QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

15 September, 2011

Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ~ Sistem Pembelajaran dan Sejarah

Silat Cekak Ustaz Hanafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silat Cekak Ustaz Hanafi (Silat Cekak Hanafi) ialah salah satu jenis Silat Cekak yang terdapat di Malaysia.

Isi kandungan

Makna Cekak

Cekak secara dasarnya mempunyai beberapa makna, bergantung kepada dialek ataupun loghat penuturnya.
1) Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - "makan cekak". Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:
"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."
Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.

2) Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:
"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.

3) Cekak juga membawa maksud "ringkas". Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem mata pelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berundur ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu.
Dalam pembelajaran buah, konsep ringkas ini juga ditekankan. Kesemua 21 buah Silat Cekak itu segerak, dalam erti kata hanya memerlukan satu gerak untuk melengkapkan buah tersebut. Ini memperjelaskan lagi konsep Ringkas yang menjadi salah satu maksud perkataan Cekak itu sendiri.

4) Secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ia sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.
Kedua, segenggam menunjukkan "padu". Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.

Pengertian Perkataan Cekak

Pertamanya perkataan Cekak ada pertalian erat dengan peribahasa Melayu terutama di Kedah ‘makan cekak’, yang membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan satu-satu tugas. Tegasnya Seni Silat Cekak adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

Kedua: dalam bahasa Minangkabau, perkataan Cekak, diucapkan sebagai ‘cakak’ yang bermaksud gaduh. Jadi Silat Cekak adalah silat gaduh. Tetapi bukan tujuan utama Silat Cekak digunakan untuk bergaduh tetapi silat yang boleh dibawa untuk menjaga keselamatan di dalam pergaduhan. Sebab inilah Silat Cekak tidak dipertunjukkan sebagai silat permainan, di majlis perkahwinan dan keramaian.

Ketiga: perkataan secekak bermaksud segenggam. Ini berti Silat Cekak mengajar yang segenggam bukannya yang segantang. Segenggam buah guru namanya. Ini bererti mata pelajaran Silat Cekak merupakan intisari mata pelajaran silat sahaja (segenggam). Bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak mempelajari asas (perdu) gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang pendek sahaja. Segenggam juga bererti, "Segemal" = Perpaduan, ia itu di antara ahli-ahli Silat Cekak tidak boleh bergaduh, dan tidak mencaci silat-silat Melayu yang lain, kerana semata-mata untuk mewujudkan perpaduan di kalangan ahl-ahli dan masyarakat Melayu.

Keempat: Cekak juga bererti pegangan; iaitu silat ini ada mempunyai pendirian, pegangan dan tujuannya yang sendiri. Sebab itulah sebelum penuntut-penuntut mempelajari silat ini ia diberi pegangan dahulu, bahawa mempelari silat ini bukannya untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh, mengikut nafsu, tetapi sebenarnya, untuk menjaga diri, bangsa dan agama.

Jadi dari segi pengertian nama sahaja, seperti yang dinyatakan, silat ini mempunyai pengertian yang dalam. Oleh sebab itulah, ianya menarik untuk dipelajari oleh belia-belia dewasa ini untuk menjaga keselamatan diri.

Berlainan dengan silat-silat lain, umpamanya Silat Gayong Malaysia, dari segi pengertian nama sahaja ia boleh mengelirukan masyarakat Melayu. Orang-orang pantai timur dan di Patani menyebut kalimat silat itu sebagai ‘gayong’. Sebab itu orang di Patani, dinamakan Gayong Patani. Orang-orang di pantai barat menyebut kalimat silat itu ‘silat’. Dengan itu "Silat Gayong" itu bermaksud "silat-silat" dimana ia tidak membawa apa-apa pengertian.

Bagi Silat Lincah Malaysia, dari pengajian Hanafi yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang persilatan Melayu, nama Lincah itu sebenarnya tidak pernah wujud. Ia hanya merupakan nama baru sahaja dalam alam persilatan. Sebab itulah nama Silat Lincah yang asal bukannya Silat Lincah.

Jadi kedua-dua silat ini tidak dapat diterima oleh mereka yang mengetahui hakikat silat sebenarnya. Ia hanya dipelajari oleh mereka yang tidak faham selok belok "Seni Silat".

Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan[bersambung...]


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~