QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label Jews. Show all posts
Showing posts with label Jews. Show all posts

13 December, 2011

Wanita Menurut Al-Quran dan Bible

Kedudukan Wanita Menurut Al-Quran dan Bible



Apa kata Bible tentang wanita?


“Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan
wanita mengajar atau memerintah lelaki; wanita mesti berdiam diri. Hal ini demikian kerana Adam dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa.
Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.”  
(1 Timothy 2: 11-14)

“Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.” (1 Korintus 14:34-35)

“Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur. Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi sangat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya.
Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya. Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah.
Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki, kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki.
Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki.
Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia di bawah kekuasaan suaminya.” (1 Korintus 11:5-10)

“Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: patutkah seorang wanita berdoa kepada Tuhan di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?”
(1 Korintus 11:13)

“Manusia itu menjawab:
“Perempuan yang Kau tempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka ku makan”.
Maka berfirmanlah TUHAN kepada perempuan itu: “Apakah yang telah kau perbuat ini?”.
Jawab perempuan itu: “Ular itu yang memperdayakan aku, maka ku makan”.
Lalu berfirmanlah TUHAN kepada ular itu: “Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perut mu lah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kau makan seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanamu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya”.
FirmanNya kepada perempuan itu: “Susah payahmu waktu mengandung akan Ku buat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan dia akan berkuasa atasmu”.” (Kejadian 3:12-16)

“Katakanlah kepada orang Israel: Apabila seorang perempuan bersalin dan melahirkan anak lelaki, maka najislah dia selama TUJUH HARI. Sama seperti pada hari-hari dia bercemar kain dia najis. Dan pada hari yang kelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu. Selanjutnya TIGA PULUH TIGA HARI lamanya perempuan itu harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas, tidak boleh dia kena kepada sesuatu apa pun yang kudus dan tidak boleh dia masuk ke tempat kudus, sampai sudah genab hari-hari pentahirannya. Tetapi jikalau dia melahirkan anak perempuan, maka najislah dia selama DUA MINGGU, sama seperti pada waktu dia bercemar kain, selanjutnya ENAM PULUH ENAM HARI lamanya dia harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas.” (Imamat 12:2-5)

“Dan aku menemukan sesuatu yang lebih pahit daripada maut: perempuan yang adalah jala, yang hatinya adalah jerat dan tangannya adalah belenggu. Orang yang dikenan Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa ditangkapnya. Lihatlah, ini yang kudapati, kata Pengkhutbah: Sementara menyatukan yang satu dengan yang lain untuk mendapat kesimpulan, yang masih kucari tetapi tidak kudapati, kudapati seorang lelaki yang lurus di antara seribu, tatapi tidak kudapati seorang perempuan yang lurus di antara mereka.” (Pengkhutbah 7:26-28)

“Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan, dan lelehannya itu adalah darah dari auratnya, dia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya, dan setiap orang yang kena kepadanya menjadi najis sampai matahari terbenam. Segala sesuatu yang ditidurinya selama dia cemar kain menjadi najis. Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga. Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam.

Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Juga pada waktu dia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Jikalau seorang lelaki tidur dengan perempuan itu, dan dia kena cemar kain perempuan itu, maka dia menjadi najis selama tujuh hari, dan setiap tempat tidur yang ditidurinya menjadi najis juga.

Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan, yakni lelahan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya, atau apabila dia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya, maka selama lelahannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni dia najis.

Setiap tempat tidur yang ditidurinya, selama dia mengeluarkan lelahan , haruslah baginya seperti tempat tidur pada waktu cemar kainnya dan setiap barang yang didudukinya menjadi najis sama seperti kenajisan cemar kainnya. Setiap orang yang kena kepada barang-barang itu menjadi najis, dan dia harus mencui pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air, dan dia menjadi najis sampai matahai terbenam.
Tetapi jikalau perempuan itu sudah tahir dari lelehannya, dia harus menghitung tujuh hari lagi sesudah itu barulah dia menjadi tahir. Pada hari yang kelapan, dia harus mengambil dua ekor burung tekukur dan dua ekor anak burung merpati dan membawanya kepada imam ke pintu Khemah Pertemuan.
Imam harus mempersembahkan yang seekor sebagai korban penghapus dosa dan yang seekor lagi sebagai korban bakaran. Dengan demikian imam mengadakan perdamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN, kerana lelehannya yang najis itu.” (Imamat 15:19-30)


