QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

04 March, 2011

PETUA MENYEMBELIH BINATANG

Petua menyembelih binatang.. Amalan Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumbuh

PETUA MENYEMBELIH BINATANG
AMALAN TUAN GURU HJ HASHIM
MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH

1. Supaya daging tidak berlemak;
a) Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut;
a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.
# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh

P/s : Jangan lupa pula adap2 dan syarat2 penyembelihan yang telah ditetapkan oleh syara'..

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.

TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.
Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.

Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan. Buku bertajuk Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi menghuraikan kaedah dan syarat penyembelihan berdasarkan al-Quran dan sunnah. Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu(Hadis riwayat Muslim).

Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud:
Maka makanlah haiwan (yg halal) yg disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yg mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan.
Oleh: Zamri Mohamad
Petikkan ~ http://yusofembong.blogspot.com/2009/11/kaedah-sembelihan-cara-islam-yang.html


. .
~***~LadingEMAS~***~

02 March, 2011

Fitnah terhadap Siti Aisyah ~ CERITA BOHONG DAN TAUBAT PENUDUH TETAP DITERIMA

TAUBAT.

Perkara : 7. CERITA BOHONG DAN TAUBAT PENUDUH TETAP DITERIMA.
  
Bilangan : 1/1 
Hadis : 1582 - Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w
katanya: Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya
mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya.
 Undian tersebut dikeluarkan kepada isteri-isteri baginda. Sesiapa yang
bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina
Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk
memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi
akulah yang berjaya.
Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku selepas
turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk
perempuan yang diletakkan di atas unta).
Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana. Setelah Rasulullah
s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat
seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah.
Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan.
Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera.
Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan
perjalanan.
Tatakala aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang
diperbuat dari Manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang. Aku kembali
lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam
keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan
membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus
pulang.
Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya. Saidatina Aisyah berkata:
Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan
tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan
menyebabkan para Sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat
Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis.
Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan. Sebaik sahaja mereka bertolak
aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian
mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana.
 Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar
kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa
mengantuk dan terus tertidur. Kebetulan Safuan bin al-Muattal as-Sulami az
-Zakwani telah ditinggal oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal
malam hinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut. Dalam kesamaran
dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati
aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum
hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannya ketika dia
mengetahui bahawa aku tidur di situ.
Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak
bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun
sepatah selain ucapannya sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya.
Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak
ditangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami
berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas
terik.
Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu
Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di
Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang
menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak
mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah
malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya
kurasakan ketika aku sakit.
 Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya:
"Bagaimana keadaanmu?"
Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku
tidak melakukan keburukan. Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar
bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang
biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada
waktu malam. Keadaan ini berterusan hinggalah kami membina tandas
berhampiran dengan rumah kami.
 Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya
kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran
dengan rumah kami.
Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu
Ruhmi bin al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin
Amir ibu saudara Abu Bakar as-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin
Usaasah bin Abbad bin al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku
berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba
Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata:
Celaka Mistah!
Aku berkata kepadanya:
Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid
dalam peperangan Badar.
Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah
engkau mendengar apa yang dia katakan?
 Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan?
Lantas Ummu Mistah
menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong.
Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat.
 Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda
mengucapkan salam kemudian bertanya:
"Bagaimana keadaanmu?"
Aku menjawab: "Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku?"
Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku.
 Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku:
Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku?
Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada disamping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya.
  Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang
ramai memfitnah ku?
Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi
mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi
keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian.
Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan
Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu
wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada
Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan
kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata:
 " Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang
baik."
Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: "Allah tidak menyulitkan kamu
malah wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan
pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul."

Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah
(pembantu rumah) dan bertanya:
"Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat
sesuatu yang meragukan tentang Aisyah?"
Barirah menjawab: "Demi Allah yang
mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya,
nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang
gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya
sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya"


Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar
meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh
Abdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah
s.a.w bersabda semasa berkhutbah:
"Wahai kaum muslimin! Siapakah yang ingin
menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku?
Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak
pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku."

Lalu Saad bin Muaz al-Ansari bangun berkata: "Aku yang akan menolongmu
daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku
akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami
daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan
segala perintahmu itu."

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin
Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang salih
tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak.

Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak
dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya!

 Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin
Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang
munafik yang membela orang-orang munafik.
Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj,
sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak
henti-henti menenangkan mereka hinggalah mereka terdiam kerana melihat
Rasulullah s.a.w diam.

Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari.
Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah
pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh
membawa kepada terbelahnya jantungku.

 Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta
izin menemuiku.
Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis.
Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam,
lalu duduk bersama aku.
Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak
berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan
kepada baginda mengenai keadaanku.
Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah
ketika duduk kemudian bersabda:
 "Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang
dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan
menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan
daripada Allah dan bertaubatlah kepadaNya kerana sesungguhnya apabila
seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan
menerima taubatnya"

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda,
aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis.

Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa
yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang
harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w.

 Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w.
Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan
kepada Rasulullah s.a.w.
 Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca
al-Quran.
Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga
tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku
katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui
bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku.
 Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang
mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku.
Demi Allah, aku tidak punyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali
kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: Yang bermaksud:
"Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang
dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu"


Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat
tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin
diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah.
Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang
permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan
oleh Allah s.w.t.
 Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya
bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu.
Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari
tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami
keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada NabiNya, baginda
kelihatan berubah.
 Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk
kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan
pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya:
 "Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan
kamu!"
Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku
menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya
akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat al-Quran
menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat yang bermaksud:
 (Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah
segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t
menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.

 Saidatina Aisyah berkata: Lalu Saidina Abu Bakar orang yang selalu memberi
nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga
Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan
nafkah kepadanya lagi selepas dia menfitnahkan Saidatina Aisyah r.a.
Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat sehingga
ayat Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang
hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada
kaum keluarga hinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah
kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu.

 Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin al-Mubarak menyebut: Inilah ayat
yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah.
 Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t.
Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa
dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.
Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti
Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui
atau apakah pendapatmu?
Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan
penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan.
Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w
yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak
berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang
turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang
celaka!.

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

Amal Jariah ~ Sedekah


Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamal kan ...
RAHSIA Sedekah Kekuatan Sedekah  

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh

Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :              

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar.

Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah

diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya,
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi

(kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan

oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam

penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau

sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu

dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara

sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu

dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada,

iaitu angin"   (air disamudera yang luas akan serta merta

terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang

raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin

ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah

sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan

tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat

sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu

menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih,

tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun

supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan

dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

"Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya

amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan

mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita

dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa

berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang

dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada

kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan

agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah,

ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti,

sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
*   Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan

(hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya

pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan

baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
*    Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang

dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di

jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang

menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji.

Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia

kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha

mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
*    

RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa

terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia

dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti

kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang

satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah

untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit,

sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :
*   "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak

pernah mendahului sedekah".
*    "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah"Ubatilah

penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal

anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita

teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa

kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan

memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan

dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)

menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll.

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah

bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat

kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini

hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian

kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti

keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang

menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa

sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak

tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah

hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang

bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang

amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan

andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa

lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat

ini pemberian sedekah

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi

sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan

berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah

dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan

memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan

biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at,

misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut

maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang

sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya

harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi

Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak

menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan

akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya

orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab

menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan

sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika

orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest)

dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan

pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya

berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya

mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang
bermanfaat atau anak shalih
yang mendo'akannya" 
(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
......
   
Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-

   1] Shadaqah jariah
   2] Ilmu yang bermanfaat
   3] Anak sholih yang mendoakannya.
(HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )



. .
~***~LadingEMAS~***~

01 March, 2011

Penyakit dan Tubuh Badan Anda

Hubungkait Penyakit Dengan Tubuh



Tanda² Sakit -

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong..
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar..

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi..

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Wallah Hu A'lam

Petikkan dari: http://wajahayu.blogspot.com/2009/09/hubungkait-penyakit-dengan-tubuh.html

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

MAP~ KL

~*~*~*~














. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

24 February, 2011

Cuka Kurma - Iran (MINAB)

Cuka Kurma - Iran (MINAB)







KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.


Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Kebanyakan orang belum mengetahui khasiat "CUKA KURMA"


"BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY"


KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).
Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

 CARA PEMAKANAN :-

Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:

1-Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.
2-Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:



1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.

3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .

4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun ,boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .
__________________________

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL CUKA KURMA INI?

1-Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hypertension),kencing manis (diabetes), penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain) dan apa jua penyakit yang wujud.

2-Mereka yang mementingkan kesihatan.

3-Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa)
_____________________________________

Kandungan Cuka Kurma:-
----------------------------
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). 
Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-
    Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
: membuang darah kotor & melancar aliran darah
: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
: melancarkan pergerakan usus
: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
: menurunkan tahap kolesterol
: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
: membakar kalori dgn cepati
: membuang toksin
: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
: melancarkan pengeluaran susu ibu
: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
: memperbaiki fungsi limpa
: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan


Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Cuka dihasilkan drpd buah-buahan spt kurma, epal, anggur & tin (fig) yg disimpan atau diperam dlm jangka masa tertentu. Jus buah bertukar menjadi alkohol (haram). Alkohol bertukar menjadi yis-asid asetat-cuka (halal).

Tidak digalakkan untuk wanita mengandung .

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~