah.

Setelah doktor selesai membuat pemeriksaan. Saya bertemu doktor di bilik yang lain. Doktor bertanya tentang tempoh yang Yasmin mengalami sakit tersebut. Saya memberitahu hampir satu tahun. Doktor memberitahu yang Yasmin mengalami kanser yang bahaya. Lalu saya menangis dan saya dapat bayangkan dia akan meninggalkan kami. Saya juga mendengar isteri saya turut menangis.

Yasmin berkata: memang saya akan menemui Allah SWT. Wahai ibuku dan ayahku, sesungguhnya Allah SWT lebih baik daripada ayah dan ibu serta semua manusia. Adakah pemergian saya menemui Allah SWT menjadikan semua menangis, Pemergian saya adalah untuk bertemu dengan yang kita kasihi.

Doktor : Saya menyaran kepada Yasmin, agar dia memulakan rawatan susulan.

Yasmin : Jika kematian adalah satu kepastian, maka tidak perlu rawatan dan ubat yang membazirkan.

Doktor berkata : Betul wahai Yasmin, kita yang sihat pun akan mati, oleh itu kita perlu makan, berubat dan melancong dan membina masa depan. Jika kita tidak berbuat demikian pasti kehidupan ini akan hancur dan tiada kemajuan diatas muka bumi ini. Ketahuilah Yasmin, jasad manusia memilki berbagai kemudahan dan semuanya adalah amanah daripada Allah SWT, jika awak diberi alat permainan, adakah awak akan merosakkanya?

Yasmin : saya akan bermanfaat dengannya dan menjaganya.

Doktor : Begitulah juga kemudahan yang telah Allah SWT berikan seperti sistem penghadaman, paru-paru, hati, mata, telinga dan semua pemberian Allah SWT. Kamu mesti menjaganya dengan baik dengan rawatan tanpa dirosak dengan bahan-hahan kimia. Rawatan yang kami berikan adalah dua matlamat: pertama mengurangkan kesakitan. Kedua: Memberi kekuatan kepada organ sehingga kamu mampu memberi jawapan kepada Allah SWT bahawa kamu telah menjaga pemberian Allah SWT dengan baik. Inilah matlamat dan maksud kami.

Yasmin : Jika demikian, saya sanggup mengambil rawatan sehingga saya mampu berdiri dihadapan Allah SWT, walaupun nikmat pemberian Allah SWT telah rosak.

Masa berlalu selama 2 bulan mengambil rawatan dan ubat. Apa yang berlaku adalah disebaliknya, anakku sentiasa mendekati Al-Quran, segala kemulian makin dia hiasi dirinya demi bertemu dengan Allah SWT. Dia sentiasa menghafaz surah-surah dari Al-Quran.

Saya bertanya kepadanya, Kenapa kamu membaca menghafaz Al-Quran?

Yasmin: Saya tahu Allah mencintai orang yang mencintai Al-Quran, saya ingin berkata kepada Allah SWT, Daku telah menghafaz sebahagian daripada Al-Quran, kerana Engkau mencintai orang-orang yang menghafaz Al-Quran.

Anakku sentiasa solat kadang-kadang dia solat diatas katilnya. Saya bertanya kepadanya, lalu dia menjawab: saya mendengar dari Rasulullah SAW : Allah memandang dengan pandangan yang sejuk mata memandang kepada orang yang melakukan solat. Maka saya ingin menjadikan diri saya demikian dengan solat.

Apabila tiba hari pemergiannya, terpancar cahaya dari wajahnya, senyuman terukir dibibirnya, dia mengambil Al-Quran dan membaca surah yasin disaat akhir hayatnya, sehingga dia tidak dapat menyebut surah yasin dengan lancar tetapi anakku telah berjaya membaca surah al-Fatihah,surah Al-Ikhlas dan ayat al-Kursi. Anakku membaca doa di atas dengan sempurna.

Selamat tinggal ayahku dan ibuku, saya melihat melihat disetiap penjuru bilik telah dipenuhi insan-insan berbaju putih, mereka datang kepada saya dan menjemput saya supaya bertemu dengan Allah SWT.
Saya melihat anak saya tersenyum walaupun disaat akhir dia memejamkan matanya.

Nota;
Jadikanlah kisah ini sebagai pendorong kearah mendidik anak supaya menjadi insan Soleh dan Solehah.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000455730354#!/note.php?note
Lading_Emas

09 November, 2009

T.K.R [Teknik Kembara Rawatan]

TKR BOLEH MENYELESAIKAN KECURIAN?