Dengan kata lain, Bible mengajar bahawa:

1. Wanita harus mendiamkan diri dan mengenepikan keinginan diri sendiri.
2. Wanita tidak patut mengajar.
3. Wanita tidak mempunyai kuasa ke atas lelaki, sebaliknya harus berdiam diri.
4. Adam dan Hawa tidak sama dalam dosa mereka. Adam tidak tertipu, sebaliknya Hawa tertipu.
5. Wanita diperintahkan mematuhi kaum lelaki. Tuhan menetapkan bahawa lelaki memerintah wanita selamanya.
6. Wanita mesti berdiam diri di dalam Gereja. Adalah memalukan jika mereka bercakap. Jika mereka mempunyai soalan, mereka perlu bertanya kepada suami mereka sebelum pergi ke gereja dan suami mereka akan bertanya bagi pihak mereka di gereja.
7. Wanita tidak boleh sembahyang atau membuat pengakuan dengan kepalanya tidak ditutup.
8. Jika wanita bersembahyang dengan kepalanya tidak ditutup, lebih baiklah dia mencukur kepalanya.
9. Lelaki dicipta daripada rupa dan kemuliaan Tuhan, dan wanita dicipta daripada kemuliaan lelaki, maka lelaki berkuasa ke atas mereka.
10. Wanita yang melahirkan bayi lelaki tidak suci selama seminggu, tetapi wanita yang melahirkan bayi perempuan tidak suci selama DUA minggu. Maka bayi perempuan adalah DUA KALI tidak suci berbanding bayi lelaki.
11. Adalah mungkin untuk menemui seorang lelaki yang lurus dalam seribu lelaki, tetapi adalah mustahil untuk menemui walau seorang wanita yang lurus dalam seribu wanita.
12. Wanita adalah perangkap, hatinya adalah jerat, dan tangannya adalah belenggu. Lelaki yang mematuhi Tuhan akan terlepas daripadanya, tetapi beliau akan memerangkap mereka yang berdosa.
13. Jika seorang wanita yang sedang haid menyentuh kerusi, katil atau apa sahaja, maka apa yang disentuhnya menjadi tidak suci. Sesiapa yang menyentuh barang tersebut juga menjadi tidak suci. Mereka mesti mandi dan membersihkan pakaian mereka kerana telah menyentuh barang yang disentuh oleh seorang wanita yang sedang haid.

Apa yang dikata mengenai orang-orang kudus Kristian mengenai wanita:

“Wanita adalah anak kepalsuan, pengawal neraka, musuh kedamaian; kerananya Adam kehilangan Syurga” (St. John Demanscene)

“Wanita adalah alat syaitan yang digunakan untuk mendapatkan roh kita” (St. Cyprian)

“Wanita adalah lengan syaitan, suaranya adalah bisikan ular” (St. Anthony)

“Wanita adalah racun ular, dan memiliki kejahatan naga” (St. Gregory)

Semasa St. Tertulian bercakap dengan “saudara-saudara perempuan seagama yang dikasihinya”, 
beliau berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa setiap daripada kamu adalah Hawa? Hukuman Tuhan ke atas jantina kamu berterusan sehingga ke hari ini: kesalahan tersebut harus berterusan. Kamu adalah pintu masuk syaitan. Kamu adalah pembuka pohon terlarang. Kamu adalah yang pertama melanggar undang-undang tuhan. Kamulah yang memujuknya yang tidak dapat diserang oleh syaitan. Kamu dengan mudah telah memusnahkan rupa Tuhan, iaitu lelaki,.”.
St. Augustine menulis kepada sahabatnya, “Apa bezanya jika dia adalah seorang isteri atau seorang ibu, dia masih Hawa, penggoda yang mesti kita berjaga-jaga terhadapnya.”. 
Beberapa abad kemudian, St. Thomas Aquinas masih menganggap wanita tidak sempurna,
“Merujuk kepada sifat individu, wanita tidak sempurna, kerana kuasa aktif di dalam benih lelaki berkecenderungan untuk menghasilkan apa yang mirip kepada jantina lelaki yang sempurna; manakala wanita dihasilkan daripada kecacatan dalam kuasa aktif atau daripada bahan yang kurang sihat, atau daripada pengaruh luar.” (Semua petikan-petikan ini diperolehi daripada buku Karen Armstrong bertajuk “The Gospel According to Woman”, London: Elm Tree Books, 1986, m.s. 52-62. Juga lihat buku oleh Nancy van Vuuren, “The Subversion of Women as Practiced by Churches, Witch-Hunters and Other Sexists Philadelphis”, Westminster Press, m.s. 28-30).

