Assalammualaikum semua;
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingat lah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) Wassalam. |
No comments:
Post a Comment