Pada minggu lepas seorang pelajar ting 1 mengadu kepada warden tentang kehilangan wang. Ustaz H telah meminta saya untuk melakukan Teknik Kembara&Rawat (TKR) bagi mencari duit yang hilang. Teknik tersebut pernah dicuba oleh beliau untuk mencari duit pelajar perempuan yang hilang. Alhamdulillah dengan izin Allah teknik tersebut berkesan. Ustaz H hanya ingin memberi pengalaman kepada saya memandangkan saya tidak pernah mencuba teknik ini dalam mana-mana rawatan yang dilakukan.

Sebelum berbuka puasa saya telah mencuba teknik ini kepada seorang sahabat ting 4 yang kehilangan Rm280. Saya mencubanya kepada pelajar ini dahulu kerana dia lebih dewasa dan tahu mengenai pembelajaran saya dengan Ustaz . Saya memulakan pencarian dengan menutup matanya dan membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran. Kemudian saya menyuruhnya pergi ke asrama secara imaginasi. Dipendekkan cerita pelajar ini melihat S seorang sahaja di asrama sedang duduk di atas koridor. Sedangkan ketika itu semua pelajar masih ramai didalam asrama.

Kemudian saya menamatkan pencarian kerana waktu berbuka semakin hampir. Selepas berbuka saya melakukan semula teknik ini. Pada kali ini saya menyuruhnya membuat bentuk kurungan menggunakan jari tangan. Dia melihat wajah yang sama sebelum ini didalam kurungan menjelirkan lidah. Saya memberitahu Ustaz H apa yang dilihat. Ustaz H menyuruh kami berbincang dahulu dengan pelajar tersebut secara baik. Pelajar tersebut mengaku dan berjanji akan mengembalikan wang tersebut secepat mungkin.

Saya hanya berusaha sandaran hanya kepada Allah S.W.T. Wallahualam....

Lading_Emas

T.K.R [Teknik Kembara Rawatan] Apa tu..?

AlhamduliLLAH saya berharap saya telah dapat menyumbang sedikit cara rawatan melalui Teknik Kembara & Rawat - TKR. Melalui TKR perawat dengan izin ALLAH dapat merawat melalui pesakit yang mengembara di dalam tubuhnya, persekitaran malahan secara jarak jauh.


Beberapa perawat dan pengunjung blog bertanyakan saya apakah sebenarnya TKR dan kenapa adakalanya boleh kembara tetapi pada ketika yang lain tak boleh. Akrinebera pula telah value added teknik ini dengan kembara pada badan perawat itu sendiri sebagai usaha penyembuhan diri sendiri. Kenapa perawat lain tak boleh lakukan sepertimana rakan kita di Akrinebera lakukan?

Kalau tanya saya bagaimana boleh nampak, saya sendiri tidak dapat jawapan secara tepat dan mutlak kerana perkara ini tidak boleh diujikaji secara makmal dalam menentukan kenapa boleh nampak. Saya hanya melakukan andaian saya mengambilkira teknik dan harapan semasa rawatan.

Andaian saya yang utama adalah tidak lain dan tidak bukan keizinan dan bantuan dari ALLAH. Pesakit telah dizalimi oleh jin dan tukang sihir. Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan mafhumnya "Sesungguhnya tiada hijab doa orang yang kena zalim, walaupun yang kena zalim itu seorang kafir". Apabila kita merawat, kita sebenarnya berdoa dan doa kita juga adalah doa pesakit... maka di sinilah apa yang kita pohon akan dimakbulkan ALLAH.

Apa yang kita pohon? Kita pohon agar ALLAH menundukan mata jin yang mengganggu agar patuh kepada arahan kita, lalu mata ini menjadi cctv dalam kembara berkenaan.

Dengan kata lain, kekuatan pergantungan perawat dan pesakit terhadap pertolongan ALLAH amatlat penting dalam TKR ini. Pesakit tak akan dapat melihat jika dia kurang yakin akan teknik ini. TKR juga tidak berjaya jika pesakit tidak melakukan islah terhadap hubungannya dengan Khaliq. Saya biasanya tidak akan melakukan TKR bagi pesawat yang dirawat untuk pertama kali, rawatan ulangan sahaja saya lakukan TKR mengambilkira pesakit telah melakukan zikruLLAH danlain-lain amalan taqarrubiah.