Lelaki Yahudi Ortodoks memulakan sembahyang pagi mereka dengan membaca, “Dirahmati Tuhan, Raja semesta Alam, kerana Dia tidak menjadikan aku wanita”. 
Wanita pula bersyukur kepada Tuhan setiap pagi kerana, “menjadikanku menurut kehendakMu” (Thena Kendath, “Memories of an Orthodox Youth”, dalam Susannah Heschel, penyunting. “On Being a Jewish Feminist”, New York: Schocken Books, 1983, m.s. 96-97).

Menurut Talmud Yahudi, “wanita dikecualikan daripada mempelajari Taurat”. Pada abad pertama Masihi, Rabai Eliezer berkata, “Jika seorang lelaki mengajar anak perempuannya Taurat, seolah-olah beliau mengajarnya kegasangan.” (Leonard J. Swidler, “Women in Judaism: The Status of Women in Formative Judaism”, Metuchen, N.J: Scarecrow Press, 1976, m.s. 83-93).

Menurut Rabai Dr. Menachem M. Brayer (Profesor dalam Kesusasteraan Biblikal di Yeshiva University) di dalam bukunya “The Jewish Woman in Rabbinic Literature”, adalah menjadi kebiasaan wanita Yahudi keluar ke tempat awam dengan kepalanya ditudung, malah kadang kala seluruh wajahnya juga ditutup dan hanya satu mata kelihatan
(“Psychosocial Perspective”, Hoboken, N.J: Ktav Publishing House, 1986, m.s. 239).

Beliau memetik Rabai-rabai purba yang masyhur berkata,
“Tidak layak wanita-wanita Israel keluar tanpa kepalanya ditudung”, dan, “Terkutuklah lelaki yang membiarkan rambut isterinya dilihat… wanita yang mendedahkan rambutnya sebagai perhiasan membawa kepapaan”.
Undang-undang Rabai melarang doa dibaca jika terdapat wanita yang telah berkahwin yang tidak menutup kepalanya kerana rambut yang terdedah dianggap “bogel”
(Ibid, m.s. 316-317.
Juga lihat Swidler, op. Cit. M.s. 121-123).
Dr. Brayer juga menyebut bahawa, “Semasa zaman Tannaitik, wanita Yahudi yang tidak menudung kepalanya dianggap menghina kesuciannya. Jika kepalanya tidak ditudung, dia boleh didenda empat ratus zuzim atas kesalahan ini.”.
Dr. Brayer juga menjelaskan bahawa tudung wanita Yahudi tidak hanya dianggap sebagai lambang kesopanan. Kadang-kala ia melambangkan maruah dan martabat wanita bangsawan. Ia juga lambang seorang wanita tidak boleh disentuh kerana beliau adalah milik suci suaminya (24. Ibid, m.s. 139).

Jelas bahawa di dalam Perjanjian Lama, mendedahkan kepala wanita adalah hal yang amat memalukan dan inilah sebabnya seorang paderi perlu membuka tudung seorang wanita yang disyaki berzina dalam perbicaraannya (Bilangan 5:16-18).

St. Tertullian di dalam karyanya yang terkenal, “On the Veiling of Virgins” menulis, “Wanita-wanita muda, pakailah tudungmu semasa di jalanan, kamu juga perlu memakainya di gereja, kamu juga perlu memakainya semasa berada di kalangan orang-orang yang tidak dikenali, dan pakailah ia semasa bersama saudara-saudara lelakimu…”. Di antara undang-undang Kanon gereja Katolik hari ini, terdapat peraturan yang memerlukan wanita menudung kepala mereka di gereja (Clara M. Henning, “Cannon Law and the Battle of the Sexes”, dalam Rosemary R. Ruether, suntingan, “Religion and Sexism: Images of Woman in the Jewish and Christian Traditions”, New York: Simon and Schuster, 1974, m.s. 272).

