BeriMAN, BeriLMU, BerAMAL, BerTAWAKKAL, BerTAQWA-- Janji ALLAH~ Kebahagiaan Dunia Akhirat
23 October, 2009
Ilmu~AmaL /Sedekah Jariah
Rasulullah SAW bersabda,'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus
kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yg mendoakannya.
[HR.Muslim,Abu Dawud,At-Tirmidzi,Nasa'i dan Ahmad]
SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YG TAK BERAKHIR
[AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU]
1. Berikan al-Quran pd seseorang,& setiap dibaca, anda mdptkan hasanah
[Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat]
2. Sumbangkan kerusi rodake hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
[Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat]
3. Berbahagi bacaan yg berfaedah dgn seseorang
[Share constructive reading material with someone]
4. Bantu Pendidikan seorang anak
[Help in educating a child]
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pd setiap bacaan do'a itu, anda dpt hasanah
[Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat]
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
[Share a doa or Quran CD]
7. Libatkan dlm pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
[Participate in the building of a mosque thru wealth or strength]
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
[Place a water cooler in a public place]
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya,anda dapat hasanah
[Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat]
10. Bagikan email ini dgn orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
[Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment]
Lading_Emas
Mati~Masa utk Pulang...
Demi Allah, kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tidak
ada keraguan di dalamnya. Kematian adalah khabar yang paling boleh
dipercayai yang tidak dinodai oleh syak wasangka sedikitpun.
Kita belum pernah melihat sesuatu yg lebih pasti dari kematian.
Semua yg menjadi angan2 akan musnah.
Demi Allah, kita akan mati.
1. Ia pasti datang dan tiada tempat lari darinya.
2. Ia pasti datang, tiada yang mencegahnya.
3. Ia datang dgn tiba2.
4. Ia tidak pernah mengetuk pintu rumah kita.
5. Ia tidak pernah datang meminta izin kepada kita terlebih dahulu.
6. Ia sentiasa dekat dgn setiap orang.
7. Ia adalah janji yg diberikan kepada kita dan setiap orang.
Semua manusia akan merasakan kedahsyatan maut yg akan membuat warna jari memucat.
Wahai pemilik kematian, mengapa kau turutkan jiwamu mencari
kesenangan yang fana? Maut akan merobek baju dan memisahkanmu dari
kesenangan. Mengapa kau hancurkan badanmu untuk meraih kesenangan yg
sedikit?
Firman Allah dlm surah Al Ahzab ayat 16 : "Katakanlah, 'Lari itu sekali2 tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja."
Apakah kita mempunyai ubat penangkal maut?
Apakah kita memiliki tempat berlari darinya atau dia akan berpaling menghindari dari kita?
Apakah kita tidak tahu bahwa kematian tidak mengenal yg kecil dan dewasa, yg kaya dan yg miskin, yg kuat dan yg lemah. Ia juga tidak tahu mana yg mulia dan mana yg hina?
Berapa ramai org yg mulia dihinakan oleh kematian. Di atas
kepalanya ada bendera yg disembunyikan.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al Munafiqun ayat 10 & 11, "Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yg telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, `Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yg dekat, yg menyebabkan aku dapat bersedekah dan termasuk org2 yg soleh?.' Dan Allah sekali2 tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan."
Kita tidak kekal hidup di dunia ini atau , apakah kita yakin
bahwa diri kita akan hidup kekal di dalamnya? Apakah kita sedar,
setiap hari ada orang mati diusung, entah kerabat atau tetamu kita.
Mengapa mereka tidak pernah kembali lagi?
Sungguh menakjubkan seseorang yg mengganggap bumi tempat tinggalnya
dan berusaha keras meraih puncaknya. Cukuplah seseorang diingatkan
dgn dekatnya kematian. Yang akan menjadikan tanah sebagai teman
pendampingnya.
Wahai pemilik kematian, Allah S.W.T. telah mentakdirkan kematian dgn
ketetapan yg tidak akan pernah berubah. Lalu, apakah kita dapat
mencegahnya?
Kita mungkin cuba makan ubat untuk menyembuhkan suatu penyakit. Namun, adakah ubat yg menyembuhkan kematian?
Kita akan mendatangi doktor jika sakit. Namun, adakah doktor yg dapat
menunda datangnya keputusan?
Nafas kita terbatas. Seluruh gerakan kita menuju titik fana. Kalau
keputusan Allah adalah perkara yg tetap, bagaimana mungkin
seseorang dapat berlari dan menghindarkan diri darinya? Siapapun hendak mencegah kematian dan menolak takdir, niscaya usahanya akan menjadi sia2.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al Mu'minun ayat 99 & 100 : "(Demikianlah keadaan org2 kafir itu), hingga apabila datang
kematian kpd seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku
kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal yg soleh
terhadap yg telah aku tinggalkan. Sekali2 tidak. Sesungguhnya itu
adalah perkataan yg diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada
dinding sampai hari mereka dibangkitkan. "
Mari berhenti sejenak. Bersama, kita meneliti pemandangan yg dahsyat
ini. Inilah saat yg mencengkam. Sejenak, tanyalah diri kita, hendak ke mana dan sampai bila? Katakan kepada jiwa kita. "Tidakkah kau mengerti mereka yg telah disergah kematian adalah jiwa2 seperti diri kamu juga. Seolah2 mereka tidak mempercayai, bahwa ajal telah datang?
Begitulah, ketika maut datang menjemput, nampaklah pemandangan yg
sebelumnya tidak mereka sangka. Bertaubatlah sebelum kita berkata,
apakah ada cara untuk mencegahnya? " dan dikatakan kepada
kita, "Tidak!" katakan pada diri kita,
Wahai jiwa, bertaubatlah. Sesungguhnya kematian telah datang. Setiap
hari selalu ada mayat yg kita kuburkan. Tetapi kita melupakan jejak
kematiannya.
Wahai jiwa, apa ertinya harta yg ku simpan di belakangku, padahal
kau akan keluar dari dunia dgn telanjang.
Mengapa kita masih berselisih tentang kematian, melupakan sesuatu yg
tak pernah melupakan kita?
Katakan padanya, kematian adalah tamu. Bersiaplah menyambutnya
sebaik mungkin. Beramallah utk bekal di alam yg kau jadikan tempat
tinggal abadi.
Wahai jiwa, esok kau akan berjalan di atas titian Shirat (di atas neraka). Sedarlah sebelum kau tergelincir darinya.
Wahai pemilik kematian, inilah dunia :
1. Seluruh kenikmatannya akan dirampas
2. Seluruh angan2nya hanyalah bualan
3. Semua harta yg ada di dalamnya akan diwarisi.
Semuanya dirampas. Semua yg hilang akan kembali, tetapi yg hilang kerana mati tidak akan kembali. Mengapa kita tidak sedarkan diri, mengganggap seolah2 kematian boleh dipindahkan kepada orang lain yg menjadi perisai kita?
Akhirnya marilah kita amati perkara ghaib yg menakutkan ini. Mari
ubati kerasnya hati kita. Berimanlah kepada hari Qiamat sebelum
kedatangannya. Bersusah payahlah mempersiapkannya sebelum menyesal.
Ingatlah kematian sebelum terlambat.
Rasulullah S.A.W. memperingatkan kita dalam sebuah hadis riwayat At
Tirmizi : "Banyakkanlah mengingati perosak kenikmatan iaitu
kematian."
Ya Allah, janganlah kau jadikan hati kami keras dan lalai dari
mengingati kematian kerana sesungguhnya ia adalah berita yg paling
sahih untuk dipercayai kedatangannya serta kurniakanlah keteguhan
iman di dalam hati kami supaya kami tidak mudah terpedaya dengan
janji2 kemewahan dunia kerana akhirnya semua itu tidak dapat kami
kecapi apabila kematian datang menjemput kami dan yg tinggal kekal
hanyalah amal soleh yg ikhlas kepadaMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
Lading_Emas
22 October, 2009
Elak Histeria--Haron Din
Kejadian histeria adalah fenomena yg sering berlaku di sekolah2 berasrama penuh yg perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun Orang awam, salah satu amalan dan petua yg sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah2 yg terdiri drpda QS al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yg dibaca setiap hari, baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah SAW menyebut Ayatul Kursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Utz Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah2 yg terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yg menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa SeseOrg disebabkan tekanan (tension) belajar yg terlalu tinggi di samping kelemahan SeseOrg mengalami emosi ketakutan yg bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yg terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat2 yg dipercayai ada makhluk halus," katanya yg kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yg menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah2 agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang2, OFIS serta tempat Org berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain
Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk2 lain juga yg dikenali dgn pelbagai nama dan oleh yg demikian manusia sewajarnya tidak sewenang2nya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kpda Allah SWT, AGAR dihindari dari gangguan Jin Syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik2nya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu2 kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yg lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kpda Allah agar dilindungi drpda diganggu oleh makhluk yg mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini:
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yg turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bhwa apabila SeseOrg takut kpda Syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Jangan Sengaja Tinggal Solat
"Kita ambil contoh, kadang2 pelajar yg tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut2kan dgn kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati2 sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila SeseOrg meninggalkan Solat, amat mudah Syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mohd Tamyes yg mempunyai pandangan yg sama dgn Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yg ditinggalkan kosong.
"Semua pelajar perlu berhati2 dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dgn gangguan Syaitan dan iblis,katanya - azm
(Interbiu dgn Utz Dato' Haron Din berhubung kes Histeria ini dibuat dua tahun lalu [2007], sekadar panduan dan rujukan kpda yg terlibat dan yg mahu mengambil pengajaran drpdanya- wallahualam)
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19573&Itemid=1
~*~*~*~*~*~*~
Kisah Jin Ummu Shibyan Dgn Nabi Sulaiman
Diriwayatkan drpda Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat SeOrg perempuan tua yg sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua2 keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api drpdanya, dapat membelah bumi dgn menggunakan kukunya yg tajam dan boleh memecahkan batu-batan yg besar dgn pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu drpda jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat Org yg paling hodoh selain daripada engkau.
Perempuan itu menjawab:
“Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yg dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah2, boleh berkokok sprti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura2 dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar2 wajah dgn pelbagai rupa, aku boleh mengikat Rahim Perempuan, boleh membunuh anak2 di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara drpda aku, aku memasuki ke dalam Rahim Org perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut Orang perempuan yg hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kpda kanak2 perempuan ataupun Org2 perempuan yg telah dicalitkan dgn tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dgn ekorku, aku tukarkan kegembiraan Org2 yg sudah bertunang dgn kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan Org lelaki dan aku menghirup spermanya yg putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yg cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kpda peniaga2 dan aku palingkan jualannya. Dgn itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dlm bumi yg kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dgn itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak2 kecil dan aku campakkan kpdanya kepanasan yg sangat panas dan kesakitan yg mengerikan. Maka, dgn itu mengigillah badan mereka serta diconteng2 rupa paras mereka supaya dibenci Org”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata :
“Wahai perempuan yg celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kpda anak2 Adam, lelaki dan perempuan”.
Begitulah kisahnya akan jin yg akan merosakkan anak Adam dgn berbagai cara yg kita tersangka oleh kita yg selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya, tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kpda kita anak2 Adam. Tanpa rawatan dari mereka yg benar2 berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak2 Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.
Jika rawatan dilakukan oleh mereka yg tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yg pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
Prof Shahidan Radiman, mencatat:
Sebenarnya Org yg tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana SeseOrg itu “mengubat” si pesakit dgn ayat Al-Quran dan sebagainya, ttpi sakit Org itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok atau TERKUNCI, dlm badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik…
Org yg tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dgn alam ghaib. Ibarat Org Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan Org lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang ttpi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya Org yg sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk2 itu.
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut. Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yg akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kpda semua pembaca, carilah ilmu utk menyampaikan kita kpda Al-Haqq!!!
Rujukkan:
Tanda2 GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN pada Bayi dan Wanita
Semak.. 👉 ~ https://www.meremang.my/misteri/jin-ummu-sibyan-mengikat-rahim-wanita-dan-membunuh-bayi-dalam-kandungan/
ALAM Jin 👉 ~ https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html
Sumpah Pemutus Jin 👉 ~ https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html
MAKRIFATULLAH [KENAL DIRI] 👉 ~
https://lading-emas.blogspot.com/2016/10/ilmu-hakikat-dan-makrifat-ariff-billah.html
Lading_Emas
21 October, 2009
Scanner
Ada baiknya DEN berkongsi sedikit ilmu bersama kengkawan buat jadi Guideline. Apa yang DEN tulis ini adalah merujuk kepada apa yang dikatakan Kasyaf Kauni dalam pengajian Ilmu Musyahadah. Ilmu Musyahadah menjurus kepada Kasyaf Kubro namun dalam mendaki ketahap tersebut memang akan melalui tahap kasyaf Kauni. Kasyaf Kubro sendiri terbahagi kepada 5 :-
a) Pandangan b) Pendengaran c) Bau d) Hati e) Ilmu . Ia suatu perbincangan yang teramat luas..
