QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

06 November, 2009

Qarin Jin & Qarin Malaikat

Asal-Usul Qarin Jin & Qarin Malaikat.


Written by: Tarmizy-rwgCH - Posted in: Bicara alam ghaib -

Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa Qarin ni ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin.

Bagi yang taktau apa tu Qarin, Qarin bermaksud “pendamping” atau “teman”. Sejak manusia lahir, Allah menjadikan dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka sebijik cam kita, leh kata mereka adalah kembar kita. Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w. telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).

Berikut adalah petikan dari sebuah buku berkenaan Qarin yang mana tajuk buku tersebut ialah “Rahsia Keajaiban Roh” tulisan Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Al-Hidayah. (minta izin dari penerbit dan penulis untuk saya siar petikan itu disini).

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi Adam as. Ketika diturunkan ke bumi, beliau berdoa, “Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak memperlihatkan dia, maka aku tidak mampu menghadapinya.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang ertinya;
 “tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya.”

Seterusnya Nabi Adam as. Berdoa lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allahpun berfirman lagi yang maksudnya, “ Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki”. Nabi Adam as. Berdoa dan memohon lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku”. Allah s.w.t. berfirman lagi yang mafhumnya, “Sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.”

Kemudian tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Iblis meminta lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Kemudian Allah pun berfirman sebagai berikut sebagai berikut yang ertinya:

“Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” (Al-Isra’:64).

Skang dah paham kenapa Qarin ada dua? Skang pun dah paham kenapa jin leh buat rumah dalam badan manusia?

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia.

by Mohamed Ibrahim Maricar on Thursday, October 6, 2011 at 10:47am
Qarin ada pada semua manusia.......
Qarin Akan Bersama-sama Mengiringi Kelahiran Seorang Bayi.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan qarin dari kalangan jin.
Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?',
Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda dan telah memeluk Islam.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
(Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:
  “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”. 
(Allah berfirman) : “Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku." (Surah Qaf ayat 27-29)

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya".

Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
   "Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ibrahim: 22)

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T. mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain.
(Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir).


Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi S.A.W. juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi S.A.W telah mengIslamkan qarinnya.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Qarin juga yang sentiasa menimbulkan was-was semasa kita mengerjakan solat hingga lupa berapa rakaat. Qarin yang sudah sedia ada bersama manusia akan bekerjasama dengan syaitan dan jin kafir lain yang datang kepada manusia untuk membisikan dan menggoda manusia dengan apa cara sekali pun.

Jika seseorang meninggal dunia (biasanya seseorang yang menuntut ilmu sihir) kadangkala ternampak banyangan simati balik kerumah, sebenarnya yang balik bukan ruh si mati tetapi qarin si mati yang berupa seperti wajah simati.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:
   "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril . Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.
Dijelaskan juga dalam hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Banyakkan berzikir dan beristighfar supaya terhindar daripada gangguan syaitan.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah jin kafir yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (jin kafir atau syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah: iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata:
   "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah."
Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan diarahkan menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan.


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.[sumber]

  Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud : 
  "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka
kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa a.s. dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka sunnah dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi r.a (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W)
ia berkata yang maksudnya :
"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.ha. melahirkannya."

~*~Sheikh Nuruddin Al-Banjari ~Hukum Mempunyai Qarin (Teman daripada Jin)


Sahabat yang dikasihi,
    Marilah kita berhati-hati dalam kehidupan kita setiap hari kerana musuh sebenar kita berada di dalam diri kita sendiri, yang sentiasa menjalankan godaan dan hasutan siang dan malam tanpa berhenti-henti. Hikmah Allah S.W.T . menghantar satu qarin mengiringi kelahir seorang bayi adalah untuk menguji manusia supaya tetap istiqamah dengan jalan iman dan Islam dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan qarin, iblis atau syaitan.


WallahHu'Alam.

Dipetik dari artikel> http://ubatsihir.blogspot.com/2011/05/qarin-ada-pada-semua-maknusia.html




Lading_Emas

KONSEP PerUBATan Islam [Muallij]

~Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
~ Darussyifa'
KONSEP PERUBATAN ISLAM
1.0 PENDAHULUAN

Allah s.w.t. berfirman:
(Al-Quran: al-Isra': 82):
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman.

Dalam surah Fussilat: 44 pula terdapat firman Allah:

Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan

penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.

Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan yang terdapat dalam surah di
atas (al-Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya
adalah penawar, bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan
untuk menangani sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh,
seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat
dengan kesejahteraan hati. Mengenainya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera,

maka sejahteralah keseluruhan jasad. Dan apabila rusak akan dia, maka
rusaklah keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih).

Menurut Ahmad Mahmud (1994:18), hal demikian tidak bererti bahawa al-Quran itu
digunakan sebagai tangkal, ataupun azimat, kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak
berbuat demikian dan tidak menyuruhnya, bahkan baginda adakalanya melakukan
rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan bahan-bahan semula jadi
untuk merawat dirinya. Baginda menyuruh mereka yang sakit, yang terdiri daripada
kaum keluarga juga para sahabat agar berbuat demikian.

Baginda juga melakukan rawatan bergantung kepada punca penyakit. Baginda
bersabda:
Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu

serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla
(Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah).

Menurut Muhammad Mahmud (1992: 28-29), al-Quran, sama ada keseluruhannya
ataupun sebahagian daripada ayatnya adalah setinggi-tinggi penawar dan ubat
paling utama. Setiap huruf yang terkandung padanya merupakan penawar
penyakit jiwa, melahirkan ketenangan, penawar sakit dalaman dan luaran dengan
syarat adanya iman terhadap Allah, Pencipta segala yang wujud, yang menurunkan
al-Quran.
Allah memberitahu bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai peringatan
kepada manusia dan penawar bagi hati orang yang beriman (at-Taubah:30).
Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a. disebutkan tentang sabda

Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

(Sebaik-baik ubat itu adalah al~Quran –Riwayat at-Tarmizi).
Sebuah hadis lain dariliada Abu Said al-Khudri menyatakan adanya seorang lelaki
yang-telah datang menemui baginda Rasulullah s.a.w. mengadu dadanya sakit.
Baginda memberitahunya agar membaca al-Quran, kerana Allah s.w.t. ada
berfirman:

(Al-Q uran itu adalah penawar penyakit yang ada dalam dada).
Sebuah hadis lain, iaitu hadis daripada Jabir bin Abdullah menyatakan bahawa

(Al-Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut)

- Riwayat Ibn Rahuwiyah daripada Ali r.a.
(Lihatlah pada mashaf al-Quran).

Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad,
roh dan akal. Allah meniupkan roh, setelah janin dalam perut ibu cukup sifatnya
(al-Hijr': 29). Ketika itu janin tadi hidup.
Gabungan daripada roh insaniah dan akal meletakkan maqam manusia itu lebih
mulia berbanding dengan makhluk lain di muka bumi ini,
termasuk jin dan malaikat, membolehkan mereka menjadi khalifah
(a]-Baqarah:30), mentadbir muka bumi., dengan syarat mereka hendaklah beriman
kepada Allah. Andainya mereka tidak beriman, melanggar perintah Allah, maqam
mereka adalah lebih hina daripada binatang (A]-A'raf: 38).

Seperti jasad, roh juga memerlukan penjagaan yang rapi untuk memperoleh
kesejahteraan. Roh yang tidak sihat mencetuskan sakit yang berkaitan dengan roh
ataupun hati, seperti sifat takabur, riak, tamak, sifat hasad dan sebagainya. Sakit
yang berkaitan dengan roh akan melahirkan tingkah laku jahat manusia,
menyebabkan mereka lebih berkecenderungan melakukan kejahatan.
Sakit dalaman seperti ini merupakan ransangan utama yang akhirnya tercetus melalui
perlakuan jasad. Kerana itulah dikatakan bahawa kesejahteraan roh memberi
kesan pada kesejahteraan fizikal.

Roh adalah urusan Ilahi (Isra': 85). Roh yang sakit perlu dirawat dengan penawar
yang menepati Ar-Ruhiyyah asy-syar'iyyah yang melibatkan iman. Menurut. Riyad
Muhammad Samahah dalam bukunya bertajuk Dalilu aI-Mua'lijin bi aI-Qurani aIKarim,
sakit seperti ini, paling sesuai dirawat menggunakan al-Quran, doa-doa dan
sebagainya.

2.0 PRINSIP ASAS PERUBATAN

Setiap penyakit ada ubatnya. Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit, Dialah yang
menyediakan ubatnya. Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan
dengan tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia llahi
yang tidak difahami oleh manusia.

Allah s.w.t. memerintahkan pesuruhnya, iaitu Muhammad s.a.w. agar memberitahu
mereka yang bertanyakan tentang roh, bahawa roh itu adalah urusan Ilahi
(Isra':85). Setiap sesuatu yang berlaku, termasuk penyakit dan masalah manusia
mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang
berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata:
jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).

Asas Perubatan

Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih
baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada
membinasakan dirinya (al-Baqarah:195), tidak kira sama ada pembinasaan itu
melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan
sebagainya. Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi
melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141).
Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

(Perut itu ialah tempat penyakit).

Menurut Shamsuddin Muhammad (t.t.:13), keperluan pada makanan itu ada tiga
tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah
s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang
menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada
ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas.

Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana
perut itu tumpuan penyakit. Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman
menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi
sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat.
Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi
lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.

Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah
yang tersebut dalam ayat al-Quran (at-Takathur:8):
yang akan ditanya oleh Allah terhadap hambanya pada hari kiamat kelak ialah
kesihatan. Dalam sebuah hadis lain, daripada Abu Bakar as-Siddiq, menyatakan
yang ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan. Tidak ada yang lebih baik

yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan –
(Riwayat An-Nasaiy)

Kebersihan

Selain daripada bersifat sederhana dalam pengambilan makanan, kesihatan
memerlukan kebersihan, iaitu pada makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal
dan sebagianya. Kebersihan adalah faktor utama bagi kesihatan luaran dan
dalaman diri. Allah s.w.t. menegaskan agar setiap orang yang hendak
sembahyang membasuh muka, tangan, menyapu kepala dan kaki (al-Maidah:7).
Mesti bersih badan, tempat sembahyang dan pakaian kerana amalan seperti ini
membawa kepada kesihatan badan dan roh. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu
sukakan orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri (al-Baqarah: 222).

Penyakit Berjangkit

Rasulullah s.a.w. juga mengajar agar setiap orang itu menjauhkan diri daripada
penyakit berjangkit. Rasulullah s.a.w. seperti yang disebut dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Naim, seperti yang tersebut dalam "At-Tibbu anNabawi"
tidak mengauli isterinya yang sakit mata, sehinggalah sembuh.

