QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

08 November, 2011

Amalan yang baik-baik yang dalam JAMINAN ALLAH & RASUL

AMALAN YANG BOLEH MENANGGUHKAN KEMATIAN, KOLEKSI KATA MUTIARA ISLAM BERTAMBAH

Tazkirah Jumaat
4 November 2011 (7 Zulhijjah 1432H)


AMALAN YANG BOLEH MENANGGUHKAN KEMATIAN

Kematian adalah ketentuan Allah. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatkan kematian iaitu amalan bersedekah.

SUATU hari, Malaikat Izrail (Malaikat Maut) mendatangi Nabi Ibrahim as, dan bertanya, “Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Itu sahabatku dan juga muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

Setelah itu, Malaikat Izrail pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun,
Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrafil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.”

Wahai pembaca sekalian, kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahawa sedekah itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah… sedekah.

Maka, tengoklah kiri kanan anda dan lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka sesungguhnya anda harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh Allah untuk anda bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur anda. Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu ataupun tidak.

Saudara sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang CINTA Allah?

Jika seseorang diCINTAI Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawanya dicabut dalam keadaan Husnul Khatimah. Mudah-mudahan Allah berkenan memanjang umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan” (An-Nisaa: 78)


http://panduanislam.com/blog/2011/05/amalan-yang-boleh-menangguhkan-kematian/


KOLEKSI KATA MUTIARA ISLAM BERTAMBAH

Ada tiga golongan orang yang paling menyesal pada hari kiamat : 
(1) orang yang memiliki budak ketika di dunia, ternyata pada hari kiamat budak tersebut memiliki prestasi amal yang lebih baik darinya, 
(2) orang yang mempunyai harta tetapi tidak mau bersedekah dengannya sampai ia meninggal dunia, kemudian harta tersebut diwarisi oleh orang yang memanfaatkan harta tersebut untuk bersedekah di jalan Allah, dan 
(3) orang yang mempunyai ilmu tetapi ia tidak mau mengambil manfaat dari ilmunya, lalu ilmu tersebut diketahui oleh orang lain yang mampu mengambil manfaat darinya.” (Sufyan bin ‘Uyainah)

Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.” (HR Ibnu Majah)

Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman;
‘Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.’” (Yunus bin ‘Ubaid)

http://blog.al-habib.info/id/koleksi-kata-mutiara-islam-bertambah/

PUASA SUNAT PADA HARI ARAFAH, BERSEDEKAHLAH WALAUPUN HANYA SEPARUH KURMA, JAMINLAH UNTUKKU 6 PERKARA, AKU JAMIN SYURGA UNTUKMU

Tazkirah Jumaat
28 Oktober 2011 (30 Zulkaedah 1432H)


PUASA SUNAT PADA HARI ARAFAH

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa;
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4524.0


BERSEDEKAHLAH WALAUPUN HANYA SEPARUH KURMA

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma), dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Aisyah r. a. berkata;
“Aku dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi meminta-minta, dan sesudah aku memberi (sebiji kurma) dia berkata: Semoga Allah melindungi kamu dari seksa kubur. Maka aku kira keterangannya itu termasuk penipuan kaum Yahudi, lalu aku ceritakan kepada Nabi s. a. w. Kemudian Nabi s. a. w. memberitahu kepadaku bahawa seksa kubur itu adalah benar, kehidupan atau kebangkitan selepas kematian itu adalah benar dan keramat wali itu adalah benar.

Maka seharusnyalah seseorang Islam itu, berlindung dengan Allah dari seksaan kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amalan yang soleh seperti bersedekah. Dalam hadith yang lain disebut, “banyakkanlah sedekah kerana ia menyejukkan kamu di Alam Barzakh”.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/10/24/bersedekahlah-walaupun-cuma-separuh-kurma/


JAMINLAH UNTUKKU 6 PERKARA, AKU JAMIN SYURGA UNTUKMU

Rasulullah saw bersabda: “Jaminlah untukku enam perkara, aku jamin syurga untukmu, iaitu: bercakap benarlah bila kamu berbicara, tepatilah janji bila kamu berjanji, sampaikanlah apabila kamu diberi amanah, jagalah kemaluanmu tahanlah pandangan matamu, dan tahanlah tanganmu.”
(HR Imam Ahmad,Ibnu Hibban, Baihaqi)

1. Bercakap benarlah bila kamu berbicara.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang dianggap berbohong apabila dia senantiasa menceritakan semua yang dia dengar. (tanpa diselidiki kebenarannya)”
(HR Imam Muslim)

2. Tepatilah janji bila kamu berjanji.

Ada dua jenis janji iaitu janji bertulis dan janji secara mulut atau lisan. Kedua-duanya akan ditanya dihari kiamat. Dalam quran disebut:

……dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.(Al-Isra, 34)

3. Sampaikanlah apabila kamu diberi amanah

Kiamat berlaku disaat amanah disia-siakan. Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki. Nabi Muhammad juga digelar Al-Amin kerana amanah. Amanahlah dalam semua aspek. Serahkanlah amanah kepada yang pakar dalam bidangnya.

Rasulullah saw bersabda, “tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji.” 
 (HR. Ahmad).

Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila suatu perkara diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran" (HR Bukhari)

4. Jagalah kemaluanmu.

Jauhi dari digunakan pada tempat yang salah. (haram). Di dunia Allah beri satu(1) tenaga kepada setiap orang lelaki. Satu tenaga ini boleh diguna hanya kepada 4 isteri. Ramai orang yang tidak dapat jaga 1 tenaga dan nafsu ini dan digunakan pada tempat yang haram, iaitu perhubungan seks haram, pelacuran. Di syurga Allah akan beri 100 tenaga untuk lelaki dan perempuan. Jagalah tenaga yang 1 di sini untuk dapat 100 di sana.

