Terminum Kahak Jemaah Pakistan
MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara satu sama lain.
Kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini berlaku pada rakan saya sewaktu mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukan untuk mengaibkan orang. Sebaliknya untuk dijadikan pengajaran agar peristiwa sama tidak berulang pada jemaah lain yang akan mengerjakan umrah atau haji pada masa akan datang.
Sebagai hamba Allah, beliau sepatutnya tidak memperlekehkan jemaah lain disebabkan penyakit batuk kering yang dihidapinya.
Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan berlaku ke atas diri kita seperti mana yang dialami rakan saya.
“Harap-harap janganlah aku ditempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pula kat aku,” ujar beliau dengan perasaan benci dan sombong.
Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan jemaah yang lain.
“Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada Allah, tapi awak pula fikir bukan-bukan,” kata rakannya.
Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditempatkan bersama enam jemaah lain dalam sebuah khemah berbanding khemah lain menempatkan lapan orang.
“Syukurlah, khemah kita cuma enam orang sahaja, tidaklah kita tidur berhimpit-himpit macam ikan sardin,” ujar beliau bangga.
Sewaktu berehat di dalam khemah, beliau ternampak seorang pegawai Tabung Haji bersama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya.
Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.
“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu ditempatkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa,” kata beliau pada pegawai Tabung Haji itu.
Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, sebab itu beliau membantah hasrat pegawai Tabung Haji menempatkan jemaah kurus itu dalam khemahnya.
Ternyata Allah mengetahui niat setiap hambanya. Apabila pulang semula ke Mekah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidilharam, tekak beliau berasa amat kering sekali.
“Panas betul hari ini, lebih baik aku pergi minum air zam zam dulu bagi hilangkan haus,” bisik hati beliau.
Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepatutnya beliau ambil gelas baru di sebelah kanan tong air zam zam yang belum digunakan.
Sewaktu meminum air zam zam itu beliau terasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau.
Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau bertanyakan pada jemaah berdekatan siapa yang menggunakan gelas itu sebelum ini.
Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang menggunakan gelas plastik itu. Lebih membuatkan beliau betul-betul muntah apabila jemaah Pakistan itu mengakui dia seorang penghidap batuk kering.
Dia mengaku kahak di dalam gelas itu diludahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk meludah.
Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila mendengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.
Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mungkin balasan Allah ke atas dirinya kerana bermulut celupar serta suka menghina orang sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.
Beliau betul-betul menyesal. Sebagai menyuci segala dosa dan keterlanjuran yang dilakukan, beliau segera mengerjakan solat taubat di dalam Masjidilharam. Beliau memohon keampunan Allah berserta cucuran air mata.
Di bilik penginapan beliau segera menemui jemaah tua yang sering beliau hina sebelum itu. Beliau berjanji tidak akan memandang hina pada jemaah berpenyakit kerana semua penyakit itu berupa ujian Allah pada setiap hambanya untuk menguji sejauh mana keimanan hambanya.
-ijoks2009- http://ijoks2009.blogspot.com/
Petikan dari kisah ganjil di Mekah.

No comments:
Post a Comment