Kasyaf Kauni
Namun akan ada persamaan ditahap-tahap tertentu dengan Scan yang di pelajari atau dibuka oleh aliran lain ataupun mereka yang terbuka secara semulajadi. Turutan kronologi dibawah tidak semestinya berturut, boleh sahaja ia meningkat naik mendadak dan boleh sahaja ia menurun atau tetap setakat itu sahaja.
1) Masih didalam bentuk binatang seperti monyet , rama-rama, buaya atau simbol-simbol yang
pelik-pelik. Scan pada tahap ini adalah yang terawal dan terendah sekali tahapnya. Maka perhatikan anda. Biasanya ini pada tahap Nafsu Ammarah yang melampau.
2) Mula nampak berbayang-bayang atau berbalam-balam yakni tenggelam timbul seperti
Torchlight tak cukup bateri.
Scan sudah mula terbuka walaupun on-off sifatnya. Teruskan amalan. Biasanya tahap ini agak
agak lama sedikit Murid akan on-off scannya..Hendaklah rajin refer pada gurunya.
3) Mula ternampak sedikit pergerakan. Scan pada tahap ini memang memenatkan. Konsentrasi
harus penuh. Scan ditahap ini sudah memasuki tahap scan dalam. Scan terbahagi 2 secara
amnya. a) Scan dalam b) Scan luar
Scan dalaman masih belum stabil namun ia adalah asas yang perlu dilalui sebelum melangkah
lebih jauh
4) Rupa bentuk makhluk ghaib sudah boleh dilihat..biasanya dari jenis hantu...seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain. Jin masih belum dapat dilihat lagi...Pada ketika ini agak cepat sedikit peningkatannya...Namun Jin juga memiliki ilmu untuk menahan/sekat dari discan..maka hanya JIN tahap rendah sahaja pada ketika ini yang akan kelihatan...
5) Pada ketika ini gambaran hanya dalam bentuk black and white.
6) Jin sudah boleh dikesan didalam badan pesakit. Melihat Jin didalam badan lebih sukar dari melihat JIN yang berada diluar badan pesakit.
7) Barangan Santau seperti kaca halus sudah boleh dikenal pasti..
8) Rupa penyamaran Jin sudah agak jelas..seperti pendekar, puteri, wali, tok syeikh dan sebagainya...Pada ketika inilah saat kritikal..kerana murid biasa mudah menjatuh hukum...begitu juga mereka yang mendalami ilmu kebatinan. Selalu terperangkap dengan dakwaan bertemu Wali..
9) Scan pada tahap ini hanya berlaku pada jarak dekat sahaja tidak pada jarak jauh
Pada Tahap 1-9, belum lagi boleh membezakan penyamaran JIN yakni hanya nampak penyamaran JIN sahaja tanpa rupa bentuk yang asal.
Dihantar oleh DARUL SAKA
*********************
komen:
hj nazri said...
Assalamualikum Tok Dewata,
Macam mana nak bezakan perjalanan rohani dengan khayalan masa tengah scan..?
Apa petua supaya kita tidak tertipu di Alam Khayal semasa scan...
kata Guru saya perjalanan kita mencari redho Allah akan melalui 7 alam dan beratus sub alam...bergantung kepada tahap Rohani dan amalan soleh masing masing. Kalau tak silap, alam level ketiga dipanggil alam misal atau tamsil atau khayal atau alam jin. Bila berada di alam ni .. kita main flash je ..zip zap.. jadilah insyallah dengan apa yang dikhayalkan tu..Pesan guru saya jangan lah tahap amalan kita terhenti di alam ini. biasanya bila tahap rohani kita boleh mancapai ke alam ini maka terzohir lah pada kita akan beberapa kelebihan seperti menjadi bomoh/dukun/perawat/pendekar dsbgnya yang sebenarnya hanyalah istidrajbelaka...maka ramailah orang yang tersangkut di alam ini dek kerana kelebihan kelebihan yang sedikit tadi..dengan itu perjalanan kerohanian ke alam tingkatan yang lebih tinggi i.e JABARUT , MALAKUT untuk mencapai dan mencari redho ALLAH tidak tercapai...
Jadi kalau kita masih dok asyik main cak celut dengan jin, tangkap masuk botol dan bayangkan pulau dan hantar jin ke situ.. maknanya kita masih terkapai kapai di alam khayal tersebut. memanglah di alam khayal tu .. apa yang di inginkan insyallah akan termakbul..yang hanya merupakan istidraj dari ALLAH. maka matlamat kita untuk mencapai makam tertinggi dalam mencari redho ALLAH akan terhenti dan sukar tercapai kerana sangkaan kita sendiri merasakan sudah dekat dengan yang HAQ, lalu amalan amalan soleh menjadi tercorot kerana sibuk dengan hal hal di alam Khayal tadi.so marilah kita sama sama tepuk dada tanya iman.. supaya kita boleh saling ingat mengingati atas jalan Allah
sekian Terima kasih
**************
DARUL SAKA said...
Scan tidak boleh belajar tanpa Guru...Pasti akan tersesat kealam khayalan..macam yang Hj Nazri terangkan.Alam dunia sahaja 70...so bayangkan...siap ada syurga neraka .
Namun Kasyaf Kauni sukar nak jumpa ....
August 26, 2009 1:10 AM
DARUL SAKA said...
Sebelum Membezakan alam rohani dan khayalan.Kena bezakan dahulu gangguan dialam rohani. Dikuatiri terkena Jazbah JIN...Maka penapis mesti ada...petua mursyid dipegang erat..
Dunia khayalan bukan setakat aliran kebatinan sahaja terperangkap...mereka yang sedang bersuluk pun kekadang seolah-olah terbuka kasyaf mereka begitu ketika berzikir secra beramai-ramai..ketika ini mereka merasakan kasyaf terbuka..walhal hanya hayalan sahaja
August 26, 2009 1:14 AM
DARUL SAKA said...
Ramai Perawat menggunakan Ayat Al-quran untuk menelek..Sebagai contoh...bila diruqyah..pesakit diam...dikatakan takda masalah sihir...kalau pesakit bergerak-erak dikatakan ada sihir...Bukankan sama aje dengan memotong limau danmelihat telangkup atau tidak dalam menentukan ada atau tidak JIN.
Berbeza dengan mereka yang nampak...kalau ada kata ada..kalau takda kata takda...
August 26, 2009 1:16 AM
DARUL SAKA said...
Harus diingat Jin Yang Kuat..boleh bertahan..dari Ruqyah...mereka akan membatukan diri...untuk mengelakan dari dikesan dengan bacaan Ruqyah..Den dah banyak terima kes begini..Sudah terang-terang ada JIN tercongok...dikatakan tiada.asyik suruh jumpa doktor sahaja...doktor pula kata tiada apa-apa..Last2 pesakit jadi keliru dan hampa..
DARUL SAKA said...
Musyahadah = Menyaksikan
Terbahagi kepada 4 disiplin ilmu
a) Jalan Ketuhanan ( Kasyaf)
b) Jalan Kewalian
c) Jalan Malaikat
d) Jalan Fatimah
DARUL SAKA said...
Musyahadah itu sendiri menyaksikan...mana yg tidak diizinkan Allah kasyaf Kubro..dimana penyampaian ilmu pada tahap kasyaf Kubro ini lebih kepada jalan Syahadah yakni bukan jalan laduni, ilham dan lain2.....kata orang berguru dengan Guru sebenar Guru..sebab itu ilmu yang dipaparkan pelik2 belaka..walhal apo yang DEN cerita tu hanya kulit sahaja..yang lain pastilah tiada kebenaran untuk DEN menceritakannya..
Maka jalan Para Wali, Malaikat atau Fatimah digunakan...Ia agak sukar diterangkan didalam bentuk tinta...Cuma Fatimah lebih kepada penyucian Hati dan Roh....
Sebenarnya satu jalan sudah cukup..dan ramai Guru hanya berpegang pada satu jalan sahaja..dan amat kurang yang mampu membawa keempat-empat jalan serentak...
Sifu kepada Sifu DEN dulu mengambil kaedah Fatimah dari jalan Tok Kenali..kemudian ke Cirebon, indonesia..kemudian diarahkan kemabali ke Patani dimana Ada Mursyid yang mampu membimbing lebih tinggi lagi..
Pemakaian untuk perubatan tiada apa pun..cuma sekadar menunjukan kebesaran ilmu Allah s.w.t sahaja, tidak lebih dari itu. Bahkan menambahkan lagi tahap keyakinan dari Ainul Yakin kepada Kamalul Yaqin..
Dulu DEN diamkan aje..tapi bila tuduhan demi tuduhan oleh Ustaz2 segera mengatakan syirik dan hanya ruqyah sahaja terbaik..DEN rasa terpanggil...Ramai pesakit yang berjumpa DEN secara halusnya sudah hilang yakin pada jalan Ruqyah cuma tak diluahkan sahaja..tapi dari cara sms dan email..kita sudah faham..cuma DEN hanya mampu cakap..Ramai lagi yang menguasai ilmu perubatan Rabbani yang jauh melebihi kaedah Ruqyah tersebut..
Alhamdulillah Mereka kembali percaya dengan lebih teguh.....akan keagungan Islam...apabila DEN berjaya membongkor satu persatu misteri yang menyelubungi mereka.
DEN sebelum menulis begini pun telah mendapat kebenaran dari Sifu dan pihak atasan...
***************************
Tahap-tahap Scan dan Kronologi - Nur Layar
Mereka yang berminat untuk scanning pasti akan melalui beberapa fasa warna screen/layar scan yang berbeza-beza...Maka perlulah dipegang teguh akan amanat guru. Dari warna2 yang terpancar semasa murid mula melakukan scan...
Hitam - Elok pi rendam kepala tu dalam pasir
Merah - Setan ( agak-agaklah sendiri )
Biru - Fatimah ( amat cantik scannya umpama mengambil gambar dengan filter kebiru-biruan )
Hijau - Rasul ( amat jarang yang dapat begini )
Putih - Inilah Nur Scan yang terbaik dan terulung
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 12:37 AM 9 komen
Label: Scan
29.8.09
Tahap-tahap Scan dan Kronologi - Layar
Apabila scan..pasti mempunyai layar...Umpama Monitor Computer....Kalau satu computer boleh mempunyai beberapa layar / Skrin maka layar scan juga begitu...Boleh sahaja semasa scan kita meletakan layar didinding..di atas kepala pesakit..di hati kita..atau diaman yang di fikirkan sesuai dan serasi mengikut keselesaan memasing.
Mereka yang mahir boleh juga memasang beberapa skrin serentak...mengawasi beberapa keadaan ditempat yang berbeza-beza..Pada mulanya memang agak mengelirukan dan memenatkan namun dengan latihan dan jiwa yang tenang , semua bug atau problem yang timbul dalam melakukan scanning serentak boleh dilakukan dengan jayanya..sehingga pesakit tidak perasan semasa kita bersembang dengan dia..dibelakang dia ada beberapa layar tentang pesakit-pesakit yang lain..Kaedah ini sesuai untuk mereka yang selalu mendapat sms atau email tentang masalah ketika perawat sedang merawat orang lain....Kekadang sms atau email yang diterima itu memang memerlukan perhatian serta merta..maka perlulah perawat menumpukan dahulu terhadap pesakit yang amat terdesak atau situasi amat merbahaya...Ianya seperti pengawal yang ada beberapa skrin dihadapannya hasil CCTV yang dipantau...mana2 kawasan yang ada break through kenalah di layani dahulu..
Dihantar oleh DARUL SAKA pada 11:53 AM 8 komen
Label: Scan
26.8.09
Tahap-tahap Scan dan Kronologi - 2
( II ) Kita bicara satu tahap lagi SCAN
1) Tahap ini kita sudah boleh melihat JIN dampingan seseorang. Bagaimanapun
masih belum boleh melihat apa jenis nya. Kerana Dampingan berpakaian
lengkap. ( Orang takan ambil Dampingan yg lemah ). Dampingan jenis yg jahat
sukar dilihat kerana nak cover line.
