QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label KenaLi Diri. Show all posts
Showing posts with label KenaLi Diri. Show all posts

01 March, 2011

Penyakit dan Tubuh Badan Anda

Hubungkait Penyakit Dengan Tubuh



Tanda² Sakit -

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong..
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar..

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi..

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Wallah Hu A'lam

Petikkan dari: http://wajahayu.blogspot.com/2009/09/hubungkait-penyakit-dengan-tubuh.html

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

18 February, 2011

Bekam Lintah ~ Terapi Lintah

LINTAH DAN PERUBATAN (Hirudo Medicinalis)

Penggunaan Klinikal

Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula.

Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat.
Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu.
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)

Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bacteria
- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan

mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan
menyeluruh

~*~*~*~

LINTAH

Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya ‘alergi’ terhadap haiwan itu.

Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai ‘penghisap darah’ cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau ‘bermesra’ dengannya.

Bagi yang biasa atau ‘bermain’ dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing ini, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.

Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersial.

Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu ‘sasaran’ dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.

Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.

Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.

Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.


SEJARAH PERUBATAN LINTAH


Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. 

Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. 
Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Terapi bekam itu telah dikenali sejak kerajaan Sumeria berdiri, lalu berkembang di Babilonia, Mesir, Saba dan Persia. Namun. Menurut As Suyuthi, bekam berasal dari Isfahan. Jadi, sebelum Rasul SAW diutus pun pengubatan bekam telah ada.

Orang-orang Barat telah lama mengenal pengubatan dengan membuang darah, pada abad ke 18 mereka menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam.

Pada suatu waktu Perancis pernah mengimport 40 juta ekor lintah untuk keperluan itu.Lintah-lintah itu akan dilaparkan terlebih dahulu dengan tidak diberi makan, jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia dia akan terus menghisap darah dengan begitu efektif. Setelah kenyang lintah itu tidak berusaha lagi untuk bergerak dan terus jatuh.

Rasulullah s.a.w. memilihkan, dengan wahyu dari-Nya, dari sekian banyak terapi yang ada pada waktu itu dengan terapi herba dan bekam. Baginda sangat menyenanginya. Terbukti dari seringnya baginda berbekam dan baginda mengungkapkan sebaik-baik pengubatan ialah berbekam.

Asal Usul Lintah

Kesabaran Nabi Ayyub a.s. dan asal usul Lintah
Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s., adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak Nabi Luth a.s. Ayahnya seorang yang kaya-raya, memiliki ternak;unta, lembu, domba, kuda, keledai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan. Ketika dia meninggal dunia, maka semua kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s.Nabi Ayyub a.s. telah menikah dengan Siti Rahmah, anak Afrayim putra Nabi Yusuf a.s. 
Dan Allah telah mengurniakan mereka 12 kali kehamilan yang tiap-tiap kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian dia diutus oleh Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah Ta’ala menyempurnakannya, dengan budi-pekerti yang baik, lemah-lembut selama orang tidak menyalahi,mendustakan dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.
Nabi Ayyub a.s. mempunyai meja makan yang khusus disediakannya untuk tamunya; orang-orang fakir miskin dan tamu lainnya.
Dan Nabi Ayyub a.s. terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti suami yang memperhatikan kasih-sayangnya, dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya. Dengan nikmat yang diberikan Allah,NabiAyyub a.s. tampak tidaklah lupa sedikit pun hatinya bersyukur, serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan akhirat, dan Iblis ingin merusak salah satu atau kedua-duanya;dunia dan akhirat tersebut. Lalu Iblis terkutuk,disaat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya:
”Hai Iblis terkutuk, bagaimana engkau melihat hamba-Ku Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?”
Kata Iblis:
“Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mau menyembah-Mu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup (harta yang berlimpah) dan kesihatan;kalaulah tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembah-Mu , maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” 

Firman Allah Ta’ala kepada Iblis:
“Engkau dusta, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima-kasih kepada-Ku, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia. 
Kata Iblis:
“Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana aku membuatnya lupa mengingat-Mu dan menyibukkan dia dari beribadah kepada-Mu.” 

Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap segala sesuatunya, kecuali jiwa dan lidah (ucapan) Nabi Ayyub a.s.
Maka Iblis pun kembali dan menuju ke tepi laut, lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin, baik yang laki-laki maupun yang wanita berkumpul di sisinya seraya berkata:
”Apakah gerangan yang menimpa kamu?”
Iblis menjawab: 
"Sesungguhnya saya telah mendapat kesempatan yang belum pernah saya peroleh seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari sorga. 
Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.” 
Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merusak semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s.
Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s. yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadatnya. 
Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaanmu yang kritis ini, sesungguhnya dia tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” 
Nabi Ayyub a.s. tidak menjawabnya,sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah,Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.”Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.
Maka Iblis pun kembali dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub a.s.itu mempunyai 14 anak,lapan orang lelaki dan enam orang perempuan. Kesemua mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya. 

Maka berkumpullah para setan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s.sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan.Maka Iblis pergi kepada Nabi Ayyub a.s. sedangkan dia (Nabi Ayyub a.s.) dalam keadaan berdiri menunaikan solat.
Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu, dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah dimana anak-anakmu berada, sehingga mereka mati semuanya?” 
Nabi Ayyub a.s. tidak menjawab sedikit pun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya.Lalu Nabi Ayyub a.s.berkata:
“Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah, Dia yang telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambil dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.” 
Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk.

Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub a.s. sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub a.s. sujud, Iblis meniupkan dihidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s. berkembang dan berpeluh yang banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat. 

Berkata isterinya Siti Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah diwaktu malam dan berpuasa diwaktu siang tanpa henti-hentinya. walaupun sesaat, dan engkau masih juga tidak merasa cukup.”Lalu Nabi Ayyub a.s.terkena penyakit kudis pada seluruh tubuhnya, mulaidari kepala sampai kekakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya.Sampai-sampai sanak-keluarganya dan teman-temannya, menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Ayyub a.s. mempunyai tiga orang isteri; maka yang dua meminta cerai dan dia pun menceraikannya dan tinggal satu sahaja isterinya iaitu Rahmah yang selalu melayaninya siang malam. Kemudian datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah, kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami.Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini, dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau dari sini dengan cara paksa!” Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s.). Dan dia menggendong Nabi Ayyub a.s. dipunggungnya sedangkan air mata mengalir dipipinya serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rusak yang dijadikan tempat pembungan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub a.s. di atas sampah. 
Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub a.s. maka mereka berkata:
“Bawalah suamimu itu jauh-jauh darikami , kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami, biar memakannya.
”Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ke tempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu. Kemudian Siti Rahmah pergi kesebuah desa,maka Nabi Ayyub a.s. memanggilnya:
“Kembalilah engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” 
Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan kawatir, wahai suamiku; sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan engkau selama hayat dikandung badan.” 
Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Nabi Ayyub a.s. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahwa dia adalah isteri Nabi Ayyub a.s. Maka mereka tidak mau lagi memberinya pekerjaan, bahkan mereka berkata; “Pergilah engkau jauh-jauh, kerana sesungguhnya kami merasa jijik kepada mu.
Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “Ya Tuhanku, Engkau telah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya Tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari rumah kami di dunia, maka janganlah kiranya Engkau mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari Kiamat.”
Adalah Nabi Ayyub a.s. tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadannya, dan dia berkata: “Makanlah olehmu semua apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah Ta’ala.”
Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggaltulang belulang,yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang kelihatan. 
Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian depannya kebahagian belakangnya. Dan yang tinggal dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hatinya dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari berzikir kepada Allah. 
Diriwayatkan yang Nabi Ayyub a.s. mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.
Pada satu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub a.s.: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah Ta’ala supaya Allah menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s. kepada Siti Rahmah: “Berapa lamakah kita telah hidup senang?” 

Kata Siti Rahmah:”Delapanpuluh tahun.” Kata Nabi Ayyub a.s.: “Sesungguhnya saya berasa malu kepada Allah Ta’ala, untuk meminta kepada- Nya, sebab waktu cobaan-Nya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.” Pada ketika dibadan Nabi Ayyub a.s. sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan diantara mereka, hingga akhirnya tinggal dua ekor ulat , yang selalu berkeliaran dibadan Nabi Ayyub a.s. dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. 