Tetapi ini bukanlah wajib, bagi kes berat serta pesakit yang datang dari jauh saya lakukan juga TKR kerana bagi saya kezaliman telah sampai ketahap yang melayakan kita mendapat bantuan dari ALLAH SWT.

Andaian kedua saya adalah TKR hanya boleh dilakukan bagi mereka yang ada jin pada tubuhnya. Semua orang ada gangguan kerana kita semua ada qarin yang kafir dan sentiasa menghasut melakukan kejahatan. Adilnya ALLAH membekalkan kita dengan malaikat yang mengilhamkan kebaikan. Tetapi malaikat ini tidak boleh diperintah, dia ditugaskan oleh ALLAH untuk mengilhamkan kebaikan sebagai imbangan dari qarin lantas manusia adalah raja bagi dirinya.

Kerana itu TKR biasanya boleh digunakan bagi kes sihir dan saka.

Untuk kes sihir dan saka elok pesakit diajar terlebih dahulu teknik doa diplomasi dengan harapan agar antara banyak jin2 yang mengganggu akan ada jin yang bersimpati dan sanggup membantu dalam TKR.

Katalah semua ini telah dilakukan tetapi bila kembara masih tak nampak, kenapa?

Mungkin ada halangan dari jin2 berkenaan untuk kembara. Mata pesakit akan disekat oleh jin2 berkenaan dengan melakukan tutupan maka anda perlulah berdoa untuk membuka tutupan berkali2.

Mungkin juga jin terlalu ramai sehingga sukar untuk cctv anda bergerak dalam tubuh anda. Dalam kes ini bawa cctv anda keluar dari tubuh dahulu seperti balik ke rumah dsb.

Saya juga ada menggunakan teknik membekalkan pesakit dengan lampu spotlight bagi membolehkan pesakit nampak. Caranya, minta pesakit menggenggam tangan kiri dengan ibu jari digayakan seperti spotlight. Niat membekalkan spotlight dan bacalah selawat tafrijiah, tiup ibu jari berkenaan. Pesakit akan dapat menyuluh dalam kegelapan berkenaan.

Jika teknik kembara melalui cctv tidak dapat dilakukan maka gunakan tangan pesakit untuk scan spot panas pada tubuh dan lain2 lokasi. Kaedah ini juga membantu.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa TKR bukan kembara roh bukan juga mata batin. Untuk melakukan TKR anda tak perlu puasa pemutih malah tidak perlu melakukan teknik pernafasan. Anda teramat relaks dalam TKR. Ia juga bukan teknik menurun, pesakit sedar dan menguasai dirinya manakala menurun pesakit bukan lagi pesakit tetapi dipengaruhi oleh jin yang kononnya menjadi perawat.

WALLAHu a'lam. [...Utz Abd Majid ~ AKRINE]


Lading_Emas

06 November, 2009

Qarin Jin & Qarin Malaikat

Asal-Usul Qarin Jin & Qarin Malaikat.


Written by: Tarmizy-rwgCH - Posted in: Bicara alam ghaib -

Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa Qarin ni ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin.

Bagi yang taktau apa tu Qarin, Qarin bermaksud “pendamping” atau “teman”. Sejak manusia lahir, Allah menjadikan dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka sebijik cam kita, leh kata mereka adalah kembar kita. Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w. telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).

Berikut adalah petikan dari sebuah buku berkenaan Qarin yang mana tajuk buku tersebut ialah “Rahsia Keajaiban Roh” tulisan Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Al-Hidayah. (minta izin dari penerbit dan penulis untuk saya siar petikan itu disini).

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi Adam as. Ketika diturunkan ke bumi, beliau berdoa, “Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak memperlihatkan dia, maka aku tidak mampu menghadapinya.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang ertinya;
 “tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya.”

Seterusnya Nabi Adam as. Berdoa lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allahpun berfirman lagi yang maksudnya, “ Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki”. Nabi Adam as. Berdoa dan memohon lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku”. Allah s.w.t. berfirman lagi yang mafhumnya, “Sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.”

Kemudian tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Iblis meminta lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Kemudian Allah pun berfirman sebagai berikut sebagai berikut yang ertinya:

“Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” (Al-Isra’:64).

Skang dah paham kenapa Qarin ada dua? Skang pun dah paham kenapa jin leh buat rumah dalam badan manusia?