5. Tahanlah pandangan matamu.

Kata pepatah Melayu dari mata turun ke hati. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram. Diriwayatkan, Rasulullah berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan.

An-Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

An-Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)……

6. Tahanlah tanganmu.

Tangan jugalah yang menyumbang kepada kejahatan walaupun sekadar mencuri selipar. Oleh itu ikatlah dan kawallah tangan daripada melakukan kejahatan.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/06/03/jaminlah-untukku-6-perkara-aku-jamin-syurga-untukmu/

 

AMALAN ISTIGHFAR DITUNTUT SEBAGAI PENGHAPUSAN DOSA LALU, MENEPATI JANJI, BERKATA BENAR BUKTI KESEMPURNAAN

Tazkirah Jumaat
21 Oktober 2011 (23 Zulkaedah 1432H)


AMALAN ISTIGHFAR DITUNTUT SEBAGAI PENGHAPUSAN DOSA LALU

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:
 "Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka." 
- (HR Muslim)

Sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.

Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambahlah dosa dilakukan lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Melakukan dosa biarpun yang dikatakan dosa kecil perlu dihindarkan kerana dosa kecil boleh menjadi dosa besar apabila:

Dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan:
 "Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan".

Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil dilakukan secara berterusan.

Jika dianggap kecil, tetapi sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpaling hati daripadanya.

 Sebahagian ulama berkata: "Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya."

Jika disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.

Jika menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azab-Nya.

Jika dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.

Jika dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/07/amalan-istighfar-dituntut-sebagai.html


MENEPATI JANJI, BERKATA BENAR BUKTI KESEMPURNAAN

MENGHORMATI, menepati dan melaksana janji dipandang sebagai kewajipan harus diutamakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada jiwa, memberi kedamaian dan kesejahteraan. Ia juga jalan keluar untuk memecah segala kebuntuan. Namun, ada kalangan kita masih tidak menepati apa dikata.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman mengapa kamu mengucapkan sesuatu yang tidak kamu kotakan. Besar benar dosanya di sisi Allah jika kamu mengucapkan apa yang tidak kamu kotakan itu." 
~(QS al-Munafiqun: 1-2)

Allah memerintahkan supaya setiap janji dibuat itu dipenuhi dan ditepati seperti firman-Nya bermaksud: "Hai orang beriman, tepatilah janjimu."
~ (QSal-Maidah: 1)

Menepati janji dan berkata benar bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang. Pepatah Arab ada berkata: "Sesiapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang itu memiliki keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya."

Meremehkan janji atau sengaja untuk tidak menepati apa diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah mengenai janji pernah dibuat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
"Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan." (QS al-Isra': 34)

Menepati janji sebahagian daripada iman dan balasannya adalah syurga. Firman Allah bermaksud:
"Orang mukmin ialah yang menjaga amanat serta menepati janji, menjaga solat, maka mereka itu yang akan mewarisi syurga Firdaus dan kekal mereka di situ selama-lamanya." (QS al-Mu'minum: 11)

Namun, masih ada yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji. Ada yang tidak segan silu menabur dan menjaja pelbagai janji. Malah, ada sanggup bertopeng kejujuran dan menggadai amanat dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan.

Seorang mukmin tidak mungkin akan menyalahi janjinya dan mustahil pula mengkhianati amanah kerana perbuatan itu menyebabkan kurang dihargai, malah sukar untuk dipercayai.

Suatu ketika Luqmanul Hakim pernah ditanya:
  "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?"
Beliau menjawab: 
"Dengan benar dalam berkata-kata, dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa bukan kepentinganku."

Ulama tabiin pernah berkata: 
"Ketahuilah "Benar" itu perhiasan wali dan
 "Dusta" itu tanda orang yang celaka."

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/07/menepati-janji-berkata-benar-bukti.html

WallahHu'Alam.

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

Fakta Menarik Tentang Rasulullah

Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam. Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Berikut merupakan fakta unik secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.

1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
5.beliau tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu mempermalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.
14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.

WaalahHu'Alam.
Petikkan~ http://myibrah.com/fakta-menarik-tentang-rasulullah#more-575

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

04 November, 2011

NABI IDRIS ~ Suatu masa..

KISAH NABI IDRIS Alaihi Salam


KISAH NABI IDRIS Alaihi Salam 


Idris atau Nabi Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal dengan nama Henokh.

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam wafat.

Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, astronomi, dan sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.

Nabi Idris diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.

Menurut buku berjudul The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun.


1. Nabi Idris Kedatangan Tamu

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?” 


2. Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
 
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”  “Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali. 


3. Malaikat Izrail membawa Nabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
 
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

WallahHu'Alam.

Petikkan~ http://adminskss.blogspot.com/2011/03/kisah-nabi-idris-alaihi-salam.html
. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

03 November, 2011

Perjalanan Aku dlm Kembara, meniti Usia





~*~*~*~* ~*~ ~*~
Pesan Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg

MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT

SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN

PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke

MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan

MERANGKAK2”
(HR Bukhari Muslim)


Dan sebutlah (nama) Tuhanmu didalam hatimu dengan

merendahkan diri dan rasa takut, dan dgn tidak

mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan

janganlah kamu termasuk 0rg2 yg lalai.
[QS Al-Araf(7):205]




Salam Silaturahim.., Yg Jauh KiTo Dokekkan, Yg

Dokek kiTo Himpunkan, Yg Himpun kiTo Mesro2kan,

Bilo Mesro yg kojo Berat menJadi Ringgan...



