BEKAM
RAWATAN TERAPI BEKAM
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat
islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.
Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!
Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana
Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata,
"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya."
(Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan
dengan izin Allah SWT."
(HR.Muslim)
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan."
(HR. Abu Daud)
PANTANG LARANG BERBEKAM
~Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.~Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
~Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
~Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam, kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Ada hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.”
Terjemahan bebasnya:
"sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain."
76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
INDIVIDU YANG DILARANG BERBEKAM DARAH
1) Wanita hamil 3 bulan pertama.
2) Pesakit kulit yang serius.
3) Pesakit darah rendah yang serius.
4) Orang tua yang terlalu uzur.
ANGGOTA BADAN YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM
1) MULUT
2) HIDUNG
3) TELINGA
4) MATA
5) KEMALUAN6) DUBUR
WAKTU YANG DI GALAKKAN BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."
1) Pada 17,19 & 21 bulan hijrah.
2) Pada sebelah pagi.
3) Berpuasa.Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
Penulis al-Qanun mengatakan,
"Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam JANGAN di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga JANGAN pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling AFDAL adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya."
Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.
KAEDAH MERAWAT MIGRAIN/SIHIR/SAKA MELALUI BEKAM.
Untuk merawat penyakit ini, bekam darah di lakukan pada pusat kepala. Rambut akan di gunting dan di cukur sebelum proses bekam di lakukan. Pesakit di galakkan melakukan kaedah bekam ini sekali seminggu sebanyak 3x sessi. Pantang larang kaedah bekam ini pesakit tidak boleh tidur sejurus selepas bekam di jalankan.
KAEDAH MERAWAT GOUT MELALUI BEKAM
Dalam merawat kes gout kaedah bekam darah boleh terus di lakukan pada tempat yang sakit untuk mengeluarkan darah kotor/asid urik yang menyebabkan kesakitan akibat gout.Pesakit di galakkan melakukan bekam ini seminggu sekali sebanyak 3x sessi untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum.
BEKAM SUNNAH (KEPALA)
BEKAM DARAH UNTUK KESIHATAN
Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan adalah di galakkan berbekam darah sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali. Insyaallah anda akan terhindar dari sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, migrain khususnya dan penyakit-penyakit lain.
GAMBAR BEKAM RESDUNG
Bekam resdung akan di lakukan pada kulit muka yang bermasalah jerawat bagi mengeluarkan darah-darah kotor yang terkumpul di bawah lapisan kulit wajah.
GAMBAR BEKAM SUNNAH (KEPALA)
Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut. Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang menghasilkan halusinasi pada pesakitnya. Insyaallah.
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah"
GAMBAR BEKAM UNTUK GOUT
Bagi pesakit gout darah kotor akan keluar berbuih-buih bersama angin dan asid yang terkumpul di kawasan tersebut.
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan).
Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
BEKAM UNTUK LENGUH-LENGUH SENDI
Bagi mereka yang lenguh-lenguh sendi utama di tangan dan kaki, adalah di syorkan bekam di kawasan lenguh dan setiap sendi seperti gambar di atas.
KEBAIKAN BERBEKAM
KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
BEKAM vs SIHIR
Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama.
BEKAM DI TENGKUK
Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu',
"Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan,
"Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
BEKAM DI PELIPIS KENING
Anas bin Malik menceritakan,
"Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda."
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya.
Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.
KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.
Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam, kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.
Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Selain dari Madu dan HabbatusSauda.
Allahu Akhbar!
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah[bekam] adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"
MERAWAT SAKIT PINGGANG DAN SENGGUGUT DENGAN BEKAM
Bagi mereka yang sering sakit pinggang dan senggugut yang teruk bekam adalah rawatan yang paling mujarab dan berkesan. Rasa sakit pinggang akan hilang serta-merta dan apabila datang bulan anda tiada masalah senggugut lagi. Insyaallah.
BEKAM DARAH BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN DAN SIHIR
Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin/sihir/santau kebiasaannya darah kotor tersebut berwarna merah kehitaman, pekat dan berbau hanyir. Dan biasanya pesakit yang mengalami sintom-sintom tersebut apabila menjalani rawatan bekam akan berasa sedikit pening, rasa nak muntah, menggigil, seram sejuk dan berpeluh.
Bagi pesakit tersebut perlu menjalani terapi bekam selama seminggu sekali[1x], insyaallah anda akan rasa badan lebih sihat dan segar.
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
BEKAM ADALAH SUNNAH RASULULLAH SAW
Sabda Rasulullah SAW : ~*~"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".
~*~"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.
PERALATAN BEKAM MODEN
Peralatan bekam moden yang di guna pakai sekarang adalah sejenis cup plastik yang tahan lama, bebas hama, mudah di cuci dan di bawa ke mana saja. Tiada lagi torehan menggunakan pisau bedah atau pisau belit, di mana kini menggunakan jarum yang halus dan tiada kesakitan. Bagi mereka yang belum pernah mencuba rawatan bekam moden ini, kini jangan bimbang lagi kerana kaedah moden kini tidak menyakitkan langsung.