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia.

by Mohamed Ibrahim Maricar on Thursday, October 6, 2011 at 10:47am
Qarin ada pada semua manusia.......
Qarin Akan Bersama-sama Mengiringi Kelahiran Seorang Bayi.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan qarin dari kalangan jin.
Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?',
Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda dan telah memeluk Islam.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
(Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:
  “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”. 
(Allah berfirman) : “Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku." (Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya".

Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
   "Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ibrahim: 22)

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T. mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain.
(Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir).


Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi S.A.W. juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi S.A.W telah mengIslamkan qarinnya.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Qarin juga yang sentiasa menimbulkan was-was semasa kita mengerjakan solat hingga lupa berapa rakaat. Qarin yang sudah sedia ada bersama manusia akan bekerjasama dengan syaitan dan jin kafir lain yang datang kepada manusia untuk membisikan dan menggoda manusia dengan apa cara sekali pun.

Jika seseorang meninggal dunia (biasanya seseorang yang menuntut ilmu sihir) kadangkala ternampak banyangan simati balik kerumah, sebenarnya yang balik bukan ruh si mati tetapi qarin si mati yang berupa seperti wajah simati.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:
   "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril . Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.
Dijelaskan juga dalam hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Banyakkan berzikir dan beristighfar supaya terhindar daripada gangguan syaitan.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah jin kafir yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (jin kafir atau syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah: iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata:
   "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah."
Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan diarahkan menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan.


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.[sumber]

  Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud : 
  "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka
kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa a.s. dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka sunnah dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi r.a (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W)
ia berkata yang maksudnya :
"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.ha. melahirkannya."

~*~Sheikh Nuruddin Al-Banjari ~Hukum Mempunyai Qarin (Teman daripada Jin)


Sahabat yang dikasihi,
    Marilah kita berhati-hati dalam kehidupan kita setiap hari kerana musuh sebenar kita berada di dalam diri kita sendiri, yang sentiasa menjalankan godaan dan hasutan siang dan malam tanpa berhenti-henti. Hikmah Allah S.W.T . menghantar satu qarin mengiringi kelahir seorang bayi adalah untuk menguji manusia supaya tetap istiqamah dengan jalan iman dan Islam dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan qarin, iblis atau syaitan.


WallahHu'Alam.

Dipetik dari artikel> http://ubatsihir.blogspot.com/2011/05/qarin-ada-pada-semua-maknusia.html




Lading_Emas

03 November, 2009

Simptom ~~~ SIHIR/SAKA

Simptom awal petanda SIHIR/SAKA

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

42) Penyakit Batuk yg berenti2, Kanser, Resdung, Maigrine, bersedih yg amat sgt
        juga boleh di cek dgn kaedah Rukyah [Lihat tanda2 bila diRukyah tu]

Sekiranya ada tanda2 tersebut, segeralah berUbat dengan Perawat Islam, dan pastikan ianya benar2
Perawat Islam, sbb sekarang nih Perawat Islam dah macam cendawan tumbuh, maklum ler..
ramai Pesakit yg sakit dan mcm sakit ajaib juga [^_^]


Lading_Emas

21 October, 2009

Scanner

Tahap-tahap Scan dan Kronologi
Ada baiknya DEN berkongsi sedikit ilmu bersama kengkawan buat jadi Guideline. Apa yang DEN tulis ini adalah merujuk kepada apa yang dikatakan Kasyaf Kauni dalam pengajian Ilmu Musyahadah. Ilmu Musyahadah menjurus kepada Kasyaf Kubro namun dalam mendaki ketahap tersebut memang akan melalui tahap kasyaf Kauni. Kasyaf Kubro sendiri terbahagi kepada 5 :-
a) Pandangan b) Pendengaran c) Bau d) Hati e) Ilmu . Ia suatu perbincangan yang teramat luas..

Kasyaf Kauni
Namun akan ada persamaan ditahap-tahap tertentu dengan Scan yang di pelajari atau dibuka oleh aliran lain ataupun mereka yang terbuka secara semulajadi. Turutan kronologi dibawah tidak semestinya berturut, boleh sahaja ia meningkat naik mendadak dan boleh sahaja ia menurun atau tetap setakat itu sahaja.

1) Masih didalam bentuk binatang seperti monyet , rama-rama, buaya atau simbol-simbol yang
pelik-pelik. Scan pada tahap ini adalah yang terawal dan terendah sekali tahapnya. Maka perhatikan anda. Biasanya ini pada tahap Nafsu Ammarah yang melampau.