Daripada Ibn Abbas ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.; jangan

kamu amalkan memandang mereka yang sakit kusta - Riwayat Ibn Majah.

Tersebut dalam at-Tibbu 'an-Nabawi bahawa sakit kusta itu ialah penyakit yang
berjangkit dan sakit keturunan. Baginda menegah seseorang itu daripada terus
menerus memandang mereka. Baginda juga pernah mengumpulkan para pesakit
kusta untuk hidup di kalangan mereka. Menurut Ibn Qutaibah, sakit ini boleh
menjangkiti mereka yang menghampiri pesakit dengan perantaraan bau. Ciuman
bau merupakan salah satu cara jangkitan.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh A-bu Daud dan at-Tarmizi daripada Usamah bin
Syuraik ia berkata bahaiwa orang-orang Arab telah bertanya kepada Rasulullah
sama ada mereka perlu berubat. Baginda menjawab:

Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan

penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu.
Mereka bertanya, apakah yang satu itu, baginda menyatakan:
iaitu tua.
(Hadis Hasan Sahih. Lafaz oleh At-Tarmizi)

Setiap Penyakit ada ubatnya

Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah s.w.t. memberi penyakit,
Allah juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua. Berdasarkan
keterangan hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam
kategori penyakit, tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia
merupakan satu evolusi yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang
biasanya disertai dengan pelbagai penyakit dan masalah, yang tidak ada
penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang yang tua menjadi muda, kerana
setiap orang itu mempunyai had umur.

Apabila tiba masa mati, ketentuan itu akan
datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33).
Maut adalah penghujung setiap
kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz (al-An'am: 38).

Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur seseorang sama
ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi. Begitu juga dengan harapan
untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui pengalaman yang
dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.

Allah menurunkan penyakit. Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental
ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh
agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang
lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri.

Jelas terbukti bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan
menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah
tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan
termaktub di Loh Mahfuz.

Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan
menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis,
manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:

Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya.

Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ia mengasihi seseorang hamba Ia akan
mengujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran.

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang
hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan
kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira
sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun
sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya
sehingga mati.

Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah,
maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh
manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh
dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan
ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah
dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan
mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit
dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan
seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar
akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.

Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai
martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai
martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke
atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya.

Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan
mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya
yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang
bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,
ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu
dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:

Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai
tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,
daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah
s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,
dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di
sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu
mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Jelas disini membuktikan bahawa setiap pihak itu perlu memainkan peranan
masing-masing. Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang sakit agar berubat.
Pakar-pakar perubatan perlu berusaha, menyelidik dan mencari
penemuanpenemuan baru untuk menangani penyakit berdasarkan latar belakang
dan kepakaran masing-masing. Masalah kesembuhan adalah urusan Tuhan.

Semakin banyak dan mendalam penyelidikan dilakukan, seseorang itu akan lebih
insaf dan menyedari bahawa terlalu banyak ilmu yang tidak diketahui olehnya,
menyedarikan betapa terhadnya ilmu yang dimiliki berbanding dengan ilmu Allah.

Dari pengalaman seperti ini dan pengalaman harian menangani penderitaan, akan
lahir golongan manusia yang berupaya bersyukur kepada Allah dengan
menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menolong manusia, bukan untuk
kepentingan diri yang terlalu mengutamakan keuntungan, atau pun untuk
mengagungkan diri.

Ajal ditentukan oleh Alllah

Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan
malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan.
Ketika itu malaikat akan tahu ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui
sebelum itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-ramalan ahli-ahli nujum yang
memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh
diagak, sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian
kepakaran, namun ketentuan ajal tetap di tangan Tuhan.

Walaupun demikian, biarpun kematian itu tidak boleh diramalkan, namun semua
orang faham semakin lanjut umur seseorang, bererti semakin pendeklah kadar
hayat kerana setiap orang itu mempunyai ketetapan umur. Biar dalam keadaan apa
sekalipun, pesakit perlu diberi harapan. Sebuah hadis daripada Abu Said alKhudri
r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Apabila kamu semua mengunjungi pesakit, hiburkanlah dia dengan lanjut

umur. Memang hiburan itu tidak menolak ketentuan Allah sedikit pun, dan
sebaliknya menyenangkan hatinya - Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.

Rasulullah s.a.w. juga meminta agar dibacakan Yasin di sisi orang yang hampir
mati:
Bacalah Surah Yasin di sisi orang yang menghadapi mati di kalangan kamu -

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.

Surah Yasin dibaca tidak semestinya kerana ajal seseorang itu telah hampir, tetapi
ia dibaca agar orang yang berada dalam keadaan tenat itu disembuhkan Allah
s.w.t. andainya nyawanya masih panjang, ataupun diambil nyawanya dalam
keadaan tenang sekiranya ajalnya telah hampir, kerana Surah Yasin itu dibaca
menurut niat pembacanya.

Jauhi Bahan Ubat yang diharamkan oleh Allah

Sebuah hadis daripada Abu Ad-Darda' menyatakan:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dan menyediakan

bagi setiap penyakfi itu ubat. Maka berubatlah, dan jangan berubat dengan
benda yang diharamkan - Riwayat Abu Daud.

Sebuah hadis riwayat, daripada Abu Hurairah menyatakan:

Barang siapa berubat dengan benda yang halal maka baginya kesembuhan,

Dan barangsiapa berubat dengan benda haram, Allah tidak akan
memberinya kesembuhan - Riwayat Abu Daud.

Dalam sebuah hadis lain baginda telah ditanya tentang arak yang dijadikan ubat.
Baginda menjawab menyatakan: Bahawa arak itu adalah penyakit bukan ubat.
Baginda juga menegah berubat dengan sesuatu yang kotor (al-khabth).

Ibn Arabi menjelaskan yang dimaksudkan dengan perkatan "al-khabth" di sini
menurut kata Arab bermaksud sesuatu yang tidak digemari. Andainya ia dirujuk
kepada percakapan, bererti celaan, pada agama bererti kufur. Andainya dirujuk
pada makanan bererti haram. Dalam sebuah hadis lain riwayat Azwad, dijelaskan
bahawa ubat yang kotor itu adalah seperti racun.

Sayyidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan
bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Setiap benda yang
memabukkan adalah haram. Setiap sesuatu yang banyak memabukkan, maka
sukatan sedikit, seperti satu genggam kecil juga haram hukurnnya (Maksud hadis
riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud)"

Menurut satu riwayat daripada Abu Saleh Muhamad bin Al-Hasom dan Ishak bin
Ibrahim dan Harb, Abdullah, Al-Atram dan Ibrahim bin Al-Harta bahawa Rasulullah
s.a.w. telah mengharamkan daging keldai dan susunya dalam peperangan Khaibar,
dan mengharuskan minum kencing unta ketika darurat. Manakala mengambil ubat
yg boleh menyebabkan mabuk makruh hukumnya.

Menurut Imam Ahmad, harus merujuk satu-satu kes penyakit kepada tabib yang
terdiri daripada ahli zimmah mengenai ubat yang diharuskan, dan tidak perlu
menurut nasihatnya sekiranya ubat yang dicadangkan itu terdiri daripada ubat-ubat
yang diharamkan seperti arak dan sebagainya.

Begitu juga tentang pendapatnya mengenai puasa, keharusan berpuasa, sembahyang duduk dan sebagainya.Pandangan seperti ini tidak boleh diterima, kecuali daripada dua orang Islam yang
adil, yang terdiri daripada pakar perubatan.

Menurut al-Marwazi, Imam Ahmad telah menyuruhnya agar tidak membeli ubat
yg dicadangkan oleh orang Nasrani, andainya tidak diyakini ubat itu selamat
daripada campuran benda-benda haram yang terdiri daripada benda-benda yang
beracun, najis dan sebagainya.

Sebuah hadis daripada Ummu Atiyyah, ia berkata, bahawa ia pernah menyertai
peperangan sebanyak tujuh kali bersama Rasulullah s.a.w. di belakang kaum lelaki,
dan bertugas menyediakan makanan, memberi minum kepada mereka yang cedera
dan merawat mereka yang sakit.( Maksud hadis riwayat oleh Muslim, Ibn Majah
dan Ahmad.)

Imam Ahmad berpendapat bahawa para tabib diharuskan melihat aurat perempuan
ajnabiah ketika darurat, begitu juga sebaliknya. AI-Marwazi pula berpendapat
harus menggunakan khidmat perempuan ajnabiah ketika seseorang lelaki itu sakit
begitu juga sebaliknya, dan diharuskan melihat sebahagian daripada auratnya
kerana hajat iaitu ketika ketiadaan lelaki ataupun mahramnya. Kaum wanita juga
harus memandikan mayat lelaki ketika tidak ada kaum lelaki untuk
memandikannya.

Begitu juga harus bagi kaum wanita mengambil ubat untuk memberhentikan
haidnya sekiranya ubat itu diyakini tidak memberi mudarat, iaitu sekiranya ia tidak
mempunyai suami, andainya ia mempunyai suami, keharusan itu bergantung
kepada izin suami (Abi Abdullah Mohammad, 1984:237).

3.0 HUKUM DAN AMALAN

Kaedah perubatan Islam sering disalah ertikan oleh masyarakat, dimana konsep
tersebut sering merujuk kepada:

1. Kaedah rawatan yang menggunakan doa-doa, yang merangkumi pelbagai
ungkapan kata yang mengandungi kata-kata pengaruh Islam, seperti
penggunaan kalimah salam, bismillah, nama-nama nabi dan rasul-rasul,
nama-nama malaikat, kalimah barakat dan sebagainya, termasuk kalimah
syahadah.

2. Anggapan seperti ini mencetuskan pemahaman seolah-olah kaedah-kaedah.
rawatan lain, selain daripada kaedah di atas, tidak termasuk dalam kaedah
yang dinamakan "Rawatan Islam" atau "Perubatan Islam". Mereka kata
bidang rawatan lain terkeluar daripada apa yang diistilahkan sebagai
Rawatan Islam.

3. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa, kalau tidak kerana.tiga

perkara, manusia tidak akan insaf menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran,
sakit dan kematian. Kebanyakan manusia akan mengingati Allah ketika
dalam keadaan susah, lalu dalam keadaan "desperate" dan putus asa
berdoa, untuk mengatasi penderitaan yang ditanggung. Jelas di sini
menunjukkan bahawa berdoa itu seolah-olah menggambarkan amalan
manusia yang telah putus asa, tidak ada harapan dan ikhtiar lain.
Kerana itu timbul tanda tanya yang boleh dijadikan ejekan atau senda,
bagaimanakah orang yang berdoa, yang biasanya terdiri daripada mereka yang putus asa,
tidak berupaya mengatasi masalah diri sendiri hendak melakukan rawatan.

