M embuka Pintu Rezeki
|
LadingEmas27@gmail.com
BeriMAN, BeriLMU, BerAMAL, BerTAWAKKAL, BerTAQWA-- Janji ALLAH~ Kebahagiaan Dunia Akhirat
M embuka Pintu Rezeki
|
Yasin40 nih asalnya aku ambil dari sifu kat rumah dia dulu, masa tu bini dia masih meniaga kat kantin lagi, masa aku ambil tu, Yasin40 nih masih berterabur, susah nak baca, nak baca doa je kene belek belakang.. so, aku dengan rela hati, buat la versi Yasin40 yg cantik macam yg ada hari nih
Yasin40 mula2 publish di web www.komputer.com.my .. iaitu adik kepada sifu sendiri, owner DARUL SAKA.. Yasin40 yg aku hasilkan awalnya sebesar 7.7MB.. bapak besarnya.. lepas tu slow2 aku buat semula tulisan dan re-touching pada setiap page.. dan hasilnya selepas tu.. 1.1 MB je.. dan selepas tu .. aku buat lagi .. final re-touch .. dan hasilnya.. 0.8MB.. bersamaan 800++ kB je.. hahahhaha..
Ijazah Yasin40? still kene mintak kat sifu aku, owner DARULSAKA.. aku just penyusun sahaja.. editor selaku design semula yasin40 tu.. Bagi aku, Yasin40 nih aku guna masa emergency je, aku tak gunakan untuk suka2 sebab aku dah nampak hasilnya.. ..
Nak huraian lebih lanjut tanya lah pada sifu.. takyah sms .. dia jarang layan.. gentlemen pi suri lah ..
:: Download Yasin40 ::
Namun Yasin40 yang berada dalam simpanan aku dan sifu, adalah versi complete.. … mahu tau? tanya sifu lah.. itu DARULSAKA sana… yg publish.. hanya untuk UMUM.. namun Yasin40 tetap asli. Tiada yang berbeza.
Ada yang jual Yasin40.. sifu mmg tidak izin. .. JANGAN DI JUAL !! Boleh check di DARUL SAKA pun blog pasal Yasin40. Ingat! Ambil Yasin40 ini tapi gunakanlah untuk kebaikan, bukan kejahatan. ..
Amanah oleh guru saya, Tok Belagak, DARUL SAKA.
Apakah Khatamun Nubuwwah nih? Meh baca kat bawah nih..
Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi Radhiyallahu’ anhu katanya :
Barang siapa memandang kepada “Khatamun Nubuwwah” sedang ia berwudhu pada waktu subuh, nescaya memelihara Allah akan dia hingga membawa ke petang. Dan barang siapa memandang kepadanya pada waktu maghrib,terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga, barang siapa memandang kepadanya pada awal bulan nescaya memelihara Allah akan dia daripada segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu. Selanjutnya barang siapa memandang kepadanya sewaktu hendak berjalan (musafir) nescaya jadilah sepanjang perjalanannya itu barakah dan selamat dan barang siapa mati dalam tahun itu nescaya dimatikan Allah dalam iman, Insya Allah Ta’ala, tetapi hendaklah yakin sepenuh hati kepada Allah S.W.T dan sekurang kurangnya berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 33 kali atau 313 kali sehari agar mendapat kerahmatan, keberkatan, keredhaan, hidayah, pimpinan, petunjuk dan kasih sayang Allah S.W.T Insya Allah.
Inilah contoh/misal lambang Khatamun Nubuwwah (di atas) yang ada diantara dua belikat Rasulullah S.A.W itu.
eMaTian Itu AdalAh SesuaTu YG Pasti Berlaku....RENUNGKAN ..... TANDA 40 HARI Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah Sesuatu yg ditunTut.. ...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita.... |
AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP | |
| |
1. Sesiapa yg berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ~Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. | |
2. Sesiapa yg berselawat tidak kiralah byk mana hitunganya setiap hari akan dpt keberkatandalam apa jua dgn syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. | |
3. Sesiapa yg berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan drpd sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dlm dirinya. | |
4. Berselawat 33 kali sehari dpt menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yg diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. | |
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil, dgn kita mgamalkan berselawat sebanyak 11x tiap kali selesai menunaikan solat fardu. | |
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dgn mgambil makanan yg terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yg lainnya sebagai simbolik kesopanan. | |
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah utk menerokai pelbagai ilmu. | |
8. Sesiapa yg berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya~Ahmad. | |
9. Sesiapa yg mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dgn izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. | |
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi | |
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan ~Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain. | |
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. [mkn buah Tamar]Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan | |
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para Nabi | |
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh | |
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat byk fadhilat ~Hadith: Sesiapa yg berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud. | |
16. Sesiapa yg mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dlm menghadapi apa jua masalah | |
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum | |
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dgn kita mengamalkan beselawat sebanyak 11x stiap kali selesai menunaikan solat fardu | |
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman | |
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawa3x s tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana | |
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung | |
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari | |
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. Mbaca AlQursy mase nak tidor, Allah akan hantar 2 Malaikat disisinya dan ditemani hgga Subuh seakan2 Penjaganya. | |
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah & Mbaca Surat AtTakasthur seolah-olah membaca 1000 ayat2 AlQuran--Hadith | |
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA | |
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari | |
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH | |
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur | |
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan | |
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari | |
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW | |
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yg ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dgn sedikit tetapi maknanya yg menyeluruh | |
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yg berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari | |
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari | |
35. Nabi seorang yg berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yg sesuai utk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ~Bukhari | |
36. Ada riwayat yg menyatakan bahawa amalan berselawat 80x stiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang | |
37. Menutup mulut dan rendahkan suara ktika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud | |
38. Jiwa yg gelisah dpt ditenangkan dgn zikir, termasuklah berselawat sekerap yg mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya | |
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yg berselawat kpdakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan dtg pd hari kiamat dgn keadaan bercahaya ~Abu Naim | |
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah~Hadith: Nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ~Bukhari | |
41. Sesiapa yg sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat & rezeki yg tidak disangka-sangka baginya | |
42. Selalu memilih yg lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih | |
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah~Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) ~Muttafaq Alaih | |
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yg amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yg lain | |
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yg menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ~Abu dawud | |
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya | |
47. Beri Salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ~Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar | |
48. Menurut para ulamak, sesiapa yg inginkan saat kematiannya dlm kesudahan yg baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib | |
49. Melakukan pekerjaan rumah~Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami | |
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yg baik dgn senantiasa berselawat 40 hingga 100x setiap hari, di ikuti dgn usaha yang berterusan. | |