2) Mula nampak berbayang-bayang atau berbalam-balam yakni tenggelam timbul seperti
Torchlight tak cukup bateri.
Scan sudah mula terbuka walaupun on-off sifatnya. Teruskan amalan. Biasanya tahap ini agak
agak lama sedikit Murid akan on-off scannya..Hendaklah rajin refer pada gurunya.

3) Mula ternampak sedikit pergerakan. Scan pada tahap ini memang memenatkan. Konsentrasi
harus penuh. Scan ditahap ini sudah memasuki tahap scan dalam. Scan terbahagi 2 secara
amnya. a) Scan dalam b) Scan luar
Scan dalaman masih belum stabil namun ia adalah asas yang perlu dilalui sebelum melangkah
lebih jauh

4) Rupa bentuk makhluk ghaib sudah boleh dilihat..biasanya dari jenis hantu...seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain. Jin masih belum dapat dilihat lagi...Pada ketika ini agak cepat sedikit peningkatannya...Namun Jin juga memiliki ilmu untuk menahan/sekat dari discan..maka hanya JIN tahap rendah sahaja pada ketika ini yang akan kelihatan...


5) Pada ketika ini gambaran hanya dalam bentuk black and white.

6) Jin sudah boleh dikesan didalam badan pesakit. Melihat Jin didalam badan lebih sukar dari melihat JIN yang berada diluar badan pesakit.

7) Barangan Santau seperti kaca halus sudah boleh dikenal pasti..

8) Rupa penyamaran Jin sudah agak jelas..seperti pendekar, puteri, wali, tok syeikh dan sebagainya...Pada ketika inilah saat kritikal..kerana murid biasa mudah menjatuh hukum...begitu juga mereka yang mendalami ilmu kebatinan. Selalu terperangkap dengan dakwaan bertemu Wali..

9) Scan pada tahap ini hanya berlaku pada jarak dekat sahaja tidak pada jarak jauh

Pada Tahap 1-9, belum lagi boleh membezakan penyamaran JIN yakni hanya nampak penyamaran JIN sahaja tanpa rupa bentuk yang asal.
Dihantar oleh DARUL SAKA

*********************

komen:

hj nazri said...

Assalamualikum Tok Dewata,

Macam mana nak bezakan perjalanan rohani dengan khayalan masa tengah scan..?

Apa petua supaya kita tidak tertipu di Alam Khayal semasa scan...

kata Guru saya perjalanan kita mencari redho Allah akan melalui 7 alam dan beratus sub alam...bergantung kepada tahap Rohani dan amalan soleh masing masing. Kalau tak silap, alam level ketiga dipanggil alam misal atau tamsil atau khayal atau alam jin. Bila berada di alam ni .. kita main flash je ..zip zap.. jadilah insyallah dengan apa yang dikhayalkan tu..Pesan guru saya jangan lah tahap amalan kita terhenti di alam ini. biasanya bila tahap rohani kita boleh mancapai ke alam ini maka terzohir lah pada kita akan beberapa kelebihan seperti menjadi bomoh/dukun/perawat/pendekar dsbgnya yang sebenarnya hanyalah istidrajbelaka...maka ramailah orang yang tersangkut di alam ini dek kerana kelebihan kelebihan yang sedikit tadi..dengan itu perjalanan kerohanian ke alam tingkatan yang lebih tinggi i.e JABARUT , MALAKUT untuk mencapai dan mencari redho ALLAH tidak tercapai...

Jadi kalau kita masih dok asyik main cak celut dengan jin, tangkap masuk botol dan bayangkan pulau dan hantar jin ke situ.. maknanya kita masih terkapai kapai di alam khayal tersebut. memanglah di alam khayal tu .. apa yang di inginkan insyallah akan termakbul..yang hanya merupakan istidraj dari ALLAH. maka matlamat kita untuk mencapai makam tertinggi dalam mencari redho ALLAH akan terhenti dan sukar tercapai kerana sangkaan kita sendiri merasakan sudah dekat dengan yang HAQ, lalu amalan amalan soleh menjadi tercorot kerana sibuk dengan hal hal di alam Khayal tadi.so marilah kita sama sama tepuk dada tanya iman.. supaya kita boleh saling ingat mengingati atas jalan Allah

sekian Terima kasih
**************

DARUL SAKA said...

