QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

30 October, 2009

Tuan Tulis

Thursday, April 20, 2006


Penyuluh Jalan


Tuan Tulis
( Memadamkan kebakaran di Mekah)

Tuan Tulis @ Ismail Jaaman ( 1840 - 1923)


Latar Belakang

Makam Tuan Tulis kerap dikunjungi orang ramai sejak dahulu kerana menghormatinya sebagai orang alim dan sholeh. Mungkin kerana dakwaan bahawa beliau keramat atau bertaraf wali maka ada pula yang melakukan perkara-perkara bidaah ketika mengunjungi makam beliau. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung Talang iaitu dalam Daerah Kuala Pilah dan yatim piatu sejak kecil.

Apabila berusia lapan tahun, beliau mula hidup berdikari dan berakhlak mulia. Tuan TulisTuan Tulis mendapat nama gara-gara kerajinan beliau menyalin isi kitab-kitab yang dimilikinya atau didakwa pernah menjadi jurutulis gurunya. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau menulis kerana tidak mampu membeli kitab-kitab pengajian maka beliau terpaksa menyalin semula kitab-kitab yang dipelajarinya. Tuan Tulis menulis seolah-olah seperti membaca kitab-kitab itu. Ada pula memanggilnya Tuan Tulus kerana sifat peribadinya yang tulus ikhlas dalam menyampaikan dakwah. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung Talang.

Menghilangkan Diri

Menurut cerita orang-orang tua, ketika usianya 15 tahun saudara maranya ingin menjodohkan beliau. Kerana beliau tidak bersedia atau tidak bersetuju maka Tuan Tulis pun membawa dirinya keluar dari kampung tersebut. Disebabkan hampir 48 tahun atau setengah abad menghilangkan diri, saudara maranya telah menyangka beliau telah meninggal dunia. Sebetulnya beliau pergi Temerloh, Pahang dan mengaji agama dibanyak tempat seperti di Pancur, Sanggang, Lubuk Kawah dan lain-lain tempat. Di Lubuk Kawah beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang berasal dari Kelantan.

Penulis buku "Tujuh Wali Melayu" Saudara Abdul Ghani Said menyebut kitab yang disalin oleh Tuan Tulis jilid pertama kitab Tafsir Jalalain dan tafsir Al Quran 30 juzuk masih ada dalam simpanan Tuan Haji Ismail Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang. Kitab-kitab tersebut dikatakan ditulis dengan dakwat campuran arang para dan getah limau kasturi. Penanya pula dari bilah segar kabung.

Dipujuk Pulang

Apabila mendapat tahu Ismail Jaaman ini masih hidup di Temerloh, saudara maranya datang menjemput dan memujuk beliau supaya pulang ke kampung halamannya. Beliau bersetuju pulang dalam tahun 1903. Menariknya, Ismail Jaaman dirayu lagi supaya berkahwin kerana umurnya ketika itu 63 tahun. Kali ini dia bersetuju tetapi hayat alam rumah tangganya selama tiga hari sahaja. Beliau lebih selesa membujang sepanjang hayatnya.Segi perawakannya, Tuan Tulis bertubuh kecil dan gemar memakai kain pelikat, berseluar jerut, baju Melayu dan bertongkat.

Amalan Hidup

Dalam tempoh beliau kembali di kampungnya, Allahyarham Tuan Tulis banyak membuat kerja kebajikan dalam masyarakat. Beliau tidak berat tulang untuk menolong orang susah, memberi nasihat dan menyeru amal maaruf dan nahi mungkar. Kesannya ramailah orang-orang yang dijadikan sahabat kembali taat dalam ibadah walaupun dulunya liat dalam menunaikan tuntutan agama. Menyentuh tugas membuka kelas pengajian, penyusun melihat ada sedikit perbezaan maklumat antara Saudara Nawawi Haji Indek dalam buku " Alim Ulama Negeri Sembilan" ( cetakan 1971) dengan penulis buku " Tujuh Wali Melayu" Saudara Abdul Ghani Said. Nawawi Haji Indek menyatakan Tuan Tulis tidak mengajar agama kepada orang lain secara langsung seperti membuka kelas pengajian. Sebaliknya, Abdul Ghani dalam penyelidikannya meriwayatkan Tuan Tulis ada membuka kelas pengajian di surau atau di rumahnya.

Kebakaran di Mekah

Dipercayai bahawa Tuan Tulis mewarisi Tarekat Satariah dan kuat beribadah. Diriwayatkan semasa hayatnya, terdapat perkara-perkara pelik berlaku pada Tuan Tulis. Antaranya ialah beliau sempat ke Mekah membantu memadamkan kebakaran besar pada awal tahun 1900 ketika tukang cukurnya masuk ke rumah untuk mengasah pisau cukurnya. Kerbau-kerbau milik beliau juga akur dengan perintahnya tidak memakan padi orang di sawah dan tetapi makan rumput sahaja. Keanehan lain pula ialah beliau pergi mengubat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhamad di London dengan air jampi sedangkan beliau telah meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. Kisah menarik sifat kewalian beliau boleh dibaca dari buku Tujuh Wali Melayu" karangan Saudara Abdul Ghani Said.

Beliau amat diingati dengan kejayaan beliau menghasilkan sebuah masyhaf Al-Quran tulisan tangan. Beliau juga telah berusaha mendirikan sebuah masjid di Kg Kuala Talang pada tahun 1920 dan masih digunakan sehingga ke hari ini.

Meninggal Dunia

Tuan Tulis meninggal dunia dalam tahun 1923 selepas subuh hari ke sepuluh bulan Ramadhan ketika berusia 83 tahun. Beliau dikebumikan di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh. Tuanku Muhamad Yang Dipertuan Besar telah perkenan membina makamnya di sana sejurus bila baginda balik dari England selepas diubati oleh Tuan Tulis. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, jenazahnya dikatakan ghaib secara tiba-tiba semasa dituruni ke liang lahad.



Lading_Emas

Doa Imam Mekah

Nature
Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.
~*~*~*~
~*~*~*~

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.


Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'alamin!


Takbir!!!! Allahu Akbar!!!!!



Lading_Emas

Isteri ~ Pesanan untuk suami


Pesanan untuk Suami -

Hargailah Pasanganmu

Jangan menyakiti orang yg menyayangimu
Jangan menyia-nyiakan orang yg telah mencintaimu
Jangan mengecewakan orang yg telah setia padamu
Dia itulah pasanganmu

Jangan selalu merasa kurang pada apa yg sdh kamu dapat
Jangan selalu merasa tdk puas dgn apa yg sudah kamu punya

Hargailah perasaan pasanganmu sebagaimana dia menghargai dirimu
Sayangilah dia sebagaimana dia menyayangimu

Kehidupan ini tidaklah selalu indah
Jangan kamu tambahkan beban di pundaknya, melebihi yg dia mampu
Karna kamu tdk akan tau sampai dimana kemampuan pasanganmu

Jangan sampai kamu menyadari pd saat semua sudah terlambat
Pasanganmu meninggalkanmu
Penyesalan sudah tak berguna
Dan akhirnya, tinggallah kesendirianmu dgn bayang-bayangnya

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah
memperbudak0-budaknan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran.Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan".

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya".

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimg mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperluka
n. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".



Lading_Emas

Buah Kurma

Berikut ini beberapa khasiat buah kurma yang perlu anda ketahui:
Makanan dan minuman terbaik untuk ibu hamil dan pasca melahirkan untuk menstabilkan kembali darah dan nutrisi yang sempurna untuk bayi melalui asi ibu yang mengkonsumsi kurma.
Mencegah stroke.
Mengobati anemia, lesu dan letih.
Menambah berat badan anak.
Meningkatkan vitalitas.
Memperlancar saluran kencing.
Meningkatkan trombosit dalam darah dan mengatasi DBD.
Mengatasi rheumatik.
Mencegah tubuh dari bakteri dan kanker.
Memelihara dari kerabunan.
Menstabilkan kejiwaan bagi anak dan lansia.
Memperlambat penuaan tubuh.
Menyehatkan kulit.
Membantu pertumbuhan tulang Cocok untuk diet.
Mengatasi wasir.
Memperkuat daya tahan tubuh thd penyakit.
Meningkatkan stamina pria dan wanita.
Mencegah pengeroposan tulang (Oestoporosis).
Sumber energy bagi olahragawan atau pekerja berat.
Mempercepat penyembuhan dari sakit.
Sangat baik untuk nutrisi ibu hamil, menyusui dan pada masa perencanaan kehamilan
Baik untuk pertumbuhan tulang pada anak-anak
Meningkatkan kadar sel darah dan mencegah anemia
Melancarkan buang air besar
Memudahkan keluarnya dahak.
Aman dikonsumsi anak-anak maupun dewasa
Aman bagi penderita diabetes (bila tdk berlebihan)



Lading_Emas

Dengki itu memakan...