Beberapa mazhab Kristian, seperti Amish dan Mennonit, menetapkan wanita mereka perlu bertudung sehinggalah ke hari ini. Alasan untuk bertudung yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Gereja adalah, “Menudung kepala adalah lambang penyerahan kepada lelaki dan Tuhan”. Logik yang sama dikemukakan oleh St. Paul di dalam Perjanjian Baru (Donald B, Krabyll, “The Riddle of the Amish Culture”, Baltimore: John Hopkins University Press, 1989, m.s. 56).

Wanita Russia Ortodoks juga dikehendaki menudung kepala semasa di gereja. Kebanyakan mereka tidak melakukannya di Amerika, tetapi wanita-wanita di Russia dan di banyak negara-negara Eropah Timur, seperti Greek dan timur tengah, memakai selendang menutupi kepada mereka apabila berada di tempat awam.

Ini hanyalah sebahagian kecil contoh. Untuk melihat petikan-petikan mengenai hal ini, sila dapatkan buku
“Women in Islam versus Women in the Judaeo-Christian Tradition: The Myth and the Reality”, oleh Dr. Sherif Abdel Azeem, World Assembly of Muslim Youth.

Selanjutnya, menurut Perjanjian Lama, seorang balu yang tidak mempunyai anak mesti mengahwini saudara lelaki suaminya, walaupun beliau telah mempunyai anak tanpa mengira sama ada balu tadi bersetuju, untuk menghasilkan zuriat daripadanya (Kejadian 38).

Selanjutnya, menurut Bible:

“Apabila seseorang bertemu dengan seorang gadis yang masih perawan dan belum bertunangan, memaksa gadis itu tidur dengannya, dan keduanya kedapatan, maka haruslah lelaki yang sudah tidur dengan gadis itu memberikan lima puuh syikal perak kepada ayah gadis itu, dan gadis itu haruslah menjadi isterinya sebab lelaki itu telah memperkosanya; selama hidupnya tidak boleh lelaki itu menceraikannya.” Ulangan 22:28-30

Kita perlu bertanyakan satu soalan yang mudah di sini, siapakah yang sebenarnya dihukum: lelaki yang memperkosa gadis tersebut atau gadis yang diperkosa? Siapakah yang dapat menghalang seorang lelaki daripada memperkosa gadis tercantik di bandar, memaklumkan semua orang akan hal tersebut, dan kemudian meminta mahkamah memaksa gadis tersebut menjadi isterinya?

Menurut Bilangan 27:1-11, balu dan saudara perempuan tidak boleh mewarisi harta langsung. Anak perempuan hanya mewarisi harta jika bapa mereka tidak mempunyai anak lelaki.

Apa kata AlQuran pula tentang wanita?

Maka apa pula ketetapan AlQuran mengenai wanita? Memang wanita diperintahkan oleh Allah supaya menutup kepala mereka dan berpakaian sopan, tetapi di dalam Islam ini bukanlah lambang merendahkan diri atau menyerah kepada lelaki, sebaliknya ia adalah lambang kesucian, kesopanan dan ketakwaan kepada Allah.

Ini juga adalah sebagai tanda kepada semua lelaki yang berurusan dengannya supaya menghormatinya. Bandingkan keadaan ini dengan keadaan di Barat apabila seseorang bertemu dengan rahib atau paderi, bagaimana pakaian rahib dan paderi tersebut adalah tanda kepada mereka yang menemuinya untuk tidak berkelakuan atau bercakap yang tidak sopan.

Apabila wanita menjaga dan menutup aurat dengan baik, bermakna wanita itu mahal, bukan barang murah untuk dibuat pameran merata-rata. Suatu yang mahal itu mesti dijaga dengan rapi dan elok. Dan yang paling penting, ianya untuk mengelakkan dari menggoda dan merangsang nafsu seks para lelaki, agar maksiat dan jenayah rogol dan seumpamanya dapat dielakkan.