4. Oleh kerana perubatan Islam itu diberi satu ruang lingkup terhad, yang
hanya merangkumi doa-doa ataupun ungkapan kata yang mengandungi
pengaruh Islam, mereka yang berpendidikan agama sering dianggap
sebagai berupaya menguasai bidang ilmu ini, kerana mereka ini dianggap
sebagai golongan yang menguasai pembacaan doa-doa dan sebagainya,
padahal ilmu perubatan tersebut adalah satu bidang ilmu khusus, di mana
didikan agama, biarpun di mana kurikulum pembelajaran itu didedahkan, ia
tidak merangkumi bidang Rawatan Islam yang melibatkan doa-doa. Dari
sinilah lahirnya golongan agama sendiri yang menafikan keperluan doa
sebagai salah satu kaedah rawatan.

Situasi seperti ini menyebabkan mereka yg melibatkan diri menggunakan doa-doa
untuk tujuan rawatan sering menghadapi pandangan sinis, sindiran dan
cemuhan daripada mereka yang menafsirkan bahawa
bidang yang mereka ceburi itu sebagai terkeluar daripada Rawatan Islam,
daripada golongan agama, dan dianggap sebagai menggugat profession mereka
yang melibatkan diri dengan rawatan perubatan Melayu tradisional.

Memang benar kaedah perubatan Islam yang difahami umum sekarang ini
tertumpu kepada amalan-amalan yang mengandungi doa-doa yang terdiri daripada
ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa al-ma'thurat, doa-doa para salihin, doadoa
yang diamalkan oleh orang Melayu tradisional yang diyakini tidak bertentangan
dengan ajaran Islam, di samping penggunaan bahan-bahan tertentu, yang tidak
terlarang terutamanya air.

Walaupun demikian, amalan dan kaedah ini tidak
mendakwa bahawa kaedah tersebut mencakupi keseluruhan apa yang difahami
sebagai "Perubatan Islam" yang disalahertikan dan menolak secara total atau
menafikan lain-lain kaedah rawatan termasuk rawatan di hospital dan klinik.

Ilmu seperti ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai latar belakang perubatan
'alopathi' formal, terutamanya mereka yang berpendidikan agama, yang secara
langsung banyak mempelajari ilmu-ilmu al-Quran, hadis-hadis dan syariah Islamiah.

Walaupun demikian, ilmu seperti ini akan lebih mudah dan banyak memberi
manfaat dan sumbangan kepada mereka yang berlatarbelakangkan orientasi
perubatan alopathi yang beragama Islam, kerana kaedah-kaedah dan bacaanbacaan
yang dituturkan adalah berlandaskan ajaran Islam yang perlu dijadikan
ikutan oleh umatnya.

Dalam masa yang sama adalah difahami bahawa penyakit
pada hakikatnya berpunca daripada sebab yang banyak dan berbeza, yang
memerlukan rawatan yang berbeza menurut kesesuaian atau keserasian.

Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah perubatan

Islam yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu tradisional.

Rawatan yang menggunakan ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur Islam
seperti yang dijelaskan, tidak membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu
merupakan kaedah perubatan Islam yang sebenar. Tukang-tukang tilik dan ramal
yang melibatkan diri dengan rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin
untuk melakukan sihir dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti
sebutan a'uzubilLah, menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk
kalimah syahadah.

Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan
kecelaruan, ia juga memberi imej buruk terhadap mereka yang melibatkan diri
dengan kaedah Perubatan Islam yang menggunakan doa-doa seperti yang
dijelaskan.

Sebahagian daripada mereka yang melibatkan dirl dengan rawatan Melayu
tradisional berdampingan dengan makhluk-makhluk halus, yang dibela, dibuat
sahabat ataupun saudara. Dari sinilah lahirnya mereka yang dikatakan mempunyai
kelebihan menilik pelbagai punca penyakit, meramal perkara-perkara ghaib, yang
telah berlaku dan yang akan datang, juga melibatkan diri dengan amalan sihir.

Inilah di antara kandungan ilmu kebatinan Melayu yang masih diamalkan sehingga
sekarang ini. Kekuatan atau keupayaan mereka pada hakikatnya terletak pada
sokongan makhluk-makhluk halus yang berdampingan, yang pada kebiasaannya
dilakukan ketika dalam keadaan menurun.

Oleh kerana kekuatan yang merekamiliki terjadi dengan sokongan makhluk-makhluk tadi
maka kebanyakan sakit dikatakan berpunca daripada gangguan makhluk-makhluk halus.

Oleh kerana penyakit itu sering dirujuk sebagai berpunca daripada makhluk-makhluk
halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan ataupun sihir, yangmenyebabkan
gangguan, ataupun lain-lain penyakit, pada hal ia sebenarnya
mungkin berpunca daripada lain-lain faktor, yang dapat dibuktikan seperti
ketegangan, ketidakseimbangan, kecederaan, akibat gangguan agen-agen parasit
seperti virus, kuman, kulat, toksin dan sebagainya, maka telahan-telahan
seumpama ini menyebabkan sebahagian daripada masyarakat menolak sama
sekali kaedah perubatan tradisional, termasuk kaedah yg menggunakan ayat-ayat
al-Quran.

Salah Faham Rawatan Islam & Rawatan Tradisional

Prinsip dan kaedah pembelajaran mereka yang melibatkan diri dengan rawatan
Melayu tradisional dan rawatan yang diistilahkan sebagai Rawatan Islam yang
menggunakan doa-doa adalah berbeza.

Walaupun demikian, oleh kerana
maklumat mengenai rawatan Islam itu tidak dimengerti oleh sebahagian besar
masyatakat; akibat pendedahannya yang terhad dan akibat kekaburan maklumat
sebenar rawatan Melayu tradisional, yang sering menjadi rahsia daripada
pengetahuan umum, yang berselindung di sebalik prinsip ilmu kebatinan, maka
masyarakat umumnya menganggap kedua-duanya sebagai kaedah rawatan yang
sama, apatah lagi dengan adanya golongan tertentu yang mencampuradukkan
kaedah-kaedah rawatan tradisional dengan pelbagai elemen pengaruh Islam
seperti yang dijelaskan diatas.

Keadaan seperti ini menjadi lebih gawat dan tidak menentu apabila pihak yang
dianggap sebagai memahami kaedah-kaedah rawatan Islam, yang sebenarnya
tidak tahu hakikatnya cuba memperkatakan mengenainya.

Hukum sihir itu adalah jelas. Ia termasuk dalam kategori dosa-dosa besar.
Tegahan mengenainyatermaktub jelas dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab,
tetapi untuk mengidentifikasihakikat sihir, ia memerlukan satu bidang ilmu lain
yang memerlukan penyelidikan yang serius.

Adalah terlalu malang bagi mereka yang hanya mengetahui hukumlarancran
mengenai sihir, tetapi tidak tahu hakikat sihir cuba memperkatakan
tentang rawatan Melayu tradisional ataupun Rawatan Islam.

4.0 DOA DAN RAWATAN

Allah s.w.t. menyuruh setiap orang Islam agar sentiasa berdoa kepadanya, dan Dia
akan memperkenankannya (Ghafir: 60, Ibrahim: 34). Orang yang berdoa, bererti ia
ingatkan Allah. Allah mahukan setiap hambanya agar mengingatinya pada zikir
lidah juga pada setiap amalan.

Setiap perbuatan mesti dilakukan kerana Allah
membolehkan perbuatan itu diperkira sebagai ibadah, termasuk amalan yang
melibatkan rawatan, yang akan diberi ganjaran. Inilah yang membezakan, antara
amalan yang dilakukan sebagai adat dan ibadah.

Apabila sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori ibadah,
segala tindak tanduk yang bertentangan dengan
ajaran syariah perlu dihindarkan.

Pada hakikatnya, berdoa bukan amalan orang yang lemah, putus asas atau tidak
mempunyai harapan setelah banyak ikhtiar dilakukan tetapi gagal. Doa ialah
senjata orang yang beriman. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda, menyatakan
bahawa;
(Doa itu adalah otak ibadah).

Bererti bahawa setiap ibadah itu mesti bermula atau disertai doa.
Untuk hidup sejahtera, manusia perlukan otak. Ibadah seseorang itu perlukan otak.

Pada manusia, otak ibadah itu ialah doa. Pada manusia, otak adalah organ yang
sangat kompleks, pusat segala aktiviti, menjalankan fungsi berfikir, punca reaksi
seperti takut, bimbang, rasa sensitif dan sebagainya, mengawal pergerakan tubuh
yang tidak boleh diganti apabila rosak.

Gangguan pada otak menyebabkan
berlakunya gangguan emosi, yang mungkin boleh membawa maut. Kita lihat di sini
betapa pentingnya otak dalam kehidupan manusia, begitulah keperluan doa dalam
ibadah, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang tidak boleh dinafikan.

Doa-doa yang dibaca, sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, sumber
hadis dan lain-lainnya hanya merupakan satu kaedah ataupun wasilah dalam
usaha mendapatkan kesembuhan, yang dituturkan dengan lidah dan niat dalam
hati. Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan, sama ada air zam-zam
atau air biasa.

Kesembuhan sebenar adalah daripada Allah s.w.t. Apabila Allah
s.w.t. memperkenankan doa seseorang, maka Allah akan memberi kesembuhan,
biar betapa besar atau kecilnya penyakit atau masalah yang dihadapi oleh
seseorang, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa dan tidak digagahi oleh sesiapa pun.

 Urusan Allah, apabila ia menghendaki sesuatu dengan berkata: jadilah, maka
jadilah (Surah Yasin: 82).

Jelas disini bahawa kata-kata atau sindiran adakah doa boleh menyembuhkan
penyakit atau tidak bukan persoalan utama, sama seperti persoalan yang
ditimbulkan oleh golongan tertentu sama ada amalan merawat menggunakan doa
dan air itu boleh dipanggil sebagai Perubatan Islam.

Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu
kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah
perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah
meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah
disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal.

Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan
daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka
boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada
orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh
kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu,
mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor
kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang
sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil
membaca: "AlhamdulilLah".

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang
dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan
dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain,
dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar
fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti
disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah
berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur'an (Surah al-Fatihah).

Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa
pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit
hembusan air ludah.

Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk
meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit,
seperti sakit terkena gigit kala jenking ataupun lipan boleh sembuh, sering
dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak
yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya.

Tetapi, kesembuhan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil,
kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi
oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata:
jadilah maka jadilah
(Surah Yasin: 82).

Doa yang makbul

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambanya agar berdoa, memohon kepadanya, dan
Allah s.w.t. akan memperkenankannya, sama ada diberi dengan cepat, lambat,
diberi ketika seseorang itu hidup di dunia ataupun di akhirat kelak.

Jelas di sinibahawa bukan sesuatu yang mustahil doa-doa yang dibaca
oleh seseorang itu boleh menyebabkan sakit yang dideritai oleh seseorang itu
sembuh dengan izin Allah, biar betapa berat derita yang dialami atau
betapa besar masalah yang ditanggung oleh seseorang.

Doa-doa yang dibaca hakikatnya bukan merupakan faktor utama kesembuhan.
Dua orang yang cuba merawat pesakit dengan menggunakan bacaan Surah alFatihah,
ataupun lain-lain doa, tidak semestinya melahirkan natijah yang sama.

Mungkin salah seorang daripada pesakit akan sembuh, ataupun semakin teruk,
padahal doa yang dibaca adalah sama. Hal demikian membuktikan bahawa doadoa
yg dituturkan hanya merupakan salah satu usaha rawatan, ataupun usaha
untuk memperoleh kesembuhan. Kesembuhan yang sebenar ialah kemakbulan
daripada Allah s.w.t. iaitu apabila doa-doa yang dibaca itu dikabulkan.

Kemakbulan ataupun kemustajaban doa yang dibaca pula berkait rapat dengan

taraf ataupun kualiti diri seseorang di sisi Allah. Semakin hampir seseorang itu
kepada Allah, maka semakin mudahlan doa-doa yang dipohon itu dikabulkan.

Orang yang hampir kepada Allah ialah mereka yang bersifat warak, zuhud dan
taqwa. Apabila seseorang hamba itu hampir kepada Allah, maka Allah akan
mengasihinya.

Orang-orang yang dikasihi Allah ialah mereka yang melakukan amalan-amalan
yang difardukan, juga amalan sunat secara terus menerus. Allah akan memberi
kekuatan dan memperkenankan doa-doa andainya ia memohon, dan
melindunginya apabila ia berbuat demikian. InsyaALLAH.




~*~
 HADIS

Pengobatan dan Penyakit



1. Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kami berobat?" 
Beliau menjawab, "Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit ketuaan (pikun)".
(HR. Ashabussunnah)

2. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula obatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti.
(HR. Bukhari dan Muslim)

3. Barangsiapa mengobati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengobatan maka dia bertanggung jawab. (HR. Ibnu Majah)

4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabah penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya. 
(HR. Bukhari)

5. Wafat karena wabah adalah mati syahid. (HR. Bukhari)  
  Penjelasan:
Tentu tidak setingkat dengan gugur di jalan Allah.

6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sehat.
(HR. Bukhari dan Muslim)

7. Sebaik-baik menjenguk orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan ta'ziah (ziarah Jenazah/melayat ke rumah duka) cukup sekali saja.
(HR. Ad-Dailami)

8. Allah tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu. 
(HR. Al-Baihaqi) 
        Penjelasan:
Yang haram tidak dapat dijadikan obat untuk menyembuhkan penyakit.

9. Apabila seorang yang sakit dari kamu menginginkan sesuatu makanan berikanlah.
(HR. Ibnu Majah)

10. Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesehatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesehatan.
(HR. Ibnu Majah)

11. Larilah dari penderita Lepra/Kusta sebagaimana kamu lari dari harimau.
(HR. Bukhari)

12. Apabila seorang Hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka Allah berfirman kepada malaikat: "Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sehat." 
(HR. Abu Hanifah)

~*~

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.  Surah an-Nahl: 69:


Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:

  
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.

Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda bersabda:
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.
Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.

Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:

           Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia­kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.
Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat pada­nya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. 

Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat peng­hadam makanan,

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber­panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng­hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu­bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se­seorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.
Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.
Sayidina Umar ada berkata:
Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, me­nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadis yang mulia ini  mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca­inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.

Petikkan~ http://www.darussyifa.org/artikel/KonsepPerubatanIslam.PDF

Rahsia Kejadian makhluk Ciptaan Allah S.W.T

Imam Al-Ghazali

Rahsia Kejadian makhluk Ciptaan Allah S.W.T

Tafakur terhadap segala ciptaan Allah adalah media untuk menanamkan keyakinan yang teguh dalah hati para hambaNYA yang selalu waspada. Kita dapat mengetahui realiti ini dengan cara memerhatikan makhluk makhluk ciptaanNYA dan mencari bukti bukti kejadiannya. Dengan memerhatikan fakta itu mereka berkeyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiada Tuhan selain Dia.

Kemudian mengESAkanNYA. Kita menyaksikan keagunganNYA yang suci dari segala sifat kekurangan. Dialah yang menegakkan keadilan dalam apa jua situasi. Jalan untuk memperolehi makrifat kepada Allah S.W.T. dan mengagungkanNYA dengan merenungkan keajaiban keajaiban segala ciptaanNYA, memahami hikmah hikmah aneka ragam ciptaan dan perkara itu semua merupakan media untuk menanamkan keyakinan yang teguh.

Dalam merealisasikan itu semua pengarang menyusun buku ini untuk memandu kita menggunakan fikiran yang sihat untuk mengenali pelbagai hikmah dan nikmat dari kejadian makhluk makhluk ciptaan Allah seperti disyariatkan oleh ayat ayat al-Quran.

Tentang Penulis AL-IMAM AL-GHAZALI atau Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Tusi as-Shafi yang juga dikenali sebagai Ibn Al-Sam'ani adalah tokoh tasawuf, usuluddin dan perundangan Islam yang ulung dan seorang guru yang agung.

Beliau dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran, satu daripada dua buah kota kecil di Tus, sekarang dalam kawasan Meshed di Khurasan, Iran. Al-Ghazali menggunakan pengalaman sufi untuk menghayati Islam. Melalui karya agungnya Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali memimpin dan mengembalikan umat Islam kepada dasar asalnya dengan mencantumkan ilmu fiqah, ilmu kalam dan ilmu tasawuf.
*****************
[dari buku Imam Al-Ghazali : Rahsia Kejadian Makhluk Ciptaan Allah S.W.T]



Pengenalan

Tafakur terhadap segala ciptaan Allah adalah media untuk menanamkan keyakinan yang teguh dalah hati para hambaNYA yang selalu waspada. Kita dapat mengetahui realiti ini dengan cara memerhatikan makhluk makhluk ciptaanNYA dan mencari bukti bukti kejadiannya. Dengan memerhatikan fakta itu mereka berkeyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiada Tuhan selain Dia. Kemudian mengESAkanNYA. Kita menyaksikan keagunganNYA yang suci dari segala sifat kekurangan. Dialah yang menegakkan keadilan dalam apa jua situasi. Jalan untuk memperolehi makrifat kepada Allah S.W.T. dan mengagungkanNYA dengan merenungkan keajaiban keajaiban segala ciptaanNYA, memahami hikmah hikmah aneka ragam ciptaan dan perkara itu semua merupakan media untuk menanamkan keyakinan yang teguh. Dalam merealisasikan itu semua pengarang menyusun buku ini untuk memandu kita menggunakan fikiran yang sihat untuk mengenali pelbagai hikmah dan nikmat dari kejadian makhluk makhluk ciptaan Allah seperti disyariatkan oleh ayat ayat al-Quran.

Rahsia Diciptakan Manusia Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnyaKami telah menciptakan manusiadari suatu saripati (berasal) dari tanah.Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani(yang disimpan) dalam tempat kukuh (rahim).Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpaldaging, dan segumpal daging itu Kami jadikantulang belulang lalu tulang belulang ituKami bungkus dengan daging.Kemudian kami jadikandia makhluk yangberbentuk lain.Maka Maha Suci Allah,Pencipta yang paling baik.Kemudian sesudah itu, sesungguhnyakamu sekalian benar benar mati. Kemudian,sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan(dari kubur kamu) pada hari kiamat.”     (Surah al-Mu’minun:12 – 16)

Perlulah anda mengetahui bahawasanya Allah azza wa jalla (Maha Mulia lagi Maha Agung) dengan ilmunya yang qadim telah menciptakan makhluk berupa manusia dan menyebarkannya di dunia ini. Mereka diberi beban pengabdiaan di dunia untuk dijadikan sebagai ujian.

Allah S.W.T. menciptakan mereka dalam keadaan boleh berketurunan. Sebahagian mereka berkembang biak dari sebahagian yang lain. Allah menciptakan menusia lelaki dan perempuan, lalu mengisi hati mereka dengan rasa cinta dan hal hal yang mendorongnya, sehingga mereka tidak mampu menahan kesabaran dan kehilangan upaya menghindari keinginan nafsunya. Dengan demikian nafsu berahinya terdorong untuk berkumpul.

Fikiran

Sementara itu Allah S.W.T. menciptakan fikiran yang menggerakkan anggota tertentu untuk menitipkan air tertentu di suatu tempat yang kukuh iaitu rahim yang di dalamnya janin (bayi) diciptakan. Maka ditempat itulah sperma (air mani) yang disarikan dari seluruh tubuh terkumpul. Sperma tadi keluar dengan memancar dari tulang sulbi laki laki dan tulang dada perempuan dengan gerakan tertentu. Dengan demikian berpindahlah sperma itu lantaran gerakan tersebut dari dalam tubuh lelaki ke dalam tubuh perempuan.

Sperma

Walaupun sperma telah berpindah tempat, tetapi keadaannya masih tetap seperti asalnya. Sebab ia merupakan air yang hina. Hanya sedikit saja bahan asing yang mencampurinya, maka akan merosakkan dan mengubah keasliannya. Dan suatu yang remeh yang mencampurinya, maka akan merosakkannya, dan mengubah wataknya. Sperma itu merupakan air yang boleh bercampur semuanya. Bahagian bahagian yang terkecil tidak berbeza sedikit pun. Dari sperma itulah Allah menciptakan manusia lelaki dan perempuan setelah sperma itu berpindah dari bentuk air mani menjadi segumpal darah, kemudian menjadi segumpal daging, lalu menjadi tulang belulang kemudian tulang belulang itu dibungkus dengan daging. Kemudian Allah S.W.T. mengguatkannya dengan otot besar dan otot kecil, lalu dikuatkan lagi dengan urat urat.