Scan tidak boleh belajar tanpa Guru...Pasti akan tersesat kealam khayalan..macam yang Hj Nazri terangkan.Alam dunia sahaja 70...so bayangkan...siap ada syurga neraka .
Namun Kasyaf Kauni sukar nak jumpa ....
August 26, 2009 1:10 AM
DARUL SAKA said...

Sebelum Membezakan alam rohani dan khayalan.Kena bezakan dahulu gangguan dialam rohani. Dikuatiri terkena Jazbah JIN...Maka penapis mesti ada...petua mursyid dipegang erat..

Dunia khayalan bukan setakat aliran kebatinan sahaja terperangkap...mereka yang sedang bersuluk pun kekadang seolah-olah terbuka kasyaf mereka begitu ketika berzikir secra beramai-ramai..ketika ini mereka merasakan kasyaf terbuka..walhal hanya hayalan sahaja
August 26, 2009 1:14 AM
DARUL SAKA said...

Ramai Perawat menggunakan Ayat Al-quran untuk menelek..Sebagai contoh...bila diruqyah..pesakit diam...dikatakan takda masalah sihir...kalau pesakit bergerak-erak dikatakan ada sihir...Bukankan sama aje dengan memotong limau danmelihat telangkup atau tidak dalam menentukan ada atau tidak JIN.

Berbeza dengan mereka yang nampak...kalau ada kata ada..kalau takda kata takda...
August 26, 2009 1:16 AM
DARUL SAKA said...

Harus diingat Jin Yang Kuat..boleh bertahan..dari Ruqyah...mereka akan membatukan diri...untuk mengelakan dari dikesan dengan bacaan Ruqyah..Den dah banyak terima kes begini..Sudah terang-terang ada JIN tercongok...dikatakan tiada.asyik suruh jumpa doktor sahaja...doktor pula kata tiada apa-apa..Last2 pesakit jadi keliru dan hampa..

DARUL SAKA said...

Musyahadah = Menyaksikan

Terbahagi kepada 4 disiplin ilmu

a) Jalan Ketuhanan ( Kasyaf)
b) Jalan Kewalian
c) Jalan Malaikat
d) Jalan Fatimah

DARUL SAKA said...

Musyahadah itu sendiri menyaksikan...mana yg tidak diizinkan Allah kasyaf Kubro..dimana penyampaian ilmu pada tahap kasyaf Kubro ini lebih kepada jalan Syahadah yakni bukan jalan laduni, ilham dan lain2.....kata orang berguru dengan Guru sebenar Guru..sebab itu ilmu yang dipaparkan pelik2 belaka..walhal apo yang DEN cerita tu hanya kulit sahaja..yang lain pastilah tiada kebenaran untuk DEN menceritakannya..

Maka jalan Para Wali, Malaikat atau Fatimah digunakan...Ia agak sukar diterangkan didalam bentuk tinta...Cuma Fatimah lebih kepada penyucian Hati dan Roh....

Sebenarnya satu jalan sudah cukup..dan ramai Guru hanya berpegang pada satu jalan sahaja..dan amat kurang yang mampu membawa keempat-empat jalan serentak...

Sifu kepada Sifu DEN dulu mengambil kaedah Fatimah dari jalan Tok Kenali..kemudian ke Cirebon, indonesia..kemudian diarahkan kemabali ke Patani dimana Ada Mursyid yang mampu membimbing lebih tinggi lagi..

Pemakaian untuk perubatan tiada apa pun..cuma sekadar menunjukan kebesaran ilmu Allah s.w.t sahaja, tidak lebih dari itu. Bahkan menambahkan lagi tahap keyakinan dari Ainul Yakin kepada Kamalul Yaqin..

Dulu DEN diamkan aje..tapi bila tuduhan demi tuduhan oleh Ustaz2 segera mengatakan syirik dan hanya ruqyah sahaja terbaik..DEN rasa terpanggil...Ramai pesakit yang berjumpa DEN secara halusnya sudah hilang yakin pada jalan Ruqyah cuma tak diluahkan sahaja..tapi dari cara sms dan email..kita sudah faham..cuma DEN hanya mampu cakap..Ramai lagi yang menguasai ilmu perubatan Rabbani yang jauh melebihi kaedah Ruqyah tersebut..
Alhamdulillah Mereka kembali percaya dengan lebih teguh.....akan keagungan Islam...apabila DEN berjaya membongkor satu persatu misteri yang menyelubungi mereka.
DEN sebelum menulis begini pun telah mendapat kebenaran dari Sifu dan pihak atasan...