Rasulullah saw bersabda, "Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud).

Dengki (hasad), mengikut Imam Al-Ghazali adalah membenci kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain dan ingin agar orang tersebut kehilangan kenikmatan itu.

Dengki boleh merayap ke dalam hati orang yang merasai :

1. Kalah dalam kewibawaan

2. Kalah dalam populariti

3. Kalah dalam pengaruh

4. Kalah dalam jumlah pengikut

Yang didengki tentulah pihak yang dianggapnya mempunyai kelebihan dalam hal kewibawaan, polulariti, pengaruh dan jumlah pengikut.

Tidak mungkin seseorang merasa irihati kepada orang yang dianggapnya lebih "kecil" atau lebih "lemah". Sebuah pepatah Arab mengatakan, "Setiap yang mendapat kenikmatan pasti didengki".

Hadits di atas menegaskan kepada kita bahwa dengki itu merugikan. Yang rugi bukanlah orang yang didengki melainkan si pendengki itu sendiri.

Di antara makna memakan kebaikan, seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, dijelaskan dalam kitab `Aunul Ma'bud, "Memusnahkan dan menghilangkan (nilai) ketaatan pendengki sebagaimana api membakar kayu bakar. Ini adalah kerana kedengkian akan membawa pengidapnya memburuk-burukkan orang yang didengki serta perbuatan buruk lainnya. Maka berpindahlah kebaikan si pendengki itu kepada kehormatan orang yang didengki. Maka bertambahlah pada orang yang didengki kenikmatan demi kenikmatan sedangkan si pendengki bertambah kerugian demi kerugian".

Hilangnya pahala hanyalah salah satu bentuk kerugian kepada pendengki. Masih banyak kebaikan-kebaikan atau peluang-peluang kebaikan yang akan hilang dari pendengki, di antaranya ialah :

Pertama, mengalami kekalahan dalam perjuangan.

Orang yang dengki perilakunya sering tidak dapat dikendalikan dengan baik. Dia boleh terjebak dalam tindakan :

a. Merosakkan nama baik orang yang didengkinya

b. Merendahkan kewibawaan orang yang didengkinya

c. Menghinakan orang yang didengkinya

Dengan cara seperti di atas, ia membayangkan bahawa ia akan merosakkan citra, kredibiliti dan daya tarik orang yang didengkinya dan dalam masa yang sama mengangkat citra, nama baik dan kredibiliti pihaknya.

Namun kehendak Allah tidaklah demikian. Rasulullah saw bersabda:

Dari Jabir dan Abu Ayyub Al-Anshari, mereka mengatakan bahwa Rasulullah saw bersabda,

"Tidak ada seorang pun yang menghinakan seorang muslim di satu tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirosakkan kehormatannya melainkan Allah akan menghinakan orang (yang menghina) itu di tempat yang ia inginkan pertolongan- Nya. Dan tidak seorang pun yang membela seorang muslim di tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirosakkan kehormatannya melainkan Allah akan membela orang (yang membela) itu di tempat yang ia menginginkan pembelaan-Nya. " (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ath-Thabrani)

Kedua, meruntuhkan kredibiliti.

Ketika seseorang melampiaskan kebencian dan kedengkian dengan melakukan propaganda busuk, hasutan dan usaha menjatuhkan pihak lain, jangan kita berangan bahwa semua orang akan terpengaruh olehnya.
Yang terpengaruh hanyalah orang-orang yang :

a. Tidak membuka mata terhadap realiti

b. Tidak dapat berfikir secara objektif
c. Memang sudah "satu frekuensi" dengan si pendengki.

Namun ramai pula yang mencuba untuk :

1. Melakukan "Tabayyun"

2. Mencari informasi perbandingan

3. Berusaha berfikir secara objektif

Semakin hebat gempuran kedengkian dan kebencian itu, bagi orang yang berfikir secara objektif justeru ia akan semakin mengenal kebusukan hati si pendengki.

Orang yang memiliki hati nurani ternyata tidak akan senang dengan fitnah atau isu murahan. Di mata mereka, orang-orang yang bermental kerdil itu tidaklah akan mendapat simpati dan tidak akan mengundang sikap berpihak kepadanya.

Orang yang banyak melakukan provokasi dan hanya merendah-rendahkan pihak lain juga akan terlihat di mata orang ramai sebagai orang yang tidak mempunyai program dalam hidupnya.

Dia keluar sebagai orang yang tidak dapat menampilkan sesuatu yang positif untuk "dijual". Maka jalan pintasnya adalah mengorek-ngorek apa yang ia anggap sebagai kesalahan. Bahkan di mata pendengki, sesuatu yang baik boleh dibuat silap mata atau digambarkannya menjadi keburukan. Adakah orang yang sehat akalnya sanggup menggunakan cara-cara seperti ini?

Ketiga, mencukur gondol agama.

Rasulullah saw bersabda, "Menjalar kepada kamu penyakit umat-umat (terdahulu): kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahwa penyakit itu mencukur rambut, melainkan mencukur agama." (HR At-Tirmidzi)

Islam adalah rahmat bagi sekelian alam. Namun Islam yang dibawa oleh orang yang di dadanya memendam rasa kedengkian tidak akan dapat dirasakan rahmatnya oleh orang lain.

Bahkan pendengki itu tidak mampu :

1. Untuk sekadar mengukir senyuman

2. Mengucapkan kata-kata `selamat'

3. Melambaikan tangan kepada saudaranya yang mendapat kejayaan, baik dalam urusan dunia mahupun yang berkait dengan kejayaan dalam perjuangan.

4. Apatah lagi untuk membantu dan mendukung saudaranya yang mendapat kejayaan tersebut.
Oleh yang demikian, Islam yang dibawanya tidak produktif dengan kebaikan atau dengan kata-kata lain "Islam Gondol".

Keempat, menyerupai orang munafik.

Perilaku dan sikap pendengki adalah mirip dengan perilaku orang-orang munafik. Di antara perilaku orang munafik adalah selalu suka mencerca dan mencaci apa yang dilakukan orang lain terutama yang didengkinya.

Jangankan yang nampak buruk, yang memang ternyata baik pun akan dikecam dan dianggap buruk.

Allah swt. menggambarkan perilaku ini sebagai perilaku orang munafik.

Abi Mas'ud Al-Anshari (semoga Allah meridhainya) mengatakan, ketika turun ayat tentang infaq, para sahabat mulai memberikan infaq. Ketika ada orang muslim yang memberi infaq dalam jumlah besar, orang-orang munafik mengatakan bahwa dia riya. Dan ketika ada orang muslim yang berinfak dalam jumlah kecil, mereka mengatakan bahwa Allah tidak memerlukan dengan infak yang kecil itu. Maka turunlah ayat 79 surah At-Taubah. (HR Bukhari dan Muslim)

Benarlah ungkapan seorang ulama salaf : "Pendengki tidak akan pernah mendapat kejayaan".

Kelima, tidak mampu memperbaiki diri sendiri.

Orang yang dengki, apabila ia mengalami kekalahan dan kegagalan dalam perjuangan cenderung untuk mencari-cari kambing hitam. Ia menuduh pihak luar sebagai punca kegagalan dan bukannya melakukan muhasabah diri (introspeksi) .

Semakin ia larut dalam mencari-cari kesalahan pihak lain, akan semakin habis waktunya dan semakin terbuang potensinya hingga tidak mampu memperbaiki diri. Tentu sahaja sikap ini hanya akan menambahkan kejatuhan harga dirinya dan sama sekali tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun untuk mewujudkan kemenangan yang didambakannya.

Keenam, membuatnya gelap mata dan tidak dapat melihat kebenaran.

Dengki membuatkan pengidapnya tidak dapat melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri serta tidak dapat melihat kelebihan pada pihak lain. Akibatnya, jalan kebenaran yang terang benderang menjadi kelam dek tertutup oleh mega kedengkian.

Apa pun yang dikatakan, apa pun yang dilakukan dan apa pun yang datang dari orang yang dibenci dan didengkinya adalah salah dan tidak baik.