2) Tahap berikutnya kita sudah boleh melihat kedua-dua jenis dampingan samada
Jenis yg dipelihara atau yg mendatang. Kita sudah mampu untuk berinteraksi secara batiniah. Masih belum dapat mengenali dengan tepat tahap dampingan tersebut.
3) Tahap yg ini kita sudah mampu berbicara dan boleh menilai siapa dia yg mendampingi seseorang.
Baik atau Buruk….Bagaimanapun perlu di tilik hati kita mantapkan amalan kerana JIN tahap pertengahan mampu memperdaya mereka yg berada ditahap scan begini. Awas selalu patuhi petua guru.
4) Scan pada tahap ini sudah boleh berinteraksi dengan alam Ghaib peringkat
rendah seperti Bunian kawasan kaki Gunung, Paya dll….
Kaedah berinteraksi pula berbeza samada masuk kealam mereka atau terus aje membuat pandangan ke situ. Masih boleh diperdaya lagi scan pada tahap ini.
5) Scan alam bunian pertengahan masih tergantung pada kawasan juga dan tahap
Penghulu Bunian Kawasan. TOK AKI ni biasa nya boleh BLOCK scan mereka
yg ditahap ini kecuali yg dibenarkan sahaja. Ketika ini berhati-hatilah mudah kita
terpedaya dengan dakwaan kewalian mereka.
6) Scan alam bunian tinggi biasanya sesudah kita mencapai tahap tertentu dalam
kerohanian. Kalau kita scan dari aliran hitam…maka tidak mungkin kita dapat
Scan perkampungan BUNIAN islam yg biasanya diketuai oleh BUNIAN yg
Mukmin. Scan kaedah zikir sudah boleh menembusi alam Bunian Tinggi ini dan
amat tidak disukai oleh Golongan Bunian Kafir Tahap Atas. Pada ketika INI
pandangan kita sudah mula menerbitkan NUR yg akan menyilaukan BUNIAN
jenis Kafir.
SCAN TAHAP II : 1 -6 di atas sudah boleh menjangkau kawasan. Scan pada tahap ini masih boleh di BLOCK oleh BOMOH, PAWANG dan JIN
***********************************************
Untuk kekawan sumer, aku cut paste dari site harmoni tapi dah ringkaskan pasal boleh masuk 4,096 karakter jer kat sini:
ILMU SCAN by Belagak
Peringkat Kasyaf Kauni
1. Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu-Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan
2. Mewiridkan Kalimah Tammah Yang pendek-A’uzubikalimati…hittammat sebanyak mana yang mampu (1113x)…tiga kali minimum…
3. Mewiridkan ALLAH ALLAH ALLAH 5000 kali SEHARI…tu boleh buat sambung2 ...waktu keje ... lepas solat .. dsb
4. Tasbih Yunus 1000 kali-tambahan je atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.
#1,2 &3 Bertujuan Memantapkan Diri.
#4 Bertujuan Mendinding Diri.
Kaedah riadahnya :
5. Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am..La tudriku…1000kali setiap hari sebanyak hari mana yang mampu..Untuk yg sudah beramal sekurangnya 21 hari....boleh mula untuk scanning sebagai latihan....
6. Untuk memantapkan lagi amalan.. boleh amalkan membaca Surah Al-mulk selama 40 malam.. lepas tu 80mlm.. 120mlm
7. Kaedah Latihannya :
i.) pejam mata dan mula zikir Allah...dalam hati sebanyak mungkin...
ii.) kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening....lihat apa yg ada....
iii.) zikir lagi...mula2 biasanya warna hitam dan ini akan bertukar warna....akhir sekali akan keluar kalimah....Apa2 kalimah yg kuar itulah panduan Asas kita dalam scanning nampak bukan rasa.....Begitu juga cahayanya...Kalau hitam tu...kona buat lagi le....
a-kalau BIRU Tahap Siti Fatimah
b-kalau HIJAU tu Tahap Rasul.....
c-Kalau MERAH tu Tahap Iblis....
iv.) Walau pun cahaya biru dan Hijau sudah boleh dijadikan "lampu" pada scan tetapi jgnlah di biar setakat itu sahaja....Kalau merah tu..baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.
8. Maka bermulalah apa yg dikatakan scanning pandangan...
a) Gambaran pertama biasanya hitam putih dan gambar pun kuar sekeping2...satu dimensi
Selepas kuar gambar sekeping hitam putih....selepas tu baru kuar vision bergerak hitam putih dan akhirnya color....Tapi nasible..ada yg terus color dan siap 3 dimensi lagi...
b) Kalau semasa scan kuar cahaya campur2...relak dulu..zikir pelan2.....Bagaimanapun setakat nak tahu ada gangguan atau tidak boleh le pakai cuma takleh nak kasi tau siapa buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.
c) scanning cuma lihat.. macam kita guna teropong.. tgk jarak jauh.. macam tu la lebih kurangnya.. kecuali la.. bagi yg aura tinggi bila org scan dia boleh tahu…scan ni…kalau ikut kata budak2 muda serupa cam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap.. jadi org tak nampak kita.. kita tgk dari lubang pintu (cahaya kecil).. org di dalam bilik@ rumah tak nampak lubang kecik ni.. bilik ni terang .. jadi org yg tgk boleh nampak melalui lubang kecil tadi.. lebih kurang begitu la..dah nampak lubang kecik tu nape tak jenguk?.. jgn la duk melilau tgk dalam gelap gelita tu..
9. Petua Tambahan by Sentosa
-hilangkan rasa takut spt melihat jin, takut kerasukan dll perasaan takut kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.
-biasakan menzikiri Allah atau Allahhu dimana saja bila-bila masa saja.
-bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah maknanya beratapkan langit ditengah malam.
-sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap(lampu).
-biasakan mandi fajar/mandi besar menjelang subuh
-sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin.
Nak detail lagi kat sini: http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,821.msg33181.html#msg33181
LadingEmas@gmail.com
Ayat Qursi
Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya....
Oleh kerana ramai benar peminat Syeikh Kandiyas al Tambi al Banjari Al Kedahi Al Machester United....ada baiknya DEN stop kan ke bullshitan ni semua once for all...ITU Kandiyas...DEN kasi body Slam je...Mengarut je...
Sesuai dengan kebesaran Ayatul Qursi..Khadam Ayat tersebut pastilah Kekasih Allah sendiri yakni Muhammad s.a.w
Maka kerana itu untuk menjazamkan Ayat Qursi hendaklah selawat dan salam serta di hadiahkan Al-Fatihah kepada Rsulullah s.a.w
Di sebelah Patani...Ramai tok-tok Guru menggunakan Qursi sebagai Salah Satu Cara melindung diri didalam Kaedah Lam Jalalah.
Kaedah menjazam ayat Qursi yang paling asas ialah
1) Baca Selawat..Hadiah Fatihah pada Rasulullah s.a.w dan Guru2..Niat nak jazamkan Amalan Ayatul Qursi
2) Di amal selepas Isyak sebanyak 313x tanpa putus yakni tidak boleh batal wuduk atau bercakap di pertengahan..Kalau terbatal, terkentut atau sakit perut secara tiba2..pi le toilet.takan kaifiat dalam toilet pun DEN nak ajar...Biasanya kalau jadi camtu...pasti ada unsur2 mistik...
3) Kalau dah batal...ambil wuduk balik dan buat balik dari asal yakni start 0.
4) Kalau tak larat...buat di lain malam...malam jumaat tak digalakan...takut kaum ibu merengek-rengek atau kaum bapa gelisah semacam je...Tapi nak buat apa salahnya..kalau Batal jangan cakap DEN tak pesan....Ada member yang sampai 7 malam baru dapat sukses..DEN cakap kalau ada apa2 kelebihan seperti pahala dan sebagainya untuk malam yg gagal 6 kali tu..tetap ada...sebab kita baca Al-Quran
5) Tak payah baca 9 perhentian..baca cam biasa je...Baca bismillah boleh sekali dipermulaan sahaja...
Sesudah Jazam....Bolehlah mula diamalkan untuk pakaian harian...
Pilih samada 7x, 18x, 21x, 51x, 72x, 144x sehari....Tidak perlu sekali gus...
Peringatan :
Kaedah 7x - untuk self defense
18x - sudah ada auto censor - bila berhampiran tempat angker atau orang yg bermasalah pasti kita dapat terasa sesuatu..itu bergantunglah kepada tahap kepekaan memasing...boleh di uji dengan bertanya kepda mereka yg boleh scan nampak.
51x - Boleh menjadi ancaman kepada sihir dan makhluk halus
72x dan 144x tu korang dah boleh jadi ULTRAMAN TARO...
Suatu kaifiat lain sesudah jazam ialah membaca dalam wuduk 1,000x selama 41 hari..DEN sendiri tak pernah dapat..DEN dapek buek 21 hari je....Yang ini tak yah straight cuma perlu wuduk aje....Perghhhhhhhhhhhhhh...Sifu DEN tak pernah kasi tau apa kelebihannya...DEN pun amal masa DEN form 3 dulu...
[Petikan Tok BeLagak]
LadingEmas27@gmail.com
19 October, 2009
Perjalanan Kesah; ANAK PADERI....
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya utk menerima Taufik dan Hidayah)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.... Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan.. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang Malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah..
Seorang berjubah hitam membawa salib.
Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.
Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.
Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada di tepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur di luar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah ....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah di hadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...
Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam........jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura ....dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu... KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi..
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !
************
Jgn lupe setiap perbuatan kita ape2 saja, jk makan dan minum tu beringat2lah.
Paling2 tidak pun baca Bismillah [Dgn Nama Allah] InsyaAllah tiada mudarat pada Anda & sesiapa
yg beramal dgn kalimah tersebut. Kena ingat bahawa kalimah itu lebih tinggi dan Utama
drpd kalimah sihir. W'Alam.
LadingEmas27@gmail.com
Suatu Kisah (Siri-1-4): Daun Kering & Pokok Ciku
Azman, tersentak sebentar Azman dari lamunan. Dia mencapai
telepon tersebut, terpapar nama Ustaz Saiful di skrin tersebut.
Dalam hatinya oh! Ustaz Saiful yang telepon. Dia menjawab
panggilan tersebut dengan terus melafazkan ucapan salam kepada
Ustaz Saiful.
“Azman, enta kerja tak hari Sabtu ini” Ustaz Saiful bertanya.
“Tidak, kenapa Ustaz? kata Azman.
“Ana bercadang nak ke Baling Kedah ada jemputan Kahwin. Ana
mungkin pergi seorang sahaja, kebetulan kereta ana ada masalah
untuk jalan jauh”
“Ana nak mintak tolong enta temankan, kalau boleh naik kereta
enta, ana tanggung minyak dan tol, boleh ke?”
“Insya’Allah, tak ada masalah Ustaz” jawab Azman dengan
gembira.
Azman bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah
Bangunan 15 tingkat di Bangi, dia bertugas sebagai ketua
pengawal keselamatan disitu. Hampir lima belas tahun dia telah
bekerja disitu iaitu sejak dia berumur 23 tahun.
Pada pagi Sabtu itu Azman dan Ustaz Saiful telah bertolak dari
Bangi kira-kira pukul 8 pagi menuju ke Baling. Mereka sampai di
Kupang, Baling hampir dengan waktu Zohor. Selepas solat Zohor
dan Asar Jamak Taqdim di Masjid Kupang, mereka terus ke
tempat kenduri.
Ustaz Saiful memeluk erat sahabat lamanya Ustaz Umar yang
agak lama tak bertemu hampir dua tahun. “Enta datang seorang
sahaja ke, keluarga tak ikut sekali? Tanya Ustaz Umar.
“Anak ana yang tua nak ambil SPM dan yang nombor tiga nak
ambil UPSR, mereka ada kelas tambahan hari ini” Ustaz Saiful
menerangkan.
“Ana datang dengan Sahabat baik ana ini, Ustaz Azman” Ustaz
Saiful memperkenalkan Azman.
“Saya bukan Ustaz, panggil Azman sahaja” Sambil tersenyum,
Azman cuba merendahkan diri dihadapan Ustaz Umar.
Ustaz Saiful dan Ustaz Umar bersahabat sejak perkenalan
mereka ketika menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dalam
bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Hampir sejam juga mereka di rumah Ustaz Umar.
“Terlanjur kita dah sampai Baling ni mari kita singgah di Kulim
sekejap, ana nak berjumpa dengan Sahabat ana di Kampung
Kelang Lama, boleh ke Azman?” kata Ustaz Saiful kepada Azman.
