QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

14 March, 2011

Petua Kencing Manis ~ Diabetic

Tips Penawar Kencing Manis
diabetes problems Tips Penawar Kencing ManisPenyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Tanda-Tanda Awal Kencing Manis
1. kerap membuang air kecil
2. berat badan yang menurun
3. sentiasa merasa lapar
4. sentiasa merasa haus dahaga
5. letih yang tidak menentu
6. pandangan semakin menjadi kabur
7. mudah mendapat penyakit kulit
8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. merasa penat dan sakit kaki
10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha
Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS
1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS
1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

Petua mengubati Kencing Manis
# Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau
# ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau
# minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.
# Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
# Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
 Tips Penawar Kencing Manis
MEREDAKAN KENCING MANIS
# ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau
# ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari.
Selamat Mencuba!

Petua Ubati Penyakit Kencing Manis

1. Cabut sebatang pokok matahari dan akarnya sekali. Potong batangnya kira-kira setengah sentimeter daripada bahagian akar dan cuci dengan air bersih.
2. Masak akar itu dengan air sehingga mendidih. Biarkan ia kering sehingga sukatan airnya tinggal segelas sahaja. Sejukkan air itu kemudian tapis sebelum meminum. Amalkan selama lima hari atau lebih.
3. Ambil daun hempedu bumi atau dikenali juga daun cerita. Kunyah daun itu dan telan atau rebus pokoknya bersama-sama akarnya dan minum air rebusan itu. Elak meminum kopi kerana kandungan gula dalam kopi tinggi.
4. Ambil kulit pokok petai, masukkan ke dalam kelongsong ketupat kosong dan rebus. Minum air rebusan itu setiap hari. Rebusan itu boleh digunakan tiga kali.
5. Ambil segenggam isi petai jawa atau petai belalang yang sudah tua (berwarna coklat kehitaman). Basuh dan rebus bersama air yang banyak. Jangan ditambah air, cukup hanya sekali tetapi banyak. Masak di atas api arang selama lima jam. Minum setiap kali anda berasa dahaga.
http://intim.wordpress.com/2008/05/23/petua-ubati-penyakit-kencing-manis/

Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis



N3 hari ini..saya luangkan sedikit berkaitan dengan permasaalhan penyakit..memandangkan banyak email yang saya terima minta panduan dan pemakanan bagi  masaalah kesihatan, sama ada penyakit darah tinggi ,kencing manis gout dan seumpamanya….mungkin ada dikalangan kita tidak bekesempatan untuk research / surfing dan kebanyakkan dalam bahasa inggeris..
Alhamdulilah syukur dengan keperihatinan seorang penulis blog yang mahu berkongsi pengalaman keluarga beliau..semoga ALLAH SWT..merahmati usaha maklong.. …petua dari maklong agak berbeza dari  petua dan tips yang doktor berikan kurangkan gula dan lemak..nak tahu apa petua dari maklong, boleh tengok lebih detail di BLOG MAKLONG…mungkin petua maklong ada benar juga…lebihkan lemak…ini berdasarkan herba habbatussauda’ mempunyai kandungan lemak yg tinggi..2 orang ahli keluarga saya hanya mengamalkan pati ASLI HABBATUSSAUDA’ yang saya poskan dari MESIR dengan mengamalkan minum 4 sudu besar setaip hari..alhamdulilah sembuh dengan waktu yg singkat sahaja..tidak bergantung kepada ubat hospital lagi…sambil promote yang berminat untuk supplykan atau dapatkan minyak ini boleh emailkan saya..sebab penghantaran melalui kargo tidak lama lagi.
APA ITU PENYAKIT KENCING MANIS?
Penyakit kencing manis ni timbul dari kelemahan tubuh dalam menghadam karbohidrat. Dalam proses metabolisma, karbohidrat diproses menjadi gula/glukos dan selanjutnya ditukarkan menjadi tenaga. Bagaimanapun, selalunya tidak semua glukos ini ditukar menjadi tenaga. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah. Dalam penyakit kencing manis, proses ini tidak berlaku dengan efisyen menyebabkan berlakunya pengumpulan gula dalam darah. Apabila kadar ini terlalu tinggi, ia menghasilkan keadaan yang dipanggil hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing.
Bagi pengidap kencing manis, tubuh mereka mempunyai salah satu dari dua kelemahan; samada pankreas mereka tidak berupaya menyediakan hormon insulin secukupnya (diabetes type-1) atau insulin yang diterbitkan oleh pankreas tidak berfungsi sebaiknya (diabetes type-2). Diabetes Type-1 dikawal dengan menggunakan insulin manakala diabetes type-2 dikawal dengan pemakanan dan perubatan. Diabetes Type-2 lebih kerap ditemui di kalangan rakyat Malaysia kerana amalan pemakanan kita yang berasaskan karbohidrat.
Sebenarnya penyakit kencing manis dapat dikawal dengan baik. Malah dengan panduan pemakanan juga, dos perubatan telah dapat dikurangkan dan pesakit dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.
Petua pemakanan yang di gunakan ni sesuai untuk kedua-dua jenis penyakit kencing manis. Ianya berbeza dengan nasihat pemakanan yang sering diberikan oleh pakar pemakanan terhadap penyakit ini terbukti berkesan. Lagipun setiap kali pesakit dibawa untuk “full routine check-up” yang melibatkan ujian menyeluruh iaitu bukan sahaja ujian ke atas air kencing tetapi juga ujian darah untuk melihat kesan ke atas organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang, para doktor sentiasa berpuashati dengan tahap kesihatan pesakit, maknanya even though I am doing something different, I must be doing something right!
Nasihat yang biasa diberikan oleh pakar pemakanan adalah kurangkan gula dan kurangkan lemak. Petua yang di kongsi adalah dengan  berpantang gula, kurangkan karbohidrat tapi lebihkan lemak. Bila kita menjaga pesakit kencing manis ni, adalah lebih baik seisi keluarga juga berpantang..tapi itu memang bukanlah satu perkara yang mudah ,tapi kalau kita prihatin dan konsisten mengamalkannya bersama mereka, ianya tidaklah terlalu sukar. Sebenarnya sokongan dan pengorbanan moral seperti inilah yang amat diperlukan oleh pesakit kencing manis terutama sekali bagi mereka yang baru memulakannya.
Apa yang penting ialah ianya tidak perlu melibatkan sebarang kos tambahan sekadar peralihan kepada cara masakan yang sedikit berbeza. Macamana caranya, kita akan bercerita lebih lanjut lagi dalam bahagian selanjutnya. Untuk sementara ini, hadamkan dulu petuanya : berpantang gula, kurangkan karbohidrat, lebihkan lemak. Bagi mereka yang rajin, bolehlah dapatkan bacaan lanjutan disini.
BERPANTANG GULA, KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN LEBIHKAN LEMAK
A) BERPANTANG GULA
Ini bukan sahaja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu. Ia juga termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan yang dipakejkan. Baca kandungan bahan yang disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan yang berasaskan gula seperti maltose, sucrose, fructose atau apa sahaja yang berakhir dengan -ose. Awasi juga gula yang terdapat dalam sos dan kicap. Kebanyakan kicap dan sos buatan Malaysia mengandungi kandungan gula yang tinggi .Boleh gantikan sos tomato dengan menggunakan tomato puri/passata yang dicairkan dengan sedikit air panas. Gunakan kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak menggunakan gula.

