QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

10 December, 2009

Doa JibriL ~ Rugayyah JibriL

Di bawah ialah bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjunga Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalamkitab al- Muwattaa. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".

Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dgn Pasrah & bergantung harap pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua


و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ

'Auu zu bi waj hilla hil karim
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
wabikalimatillahit taammatil lati la yujawizuhunna barru wa la fajir
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
wa mim syarri ma yan zilu minas sama'
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
wa syarri ma ya'ruju fiha
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
wa syarri ma zara'a fil ardhi
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min fitanil laili wan nahari
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min tawariqil laili wan nahari
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
illa toriqan yatruqu bi khairin ya rahman


Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-

"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dgn kalimah Allah yg sempurna yg tidak dapat dilampaui oleh orang yg baik dan pendosa, dari kejahatan apa yg turun dari langit, dan kejahatan yg naik padanya, kejahatan yg ditabur di bumi dan kejahatan yg keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yg datang di malam dan siang kecuali yg datang dgn kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih."

"Ilmu Itu Cahaya'

Sebahagian Perawat Islam, menjadikan Doa ini sebagai Pembakar Jin [Topedo] yg degil ketika merasuk.
Dan ade juga menjadikan ianya sebagai "Doa Pelindung" dgn mengambil sempena keberkatan Doa
tersebut utk merawat "Pesakit2 yg dirasuk" dan mengelakkan Fitnah Masyarakat sekeliling...Ibid.




Lading_Emas

09 December, 2009

Qiamat ~ Pasti terjadi

Tulang Besi

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

مَا بَيِنَ النَّفْخَتُيْنِ أَرْبَعُوْنَ، قَالُوْا: (يَا أَبَا هُرَيْرَةَ) أَرْبَعُوْنَ يَوْمَا؟ قَالَ: أَبَيْتُ، قَالُوْا: أَرْبَعُوْنَ شَهْرًا؟ قَالَ: أَبَيْتَ، قَالُوْا: أَرْبَعُوْنَ سَنَةًَ؟ قَالَ: أَبَيْتُ: ثُمَّ يُنْزِلُ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءًَ فَيَنْبُتُوْنَ كَمَا يَنْبُتُ الْبَقْلُ، وَلَيْسَ مِنَ اْلإِنْسَانِ شَيْءٌُ إِلاَّ يَبْلَى إِلاَّ عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الْخَلْقُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Jarak antara tiupan sangkakala empat puluh.” Mereka bertanya, “Wahai Abu Hurairah, (apakah) empat puluh hari?” Dia menjawab, “Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui).” Mereka bertanya, “(Apakah) empat puluh bulan?” Dia menjawab, “Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui).” Mereka bertanya, “(Apakah) empat puluh tahun?” Dia menjawab, “Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui).” Kemudian Allah menurukan hujan dari langit, maka mereka tumbuh sebagaimana tumbuhnya tanaman hijau. Tidak ada sesuatu pun dari tubuh manusia melainkan pasti hancur, kecuali satu tulang, yaitu "ajbu adz adz-dzanab". Dari ajbu dzanab ini manusia diciptakan kembali pada Hari Kiamat.” (HR, Bukhari Muslim)

Ajbu Dzanab adalah tulang halus yang terletak pada ujung punggung.

النَّفْخَتُيْنِ (dua tiupan) adalah hari ditiupnya sangkakala. Pertama kali ditiup, semua makhluk di langit dan bumi mati. Kemudian Allah menurunkan hujan dari langit, maka manusia pun ditumbuhkan. Kemudian ditiup sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (perhitungan amal masing-masing)

Beberapa Saintis Jepun telah mengakui bahawa tulang hujung punggung (ajbu dzanab)adalah tulang yg paling keras, Tulang ini tidak akan hancur walau dilakukan apa sahaja,sama ada menggunakan asid yang kuat atau dihentam dengan benda keras, dibakar dengan api bersuhu tinggi, ataupun dengan terkena sinaran radioaktif sekalipun.

Bagaimana seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah ini,yang hidup dizaman teknologi belum berkembang beribu-ribu tahun lampau boleh memberikan fakta-fakta yang terbukti secara saintifik .

Hanya ada dua jawapan disini,
-Yang pertama Rasulullah s.a.w adalah seorang saintis yang genius yang ilmunya mendahuluizaman
-Yang kedua yang pastinya ialah manusia bernama Muhammad bin abdullah ini benar-benar seorang Rasul yang memperolehi maklumat ini dari Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam.

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar...


Lading_Emas

Haji ~ PengaLaman

Terminum Kahak Jemaah Pakistan

MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa­tu sama lain.