“Ok, ustaz! No problem” jawab Azman dengan gembira.
Ketika memandu menuju ke Kulim, mereka telah tersesat jalan,
lalu mereka berhenti dihadapan sebuah Stesen Telekom. Ustaz
Saiful pergi ke pondok pengawal bertanyakan jalan yang betul
ke Kulim. Ketika Ustaz Saiful sedang bercakap dengan Pengawal
Keselamatan tersebut, Azman teringat ketika dia mula-mula
berjumpa dengan Ustaz Saiful.
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, jiran sebelah rumah Azman,
Hisham menyerahkan borang permohonan untuk belajar di
Darussyifa’. Bila terima borang tersebut, Azman berkata kepada
Hisham “Saya tak beranilah nak belajar di Darussyifa’, Quran
pun aku baca sangkut-sangkut”.
“Inilah peluang kita nak tingkatkan diri kita, sekurang-kurangnya
kita boleh menghadiri kelas Tajwid untuk perbaiki bacaan al-
Quran kita” kata Hisham kepada Azman.
“Beginilah Azman, engkau lakukanlah solat sunat istikharah,
mohon ilham dari Allah supaya buat keputusan sama ada nak
belajar atau tidak di Darussyifa’” tambah Hisham lagi.
“Aku bukan apa, anak kecil kau tu selalu sangat menangis tengah
-tengah malam, kalau kau belajar ilmu pengubatan Islam, kau
sendiri boleh rawat anak kau tu” Hisham menegaskan lagi.
“Ok lah Hisham aku cuba lakukan solat istikharah” kata Azman.
Selang seminggu, Azman menyerahkan borang permohonan
tersebut kepada Hisham. “Insya’Allah aku cuba belajar di
Darussyifa’, selepas solat istikharah, hati aku rasa berkobar-
kobar nak belajar pulak” terang Azman kepada Hisham.
“Alhamdulillah” kata Hisham.
Azman telah menghadirkan diri di sessi temuduga untuk
kemasukan pelajar baru. Salah satu soalan yang ditanya, calun
disuruh memperdengarkan bacaan Surah al-Fatihah kepada panel
penemuduga.
“Bacaan Surah al-Fatihah suadara sangat tidak memuaskan,
saudara kena perbaikinya. Bacaan al-Fatihah adalah bacaan asas
yang menjadi rukun solat. Kalau al-Fatihah tak betul, solat akan
jadi tidak sah” Tegas Ustaz Rashid kepada Azman dalam sessi
temuduga.
Selesai sessi temuduga, Azman rasa agak kecewa, ini kerana dia
yakin dia tidak diterima belajar di Darussyifa’.
Selang sebulan. Petang itu telepon Azman berdering. Salam
diberi diikuti dengan pertanyaan “Boleh saya cakap denga En
Azman”.
“Ya saya Azman bercakap, siapa ni?” tanya Azman
“Saya Jufry dari Darussyifa’, tahniah! En. Azman telah diterima
untuk belajar di Darussyifa’. Sila hadirkan pada hari
pendaftaran Ahad yang akan datang ini”
Hati Azman sungguh gembira tidak terkira. Azman memasangkan
tekad untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Malam itu dia
lakukan solat hajat memohon Allah membantunya agar dia dapat
meningkatkan dirinya dalam ‘ilmu agama dan al-quran.
Dia tidak mahu, ketika belajar di Darussyifa’ nanti merasa
rendah diri kerana tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.
Pada keesokan harinya, ketika sedang bertugas di balai pengawal,
seorang lelaki berkupiah putih datang menghampirinya.
“Assalammu’alaikum, boleh saya tanya Surau di tingkat berapa?
“Wa’alaikummussalam, di tingkat tiga encik. Encik nak berjumpa
dengan siapa? Tanya Azman.
“Saya nak menyampaikan Kuliah Agama” Ustaz itu menjawab
sambil tersenyum.
“Oh! Ustaz rupanya, boleh saya tahu nama Ustaz, bukan apa saya
nak rekodkan dalam buku ini sahaja” Azman menambah.
“Nama saya Saiful bin Kamaruddin, panggil saya Ustaz Saiful
sahaja” jawab Ustaz Saiful sambil tersenyum.
Itulah pertama kali Azman bertemu dengan Ustaz Saiful. Tujuh
tahun telah berlalu, terasa sekejap sungguh, Azman dan Ustaz
Saiful telah menjadi sahabat baik.
Sejak berkawan dengan Ustaz Saiful, Azman telah banyak
berubah. Sehinggakan pada suatu subuh pagi Jumaat di sebuah
surau di kawasan tempat dia tinggal imam tidak muncul-muncul
untuk mengimamkan solat Subuh.
Masing-masing tolak menolak tidak mahu jadi imam kerana tidak
hafal surah as-Sajadah. Salah seorang jamaah tiba-tiba menolak
Azman supaya kehadapan untuk menjadi imam.
Azman terus mengimamkan solat Subuh itu. Selepas al-Fatihah di
rakaat pertama dia membaca Surah as-Sajadah dan di rakaat
kedua Surah al-Insaan.
Selesai solat subuh, jamaah surau ucap tahniah kepadanya.
“Bila engkau belajar Quran ini, sedap betul kau baca tadi,
Alhamdulillah, kau boleh jadi imam ni” kata salah seorang jamaah.
Azman teringat ketika mula-mula berpindah di taman itu sepuluh
tahun yang lalu, dia ditegur banyak kali dalam majlis tadarus al
-Quran di bulan Ramadhan kerana banyak yang salah dari yang
betul dalam bacaan al-Quran yang dibacanya. Sejak itu dia terus
malu nak ikut serta majlis tadarus.
Mereka sampai di Kampung Kelang Lama, Kulim agak lewat kerana
tersesat jalan. Mereka singgah di Sebuah Masjid berhampiran
yang berhampiran. Jamaah Masjid baharu sahaja selesai solat
Asar berjamaah. Ada sebahagian jamaah masih bersembang di
kaki lima Masjid.
Ustaz Saiful memberi salam dan bertanya kepada salah seorang
jamaah di Masjid tersebut.
“Assalammu’alaikum pakcik, boleh saya bertanya, Pakcik kenal
tak dengan Ustaz Mohd Nur Ismail, kalau tak silap saya dia
tinggal di sekitar kampung ini”
“Oo! Ustaz Mohd Nor tak tinggal disini lagi dia dah pindah ke
Gurun” kata Pakcik tersebut dengan menampakkan gigi
hadapannya yang tinggal sebatang.
“Terima kasih pakcik” kata Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful menampakkan raut keletihan di wajahnya kerana
tidak sampai hajat nak berjumpa kawan lama.
Mereka berdua mengambil wuduk kemudian lakukan solat
Tahiyatul Masjid. Setelah itu mereka duduk di tangga hadapan
masjid untuk berehat sebentar. Mereka tidak lakukan solat Asar
sebab telah melakukan Jamak Taqdim.
Tiba-tiba mereka berdua di tegur oleh seorang pakcik yang
dalam lingkumgan umur 70 tahun.
“Assalammu’alaikum” kata pakcik itu
“Wa’alaikummussalam” jawab mereka berdua.
“Anak berdua ni dari mana, dari Kuala Lumpur ke?”
“Ya Pakcik, kami dari Bangi, macam mana pakcik tahu?” kata
Azman.
“Oo, Pakcik tengok kereta tu macam kereta orang Kuala Lumpur?
Pakcik itu menerangkan.
“Anak berdua ni orang Ustaz Haron Din ke” tanya Pakcik itu
meneruskan perbualan.
“Saya Saiful dan ini Azman, Azman ni memang orang Ustaz Haron
Din, saya belum lagi” Ustaz Saiful menambah.
“Azman memang anak murid Ustaz Haron Din, macam mana
pakcik tahu Darussyifa’ ” tambah Ustaz Saiful.
“Oo! Pakcik nampak di belakang kereta tu ada tulis Darussyifa”
Pakcik itu menambah sambil menunjukkan ke arah kereta Azman.
Azman memang melekatkan stiker Darussyifa’ di keretanya sejak
stiker itu dikeluarkan.
“Pakcik berhajat untuk menjemput anak berdua ke rumah Pakcik
untuk minum petang. Boleh kita sambung berbual, kalau tak
keberatan. Rumah Pakcik dekat situ sahaja” Kata pakcik itu
dengan tersenyum sambil menunjukkan ke arah rumahnya.
Pakcik itu mengajak dengan bersungguh-sungguh akhirnya mereka
tidak dapat menolaknya.
“Terima kasih, kerana sudi terima jemputan Pakcik” kata pakcik
itu dengan gembira.
“Boleh saya tahu nama Pakcik” Azman bertanya.
“Oh! Terlupa pulak pakcik nak perkenalkan diri, nama pakcik,
Haji Hussin, orang kampung panggil Pak Husin sahaja, pakcik ni
siak di Masjid ini” Pak Hussin menerangkan.
Kami berjalan ke rumah Pak Husin bersama-sama. Kawasan
sekitar sungguh tenang dan damai diikuti dengan angin sepoi-
sepoi bahasa yang meniup pokok-pokok getah di sekeliling rumah
Pak Husin.
Kelihatan daun-daun kering pokok getah yang berguguran melekat
di sarang labah-labah berayun-ayun di tiup angin.
Tidak jauh di halaman rumah itu terdapat pokok ciku yang sedang
lebat buahnya dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni
menghiasi laman rumah tersebut.
Rumah Pak Husin ialah rumah Kampung yang masih unik dengan
keaslian kampungnya. Bahagian hadapan sepenuhnya kayu dan
didirikan diatas tiang-tiang kayu yang tinggi melepasi kepala.
Bahagian belakang dan dapurnya adalah separuh batu dan
separuh kayu.
Ustaz Saiful dan Azman di jemput naik kerumah. Pak Husin pergi
kedapur dan menyuruh isterinya menyediakan minuman.
Pak Husin meneruskan perbualan “Pakcik sebenarnya dah lama
sangat nak ke Bangi nak jumpa Ustaz Haron Din. Ada orang kata
di Darussyifa’ macam-macam penyakit boleh sembuh”
“Di Darussyifa’ kami hanya berikhtiar sahaja dengan kaedah yang
dibenarkan oleh Syarak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh
menyembuhkan penyakit” Azman menambah.
“ Ada juga anak pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur tu nak
bawak ke Darussyifa’, tapi asyik tangguh sahaja, ada maca-macam
hal pulak. Orang kata susah juga ya nak jumpa Ustaz Haron Din”
sambung Pak Husin.
“Memang agak sukar nak berjumpa dengan Ustaz Haron Din. Dia
hanya merawat pada pagi Selasa dari jam 7:30 pagi hingga 1:00
tengahari.” Azman menambah
“Kalau nak dapat rawatan terus dengan dia, kita perlu
mendapatkan nombor giliran 1 hingga 200, sebab itu ada yang
sanggup datang beratur di Darussyifa’ sebelum waktu subuh lagi
untuk dapatkan nombor tersebut” Azman menjelaskan.
“Sebenarnya, boleh saya tahu penyakit apa yang pakcik hidapi?
Azman bertanya.
“Oh! Sebenarnya bukan pakcik, anak pakcik yang sakit. Pakcik
mempunyai tujuh orang anak. Yang sakit anak pakcik yang bungsu.
Umurnya baru 25 tahun.” Pak Husin menjelaskan dengan agak
sayu.
“Siapa namanya pakcik” Azman bertanya lagi
“Hafiz, sebelum sakit dulu dia belajar di Maktab Mahmud Alor
Setar. Sejak akhir-akhir ini penyakit dia makin teruk. Selalu
sangat mengigil dan meronta-ronta” Pak Husin menambah.
Mereka berbual panjang hingga jam hampir menunjukkan pukul 6
petang. Pak Husin menceritakan tentang anak-anak mereka yang
berjaya. Anak lelaki sulungnya bekerja sebagai Doktor di
Hospital HUKM menakala anak keduanya perempuan bekerja
sebagai Guru di Alor Setar. Anak yang ketiga lelaki bekerja
sebagai Pegawai KWSP di Sungai Petani. Anak-anak yang lain
bekerja sendiri di Terengganu dan juga di Pulau Pinang.
Semuanya dah berkahwin kecuali yang ke 6 dan yang bungsu.
“Anak perempuan pakcik yang nombor enam, Hafizahlah yang
banyak membantu menguruskan Hafiz” kata Pak Husin
“Pakcik dah bercerita panjang, tetapi pakcik tak cerita lagi, apa
penyakit Hafiz” Ustaz Saiful mencelah.