Maka yang satu pergi kehati dan memakan hatinya dan yang lainnya pergi kelidah dan menggigitnya. Disaat itulah Nabi Ayyub a.s.berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedang engkau Dzat yang Maha Pengasih.” Hal ini tidaklah termasuk dalam katagori keluh-kesah dan tidak pula dia berarti keluar dari golongan orang yang sabar. 
Oleh kerana itu Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.” Kerana sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus dari syukur dan berzikir kepada Allah Ta’ala. 
Maka seakan-akan dia berkata: “Tuhanku aku bersabar atas segala percobaan-Mu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada -Mu dan lidahku masih dapat berdzikir kepada-Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan dzikirku pada-Mu. Maka aku menjadi tidak bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan Engkau Dzat yang Maha Pengasih lagi Penyayang.” 

Kemudian Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya:
“Wahai Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik-Ku, sedangkan rasa sakitpun milik-Ku, apakah ertinya susah?” Diterangkannya pula: “Bahawa Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya:
”Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu ini daripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu,dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya adalah cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta’ala, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta’ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi obat untuk manusia.
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?”
Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.” 
Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul/hentak kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut.Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
” Bersabar satu saat, terhadap satu bencana, itu lebih baik
dari beribadah satu tahun.”

[Rujukan:Durratun Nasihin, oleh Usman Alkhaibawi]


Hadis dari Ibn Abbas r.a. menerangkan :

“Bahawa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Kayy”.

Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : 
Bahawa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, iaitu :
Madu (Al ?Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengobatan Kayy?.
Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : ?Berubat itu dengan BERBEKAM?.
Madu menjadi dasar ubat-ubatan, terutama ubat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang organik dan tidak mengandung bahan Kimia . Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perubatan Laser.
Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : Bahawa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isra Mi?raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit... Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.
Rasulullah memuji orang yang berbekam : ?
Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan.. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci, Rohani, dengan berpuasa.., jadi wajarlah kita mensucikan ,Jasmani, dengan ,Berbekam,..

Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

JENIS-JENIS PENYAKIT YANG DIGALAKKAN MEMBUAT BEKAM LINTAH

Posted by terapilintah on October 20, 2009 at 12:28 AM

  • JERAWAT
  • RESDUNG
  • GOUT
  • MAIGRAIN
  • DARAH TINGGI
  • DARAH RENDAH
  • KENCING MANIS
  • BEGOK
  • BENGKAK ANGGOTA BADAN
  • BERLAKU DARAH BEKU
  • SAKIT SENDI/LUTUT
  • HAID TIDAK LANCAR
  • BARAH BUAH DADA
  • SAKIT KULIT/JERAWAT BATU

Leech Saliva

Posted by terapilintah on October 20, 2009 at 12:43 AM

A simple principle lies at the heart of all hirudo-miracles. During the process of feeding, leeches secrete a complex mixture of different biologically and pharmacologically active substances into the wound. Hirudin is the best known component of leech saliva. Hirudin is sometimes used to describe all active substance in leech saliva. In reality, Hirudin refers only to one specific active substance in leech salive. Components of medicinal leech saliva that exert effects in the host's body are:

  • Hirudin-  Inhibits blood coagulation by binding to thrombin
  • Calin -Inhibits blood coagulation by blocking the binding of von Willebrand factor to collagen. Inhibits collagen- mediated platelet aggregation
  • Destabilase -Monomerizing activity. Dissolves fibrin. Thrombolytic effects
  • Hirustasin- Inhibits kallikrein, trypsin, chymotrypsin, neutropholic cathepsin G
  • Bdellins -Anti-inflammatory. Inhibits trypsin, plasmin, acrosin
  • Hyaluronidase- Increases interstitial viscosity. Antibiotic
  • Tryptase inhibitor -Inhibits proteolytic enzymes of host mast cells
  • Eglins- Anti-inflammatory. Inhibit the activity of alpha-chymotrypsin, chymase, substilisin, elastase, cathepsin G
  • Factor Xa inhibitor -Inhibits the activity of coagulation factor xa by forming equimolar complexes
  • Complement inhibitors- May possibly replace natural complement inhibitors if they are deficient
  • Carboxypeptidase -A inhibitors Increases the inflow of blood at the bite site
  • Histaminelike -substances Vasodilator. Increases the inflow of blood at the bite site
  • Acetylcholine -Vasodilator
  • Anesthetics -subsctance Anesthetic