Kisah yang ingin saya kongsi bersama pem­baca minggu ini berlaku pada rakan saya se­waktu me­ngerjakan haji beberapa tahun lalu.

Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukan un­tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un­tuk di­­ja­dikan pengajaran agar peristiwa sama ti­dak berulang pada jemaah lain yang akan me­ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da­tang.

Sebagai hamba Allah, beliau sepatut­nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise­babkan pe­nyakit batuk kering yang dihidapinya.

Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber­laku ke atas diri kita seperti mana yang dialami rakan saya.

“Harap-harap janganlah aku di­tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu­la kat aku,” ujar beliau de­­­­ngan pe­rasaan benci dan som­bong.

Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je­maah yang lain.

“Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng­ab­dikan diri kepada Allah, tapi awak pu­la fikir bukan-bu­kan,” kata ra­kan­nya.

Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem­patkan bersama enam je­maah lain dalam sebuah khemah ber­­ban­ding khemah lain menempatkan la­pan orang.

“Syukurlah, khemah kita cuma enam orang sahaja, tidaklah kita tidur berhimpit-himpit macam ikan sardin,” ujar beliau bangga.

Sewaktu berehat di dalam khemah, be­liau ter­nampak seorang pegawai Ta­bung Haji ber­sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya.

Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.

“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di­tem­patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa,” kata beliau pada pegawai Tabung Haji itu.

Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se­bab itu beliau mem­ban­tah has­rat pegawai Tabung Haji menem­pat­kan jemaah kurus itu da­lam khemahnya.

Ternyata Allah menge­ta­hui niat setiap hambanya. Apa­bila pulang semula ke Me­kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil­haram, tekak beliau bera­sa amat kering sekali.

“Panas betul hari ini, lebih baik aku pergi minum air zam zam dulu bagi hilangkan haus,” bi­sik hati beliau.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa­tut­nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka­nan tong air zam zam yang belum digunakan.

Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te­rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau.

Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber­tanyakan pada jemaah berdekatan si­apa yang meng­gunakan gelas itu sebelum ini.

Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng­­gunakan gelas plastik itu. Lebih mem­buatkan beliau betul-betul muntah apabila je­maah Pa­kistan itu mengakui dia seorang peng­hidap batuk kering.

Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di­lu­dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me­ludah.

Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men­dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.

Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung­kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber­mulut celupar serta suka menghina orang se­suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

Beliau betul-betul menyesal. Sebagai me­nyuci segala dosa dan keterlanjuran yang dilakukan, beliau segera mengerjakan solat tau­bat di dalam Masjidilharam. Beliau memohon ke­ampunan Allah berserta cucuran air mata.

Di bilik penginapan beliau se­gera menemui jemaah tua yang sering beliau hina sebelum itu. Beliau ber­janji tidak akan memandang hina pa­da jemaah berpenyakit kerana se­mua penyakit itu berupa ujian Allah pada setiap hambanya untuk me­ngu­ji sejauh mana keimanan hambanya.
-ijoks2009- http://ijoks2009.blogspot.com/
Petikan dari kisah ganjil di Mekah.

Lading_Emas

08 December, 2009

Puasa ~ Pengertian, Kafiat, & Khasiat

PUASA ~ PENGERTIANNYA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam[9 & 10 Muharam]
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan[musafir] jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Kelebihan Solat Tarawih [Pendapat ULamak, bukan Hadis]
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



~Jadual Puasa-puasa Sunat
Calendar Puasa Sunat 1430H


http://www.darulnuman.com/semasa/puasa.html
Lading_Emas

02 December, 2009

Anak Derhaka ~ Kesah Benar

Anak Derhaka ~~~ Benar..!

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.




Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.



" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.

" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.

" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.


" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.


Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.

" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

" RM 20 aja! " si gadis berkata.

" Tak ada," jawab ibunya.

" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,

" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "

" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

" Apa pasal," Si ayah bertanya.

" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.


Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.

Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.


" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur

yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar

kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;

"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,

Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung

tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.

Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Wallahu'alam

*Sekalipun kisah diatas mungkin rekaan semata2,namun tidak salah kita ambil iktibar daripadanya.

sumber: emel dari seorang sahabat...
Lading_Emas

30 November, 2009

Kaabah ~ When I First Saw the Kabah

By Raya Shokatfard

The site of the magnificent building was just too awesome and grabbed me like a magnet.

As I was stepping down the wide steps leading to the center of the courtyard where the Kabah is located, I could only see ceilings and lots of people but suddenly… I froze.


My heart dropped when I saw the magnificent Kabah with the black cloth cover and shimmering gold Quranic verses surrounding it. I could not move. In a moment's time, 4000 years of history passed through my mind.