Akhirnya, dia tidak dapat melaksanakan perintah Allah swt sebagaimana yang disebutkan dalam ayat, "Orang-orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang- orang yang mempunyai akal." (QS Az-Zumar : 18)

Ketujuh, membebani diri sendiri.

Orang yang membiarkan dirinya dikuasai oleh irihati dan dengki, hidupnya menanggung beban berat yang tidak sepatutnya.

Bayangkan, setiap kali melihat orang yang didengkinya dengan segala kejayaannya,

1. Mukanya akan menjadi merah padam

2. Lidahnya akan mengeluarkan sumpah seranah

3. Bibirnya berat untuk tersenyum

4. Hatinya akan semakin penuh dengan dengki, marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah dan perasaan-perasaan negatif lainnya.

Nikmatkah kehidupan yang penuh dengan perasaan di atas? Tentu sahaja ianya cukup menyesakkan. Dalam bahasa Al-Qur'an ianya seumpama bumi yang luas ini dirasakan sempit.

Sepertimana sebuah penyakit, kalau ianya dipelihara dan dibiarkan tanpa rawatan, ia akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian juga penyakit hati yang bernama irihati atau dengki. Bila ianya tidak dihilangkan, ia akan mengundang penyakit-penyakit lainnya.

Maha Benarlah Allah swt yang telah berfirman, "Di dalam hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan kepada mereka penyakit (lainnya)." (QS Al-Baqarah : 10)

Betapa sukarnya kita menghimpunkan kebaikan dan meraih kejayaan. Maka oleh sebab itu, janganlah dipersia-siakan dengan membiarkan dengki menguasai hati kita. Marilah kita berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kita berlumba-lumba dalam membuat kejahatan dan permusuhan.

Ya Allah, kami berlindung kepadaMu terhadap penghapusan pahala amal-amal kami disebabkan oleh sifat dengki yang merayap dan menjalar ke dalam saluran darah dan denyutan nadi kami. Bersihkanlah hati kami dari perasaan irihati terhadap sesama saudara muslim samada yang masih hidup atau yang telah pergi menemuiMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wallahu 'Alam


Lading_Emas

Leukemia:Tidur dgn lampu menyala beresiko mengidap leukemia

Tidur dengan lampu menyala beresiko mengidap leukemia
06.09.2009 | Author: adhi | Article Posted in Kesehatan
Artikel Leukimia,  Artikel Tidur Lampu Menyala, 

Anak-anak yangg tidur dengan lampu menyala beresiko mengidap
leukemia.

Para ilmuwan menemukan bahwa tubuh perlu suasana gelap dalam
menghasilkan zat kimia pelawan kanker.

Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zona
waktu, lampu-lampu jalanan dapat menghentikan produksi zat
melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerusakan DNA dan
ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asam lemak
menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin
penelitian tersebut mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak
mematikan lampu selama 1 menit. Otak Anda segera mendeteksi
bahwa lampu menyala seharian dan produksi zat melatonin
menurun”.

Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali lipat
dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah
15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini pertahun dan sekitar
100 orang meninggal.

Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia diadakan di
London menyatakan bahwa orang menderita kanker akibat terlalu
lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan
yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi
antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah
menunjukkan bahwa orang-orang yang paling mudah terserang
adalah para pekerja shift yang memiliki resiko terkena kanker
payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak rentan terhadap
melatonin memiliki resiko yang lebih rendah mengidap kanker.

Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu
yang suram berwarna merah atau kuning[pelita] jika anak-anaknya takut
pada kegelapan.



Lading_Emas

Menjawab Syi’ah: Ayat Rejam

Menjawab Syi’ah: Ayat Rejam


Tahrif al-Quran merupakan salah satu akidah yang penting di dalam ajaran Syi’ah berdasarkan kitab-kitab utama mereka. Jelas sekali akidah ini bertentang dengan al-Qur`an. Oleh sebab Ahli Sunnah membantah kepercayaan mereka yang sesat itu maka, mereka cuba untuk mengalihkan pandangan umat Islam daripada serangan terhadap mereka itu dengan mengatakan bahawa kononnya Ahlus Sunnah Wal Jama’ahlah yang melakukan tahrif terhadap al-Quran. Di antara ayat al-Quran didakwa telah diselewengkan oleh sahabat-sahabat r.a. terutamanya Umar r.a. ialah berkenaan hukum rejam terhadap penzina muhshon (Lelaki atau perempuan yang telah berkahwin dan melakukan hubungan yang sah) sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Ahlus Sunnah seperti:

قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ قَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا فَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ

Umar bin al-Khattab berkata ketika ia berada di atas minbar Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w. membawa kebenaran dan menurunkan kepadanya kitab. Di antara yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam di mana kami telah membacanya, mengingatinya dan memahaminya.
Maka Rasulullah s.a.w. telah merejam dan kami juga telah merejam selepas itu. Saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang berkata:
“kami tidak mendapati ayat rejam di dalam kitab Allah” lalu mereka menjadi sesat kerana meninggalkan salah satu kefardhuan yang telah diturunkan oleh Allah.
Sesungguhnya rejam di dalam kitab Allah adalah benar ke atas orang yang berzina bila dia telah muhshon sama ada lelaki dan perempuan bila terbukti atau dia mengandung atau dia mengaku”.
(Sahih Muslim Bab Merejam Orang Yang Telah Berkahwin Kerana Berzina, Sahih Al-Bukhari Bab Pengakuan Berzina Dan Bab Merejam Perempuan Mengandung Kerana Berzina Bila Ia Telah Muhshon, Sunan At-Termizi Bab Hadith Yang Datang Berkenaan Memastikan Hukum Rejam)

Ayat rejam yang dimaksudkan di atas dijelaskan melalui riwayat yang lain iaitu:

عن بن عباس قال سمعت عمر يقول : قد خشيت أن يطول بالناس زمان حتى يقول قائل ما نجد الرجم في كتاب الله فيضلوا بترك فريضة أنزلها الله ألا وإن الرجم حق على من زنا إذا أحصن وكانت البينة أو كان الحبل أو الاعتراف وقد قرأناها الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة وقد رجم رسول الله صلى الله عليه و سلم ورجمنا بعده قال أبو عبد الرحمن لا أعلم أن أحدا ذكر في هذا الحديث الشيخ والشيخة فارجموهما البتة غير سفيان وينبغي أنه وهم والله أعلم

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. katanya, saya mendengar Umar r.a. berkata:
       “Sesungguhnya saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang berkata “kami tidak mendapati ayat rejam di dalam kitab Allah” lalu mereka menjadi sesat kerana meninggalkan salah satu kefardhuan yang telah diturunkan oleh Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya rejam adalah benar ke atas orang yang berzina bila dia telah muhshon dan ia dilaksanakan bila terdapat bukti atau dengan mengandung atau dengan pengakuan. Sesungguhnya kami telah membacanya:

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة

Bermaksud: Lelaki dan perempuan (telah berkahwin) bila berzina maka rejamlah kedua-duanya sebagai hukuman yang pasti.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melakukan hukum rejam dan kami juga telah melakukannya selepas itu”.

Abu Abd ar-Rahman (Imam Nasa’ie) berkata: “Saya tidak mengetahui seorangpun menyebutkan di dalam hadith ini ‘الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة’ selain dari Sufyan. Boleh jadi dia keliru”. (Sunan an-Nasaie Bab Membuktikan Rejam, Musannaf Ibnu Abi Syaibah Bab Berkenaan Penzina)

Golongan Syi’ah mendakwa ‘Umar mengatakan bahawa ayat rejam terdapat di dalam kitab Allah dan ia adalah suatu kebenaran’ tetapi sekarang ayat tersebut tidak terdapat di dalam al-Quran yang berada di tangan umat Islam. Ini bermakna telah berlaku penyelewengan terhadap al-Quran berdasarkan riwayat Ahlus Sunnah sendiri. Apatah lagi ‘Umar sendiri mengatakan keinginannya untuk menulis ayat tersebut tetapi dia tidak melakukannya kerana bimbang akan dikatakan menambah kitab Allah. Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan penambahan tersebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ عُمَرَ يَعْنِي ابْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَطَبَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ فِيمَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ فَقَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا مِنْ بَعْدِهِ وَإِنِّي خَشِيتُ إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ الزَّمَانُ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ تَعَالَى فَالرَّجْمُ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا كَانَ مُحْصَنًا إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ حَمْلٌ أَوْ اعْتِرَافٌ وَايْمُ اللَّهِ لَوْلَا أَنْ يَقُولَ النَّاسُ زَادَ عُمَرُ فِي كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَكَتَبْتُهَا

Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa ‘Umar iaitu Ibn al-Khattab r.a. telah berkhutbah dengan berkata:
     “Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w. membawa kebenaran dan menurunkan kepadanya kitab. Di antara yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam di mana kami telah membacanya, mengingatinya dan memahaminya. Maka Rasulullah s.a.w. telah merejam dan kami juga telah merejam selepas itu. Saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang berkata “kami tidak mendapati ayat rejam di dalam kitab Allah” lalu mereka menjadi sesat kerana meninggalkan salah satu kefardhuan yang telah diturunkan oleh Allah. Maka rejam adalah satu kebenaran ke atas orang yang berzina dari kalangan lelaki dan perempuan bila terdapat bukti atau dia mengandung atau dia mengaku. Demi Allah! Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan ‘Umar menambah di dalam kitab Allah’ nescaya aku akan menulisnya (ayat rejam)”.