Rawatan Terapi Lintah [Foto]

 

http://www.facebook.com/album.php?aid=114892&id=701338200&l=f560d086c0

As President of International Leech Therapy Association NZ, it's my pleasure to welcome you to Life Clinic Hirudotherapy & Healing.
I refer to all areas in my profession as 'Tools for Life' and Leech Therapy is another amazing 'Tool' available to all of us as a Natural Gift of Nature. With over 40 years of experience, I'm passionate about sharing my knowledge and provide this through my Leech Therapy Courses, which includes information of Health Benefits that can impact people's lives as discussed throughout my website and blog and many media interviews.
I'm committed to my Vision of Introducing and Teaching people around the world about all areas of Natural Therapy and Health Benefits using Leeches. My Courses are currently available in New Zealand and Australia.

Leech Therapy

Author: Alex  |  Category: Wierd
leech.JPG

Leeches have been used to treat patients for centuries. There are approximately 600 leech species which have been identified to date but only about 15 are used in medicine.

Leech therapy has been used in European countries since 18th and 19th centuries. Today, doctors use leeches for treating abscesses, painful joints, glaucoma, myasthenia, and to heal venous diseases and thrombosis. Medical leeches are used in plastic surgery, for improving brain circulation and for curing infertility. Some even claim that this could be an alternative acne treatment.

Potentially, this could be a business opportunity for those who are interested in alternative medicine.


PUSAT RAWATAN ALTERNATIF TERAPI BEKAM
LOT NO. 15A, TINGKAT 1, BILIK NO. 5,
JALAN 4/12, SEKSYEN EMPAT TAMBAHAN,
BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR

013-3197008 (HISHAM)

Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Perubatan Tradisional & Konplementari
NO:20090406162
http://www.bekamlintah.com/


Peta Lokasi


Penunjuk arah : Paling mudah jika anda dari TOL BANGI,
Roundabout Pertama ikut arah jam 12, Roundabout Kedua ikut arah jam 12, Roundabout Ketiga ikut arah jam 3.

Lepas itu jalan terus lebih kurang 500 meter, tengok sebelah kanan jalan anda akan nampak kedai elektrik SENHENG.

Didepan anda ada trafik light, buat U Turn di situ dan menghala balik ke SENHENG.

Tempat Operasi di atas SENHENG tersebut.

Harap peta ini dapat memudahkan anda ke lokasi bekam.
Jika perlukan bantuan, sila hubungi: 013-3197008

Waktu Operasi

Waktu Pusat Bekam ini beroperasi adalah seperti berikut :
  • ISNIN - KHAMIS
    • 10.00 Pagi - 3.00 Petang
    • 5.00 Petang - 10.00 Malam
  • JUMAAT
    • 10.00 Pagi - 1.00 T/hari
    • 5.00 Petang - 10.00 Malam
  • SABTU / AHAD / CUTI UMUM
    • 10.00 Pagi - 10.00 Malam
SILA HUBUNGI 013-3197008 (HISYAM) UNTUK BOOKING MASA RAWATAN.
Caj Rawatan

  • Bekam Lintah
    • RM38 BAGI SATU JENIS PENYAKIT
    • PENGGUNAAN 1 - 3 EKOR JENIS LINTAH MENGIKUT JENIS PENYAKIT 
    • TAMBAHAN LINTAH = RM10 EKOR BAGI SETIAP SATU EKOR
    • TANPA HAD MASA DAN SEHINGGA LINTAH JATUH SENDIRI
    • LINTAH YANG TELAH DIGUNAKAN AKAN DIMUSNAHKAN.
    • TIDAK DIKITAR ATAU DIGUNA SEMULA.
  • Bekam Angin
    • RM8 BAGI SETIAP SATU CUP/MANGKUK