Addrs~Email UIAM

https://mail.iium.edu.my/CookieAuth.dll?GetLogon?

reason=0&formdir=3&curl=Z2FowaZ2F


Addrs~In~Out

http://prodapps.iiu.edu.my:8000/OA_HTML/AppsLocalL

ogin.jsp?

cancelUrl=/OA_HTML/AppsLocalLogin.jsp&langCode=US&

username=AZMANMN

~*~*~*~
Bisanya binatang pd sengatnya,
Bisanya manusia pd kata2nya;
Bisanya iblis pd bisikannya,
Dimanakah Penawar Segala Bisa?
Adakah di telinga yg TuLi?
Adakah di Mata yg buta?
Adakah di HaTi yg MaTi?
PasTinya pd Allah jualah Penawar segala bisa
yg termaktub dlm Kitab & Sunnah KeKasihNYA dan
di Dada HambaNYA yg Solleh, Utusan terakhirNYA
Yg perlukan Mata utk Melihat Ayat2 & KebEsaranNYA
Yg perlukan Telinga utk mendgrkan Ayat2 Allah,
 & Segala Kemerduan Unggas & Alam yg memujiNYA
Yg perlukan Hati utk menilai keHalusan Rahmat &
Kasih Syg Allah pd dirinya dan btanya pd diriNYA;
"Nikmat manasatukah yg Kamu Engkarkan..?"
MasyaAllah HuKana wama Lam Yasya'LamYakun
LaHawla Wala Quata iLLah Billah 'Aliyill'Azhim

*~*~*~Bergerak dari Kanan ke kiri


<div style="color: blue;">
<div class="clear">
</div>
<div class="widget HTML" id="HTML9">
<marquee direction="left" onmouseout="this.start

();" onmouseover="this.stop();" scrollamount="7"

style="font-style: italic; font-weight: bold;">
<div class="clear" style="text-align: center;">
<b><i><u><span style="background-color: yellow;

font-family: Verdana,sans-serif; font-size: x-

large;">PAKATAN REWANG  PAKATAN REWANG  PAKATAN

REWANG</span></u></i></b><b><u> </u></b></div>
<div class="widget HTML" id="HTML9">
<div class="widget-content">
<marquee direction="up" onmouseout="this.start();"

onmouseover="this.stop();" scrollamount="7">

</marquee></div>

~*~*~*~initial
.
.
<div style="color: blue;">
<div class="widget HTML" id="HTML7">
<i><b> <marquee direction="left"

onmouseout="this.start();" onmouseover="this.stop

();" scrollamount="9" style="font-family:

Verdana,sans-serif;"><span style="font-size:

small;">

~***~LadingEMAS~***~</span></marquee></b></i></div

>
</div>
~*~
<!-- AddThis Button BEGIN -->
<div class="addthis_toolbox addthis_default_style

">
<a class="addthis_button_facebook_like"

fb:like:layout="button_count"></a>
<a class="addthis_button_tweet"></a>
<a class="addthis_counter addthis_pill_style"></a>
</div>
<script type="text/javascript"

src="http://s7.addthis.com/js/250/addthis_widget.j

s#pubid=ra-4e40943f5e8f9904"></script>
<!-- AddThis Button END -->


~*~*~*~*~*

Sy dilahirkan dlm keluarga melayu, oleh Ibu Cina

yg diserahkan sebagai anak angkat kpd keluarga

Melayu yg baik lagilah prihatin.[Moga Allah jua yg

membalas budi-baiknya dgn sebaik2 balasan ..AMin!]

Sy dibesarkan selepas ibu sy kawin dgn family

Melayu, di Kuala Kepis.[Bapa sy juga seOrg anak

Yatim juga, Umur lima tahun ibunya meninggal dan

tinggallah dgn ibu tiri sekejap, ttpi dgn Kakak

Sulungnya agak lama sehingga umurnya 18 tahun

bekerja dgn JKR dan kawin dgn Ibu sy].

Semasa ibu sy dipelihara oleh bapa angkatnya nama

ibu sy dimelayukan dan di Bintikan dgn Atuk sy,

masa tu Undang2 tak ketat mcm skrg.

Kebetulan pula Atuk sy kematian isterinya yg

pertama. Dgn isteria pertama dianugerahkan 4 Org

anak. Ttpi dgn nenek sy[isteri kedua], tiada anak pula bila

bkawin dgn isteri keduanya, Mak sy jadi anak

angkat yg dijaga sebaik2nya, ibarat menatang

minyak yg Penuh..[kata Org tua2]
malah bertuahnya diberikan juga harta pusaka, mk

ramailah yg tak puas hati, nasib baik juga Abg yg

kedua[Pak Ngah Samin], berhati Mulia tu Syg sgt2 adik tiri

angkatnya nih..maka dialah,  pembela setiap kali jk

ada apa2 yg diUngkit2 oleh Sdara2 yg X puas hati.

Semasa Mudanya Ibu sy nih seOrg yg pandai mengaji

di Kg tu, dan pernah juga jadi Guru sekolah

shggalah berkawin dgn Bapa sy, sbb amalan Org tua2

dulu isteri ikut suami dan duduk kat rumah jaga

mkn pakai suami.Mak pun berhenti jadi Guru.

Atuk sy seOrg yg bijak, jadi dia terokalah tanah

sebyk mungkin, dgn membahagi2kan Tanah tersebut

mengikut sama rata dan sama byk2, dgn harapan

semua puas hati.. ALHamdulillah, tiada yg berbunyi

cuma ada sedikit dengusan dari Org2 yg sedia X

puashati, maklum manusiakan...?