 (Sahih al-Bukhari Bab Syahadah Di Sisi Hakim Secara Mu’allaq, Sunan Abi Daud Bab Berkenaan Rejam. Imam Malik juga mengeluarkan riwayat ini dengan sedikit perbezaan dan mengemukakan dengan jelas ayat tersebut)
Jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Syi’ah.


Pertama: Ayat ini termasuk di dalam ayat yang dimansukhkan pembacaan dan tulisannya tetapi hukumnya tidak dimansukhkan dan berkekalan terhadap penzina muhshon lelaki atau perempuan (Al-Itqan fi Uloom al-Quran jil. 2 hal. 70, Al-Burhan fi Uloom al-Quran jil. 2 hal. 32, At-Tamhid jil. 4 hal. 277 dan lain-lain kitab uloom al-Quran). Berkenaan kata-kata Sayyidina ‘Umar r.a. kami membacanya di zaman Rasulullah s.a.w. maka ulama mengatakan maksud Umar ialah qara’a (قرأ) dengan makna talaa (تلوناها) dan ia digunakan juga kepada hadith Nabi s.a.w. sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran:

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah) (Al-Quran Surah al-Ahzab ayat 34)

Antara dalil bahawa ayat ini telah dimansukhkan tilawahnya ialah bila Umar r.a. menyebutkan demikian tiada sebarang bantahan daripada sahabat-sahabat yang lain yang mendengarnya menyuruh supaya ia ditulis di dalam mushaf. Di samping itu mereka juga memahami maksud ‘Umar ialah untuk menyatakan kebimbangan manusia akan tersilap di dalam memahami hukum berkenaan rejam.

Kedua: Berkenaan kata-kata Sayyidina ‘Umar r.a. kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan ‘Umar menambah di dalam kitab Allah’ nescaya aku akan menulisnya mempunyai beberapa pengertian. Antaranya Umar beri’tiqad bahawa ayat itu adalah al-Quran yang tidak dimansukhkan tilawahnya dan sepatutnya ia diletakkan di dalam mushaf tetapi disebabkan tidak umum di kalangan masyarakat bahawa ianya adalah salah satu ayat al-Quran maka ‘Umar tidak berani untuk menulisnya kerana bimbang akan dituduh menambah al-Quran. Tetapi pendapat ini tertolak kerana ia akan menampakkan bahawa terdapat ayat al-Quran yang tidak mutawatir dan ‘Umar r.a. tidak berani di dalam menyatakan kebenaran.


Pendapat yang lain pula ialah kata-kata Sayyidina ‘Umar r.a. itu adalah isyarat kepada terbukti bahawa ayat itu telah dimansukhkan tilawahnya dan sudah umum di kalangan umat Islam bahawa ianya telah mansukh. Maksud ‘Umar r.a. ialah kalaulah tidak kerana ayat itu telah mansukh tilawahnya dengan diketahui secara umum di mana kalaulah aku menulisnya di dalam al-Quran orang akan mengatakan aku menambah al-Quran tentu aku menulisnya kerana aku mengetahui bahawa ia memang daripada al-Quran. Dan boleh jadi juga Umar r.a. mahu mengisyaratkan bahawa ayat yang telah mansukh tilawahnya tidak boleh ditulis di dalam mushaf. Kesimpulannya, Umar r.a. mahu mengisyaratkan bahawa tidak syak lagi hukum rejam itu adalah daripada Allah dan ia adalah satu kebenaran. Cuma yang menegahnya daripada menulis di dalam mushaf ialah ianya telah mansukh tilawahnya. (HaSyi’ah as-Sindhi ‘ala Sahih al-Bukhari jil. 4 hal. 115)


Ketiga: Di dalam kebanyakan riwayat berkenaan perkara ini tidak disebutkan dengan jelas ayat tersebut. Yang dinyatakan hanyalah ayat rejam di dalam kitab Allah dengan tidak dijelaskan ayat mana dan kitab yang mana. Hanya beberapa riwayat sahaja yang menyebutkan dengan jelas ayat tersebut iaitu riwayat Isma’ili, Nasa`ie dan Hakim. Tetapi tambahan ayat tersebut tidak kuat di sisi ulama hadith. Kerana itu Hafidz Ibn al-Hajar mengatakan: “Boleh jadi Bukhari membuang ayat tersebut dengan sengaja” (Fath al-Bari jil. 12 hal. 143). Imam Nasa`ie pula selepas mengemukakan riwayat ini mengatakan:


قال أبو عبد الرحمن لا أعلم أن أحدا ذكر في هذا الحديث الشيخ والشيخة فارجموهما البتة غير سفيان وينبغي أنه وهم والله أعلم

Abu Abd ar-Rahman (Imam Nasa’ie) berkata: “Saya tidak mengetahui seorangpun menyebutkan di dalam hadith ini ‘الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة’ selain dari Sufyan. Boleh jadi dia keliru”. (Sunan an-Nasaie Bab Membuktikan Rejam, Musannaf Ibnu Abi Syaibah Bab Berkenaan Penzina)

Bila diteliti ternyata Sufyan bin ‘Uyainah berseorangan meriwayatkan lafaz ayat tersebut daripada Zuhri. Perawi-perawi lain yang meriwayatkan daripada Zuhri tanpa tambahan ayat tersebut ialah seperti Salih bin Kaisan di dalam Bukhari, Yunus di dalam Muslim dan Sunan Nasa`ie, Husyaim di dalam Musnad Ahmad dan Sunan Abi Daud, Ma’mar di dalam Musannaf Abd ar-Razzak, Musnad Humaidi, Musnad Ahmad dan Jami’ at-Termizi, Malik di dalam Muwattha’, Abdullah bin Abi Bakr bin Hazm dan ‘Aqil di dalam Sunan Nasaie dan Sa’ad bin Ibrahim di dalam Sunan Nasa`ie dan Musnad Ahmad.

Di antara bukti yang menunjukkan bahawa Sufyan tidak dapat memastikan ayat yang di sebutkannya itu ialah kata-katanya sendiri selepas mengemukakan riwayat ini di dalam Musnad al-Humaidi iaitu:


فقد سمعته من الزهري بطوله فحفظت منه أشياء وهذا مما لم أحفظ منها يومئذ


Bermaksud: “Sesungguhnya saya telah mendengarnya daripada Zuhri dengan panjang lebar lalu saya mengingati daripadanya beberapa perkara dan ini termasuk perkara yang saya tidak ingat pada ketika itu”. (Musnad al-Humaidi jil. 1 hal. 15)

Di dalam Muwattha’ Imam Malik Bab Hadith Yang Datang Berkenaan Rejam juga terdapat tambahan ayat tersebut. Namun begitu terdapat dua masalah pada riwayat tersebut iaitu pertama, ia diriwayatkan secara mursal oleh Sa’id bin Musayyab daripada Umar r.a. dan kedua, Yahya bin Sa’id yang mengambil riwayat tersebut daripada Sa’id bin Musayyab telah bercanggah dengan Daud bin Abi Hind yang juga mengambil riwayat yang sama daripada Sa’id bin Musayyab di mana ia tidak menyebutkan ayat tersebut. Riwayat tersebut ialah:
حدثنا ابو بكر بن خلاد قال ثنا الحارث بن أبي اسامة قال ثنا عبدالوهاب بن عطاء قال ثنا داود بن أبي هند عن سعيد بن المسيب قال قال عمر بن الخطاب رضي الله تعالى عنه على هذا المنبر يعني منبر المدينة أني اعلم أقواما سيكذبون بالرجم ويقولون ليس في القرآن ولولا أني أكره أن أزيد في القرآن لكتبت في آخر ورقة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد رجم ورجم أبو بكر وأنا رجمت

Abu Bakr bin Khallad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Harith bin Abi Usamah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Wahhab bin ‘Atho’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Daud bin Abi Hind telah meriwayatkan kepada kami daripada Sa’id bin Musayyab, katanya: ‘Umar r.a. telah berkata di atas mimbar ini iaitu mimbar Madinah:

“Sesungguhnya aku mengetahui beberapa golongan akan mendustakan hukum rejam dan mereka mengatakan ianya tidak terdapat di dalam al-Quran. Kalaulah tidak kerana aku tidak suka menambah-nambah di dalam al-Quran nescaya aku telah tulis di akhir helaiannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukum rejam, Abu Bakar dan aku juga telah melaksanakannya”.