       
  • Bekam Darah
    • RM10 BAGI SETIAP SATU MANGKUK

~*~*~*~*~*~*~


Jenis Penyakit

1. Resdung

2. Maigrain

3. Gout

4. Tekanan Darah Tinggi

5. Tekana Darah Rendah

6. Kencing Manis
7. Barah Buah Dada

8. Senggugut

9. Sakit Sendi

10. Sakit Lutut

11. Kebas Kaki Tangan

12. Bisul
13. Jerawat

14. Sakit Belikat

15. Darah Pekat

16. Darah Beku

17. Kusta

18. Buang Darah Kotor
~*~*~*~


Kursus Bekam

KURSUS TERAPI BEKAM LINTAH
  • Pelajari teknik TERAPI BEKAM LINTAH dan jadikan ia sebagai sumber pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau sampingan dimasa lapang dan hari cuti.
  • Rawatan Terapi Bekam Lintah sememangnya mendapat sambutan ramai dan hampir tiada saingan didalam perniagaan rawatan alternatif.
  • Dengan bayaran serendah RM380 anda akan diperturun segala kaedah Rawatan Alternatif Terapi Bekam Lintah.
~*~*~*~*~

Testimonial

TESTIMONI WARGA CG DAN CUSTOMER LAIN-LAIN

Stress dan isteri ada resdung serta sakit tengkok....


ok kasik testimonial dan pengalaman berjumpa tok bomoh lintah CG..rawatan bermula kol 2.00 ptg - 4.30 ptg

lepas balik dari sana, badan rasa ringan jer. walaupon mula2 aku rasa mcm takde apa2 effect, tp baru perasan lenguh badan dan sakit kepala aku dah hilang terus. sblm ni ada masalah nak tido siang sbb selalu bgn je sakit kepala cam nak meletop. balik je tadi letak badan terus lelap.. bangun je rasa ringan kepala.

bini aku lak sblm ni ada masalah pernafasan sensetip.. sinus.
ptg tadi dia kata dah ok... pernafasan dh lancar, tak mcm biasa tersangkut2.. dah tak sesak napas mcm biasa.
pastu dia dah seminggu sakit kepala.. tok bomoh kata stress. jadik rawatan stress pon dijalankan.. terus ilang sakit kepala dia.. tu yg selera dia bantai sup kambing mat top sorang2 sampai lupa nak ajak

ok tu je rasanya testi takat ni.. tunggu testi dr pajey lak..

p/s: tok, kim salam kat lintah tu.. insyallah pasni klu ada masalah leh dtg merawat lagi.

**************************************************

testi dari pajey - resdung (terasa benda bergerak dalam muka)

huhuu best tido...tak sempat nak gi kedai mattop...sebab rupe dah macam lanun...kih2...lepas bekam lintah syiokk ooo tido...rigan je badan.... selalu muka rase macam gatal2 pun dah ok...rase nye kenyang tul lintah tu semalam...melelh air liur litah tu isap darah...abis tempat duduk keta aku kena darah...kih2....memang best tido malam tdi

**************************************************

Dari warga CG- Brozul Cheras- datang dengan kawan...resdung..

bro,baru dapat on9 ni... Kenapa cal tadi?
hehehe...
best gak bekam lintah ni... layanz....
walaupun kegelian saya tahap gaban tp dapat dikontrol ngan muka yang cool...

Gambar takleh upload la bro.. segan...
dah la tersembur kapas 2 kali...

SELEPAS RAWATAN TAK INGAT BAPER LAMA. 20 MINIT KOT...
COZ RESDUNG TAK TERUK SANGAT...LINTAH DAH KENYANG...TUMBANG...

BALIK DARI TEMPAT EBOSS TAPAU BRIANI KAMBING & THEN BALIK UMAH MEMBER...

time ni mandi bukan men banyak darah kuar...
member tu muka dah macam eksiden...(nanti saya upload gmbar dia...)