Sy dilahirkan di Juasseh Kuala pilah 21Sep65

[Selasa]. Katanya berebut Bidan kg sbb Ujang

[Pelukis kartun GG tu] pun dah nk bersalin juga

hehe..berlumba nk keluar kott.. :) ttpi Atuk sy

nih seorg yg handal juga dlm perUbatan tradisional

jadi ok, no problemo..!! Sy tak sempat nk menuntut

sbb Atuk meninggal, ketika Sy berUmur 8-9 tahun,

nak masuk darjah Tiga masa tu. Jarak nenek/Wan sy

pun tak smpi setahun meninggalnya, Atuk sy pergi

pula, mcm janji2 pula Org Tua tu...

Sy di sekolahkan di Juasseh sekejap, beberapa

bulan di sana. Dan ikut Bapa sy merantau,

memandangkan beliau k/tgn kerajaan [JKR]. Dia

diUnit Jentera berat asalnya. Lps tu agaknya dah x

larat nk betulkan byk Lori2 JKR yg tersadai, dan

kerap OverTime hgga beberapa hari X balik dan

kekadang kerjakan lori tu smpi mlm pula kat hutan2

sbb masa tu tak byk kereta di jlnraya, Mak sy

cukup risau.Dia pindah unit ke Jentera kecil pula

[repaired kereta dan Mesin rumput pula]

Tu sbb ada beberapa kali sy sekolah di Sek

Ampangan dan ada masa sy sekolah kg Juasseh

semula.

Lps sy pindah ke Kg dari blok "C" tu sy balik

semula ke Kg dan kemudian, kat Gedung Lalang pula,

sebelah Tmn Bakti tu. Kemudian bila Tgkatan satu

sy ke Sikamat pula..betul2 duduk belakang rumah

Siti Zaharah Zakaria tu, hari2 jln kaki kesekolah

dgn Siti Zaharah & Hajjah Rosliza, Ibrahim Idris,

dan beberapa Org kawan2 lain ke STAD tu...dlm 2-3

km juga.

Masa tu sy juga keluarga susah, rupa2nya St

Zaharah susah juga, adik beradik dia ramai juga.

Petang2 ada juga main galah panjang, Teng2 dgn

kawan2 di situ termasuk Zaharah. Ttpi sy nih suka

main guli, gasing, perangkap Wak2, pistol peluru

terung Jepun/belanda tu, kekadang diganti dgn

NewspAper basah yg telah direndam semalaman, wah

jk kena pasti perit wooo...!! dgn budak2 keling

kat sebelah rumah, sbb budak lelaki kann kena jaga

macoor tu, hehehe...

Masa tu sy masuk pengakap kat sekolah, duit

belanjer masa tu dari darjah satu smpi tgkatan 5,

percaya tak? sy dpt berlanja sepuluh ke dua puluh

sen sehari shj, sbb Bapa gaji kecil, selalu bw

bekal, dan air sendiri. Duit 20 sen buat beli air

shj tu pun kekadang segan nak beli sbb minum seOrg

x sedap, jk ajak kekawan segelas kongsi 2. Sahabat

baik sy masa tu Azman Abd Manaf budak Melaka, dia

selalu sgt belanjer sy, malah kekadang dari

Seremban Quarters Polis tu kerumah sy dulu, naik

basikal[Tgkatan 2-3] kami bersaing ke sekolah..
Allah.. budak tu tak reti penat sanggup ke Tmn

jujur [lps duduk Quarters JKR tu] patah semula ke

Sekolah STAD.

Punyerlah susah nk dptkan seragam sekolah, minta

dgn Org Tua hehe.. AlHamdulillah, rupa2 eh Rahim

Ali, Ali Rahman, Azman Omar ajak sy cari duit jadi

KD padang Golf. sebelum tu sy ikut Mamat Majid

cari pucuk paku smpi bukit putus tu... jual kat

pasar seremban, duit poket ler katakan..!! Sbb sy

pelik bebudak nih sekali keluar duit dlm kocek

berhinggit2 tu.. jual dadah ke..?? hehe

Sy ajak Azman Manaf dia tak mahu Ayah dia tak beri

kerja kat situ. Rupa2nya ramai tu bebudak STAd kat

situ.. mcm pesta ler pulak..ttpi yg kekalnya Sy,

Azman Omar, Rahim Ali, Rostam, Nizar sesekali sbb

dia dgn Abd Kadir kerja kontract, Subani kerja dgn

Ayah dia kedai runcit.[Jk x silap].

AlHamdulillah, dgn duit tersebut sy dpt apa yg

dihajati, ttpi selalunya beri kat Emak smpi

menitis air mata Org Tua tu dpt duit kerja KD,

pdhal sehari cuma dpt rm10-rm25 shj pun..! dan dpt

juga sy bayar duit Tusion kat Balai Bomba di

Seremban[diBalai Bomba nih sy jumpa Zul Idin, Hadi

Yunus, Yulferry dan beberapa org yg lupa pulak

namo ehh..], hari2 sy naik "basikal Tua" ke dari

Sikamat ke Paroi, lps tu ke Seremban pula belajar

Tusion. AlHamdulilah, pelajaran sy pun ok, tu yg

dpt ke kelas 4Sc1, lepas tu ke Teknik.
 Basikal Tua tu x dapat nak berpisah dgn Sy,

smpikan ke Sek Teknik Tuanku Jaafar pun sy

bawa..kecuh kat sekolah sapa pakai "basikal Jepun"

tu hahaha... Lepas sekolah cari duit poket.

Bayangkan kat Sek Teknik, Mak tak beri gi cari duit

sbb, dia risau, kelas pun habis lambat, jam 5.30pm

baru habis kelas..!, suruh belajar shj..tapi Bapa

sy masih beri gak 20sen, belajer harian..

Cuba agak2 nak beli apa dgn sehari 20sen ekk..?