***************************

Tahap-tahap Scan dan Kronologi - Nur Layar
Mereka yang berminat untuk scanning pasti akan melalui beberapa fasa warna screen/layar scan yang berbeza-beza...Maka perlulah dipegang teguh akan amanat guru. Dari warna2 yang terpancar semasa murid mula melakukan scan...

Hitam - Elok pi rendam kepala tu dalam pasir
Merah - Setan ( agak-agaklah sendiri )
Biru - Fatimah ( amat cantik scannya umpama mengambil gambar dengan filter kebiru-biruan )
Hijau - Rasul ( amat jarang yang dapat begini )
Putih - Inilah Nur Scan yang terbaik dan terulung
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 12:37 AM 9 komen
Label: Scan

29.8.09
Tahap-tahap Scan dan Kronologi - Layar
Apabila scan..pasti mempunyai layar...Umpama Monitor Computer....Kalau satu computer boleh mempunyai beberapa layar / Skrin maka layar scan juga begitu...Boleh sahaja semasa scan kita meletakan layar didinding..di atas kepala pesakit..di hati kita..atau diaman yang di fikirkan sesuai dan serasi mengikut keselesaan memasing.

Mereka yang mahir boleh juga memasang beberapa skrin serentak...mengawasi beberapa keadaan ditempat yang berbeza-beza..Pada mulanya memang agak mengelirukan dan memenatkan namun dengan latihan dan jiwa yang tenang , semua bug atau problem yang timbul dalam melakukan scanning serentak boleh dilakukan dengan jayanya..sehingga pesakit tidak perasan semasa kita bersembang dengan dia..dibelakang dia ada beberapa layar tentang pesakit-pesakit yang lain..Kaedah ini sesuai untuk mereka yang selalu mendapat sms atau email tentang masalah ketika perawat sedang merawat orang lain....Kekadang sms atau email yang diterima itu memang memerlukan perhatian serta merta..maka perlulah perawat menumpukan dahulu terhadap pesakit yang amat terdesak atau situasi amat merbahaya...Ianya seperti pengawal yang ada beberapa skrin dihadapannya hasil CCTV yang dipantau...mana2 kawasan yang ada break through kenalah di layani dahulu..
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 11:53 AM 8 komen
Label: Scan
26.8.09
Tahap-tahap Scan dan Kronologi - 2
( II ) Kita bicara satu tahap lagi SCAN

1) Tahap ini kita sudah boleh melihat JIN dampingan seseorang. Bagaimanapun
masih belum boleh melihat apa jenis nya. Kerana Dampingan berpakaian
lengkap. ( Orang takan ambil Dampingan yg lemah ). Dampingan jenis yg jahat
sukar dilihat kerana nak cover line.

2) Tahap berikutnya kita sudah boleh melihat kedua-dua jenis dampingan samada
Jenis yg dipelihara atau yg mendatang. Kita sudah mampu untuk berinteraksi secara batiniah. Masih belum dapat mengenali dengan tepat tahap dampingan tersebut.

3) Tahap yg ini kita sudah mampu berbicara dan boleh menilai siapa dia yg mendampingi seseorang.
Baik atau Buruk….Bagaimanapun perlu di tilik hati kita mantapkan amalan kerana JIN tahap pertengahan mampu memperdaya mereka yg berada ditahap scan begini. Awas selalu patuhi petua guru.

4) Scan pada tahap ini sudah boleh berinteraksi dengan alam Ghaib peringkat
rendah seperti Bunian kawasan kaki Gunung, Paya dll….
Kaedah berinteraksi pula berbeza samada masuk kealam mereka atau terus aje membuat pandangan ke situ. Masih boleh diperdaya lagi scan pada tahap ini.

5) Scan alam bunian pertengahan masih tergantung pada kawasan juga dan tahap
Penghulu Bunian Kawasan. TOK AKI ni biasa nya boleh BLOCK scan mereka
yg ditahap ini kecuali yg dibenarkan sahaja. Ketika ini berhati-hatilah mudah kita
terpedaya dengan dakwaan kewalian mereka.