Kepala - Mata

Allah S.W.T. juga menciptakan beberapa anggota tubuh manusia dan menyusunnya secara rapi. Dalam hal ini Allah menjadikan kepala manusia berbetuk bulat dan pada kepala itu Allah membuat lubang untuk pendengaran, penglihatan, hidung, mulut dan seluruh lubang lainnya. Allah menjadikan mata untuk digunakan sebagai alat penglihatan. Antara keajaiban keajaibannya ialah ia boleh melihat pelbagai benda. Itulah hal yang tidak mungkin dijelaskan rahsianya. Allah S.W.T. telah menyusun mata itu terdiri dari tujuh lapis. Setiap lapisnya mempunyai sifat dan watak yang khusus. Seandainya satu lapis saja tidak ada atau hilang, maka mata tidak dapat melihat.

Kelopak mata

Perhatikan kelopak mata yang meliputi seluruh mata, dan kecepatan gerak tindak balasnya untuk memelihara dari debu dan lainnya yang boleh menggangu. Jadi kelopak mata itu bagaikan pintu yang boleh dibuka pada saat diperlukan dan ditutup pada saat lai.

Oleh kerana tujuan diciptakan kelopak mata itu untuk memperindahkan mata dan raut mata, maka Allah menciptakan rambut (bulu mata) yang ada diatasnya sesuai dengan ukuran. Bulu mata itu tidak bertambah sehingga menimbulkan bahaya, dan tidak berkurang sehingga boleh membahayakan juga.

Airmata

Allah menciptakan airmata berasa masin, yang gunanya untuk mencuci benda benda yang jatuh menimpanya. Dia juga menciptakan dua pinggiran mata dalam keadaan lebih rendah daripada bahagian tengah. Hal ini amat penting agar sesuatu yang jatuh padanya boleh cepat bergerak ke tepi, iaitu ke salah satu dari dua pingirannya.

Alis (kening)

Allah S.W.T. juga menciptakan alis (kening) untuk memperindah raut muka dan sebagai tirai penutup kedua mata. Sedangkan bulu kening itu seperti halnya bulu mata tidak bertambah yang boleh jadi menimbulkan kejelekan raut muka.

Rambut

Sementara itu Allah menciptakan rambut dikepala dan janggut yang boleh bertambah dan berkurang, jadi boleh diurus sesuai dengan tujuan untuk keindahan tanpa menimbulkan cacat.

Mulut dan Bibir

Selanjutnya perhatikanlah mulut dan lidah serta hikmah yang ada padanya. Allah menciptakan dua bibir sebagai penutup mulut, seakan akan sebagai pintu tertutup, dan boleh dibuka ketika diperlukan. Dan juga sebagai penutup gusi dan gigi yang berguna untuk keindahan wajah. Seandainya kedua bibir itu tidak ada maka menjadi cacatlah bentuk wajah manusia. Kedua pasang bibir tersebut sebagai alat bantu untuk berkata kata. Sedangkan lidah untuk mengucapkan dan menzahirkan isi nurani manusia. Di samping itu juga untuk membalik balikan makanan dan meletakkannya dbawah geraham sehingga kunyahannya menjadi kukuh dan mudah ditelan




Gigi

Kemudian Allah juga telah menciptakan sejumlah gigi dengan bilangan yang cukup dan berbeza beza, yakni tidak merupakan tulang yang satu. Apabila sebahagiannya ada yang rosak, maka gigi yang tersisa masih boleh dimanfaatkan.

Allah S.W.T. mengumpulkan pada gigi tersebut kemanfaatan dan keindahan. Dia menciptakan gigi sebelah atas lebih banyak dan kuat sehingga boleh lama masa manfaat kegunaannya bersama gigi yang dibawah. Dia menjadikannya bersifat keras tetapi tidak sama seperti tulang tulang tubuh lainnya. Itu bertujuan agar ia boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Gigi geraham bentuknya besar dan kuat, sebab digunakan untuk menghancurkan makanan. Kerana mengunyah itu mencernakan makanan tahap pertama. Dalam pada itu gigi depan dan gigi taring dibuat untuk memotong makanan dan sebagai keindahan mulut.

Oleh kerana itu akar gigi tersebut dijadikan dalam keadaan kuat dan tajam. Allah menjadikan warna gigi tersebut putih, sedangkan gusi di sekelilingnya berwarna merah. Permukaannya rata dan susunannya rapi laksana mutiara yang tersusun.


Dari tulang tulang tersbut ada enam batang tulang yang ditentukan untuk tengkorak kepala, 24 batang untuk tulang rahang atas, dan dua batang untuk rahang bawah. Ada pun selebihnya adalah tulang gigi yang sebahagiannya berbentuk lebar yang diugunakan untuk mengunyah makanan, dan ada juga yang tajam yang digunakan untuk memotong makanan.


Air Liur

Kemudian perhatikanlah, bagaimana Allah menjadikan sifat basah yang tersimpan di dalam mulut, yang tidak tampak kecuali pada waktu diperlukan. Seandainya sifat basah itu tampak dan malah mengalir, sebelum diperlukan, maka sudah tentu hal itu menjadikan satu kejelekan bagi manusia. Sifat basah, atau air liur itu digunakan untuk membasahi makanan yang dikunyah sehingga mudah ditelan tanpa kesulitan dan tanpa rasa sakit.

Apabila tiada makanan di mulut, maka air liur yang berperanan mambasahi makanan tersebut hilang. Dan yang masih tersisa hanyalah air liur yang membasahi anak tekak dan tenggorok yang fungsinya untuk memudahkan berkata dan agar keduanya tidak kering. Sebab bila kering, maka akan menjadikan manusia binasa atau mati.

Lidah

Kemudian perhatikanlah rahmat Allah serta kasih sayangNya. Sebab, Dia telah menciptakan rasa lazat makanan untuk orang yang memakannya. Deria rasa diciptakan dalam lidah dan lainya dari bahagian bahagian mulut, agar dengan deria rasa itu seorang manusia boleh mengenali kelazatan yang sesuai.

Dengan demikian ia dapat menemukan kenikmatan makanan dan minuman ketika ia tertarik untuk menikmatinya. Dengan deria rasa itu juga, manusia boleh menjauhi makanan dan minuman yang tidak layak baginya dan mengetahui batas makanan yang masih panas dan yang telah dingin.

Telinga

Selanjutnya Allah S.W.T. juga membuat lubang pendengaran dan di dalamnya di beri zat yang pahit yang berfungsi untuk menjaga telinga dari bahaya ulat dan untuk mematikan serangga yang masuk kedalamnya. Allah juga memelihara telinga dengan daun telinga yang berguna untuk menampung suara yang kemudian disampaikan ke lubang (gegendang) telinga. Allah S.W.T. juga menciptakan deria perasa yang lebih pada telinga.

Ini bertujuan agar telinga boleh cepat mengetahui serangga serangga dan lainnya yang akan menggangunya. Telinga juga dibentuk dalam bentuk yang banyak lekuk lekuknya untuk menampung suara, dan supaya serangga yang berjalan padanya akan mengambil masa yang agak lama sehingga manusia terbangun dari tidur.

Hidung

Selanjutnya perhatikanlah bahawa manusia boleh menemukan benda benda yang berbau lantaran masuknya udara ke dalam lubang hidung. Itulah satu rahsia yang tidak boleh diketahui hakikatnya kecuali Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Suci. Kemudian perhatikanlah mengapa Allah S.W.T. meletakkan hidung di tengah tengah wajah. Bentuknya dibuat sangat baik, diberikan dua lubang terbuka, dan didalamnya diberi deria bau. Ini bertujuan agar dengan menghirup udara, manusia boleh menunjukkan bau makanan dan minumannya. Juga agar ia boleh menikmati bau harum, menjauhi bau busuk dan kotor yang menjijikkan, dan agar ia boleh menghidu zat asam untuk makanan jantungnya, dan untuk menormalkan suhu panas badannya.

Tenggorok, Kerongkong & Suara

Kemudian Allah juga menciptakan tenggorok dan dipersiapkan untuk mengeluarkan suara. Dan Dia memutarkan lidah ketika lidah itu bergerak untuk memotong suara agar berbeza di antara satu huruf dengan huruf yang lain, sehingga cara mengucapkan menjadi longgar. Dia juga menciptakan kerongkong berbeza beza bentuknya. Ada yang sempit, longgar, kasar, halus, ada yang seperti mutiara yang keras dan lunak, ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Dengan demikian maka menjadi berbeza beza suara yang keluar. Hingga dua jenis suara pun boleh membezakan sebahagian manusia dengan yang lain hanya berdasarkan dengan suara.

Demikianhalnya antara dua orang yang juga nampak perbezaan. Demikian itu untuk rahsia saling mengenal. Sebab, ketika Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam dan Hawa, maka Dia menciptakannya berbeza bentuk rupanya. Kemudian dari keduanya Allah menciptakan makhluk yang juga berbeza dari ayah dan ibunya. Selanjutnya makhluk makhluk semakin banyak dalam keadaan berbeza beza. Itu semua juga untuk rahsia saling mengenal.

Renungkan juga mengapa Allah S.W.T. menciptakan dua jalan yang ada dalam kerongkong. Yang satu untuk jalan suara, iaitu kerongkong yang sampai ke paru-paru, dan yang lain untuk jalan makanan, iaitu jalan menelan makanan yang sampai ke perut besar. Dalam pada itu Allah menciptakan lapisan yang ada di kerongkong yang berfungsi untuk menghalangi makanan agar tidak sampai ke hati.

Kemudian Allah juga menciptakan paru-paru yang berfungsi mengepam hati, tidak pernah lesu dan tidak cacat, mengambil dan mengeluaran nafas tanpa ada kesulitan. Hal demikian dimaksudkan agar suhu panas tidak terpusat di hati saja. Sebab, jika demikian akan mengakibatkan kematian. Selanjutnya Allah S.W.T. mengisi udara dengan angin untuk kepentingan tersebut dan juga untuk kepentingan lain. Hendaklah anda memperhatikan mengapa Allah menciptakan lubang najis berfungsi melepas dan mengekang. Itu bertujuan agar membuang air kecil dan membuang air besar tidak mengalir terus menerus. Sebab kalau demikian akan mengakibatkan kehidupan manusia mengalami kehancuran.

Kemudian renungkanlah mengapa Allah membuat daging kedua paha dalam keadaan cukup banyak dan tebal. Itu di-maksudkan agar manusia menggunakannya untuk menjaga rasa sakit ketika duduk di atas tanah kerana biasanya orang yang kurus tubuhnya dan sedikit daging pahanya merasa sakit ketika duduk jika di antara punggungnya dan tanah tidak ada alas sama sekali.