Air Teh O nasib baik free, kuih ler sebiji,

jadi udah jadi kebiasaan sy time rehat jer ke

Library..dah jadi amalan sy sejak di STAD lagi pun

seronok bc buku mcm cerita feksyen sains yg sy

suka conth, "Kenapa dan Mengapa?"

Pertengahan tahun tingkat 4, sy masuk Asrama,

agaknya stamina lebih selalu kayuh basikal Jepun

tu, sy terpilih masuk dlm byk acara padang Ragbi,

loncat Kijang, loncat Jauh, seratus meter mcm2 yg

joint kecuali loncat pagar sekolah[fly] jer tak buat

hehe..ramai gak yg ajak ttpi[fly..] memandangkan

amanah Mak, tak jadi ikut dio Org :P

Selepas SPM, dpt pun paras hidung jer..Sy apply

ler Perguruan dan beberapa kerja, contoh Pam

Attandent, Service car[cuci kereta] KD tak sanggup

sbb gaji kecil sgt, harapkan Tips jer..

AlHamdulillah..dpt Tawaran 3 tmpt mase tu, UIA,

Guru, DrafMan. Sy tanyakan Bapa Sdara sy, skrg nih

Imam Masjid Stadium Paroi tu, Utz Munzir. Dia kata

eloklah UIA tu, jk nak belajar pun senang, ok

done..!

Berkat kerja kat UIA dpt bantu adik2 sy yg lain,

hgga habis sekolah, dan yg perempuan tu kawin. Dan

Sy belajar sendiri di YAYASAN ANDA di Bangsar, dan

ambil beberpa Sijil Kemahiran di UITM, jln Othman

PJ, Maktab Kerjasama, PJ dan beberapa Kemahiran yg

lain.

Dah perangai Org lelaki, Sy pun mmg minat Silat,

Jadi Sy Joint Silat Sabil Sri Indera Sakti, Silat

Gayung, Tempur tanpa senjata, Silat Cekak M'sia[skrg Silat Cekak Utz Hanafi M'sia]

dan beberapa aliran Silat, alHamdulillah nasib

baiklah tak sewel [kata Org Tua2 dulu takut byk

belajar Silat, nanti GiLo hehe..] InsyaAllah

berkat doa Org Tua, belajar sedikit ilmu Tauhid,

Fekah & Tasauf & Usuluddin ~ Selamat jua]

Ramai gak suruh sy belajar lagi ttpi nak

tinggalkan family tanpa gaji, separuh gaji agak

sukar mase tu..tambah2 bila udah beli Rumah,

kereta... dan yg boleh sy buat berniaga kecil2lan

dari jual kain, peralatan brg2 kemas dgn isteri

smpilah ke Bakery skrg. Berkat berniaga tu Allah

izinkan kami pergi memnunaikan Umrah [2001, 2002,

2003] dan menunaikan Haji [2005/6]..AlHamdulillah.

Anak2 sy yg Tua[P] 21thun tu baru tamat praktikal

di MARDi, mggu depan ke wat presentation

dia...proffesor Mardi tu lepas nih suruh kerja dgn

dia pulak, AlHamdulillah rezeki... kata kami, w/pun

cadangnya nk buka kedai sendiri.

Anak yg kedua[P] 19thun tgh ambil kos Diploma on

Bakery & Pastry; sem-2 dah, tamat hujung April nih.

Yg ketiga[L] 18thun, lps SPM tu dia masuk KFC

College pulak...semuanya minat dlm bidang makanan

ler pulak.

Yg ketiga[L] 15tahun, PMR tahun ni.

Yg kecik sekali[L] 7 tahun darjah satu.[semua

sepatutnya 3 pasang] yg kelima tu meninggal ketika

seminggu lagi nk lahir] tersimpul tali pusat, kat

dlm kandungan.. sudah janji dia utk kami bertemu di

Padang Mashar nanti tu..InsyaAllah.

Sy bertugas di UIA nih dari 24-April-1983.
kerja di Library, dan ada juga mengajar Co-

Coriculum [berUniform dan Kebudayaan Melayu]
Mungkin tak kemana2 lagi kot..tunggu pencen jer

agaknya hehehe..

Begitulah ceritanya ..maaflah lama sgt mengarang

hehe maklum, berkarat habih tulisan :)v


~*~*~*~
“Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagi mu

dan tidur sebagai istirehat dan dijadikan siang

untuk bertebaran (mencari rezeki)” (surah al-

Furqan ayat 47)

~*~*~*~

Salam Cikgu pkhabar..? Moga Allah dipermudahkan

Moga dipermudahkan Allah, segala urusan.. Sila

cari Guru yg boleh mengajar Sifat 20 shgga

keperingkat 4 Wajah & Makam 7, biasanya Aliran

Tarikat Nasyabandi.. Ttpi hati2 jgn termasuk

aliran sesat yg keluar dari Sunni, TKasih :)

~*~*~

(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau

meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak

meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai

Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh

kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali

mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana

mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan

Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada

kaum yang fasik.
[At Taubah 80]

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang

beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik,

sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah

nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu

adalah ahli Neraka.
[At Taubah: 113]