 (Hilyah al-Awliya’ Abu Nu’aim jil. 2 hal. 174. Lihat juga Musnad Musaddad hal. 26)


Bukti Bahawa Ayat Tersebut Bukan Daripada Al-Quran.

Mufti Taqi Uthmani di dalam Takmilah Fath al-Mulhim mengemukakan jawapan dengan hujah yang berlainan daripada apa yang dikemukakan di atas. Mengikut penelitian beliau selepas meneliti riwayat-riwayat berkenaan perkara ini maka kesimpulannya ialah ia bukanlah salah satu daripada ayat al-Quran. Ayat tersebut hanyalah salah satu daripada ayat yang terdapat di dalam kitab Taurat atau salah salah satu kitab Bani Israil. Bilamana Allah telah memperakukan hukumnya kepada umat ini maka digunakan lafaz turun secara majaz dan bukanlah bermaksud turun seperti turunnya ayat al-Quran. Yang dimaksudkan turun hukum di sini ialah diperakui hukum tersebut (Mutaqqidimin dari kalangan sahabat dan tabi’en menggunakan istilah nuzul iaitu turun dengan makna yang lebih luas berbanding dengan muta’akhirin. Istilah nuzul di sisi mereka (mutaqaddimin) merangkumi mengkhususkan yang umum, mentaqyidkan yang mutlaq, bersesuaian sesuatu ayat dengan sesuatu peristiwa, diakui hukum dan sebagainya. Untuk penjelasan lebih lanjut lihat al-Fauz al-Kabir karangan Syah Waliyullah ad-Dehlawi hal. 191.


Di antara dalil bahawa ia adalah salah satu ayat di dalam Taurat ialah apa yang dikemukakan oleh Imam at-Thabari di dalam tafsirnya daripada Jabir bin Zaid berkenaan kisah rejam di kalangan Yahudi:


حدثني يونس قال، أخبرنا ابن وهب قال، قال ابن زيد: وكان الشريف إذا زنى بالدنيئة رجموها هي، وحمَّموا وجهَ الشريف، وحملوه على البعير، وجَعلوا وجهه من قِبَل ذنب البعير. وإذا زنى الدنيء بالشريفة رجموه، وفعلوا بها هي ذلك. فتحاكموا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فرجمها. قال: وكان النبي صلى الله عليه وسلم قال لهم: من أعلمكم بالتوراة؟ قالوا: فلان الأعور! فأرسل إليه فأتاه، فقال: أنت أعلمهم بالتوراة؟ قال: كذاك تزعم يهودُ! فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: أنشدك بالله وبالتوراة التي أنزلها على موسى يوم طُور سَيْنَاء، ما تجد في التوراة في الزانيين؟ فقال: يا أبا القاسم، يرجمون الدنيئة، ويحملون الشريف على بعير، ويحمِّمون وجهه، ويجعلون وجهه من قبل ذنَبِ البعير، ويرجمون الدنيء إذا زنى بالشريفة، ويفعلون بها هي ذلك. فقال له النبي صلى الله عليه وسلم:"أنشدك بالله وبالتوراة التي أنزلها على موسى يوم طُور سَيْناء، ما تجد في التوراة؟ فجعل يروغ، والنبي صلى الله عليه وسلم يَنْشُده بالله وبالتوراة التي أنزلها على موسى يوم طور سيناء، حتى قال: يا أبا القاسم،"الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة". فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فهو ذاك، اذهبوا بهما فارجموهما


Yunus meriwayatkan kepada saya katanya, Ibnu Wahb menceritakan kepada kami, katanya, Ibnu Zaid (Ibnu Zaid iaitu Jabir bin Zaid seorang tabi’en, faqih Basrah. Mengambil riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain. Walaupun riwayat ini adalah riwayat mursal namun dari segi hukumnya adalah marfu’. Lihat at-Tarikh al-Kabir jil. 2 hal. 204) berkata: “Golongan bangsawan (dari kalangan Yahudi) bila seorang lelaki dari mereka berzina dengan perempuan dari kalangan orang biasa maka mereka merejam perempuan itu dan menghitamkan muka orang bangsawan tersebut lalu meletakkannya di atas belakang unta dengan membelakangkan mukanya (lalu dibawa berjalan dengan unta itu). Dan bila seorang lelaki dari kalangan orang biasa berzina dengan perempuan dari kalangan bangsawan maka mereka merejam lelaki itu dan melakukan kepada perempuan itu sebagaimana kepada lelaki bangsawan tadi. Maka mereka menjadikan Nabi s.a.w. sebagai hakim lalu Baginda merejamnya. Dia (Ibnu Zaid) berkata lagi:

“Nabi s.a.w. berkata kepada mereka: “Siapakah yang paling alim tentang Taurat dari kalangan kamu? Mereka menjawab: “Seorang yang buta sebelah matanya (Abdullah bin Suriya)”.

Lalu Nabi s.a.w. mengutus orang kepadanya lalu dia datang. Nabi s.a.w. bertanya: “Engkaukah orang yang paling tentang Taurat dari kalangan Yahudi? Dia menjawab:
“Demikianlah yang dikatakan oleh orang Yahudi”. Nabi s.a.w. berkata:
“Aku ingin bertanya kepadamu demi Allah dan demi Taurat yang Allah turunkan kepada Musa pada hari Thur Sainaa’, apakah yang kamu dapati di dalam Taurat berkenaan hukum dua orang yang berzina? Lalu ia menjawab:
“Wahai Aba al-Qasim, mereka merejam perempuan kebanyakan dan meletakkan lelaki bangsawan di atas belakang unta lalu menghitamkan mukanya dan membelakangkan mukanya di atas unta tersebut. Dan mereka merejam lelaki biasa dan melakukan kepada perempuan itu sebagaimana kepada lelaki bangsawan tadi”. Nabi s.a.w. berkata lagi:
“Aku ingin bertanya kepadamu demi Allah dan demi Taurat yang Allah turunkan kepada Musa pada hari Thur Sainaa’, apakah yang kamu dapati di dalam Taurat”?
Dia cuba berdalih dan Nabi s.a.w. terus menjadikan Allah dan Taurat yang diturunkan oleh Allah pada hari Thur Sainaa’ sebagai saksi untuk bertanya sehingga akhirnya dia berkata:
 “Wahai Aba al-Qasim “الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة”. Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Inilah yang dikehendaki, bawalah kedua-duanya maka rejamlah ia”.
(Tafsir at-Thabari jil. 10 hal. 328)

Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa ayat yang dibaca oleh Yahudi Abdullah bin Suriya ini merupakan satu ayat daripada Taurat dan dibenarkan oleh Nabi s.a.w. dan diperakui hukumnya. Kalaulah ibarat ini tiada di dalam Taurat yang ada hari ini, ia tidak mendustakan riwayat di atas kerana tidak perlu diperjelaskan lagi penyelewengan kitab Taurat oleh golongan Yahudi. Boleh jadi juga yang dimaksudkan dengan Taurat ini ialah kitab yang lain seperti Talmud, Bible, Misyna dan lain-lain kerana orang Arab menyebutkannya sebagai Taurat juga.

Di antara dalil lain yang menunjukkan bahawa ia bukan dari al-Quran tetapi daripada hadith ialah pertama:


عن أبي أمامة بن سهل بن حنيف عن خالته العجماء قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : الشيخ والشيخة إذا زنيا فأرجموهما البتة بما قضيا من اللذة

Daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif daripada ibu saudaranya al-‘Ajmaa’ katanya: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ (Al-Mu’jam al-Kabir jil. 24 hal. 350. Al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid jil. 6 hal. 406 mengatakan rijalnya adalah rijal sahih)

Di dalam riwayat-riwayat yang lain ada perbezaan dari segi lafaz iaitu menggunakan lafaz ‘أقرأنا’ iaitu membacakan kepada kami. Namun begitu lafaz yang digunakan di sini iaitu saya dengar menunjukkan bahawa ia bukanlah ayat al-Quran.

