QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

21 August, 2009

Mengenali dan Memahami Konsep rawatan ISLAM


Mengenali dan Memahami Konsep rawatan

Waalaikumsalam,
pertama sekali perawat hanyalah tukang doa. Cuma kami mempelajari konsep, ilmu dan teknik untuk rawatan ruqyah.
Perkara yang terbaik sekali, pergantungan sendiri kepada Allah SWT. Doa dengan berwasilah atau bersandar dengan alquran,berbuat kebajikan,berselawat,solat hajat adalah perkara yang disuruh.
Oleh itu jangan kita sekali-kali beranggapan ruqyah, yaasin ada kuasa.
Saudari, ibu saudari kuatkan niat seperti diatas dan buat rawatan sendiri juga. Perawat hanyalah memudahkan proses rawatan atas dasar hablumminallah dan hablumminanas.
saya harap saudari tahu teknik rawatan sendiri tersebut, antaranya doa, zikir, terutamanya yg tercatat dalam alma'thurat kerana amalannya shahih dari amalan nabi. Amalkan juga minum air zam-zam dan pelajari kaedah teknik minum air tersebut.
Oleh kerana kanser ini bersifat alamiah juga, gabungkan dengan herba seperti madu, habbatussauda, senduduk putih(akarnya direbus) dan yang lain-lain.
Syaitan tidak jemu tetapi kita yang mudah jemu. So jgn mudah putus asa memohon pada-Nya.
teknik seterusnya disamping teknik doa pendinding seperti dalam Alma'thurat, saudari, ibu saudari buat teknik doa bentuk serangan supaya gangguan itu keluar atau setidak-tidaknya tidak selesa. Contohnya, seperti yang biasa perawat buat bacalah alfalaq dan annas , , alqursi sebanyak-banyaknya dalam sehari.yaasin 7 mubin.Teknik bacaan ini bukan kemestian yang mudahnya baca setakat yang sanggup.
walau bagaimanapun, saudari dan ibu saudari boleh juga bertemu dengan kami untuk sama-sama berbincang dan membuat rawatan.

Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?!

Acap kali kita seringkali mendengar borak-borak kosong di kedai kopi, ruangan
bersembang dan forum2 bahawa berubat dengan Al-Qur'an kesannya
lambat, dan memerlukan ulangan. Maka di kesempatan ini penulis
cuba untuk mengutarakan tajuk 'Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?' Apakah kelebihannya?

1. Kerana ianya penawar & rahmat bagi orang beriman.

Didalam surah Al-Isra' 82, Allah berfirman:


"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan ianya tidaklah menambah
kepada orang-orang yang zalim itu melainkan kerugian."



2. Kerana mendengarnya dengan hati akan tenang akan mendapat rahmat
Surah Al-Araf 7 :204
"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka , maka dengarlah baik-baik,
dan perhatikan dgn tenang agar kamu mendapat rahmat."



3. Menyebabkan Manusia mengigati Allah lalu tenang hatinya.

Surah Az-Zumar 39:23
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur'an yang serupa
(mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang. Gementar kerenanya kulit-kulit orang yang
takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu
mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa
ang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, tiada petunjuk baginya.


4.Gunung bergoncang, dan bumi terbelah dengan Al-Qur'an
Surah Ar-Ra'du 13:31
Dan sekiranya ada sesuatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu
gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi terbelah atau kerananya
orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al-Qur'an)

5. Allah memelihara Al-Qur'an

Surah Al-Hijr 15:9
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya
Kami benar-benar memeliharanya ( AL-Qur'an)


6. Menjadi peneguh hati kepada orang beriman
Surah An-Nahl 16:102
Katakanlah Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar,
untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta
khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (tawakal kepada Allah)



Maka inilah hujah-hujah daripada Al-Qur'an sendiri kelebihan Al-Qur'an.
Usaha ini mudah-mudahan meneguhkan hati mereka yang berusaha mencari
penawar, Mengapa Perlu Berubat Dengan Al-Qur'an?
Ingatlah Al-Qur'an PENAWAR, RAHMAT, PENEGUH HATI DAN
MENGINGATKAN KEPADA ALLAH bagi ORANG YANG BERIMAN.

Maka gunung juga bergoncang dan bumi juga terbelah,
apakan pula 'penyakit-penyakit' yang ada pada manusia.

Mudah-mudahan kita semua tergolong kepada golongan yang kita idam-idamkan
iaitu menjadi ORANG YANG BERIMAN.



Terima kasih. Wassalam


LadingEmas27@gmail.com

Gangguan ~ SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin
memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing,
unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.      Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11.      Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12.      Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13.      Bermimpi melihat hantu.