~*~*~*~

<div class="clear">
</div>
<div id="HTML9" class="widget HTML">
<marquee onmouseover="this.stop();"

onmouseout="this.start();"

direction="up" scrollamount="7">
<br />
<span style="font-family:Verdana,sans-serif;">
<u span style="color: blue;">RENUNGAN</u></span>
<br />~*~Tazkirah:~Jumaat
<br /><span style="font-weight: bold; color:

blue;">SABAR=></span> tu sebahagian dpd <span

style="font-weight: bold; color:

blue;">IMAN</span>.Yg sbahagian lg tu marah

ataupun sedih. Sabarnya seorang tu kerana menahan

<span style="font-weight: bold; color: red;">MARAH

atau SEDIH</span>.
<br /><span style="font-weight: bold; color:

red;">MARAH atau SEDIH</span> itu sbb kurangnya

pnghayatan trhadap beberapa <span style="font-

weight: bold; color: blue;">Rukun IMAN</span>,

khususnya <span style="font-weight: bold; color:

blue;">Qadha' & Qadar</span>. Jika seorang itu

mampu menghayati <span style="font-weight: bold;

color: blue;">Qadha' & Qadar</span> InsyaAllah dia

akan mjadi org yg <span style="font-weight: bold;

color: blue;">REDHA</span> dan tiada rasa <span

style="font-weight: bold; color: blue;">MARAH atau

SEDIH</span>. Itulah tanda org yg <span

style="font-weight: bold; color: blue;">MANTAP

IMAN</span>nya
<br /><span style="font-weight: bold; color:

orange;">~HJ. Suhaimi Khalis Ishak</span>

<br />~*~Tazkirah:~Teka/ki dari Radio IKIM,"Apa

dia yg <span style="font-weight: bold; color:

blue;"">SUSAH lagi MeNYUSAHKAN?</span>"
<br />Rupa2nya soalan, SseOrg kpd Saidina Ali

kwjh.
Jwb beliau, <span style="font-weight: bold; color:

blue;"">MATi!</span> sbb X boleh <span

style="font-weight: bold;">msuk sendiri</span> ke

<span style="font-weight: bold;">Kubur</span>,

Ttpi lebih Mnyusahkan, bila <span style="font-

weight: bold; color: blue;">TiADA AMALAN SOLEH nk

dibawa ke dlm KUBUR</span>, MasyaAllah!!!
<br />Lantas teringat, Soalan Imam Ghazali kpd

Murid2nya,
Apa dia <span style="font-weight: bold;">Ringgan

ttpi Berat</span>? <span style="font-weight:

bold;">Dekat</span> ttpi Jauh?Jk pergi, <span

style="color: blue;">TAK dtg SEMULA</span>?
Jawabanya=<span style="font-weight: bold; color:

blue;">AMANAH~ MAUT~ MASA!!!</span>
<br />
<br />~*~Kisah seorang ustaz yang memerhatikan dua

orang pekerja kedai seorang lelaki dan perempuan

yang duduk berbual-bual menunggu kehadiran para

pembeli.
<br />
<br />Tiba-tiba kedengaran suara keras yang

memanggil mereka berdua untuk mengarahkan mereka

sesuatu. Maka kedua-duanya pun bergegas ke arah

majikan mereka, padahal mereka baru berehat

sebentar untuk menjamu selera. Alangkah cekapnya

mereka melaksanakan arahan dan perintah majikan

mereka.
<br />
<br />Maka tibalah waktu rehat dan AZAN pun

berkumandang dari surau yang berhampiran dengan

kedai tersebut. Ustaz itupun berlalu pergi untuk

melaksanakan SOLAT ZUHUR berjamaah, walaupun pada

masa yang sama beliau masih dapat melihat dua

orang pekerja tadi yang beragama islam masih duduk

mendengar lagu dan tidak terkesan sedikitpun

dengan laungan ALLAHU AKBAR seolah-olah tiada apa

-apa.
<br />
<br />Bila selesai solat, ustaz itupun pergi

mendekati dua orang pekerja tadi. Setelah memberi

ucapan salam dan memperkenalkan diri, dengan penuh

kesopanan, ustaz bertanya "Kenapa masa majikan

panggil tadi adik berdua sangat bersemangat dan

rajin sekali walaupun masa tu baru nak sarapan?”

Jawapan mereka, "Yang panggil tu adalah Boss,

kalau kita tak patuh nanti kena berenti keja

pulak. Mana nak cari makan?”
<br />
<br />Ustaz meneruskan perbualan, “Tapi masa AZAN

adik berdua buat-buat tak dengar pun. Kan Allah

yang panggil tu. Allah yang bagi <span

style="font-weight: bold; color:

blue;">KENIKMATAN</span> kat adik hidup di <span

style="font-weight: bold; color:

blue;"">DUNIA</span> dan bagi REZEKI kat adik

berdua”. <br />Kedua-duanya diam. Ustaz meneruskan

“Kalaulah MAKHLUK yang memanggil kita,kita sanggup

berGEGAS untuk <span style="color:

blue;">DATANG</span>, takkanlah <span style="font

-weight: bold; color: blue;">MAHA PENCIPTA

MAKHLUK</span> yang memanggil kita, kita buat-buat

tak tau. <span style="font-weight: bold; color:

blue;">Tak ADIL ler NAMANYA</span>”.
<br />
<br />Pada masa itu juga wajah kedua-dua pekerja

tadi tertunduk keinsafan...

