QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

12 August, 2011

Kanak-Kanak: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


infosihat-tangan dan kaki

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

* Demam yang ringan
* Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
* Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

* Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
* Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
* Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
* Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

* Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
* Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
* Jangan berkongsi barang-barang peribadi
* Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

* Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
* Letih/lesu
* Kulit dan lidah yang kering
* Resah gelisah (irritable)
* Sawan
* hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

* Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
* Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
* Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Informasi boleh didapati melalui:

*
Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
*
Klinik-klinik kesihatan
*
Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
*
Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

~*~*~*~
ARKIB : 12/03/2006

HFMD: Penyakit jangkitan virus


RUAM bersama lepuh pada tangan.



Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.
Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan.
Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di semenanjung tanah air.
Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.
Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.
Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri.
Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.
“Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin.
“Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.
Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.
“HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
“Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang,” kata Dr. Mazidah.
Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
Faktor-faktor risiko
Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
“Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.
“Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa,” katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
Gejala-gejala
- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
Komplikasi
Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
“Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut,” katanya.
Diagnosis
Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.
Prognosis
Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Hubungi doktor sekiranya:
- Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
- Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
- Demam lebih tiga hari
- Sakit mulut semakin teruk
- Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
“Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian,” tegas Dr. Mazidah.
Langkah-langkah pencegahan
- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin
- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain
- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin
- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci
- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian
- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD
- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya
- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain
- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor
- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula
- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor
- Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

08 August, 2011

Al-Ikhlas ~ keUtamaannya dan Khasiatnya

Keutamaan Surat Al-Ikhlas



Sebelum kita membicarakan keutamaan Surat Al-Ikhlas, terlebih dahulu akan disampaikan tentang nama-nama dari Surat Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surat Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :
1. At-Tafrid.
2. At-Tajrid.
3. At-Tauhid.
4. Al-Ikhlas.
5. An-Najat.
6. Al-Wilayah.
7. An-Nisbah.
8. Al-Ma’rifah.
9. Al-Jamal.
10. Al-Muqasyqasyah.
11. Al-Mu’awwidzah.
12. As-Shamad.
13. Al-Asas.
14. Al-Maani’ah.
15. Al-Muhtadhar.
16. Al-Munfiroh.
17. Al-Baroah.
18. Al-Mudzkiroh.
19. An-Nuur.
20. Al-Insan.
Banyak nama menunjukkan banyak kelebihan. Mengingat Surat ini mengandung akidah yg sangat mendasar, maka keutamaannya cukup banyak. Antara lain sebagai berikut :
1. Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Sesiapa membaca Surat Al-Ikhlas satu kali[1x], seolah-olah dia membaca sepertiga Quran. Sesiapa membacanya 2X, seolah-olah dia membaca 2/3 Quran. Sesiapa membacanya 3X, seolah-olah dia membaca Quran seluruhnya. Dan Sesiapa membacanya 10X, dibina Allah untuknya sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata ya’kut yang berwarna merah.”
2. Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya :
“Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan 4 perkara :
1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi2 membelamu nanti pada hari kiamat, 
3. Jadikan semua orang Mukmin redha kepadamu, dan
4. Kerjakan Haji dan Umrah.”

Kemudian Rasulullah pun Solat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah pun berkata :
“Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan 4 perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.”
Beliau tersenyum, seraya bersabda :
” Apabila engkau membaca;
*Qul Huwallahu Ahad (3X), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. 
 *Jika engkau membaca Selawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. 
*Dan apabila engkau meminta ampunkan orang2 Mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan redha kepadamu. 
*Dan apabila engkau membaca,
“Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar", maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Hadis itu menerangkan, kalau mau tidur setelah baringkan badan, maka baik dibaca:
a. Surat Al-Ikhlas 3x.  Sama pahalanya dengan membaca satu khatam Quran.

b. Selawat kpda Nabi Muhammad Saw dan Nabi-Nabi lainnya, dgn mengucap:
Allahumma Sholli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa’ala jami’il
anbiyaai wal mursalin.

c. Mendoakan orang2 Mukmin dgn mengucapkan 3x
Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat.

d. Membaca Raja Tasbih 3x, yakni :
Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha
illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.”

Apabila dibaca tiga kali tasbih ini, maka sama pahalanya dengan satu kali Haji dan Umrah.


3. Pada suatu hari seorang laki-laki melapurkan halnya kepada Rasulullah SAW tentang kesusahan hidup yang dideritanya. Ia mohon supaya diajarkan amalan singkat untuk menghilangkan kesempitan hidup itu. 
Maka Rasulullah Saw menyuruhnya supaya setiap kali masuk kerumah sendiri, memberi salam kemudian membaca surat Al-Ikhlas tiga kali
Jika rumah kosong tidak ada orang didalam, maka memberi salam kepada Rasulullah Saw kemudian sambil melangkah masuk dibaca tiga kali surat Al-Ikhlas. 
 Laki-laki itupun mengamalkannya, alhamdulillah lapang rezekinya, melimpah sampai kepada jiran tetangganya.
4. Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di solatkan. 
Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya :
 " Apakah mayat ini meninggalkan hutang ?
Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.”
Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Solatkan kamulah dia.”
Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata :
“Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu.
Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, solatkan dia karena dia sudah diampuni Allah dan Sesiapa yg ikut menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.”
Nabi Muhammad Saw pun bertanya :
"Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? 
Jibril menjawab :
”Dia mendapat kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali [100x] Qul Huwallahu Ahad.”
Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” 

Hadis itu menunjukkan Ssiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” 100x dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

5. Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :
" Sesiapa membaca surat Al-Ikhlas pada sakit yg membawa kepada kematiannya, niscaya mayatnya tidak busuk dalam kubur, hadis lain menyatakan tidak terfitnah dalam kuburnya, aman dari kesempitan kuburan, dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap-sayapnya melalui titian shirotol mustaqim sampai kesurga.”