Renungkanlah, jika alat kelamin (zakar) lelaki selamanya lemah, bagaimana sperma (air mani) boleh sampai ke tempat penciptaan janin (rahim) wanita? Jika alat kelamin itu bengkak-bengkak selamanya, lalu bagaimana keadaannya? Bahkan Allah menjadikannya tersembunyi seolah-olah manusia tidak mempunyai nafsu berahi. Renungkanlah, satu perumpamaan yang menggambarkan pengaturan yang baik, iaitu kedudukan tandas, yang dibangun di tempat yang lebih tersembunyi dalam rumah. Oleh kerana itu lubang yang disediakan untuk membuang kotoran manusia dicipta di tempat yang lebih tertutup dari tubuhnya, yang tersembunyi yang mana kedua pahanya bertemu lantas menutupinya dan menyembunyikan alat kelaminnya.

Demikian ini khusus pada manusia kerana kemuliaannya. Kemudian renungkanlah tentang penciptaan rambut dan kuku, mengapa keduanya tumbuh memanjang? Sedangkan jika keduanya dipotong atau digunting malah akan menerbitkan keindahan. Keduanya diciptakan tidak diberi deria rasa, sehingga seseorang tidak akan merasa sakit ketika berhias dengan memotong keduanya. Seandainya tidak ada hikmah seperti itu, maka keduanya berada di antara dua hal. Kemungkinan ia dibiarkan saja dalam keadaan semulajadinya. Yang demikian mengakibatkan manusia menjadi buruk penampilannya. Atau boleh jadi dihilangkan. Yang demikian ini menimbulkan rasa sakit pada dirinya.

Renungkanlah tentang rambut. Seandainya ia tumbuh di mata, maka akan menjadi butalah penglihatan. Atau tumbuh di mulut, maka akan menghalangi kelancaran masuknya makanan dan minuman. Atau tumbuh di telapak tangan, maka menjadi hilanglah nikmat merasa dan menghalangi beberapa pekerjaan. Atau tumbuh di dalam vagina, maka akan menghalang kelazatan bersenggama. Padahal tempat-tempat itu semua boleh menjadi tempat tumbuhnya rambut. Sungguh Maha Suci Tuhan yang Maha Mengatur lagi Memberi nikmat dengan kenikmatan-kenikmatan tersebut.

Renungkanlah mengapa Allah S.W.T. menciptakan manusia ini pada jalan yang benar dan menjauhi kesalahan dan bahaya. Lalu renungkan juga tentang watak yang diberikan kepadanya. laitu memerlukan makan, minum, bersenggama dan segala pengaturan yang sangat kukuh. Dalam watak manusia, Allah S.W.T. telah menciptakan suatu penggerak yang menghendaki dan mendorong melakukan itu semua. Lapar dan dahaga menyebabkan manusia mencari makanan yang menjadi keperluan hidupnya. Demikian juga minuman yang menjadi sebab bagi kekuatan tubuhnya. Dan tidur yang memulihkan kekuatan tubuh dan mengistirehatkannya. Juga nafsu berahi yang menggerakkan kemahuan bersenggama yang menyebabkan wujud kesinambungan keturunan umat manusia.

Seandainya manusia mencari makanan dan minuman kerana ia mengerti bahawa demikian itu keperluannya, sedangkan ia tidak mempunyai pendorong yang mengajak ke arah itu dan wataknya sendiri, tentu saja ia sibuk mencari keperluan-keperluannya. Akibatnya kekuatan yang ada menjadi hilang dan ia mengalami kehancuran. Seperti perumpamaan seseorang terkadang memerlukan kepada ubat yang ia benci, sedangkan ubat membawa pengaruh bagi kesihatannya. Tetapi tidak ada watak pada dirinya yang mendorong untuk mendapatkan ubat, lalu ia menolaknya, maka boleh jadi ia jatuh sakit atau mati.

Demikian halnya jika seorang manusia boleh melakukan tidur dan memasukkan hakikat tidur itu pada tubuhnya dengan kemahuannya sendiri, maka ia akan selalu sibuk melakukan pelbagai kepentingannya tanpa tidur. Yang demikian itu akan menjadikannya tubuhnya mendapat mudarat lantaran kepayahan dan keletihan. Seperti itu juga kalau kemahuan bersenggama kerana hanya ingin mendapatkan anak, maka akan terputuslah keturunan. Sebab, akan timbul pelbagai penyebab yang menghalanginya. Kemudian perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. mencipta-kan sesuatu yang menggerakkan manusia untuk mencapai pelbagai faedah yang merupakan watak nalurinya.

Renungkanlah kekuatan-kekuatan manusia diatur rapi, kukuh lagi menakjubkan. Tubuh dengan segala isinya laksana istana raja, yang di dalamnya ada pengiring, pengawal dan rakyat yang diserahi rumah tersebut. Salah seorang ditugaskan untuk melaksanakan segala keperluan pengiring dan pengawal, dan juga menyediakan keperluan mereka. Ada juga yang ditugaskan menerima barang dan menyimpannya hingga datang waktu mengolah dan mempersiapkannya. Ada pula yang diberi tugas memperbaiki dan mempersiapkan segala keperluan, dan tugas memperbaiki ini lebih istimewa daripada tugas sebelumnya. Ada lagi yang bertugas membersihkan kotoran-kotoran dan membuangnya dari dalam istana.

Raja dalam perumpamaan ini adalah Pencipta yang Maha Mengetahui. Istana adalah tubuh manusia. Sedangkan pengiring dan pengawal adalah anggota tubuh. Rakyat adalah empat jenis kekuatan iaitu hati, akal, kekuatan ingatan dan nafsu marah. Bagaimana pendapat anda jika seorang manusia dikurangi kekuatan ingatannya, bagaimana kedudukannya? la tentu tidak ingat terhadap segala yang memberi manfaat kepadanya dan segala apa yang membahayakan dirinya. Ia tidak ingat kepada apa ia keluarkan, apa saja yang ia datangkan, apa yang ia berikan, apa yang ia terima, apa yang ia lihat, apa yang ia dengar, apa yang ia katakan, dan apa yang telah dikatakan padanya.

la tidak ingat kepada suatu lintas jalan, meski ia telah me-lintasinya. la juga tidak ingat kepada orang yang pernah berbuat baik kepadanya, berbuat buruk terhadapnya. la tidak ingat kepada orang yang pernah memberi manfaat kepadanya, orang yang membahayakan kepadanya, tidak ingat pula kepada ilmu sekalipun pernah ia pelajari, dan ia juga tidak boleh mengambil manfaat dengan penelitiannya. Juga tidak mampu mengambil pelajaran dari orang yang terdahulu.

Perhatikanlah nikmat-nikmat tersebut, bagaimana fungsi salah satu darinya. Lalu bagaimana fungsi seluruhnya. Dan lebih menghairankan daripada nikmat kekuatan ingatan atau hafalan adalah nikmat lupa. Sebab seandainya tidak ada nikmat lupa, maka manusia tidak boleh merasa tenteram dari bencana. Rasa menyesal tidak boleh berkurang darinya, rasa iri hati tidak boleh hilang, dan dari segala kenikmatan dunia bila ia ingat bahayanya yang mengerikan tentu ia tidak akan mahu menikmatinya. la tidak mungkin dapat melenyapkan kelalaian orang zalim, atau orang yang iri hati atau orang yang bertujuan memberi bahaya.

Perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. menjadikan daya kekuatan ingatan dan kelalaian (sifat lupa) pada manusia, padahal keduanya berlawanan? Dan dari keduanya pula Allah S.W.T. menjadikan beberapa kemaslahatan padanya. Lalu perhatikan juga tentang sesuatu yang khusus pada manusia, sedangkan binatang tidak diberinya, iaitu perasaan malu.

Seandainya manusia tidak diberi rasa malu, sudah tentu kesalahan tidak dimaaikan, undangan tidak dipenuhi, tamu tidak dijamu, kejahatan. tidak ditinggalkan, bahkan kebanyakan dari kewajipan agama itu dilaksanakan kerana rasa malu terhadap sesama manusia. Dan juga kerana rasa malu segala amanah ataupun sesuatu yang diminta untuk disimpan dikembalikan, hak kedua orang tua dan lainnya selalu ditegakkan, membenci perbuatan buruk dan sebagainya. Kerana itu perhatikanlah, alangkah besarnya fungsi dari nikmat yang berupa perasaan malu ini.


Tangan, Jari dan Kuku

Kemudian perhatikanlah tentang penciptaan dua pasang tangan, iaitu untuk mencapai hal hal yang dikehendaki dan menolak berbagai jenis bahaya. Dan perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan telapak tangan dalam bentuk lebar dan membahagi jari jari menjadi lima jari, dan lima hujung jari. Dia menjadikan empat batang jari diletakkan pada satu sisi, dan ibu jari pada sisi yang lain.

Dengan demikian ibu jari dapat mengitari seluruh jari yang empat itu. Seandainya umat manusia sejak dahulu berkumpul untuk menyingkap rahsia tentang kedudukan jari dalam bentuk lain selain yang telah diletakkan setelah ibu jari, dan mengatur perbezaan panjangnya empat jari dan urutannya, maka mereka tidak akan mampu meskipun telah melakukan pengamatan berfikir.

Dengan kedudukan seperti tersebut itu menjadi pantaslah tangan itu untuk digunakan menerima dan memberi. Apabila tangan dibentangkan, maka menjadi bekas bagaikan piring yang boleh diisi dengan apa yang dikehendaki manusia.

Apabila tangan dikumpulkan atau digenggamkan, maka menjadi alat untuk memukul. Bila dikumpulkan tidak sempurna (tidak digenggam) maka menjadi alat seperti gayung. Kemudian Allah S.W.T. juga menciptakan kuku yang dilekatkan pada hujung jari sebagai hiasan bagi jujung jari itu, untuk penguat bahagian belakang hujung jari itu agar tidak lemah. Juga digunakan untuk mengambil benda benda yang lembut yang mana hujung jari itu tidak boleh mengambilnya tanpa kuku. Di samping itu juga untuk menggaru tubuh manusia bila diperlukan.

Perhatikann jika kuku tidak ada, sedangkan pada tubuh manusia terasa gatal, maka tentulah ia kakan mengakui bahawa dirinya adalah makhluk yang lemah tidak mampu menolak apa yang menyakitkan. Selain kuku tidak ada alat lain yang sepertinya untuk menggaru tubuh. Sebab, kuku itu keras seperti tulang, dan tidak lunak seperti kulit. Ia boleh tumbuh memanjang, dapat dipotong, dapat digunting, dan dapat pula dipendekkan. Kemudian kuku itu diciptakan oleh Allah dapat menggaru dalam keadaan manusia sedang tidur dan ketika jaga. Ia juga boleh menuju ke tempat tempat yang terasa gatal dari bahagian tubuh.

