QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

22 February, 2012

MASALAH BAU NAFAS / MULUT

BAU NAFAS / MULUT
by Mohamed Ibrahim Maricar on Wednesday, February 22, 2012 at 7:47am ·



Bau mulut atau “Halitosis” dalam istilah perubatan sememangnya amat memalukan dan boleh merendahkan keyakinan diri pengidap terutamanya apabila perlu berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai.
Bau mulut berpunca dari mulut dan juga perut:
1-Gas Sulfida dari penguraian sisa makanan didalam mulut oleh bacteria.
2-Gas dari usus yang disebabkan oleh masalah usus.

Antara punca bau mulut ialah:
1-Dari dalam mulut:
-Kerosakan gigi.
-Plak gigi.
-Gigi berlapis.
-Pecah /ulcer mulut.
-Kuman di dinding dalam pipi dan di lidah.
-Kekeringan mulut/ air liur.

2-Dari usus.
-Gangguan penghadaman.
-Gangguan pembungan najis.
-Penyakit Gastrik.
-Pemakanan.


Kesihatan Gigi/mulut:
Berjumpalah doktor gigi untuk memastikan sama anda bebas dari masalah kerosakan gigi, plak gigi dan gigi berlapis, jika ada terdapat keperluan untuk rawatan, doktor gigi akan mencadangkan agar sama ada gigi dicabut, ditampal, dicuci atau sebagainya. Keperluan untuk menjalani pemeriksaan gigi ialah sekurang-kurangnya setiap 6 bulan.

Anda juga dinasihatkan selalu berkumur dengan air garam, air rebusan sireh atau bahan antiseptic yang terdapat dikedai/pharmasi selepas selesai memberus gigi atau bila anda rasakan perlu. Ini bertujuan untuk mengurangkan populasi bacteria dalam mulut, menyembuhkan ulcer mulut dan menanggalkan plak gigi.

Jangan lupa memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari berserta memberus lidah dan bahagian dalam pipi jika boleh. Biasanya majoriti masalah bau mulut akan dapat diatasi sekiranya masalah dalaman mulut dapat diatasi.

Meminum sekurang-kurangnya 2-3 Liter air:
Amalkan pengambilan air minuman sekurang-kurangnya 2-3 Liter sehari untuk memastikan masalah kekeringan air liur dapat diatasi. Ini juga penting untuk memastikan bahan kumuh dari usus dapat dikeluarkan secara normal melalui air besar ataupun air kencing.

Elakkan makanan/minuman berbau:
Dari segi pemakanan, anda dinasihatkan agar melebihkan pengambilan sayuran atau buah untuk melancarkan penghadaman, cubalah juga mendapatkan berat yang ideal sekiranya anda menghadapi masalah berat badan.

Elakkan pengambilan makanan/minuman yang boleh menghasilkan bau mulut seperti makanan jeruk, budu, petai,j ering, bawang segar atau makanan/minuman berkaffein seperti air kopi, teh dan minuman bergas, banyakkan meminum air suam atau jus buah-buahan. Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok.

Berjumpa Doktor:
Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah usus atau penghadaman cubalah mendapatkan rawatan yang tepat dari doctor anda, selain itu elakkan pengambilan makanan tinggi protein seperti daging merah atau kekacang. Pastikan bahawa anda membuang air besar sekurang-kurangnya setiap 2 hari.

InsyaAllah sekiranya semua aturan ini dapat diikuti sudah tentu anda akan dapat merasakan perubahan dari segi bau mulut yang lebih baik secara berkekalan.


Gunakan pengkikis untuk bersihkan lidah.Gunakan 'floss' untuk menghilangkan sisa makanan di celah gigi.

Dari nasihat seorang doktor gigi.










 ·  ·  · Share


. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~