“Terlupa pulak pakcik nak bagi tahu, mula-mula dulu Sawan tapi
orang kata Hafiz kena penyakit Gila Babi, dah enam tahun,
pakcik dah berubat merata, tapi Allah belum izinkan untuk
sembuh” Pak Husin menerangkan dengan sayu.
Seketika kemudian isteri Pak Husin datang duduk di sebelahnya.
“Ustaz! kalau Ustaz boleh ubat, ubatlah anak makcik ini” kata
isteri Pak Husin dengan nada mengharap.
“Boleh kami tengok Hafiz, pakcik” Azman bertanya.
“Boleh, mari pakcik bawa ke biliknya di bawah sana” Pak Husin
dan isterinya bangun dan membawa kami ke bilik hafiz yang
terletak di bahagian dapur rumahnya. Ketika itu kelihatan Hafiz
sedang tidur.
Setelah Azman memerhatikan keadaan Hafiz dia pun berkata
“Saya rasa ubat penyakit ini ada di depan rumah pakcik”
“Mengikut kata Guru saya, Allah menurunkan penyakit dan
penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu
penyakit itu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu
penyakit itu” Azman menambah.
Dengan agak terperanjat Pak Husin terus berkata “Ya ke? kalau
begitu saya merayu kepada Ustaz tolonglah usahakan”
Azman terus menerangkan kepada Pak Husin iaitu untuk
mengubati penyakit Gila Babi ini ialah dengan menggunakan daun
kering yang gugur melekat di sarang labah-labah. Azman
memberitahu Pak Husin, dia nampak banyak daun kering yang
melekat di sarang labah-labah berhampiran dengan rumah Pak
Husin.
Azman bersama dengan Ustaz Saiful dan Pak Husin pergi
mengambil daun kering tersebut. Sebelum mengambil daun
tersebut, Azman menerangkan cara-cara nak mengambil daun
kering tersebut sebagaimana pesan Ustaz Haron Din kepadanya
seperti berikut;
a. Sebelum mengambil daun tersebut memberi salam kepada
nabi Ilyas dahulu
b. Kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Selawat ke atas
Nabi
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil daun tersebut
jangan bayang-bayang kita terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat pada sarang labah-labah
tersebut dengan menggunakan mulut kemudian selepas ia terpisah
dari sarang labah-labah pegang dengan tangan untuk disimpan
e. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai.
Setelah daun tersebut di ambil sebanyak tujuh helai, Azman
meminta Pak Husin menyediakan sebaldi air biasa yang di ambil
dari perigi. Kebetulan di kawasan tersebut air perigi adalah air
mineral.
Kemudian Hafiz di bawa keluar dari biliknya dan dibaringkan di
hadapan pintu iaitu kakinya menghadap pintu yang menghala
keluar rumah.
Azman meneruskan membaca beberapa kombinasi ayat berikut
iaitu;
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyah
3. Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
4. Doa Hindar Syaitan
5. Dan beberapa doa lagi
Setelah habis doa di baca, Azman tiup pada Daun Kering dan air
dalam baldi tersebut. Azman ambil sehelai daun kering tersebut
dan memamahnya dengan mulut bersama sedikit air yang telah
didoa. Setelah itu dia menyembur kearah Hafiz dari kepala
sampai ke kaki dengan mengisyarat membuang ke luar kearah
pintu. Azman mengulanginya tujuh kali dengan tujuh daun yang
berasingan.
Setelah itu Hafiz diberi minum dengan air tersebut dan
sebahagian air itu di buat mandi. Azman berpesan kepada Pak
Husin bahagikan air itu kepada tiga bahagian untuk dibuat mandi
tiga kali petang. Mandi sebelum masuk waktu maghrib. Air
tersebut adalah untuk membuat bilasan terakhir.
Pada petang itu ibunya memandikan Hafiz dibantu oleh kakaknya
Hafizah, akhir sekali dia di bilas dengan air yang telah
dibacakan doa itu.
Setelah semuanya selesai, waktu telah hampir masuk maghrib.
Azman dan Ustaz Saiful meminta diri untuk beredar melakukan
solat berjamaah Maghrib di Masjid. Selepas solat maghrib, Pak
Husin mempelawa mereka berdua untuk makan malam.
Selepas makan malam di rumah Pak Hussin. Azman berpesan
kepada Pak Husin supaya membuang pokok ciku yang di tanam di
hadapan rumahnya. Ini adalah pesanan Ustaz Haron Din, kerana
mengikut pengalaman beliau dipokok ciku makhluk halus suka
singgah dan bermain. Gila Babi adalah sejenis penyakit gangguan
spiritual yang ada kaitan dengan makhluk halus (syaitan).
Membuang pokok ciku itu adalah satu ikhtiar untuk mengatasi
masalah gangguan makhluk halus tersebut.
Sebelum bertolak balik, Pak Husin memberikan sedikit wang
untuk isi minyak dan tol, sebaliknya Azman menolak kata Azman
“Kami dari Darussyifa’ merawat secara percuma Pakcik, Biarlah
Allah SWT yang membalas amal perbuatan kami.” Pak Husin
mendesak nak bagi juga, akhirnya tidak mahu kecilkan hati Pak
Husin, dia ambil duit tersebut (dalam hatinya berkata aku akan
sedekahkan di masjid duit ini).
Dalam perjalanan pulang balik Ustaz Saiful berkata kepada
Azman “Apa yang enta buat tadi sungguh bagus, sekurang-
kurangnya ada ikhtiar yang boleh kita buat bila orang mintak
tolong”
“Ana rasa ana nak belajar ilmu perubatan Islam ini dari Ustaz
Haron Din” tambah Ustaz Saiful.
“Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Ustaz” kata Azman
tersenyum
Mereka sampai di Bangi hampir jam 2:00 pagi.
Sebelum masuk tidur Azman melakukan Solat Taubat dan Solat
hajat dua rakaat memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar
Hafiz di berikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Doa yang paling mustajab ialah mendoakan saudara muslim kita
yang lain tanpa dia mengetahui kita mendoakan untuknya seperti
hadith rasulullah;
Mahfum Hadith:
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa
seorang muslim kepada saudaranya yang muslim dengan tanpa
diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada
didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia
berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat
itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama
(Hadith Riwayat oleh Muslim)
Bersambung………………….Adakah Hafiz sembuh seperti
sediakala……ikutilah sambungannya akan datang….Pak Hussin
cemas Hafiz hilang dari biliknya pada waktu subuh….
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-2 ini adalah sambungan dari Siri-1, anda adalah dinasihatkan supaya membaca siri-1 terlebih dahulu supaya memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1)
Pagi Selasa itu Azman mengambil cuti dan menjadi sukarela
membantu Ustaz Haron Din di klinik Darussyifa’. Kira-kira jam
10:00 pagi, Ustaz Roslan memanggilnya “Azman ada orang nak
berjumpa di pejabat” kata Ustaz Roslan.
“Siapa?” tanya Azman
“Dr. Ramlee dari Hospital HUKM” Ustaz Roslan menambah
“Saya tak kenal Dr. Ramlee ni, tapi tak mengapalah” kata Azman.
Azman terus pergi ke pejabat Darussyifa’ untuk berjumpa
dengan Dr. Ramlee.
“Assalammu’alaikum” Azman memberi salam kepada orang yang
tidak dikenalinya di pejabat Darussyifa’
“Wa’alaikummussalam” jawab Dr. Ramlee.
“Saya Azman, ini Dr. Ramlee ke?” kata Azman
“Ya, saya. Mungkin Ustaz terperanjat sebab saya datang ni” kata
Dr. Ramlee
“Saya sebenarnya anak kepada Pak Husin dari Kulim” Dr. Ramlee
menjelaskan.
“Oo! Anak Pak Husin, bagaimana dengan keadaan Hafiz
sekarang?” tanya Azman.
Walaupun dah dua minggu berlalu, Azman masih teringatkan
keadaan Hafiz. Kalau dia teringatkan Hafiz, dia pasti akan
berdoa mohon Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Azman
pun rasa tersilap, sebab tergesa-gesa nak balik sehinggakan
terlupa nak minta nombor telepon Pak Husin. Pak Husin pula
terlupa nak minta nombor telepon dia.
“Alhamdulillah, keadaan Hafiz dah pulih seperti sediakala
sekarang ini” kata Dr. Ramlee.
“Betul ke? Syukur Alhamdulillah” kata Azman
“Kami sekeluarga sangat-sangat terhutang budi kepada ustaz.
Bapak saya Pak Husin menyuruh saya mencari ustaz,
Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Bapak saya terlupa nak
mintak nombor telepon ustaz” kata Dr. Ramlee.
“Jangan terhutang budi dengan saya, kesembuhan adalah daripada
Allah SWT. Bersyukurlah kita kepadaNya. Semoga dengan
kesyukuran kita itu Allah akan memberikan kesembuhan yang
berkekalan” kata Azman.
“Macam mana Doktor boleh cari saya di sini? tanya Azman
“Bapak saya kata, ustaz dari Darussyifa’, jadi saya cari dari
internet. Saya jumpa laman web Darussyifa dan terus kemari”
Dr. Ramlee menjelaskan.
“Sebenarnya hajat saya kemari, nak jemput ustaz dan Ustaz
Saiful sekeluarga datang ke rumah saya pada hari Ahad yang
akan datang ini. Ibu dan Bapak saya serta Hafiz insya’Allah akan
datang pada hari Sabtu ini. Kami berhajat nak buat kenduri doa
selamat. Boleh ustaz datang sekeluarga selepas zohor?” Kata Dr.
Ramlee.
“Saya mungkin tak ada masalah, isteri dan anak-anak, saya akan
“confirm” kemudian. Nanti saya bagi tahu Ustaz Saiful” kata
Azman.
Sebelum mereka berpisah, mereka bertukar-tukar memberi
nombor telepon. Dr. Ramlee memberikan alamat rumah dia kepada
Azman.
Pada hari Ahad itu, kebetulan mentua Azman datang berkunjung
kerumahnya untuk beberapa malam. Ustaz Saiful pula ada kelas
Al-Quran juga tak dapat ikut sama. Azman terpaksa pergi
seorang sahaja ke rumah Dr. Ramlee.
Azman memandu kereta Iswara berwarna birunya memasuki
kawasan elit, rumah dikawasan itu semuanya banglo yang unik
bentuknya setiap satu. Berpandukan alamat yang diberi, akhirnya
Azman sampai di rumah Dr. Ramlee. Ketika itu orang ramai dah
memenuhi kawasan rumahnya.
Azman memberi salam. Salamnya dijawab oleh Pak Husin
kemudian Pak Husin datang meluru kepadanya dan memeluknya
dengan erat.
“Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!, terima kasih ustaz
kerana datang” kata Pak Husin sambil memeluk Azman.
“Saya datang seorang sahaja, isteri dan anak-anak tak dapat
datang, ada tetamu dirumah. Ustaz Saiful pula ada kelas petang
ini” kata Azman.
Pak Husin membawa Azman masuk kerumah dan Azman bersalam
-salaman dengan tetamu di dalam rumah tersebut.
Hafiz pun ada sama, bila nampak Azman, Hafiz terus
mendapatkannya dan memeluknya dengan erat.
Majlis doa selamat di pimpin oleh imam Masjid yang berhampiran.
Selepas majlis selesai dan tetamu mulai beredar pulang, Azman
pun minta diri untuk pulang tetapi di halang oleh Pak Husin.
“Janganlah balik dulu Azman, duduklah dulu sekejap, pakcik nak
sembang dengan Azman sekejap” kata Pak Husin.
“Baiklah Pak Husin” kata Azman.
Mereka duduk bersembang di bawah pondok kecil di halaman
rumah Dr. Ramli. Pak Husin terus bercerita.
Pada waktu subuh itu tiba-tiba Pak Husin di kejutkan oleh
isterinya.
“Abang Haji, Hafiz tak ada dalam biliknya, dalam rumah pun tak
ada, pintu dapur terbuka. Dia dah hilang bang” kata isteri Pak
Husin.
Pak Husin terus bingkas bangun. Waktu itu kira-kira setengah
jam sebelum masuk waktu subuh. Isteri Pak Husin mengejutkan
Hafizah juga. Mereka semua agak kelam kabut.
“Hello! Siapa tu, Farid ke?” Pak Hussin menelepon anaknya yang
tinggal di Sungai Petani.
“Ya, ada apa ayah? Macam cemas sahaja” jawab Farid melalui
telepon bimbitnya.