Apabila seseorang meminta bantuan kepada selain kuku untuk menggaru, maka tidak akan cepat menemukan tempat tempat yang gatal itu kecuali setelah lama dan setelah mengalami kesulitan.

Paha, Betis dan Telapak Kaki

Kemudian perhatikan bagaimana Allah S.W.T. menciptakan dua pasang paha dan dua pasang betis dalam bentuk yang panjang. Sementara itu Allah menciptakan telapak kaki berbentuk lebar. Hal ini dimaksudkan agar manusia dapat berjalan dengan telapak kaki. Allah S.W.T. menghiasi kedua telapak kaki itu dengan beberapa batang jari, dan dijadikan sebagai hiasan dan sebagai penguat untuk berjalan. Jari jari tersebut juga dihiasi dengan beberapa kuku, dan dikuatkan dengannya.

Sperma (air mani) dan Tulang

Selanjutnya perhatikan bagaimana Allah S.W.T. menciptaakan itu semua dari sperma (nutfah) yang hina. Lalu daripadanya Dia menciptakan tulang tulang tubuh, kemudian menjadi tubuhyang kuat. Tulang tulang tersebut berfungsi sebagai penguat bagi tubuh manusia. Dalam pada itu Dia juga menentukan tulang tulang itu dengan ukuran yang berbeza beza dan pelbagai bentuk yang sesuai. Ada tulang yang kecil, ada yang panjang, ada yang bulat, ada yang berlubang, ada yang rapat, ada yang lebar, dan ada yang tipis halus. Kemudia dalam tulang tulang yang berbetuk seperti paip itu Allah S.W.T. mengisinya dengan sumsum yang lembut yang terpelihara untuk kebaikan tulang dan untuk menguatkannya.

Sendi

Oleh kerana manusia itu memerlukan kepada seluruh tubuhnya dan sebahagian anggota tubuhnya untuk beryualang kali memenuhi keperluannya, maka Allah tidak menjadikan tulang tulang manusia hanya sejenis sahaja. Tetapi dilengkapi dengan tulang tulang yang sangat banyak. Di atara tulang tulang tersebut terdapat dendi yang memudahkannya bergerak. Dalam hal ini memang Allah S.W.T. telah menenuntukan bentuk setiap tulang sesuai untuk bergerak sebegaimana dikehendaki.

Allah S.W.T. juga menghubungkan sendi tulang dan menyabung sebahagiannya dengan sebahagian yang lain dengan urat yang ditempelkan pada salah satu hunjung tulang dan melekaktkan hujung yang lain pada tulang yang lain bagaikan sambungan. Kemudian Allah juga menciptakan beberapa tulang tambahan yang dipasang pada salah satu hujung tulang, yang keluar daripadanya. Dan tulang yang lain terdapat lubang yang sesuai dengan bentuk tulang tambahan tadi. Hal demikian memungkinkan tulang tambahan itu dapat masuk ke dalamnya dengan tepat.

Dengan demikian bila seorang manusia berkehendak menggerakkan sesuatu dari tubuhnya, maka ia tentu boleh bergerak. Seandainya Allah S.W.T. tidak memerikan hikmah dalam penciptaan sendi, maka manusia pasti akan menghadapi kesulitan melakukan gerakan tersebut.

Kepala

Kemudian perhatikanlah mengapa Allah menciptakan kepala yang tersusun dari 55 tulang yang berbeza beza bentuk rupanya. Dia menyusun sebahagian tulang tersebut dengan tulang yang lain, hingga terciptalah kepala berbetuk bulat seperti yang anda lihat.

PERUT

Selanjutnya perhaitkanlah bagaimana Allah menerbitkan anggota batinnya, iaitu jantung, hati, perut besar, limpa, paru paru, rahim, pundi air kencing dan usus usus. Setiap anggota dengan bentuk khusus, ukuran yang khusus dan untuk pekerjaan yang khusus pula. Allah S.W.T. menciptakan perut besar untuk mencernakan makanan, dan ia berupa otot tertentu yang kuat untuk keperluannya.

Dengan demikian menjadi mudahlah memotong dan memproses makanan tersebut. Gigi geraham yang mengunyah makanan pada permulaanya sebagai penolong perut besar untuk memproses dan mencernakan makanan menjadi baik. Dalam pada itu Dia menciptakan hati yang berfungsi untuk merubah kandungan makanan menjadi darah, kemudian dialirkan ke seluruh anggota tubuh manusia itu zat makanan yang sesuai. Sebab, zat makanan untuk tulang itu berbeza dengan zat makanan untuk daging. Zat makana untuk otot besar dengan zat makanan untuk urat urat yang kecil juga berbeza. Zat makanan untuk rambut juga berbeza dengan zat makanan untuk lainnya.

Limpa. Hempedu dam Buah Pinggang

Allah S.W.T. menciptakan limpa, hempedu dan buah pinggang untuk membantu kerja hati. Limpa untuk menedar zat makanan berwarna hitam. Hempedu untuk mengedar zat makanan berwarna kuning. Sedangkan air buah pinggang, pungi air kencing untuk menerima air dari buah pinggang, lalu dikeluarkan melalui lubang kemaluan.

Pembuluh darah dan hati mengalirkan darah ke seluruh anggota badan. Dalam pada itu Allah menciptakan anggota badan lebih kukuh daripada daging. Hal ini bertujuan untuk menjaga daging dan sebahagian tempatnya.

Kasih dan Sayang

Selanjutnya perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. mengatur penciptaan manusia di dalm rahim dan menyayanginya dengan pelbagai sifat kasih sayang yang cukup panjang dan lama masa yang diperlukan sekiranya ingin diperjelaskan. Dan tidak mampu untuk kita mengetahui jumlah kasih sayang yang diberikan kepada manusia kecuali Tuhan yang menciptakannya. Sementara itu orang yang menyifati manusia juga tidak akan boleh menerangkan sifatnya secara tepat, meski pun sudah mencurahkan pemikirannya.

Antara pengaturan Allah S.W.T. mengenai pencitaan manusia di dalam rahim ialah bahawa ketika berada dalam rahim ia tidak memerlukan untuk memanggil (menangis). Bayi yang dilahirkan pun juga belum memerlukan kepada bimbingan untuk memangil. Bahkan hal itu berada dalam watak di bayi hingga ia telah memerlukan kepada pertolongan untuk makan. Seandainya yang demikian itu tidak diwujudkan oleh Allah, maka sudah tentu para ibu yang melahirkan, akan membencinya kerana sangat payah dan sulit memeliharanya.

Sehingga setelah tubuh si bayi bertambah kuat, anggota lahirnya semakin kukuh, dan anggota batinnya pun juga telah kuat, ketika itulah Allah menumbuhkan gigi-gigi ketika telah diperlukan. Gigi tersebut tidak tumbuh sebelum itu dan juga tidak tumbuh setelah itu.

Akal yg pandai dan bodoh

Kemudian perhatikanlah, mengapa dan bagaimana Allah menciptakan kepandaian merabezakan dan kecerdasan akal pada manusia secara evolusi, ertinya beransur-ansur, sedikit demi sedikit sampai masa kesempurnaannya dan kedewasaannya.

Perhatikanlah dan renungkanlah tentang keadaan manusia dilahirkan dalam keadaan bodoh, belum sempurna akalnya dan belum mempunyai kefahaman. Sebab seandainya ia dilahirkan telah berakal sempurna dan penuh kefahaman, tentu saja ia akan mengingkari alam nyata ini tatkala ia telah lahir, ia tentu akan bingung. Kerana ia melihat segala sesuatu yang belum pernah ia lihat, dan mengetahui apa yang belum pernah ia ketahui sebelum itu. Kemudian ia merasa mempunyai kekurangan kerana ia di-dukung, diletakkan dalam keadaan dibalut kain, dan diselimuti di atas buaian. Padahal memang ia patut diperlakukan demikian itu kerana keadaan tubuhnya masih lemah dan masih basah.

Kebiasaan manusia yang masih kecil selalu disayangi dan dicintai. Tetapi jika telah besar tidaklah demikian. Sebab, ia sering suka menentang kerana menggunakan akalnya dan mendahulukan nafsunya. Jadi jelaslah bahawa bertambahnya akal dan kefahaman pada manusia secara beransur-ansur adalah yang paling baik baginya. Tidakkah seseorang mengetahui bahawa Allah S.W.T. menciptakan segala sesuatu dalam keadaan penuh hikmah, melalui jalan yang benar, dan memberi pengertian tentang silih bergantinya kesalahan yang kecil mahu pun yang besar.

Lelaki dan Perempuan

Perhatikanlah ketika seorang manusia telah meningkat usia dewasa, maka Allah menciptakan padanya cara-cara untuk berketurunan. Di wajahnya ditumbuhkan rambut untuk membezakannya dari anak-anak kecil dan wanita. la dijadikan berwajah tampan, dan kemudian ketampanan itu ditutupi setelah ia memasuki usia tua. Jika ia seorang perempuan, maka Allah S.W.T. menjadikan raut mukanya bersih dari ditumbuhi bulu, agar ia tetap berwajah menarik dan mengghairahkan kaum lelaki. Hal ini bertujuan untuk meneruskan kesinambungan umat manusia. Oleh kerana itu berfikirlah anda sekarang tentang apa saja yang telah kami sebutkan.

Bayi dan Rahim Ibu

Dalam pada itu Allah S.W.T. mengatur manusia dalam segala keadaannya yang beraneka macam. Apakah anda mengerti bahawa yang demikian itu dibiarkan begitu saja? Bagaimana pendapat anda jika darah tidak mengalir dalam kandungan sebagai makanan di dalam rahim? Bukankah ia akan mati, atau apakah ia tidak akan kering seperti halnya tanaman jika kekurangan air? Kalau seandainya si ibu tidak dikejutkan oleh rasa sakit ketika hendak bersalin setelah cukup bulan, tidakkah ia kelemasan dalam rahim dan ibunya akan mengalami kematian? Seandainya air susu ibu tidak keluar ketika ia telah lahir, tidakkah ia akan mati kelaparan dan kehausan? Atau mungkin ia diberi makan dengan makanan yang tidak sesuai dan tidak patut untuk pertumbuhan tubuhnya? Andaikata gigi tidak diciptakan untuknya tepat pada waktunya tidakkah ia terhalang untuk mengunyah dan menelannya? Ataukah ia tetap menyusu dan tubuhnya tidak dapat menjadi kuat?