Masa yang di ambil untuk setiap sessi rawatan bekam darah adalah sekitar 30minit-1jam, bergantung kepada banyaknya darah kotor yang keluar. Bagi mereka yang ingin berbekam anda di anjurkan jangan makan 2 jam sebelum berbekam atau yang lebih baik adalah berpuasa (jangan makan, hanya minum sahaja). Berbekam pada waktu pagi sebelum sarapan adalah paling baik kerana boleh meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
BEKAM ANGIN
Bekam angin adalah satu rawatan bekam tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam angin sangat sesuai untuk merawat ketegangan urat saraf, belikat, sengal-sengal dan letih lesu. Tempoh rawatan untuk bekam angin adalah sekitar 20-30minit.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM???
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:
"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit. Berbekam pada hari Selasa tanggal 17hb adalah ubat untuk penyakit setahun."
RUPA BENTUK DARAH KOTOR
Rupa bentuk darah kotor selepas proses bekam adalah seperti jeli dan kental. Darah kotor inilah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan akan menyebabkan rasa sakit-sakit badan, kebas-kebas tangan dan kaki, migrain, sakit kepala, malas, kuat tidur dan pelbagai penyakit yang lain. Dan jika di biarkan kemungkinan besar anda akan di serang STROKE, jika darah kotor tadi telah membeku di dalam saraf otak. Berbekamlah, mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".STROKE... SERANGANNYA SUKAR DI RAMAL
STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.
Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab STROKE ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.
Serangan STROKE secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.
Lemah dan lumpuh akibat STROKE ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai APHASIA. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.
Bagaimanapun bukan semua jenis STROKE akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.
PENYEBAB STROKE
SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.
Adakalanya keadaan STROKE menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.
Terjadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. (darah kotor yang tersumbat) Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.
PENYAKIT
HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.
Embolisms
Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.
Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah.
Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapatSTROKE .
Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebaraNg bukti tentang faktor ini.
MERAWAT STROKE DENGAN BEKAM
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.
KENAPA HARUS BERBEKAM?
Jin, syaitan @ iblis adalah makhluk yang diciptakan Allah SWT daripada api. Mereka diciptakan lebih awal daripada manusia. Mereka adalah hamba yang taat kepada Allah sebelum manusia yang bernama Adam di ciptakan. Setelah Adam diciptakan oleh Allah SWT daripada tanah, Allah perintahkan mereka supaya tunduk hormat kepada Adam, namun mereka sombong untuk tunduk kepada Adam,lalu jadilah mereka golongan yang dimurkai oleh Allah dan dikeluarkan daripada syurga. Semenjak itu, golongan ini berjanji untuk menyesatkan dan menyakiti manusia hingga ke hari kiamat.
Dari dulu berapa ramai manusia telah dirosakkan akal dan akidahnya, tidak kurang yang tersiksa sakit kerana perbuatan mereka. Sekarang ini, kejahatan mereka untuk merosakkan manusia dan menyakiti manusia berterusan. Ramai manusia hanyut dengan buaian jahiliah mereka, sehingga manusia lupa untuk taat akan tuhan yang telah menciptakan mereka, selain itu juga, mereka bukan sahaja menyesatkan akidah manusia, mereka juga menyakitkan manusia dengan menyerang tubuh badan manusia.
Ada yang sakit jantung, kencing manis, stroke, barah dan sebagainya..Apabila dikaji, rupanya semua penyakit ini kebanyakannya berpunca daripada serangan dan kejahatan mereka. Tempat duduk mereka ini adalah di dalam pembuluh darah manusia. Dan apabila mereka ini mencapai ke otak manusia akan menyebabkan manusia menjadi lalai, malas dan bertindak agresif.
Dari dulu berapa ramai manusia telah dirosakkan akal dan akidahnya, tidak kurang yang tersiksa sakit kerana perbuatan mereka. Sekarang ini, kejahatan mereka untuk merosakkan manusia dan menyakiti manusia berterusan. Ramai manusia hanyut dengan buaian jahiliah mereka, sehingga manusia lupa untuk taat akan tuhan yang telah menciptakan mereka, selain itu juga, mereka bukan sahaja menyesatkan akidah manusia, mereka juga menyakitkan manusia dengan menyerang tubuh badan manusia.
Ada yang sakit jantung, kencing manis, stroke, barah dan sebagainya..Apabila dikaji, rupanya semua penyakit ini kebanyakannya berpunca daripada serangan dan kejahatan mereka. Tempat duduk mereka ini adalah di dalam pembuluh darah manusia. Dan apabila mereka ini mencapai ke otak manusia akan menyebabkan manusia menjadi lalai, malas dan bertindak agresif.
Oleh kerana itu para Malaikat memerintahkan agar umat Muhammad berbekam.