“Adik kau Hafiz hilang dari rumah, cepat kau datang ke sini”
kata Pak Husin.
Tanpa bayak cerita Farid bersiap untuk ke Kulim dari Sungai
Petani.
Pak Husin agak kepenatan dan rasa semput datang. Dia kemudian
duduk di kerusi. Tak lama kemudian kedengaran Azan Subuh
berkumandang. Terasa sayup dan sayu mendengar Azan Subuh
tersebut. Dalam hatinya berkata siapa yang azan subuh tu, lain
sahaja suaranya.
Disebabkan semputnya, dia solat Subuh dirumah sahaja. Kira-
kira telah selesai orang berjamaah subuh tiba-tiba ada orang
datang ke rumah Pak Husin memberi salam. Pak Husin membuka
pintu dan kelihatan beberapa orang di luar.
“Pak Husin, kenapa tak solat di Masjid, tak sihat ke?” kata Pak
Ali jiran Pak Husin.
“Tidak, saya semput sikit. Baguslah kamu datang aku tengah
kelam-kabut ni, si Hafiz anak aku hilang dari rumah subuh ini?
Pak Husin menjelaskan.
“Hafiz ada di Masjid, Pak Husin, dialah yang azan subuh tadi.
Alhamdulillah nampaknya dia dah sihat” kata Pak Ali.
Lutut Pak Husin mengeletar lalu terus rebah bila mendengar kata
Pak Ali. Isterinya turut ke pintu dan Pak Ali dan yang lain
mengangkat Pak Hussin ke Sofa di ruang tamu.
“Betul ke apa kau kata ni Pak Ali? Kata Pak Hussin dengan
kepenatan.
“Betul. Hafiz masih ada di Masjid. Masa kami datang kemari, dia
sedang membaca al-Quran” kata Pak Ali.
Isteri Pak Husin juga terperanjat bila mendengar perkataan Pak
Ali. Air matanya menitis tanpa disedari.
Tiba-tiba Azman dan Pak Husin di kejutkan dengan tahi burung
yang jatuh di hadapannya. Nasib baik tidak masuk kedalam cawan
kopi. Azman melihat ke atas, di lihatnya di atas pondok itu ada
sarang burung. Dalam hati Azman berkata Burung itu sedang
memberi makan anak-anaknya agaknya.
“Burung ini memang tak ada tempat lain nak buat sarang, nak
buat pun di rumah orang” kata Pak Husin.
Pak Husin meneruskan ceritanya.
Selepas cukup rehat, Pak Husin bangun dan hendak keluar tetapi
di halang oleh isterinya
“Bang Aji nak kemana? Kan masih lemah lagi” kata isteri Pak
Husin
“Aku nak ke Masjid nak tengok Hafiz” kata Pak Husin
“Tak Apa bang, saya dah suruh Hafizah pergi tengok-tengokan
Hafis tu di Masjid” kata isteri Pak Husin.
Pak Husin berdegil dia bangun juga. Alhamdulillah dia berasa
kuat dan bersemangat. Dia mengambil seliparnya dan berjalan
nak ke Masjid. Baru dua tiga langkah. Dia nampak Hafiz dan
Hafizah sedang berjalan pulang.
Hafiz tersenyum melihat ayahnya. Sampai di hadapan ayahnya dia
mencium tangan kemudian memeluk erat ayahnya. Air mata
bercucuran tanpa disedari. Ibunya keluar lalu Hafiz memeluk
juga ibunya.
Tak lama kemudian Farid sekeluarga sampai. Mereka semua
menitiskan air mata tanpa disedari.
Petang itu Pak Husin memanggil beberapa orang kampung untuk
menolongnya menebang semua pokok ciku yang ada di halaman
rumahnya. Dia tak lupa pesan Azman.
Azman yang mendengar cerita Pak Husin turut menitiskan air
mata tanpa disedari.
Isteri Pak Husin datang mencelah dengan membawa kuih muih dan
satu teko kopi.
“Alhamdulillah ustaz, Hafiz dah sihat, semua orang gembira.
Terima Kasih ustaz” kata isteri Pak Husin.
“Jangan terima kasih kepada saya makcik, berterima kasihlah
kepada Allah kerana Dialah yang berkuasa menyembuhkan segala
penyakit” kata Azman.
Isteri Pak Husin tersenyum kepada Azman.
Tak lama kemudian datang Dr. Ramlee duduk bersama mereka.
Dr. Ramlee juga bercerita bagaimana usaha yang telah dibuatnya
untuk merawat Hafiz tetapi tak juga sembuh.
“Ayah! Ayah! tolong bukak ini” Aiman anak ketiga Dr. Ramlee
berumur 6 tahun datang kepadanya supaya membukakan plastik
bungkusan gula-gula.
Azman memerhatikan Aiman. Ketika sedang bermain Aiman tiba-
tiba lelah dan Dr. Ramlee memberikan dia Ubat Sedut untuk
atasi Asma yang di hidapinya.
“Dah lama ke, Aiman mengidap Asma Doktor?” tanya Azman
“Sejak kecil lagi. Buat masa ini macam-macam ubat dah saya cuba
tapi tak sembuh juga” kata Dr. Ramlee.
“Kesihan juga saya tengok Aiman, nak bermain lebih-lebih pun tak
boleh” tambah Dr. Ramlee.
“Doktor tak cuba rawatan cara lain ke, maksud saya cara
tradisional ke?” Azman memberi pandangan.
“Tak pernah pulak. Darussyifa’ ada cara ke?” tanya Dr. Ramlee.
“Kalau Doktor nak cuba, ubatnya ada di atas kepala kita ni” kata
Azman sambil menunjukkan ke arah sarang burung diatas pondok
tempat mereka bersembang.
“Burung apa itu?” tanya Dr. Ramlee kepada Azman.
“Itulah orang panggil Burung Ciak Rumah. Burung ini kalau buat
sarang di rumah orang, tentu ada sebabnya” Azman menjawab.
“Kalau burung itu boleh mengatasi Asma, bagaimana caranya? Pak
Hussin pula mencelah.
Azman menerangkan bagaimana cara untuk merawat Asma
menggunakan burung ciak rumah.
“Anak burung ciak rumah hanya berkesan untuk merawat kanak-
kanak sahaja. Kalau orang dewasa kurang berkesan, mungkin “dos”
nya tak mencukupi” tambah Azman memberi penerangan.
“Saya begitu berminat dengan rawatan ini, boleh ustaz buat
sekarang” kata Dr. Ramlee.
“Insya’Allah” kata Azman.
Dr. Ramlee mengarahkan pembantunya mengambil tangga dari
stornya kemudian Azman memanjat ke sarang burung tersebut.
Dalam sarang burung itu ada lima ekor anak burung ciak rumah
yang mungkin baru seminggu menetas. Azman memberi salam
“Wahai burung aku mengambil mu untuk ku jadikan ubat sakit
asma, insya’Allah” kata Azman kepada burung itu.
Azman hanya mengambil tiga ekor anak burung sahaja, yang lain
di tinggalkan dalam sarang. Anak burung itu memang terlalu kecil.
Namun begitu mengikut syariat Islam ia perlu di sembelih
terlebih dahulu sebelum memakannya.
Azman kemudian menyembelih anak burung tersebut dengan pisau
kecil. Di buang isi perutnya dan dibersihkan bahagian luarnya.
Burung ini masih tidak berbulu.
Azman meminta sebotol air dan kemudian dia membacakan doa
berikut;
2. Selawat Syifa'
Setelah doa dibaca, dia tiup pada air dan pada burung tersebut.
Air yang telah didoakan itu diberi minum kepada Aiman dan
sedikit air tersebut di sapukannya di dada Aiman.
Anak burung itu kemudiannya di berikan kepada isteri Pak Husin
untuk di buat sup. Sup burung itu akan di berikan kepada Aiman
untuk dimakan sampai habis.
Setelah selesai semuanya Azman meminta diri untuk beredar.
Azman singgah di Masjid berhampiran untuk menunaikan solat
Asar. Selepas solat Asar bejamaah Azman bertafakur sebentar.
Ketika itu dia terdengar seseorang membaca al-Quran. Dalam
hati Azman berkata banyak yang tak betul dalam bacaan itu dari
segi tajwid dan makhraj hurufnya.
Azman teringat ketika dia di marahi oleh Ustaz
Saiful……….bersambung.....kenapa Azman kena marah?....Aiman
bagaimana sembuh ke dia?
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
SUATU KISAH (SIRI-3) : AKAR MENGKUANG
Suatu Kisah (Siri-3): Akar Mengkuang,
Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-3 ini adalah sambungan dari Siri-2, anda adalah
dinasihatkan supaya membaca siri-1&2 terlebih dahulu supaya
memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1
& Siri-2)
Akar Mengkuang
Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-3 ini adalah sambungan dari Siri-2, anda adalah
dinasihatkan supaya membaca siri-1&2 terlebih dahulu supaya
memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1
& Siri-2)
Pada petang itu kira-kira jam 2:10 petang, Azman bertekad
untuk berjumpa dengan Ustaz Saiful. Ustaz Saiful
menyampaikan kuliah agama dua minggu sekali di surau tingkat
tiga di bangunan tempat dia bertugas sebagai ketua keselamatan.
Bila Ustaz Saiful menghampiri pondok pengawal, Azman terus
pergi ke arahnya, “Ustaz, boleh saya nak bertanya sedikit”
Tanya Azman kepada Ustaz Saiful.
“Boleh, berkenaan apa?” Ustaz Saiful bertanya kembali.
“Saya nak belajar al-Quran dengan Ustaz, boleh ke?” tanya
Azman dengan penuh bersemangat.
“Boleh, datanglah ke Madrasah tempat ana mengajar hari Sabtu
dari 2:30 petang hingga 4:00 petang” Ustaz Saiful menerangkan.
Kemudian Ustaz Saiful menerangkan kepada Azman bagaimana
untuk sampai ke Madrasah tersebut.
Azman memasang tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada
petang Sabtu berikutnya Azman pergi ke Madrasah Ustaz
Saiful. Dia sampai awal sekitar pukul 2:00 petang. Ustaz Saiful
tidak kelihatan lagi ketika itu.
Ketika jam hampir 2:30 petang, pelajar-pelajar mulai memenuhi
bilik darjah. Azman terasa agak malu kerana yang hadir adalah
dari kalangan remaja berumur dari 13 hingga 15 tahun.
Terasa berat untuk masuk ke bilik darjah tersebut. Tiba-tiba
bahu kanannya dipegang dari belakang. Azman menoleh
“Oh! Ustaz rupanya” Azman berkata.
“Silalah masuk, Azman” Ustaz Saiful mempersilakan Azman
masuk ke bilik darjah tersebut.
Dengan agak malu Azman masuk juga ke bilik tersebut. Semua
memerhatikannya. Ustaz Saiful mengambil sebuah al-Quran dari
rak, kemudian memberikannya kepada Azman.
“Ana belum ambil wuduk lagi ustaz. Ana keluar sebentar untuk
ambil wuduk” kata Azman.
Setelah mengambil wuduk Azman masuk semula ke dalam bilik
darjah.
Ustaz Azman menyuruh murid-muridnya membuka al-Quran
masing-masing dan memulakan dengan Surah An-Nisa’ ayat 80.
Ustaz Azman menerangkan hukum Tajwid bagi setiap huruf dalam
ayat tersebut. Kemudian muridnya setiap orang masing-masing
membaca ayat tersebut. Akhirnya semua 20 orang membaca ayat
tersebut dengan fasih.
Bila tiba giliran Azman, lidahnya kelu dan tidak terkeluar suara
dari mulutnya. Ustaz Saiful menyuruh juga Azman membaca ayat
tersebut. Azman membaca dengan tergagap-gagap. Ustaz Saiful
tidak menegur langsung bacaannya.
Pada petang itu, mereka semua membaca ayat 80 hingga 85. Di
akhir sekali Ustaz Saiful menjelaskan maksud dan inti sari
daripada ayat-ayat yang telah dibaca.
Bila semua telah beredar, Ustaz Saiful mengajak Azman bersolat
jemaah Asar di Surau. Ustaz Saiful mengimamkan solat Asar
berjamaah tersebut.
Selepas selesai Solat Asar, Ustaz Saiful berkata kepada Azman
“Enta perlu belajar semula al-Quran dari asas. Enta tak berapa
kenal huruf dan makhraj huruf pun tak berapa betul”.
“Ana faham Ustaz” Azman tunduk dan berasa malu.
