QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

09 October, 2009

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP




1. Sesiapa yg berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ~Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.


2. Sesiapa yg berselawat tidak kiralah byk mana hitunganya setiap hari akan dpt keberkatandalam apa jua dgn syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yg berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan drpd sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dlm dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dpt menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yg diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil, dgn kita mgamalkan berselawat sebanyak 11x tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dgn mgambil makanan yg terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yg lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah utk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yg berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya~Ahmad.


9. Sesiapa yg mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dgn izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan ~Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. [mkn buah Tamar]Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para Nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat byk fadhilat ~Hadith: Sesiapa yg berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yg mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dlm menghadapi apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dgn kita mengamalkan beselawat sebanyak 11x stiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawa3x s tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. Mbaca AlQursy mase nak tidor, Allah akan hantar 2 Malaikat disisinya
dan ditemani hgga Subuh seakan2 Penjaganya.


24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah & Mbaca Surat AtTakasthur seolah-olah membaca
1000 ayat2 AlQuran--Hadith


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA


26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yg ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dgn sedikit tetapi maknanya yg menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yg berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


35. Nabi seorang yg berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yg sesuai utk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ~Bukhari


36. Ada riwayat yg menyatakan bahawa amalan berselawat 80x stiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara ktika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud


38. Jiwa yg gelisah dpt ditenangkan dgn zikir, termasuklah berselawat sekerap yg mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yg berselawat kpdakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan dtg pd hari kiamat dgn keadaan bercahaya ~Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah~Hadith: Nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ~Bukhari


41. Sesiapa yg sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat & rezeki yg tidak disangka-sangka baginya


42. Selalu memilih yg lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah~Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) ~Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yg amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yg lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yg menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ~Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya


47. Beri Salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ~Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yg inginkan saat kematiannya dlm kesudahan yg baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah~Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yg baik dgn senantiasa berselawat 40 hingga 100x setiap hari, di ikuti dgn usaha yang berterusan.





LadingEmas27@gmail.com

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~