Kedua:
عَنِ كَثِيرِ بْنِ الصَّلْتِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ مَرْوَانَ وَفِينَا زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ قَالَ زَيْدٌ كُنَّا نَقْرَأُ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ. قَالَ فَقَالَ مَرْوَانُ : أَفَلاَ نَجْعَلُهُ فِى الْمُصْحَفِ قَالَ لاَ أَلاَ تَرَى الشَّابَّيْنِ الثَّيِّبَيْنِ يُرْجَمَانِ قَالَ وَقَالَ ذَكَرُوا ذَلِكَ وَفِينَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَنَا أَشْفِيكُمْ مِنْ ذَاكَ قَالَ قُلْنَا كَيْفَ قَالَ آتِى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَأَذْكُرُ كَذَا وَكَذَا فَإِذَا ذَكَرَ الرَّجْمَ أَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْتِبْنِى آيَةَ الرَّجْمِ قَالَ فَأَتَيْتُهُ فَذَكَرْتُهُ قَالَ فَذَكَرَ آيَةَ الرَّجْمِ قَالَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْتِبْنِى آيَةَ الرَّجْمِ. قَالَ :« لاَ أَسْتَطِيعُ ذَاكَ ».

Daripada Kathir bin as-Shalt katanya: “Kami berada dekat Marwan dan bersama kami Zaid bin Thabit r.a.. Zaid berkata:
“Kami membaca ‘الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ’. Perawi (Kathir) berkata: Marwan berkata: “Kenapa kita tidak meletakkannya di dalam mushaf? Dia (Zaid) menjawab:
“Tidak! Tidakkah engkau tahu dua orang anak muda yang telah berkahwin direjam (bila keduanya berzina)”. Perawi berkata: Zaid berkata:
 “Mereka (sahabat) menyebutkan perkara tersebut dan bersama kami Umar bin al-Khattab r.a. lalu dia berkata: “Aku akan membawakan penawar kepada kamu tentang perkara ini”. Dia (Zaid) berkata: kami berkata: “Bagaimana? Dia (Umar) menjawab:
 “Aku akan pergi kepada Nabi s.a.w. lalu aku akan menyebutkan begini, begini. Maka bila dia menyebutkan berkenaan rejam aku akan berkata: “Wahai Rasulullah! Tuliskan kepadaku ayat rejam”. Umar berkata lagi: “Maka aku datang menemui Nabi s.a.w. lalu aku menyebutkannya lalu dia menyebutkan ayat rejam”. Umar r.a. berkata: “Wahai Rasulullah! Tuliskan kepadaku ayat rejam”. Nabi s.a.w. menjawab:

“Aku tidak boleh melakukan demikian”. (Sunan al-Baihaqi Bab Ayat Yang Dijadikan Dalil Bahawa Sabil Bermaksud Menyebat Dua Orang Penzina (Yang Bukan Muhshon) Dan Merejam Orang Yang Muhshon)


Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. sendiri tidak memasukkan ayat tersebut di dalam ayat-ayat al-Quran.

Ketiga:


عَنْ كَثِيرِ بْنِ الصَّلْتِ قَالَ كَانَ ابْنُ الْعَاصِ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ يَكْتُبَانِ الْمَصَاحِفَ فَمَرُّوا عَلَى هَذِهِ الْآيَةِ فَقَالَ زَيْدٌ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ فَقَالَ عُمَرُ لَمَّا أُنْزِلَتْ هَذِهِ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ أَكْتِبْنِيهَا قَالَ شُعْبَةُ فَكَأَنَّهُ كَرِهَ ذَلِكَ فَقَالَ عُمَرُ أَلَا تَرَى أَنَّ الشَّيْخَ إِذَا لَمْ يُحْصَنْ جُلِدَ وَأَنَّ الشَّابَّ إِذَا زَنَى وَقَدْ أُحْصِنَ رُجِمَ


Daripada Kathir bin Shalt katanya: “Ibn al-‘Ash dan Zaid bin Thabit menulis mushaf-mushaf lalu mereka menjumpai ayat ini maka Zaid berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

 “Lelaki dan perempuan (telah berkahwin) bila berzina maka rejamlah kedua-duanya sebagai hukuman yang pasti (iaitu ayat ‘الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا’)”. Umar pun berkata:
 “Ketika diturunkan ayat ini aku datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu aku berkata: tuliskanlah (sebagai al-Quran) ayat ini untukku”. Syu’bah berkata: “Seolah-olah Nabi s.a.w. tidak suka sedemikian”. Kerana itu Umar r.a. berkata:
“Bukankah engkau mengetahui bahawa orang tua bila dia bukan muhshon dia akan disebat dan anak muda bila berzina dan ia muhshon maka direjam”.
(Musnad Ahmad Bab Hadith Zaid Bin Thabit, Mustadrak al-Hakim Kitab al-Hudud. Imam az-Zahabi mengatakannya sahih di dalam Talkhis al-Habir)

Kedua-dua riwayat di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak suka ayat tersebut ditulis di dalam mushaf semenjak awal lagi dan memang tidak pernahpun ditulis di dalamnya. Di antara sebab mengapa Nabi s.a.w. tidak mahu memasukkannya di dalam mushaf ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Zaid di dalam riwayat Baihaqi dan Umar di dalam riwayat Ahmad ini iaitu dari segi lafaznya tidak bersesuaian dengan al-Quran. Kerana penggunaan lafaz ‘الشَّيْخُ’ dan ‘الشَّيْخَةُ’ di dalam ayat itu seolah-olah menunjukkan hanya orang tua sahaja yang dikenakan hukuman rejam sedangkan yang dikaitkan dengan hukum rejam ialah penzina muhshon bukannya tua atau muda.

Berdasarkan kepada keterangan di atas jelaslah bahawa ibarat tersebut adalah salah satu daripada ayat di dalam kitab Taurat. Bilamana hukumnya diakui oleh Nabi s.a.w. dan diteruskan hukum tersebut maka sebahagian sahabat menyebutkannya dengan menggunakan perkataan ‘أُنْزِلَ عَلَيْهِ’ iaitu turun. Dan Nabi s.a.w. tidak suka dimasukkan ke dalam al-Quran supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan ayat yang bukan daripadanya.

Berkenaan kata-kata Sayyidina Umar r.a. di dalam riwayat Muwattho’ Malik, Bukhari dan lain iaitu Demi Allah! Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan ‘Umar menambah di dalam kitab Allah’ nescaya aku akan menulisnya adalah bukan dengan maksud menulis sebagai sebahagian daripada al-Quran. Yang dimaksudkan beliau ialah menulis di satu sudut atau di tepi sebagai tafsiran sahaja. Kata-kata tersebut dinukilkan oleh Imam Ahmad yang berbunyi:


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَطَبَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَحَمِدَ اللَّهَ تَعَالَى وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَذَكَرَ الرَّجْمَ فَقَالَ لَا تُخْدَعُنَّ عَنْهُ فَإِنَّهُ حَدٌّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ تَعَالَى أَلَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ رَجَمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ وَلَوْلَا أَنْ يَقُولَ قَائِلُونَ زَادَ عُمَرُ فِي كِتَابِ اللَّهِ مَا لَيْسَ مِنْهُ لَكَتَبْتُهُ فِي نَاحِيَةٍ مِنْ الْمُصْحَفِ

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Umar bin al-Khattab r.a. berkhutbah lalu memuji Allah dan menyanjungnya. Kemudian ia menyebutkan berkenaan rejam lalu berkata:

“Janganlah kamu tertipu dengannya kerana sesungguhnya ia adalah salah satu hukum daripada Allah ta’ala. Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melakukan hukum rejam dan kami juga telah melakukannya. Kalaulah tidak kerana orang akan berkata Umar menambah di dalam kitab Allah suatu yang bukan darinya nescaya aku akan menulisnya di satu tepi mushaf”.
 (Musnad Ahmad Bab Musnad Umar Bin Al-Khattab. Di dalam sanadnya ada seorang perawi yang ulama berselisih pendapat tentangnya iaitu Ali bin Zaid bin Jud’an. Ada yang mendho’ifkannya dengan tajrih yang rendah dan ada yang menta’dilkannya dengan ta’dil yang rendah juga)

Berdasarkan kepada riwayat tersebut jelaslah bahawa apa yang dikehendaki oleh Umar r.a. adalah menulis di mana-mana penjuru mushaf bukan menambah asal al-Quran. Dan inilah juga kebiasaan sahabat-sahabat yang lain mereka menulis di mana-mana sudut al-Quran sebagai tafsiran. Begitu juga dengan kemahuan Sayyidina Umar r.a. tidak lebih daripada itu tetapi kerana bimbang akan timbul kekeliruan dan akan dituduh menambah-nambah al-Quran maka dia tidak menulisnya walaupun di sebelah tepi ayat-ayat tersebut. (Lihat Takmilah Fath al-Mulhim jil. 2 hal. 417)

Maksud Kedua Rejam Di Dalam Kitab Allah.

