QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label Azimat. Show all posts
Showing posts with label Azimat. Show all posts

08 February, 2011

Azimat dan TangkaL, dan lilitan benang

LILITAN BENANG HITAM PADA BUDAK ADALAH AMALAN SYIRIK
Adakah Lilitan Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik?

Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut

Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Ssiapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.”
(Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

petikan dari : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=17

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

21 July, 2009

Zikir Harian ~ Merdeka 100 Org Hamba + 100 Kebajikan - 100 Dosa = Perisai Syaitan

PERISAI dari SYAITAN

Zikir

  لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير - x 100
setiap hari ( Hadis Al-Bukhari No. 5924 Bab الدعوات subtopik فضل التهليل


‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن مسلمة ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏سمي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي صالح ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له ‏ ‏عدل ‏ ‏عشر رقاب وكتب له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له ‏ ‏حرزا ‏ ‏من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد بأفضل مما جاء إلا رجل عمل أكثر منه ‏

Maksud : Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
" Sesiapa yang mengucapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
dalam sehari 100 kali maka bagi pahala memerdekakan 10 orang hamba dan dituliskan 100 kebajikan kepadanya dan dihapuskan 100 dosa dan menjadi PERISAI dari SYAITAN pada hari itu hingga waktu petang dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali yang beramal lebih dari ini "

ZIKIR KUNCI DIRI perlu dibaca 100x pagi & 100x petang SETIAP HARI supaya jin/syaitan tidak memasuki tubuh kita. Malah dari itu dijanjikan Pahala dan padhilat yg besar dari Allah.

Abu Hurairah (radi Allahu anhu) reported:
The Messenger of Allah (sallal laahu alaihi wasallam) said,
"Whoever says,
La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu,
lahul-mulku wa lahul-hamdu,
wa huwa 'ala kulli shai'in qadir'

{ there is no true god except Allah. He is One and He has no partner with Him;
His is the sovereignty and His is the praise, and He is able to do all things}

a hundred times[100x] during a day
will have a reward equivalent to the
reward for freeing ten slaves.
Besides, a hundred good deeds will be recorded for him
and a hundred bad deeds of his will be wiped off,
and it will be a safeguard for him from Satan that day until evening,
and none shall come with anything better
except someone who has done more.
[Al-Bukhari and Muslim]. 


KELEBIHAN BERZIKIR DAN FADHILATNYA.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI JADI AHLI ZIKRULLAH.,ZIKIR ADALAH SENANG DAN MUDAH UNTUK DIAMALKAN.

KALAU BERZIKIR UTK AKHIRAT,
DAPAT DUNIA PUN DAPAT....Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir."
(Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa?"
(Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
    "Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan ZIKIR (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : 
Tanya mereka : Apakah berJIHAD di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah?
Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) "
(HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)


Dari Anas ra katanya; Nabi saw bersabda :
    "Tidak suatu kaum yg berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa2 kamu telah diampuni dan telah diganti dgn banyak kebajikan."
(HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)


Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya :
    "Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? 
Jawabnya : Ya aku mahu. 
Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? Majlis Zikir, dan apabila engkau berSENDIRIan maka gerakkanlah lidahmu dgn berZIKIR kepada Allah."


Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w.,katanya:
     "Ssiapa yg duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan Ssiapa yg berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah."
(Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

WallahHu'Alam.

http://perisaimukmin.blogspot.com/

Lading Emas

~***~Tmn KoperasiBENA~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~