                  TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata,
telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

                        MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari
anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang
sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.

                    ~DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN~

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala
jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas
atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu
sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat
menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat
takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

              SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami
manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta
mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka
bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi
mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak
mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim,
sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan
ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.


Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan
perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini
haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan
mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini
perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka
akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk
manusia dan makhluk jin.


Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.

                  CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang
bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari
bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara
sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang
menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari
hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara
panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia
sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa
mereka berada di otak manusia.

                      PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o  Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o  Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o  Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan
dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu
seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat
sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.
Wallahu A'lam

Lading Emas

20 August, 2009

Selawat Fatih - Kaifiat

10.3.10


Selawat Fatih - Kaifiat


Dek kerana sudah ado yg timbulkan bab Selawat Fatih....ado baiknya DEN tulis sikit bab selawat kejayaan ini...Apo yg DEN belajar dari Sifu DEN ..selawat ini mainly for recover balik semua hajat2 kita yang kita doakan dahalu...yang masih belum berjaya...

Kaedah mengamalnya ialah...Mesti pernah berdoa sebelum ni...Nama pun nak recycle ...

Sebelum beramal...kalau muleh ingat...flashback apa2 niat kita dan doa kita yg baik2 yang belum nampak keberhasilannya seperti dari solat hajat..Yasin dll...

Maka sesudah itu pasangkan niat..supaya doa2 lepas itu menjadi seperti yang kita hajati. Hendaklah di bacakan 100x pada sesuatu masa.

Kekerapan ulangan itu biasanya di buat orang selama 7 hari berturut...dengan 100x bacaan dalam 1 set...Tidak boleh putus seprti 50x pastu relax jap tgk Machester United tendang bola ke hapa...then sambung balik 50x..kang kena penyepak kang...

Maka dengan ini DEN kasilah DEGREE kepada sesiapa yg berminat mengamalkannya sebagai salah satu usaha..

Sebagai amalan harian...biasanya diamalkan sekali selepas solat..

60 komen:


terangwulan said...
saya terima ijazah ini zahir dan batin dengan ikhlas. alhamdulillah, terima kasih Tok.

terangwulan said...
Untuk memudahkan saudara-saudariku, link bawah ni matan selawat fatih https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqBPzpPMoMV2cnmOr8VKYNsNCB1hhq8w6Dk3d4lp19rcNXzM-8EmJxy6yvGP0nFC_S3k7KcPhSUQ3T8eItbiEThqwWKPw89_P4kxzFYqZ9_dkW557oqauem6rF7mOKK_oqzzRrUfzzCD3M/s1600-h/Untitled.jpg Bacaannya bermaksud:- "Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalan Engkau yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung".

Pyan said...
mohon diijazahkan kepada saya juga TGTB..

Epal said...
Sy terima ijazahnya Tok tq..

KOPSAS said...
teman berminat tok bagaimana

Wan Asrul said...
AlhamduLILLAH Wa SyukruLILLAH.

penamayaku said...
saya mohon di ijazahkan juga kepada saya ayat ini. terima kasih tok

DARUL SAKA said...
Selawat ini Takda dalam list Wahabi...so jangan pi tanya DEPA....kang tak pasal2 masuk neraka..

Wan Asrul said...
Kalau hendak ikut list puak2 tu, silap2 lepas solat, bangun, keluar masjid, minum kopi, tgk wrestling...Ish..ish..ish..NauzubILLAH.

tukang zasss said...
Alhamdullillah Allahuakbar...

MalaekA AnnA said...
Trima kasih Tok...saya trima ijazah ini Alhamdulillah

F.L said...
salam TGTB. saya terima DEGREE selawat fatih sebagai salah satu usaha..untuk semua hajat2 saya yang saya doakan dahalu...yang masih belum berjaya... amin. ya rabb engkau maha mendengar lagi maha mengasihani.. alhamdulillah...

Irsyad said...
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah. Saya terima ijazah selawat Fatih ini, mudah-mudahan memberi manfaat yg besar bg diri kerdil ini didunia mahupun diakhirat kehendakNya. Amin... Ya Rabbal a'lamin..

Raja Melewar said...
Saya terima ijazahnya, Terima Kasih Tok

liley said...
den tak sampai laie nie ...

Ismail said...
Saya terima degree ni dgn ikhlas. TQVM bang belagak. Alhamdulillah.

Arif said...
Isk Isk.. akhirnya dapat jugak scroll degree dari Tok

Any said...
Mohon diijazahkan kepada saya juga TQVM Tok Belagak

rosdi said...
Assalam, ambo terima ijazah selawat fatih ini dr sifuDEN...lillahitaala..amin.

penamayaku said...
ayat nye yg terangwulan bagi tu ke tuk?

terangwulan said...
apa susahnya panamayaku, ko google jer selawat fatih.