I imagined the day Prophet Abraham and his son, Prophet Ismail, (peace be upon them) put the first bricks or stones on top of one another to build this house. What was in their mind? I know a prophet does as he is commanded to do by his Lord and that was exactly the case with Prophet Abraham, as he was building the house of worship and a place for pilgrimage for the believers of the One God.

Yet, I could not help but wonder what was going through their minds. Could they ever imagine that a few thousand years later, millions would come from all over the world to this holy site to pay respect to the command of God and to make their pilgrimage?

I envisaged the centuries that went by and how this great house got ruined and was rebuilt various times. How it finally was turned into a house of idols instead of a house of God, as the pagan Arabs forgot the original purpose of this home and turned it into the most detestable site by bringing their commodities of idols to this holy site — bought, sold, and worshipped them.

The movie continued passing through my mind as I was wondering what it was like when Prophet Mohammad (peace be upon him) finally returned to Makkah after years of persecution, and at his first stop, he entered this holy site and destroyed all the idols at once and declared to all that, "There is no god but the One God."

I pictured again, what went on in the minds of those who had just embraced Islam upon Prophet Muhammad's arrival. Were they confused, happy, or just waiting to see what was next?

With this victory, and over time, Islam spread all over the world to include nearly one fourth of the earth population.

Suddenly, I came to myself, realizing that I was standing in the same place I don't know for how long. I stepped down and cautiously joined the crowd as they were circumambulating the Kabah. The site of this magnificent building was just too awesome and grabbed me like a magnet.

Everyone was walking, totally absorbed by the spiritual magnificence of this ritual, and busy in supplication. I also wanted to supplicate. I had a booklet telling me what to supplicate and where to do it, but I could not take my eyes off the Kabah to look at the book.

Finally, I just started supplicating from my heart and not reading from the book. I don't even remember what I was saying then. All I know is that I was so connected with my Creator without even uttering any words.

It was as if my mind was supplicating, but my tongue was unable to find the right words. I was supposed to circumambulate seven times, but I was so absorbed by the Kabah next to me, I couldn't remember how many times I did. Just to make sure, I did a few extra rounds.

As I was looking at the House of God, I remembered my home in northern California, surrounded by beautiful mountains, lakes, rivers, and green scenery. I always thought I was living in paradise on earth until I saw the Kabah.

No scene on earth could match this — no matter how awesome it is. What was happening with me? Most of my life, I preferred seclusion and spent much time in the mountains contemplating. But now among thousands around me shoulder to shoulder, breath to breath, even stepping on one another, I found such a deep peace I never had before.

Perhaps, it had something to do with feeling the presence of God in a more literal way than what I was feeling in the mountains. Also, realizing two of the greatest prophets who built and rebuilt this House were present at this site, enjoining on people pilgrimage, calling the worship of one God, gave me more sense of reality of time and space.

It took me some time to come to myself and feel what was going on around me till the second astonishment hit.

It came over the next few days… I had never seen so many people of various colors, languages, and backgrounds. It didn't really matter to them who is from where? They were all united like one body and doing the same rituals.

Sometimes I would see an old man or a woman looking up with their hands stretched in supplication, tears running down their faces, and caring for nothing except connecting with their Creator. Yet, people were extra courteous with each other in case of any needs.

Again, this reminded me of a different version of unity I experienced in the US. For years I attended a spiritual gathering with people of different backgrounds. Our motto was, "Unity in Diversity". We tried to love and help one another and be a brother, sister, mother, or father to one another. It felt good and was as if we had a unique community of our own.

But, now, I am one of nearly three million pilgrims. What about that? I asked myself, how the feeling differed. They were both spiritual and heartwarming; and this gave me a sense of belonging — but with one difference. The first one was cultivating human love toward other humans, and God was not among our concerns. But the second one was all about cultivating human love towards our Creator and as a result, love was cultivated among the adherents.

It was here that I truly felt the unity in diversity in its broadest sense. Had I not experienced this feeling, I may have still hung on to some of my good old memories of my spiritual group in the mountains, thinking that was the only time I felt unified with other humans. But on this pilgrimage, I had both: the Creator, and his creation, all finding their rightful place in my expanded heart.
_________________________________________________

Raya Shokatfard is the Editor in Chief of Reading Islam website. She has been an activist in promoting a better understanding of Islam and Muslims in the US for more than 20 years, and in Egypt for several years.

She holds an M.A. in Journalism and Mass Communication as well as an M.A.D . in TV Journalism from the American University in Cairo. She can be reached at: mothers4peace@yahoo.com.


Lading_Emas

24 November, 2009

Perang atas Org yg memusuhi WaLiNYA

قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ
حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيْذَنَّهُ


[رواه البخاري]




Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda ~
"Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi."

-Riwayat Bukhori.


Lading_Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~