<br />Jadi kita..? Macamana Ye..? Ajaklah anak2

kita ke Masjid.. bukankah <span style="font-

weight: bold; color: red;">ANAK2 adalah HARTA dan

AMANAH ALLAH</span> yg tidak terkira harganya..?
<br />
<br />~*~<span style="font-weight: bold; color:

blue;">TERKENA API DI KUBURAN</span>

<br />by 1001 Kisah

<br />Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa

serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi

berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka

di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka

untuk berziarah ke rumah jirannya.
<br />
<br />"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk

mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya."

kata Abu Sinan kepada tetamunya.
<br />
<br />Sesampainya di sana, mereka mendapati

saudara si mati senantiasa menangis karana terlalu

sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan

membujuknya agar jangan menangis, tapi tidak

berjaya.
<br />
<br />"Apakah kamu tidak tahu bahwa kematian itu

suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap

orang?" tanya para tetamu. "Itu aku tahu. Akan

tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa

yang telah menimpa saudaraku itu."
<br />jawabnya. "Apakah engkau mengetahui perkara

yang ghaib?" "Tidak. Akan tetapi ketika aku

menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya

telah terjadi sesuatu yang menakutkan.
<br />
<br />Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi

aku masih duduk di atas kuburnya.
<br /> Tiba-tiba tdengar suara dari dalam kubur

<span style="font-weight: bold; color:

blue">"Ah..ah....Mereka tinggalkan aku seorang

diri menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan

PUASA dan SOLAT"</span>.
<br />
<br />Jeritan itu betul-betul membuatku menangis

kerana kasihan. Aku coba menggali kuburnya semula

kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di

dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan

api dan di leher si mayat ada rantai dari api.

Kerana kasihan kepada saudara, <span style="font-

weight: bold; color: blue;">Aku cuba untuk

melepaskan RANTAI itu dari LEHERnya</span>.

Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya,

tanganku terbakar."
<br />
<br />Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih

hitam dan mengelupas kulitnya karana kesan api

dari dalam kubur kepada tetamu.
<br />
<br />Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus

menimbun kubur itu seperti semula dan pulang

dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis

apabila mengingati keadaan itu?" "Apa yang biasa

dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanya

teman-teman Abu Sinan. "Dia tidak mengeluarkan

zakat hartanya." jawabnya.
<br />Dengan jawaban ini, teman-teman Abu Sinan

membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci
<br />
<br />Al-Quran surah Ali Imran yang artinya:
<br />"Sekali-kali janganlah Org2 yang <span

style="font-weight: bold; color: blue;">BAKHIL

dengan HARTA</span> yang Allah berikan kepada

mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa

kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya

kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta

yang mereka <span style="font-weight: bold; color:

blue;">BAKHIL itu akan diKALUNGKAN KELAK di

LEHERnya</span> di hari kiamat. Dan kepunyaan

Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan

di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu

kerjakan."
<br /><span style="font-weight: bold; color:

yellow;">(Ali Imran: 180)</span>

</marquee></div>

. .
<div style="color: yellow;">
<div class="clear">
</div>
<div id="HTML9" class="widget HTML">
<marquee onmouseover="this.stop();"

onmouseout="this.start();" style="font-weight:

bold; font-style: italic;" direction="left"

scrollamount="5">~***~Sesungguhnya AGAMA itu,

adalah NASIHAT..!

~Hadith~***~</marquee></div><strong></strong></div

>

~*~*~*~




















. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

Tudung ke tidak ke..?

Tak Bertudung vs Bertudung
Semoga menjadi iktibar untuk kita semua... 

Oleh:bardbahtiar

Petikkan~ http://kakifacebook.com/tak-bertudung-vs-bertudung/

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

31 October, 2011

Ujian melanda... pinjaman yang WAJIB dikembalikan.

Salam Takziah utk keluarga En Shahril Alias, atas Ujian yg melanda beliau sekeluarga.

Dimana kemalangan jalan raya di hadapan Kg Jaya Setia, [Ahad 30.Okt.2011; 8.30 am]
Bestari Jaya, telah meninggalkan kesan yg mendalam kepada kita semua.

Dimana menyebabkan dua dari empat anak-anak yg berada dlm kereta Peugeot baru itu, kembali kerahmatullah. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.[kita kepunyaan Allah, dan kpdNYA kita dikembalikan]. Iaitu anak yang sulung[lelaki 15tahun] dan anak yg kelima [perempuan, 2 tahun].

Isteri beliau serta anak yg keempat juga dikhabarkan agak parah. Dan masih dirawat
di Hospital Sg Buloh. Anak ketiga ditempatkan di wad biasa. Kita sama-sama doakan agar mereka semua segera sembuh.

Kita semua, dan apa-apa yang kita punyai adalah "pinjaman dan amanah" dari Allah jua.

Dua yang tiada dalam kereta, iaitu anak kedua[tinggal bersama nenek]
dan En Shahril sendiri sebab beliau berkursus di Sabah.

Semoga beliau redha dgn Ujian tersebut, redha dengan apa yg berlaku, bersabarlah dgn berSolat[perbanyakkan solat-solat sunnat], membaca Quran[ingatan Allah], Zikir & doa kepada Allah, sebab bila mengingati Allah, Jiwa dan Roh kita akan tenang.

Firman Allah Ta'ala :

al anbiyaa Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Al-Fatihah buat mereka yang berumur 15 tahun dan adik kecilnya 2 tahun, yang kembali ke rahmatullah semalam. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang Soleh, serta orang-orang yang mendapat Redha dan  Rahmat Allah - Al-Fatihah.

"Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)"
[QS al-Kahf(18): 44]


InsyaAllah, mereka juga adalah Saham akhirat. Kelak kita semua akan dikumpulkan
untuk dihisab, dunia ini hanyalah perjalanan sementara sahaja, dan matlamat akhirat juga
adalah lebih yang utama. Perjalanan Utama kita adalah, perjalanan selepas "MATI".

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.  
[QS Al Mulk (67) : 2]. 

” di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh....”.
[QS An Nisaa' (4) : 78]. 
  
Setiap yang hidup, PASTI akan MATI juga, begitulah "sunnah" perjalanan kehidupan kita didunia ini adalah semata-mata untuk persediaan, perjalanan "balik", cuma kita semua tunggu "janjinya" sahaja.


Bagi Orang-orang beriman tinggi(ahli-ahli tasauf/ibadah), utk "berjumpa" dengan "Khaliknya" adalah satu kerinduan, yang amat sangat.