Lelaki, Perempuan, Nafsu, Zuriat

Jika seseorang lelaki tidak tumbuh bulu di mukanya (janggut dan misai), tentu wajahnya tidak ubah seperti perempuan dan anak-anak kecil. Jadi tidak terserlah kewibawaannya dan keagungannya. Lalu siapakah yang mempersiapkannya hingga menyempurnakannya dengan segala keperluan pada waktu yang tepat? Tiada lain kecuali Tuhan yang menciptakannya, yang sebelum itu ia bermula tanpa memiliki apa apa kemudian diberi anugerah dengan segala kenikmatan.

Renungkanlah tentang nafsu senggama yang menggerakkan untuk melakukannya. Juga alat kelamin yang memancarkan sperma ke dalam rahim, gerakan yang menyebabkan keluarnya sperma dan segala pengaturan yang kukuh yang berkaitan dengan semua itu.

Anggota Tubuh dan Zat Makanan

Kemudian renungkanlah tentang jumlah anggota tubuh dan fungsinya untuk keperluan yang dikehendaki. Dua bola mata untuk mencari petunjuk dengan melihat. Kedua tangan untuk berusaha, melempar dan membela. Dua kaki untuk berjalan. Perut besar untuk mencernakan makanan. Hati untuk menjernihkan dan membezakan makanan. Mulut untuk berkata-kata dan memasukkan makanan. Sedangkan lubang-lubang yang lain untuk membuang kotoran.

Apabila anda telah merenungkan hal tersebut, serta apa yang ada pada diri manusia, maka anda dapati manusia itu dalam keadaan sangat kukuh dan sangat tepat.

Renungkanlah tentang kemasukan makanan ke dalam perut besar, sehingga perut itu memprosesnya dan mengirimkan zat-zatnya ke jantung melalui urat-urat kecil yang halus yang diciptakan sebagai penyaring makanan. Di samping itu agar segala sesuatu yang kasar tidak masuk ke jantung, kerana akan memudaratkannya. Sebab urat jantung tersebut diciptakan dengan bentuk yang halus yang tidak mahu membawa kotoran.

Kemudian zat makanan tadi dengan izin Allah diubah menjadi darah dan dialirkan ke seluruh tubuh melalui urat-urat yang dipersiapkan untuknya. Dengan demikian darah tadi dapat sampai ke seluruh tubuh sesuai dengan keperluannya, baik tubuh yang kering, yang lunak mahupun yang selainnya. Sungguh Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

Anggota berpasangan dan pasangannya

Selanjutnya sisa zat makanan dan kotoran diteruskan ke anggota tubuh yang dipersiapkan untuknya, sebagaimana telah kami sebutkan di atas. Jadi anggota tubuh tersebut sebagai bekas yang menjadi tempat kotoran agar ia tidak tersebar ke dalam tubuh yang membawa akibat menimbulkan penyakit. Kemudian perhatikanlah, apakah anda menemukan sesuatu yang tidak ada manfaatnya dalam penciptaan tubuh manusia. Penglihatan tidaklah diciptakan kecuali untuk menanggapi pelbagai benda dan bermacam warna. Jika pelbagai warna telah ada, tetapi tidak ada penglihatan yang melihatnya, apakah warna-warna itu ada manfaatnya? Seandainya penglihatan diciptakan tetapi tidak ada cahaya di luar cahaya penglihatan, maka sudah barang tentu penglihatan tidak boleh digunakan.

Pendengaran tidaklah diciptakan kecuali untuk menanggapi pelbagai suara. Jika suara-suara telah ada tetapi tidak ada pendengaran yang mendengarnya, maka suara itu tidak ada manfaatnya. Nah, demikian halnya seluruh pancaindera. Renungkanlah tentang beberapa jenis benda yang diciptakan sebagai media di antara pancaindera dan benda-benda lain yang dapat ditanggapi pancaindera, yang tidak sempurna kecuali dengan benda-benda tersebut. Antaranya ialah cahaya dan udara.

Jika tidak ada cahaya yang menampakkan benda-benda yang dilihat, maka penglihatan tidak akan boleh melihatnya. Dan jika tidak ada udara yang menyampaikan suara kepada pendengaran, maka pendengaran tidak akan boleh menanggapi suara tersebut. Renungkanlah tentang orang yang tidak mempunyai penglihatan dan pendengaran serta kecacatan yang dideritainya. Sebab ia tidak melihat letak telapak kakinya, tidak mengerti apa yang ada di hadapannya, tidak dapat membezakan pelbagai warna, dan tidak mengetahui datangnya bahaya atau musuh. la juga tidak memiliki jalan untuk mempelajari pelbagai pekerjaan. Adapun orang yang tidak mempunyai pendengaran, maka ia tidak dapat menjiwai percakapan. la tidak dapat menikmati suara yang bagus, lagu-lagu yang merdu dan orang yang mengajak bercakap-cakap merasa jemu terhadapnya.

Sementara itu ia tidak boleh mendengar berita-berita dan pelbagai cerita umat manusia, sehingga ia ibarat orang yang tidak ada padahal ia hadir. la bagaikan mayat padahal ia hidup. Adapun orang yang tidak mempunyai akal, maka ia lebih teruk daripada binatang. Kerana itu perhatikanlah, bagaimana anggota-anggota tubuh manusia, dan beberapa sifat yang dengannya manusia boleh menjadi baik, bahawa itu semua dapat menghasilkan dan memenuhi pelbagai keperluannya, serta boleh menyempurnakan segala tujuan-tujuannya? Akan tetapi jika seorang manusia kehilangan sesuatu darinya, maka menjadi cacatlah urusan dirinya dan sungguh besar musibahnya.

Siapapun yang diberi cubaan berupa kurang sebahagian anggota tubuhnya atau sebahagian sifat-sifatnya, maka hal itu sebagai pengajaran, bimbingan, dan peringatan atau pemberitahuan tentang kadar nikmat Allah terhadap dirinya dan terhadap orang seumpamanya. Di samping itu agar dengan kesabarannya ia akan mendapatkan bahagian pahala di akhirat. Selanjutnya renungkanlah tentang anggota tubuh manusia yang diciptakan satu-satu, berpasangan, dan tentang hikmah dan ketepatan yang ada padanya. Kepala misalnya, merupakan anggota tubuh yang diciptakan hanya satu. Tetapi kenyataannya kebanyakan pancaindera dikandung oleh kepala itu. Jika di kepala ditambahkan sesuatu anggota lagi, tentu saja memberatkan dan tidak diperlukan.

Apabila kepala ada dua bahagian, lalu hanya salah satunya mampu berkata, maka bahagian yang lagi satu sudah tentu tidak diperlukan. Bila seseorang berkata-kata dengan keduanya dengan satu perkataan, maka salah satu tentu merupakan lebihan yang tidak diperlukan. Apabila ia berkata-kata dalam keadaan salah satunya berbeza dengan bahagian yang lain, maka orang yang mendengar tentu tidak mengerti apa yang sebenarnya dikehendaki. Sedangkan pendengar pada umumnya tentu hanya ingin mendengarkan perkataan yang jelas. Dua tangan diciptakan dalam keadaan genap atau sepasang. Tidak ada baiknya jika seorang manusia melakukan pekerjaan dengan tangan satu.

Sebab, apa yang diusahakan itu tentu mengalami kekurangan. Kerana anda mengetahui cacat yang ada pada orang yang salah satu tangannya lumpuh. Jika ia dibebani sesuatu pekerjaan tentu ia tidak mampu melakukannya dengan baik, dan tidak sesempurna seperti yang dikerjakan oleh orang yang mempunyai dua tangan. Tentang hikmah dua kaki adalah jelas, sebagaimana disebutkan sebelum ini. Renungkanlah tentang cara Allah S.W.T. mempersiapkan alat-alat untuk mengeluarkan suara. Kerongkong laksana saluran paip untuk jalan keluarnya suara. Kemudian lidah, dua bibir, gigi-gigi dan mulut untuk mencetak huruf-huruf. Ingatlah, bahawa orang yang beberapa giginya atau sebahagian besarnya telah rosak, ia tentu cacat dalam berkata. Selanjutnya renungkanlah tentang manfaat kerongkong, iaitu untuk dilalui angin menuju ke paru-paru, kemudian paru-paru itu mengipas hati dengan nafas yang berulang-ulang.Renungkan juga tentang manfaat lidah, iaitu untuk membalik-balikkan makanan, dan membantu untuk melancarkan makanan dan minuman.

Begitu juga manfaat gigi, iaitu untuk membantu melancarkan masuknya makanan. Gigi adalah sebagai sandaran dua bibir, yang menahan keduanya dari dalam mulut. Dengan dua bibir, minuman boleh dihisap, sehingga minuman yang masuk ke dalam perut sesuai dengan tujuan dan kadar yang dikehendaki oleh seseorang. Kemudian bibir itupun laksana pintu. Jadi jelaslah bahawa setiap anggota dari beberapa anggota tubuh manusia yang disebutkan, adalah digunakan untuk beberapa macam keperluan, dan juga untuk pelbagai kepen-tingan. Bila lebih ia akan membawa kesan yang membinasakan dan bila kurang juga berakibat menghancurkan.

Itulah ketentuan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Hendaklah anda renungkan tentang otak. Jika diperlihatkan, anda tentu akan mendapatinya bahawa sebahagian otak itu mem-bungkus sebahagian yang lain. Hal ini dimaksudkan untuk men-jaganya dari benda-benda lain yang melekat padanya. Dalam pada itu ia ditutup dengan tempurung tengkorak kepala yang ditutupi oleh rarnbut yang berfungsi memperindah kepala.

Di samping itu, juga untuk menghindarkan rasa panas, dingin dan sebagainya yang mungkin saja menggangunya. Jadi Allah S.W.T. menjaga otak dengan penjagaan yang sangat kukuh. Sebab, Allah Maha Mengetahui bahawa otak memang penting dan berhak dilindungi seperti itu. Kerana ia memang merupakan sumber perasaan. Kemudian renungkanlah, mengapa Allah menyembunyikan hati di dalam dada dan dibungkus dengan pembungkus yang kuat yang memang itu merupakan penutupnya.

Allah S.W.T. mengukuhkan dan melindunginya dengan tulang-tulang rusuk, daging dan otot-otot yang ada padanya. Itu semua kerana hati merupakan anggota yang mulia, dan tempat itulah yang sesuai untuknya.





Lading_Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~