EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Kitab Futuuhul Ghaiboleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-
1. Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:
• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
“Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.
2. Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.
• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.
• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
"Sesiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah[Keramah].
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yg tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan utk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang2 Allah/Ahlillah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi Saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran.
Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html
~*~*~*~
PETIKAN SYARAHAN(50) Syeikh Abdul Qadir Al Jilani.
Mungkin kamu berada dalam satu dari dua keadaan ini:
(1) Jauh dari ALLAH SWT
(2) Hampir dengan ALLAH SWT
Sekiranya kamu jauh dari ALLAH, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja dan tidak mahu MENGEJAR KEBAHAGIAAN kamu dari KURNIAAN ALLAH dan KEBAHAGIAAN, KESELAMATAN dan KEMAJUAN di sisi ALLAH dalam DUNIA dan di AKHIRAT kelak……!!
Ayuh..!
Bangunlah dan segera menuju ALLAH….!
Tinggalkan KESERONOKAN dan berFOYA itu dan jauhkan yang HARAM…...
Bersedialah dengan SABAR menghadapi keSULITan dan keSUSAHan dan jauhkan diri dari manusia dan dari KEINGINAN dunia atau akhirat agar kamu berjaya "BERSATU" dengan ALLAH dan hampir denganNYA, dan kemudian itu barulah kamu boleh mendapat apa yang kamu kehendaki…...
Kamu akan diberi keMULIAan dan keTINGGIan Pangkat di sisi ALLAH. Jika kamu telah masuk dalam golongan diberi ALLAH kehormatan, kasih Sayang dan RahmatNYA, maka tunjukkanlah sopan dan akhlak yang baik dan jangan kamu merasa tinggi diri dengan kurniaaNYA itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan kamu terhadap ALLAH dan agar kamu tidak condong kembali kepada keJAHILan dan keGELAPan kamu yang mula2 dahulu.
Firman ALLAH:Ertinya:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan memikul AMANAH itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah AMANAH itu oleh manusia. Sesunggguhnya manusia itu AMAT ZALIM dan AMAT BODOH"
Firman ALLAH lagi ertinya:
"..Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan manusia adalah bersifat tergesa-gesa."
Pelihara HATi kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu tinggalkan tentang manusia, HAWA NAFSU, keinginan, USAHA, kehilangan SABAR, REDHA dan bersesuaian dengan ALLAH semasa ditimpa KEMALANGAN dan KESUSAHAN.
Sebaliknya kamu hendaklah MENYERAHKAN DIRI-Mu kepada ALLAH seperti BOLA di kaki pemain bola, atau seperti BAYi di pangkuan ibunya, atau seperti MAYAT di tangan pemandi-pemandinya.
BUTAkan HATI-Mu kepada apa sahaja selain DIA supaya kamu pandang tidak ada yg lain kecuali ALLAH..!!
Tidak ada yg WUJUD..!!
Tidak ada yg meMUDHARATkan..!!
Tidak ada yg meMANFAATkan..!!
Tidak ada yg MENOLAK PEMBERIAN atau yg MEMBERI..!!
Semua itu si DIA (ALLAH)LAH jua.!!
ANGGAPlah makhluk itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai TALI CEMATI dari ALLAH Yg Maha Agung, yg dengannya ALLAH memukul kamu.
Semasa KEBAHAGIAAN dan KESELAMATAN, anggaplah makhluk itu sebagai TANGAN ALLAH yg memberi REZEKI ke KAMU!!!
. .
No comments:
Post a Comment