Dah mandi kena beriani kambing, pastu terus tido...

bangun pagi dah rasa lain... BADAN RASA SEGAR,RINGAN,LANCAR PERNAFASAN...
EFFECT DARI BEKAM LINTAH. DARAH AUTOMATIK BERHENTI PAGI TADI.
TAK BERTANDA SANGAT PON PARUTNYA.(BANGUN2 RASA MCM NAK BERLARI PLAK..)

Kawan sorang ni,resdung teruk gak sekali migrain...
Eboss letak lintah 5 ekor lintah kat dia...

Pagi tadi bangun tido aku terus tanya dia Camne KEPALA,HIDUNG?
Dia kata ok... dah tak sensitif hidungnya...(Siap menyanyi lagi) KEPALA JADI RINGAN...

SO, sesapa ada penyakit RESDUNG or MIGraIn,GOUT,DARAH TINGGI,DARAH RENDAH, DLL blh la cuba BEKAM LINTAH NI...
INSYAALLAH ADA PERUBAHAN... Cal je Eboss 2....

Bro eboss, hari ni Opis saya dah kecoh pasal bekam ni...
No,tel Bro dah terlepas kat sorang makcik tu...dia nak bawa anak dia wat rawatan Resdung kat bro nnti...dia akan cal bro...
OK Bro? APA2 Calling,yg tadi cal tk angkat sory la... tgh melayan movie..

**************************************************

It was a very nice day for me(28/11).

Trip to JB was nice, on the way back(since I was early), SMS Bro Eboss to ask if can have lintah treatment at about 4.30pm.......was there and went home at about 6pm, took a good shower....then enjoyed a nice Beriani Kambing(SHIOK giler!!!).....potpet2 with members(and dapat strip tease show by Bawang2... ).

Went home, raining....slept like a baby....woke up 7am!!!!

For those who have not tried lintah, try it lar....it's effective......I insisted Bro Eboss to put on my betis cos many days standing (working on MS)....betis ASAM giler....after lintah, no more asam!!!!!!!!!!!!!

I stood and walked for more than than 10 hrs today.....

It's going to be my health maintenance program....tapi next time kena cari lintah yg graduate Univ(scanning lebih TAJAM!!!)...he he he he

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

16 February, 2011

Sheikh Abdul Qadir Jailani[AQJ] ~ PESANAN beliau...

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Kitab Futuuhul Ghaib
oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-
1. Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
   Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:
• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
  “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

2. Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.
• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
   “Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.
• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
    "Sesiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah[Keramah].
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yg tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan utk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang2 Allah/Ahlillah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi Saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran.
Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

~*~*~*~

PETIKAN SYARAHAN(50) Syeikh Abdul Qadir Al Jilani.

Mungkin kamu berada dalam satu dari dua keadaan ini:

(1) Jauh dari ALLAH SWT

(2) Hampir dengan ALLAH SWT

Sekiranya kamu jauh dari ALLAH, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja dan tidak mahu MENGEJAR KEBAHAGIAAN kamu dari KURNIAAN ALLAH dan KEBAHAGIAAN, KESELAMATAN dan KEMAJUAN di sisi ALLAH dalam DUNIA dan di AKHIRAT kelak……!!
Ayuh..!

Bangunlah dan segera menuju ALLAH….!

Tinggalkan KESERONOKAN dan berFOYA itu dan jauhkan yang HARAM…...

Bersedialah dengan SABAR menghadapi keSULITan dan keSUSAHan dan jauhkan diri dari manusia dan dari KEINGINAN dunia atau akhirat agar kamu berjaya "BERSATU" dengan ALLAH dan hampir denganNYA, dan kemudian itu barulah kamu boleh mendapat apa yang kamu kehendaki…...

Kamu akan diberi keMULIAan dan keTINGGIan Pangkat di sisi ALLAH. Jika kamu telah masuk dalam golongan diberi ALLAH kehormatan, kasih Sayang dan RahmatNYA, maka tunjukkanlah sopan dan akhlak yang baik dan jangan kamu merasa tinggi diri dengan kurniaaNYA itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan kamu terhadap ALLAH dan agar kamu tidak condong kembali kepada keJAHILan dan keGELAPan kamu yang mula2 dahulu.