“Beginilah, kalau enta sanggup ana cuma ada masa selepas waktu
subuh iaitu sekitar 20 minit. Kalau enta boleh datang ke surau ini
setiap hari Isnin hingga Khamis ana boleh ajar enta dengan asas
al-Quran” Ustaz Saiful mencadangkan.
“Insya’Allah ana akan cuba ustaz” kata Azman dengan
bersungguh-sungguh.
Pada hari Isnin berikutnya, setengah jam sebelum waktu Subuh
Azman telah bangun bersiap-siap untuk pergi ke Surau Ustaz
Saiful. Jarak Surau itu dengan rumahnya mengambil masa kira-
kira 15 minit dengan kereta. Azman bersolat Subuh berjamaah di
surau tersebut. Selepas selesai solat subuh Azman pergi
menghampiri Ustaz Saiful.
Pada pagi itu Ustaz membawa Buku Qiraati. Ustaz mengajar
dengan bersungguh-sungguh. Azman beberapa kali kena tegur.
Kadang-kadang tinggi juga suara Ustaz Saiful menegur Azman.
Minggu pertama dan kedua berjalan dengan baik, tidak banyak
kemajuan dicapai oleh Azman. Mungkin lidahnya telah terlalu
keras untuk menyebut makhraj huruf dengan betul.
Azman mulai rasa jemu. Dia malas bangun awal. Beberapa kali dia
tak datang belajar. Pada minggu ke empat dia terus tak datang
belajar.
Selang seminggu, Ustaz Saiful menelepon Azman, katanya ada hal
mustahak nak jumpa dengan Azman. Ustaz Saiful mengajak
Azman bersembahyang Asar di Suraunya pada petang Sabtu itu.
Selepas solat Asar, Ustaz Saiful berkata dengan agak terkilan
kepada Azman. Suaranya agak tinggi seperti marah “Kenapa
dengan enta ini. Ana bersusah payah nak menolong enta, tapi enta
pula yang tak serius. Apa masalah enta ni?”
“Ana tidak ada masalah ustaz, cuma ana rasa jemu dan rasa susah
nak ikut apa yang ustaz ajar” jawab Azman.
“Enta baru diuji sedikit dah rasa jemu. Enta kata nak
pertingkatkan diri, nak buat perubahan dalam diri enta, baru
diuji sikit dengan jemu dah mengalah? Mana perginya azam enta
selama ini?” Ustaz Saiful menambah.
Azman tunduk tidak berkata apa-apa.
“Belajar al-Quran memang banyak ujiannya. Ujian yang paling
besar ialah godaan syaitan supaya kita cepat mengalah dan mudah
rasa jemu. Enta perlu banyak berdoa, mohon Allah memberikan
kekuatan jasmani dan rohani supaya boleh istiqamah. Setiap kali
sebelum tidur lakukanlah solat taubat kemudian bertaubat
kepada Allah setiap hari. Berdoa kepada Allah agar diberikan
hati yang tetap dalam beribadah, diterangkan hati, dikuatkan
ingatan dan mudah faham dengan pelajaran yang dipelajari” Ustaz
Saiful menambah lagi.
“Ana faham ustaz” kata Azman.
“Jadi sekarang bagaimana? Enta nak teruskan belajar atau
tidak?” Ustaz Saiful bertanya dengan tegas kepada Azman
“Baiklah ustaz, mulai hari ini ana berjanji akan belajar sungguh-
sungguh dan tidak akan ponteng lagi” Jawab Azman dengan
bersungguh-sungguh.
Sebulan selepas kenduri di rumah Dr. Ramlee, Azman mendapat
panggilan telefon dari kawan baiknya Rashidi.
“Man, kau boleh ikut aku tak ke Kuala Selangor hari Ahad akan
datang ni?” Rashidi bertanya Azman.
“Ada apa? Tanya Azman
“Pak Saudara aku sakit dah hampir dua bulan, boleh tak tolong
tengok-tengokkan sikit” terang Rashidi.
“Insya’Allah. Pergi dengan kereta kau ke? Azman bertanya lagi.
“Ya, dengan kereta aku. Aku ambil kau jam 10 pagi ok? Terang
Rashidi.
“Ok, insya’Allah” jawab Azman.
Pada pagi itu Rashidi datang ke rumah Azman. Azman mempelawa
Rashidi masuk kerumahnya terlebih dahulu untuk bersarapan.
Mereka bertolak ke Kuala Selangor dari Bangi jam 10:30 pagi.
Sampai di Kuala Selangor ketika matahari dah hampir tegak di
atas langit.
Ketika dalam perjalanan Rashidi menceritakan penyakit yang
dihidapi oleh bapa saudaranya. Bapa saudaranya seorang yang
mengusahakan sawah padi. Suatu hari dia menghidapi sakit kepala
dan doktor di klinik kerajaan memberikannya sejenis ubat untuk
melegakan sakit kepala tersebut. Selepas seminggu makan ubat
tersebut, sakit kepada hilang tetapi tak semena-mena dia jatuh
pengsan. Bapak saudaranya tidak mempunyai anak, jirannya telah
membawanya ke hospital.
Di hospital doktor mengesahkan bahawa kedua-dua buah
pinggangnya telah tidak berfungsi 100%. Menurut kata doktor
“Pain killer” yang dimakannya untuk mengatasi sakit kepala telah
menyebabkan buah pinggangnya rosak teruk.
Untuk sampai ke rumah Bapa Saudara Rashidi, mereka melalui
kawasan sawah padi. Ketika itu padi sedang berbunga.
Pemandangan sawah yang menguning kelihatan seluas mata
memandang.
Rumah Bapa Saudara Rashidi terletak di tengah kawasan
bendang. Agak panas ketika tengah hari. Sebelum sampai ke
rumah itu mereka singgah di surau untuk menunaikan solat Zuhur
terlebih dahulu.
Sampai di rumah itu, Rashidi memperkenalkan Azman kepada
bapa saudaranya dan mak saudaranya. Bapa saudaranya ketika
itu sedang duduk di atas kerusi malas sambil kakinya berlunjur
menghadap television.
Azman bertanya khabar. Kemudian mak saudara Rashidi mengajak
mereka makan tengah hari. Bapa saudara Rashidi mempersilakan
mereka makan.
Mereka berdua makan bersila di atas tikar mengkuang yang
dibentengi di ruang tamu rumah itu. Bapa saudara Rashidi duduk
di sebelah memperhatikan mereka makan.
Ketika mereka sedang makan bapa saudara Rashidi berkata
“Makanlah, itu sahajalah yang ada. Pakcik dah dekat dua bulan
tak keluar rumah untuk beli barang dapur”
Semua keperluan dapur mengharapkan bantuan dari jiran sebelah
rumah dan bapa saudara Rashidi yang sulung (Pak Long) yang
tinggal berhampiran untuk membelinya.
Selesai makan mereka berdua menolong mengemaskan pinggan
mangkuk dan di hantar ke dapur. Azman memerhatikan di dapur
rumah itu berselerak dengan daun mengkuang. Rupa-rupanya mak
saudara Rashidi menganyam tikar dan tudung saji dari daun
mengkuang untuk dijual sebagai pendapatan tambahan selain hasil
daripada padi.
Dalam keadaan berbisik Azman bertanya kepada Rashidi “Siapa
nama pak saudara kau?”
“Ishak. Orang kampung panggil Pak Sahak” kata Rashidi.
Selepas itu mereka duduk di sebelah Pak Sahak.
“Bagaimana keadaan pakcik sekarang? ” Tanya Azman
“Macam inilah, berpantang banyak sikit sekarang ini. Minggu
depan akan ke hospital lagi. Doktor kata mungkin buah pinggang
pakcik dah tak boleh berfungsi lagi nanti kena pakai mesin
hemodialisis” kata Pak Sahak.
“Tak tahulah nak buat macam mana kalau pakai mesin tu. Nasib
baik Pak Sahak pencen askar kalau tidak mungkin kena bayar
dekat 3000 sebulan” isteri Pak Sahak mencelah.
“Yang susahnya sekarang ni nak ke hospital, kenderaan pun tak
ada. Terpaksa mengharap Pak Long kau. Itu pun kalau dia ada
kelapangan” tambah isteri Pak Sahak lagi.
“Jangan putus asa Pak Ngah, Azman ini perawat dari Darussyifa’,
mungkin dia boleh ikhtiarkan sesuatu untuk penyakit ini” Azman
mencelah. Azman memanggil bapak saudaranya dengan panggilan
Pak Ngah.
“Saya hanya boleh ikhtiarkan sahaja, tetapi kita perlu banyak
bermunajat kepada Allah kerana Allah sahaja yang boleh
memberi kesembuhan” kata Azman.
“Kalau begitu cubalah ikhtiarkan sesuatu. Pakcik percaya kepada
kamu berdua” Pak Sahak berkata dengan sangat mengharap.
“Sesuatu penyakit yang Allah jadikan, diturunkan bersama
penawarnya sekali pakcik. Saya yakin penyakit yang pakcik
hidapi ini, ubat yang paling mujarab terdapat di kampung ini
juga” kata Azman.
“Betuk ke Man?” Rashidi mencelah.
“Makcik, boleh saya tahu di mana makcik dapatkan bekalan daun
mengkuang itu” Azman bertanya sambil menunjukkan jarinya ke
arah daun mengkuang di dapur.
“Oh! Dulu pakcik kau yang ambil, sekarang anak jiran sebelah
rumah tolong ambilkan” kata isteri Pak Sahak.
“Dia ambil di mana makcik?” Azman bertanya
“Dekat kawasan paya belakang sana” Isteri Pak Sahak berkata
sambil menunjukkan ke arah belakang rumahnya.
“Akar pokok mengkuang sangat mujarab untuk merawat penyakit
buah pinggang. Shidi mari kita pergi dapatkan akar itu” kata
Azman kepada Rashidi.
Isteri Pak Sahak memanggil anak jirannya untuk menunjukkan
arah ke tempat pokok mengkuang.
Mereka membawa parang kecil dan bekas plastik kemudian
menuju ke arah kawasan paya tersebut. Mereka berjalan kaki
merentas semak dan belukar. Hampir 15 minit baru sampai ke
tempat yang di tuju.
“Banyak sungguh pokok mengkuang di kawasan ini” Azman
berbisik di dalam hati.
Yang di ambil untuk dibuat ubat ialah akar-akar kecil yang
keluar dari pangkal batang pokok mengkuang yang hujungnya
terbenam di dalam tanah. Akar yang paling besar kelihatan
sebesar batang pensel.
Seperti biasa Azman tidak lupa pesanan Ustaz Haron Din iaitu
untuk memastikan bayang-bayangnya tidak terkena kepada pokok
mengkuang itu ketika mengambilnya. Dia memilih akar yang masih
muda sahaja. Kerana akar yang muda yang baik untuk di buat
ubat.
Azman memberi salam kepada nabi Ilyas kemudian membaca
surah al-Fatihah dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
kemudian memasang niat iaitu mengambil akar mengkuang itu
untuk mengubati penyakit buah pinggang.
Azman memilih akar yang terbaik dan dimasukkan ke dalam bekas
plastik yang di bawa bersama.
Di rumah Pak Sahak akar mengkuang dibasuh dengan air bersih
kemudian disagat dengan menggunakan penyagat plastik. Akar
yang telah disagat dimasukkan ke dalam sebuah kendi (jug) kaca.
Kendi kaca itu kemudiannya diisikan dengan air. Azman
membacakan doa berikut pada air dan akar mengkuang di dalam
1. Surah Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Surah al-Mukminuun:115~118
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami
4. Surah Asy Syu'ara:130
"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan
Setelah doa dibacakan, air dan akar mengkuang di dalam kendi
itu di biarkan selama setengah jam supaya akar mengkuang itu
mendak ke bawah.
Setengah jam berlalu, Azman mengasingkan air dibahagian atas
kendi ke bekas yang lain kemudian mengambil mendakkan akar
mengkuang lalu di sapu ke bahagian pinggang Pak Sahak. Sambil
menyapu dia membacakan ayat 130 [surah Asy Syu'ara: 130]
Air yang diasingkan dari mendakkan akar mengkuang tadi diberi
minum kepada Pak Sahak. Sebelum beredar, Azman berpesan kepada Pak Sahak
supaya membanyakkan doa’ ke hadrat Allah agar penyakit buah pinggang
yang di hidapi sembuh. Minum air dan sapu mendakkan akar
mengkuang itu selalu terutamanya sebelum tidur setiap hari.
Setelah semuanya selesai mereka berdua berangkat pulang.