6) Scan alam bunian tinggi biasanya sesudah kita mencapai tahap tertentu dalam
kerohanian. Kalau kita scan dari aliran hitam…maka tidak mungkin kita dapat
Scan perkampungan BUNIAN islam yg biasanya diketuai oleh BUNIAN yg
Mukmin. Scan kaedah zikir sudah boleh menembusi alam Bunian Tinggi ini dan
amat tidak disukai oleh Golongan Bunian Kafir Tahap Atas. Pada ketika INI
pandangan kita sudah mula menerbitkan NUR yg akan menyilaukan BUNIAN
jenis Kafir.



SCAN TAHAP II : 1 -6 di atas sudah boleh menjangkau kawasan. Scan pada tahap ini masih boleh di BLOCK oleh BOMOH, PAWANG dan JIN


***********************************************

Untuk kekawan sumer, aku cut paste dari site harmoni tapi dah ringkaskan pasal boleh masuk 4,096 karakter jer kat sini:


ILMU SCAN by Belagak



Peringkat Kasyaf Kauni

1. Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu-Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan

2. Mewiridkan Kalimah Tammah Yang pendek-A’uzubikalimati…hittammat sebanyak mana yang mampu (1113x)…tiga kali minimum…

3. Mewiridkan ALLAH ALLAH ALLAH 5000 kali SEHARI…tu boleh buat sambung2 ...waktu keje ... lepas solat .. dsb

4. Tasbih Yunus 1000 kali-tambahan je atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.



#1,2 &3 Bertujuan Memantapkan Diri.

#4 Bertujuan Mendinding Diri.

Kaedah riadahnya :

5. Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am..La tudriku…1000kali setiap hari sebanyak hari mana yang mampu..Untuk yg sudah beramal sekurangnya 21 hari....boleh mula untuk scanning sebagai latihan....

6. Untuk memantapkan lagi amalan.. boleh amalkan membaca Surah Al-mulk selama 40 malam.. lepas tu 80mlm.. 120mlm

7. Kaedah Latihannya :

i.) pejam mata dan mula zikir Allah...dalam hati sebanyak mungkin...

ii.) kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening....lihat apa yg ada....

iii.) zikir lagi...mula2 biasanya warna hitam dan ini akan bertukar warna....akhir sekali akan keluar kalimah....Apa2 kalimah yg kuar itulah panduan Asas kita dalam scanning nampak bukan rasa.....Begitu juga cahayanya...Kalau hitam tu...kona buat lagi le....

a-kalau BIRU Tahap Siti Fatimah

b-kalau HIJAU tu Tahap Rasul.....

c-Kalau MERAH tu Tahap Iblis....

iv.) Walau pun cahaya biru dan Hijau sudah boleh dijadikan "lampu" pada scan tetapi jgnlah di biar setakat itu sahaja....Kalau merah tu..baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.

8. Maka bermulalah apa yg dikatakan scanning pandangan...

a) Gambaran pertama biasanya hitam putih dan gambar pun kuar sekeping2...satu dimensi

Selepas kuar gambar sekeping hitam putih....selepas tu baru kuar vision bergerak hitam putih dan akhirnya color....Tapi nasible..ada yg terus color dan siap 3 dimensi lagi...

b) Kalau semasa scan kuar cahaya campur2...relak dulu..zikir pelan2.....Bagaimanapun setakat nak tahu ada gangguan atau tidak boleh le pakai cuma takleh nak kasi tau siapa buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.

c) scanning cuma lihat.. macam kita guna teropong.. tgk jarak jauh.. macam tu la lebih kurangnya.. kecuali la.. bagi yg aura tinggi bila org scan dia boleh tahu…scan ni…kalau ikut kata budak2 muda serupa cam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap.. jadi org tak nampak kita.. kita tgk dari lubang pintu (cahaya kecil).. org di dalam bilik@ rumah tak nampak lubang kecik ni.. bilik ni terang .. jadi org yg tgk boleh nampak melalui lubang kecil tadi.. lebih kurang begitu la..dah nampak lubang kecik tu nape tak jenguk?.. jgn la duk melilau tgk dalam gelap gelita tu..

9. Petua Tambahan by Sentosa

-hilangkan rasa takut spt melihat jin, takut kerasukan dll perasaan takut kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.

-biasakan menzikiri Allah atau Allahhu dimana saja bila-bila masa saja.

-bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah maknanya beratapkan langit ditengah malam.

-sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap(lampu).

-biasakan mandi fajar/mandi besar menjelang subuh

-sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin.


Nak detail lagi kat sini: http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,821.msg33181.html#msg33181


LadingEmas@gmail.com
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~