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu, dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab (33) : Ayat 59 (juga lihat Al-Nur (24):31)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” (Surah An-Nur (24) : 31)

Bagaimana pula dengan hak-hak wanita dalam Islam? Adakah benar mereka adalah “warga kelas dua”? Mari kita baca apa kata AlQuran:

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik”
(Surah Al-Baqarah (2) : 228)

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanKu, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisiNya pahala yang baik.”
(Surah Aali-’Imran (3) : 195)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Al-Nisaa (4) : 32)

” Bagi lelaki ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (Surah Al-Nisaa (4) : 7)

“Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki mahu pun wanita, sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” 
(Surah Al-Nisaa (4) : 124)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Taubah (9) : 71)

“Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah Al-Nahl (16) : 97)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Al-Rum (30) : 21)

“Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barang siapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahu pun perempuan, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Surah Al-Mukmin (40) : 40)

19 hadith tentang wanita

Berikut adalah petikan 19 hadith tentang wanita dari kitab Tanbihul Ghafilin.

1 - Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2 - Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3 - Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4 - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5 - Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6 - Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t.

7 - Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8 - Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9 - Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10 - Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11 - Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12 - Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13 - Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14 - Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 - Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 - Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 - Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 - Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 - Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Yang membezakan manusia hanyalah ketaqwaan

Walaupun Allah s.w.t mengatakan bahawa lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita, tidak bermakna wanita itu kedudukannya hina di sisi lelaki. Akan tetapi wanita kedudukannya adalah sebagai penasihat, yang mana bukan satu kedudukan yang sembarangan, dan bukan seperti seorang hamba abdi. Dan kaum lelaki tidak boleh menzalimi kaum wanita.

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka, sebab itu maka Wanita yang saleh, ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka), wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka menta'atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah An-Nisaa' 4 : 34)

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”. (Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsir juz 7 hal 322).

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seorang wanita tidak boleh berpuasa ketika suaminya ada bersama kecuali dengan izin suaminya. Dia juga tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya ketika suaminya ada bersama kecuali mendapat keizinan suaminya dan apapun yang dia belanjakan dari hasil kerja suaminya tanpa perintah atau izin suaminya itu, maka separuh dari pahalanya adalah untuk suaminya.
(Riwayat Muslim, #1704)
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah”. (Hadith Riwayat Abu Bakar Albazzar, tafsir Ibnu Katsir juz 7 hal 322).

Hanya Taqwa yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang tahu. Ini bermakna kita tidak boleh membeza-bezakan kelebihan yang ada pada seseorang kerana kelebihan yang dipandang oleh Allah hanyalah taqwa dan hanya Dia sahaja yang tahu.
WallahHu'Alam.
[sumber...]

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

14 October, 2011

Abu Hanifah Menjawab...

Imam Mujtahid Abu Hanifah Menjawab - Apabila Ulama Dicabar

by Mohamed Ibrahim Maricar on Wednesday, August 11, 2010 at 1:52pm
Apabila Ulama Dicabar http://bit.ly/ImamHanafi

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah(atheist) Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy'ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri di segerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi,Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
"Subhanallah.... Subhanallah .... Walahaulawala quwwata illa billahil aliyyil A'zim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan materialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora.Mahu rasanya di pengal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu,
Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan berkenaan mimpi dia
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana ku lihat ada sepohon kayu yang rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh. Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagaimana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadirioleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat."
(Al-Mujadalah : 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog, perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnyaitu, berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?,"soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud,"tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud,tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..."
 Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahutDahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?
Di kepalakah, di perutkah atau adakah di hujung tapak kaki mu..?"

Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri,seraya berkata:
"Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya,bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau di bawahkah...?"
Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari di manakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip di manakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini?
Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai.
Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..."
Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",
tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?
Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?"Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,
"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibujari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..."
Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.
"Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya dikhalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, ia pun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai..budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat di dengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.




Bacalah berkali-kali, teliti dan fikirkan hujjah antara Imam Hanafi dan Dahri ini, ia amat penting untuk menguatkan tauhid kita, ada ilmu yang tersirat yang harus kita fahamkan.

Wallahu A'lam!


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

14 September, 2011

Prihal Israel ~ Yang Kita Tidak Tahu

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

>> Monday, October 31, 2011

Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.


Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan.. Apa Dia?

>> Wednesday, March 24, 2010




1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bansa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklier? Juga menolak Team Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklier?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan melukai 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak melakukan tindakan bals apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: "peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja", "dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi"?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Partai Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok untuk membersihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua ras yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk.."

23. Tahukah anda bahawa pengungsi atau pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia internasional yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?
(sumber)

Rahsia Bintang Enam Israel

>> Monday, November 23, 2009

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang


Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.


Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .
 (sumber)


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~