QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine
Showing posts with label AmaLan Jariah. Show all posts
Showing posts with label AmaLan Jariah. Show all posts

28 October, 2014

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)


(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:


1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.

7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)


LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)




~**~ سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر ~**~
. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

24 June, 2011

TABUNG ANAK-ANAK YATIM PALESTIN TABUNG ANAK-ANAK YATIM PALESTIN

TABUNG ANAK-ANAK YATIM PALESTIN
TABUNG
ANAK-ANAK YATIM PALESTIN



~*~

~*~


“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang apa yang harus mereka infakkan
katakanlah
“Harta apa sahaja yang kalian infakkan
hendaknya diperuntukan bagi kedua orang
tua, kerabat, ANAK YATIM, orang miskin,
orang dalam perjalanan. Dan kebaikan apa
sahaja yang kalian kerjakan, maka
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
(Al-Baqarah 2:215)

Tabung ANAK-ANAK YATIM Palestin di-tubuhkan oleh AQSA SYARIF dengan ker-jasama Takaful for Child Welfare (TAKAFUL), Lubnan.
Penaja boleh terdiri daripada orang perseoran-gan, kumpulan individu atau organisasi. Penaja akan diberikan maklumat tentang ANAK YATIM yang ditaja seperti nama, umur, jantina dan perkembangan anak-anak tersebut. Penaja juga akan mendapat gambar ANAK YATIM.
Jumlah sumbangan yang diperlukan un-tuk seorang ANAK YATIM ialah RM2040.00 setahun. Sumbangan ini boleh dibayar sekali gus atau secara beransur-ansur. Ansuran untuk setiap bulan ialah sebanyak RM 170.00.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan
keterangan lanjut di talian
TEL: 03-87334636 /
FAX: 03-87349636
Email: admin@aqsasyarif.org.my
Laman web: www.aqsasyarif.org.my
http://www.aqsasyarif.org.my/files/BrochureAYP.pdf

Pendeta Yahudi 'HALAL'kan Bunuh Wanita & Kanak-Kanak - Berita Harian

GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'

Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.

Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.

"Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana "menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan."

Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.

Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan:
"Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka." – Agensi

[sambungan ttg Yahudi/Jews...]

http://jejakanakpalestin.blogspot.com/2009/01/pendeta-yahudi-halalkan-bunuh-wanita.html


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~