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
AS SAUDA RAJA SEGALA UBAT
BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya. Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik.
Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu
*sistem metabolisma,
*memperbaiki sistem pencernaan,
*menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan
*membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam
*melegakan sakit kerongkong ,
*batuk,
*asthma,
*selsema,
*mengatasi keradangan,
*susah tidor
*memperbaiki dan melancarkan peredaran darah,
*menambah pengaliran susu badan,
*membekalkan tenaga segera,
*menambah jumlah bilangan sperma,
*menstabilkan sistem tunjang,
*mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut,
*mengatasi kulit berkedut,
*menambah ‘tone’ badan,
*disentri kronik,
*diabetes mellitus,
*dan banyak lagi.
Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu
*sistem metabolisma,
*memperbaiki sistem pencernaan,
*menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan
*membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam
*melegakan sakit kerongkong ,
*batuk,
*asthma,
*selsema,
*mengatasi keradangan,
*susah tidor
*memperbaiki dan melancarkan peredaran darah,
*menambah pengaliran susu badan,
*membekalkan tenaga segera,
*menambah jumlah bilangan sperma,
*menstabilkan sistem tunjang,
*mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut,
*mengatasi kulit berkedut,
*menambah ‘tone’ badan,
*disentri kronik,
*diabetes mellitus,
*dan banyak lagi.
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme. Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat rabatuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
7 ciri-ciri utama habbatussauda:
1. Nilai pemakanan
2. Sistem imunasi
- meningkatkan sistem imunasi.
- pencengahan kepada kanser
3. Anti-histamine
- anti alahan
4. Anti-tumor
- berupaya menghalang pembetukkan sel2 tumor.
5. Anti-bakteria
6. Sesuai untuk mereka yang terkena cirit-birit dan masalah perut yang lain.
7. Anti-radang (anti-inflammation)
- asma, bengkak sendi etc
8. Menggalakkan pengeluaran susu
TESTIMONI.. PENYEMBUHAN MELALUI KAEDAH BEKAM
Dalam minggu ini beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan bekam daripada saya sebelum ini datang lagi untuk membuat rawatan susulan, menyatakan khabar gembira mereka kepada saya. Antaranya pesakit yang dah lama menghidapi darah tinggi dan kencing manis, Alhamdulillah setelah menjalani rawatan bekam setiap minggu 1x selama 4 minggu berturut-turut tekanan darahnya sudah kembali normal dan paras gula pun turun dengan beza yang amat ketara. Dan kini saya mengesyorkan beliau untuk menjalani rawatan bekam sebulan sekali untuk maintain kesihatan beliau.Testimoni kedua, 2 bulan yang lepas seorang pesakit yang menghidap sawan sejak dari kecil datang untuk mendapatkan rawatan bekam. Dan semalam beliau datang lagi untuk kali ke-2 untuk rawatan susulan menyatakan sejak selepas berbekam 2 bulan yang lalu beliau kini tidak pernah di serang sawan lagi. Alhamdulillah..
Testimoni ketiga seorang pesakit panas baran,sebelum ini beliau menjalani rawatan bekam darah di badan dan kepala. Semalam datang lagi kali ke-2 bersama ahli keluarga yang juga ingin menjalani rawatan bekam setelah melihat beliau berubah menjadi seorang yang penyabar,boleh bertolak ansur dan lebih ketara wajahnya lebih nampak berseri-seri berbanding dahulu.
Testimoni keempat, pesakit senggugut yang kronik setelah 2x menjalani rawatan bekam terutama di pinggang kini tiada lagi masalah senggugut.
Testimoni kelima, pesakit migrain kronik, setelah 2x menjalani rawatan bekam di badan dan kepala juga sudah sembuh dan tiada migrain lagi.
- http://che-wann.blogspot.com/
- http://mukjizatbekam.blogspot.com/
- http://kursus-bekam.blogspot.com/
- http://setbekam2u.blogspot.com/
CHE WANN [Khas utk Wanita shj]
NO. HP : 017-297 9575 ;
EMAIL : alwanies@yahoo.com
FACEBOOK : bekamalhijamah@yahoo.com
ALAMAT : No.16-2-1, tgkt 2, atas Easy RHB Bank & 7eleven,
Taman Sri Rampai, Setapak KL.
(Berdekatan Masjid Tasik Sri Rampai)
WAKTU RAWATAN : 10pg-10mlm.
HARI RABU TUTUP
LOKASI : D-9-15 BLOK D TKT 9 MEDAN JAYA APARTMENT,TMN MEDAN JAYA JALAN KLANG LAMA 46000 PETALING JAYA (Apartment Warna Ungu,berhadapan Masjid Jumhuriyyah Tmn Dato Harun)
WAKTU RAWATAN : ISNIN-JUMAAT 8pm-11pm SABTU-AHAD 9am-11pm
CARA TEMUJANJI : SILA SMS KE 019-285 2849 SEBELUM DATANG.
. .
No comments:
Post a Comment