Maksud kata-kata Sayyidina Umar r.a. sesungguhnya rejam di dalam kitab Allah adalah benar adalah sebagai isyarat kepada ayat yang lain iaitu:


وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِندَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَمَا أُوْلَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ (43) إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَاء فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (Al-Quran Surah al-Maidah ayat 43,44)



Walaupun ayat ini secara jelasnya bukan menunjukkan kepada hukum rejam tetapi secara isyarat ia menunjukkan kepada hukum rejam yang terdapat di dalam salah satu kitab Allah. Buktinya ialah ayat ini turun berkenaan kisah rejam terhadap dua orang Yahudi sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Humaidi di dalam musnadnya:



حدثنا الْحُمَيْدِيُّ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، حَدَّثَنَا مُجَالِدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِيُّ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله ، قَالَ : زَنَا رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ فَدَكَ ، فَكَتَبَ أَهْلُ فَدَكَ إِلَى نَاسٍ مِنَ الْيَهُودِ بِالْمَدِينَةِ أَنِ سلوا مُحَمَّدًا عَنْ ذَلِكَ ، فَإِنْ أَمَرَكُمْ بِالْجَلْدِ ، فَخُذُوهُ عَنْهُ ، وَإِنْ أَمَرَكُمْ بِالرَّجْمِ فَلاَ تَأْخُذُوهُ عَنْهُ ، فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ ، فَقَالَ : أَرْسِلُوا إِلَيَّ أَعْلَمَ رَجُلَيْنِ فِيكُمْ ، فَجَاؤُوا بِرَجُلٍ أَعْوَرَ يُقَالُ لَهُ : ابْنُ صُورِيَا ، وَآخَرَ ، فَقَالَ لَهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : أَنْتُمَا أَعْلَمُ مَنْ قِبَلَكُمَا ، فَقَالاَ : قَدْ نَحَا قَوْمُنَا لِذَلِكَ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم لَهُمَا : أَلَيْسَ عِنْدَكُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ الله ؟ قَالاَ : بَلَى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : فَأَنْشُدُكَ بِالَّذِي فَلَقَ الْبَحْرَ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَظَلَّلَ عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ ، وَأَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ ، وَأَنْزَلَ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ ، مَا تَجِدُونَ فِي التَّوْرَاةِ مِنْ شَأْنِ الرَّجْمِ ؟ فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِلَآخَرِ : مَا نَشَدْتُ بِمِثْلِهِ قَطُّ ، ثُمَّ قَالاَ : نَجِدُ تِرْدَادَ النَّظَرِ زِنْيَةً والاعتناق زنية والقبل زنية ، فَإِذَا شَهِدَ أَرْبَعَةٌ أَنَّهُمْ رَأَوْهُ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ ، كَمَا يَدْخُلُ الْمَيْلُ فِي الْمُكْحَلَةِ فَقَدْ وَجَبَ الرَّجْمُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : هُوَ ذَاكَ ، فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ ، وَنَزَلَتْ : {فَإِنْ جَاؤُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ ، أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ} الآيَةَ.



Al-Humaidi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Mujalid bin Sa’id al-Hamdani telah meriwayatkan kepada kami daripada Sya’bi daripada Jabir bin Abdillah katanya: “Seorang lelaki dari penduduk Fadak telah berzina lalu penduduk Fadak telah menulis kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya Muhammad tentang perkara tersebut. (dengan berpesan) Kalau dia memerintahkan kamu supaya disebat maka terimalah hukum tersebut darinya dan jika dia menyuruh supaya direjam jangan terima darinya. Lalu mereka (Yahudi di Madinah) bertanyanya maka dia berkata: “Hantarkan kepadaku dua orang yang paling alim dari kalangan kamu. Maka mereka membawakan seorang yang buta sebelah matanya yang dipanggil Ibnu Suriya dan seorang yang lain lalu Nabi s.a.w. berkata kepada keduanya: “Apakah kamu berdua adalah yang paling alim dari kalangan kamu? Keduanya menjawab: “Begitulah yang dikatakan oleh kaum kami”. Maka Nabi s.a.w. bertanya keduanya: “Bukankah pada kamu Taurat yang di dalamnya terdapat hukum Allah? Mereka menjawab: “Ya”. Lalu Nabi s.a.w. bertanya: “Aku mahu bertanyamu dengan nama Tuhan yang telah membelah laut untuk Bani Israel, menaungkan awan ke atas kamu, menyelamatkan kamu daripada keluarga Fir’aun dan menurunkan Mann dan Salwa kepada Bani Israel, apakah yang kamu dapati di dalam Taurat berkenaan hukum rejam? Salah seorang darinya berkata kepada seorang lagi: “Aku tidak pernah menemui sama sekali hukum seperti itu”. Kemudian keduanya berkata: “Kami dapati mengulangi pandangan adalah zina, memeluk adalah zina dan mengucup adalah zina. Bila empat orang bersaksi bahawa mereka melihat ia memulakan dan mengulangi (menyorong dan menarik) sebagaimana batang celak masuk dalam sarung celak maka wajib direjam”. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Itulah yang dikehendaki! Lalu Baginda memerintahkan supaya direjam maka ia pun direjam. Dan turunlah ayat:



فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (42) وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِنْدَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَمَا أُولَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ



Bermaksud: Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. (Musnad al-Humaidi jil. 2 hal. 541, Ma’rifah as-Sunan Wa al-Athar Li al-Baihaqi dan Sunan as-Saghir Bab Hukum Di Antara Mu’ahid Dan Muhajir. Lihat juga al-Bahr al-Madid tafsir Surah al-Maidah ayat 43, Tafsir Ibnu Kathir ayat sama dan lain-lain)



Daripada riwayat di atas jelas bahawa yang dimaksudkan dengan hukum Allah dan apa yang diturunkan oleh Allah ialah yang terdapat di dalam al-Quran secara isyarat walaupun tidak terdapat secara jelas.



Maksud Ketiga Rejam Di Dalam Kitab Allah.



Hafidz Ibnu Hajar mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rejam adalah satu kebenaran yang terdapat di dalam kitab Allah adalah ayat (Lihat Fath al-Bari jil. 12 hal. 118 Bab Rejam Orang Yang Muhshon Kerana Berzina):



وَاللاَّتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَاسْتَشْهِدُواْ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعةً مِّنكُمْ فَإِن شَهِدُواْ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىَ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً



Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). (Al-Quran Surah al-Nisa’ ayat 15)

Sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya:



عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كُرِبَ لِذَلِكَ وَتَرَبَّدَ لَهُ وَجْهُهُ قَالَ فَأُنْزِلَ عَلَيْهِ ذَاتَ يَوْمٍ فَلُقِيَ كَذَلِكَ فَلَمَّا سُرِّيَ عَنْهُ قَالَ خُذُوا عَنِّي فَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ وَالْبِكْرُ بِالْبِكْرِ الثَّيِّبُ جَلْدُ مِائَةٍ ثُمَّ رَجْمٌ بِالْحِجَارَةِ وَالْبِكْرُ جَلْدُ مِائَةٍ ثُمَّ نَفْيُ سَنَةٍ



Daripada ‘Ubadah bin as-Shamit katanya: “Nabi s.a.w. bila diturunkan wahyu kepadanya Baginda akan gelisah dan berubah warna mukanya. Perawi (Ubadah) berkata: “Pada suatu hari diturunkan wahyu kepadanya lalu berlakulah sebagaimana biasa. Apabila wahyu telah selesai Baginda bersabda: “Ambillah daripadaku. Sesungguhnya Allah telah memberikan penyelesaian kepadaku. Orang yang telah berkahwin dengan orang telah berkahwin dan orang yang belum berkahwin dengan orang yang belum berkahwin. Orang yang telah berkahwin disebat seratus rotan kemudian direjam dengan batu dan orang yang belum berkahwin disebat seratus rotan kemudian dibuang negeri setahun”. (Sahih Muslim Bab Had Zina)



Di dalam riwayat ini jelas Nabi s.a.w. mentafsirkan ‘يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً’ dengan merejam orang yang telah berkahwin yang berzina.