Saya teringat kepada Guru Saya Allahyarham Sheikh Abd Majid Yatim, Kg Rincing, Beranang, selalu mengatakan pada kami, hari sudah petang, bersiaplah nak berangkat. Perjalanan masih jauh lagi, persiapan kita, bagaimana? Tetapi jangan tunggu petang, bila-bila sahaja kita akan naik nama, akan dipanggil, untuk ke "perjalanan yang lagi satu.."

Bermula dengan "Alam Arwah" kita lalu pula "Alam Rahim", dan dari "Alam Dunia" kita melaui pula "Alam Kubur[transit]" kerana MATI, adalah "pintu gerbang" , untuk menempuh "Alam Barzah", seterusnya ke "Alam Akhirat/Masyar" untuk di hisab. Dan mara pula lagi, untuk mendapat Hadiah & Bonus ke "Alam Neraka" atau "Alam Syurga".

Surah al-Zalzalah

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain,
iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua,
masa sihat mu sebelum datang masa sakit,
masa kaya mu sebelum miskin,
masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan
masa hidup mu sebelum datang saat kematian".
[HR Ar-Tirmizi &Muslim dari Amru bin Maimun r.a]


Jenazah kedua anaknya selamat dikebumikan selepas isya.

Ucapan Setinggi-tinggi Terima Kasih, kerana segera berkejar ke tempat kejadian, Tn Pengerusi Taman Koperasi Bena Cikgu Mazlan, Cikgu Bibit, En.Azman Maulut, En.Azman Mad Zam, En Zaid dan lain-lain.

Begitu juga, terima kasih kpd Wak Jan[Cikgu Shahrizan] dan isteri yang membantu dan menemani keluarga En Shahril hingga ke Hospital Sg Buloh, serta membawa jenazah anak perempuan kelima itu, ke Ijok untuk disempurnakan.

Juga tak lupa, Hj Isnu dan Hj.Azman N dan Wak Yunus[datuk kpd anak sulung En Shahril] yg berada dibilik Mayat Tg Karang, menunggu sehingga selesai pengurusan mandi jenazah, dan pengangkutan yang uruskan oleh En Zulhisyam Kamaruddin serta Isteri.

Terima kasih, yang berusaha Pen. Pengerusi Taman Koperasi Bena En Sarif Haron[Ayep].

Kepada semua AJK Masjid Ijok Nurul Iman Qariah Bt. 8, Ijok dan semua yang turut membantu hingga selesai proses pengkebumian tersebut, Tn Imam Azremy, Imam Utz Rashid, Imam Saroni, Tn Hj Affendi, Tn Hj Awaluddin, Tn Hj Damri, dan semuanya, JasaMu akan kami kenang dengan doa Jazakallahu Khairan.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga, kepada semua sahabat dan rakan-rakan dan mereka-mereka yang tak dapat nak disebut namanya, kerana ramai yang membantu, dan kepada semua yang berjasa serta hadirkan diri dalam Majlis Doa & Tahlil, semoga Allah jua yang membalas budi baik Tuan-tuan dan Puan-puan semua... Amin! YA ArHammar Rohimin!

Al-Fatihah.











. .
 Lokasi kemalangan di jalan Bkt Badong~Btg Berjuntai[Bestari Jaya] di hadapan rumah pam Jaya Setia tidak jauh dari SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.
 
Ziarah YB Dr ZuL, Parlimen Kuala Selangor













 RENUNGAN KITA BERSAMA.

Firman Allah bermaksud:

   "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. 
Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara SOLATnya.
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,(yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. 
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.
Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat". 
[Surah Al.Mukminuun ( 1 - 16 )]

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan" 
[Surah Al.Anbiyaa' (35)]
 
"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan" 
[Surah Al.Ankabut (57)]

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. 
Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? 
Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung.
(Riwayat Muslim, #1570

TALKIN UNTUK DIRIKU:~
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut.
Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah.
Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah itu kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu.
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Bahawasanya mati ini adalah benar.
Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar.
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.
Minum di kolam air Nabi adalah benar.
Ada Syurga dan Neraka adalah benar.
Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala.
Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalamu alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.
Firman Allah SWT:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.”[ Surah Al-A’sr]

Petikan~http://ohislam.com/wahai-saya-bin-ibu-saya/


~*~*~*~Andai Ku TaHu~*~*~*

~*~Taubat_Maksiat
~*~

~~~Pergi Tak KembaLi
~~~
~*~*~*RamLi Sarip - AndaiKu Tahu



    Biasanya ramai yg dtg melawat dan berziarah jenazah. Malah ramai yg sembang, duduk2 dibawah pokok & halaman, ttpi tidak ramai yg berSolat jenazah [hadiah doa utk kali terakhir]. Sedangkan Solat jenazah adalah satu doa, jk tidak ada Wuduk pun tak apa2, boleh ikut serta, berImam Solat Jenazah
[Kecuali hadas besar sbb Takbir pertama bc Fatihah/Umul Quran dan Takbir kedua Solawat]

    Jika tak tau baca niat dlm bahasa Arab, niat shj "Aku Solat Jenazah ikut Imam" kerana Allah Taala. Mengapa..., senang jer kannn...???

Lepas ini diharap lebih ramai lagi turut serta dan boleh terus bersama2, Solat Jenazah, walau pun tiada wuduk, atau masalah "Niat" sekali pun..!
[Afdhal ~ jk berWuduk ttpi bukan Rukun..!]
 WallahHu'Alam.

RUJUK SOLAT JENAZAH DISINI~ http://tamankoperasibenabt8ijok.blogspot.com/2010/12/solat-jenazahmayyitmayat.html

~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~