Dalam perjalanan pulang mereka singgah sebentar di pekan Kuala
Selangor. Tiba-tiba seseorang menyapa Azman.
“Man kau dari mana? hampir setahun kita tak jumpa” Azizi kawan
baik Azman menyapa.
Mereka berdua berpelukan dengan sangat gembira. Bila Azizi
melihat Azman air matanya berlinang kerana terkenangkan dua
orang anaknya yang di patuk ular kapak.
Apakah yang telah berlaku kepada dua orang anak Azizi?……
ikutilah kisah selanjutnya akan datang....
(Berbalik dari hujung Siri-3)
Azizi sangat gembira bertemu Azman. Azman memperkenalkan
Rashidi kepada Azizi. Mereka kemudiannya singgah di warung
berhampiran untuk minum teh tarik.
Mereka berbual berbagai-bagai topik sehingga tidak sedar
akhirnya kedengaran Azan Maghrib. Mereka pergi bersama-sama
menunaikan solat maghrib di Masjid berhampiran.
Selesai solat maghrib, Azizi memperkenalkan bapa saudara dia
kepada Azman dan Rashidi.
“Pak Abu, ini kawan saya dari Bangi Azman dan Rashidi, Azman
ini lah yang merawat Aiman yang kena patuk ular dulu tu” kata
Azman kepada Pak Abu.
Pak Abu menetap di kariah masjid berkenaan. Azizi
memanggilnya Pak Abu. Pak Abu adalah seorang nelayan, kini
jarang lagi pergi ke laut sejak diserang penyakit batu karang
yang serius.
“Oh! Anak buah Ustaz Haron Din, boleh tak rawat batu karang”
tanya Pak Abu sambil memandang Azman.
“Insya’Allah! Pak Abu” jawab Azman.
“Pak Abu ni, ada batu karang, dah lama dah, macam-macam dah
cuba tetapi tak sembuh lagi” kata Pak Abu kepada Azman dengan
penuh harapan.
“Kalau tak keberatan berilah petua kepada Pak Abu, macam mana
nak rawat sakit ini” tambah Pak Abu.
“Insya’Allah Pak Abu, nanti bila saya ada masa lapang saya akan
ke rumah Pak Abu, saya akan hubungi Azizi dahulu” kata Azman.
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan..
Suatu Kisah (Siri-4): Bisa Ular Kapak
Oleh: Abu Aleef
Pak Dol berpakaian baju Melayu serba lengkap dengan
bersamping kain songket menyambut tetamu dengan penuh rasa
gembira. Dia mempersilakan tetamu menjamu selera di bawah
Kanopi yang dipasang berderet di halaman rumahnya.
Hari itu hari yang penuh gembira bagi Pak Dol seisi keluarga
kerana anak perempuan bongsunya Aisyah melangsungkan
perkahwinan. Azizi adalah abang sulung kepada Aisyah, jarak
umur mereka berdua hampir dua puluh tahun.
Azizi telah menjemput Azman sekeluarga ke majlis perkahwinan
adiknya itu. Azman sampai kira-kira jam 2:30 petang bersama-
sama ahli keluarganya. Kedatangannya disambut mesra oleh Pak
Dol (Bapa Azizi) dengan penuh gembira.
Suasana pada hari itu sungguh meriah, lebih-lebih lagi
dipasangkan nasyid yang mendayu-dayu dari kumpulan Rabbani.
Kadang-kadang terusik juga hati Azman bila mendengar lirik
nasyid tersebut iaitu;
Suasana yang meriah itu tiba-tiba dikejutkan dengan satu jeritan
“Tolong! Tolong! Aiman kena patuk ular” kedengaran suara
beberapa orang kanak-kanak berlari-lari ke arah Azizi.
Seorang dari kanak-kanak itu berkata kepada Azizi “Pak Long,
Aiman kena patuk ular, tolong cepat Pak Long”. Aiman ialah anak
keempat Azizi, sekarang baru belajar di darjah satu.
Azizi memanggil Azman dan mereka terus meluru ke arah belukar
tempat ramai kanak-kanak berkumpul. Di situ kelihatan Aiman
sedang mengerang kesakitan sambil memegang tempat di patuk
ular iaitu dibetisnya. Azizi terus mengangkat dan memangku
Aiman, dengan cepat dia membawa Aiman masuk ke dalam rumah.
Azman berikhtiar untuk merawat Aiman. Dia meminta sebotol air
kemudian dibacakan doa berikut;
a.Surah Al-Fatihah
b.Bismillah Enam/Tujuh
"Terjemahan Doa Bismillah Enam/Tujuh:-
Setelah doa ini dibaca, Azman meniup pada air dan pada tempat
di patuk ular. Dia memberi minum air tersebut kepada Aiman.
Dia meminta Aiman minum seberapa banyak yang mungkin air
tersebut. Kemudian Azman menyapu air tersebut di tempat
dipatuk ular tersebut. Sebagai ikhtiar tambahan Azman meminta
sehelai tuala kecil berwarna putih. Tuala tersebut dibasahkan
dengan air yang telah didoakan tadi kemudian dibalut di tempat
bekas patuk ular tersebut.
Tidak lama kemudian datang Pak Amin, dia cadangkan supaya
Aiman di bawa ke hospital. Bagaimanapun Azman dengan penuh
yakin mencadangkan supaya bersabar dahulu. Insya’Allah Aiman
akan sembuh dengan cepat.
Aiman dibaringkan di atas katil dan ditemani ibunya. Pak Dol,
Azizi dan yang lain meneruskan melayan tetamu yang datang.
Setengah jam berlalu Aiman bangun dari katil. Ibunya melarang,
Aiman kata dia dah tak sakit lagi. Dia terus turun dari rumah
untuk sambung bermain dengan kawan-kawannya.
Azizi datang kepada Aiman dan memarahinya dan suruh dia
berehat di dalam rumah. Aiman buat tidak peduli.
Pak Amin bertanya kepada Azizi “Siapa yang merawat Aiman
tadi”. Jawab Azizi “Oh! itu kawan saya Azman, dia anak murid
Ustaz Haron Din”.
“Oh! Patutlah, berkesan sungguh” kata Pak Amin. Pak Amin ialah
bapak saudara kepada Azizi.
Suasana kembali ceria dan bila hampir jam 4:00 petang keadaan
semakin lengang kerana tiada lagi tetamu yang datang.
Azman pun minta diri untuk pulang. Sebelum pulang Pak Dol
memberikan sebungkus nasi, lauk pauk dan kuih muih untuk
Azman sekeluarga bawa pulang.
Dalam perjalanan pulang Azman memasang nasyid di dalam
keretanya. Sedang asyik mendengar nasyid tersebut, tiba-tiba
bunyi selawat berkumandang dari telefon bimbitnya. Azman
menjawab panggilan tersebut. Azman memberi salam kemudian
salamnya dijawab.
“Man, datang balik ke rumah aku, anak aku kena patuk ular lagi.
Kali ini Aina. Cepat sikit Man” Azizi berkata dengan cemas.
Tanpa buang masa Azman terus patah balik.
Di hadapan rumah Pak Dol ramai orang berkumpul. Mereka
bercakap sesama sendiri. Mereka kata Ular Kapak yang mematuk
Aiman muncul semula lalu Aina cuba memukulnya dengan kayu,
malangnya ular tersebut sempat mematuk lengannya. Aina ialah
anak kedua Azizi yang sedang bersekolah di tingkatan satu. Ular
Kapak tersebut akhirnya berjaya dibunuh oleh orang kampung.
Azman terus berikhtiar untuk merawat Aina sebagaimana dia
merawat Aiman. Disebabkan masa yang agak lama Azman tiba,
tangan Aina telah bengkak dan biru. Azman memaksa Aina supaya
minum air yang didoakan sebanyak mungkin. Keadaan Aina agak
kritikal berbanding Aiman. Azman meminta Azizi memandikan
Aina dengan air yang telah didoakan.
Waktu maghrib telah masuk, Azman dan sebahagian mereka yang
hadir mendirikan Solat Maghrib berjamaah di rumah Pak Dol.
Azman mengimami solat maghrib tersebut. Selepas solat maghrib
mereka menunaikan solat hajat dan bermohon semoga Allah s.w.t.
memberikan kesembuhan kepada Aina dan Aiman.
Selepas Solat Hajat orang kampung pulang ke rumah masing-
masing, yang masih tinggal ialah saudara mara Pak Dol yang
membantu mengemaskan saki baki yang tertinggal di sekitar
tempat kenduri.
Azman berpesan kepada Azizi dan Pak Dol supaya menjaga
beberapa pantang iaitu;
1.Jangan dibawa ke hospital setelah diberi minum air yg telah
didoakan ini. Kerana air tersebut dengan izin Allah telah menjadi
penawar kepada racun bisa ular tersebut, jika di bawa ke
hospital, akan diberikan suntikan bisa ular yg akan
menyebabkan orang yg telah sembuh akan kembali sakit dan
boleh membawa maut.
2.Selama 40 hari elakkan daripada memakan pisang emas (pisang
lain tak mengapa) dan juga pulut (atau apa sahaja yg dibuat
daripada pulut). Kalau makan juga, ia boleh menyebabkan tempat
patukkan menjadi bengkak walaupun bisa telah tiada.
Bila menjelang waktu Isyak, kelihatan Aina telah beransur pulih.
Dia boleh duduk dan bercakap-cakap dengan orang di sekelilingnya.
Sebelum Azman sekeluarga pulang, Pak Dol menghidangkan
jamuan makan malam. Saudara mara Pak Dol turut menikmati
jamuan makan malam tersebut.
Sebelum meninggalkan rumah Pak Dol, suasana kelihatan kembali
ceria. Saudara mara Pak Dol serta kedua mempelai turut
menghantar Azman sekeluarga ke kereta tanda penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga.
Dua hari selepas itu diwaktu subuh, Azman menerima panggilan
telefon daripada Azizi. Berita yang diterimanya adalah berita
yang memilukan. Aina telah kembali ke rahmatullah. Pada hari
pengebumian Aina, Azman hadir sekeluarga. Isteri Azman turut
membantu memandi dan mengkafankan janazah. Azman pulang
sehingga selesai janazah di kebumikan.
Disebabkan suasana yang agak menyedihkan pada hari
pengebumian, Azman tidak sampai hati untuk bertanya kepada
Azizi apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Aina.
Sebulan selepas itu Azizi datang ke Bandar Baru Bangi kerana
ada urusan keluarga. Selepas urusannya selesai dia sempat
berkunjung ke rumah Azman. Ketika itulah Azman berkesempatan
bertanya apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada Aina.
Azizi menceritakan, Mak Saudara dia yang dia panggil Mak Uteh
telah berkunjung sehari selepas hari kenduri. Pada hari kenduri
dia tidak dapat hadir kerana ada tugas kecemasan. Dia
merupakan seorang jururawat yang berpengalaman. Apabila
mengetahui Aina telah di patuk ular, dia memaksa Azizi supaya
Aina dan Aiman dibawa ke hospital. Kata dia, bisa ular kapak
sangat berbahaya. Ianya boleh merebak jika tidak di rawat di
hospital.
Mak Uteh memaksa Pak Dol supaya membawa cucunya ke hospital
sambil menakut-nakutkan Pak Dol. Azizi cuba menghalangnya
kerana yakin dengan pesanan Azman supaya jangan di bawa ke
hospital, lagi pun Aina dan Aiman sudah menampakkan tanda-tanda
sembuh.
Akhirnya mereka semua mengalah dan menurut kehendak Mak
Uteh. Kebetulan ketika itu Aiman tiada di rumah kerana bermain
dengan kawan-kawannya, maka dia tidak ikut serta.
Mereka semua pergi ke Hospital dengan Toyota Unser yang
dipandu oleh suami Mak Uteh. Ketika di bawa ke hospital, Aina
boleh berjalan sendiri dengan tidak dipimpin. Di hospital Mak
Uteh memberikan arahan kepada jururawat yang bertugas
sementara yang lain menunggu di ruang menunggu.
Azizi menitiskan air mata kerana sangat sedih untuk meneruskan
ceritanya. Malam itu Aina dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU) selepas beberapa jam disuntik dengan “Antivenin” sejenis
penawar bisa ular. Aina telah tidak sedarkan diri. Berbagai cara
diusahakan akhirnya menjelang subuh dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Peristiwa yang berlaku itu menyebabkan Mak Uteh berasa kesal
dan setahun selepas itu dia memilih untuk bersara awal.
Sekian. Wallahu 'Alam.
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
. .