AbiDamia said...
Salam Kasih, Aku terima nikahnya....saya terima ijazahnya wal dunia wal akhirah inkuntum ta'lamun...Aamin Ya Rabb

penamayaku said...
ok, thanks terangwulan. mean no harm tau. just to confirm

liley said...
tadi google, jumpa byk version liley amik tepek kat blog liley senang nak rujuk nanti disini Selawat fatih

penamayaku said...
thanks liliey

fairul said...
Saya nak terima ijazah Selawat Fatih ni tok .... terima kasih banyak2 tok.

Nubuwuah said...
salam tok.. saya terima ijazahnya selawat Fatih zahir dan batin... lama dah saya tunggu.. Alhamdulillah... terima kasih

hamba yang sejahtera said...
SALAM... Jutaan terima kasih Tok mohon ijazah dan mengamalkan Selawat Fatih ni

putih said...
salam tok, terima kasih banyak2...

setven65 said...
Syukur Alhamdulillah...saya trima ijazah selawat fatih dari Tok. Tqvm.

gNoLa said...
saya terima ijazah selawat fatih nie dari tok, terima kasih.

apai LABU said...
alhamdulilah...sy terima ijazah ini dari tok kerna allah...amin..

semian said...
uik...aku dapat dr hg dulu dlm bilangan xxx sekali harung ... depa hg bagi 100x jer ....

art said...
bang semian super raider ma....

bayu said...
salam Tok, Alhamdulillah...saya terima ijazah ini kerana Allah tqvm Tok

Sharif Abdullah said...
Salam Tok, Alhamdulilah tqvm, saya terima ijazah SelawatFatih...barakaAllahu fiih.

faizal said...
Alhamdulillah,Wa Ashkur Ilallah, Qabiltu Minka..

faizal said...
Depa puak Wahabi memamg camtu,semua Bid'ah,syirik..yang depa lepas solat terus cabut lagi bid'ah:)

Abu Aiman said...
Salam Tok, Saya terima ijazah selawat fatih ni. TQ

polkovnik said...
saya terima akan ijazahnya selawat fatih ini daripada Tok Belagak... alhamdulillah

dewahijau said...
Sy terima ijazahnye tok. tq.

aku adalah bintang pening said...
saya terima ijazahnya, terima kasih dan peluk cium

Ulul Albab said...
Salam Tok, Saya terima ijazahnya tok.

DARUL SAKA said...
Amat baik diamal sebelum solat hajat...

sofian said...
Terima kasih Tok Belagak

Mencupu said...
Jazakallahu Khairan Katsira, saya terima ijazah Selawat Fateh daripada Tuan.. (Tok Belagak)

Tuk-Bai said...
saya terima ijazah selawat fateh daripda tok....

Hosna said...
Alhamdulillah, ramai yang meminati amalan kerohanian selawat fateh ni. Maafkan saya kerana menyibuk di dalam ruangan ini. Tuan2 dan puan2 boleh membeli kitab DALAILUL KHAIRAT yang dikarang oleh Al Jazuli. Masya'Allah begitu banyak amalan selawat di dalamnya. Seperti yang dikatakan oleh Tok Belagak jangan merujuk kepada puak wahabi. Depa kata amalan seperti ini bidaah.

Hosna said...
Apapun biarlah berguru dengan guru yang mempunyai untaian sanad salasilah sehingga ke Rasulallah SAW.

cikguizza said...
saya terima ijazahnya tok belagak..alhamdulillah cikguizza

andddiikk said...
saya terima ijazah dari tok

Assukut said...
Den terima ijazahnya tok.. qobiltu..

hamba yang sejahtera said...
baru malam pertama amalkan Selawat Fatih dah jumpa benda pelik esok harinya Tengah hari sebelum waktu Zohor terjumpa batu yg comel bercorak berbentuk telur waktu angkat kain baju...ingatkan telur pindang masa mula2 ternampak harap2 batu ni takder lah khadam yg menyusahkan

hilmi said...
tokkk...saya pn minta nk diterima gak ijazahnya dari tok

aduka30 said...
tok saya terima ijazah ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. terima kasih

wanofthefew said...
tok saya ambik ya tok....

smilewar said...
sy pun nak terima ijazah tuan ni

man said...
sy pun nk ijazah nya tok...

BrO said...
trime la saya ijazah tahap degree tok ini... utk diamalkan...

ShahD'sara said...
alhamdulillah..mohon keizinan mengamalkannya...



Lading Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~