6. Menurut hadis Anas bin Malik, bahwa Rasulullah Saw bersabda :
” Sesiapa membaca Qul Huwallahu Ahad 50 kali, niscaya diampuni dosanya lima puluh tahun.” 

7. Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam surga. 
Barangsiapa membacanya 20x, dibina Allah untuknya dua istana dalam surga. 
Barangsiapa membacanya 30x maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam surga. Umar bin Khattab berkata : 
"Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kmi dalam surga”
Maka Rasulullah Saw bersabda :”Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.”
Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.

8. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda yg maksudnya: 
“Sesiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. 
Sesiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. 
Sesiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. 
Sesiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam surga. 
Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda.
Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam surga.”

9. Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi Muhammad Saw bersabda yang maksudnya :
"Tatkala saya dalam perjalanan Israk Mi’raj kelangit, saya melihat ‘Arasy ditegakkan atas 360.000 sudut. Jarak dari satu sudut kesudut lainnya, kira-kira 300.000 tahun perjalanan. Dibawah setiap sudut itu terdapat 12.000 padang pasir. Panjang setiap padang pasir itu dari matahari terbit kematahari terbenam. Disetiap padang pasir itu terdapat 80.000 Malaikat membaca Qul Huwallahu Ahad.” 
Selesai membaca mereka menyatakan :
"Ya Tuhan, kami hibbahkan pahala bacaan kami ini kepada setiap orang yg membaca Surat Al-Ikhlas, baik dia laki-laki maupun wanita.” 

Para sahabat kagum tercengang mendengarnya.
Lantas Rasulullah Saw bertanya: ”Herankah kamu, sahabat-sahabatku ? 
Mereka menjawab : ” Ya,benar kami heran.” 
Beliau melanjutkan :
"Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril. 
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail.
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail. 
“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil. 
Maka Sesiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yg membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” 

Kemudian beliau bertanya lagi:
”Herankah kamu, mendengarnya? . 
Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” 
Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq
“Allahus Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. 
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain
Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. 
Maka Sesiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
 
10. Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahwa Jibril telah mendatangi Nabi Saw bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk, Jibril berkata :
  "Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah Saw bersabda :
  "Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? 
Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.” 
Demikianlah beberapa kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad.
   Maka silakanlah mengamalkannya, dgn ketentuan setiap membacanya, harus dibaca Bismillah. Karena pernah terjadi seorang laki-laki di Mekkah bermimpi, melihat ratusan ekor burung merpati terbang diatas angkasa kota Mekkah, tetapi tak seekorpun berkepala.
   Keesokan harinya ditanyakannya kepada seorang ahli ta’bir mimpi. Syekh ahli ta’bir mimpi itu menyatakan :
   "Barangkali anda rajin membaca Qul Huwallahu Ahad, tetapi tidak membaca Bismillahirrahmanir rahim dipangkalnya.”


Bismillahirrahmanir rahim itu hurufnya 19, persis sebanyak Malaikat Zabaniyah penunggu neraka. Sesiapa rajin membaca Bismillahirrahmanir rahim pada setiap memulai pekerjaan yang dibenarkan agama, niscaya ia terhindar dari ancaman Malaikat Zabaniyah.
(Dari Pengajian Al-Habib Ali Bin Abdurrahman Assegaf dan Beberapa Tambahan dari beberapa sumber).

* KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS *

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahukufuwan ahad.) sebanyak 3 kali [3x].
~*~
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah

Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yg diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
    "Sesiapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu
hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **




~*~
HR IMAM BUKHARI sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sesiapa membaca Qul huwallahu ahad" 100,000 kali[100,000K] maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yg menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan ini telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah peMERDEKAan dari NERAKA". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad SATU HATAM yaitu 100,000 kali dgn diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
~*~

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya
Siapakah antara kamu yg dapat khatam Qur'an dlm jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dgn mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dgn membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dgn membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.

~*~*~*~

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
  Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, 

maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan 
jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
   "Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan." **

Sabda Rasulullah SAW lagi:
    Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,

sesungguhnya "Qul Huwallahu Ahadu" itu tertulis
di sayap malaikat Jibrail a.s,

Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya TERPELIHARA dari perkara KEJI dan segala BALA hinggalah ke JUMAAT yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


~*~AmaLan Harian sebelum tidur


Petikkan: http://zulaini77.blogspot.com/



. .
~***~LadingEMAS~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~