QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

14 November, 2013

Doa selepas bersuci ~ ISTINJAK dan WUDUK




Bacaan Do’a Setelah Bersuci

Bacaan Do’a Setelah Bersuci mungkin ada yang belum tahu, jadi admin Blog Hatnu.net putuskan untuk membuat postingan dengan judul tersebut. Pada waktu kita masih kecil atau masih duduk di bangku sekolah dasar, bacaan do’a setelah bersuci pasti sudah diajarkan, tapi barang kali ada yang lupa atau memang tidak tahu sama sekali bacaan do’a setelah bersuci, silahkan saja disimak postingan ini. Dan bagi yang sudah tahu, abaikan saja artikel ini.
Bacaan Do’a Setelah Bersuci sebagai berikut:
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ، وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِش
 ALLOOHUMMA THOHHIR QOLBII MINAN NIFAAQI WA HASHSHIN FARJII MINAL FAWAAHISYI.

Artinya: “Wahai ALLAH, sucikanlah hatiku dari sifat MUNAFIQ, dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan keji”.

Keterangan: Tiap kali setelah anda bersuci, baik bersuci setelah kencing ataupun berak, sebaiknya membaca do’a ini untuk memohon agar kemaluan Anda terpelihara dari perbuatan keji.
Demikian Bacaan Do’a Setelah Bersuci dari admin Blog Hatnu.net, bagi yang belum hafal do’a tersebut, silahkan dihafalkan dan setelah hafal, bacalah sesuai dengan ketentuannya, dan saya ucapkan selamat menghafalkan,,, jangan mudah menyerah jika anda belum hafal-hafal :D .

Istinjak
Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga  kesan najis itu dibersihkan.
Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.
Hukum Istinjak
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 
'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.
(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)
Syarat Istinjak
  1. Menghilangkan rasanya.
  2. Menghilangkan baunya.
  3. Menghilangkan warnanya.
Rukun Istinjak.
  1. Seorang Islam.
  2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.
  3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
  4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
Cara mengerjakan Istinjak.
1.  Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci.
2.  Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.
3.  Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.
Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).
1.    Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.
2.     Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.
3.     Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.
4.     Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak  hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.*
5.     Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.
6.      Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.
7.      Sunat ketika intinjak membaca doa : 
Ertinya ;    "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat nifak[MUNAFIQ] dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan."
8.       Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.
9.       Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). 
Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.* 

Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat.
  1. Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah, maka tidak boleh digunakan.
  2. Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.
  3. Benda itu bukan  benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau seumpamanya.
  4. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.
  5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.
  6. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih tidak suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.
Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.
1.  Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.
2.  Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.
3.  Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.
4.  Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan.
5.  Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering, wajib menggunakan air.

Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubur (Zakar atau Faraj).
Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan menggunakan air.
Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika insinjak
  1. Jangan bersuci dengan tulang, makanan  atau tahi kering.
  2. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan.
  3. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul batu dan sebagainya..
  4. Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci.
     
    SUNAT-SUNAT BERISTINJAK :
    1) menyediakan air dan batu sebelum menunaikan hajat
    2) mengganjilkan jumlah basuhan/sapuan
    3) menggunakan tangan kiri
    4) lebih menggunakan jari tengah untuk dubur (kemaluan belakang) jika beristinjak dengan air
    5) memegang kemaluan (bagi lelaki) dengan meletakkannya di antara jari telunjuk dan jari tengah
    6) mendahulukan basuhan qubul (kemaluan depan), supaya tangan tidak terkena najis ketika membersihkan dubur
    7) beristinjak sebelum berwudhu’
    - jika berwudhu’ sebelum beristinjak, hendaklah ia berlapik supaya wudhu’ tidak terbatal
    mengesat tangannya ditanah (supaya kesan najis lebih mudah dan cepat hilang) kemudian barulah membasuhnya
    9) merenjis kemaluan dan kainnya dengan air, bagi menghilangkan perasaan waswas
    10) membaca doa yang ma’thur (doa dari Nabi) selepas beristinjak:
     “اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ، وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِش 
    ertinya : “Wahai ALLAH! Bersihkanlah hatiku dari sifat berpura-pura, dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan yang keji”

    -> ADAB MENUNAIKAN HAJAT DI TEMPAT KHAS SEPERTI TANDAS :
    1) memakai alas kaki seperti selipar
    2) menutup kepala
    3) membaca doa masuk tandas
     “بِسْمِ اللهِ، اللَّهُمَّ إِنِيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ وَمِنَ الرِّجْسِ النَّجِسِ” 
    ertinya : “ Dengan nama Allah, Ya Allah! Aku berlindung denganmu dari syaitan jantan dan syaitan betina, dan dari segala kotoran najis”.
     