Firman ALLAH:Ertinya:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan memikul AMANAH itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah AMANAH itu oleh manusia. Sesunggguhnya manusia itu AMAT ZALIM dan AMAT BODOH"

Firman ALLAH lagi ertinya:
"..Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan manusia adalah bersifat tergesa-gesa."

Pelihara HATi kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu tinggalkan tentang manusia, HAWA NAFSU, keinginan, USAHA, kehilangan SABAR, REDHA dan bersesuaian dengan ALLAH semasa ditimpa KEMALANGAN dan KESUSAHAN.

Sebaliknya kamu hendaklah MENYERAHKAN DIRI-Mu kepada ALLAH seperti BOLA di kaki pemain bola, atau seperti BAYi di pangkuan ibunya, atau seperti MAYAT di tangan pemandi-pemandinya.

BUTAkan HATI-Mu kepada apa sahaja selain DIA supaya kamu pandang tidak ada yg lain kecuali ALLAH..!!

Tidak ada yg WUJUD..!!

Tidak ada yg meMUDHARATkan..!!

Tidak ada yg meMANFAATkan..!!

Tidak ada yg MENOLAK PEMBERIAN atau yg MEMBERI..!!

Semua itu si DIA (ALLAH)LAH jua.!!

ANGGAPlah makhluk itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai TALI CEMATI dari ALLAH Yg Maha Agung, yg dengannya ALLAH memukul kamu.

Semasa KEBAHAGIAAN dan KESELAMATAN, anggaplah makhluk itu sebagai TANGAN ALLAH yg memberi REZEKI ke KAMU!!!

. .
~***~LadingEMAS~***~

02 February, 2011

Dialog iBLiS vs Rasulullah SAW

Dialog Iblis vs Rasulullah SAW


Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah,
"Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencoba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam A.S sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud SOLAT hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yg telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salamMu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah. Maka aku kenal baik2 engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"

Taklimat Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,
"Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi (1):
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?"

Jawab Iblis:
"Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah.

Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku."

Pertanyaan Nabi (2):
"Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Disana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat."

Pertanyaan Nabi (3):

"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?"

Jawab Iblis:
"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain aripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid'ah dan carut-marut.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut."

Pertanyaan Nabi (4):

"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?"

Jawab Iblis:
"Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalanku"

Pertanyaan Nabi (5):

"Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:
"Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis/Jin/Syaitan datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang SOLAT itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama2, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis SOLATnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dgn seberat2 hukuman."

Pertanyaan Nabi (6):
"Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:
"Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya."

Pertanyaan Nabi (7):
"Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:
"Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Pertanyaan Nabi (8):
"Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yg paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yg berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.

Yg menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yg berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yg bernama Angin Syirah yg amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umatmu mulai berpuasa, dgn perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.

Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa."

Pertanyaan Nabi (9):
"Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?"

Jawab Iblis:
"Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar - besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata: "Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a'zam.
Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.
Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku karena sangat takut.
Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan engkau sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya."

Pertanyaan Nabi (10):
"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:
"Umatmu itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s,
"Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."
Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Pertanyaan Nabi (11):
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam."

Pertanyaan Nabi (12):
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Pertanyaan Nabi (13):
"Apakah rahasia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari."

Pertanyaan Nabi (14):
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:
"Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang."

Pertanyaan Nabi (15):
"Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis:
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah,
menangis menyesal akan perbuatannya.
Apabila marah segeralah mengambil air wudhu', maka padamlah marahnya."

Pertanyaan Nabi (16):
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"

Jawab Iblis:
Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri,bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Pertanyaan Nabi (17):
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya', aku beratkan hatinya untuk sholat."

Pertanyaan Nabi (18):
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan Solat tengah malam."

Pertanyaan Nabi (19):
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Pertanyaan Nabi (20):
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:
"Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"


Semoga Bermanfaat..........


Artikel Swaramuslim.net
Shared By Catatan Catatan Islami Pages
dipetik: http://www.facebook.com/pages/Di-Bawah-Langit/104117042958010#!/photo.php?fbid=163656263644979&set=a.163651526978786.39522.100000018181529

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~