B) KURANGKAN KARBOHIDRAT
Karbohidrat yang perlu dielakkan sama sekali adalah makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat paling tinggi seperti tepung, roti, jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu, pulut dan nasi. Malangnya makanan ini jugalah makanan ruji kita.
Allah,Tuhan itu Maha Kaya. Dunia ini dijadikanNya luas. Banyak lagi rezeki Allah yang halal atas muka bumi ini yang boleh kita jadikan makanan. Insya Allah, beberapa alternatif yang kita boleh gunakan untuk menggantikan nasi/roti. Antaranya adalah nasi  tiruan..boleh dapatkan resipi di akhir artikel.
Selain dari itu kebanyakan sayuran hijau dan kekacang yang kita makan juga sesuai untuk pesakit kencing manis.
C) LEBIHKAN LEMAK
Perbezaan dengan pandangan konvensyenel kenapa lemak perlu di lebihkan , kerana lemak yang di maksudkan adalah lemak asli yang tepu. Ini termasuklah lemak binatang, mentega (butter); minyak sapi, susu penuh krim, lemak keju dan minyak kelapa. Asasnya sebarang lemak yang tidak mengalami proses yang berlebihan adalah lemak sesuai untuk pemakanan pesakit kencing manis. Untuk memasak kita boleh gunakan mentega atau minyak sapi…sebaiknya2 aadalah minyak zaitun,tetapi klu sukar boleh dapatkan minyak kacang untuk kegunaan gorengan.
Lemak yang tidak sesuai adalah lemak majerin, susu skim, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak lain yang melalui proses yang rumit untuk sampai ke dapur kita.Mungkin ramai yang tidak percaya dan tidak bersetuju . Pasti juga ramai doktor yang akan menyanggah petua2 ini.
Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:
  • Gula – semua jenis
  • semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
  • semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
  • Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
  • Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
  • Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
  • Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
  • Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
  • Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.
Makanan yang sesuai dimakan:
  • Semua jenis daging – kambing, lembu
  • jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
  • Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
  • Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
  • Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
  • Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
  • Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3? kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
  • Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
  • Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
  • Herba dan rempah ratus
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
  • Tauhu, tempeh dan produk dari soya
Sayur-sayuran yang sesuai
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Leek
  • Labu air
  • Labu panjang
  • Labu kuning
  • Asparagus
  • Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
  • Kacang panjang
  • Semua jenis Kobis
  • Bunga kobis
  • Broccoli
  • kacang buncis
  • Kacang tolo
  • Tomato (segar atau dalam tin)
  • semua jenis cili
  • Lada benggala
  • Bayam
  • Kangkung
  • Kailan
  • Semua jenis Sawi
  • Semua jenis cendawan
  • Dedaun salad
  • Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
  • Semua jenis ulam herba
  • Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
  • Kucai
  • Petula
  • Bendi
  • Timun
  • Terung
  • Kelapa termasuk kelapa parut
  • Bangkuang atau sengkuang
  • water chestnut
  • Celery
  • Brussel sprout
Buah-buahan segar yang sesuai
  • Epal
  • Mangga (tidak lebih dari satu)
  • Nanas
  • Jambu batu
  • Betik
  • Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • limau bali
  • limau nipis
  • limau kasturi
  • Tembikai dan jenis-jenis melon
  • Belimbing
  • Blackberry
  • Raspberry
  • Kiwi
  • Oren
  • Limau mandarin
  • Pear dan buah lai
  • Laichi
  • Avocado
  • Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
  • Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)
Kekurangan idea untuk menu masakan? Dapatkan inspirasi dari senarai resepi Maklong yang mesra diabetis atau diabetic -freandly   dan hidangkannya bersama nasi tiruan.

Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih
Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobis dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati. Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.
Boleh juga  dibuat Nasi Goreng……
http://alkiram.net/salam/2010/03/06/petua-pemakanan-untuk-kencing-manis/


. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~