Pengarang Takmilah Fath al-Mulhim mengemukakan pandangan yang lain iaitu yang dimaksudkan dengan kitab Allah ialah dari segi bahasa iaitu segala ketetapan Allah termasuklah ketetapan yang terdapat di dalam kitab-kitab sebelumnya termasuk Taurat yang diakui hukumnya oleh Nabi s.a.w.. (Lihat Takmilah Fath al-Mulhim jil. 2 hal. 418)



Di antara riwayat berkenaan ayat ini ialah:



حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ حَدَّثَنَا خَلَفُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ زِرٍّ قَالَ قَالَ لِي أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ كَأَيِّنْ تَقْرَأُ سُورَةَ الْأَحْزَابِ أَوْ كَأَيِّنْ تَعُدُّهَا قَالَ قُلْتُ لَهُ ثَلَاثًا وَسَبْعِينَ آيَةً فَقَالَ قَطُّ لَقَدْ رَأَيْتُهَا وَإِنَّهَا لَتُعَادِلُ سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَلَقَدْ قَرَأْنَا فِيهَا الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ نَكَالًا مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ



Daripada Zirr bin Hubaisy katanya Ubay bin Ka’ab bertanya kepadaku:
“Berapa banyakkah (ayat) yang kamu baca Surah al-Ahzab atau berapa banyakkah kamu mengira ia (Surah al-Ahzab)? Dia (Zirr) berkata, aku berkata,
“Tujuh puluh tiga ayat”. Lalu Ubay menjawab, “Itu sahaja, sesungguhnya aku melihatnya (surah al-Ahzab) menyamai surah al-Baqarah. Sesungguhnya kami membaca padanya terdapat

“ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ نَكَالًا مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ”. (Musnad Ahmad Hadis Zirr Bin Hubaisy Daripada Ubay Bin Ka’ab, Kanz Al-Ummal Bab Ayat-Ayat Yang Dimansukhkan Daripada Al-Quran Dan Fasal Berkenaan Jenis-Jenis Hukum Hudud)



Hadith ini dan yang semakna dengannya telahpun dijawab di dalam artikel sebelum ini iaitu kesemua riwayat berkisar kepada perawi yang dho’if dan sebahagian ulama memasukkannya di dalam ayat yang telah dimansukhkan bacaan dan hukumnya.

Lading_Emas

28 October, 2009

Penyakit ~ Tanda2nya...

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.       

 i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin       

 yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita   

sedang dalam proses pembuangan toksin.           

    ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu
pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang
berlaku.               

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan
toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan       
mengandungi asid berlebihan.               

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut
dengan hati atau bebanan kerja               

v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan       
kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.       
—————————— —————————— ————–       
2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan       
paru-paru dan kerongkong.               

i) Selsema               
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.       

b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu
badan meningkat).               
ii) Hidung sebu               

a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.       

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.       
iii) Bersin               
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.       
      
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.       

iv) Batuk               

a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di       

bahagian kerongkong.               

b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin       

yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas       

beberapa hari memakan RG.               
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses       

membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,
biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau   

terdedah kepada udara yang tercemar.           
   
—————————— —————————— ————–   
3. KERONGKONG               

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang       

berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa       

badan kita memerlukan banyak air untuk membuang       
toksin.               

ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras       

keracunan lebih serius.               
               
—————————— —————————— ————-       

4. Bibir .. Berkaitan dengan fungsi sistem           penghadaman.               

i) Bibir pucat               
a. Sistem penghadaman yang lemah.           
b. Perut mengandungi angin.                c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem       
penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan        kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi   
penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.   

ii) Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak       
bahan toksin.               
               
—————————— —————————— ————–       

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung   
dan sistem pengedaran darah.               

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung       
mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan,       
injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan       
lain-lain lagi.               

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah       

(ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.   

iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi       
perut untuk pembuangan toksin.                               
—————————— —————————— ————–       

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.       
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi   
toksin berlebihan.               
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang       
yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika       
bangun pagi dan sakit itu hilang setelah           
berjalan-jalan.
—————————— —————————— ————–       

B. KULIT
1. PELUH               
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.       

ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui       
perpeluhan.                —————————— —————————— ————–       
2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang   
berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.       
—————————— —————————— ————–       
3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan   
toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan       
ubat yang mengandungi bahan kimia.           
—————————— —————————— ————–       
4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin   
yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada       
kulit berkenaan.                —————————— —————————— ————–       

 5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang   
lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula   
dgn lebih sihat dan subur.                               
—————————— —————————— ————–       

 C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI           

1. SENDI SAKIT

  i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian       
sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).               

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).               

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.               
—————————— —————————— ————–       
2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas   badan tidak lancar.               
—————————— —————————— ————–       
3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah  atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di       
bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan
serangan sakit jantung mungkin berlaku.           

—————————— —————————— ————–       

4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah  badan tidak lancar.               
—————————— —————————— ————–       

5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah.   
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk   
terlalu lama.

—————————— —————————— ————–       

6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat   
kelamin.

—————————— —————————— ————–       

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah   
pinggang akibat lemah tenaga batin.           
—————————— —————————— ————-       
8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda   
awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).           

2. TANDA-TANDA DALAMAN               

A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang       

berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan       
       
sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.       

—————————— —————————— ————–       
1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA       

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.           

—————————— —————————— ————–       
2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA   
           
i) Bahagian atas .. Menunjukkan penyakit tekanan darah   
tinggi.               
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit       
tekanan darah tinggi atau tekanan darah           

—————————— —————————— ————–       

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA   

Menandakan penyakit migrain.                               
—————————— —————————— ————–       
4. BISUL TERJADI DI KEPALA
   Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang   
dikaitkan dengan penyakit migrain.           
—————————— —————————— ————–       
5. RASA PENING YANG MEMUSING
   Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.   
—————————— —————————— ————–       
B. MULUT/KERONGKONG
    1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan   
bahan toksik dari bahagian perut.           
—————————— —————————— ————–       
2. MUNTAH DARAH
    i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di       
bahagian kerongkong dan
    ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di       
bahagian perut;misalnya penyakit ulser.           
—————————— —————————— ————–       
3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
Tanda sakit jantung.   
—————————— —————————— ————–
4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan   
toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman       
—————————— —————————— ————–       
C. KENCING
    1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang       
mengandungi kotoran yang  byk           
—————————— —————————— ————–       

2. AIR KENCING BERKAPUR :
Menunjukkan penyakit batu  karang dalam buah pinggang.               
—————————— —————————— ————–       

3. AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang   
mengandungi kotoran berlemak.

—————————— —————————— ————–       
4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan   
proses pembuangan toksin sedang berlaku.
—————————— —————————— ————–       
5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau   
buah pinggang luka.                               
—————————— —————————— ————–       
D. BUANG AIR BESAR               
1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan   
kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan       
serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.       
 —————————— —————————— ————–       
2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.       
—————————— —————————— ————–       
 3. NAJIS BERDARAH               
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di   
bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.       
—————————— —————————— ————–
4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan               
toksin di bahagian usus sedang  blaku           
—————————— —————————— ————–       
E. TINDAK BALAS BADAN               
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan   
badan adalah disebabkan saluran

  i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.       

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.       

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf   
yang berkaitan dengan organ- organ badan.
         
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengalirah darah.               
—————————— —————————— ————–       

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .. Badan   
mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan              
—————————— —————————— ————–       
3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang   

berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air   
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.       
—————————— —————————— ————–
4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan   
proses awet muda sedang berlaku.              
—————————— —————————— ————–              
F. TINDAK BALAS EMOSI
    1. RASA TAKUT MENGEJUT:
Lemah fungsi buah pinggang.   
Tenaga batin lemah.               
—————————— —————————— ————–       
2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan   
 darah tinggi.               
—————————— —————————— ————–       
3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang   
lemah.              
 —————————— —————————— ————–       
4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:   
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.               
iii) Masalah pengaliran darah.               
—————————— —————————— ————-       
5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman   
yang lemah.               

Wallahu'Alam



Lading_Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~