    4) mendahulukan kaki kiri ketika masuk
    5) mendahulukan kaki kanan ketika keluar
    6) tidak membawa sebarang nama Allah atau setiap apa yang diagungkan seperti nama nabi. Dan seumpamanya adalah buku-buku ilmiah dan nama-nama ulama.
    - jika terlupa hingga terbawanya masuk tetapi ia masih boleh keluar, maka hendaklah ia keluar
    - jika tidak sempat untuk keluar, hendaklah ia menggenggamnya didalam tangan, atau menutupnya dengan sesuatu, seperti memasukkannya ke dalam poket
    7) duduk
    - makruh kencing berdiri
    tidak berkata-kata ketika menunaikan hajat
    9) tidak melihat ke langit, ke kemaluannya, atau ke arah najis yang keluar tetapi hendaklah ia melihat ke hadapan
    10) duduk mencangkung di atas tumit kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya
    11) tidak meludah
    12) tidak melakukan perkara tidak berfaedah dengan tangannya seperti bermain air
    13) tidak mengangkat pakaiannya kecuali sedikit demi sedikit setelah dekat dengan tanah/tempat qada’ hajat
    14) memakai semula pakaiannya sedikit demi sedikit sebelum ia tegak berdiri
    15) beristibra’ iaitu memastikan baki air kencing keluar dari kemaluannya
    - antara cara beristibra’ adalah berdehem, melalukan jari telunjuk tangan kirinya dibawah batang kemaluan, dengan menjentik perlahan zakarnya tiga kali, mengurut bahagian bawah perut atau bangun dan duduk semula
    16) membaca doa keluar tandas :
     “غُفْرَانَكَ×3، الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذَاقَنِيْ لَذَّتَهُ، وَأَبْقَى فِيَّ قُوَّتَهُ وَأَذْهَبَ عَنِّيْ أَذَاهُ” 
    ertinya “Aku memohon keampunanMu [Ya Allah] 3X, Segala pujian bagi Allah yang memberiku kelazatan makanan, dan mengekalkan kekuatannya padaku, dan membuang kotorannya dariku”.

    -> ADAB-ADAB BERISTINJAK BUKAN DI TEMPAT KHAS SEPERTI KAWASAN LAPANG (termasuk adab-adab di atas) :
    1) berselindung dari pandangan orang
    - wajib hukumnya jika ia menghadap qiblat atau berada bersama ajnabi/bukan mahram
    - sunat jika tidak menghadap qiblat
    2) menjauhi manusia lain sehingga tidak terdengar darinya sebarang bunyi dan tidak terhidu darinya sebarang bau
    3) tidak kencing di dalam air tenang sekiranya kawasan air itu kecil
    - kawasan air itu dianggap besar sekiranya sebelah tepian air digerakkan tetapi sebahagian yang lain tidak turut bergerak
    - buang air besar pula lebih lagi tidak digalakkan
    4) tidak kencing di dalam air mengalir yang cetek
    5) tidak kencing di jalan yang sering dilalui
    6) tidak kencing bertentangan hembusan angin supaya percikan kencing tidak kembali kepadanya
    7) tidak kencing ke dalam lubang atau celahan batu, supaya dia menyakiti atau disakiti sebarang makhluk yang mungkin tinggal didalamnya
    tidak kencing di tempat perbualan manusia seperti di bawah tempat teduhan atau tempat jemuran
    9) tidak kencing di bawah pokok yang berbuah sekiranya kuat sangkaannya bahawa najis tidak akan dihilangkan oleh hujan atau bah
    10) sunat baginya untuk tidak menghadap matahari dan bulan, tetapi tidak makruh membelakangi keduanya
    11) tidak kencing ke tempat keras supaya tidak kembali kepadanya percikan kencing
    12) tidak beristinjak dengan air di tempat sama ia menunaikan hajat bagi mengelakkan percikan najis
    13) haram baginya menghadap qiblat atau membelakanginya jika ia tidak memakai sutrah/penghadang

    Semoga bermanfaat
    .
    Wallahu'Alam.
. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~