QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

07 August, 2009

Minyak Wangi dan KeLebihannya


Friday, July O7, 2009
Pewangi dan Hubungan dengan Proses Rawatan


Pewangi dan hubungan dengan Proses Rawatan
Pewangi mempunyai peranan amat
penting bagi otak, hati dan seluruh anggota batin.
Penggunaan minyak wangi akan mengirangkan dan menyenangkan
jiwa seseorang.
Minyak wangi adalah makanan roh dan roh itu
adalah pemberi kekuatan, dan kekuatan akan timbul dengan
menghidu bau-bauan.

Rasululah saw pernah bersabda;
“Sesungguhnya Allah mempunyai
hak atas setiap orang Muslim, agar mereka mandi setiap tujuh hari
(jumaat) juga mereka mempunyai wang, hendaklah dipakainya”
Disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari:
“Bahawasanya Nabi saw
tidak pernah menolak minyak wangi”

Barangsiapa diberi minyak
wangi maka janganlah pula kamu enggan menerimanya,

sebab ia itu ringan dan harum baunya.
Minyak wangi mempunyai pengaruh besar
untuk memelihara kesihatan dan menolak pelbagai penyakit.
Kekuatan alamiah yang pada minyak inilah yang menyebabkan
Rasululah saw amat menyukainya.

Persoalannya, minyak wangi yang bagaimana disukai oleh Rasululah saw dan apakah niatnya. Ramai ulamak yang mengesyorkan minyak wangi kasturi jenis yang agak
kehitaman dan niatkan untuk mengelakkan gangguan.
Sesungguhnya jin, tidak suka kepada bauan yang harum.
Pergunakan, waktu melakukan ibadah kerana ia adalah sebahagian
sunnah Nabi saw.

Sepanjang pengalaman saya, Jin yang berada
dalam tubuh manusia amat tidak senang untuk tinggal lebih lama
apatah lagi kalau kita sering membaca zikir Tahsin.
Sewaktu saya oleskan krepada presakit dan meminta pesakit
menghidunya, respon akan menjadi lebih cepat dengan syarat
minyak wangi sudah dibaca dengan ayat-ayat ruqiyah.

Sebaliknya, hentikan bauan yang tidak menepati syariat.
Walaupun, harganya mahal tetapi halal haram belum jelas.
Sesungguhnya, hal yang halal masih banyak di pasaran. Mengapa
kita masih suka membeli jenama import apatah lagi jenama itu
bukan di buat oleh orang Islam.

Berubahlah kepada produk Islam. Kepada perawat, gunakan bauan
harum sebelum merawat kerana ia adalah sebahagian sunnah Nabi
saw dan Jin tidak senang hinggap kepada mereka yg menggunakan
minyak wangi. Tapi, awas jangan gunakan minyak wangi untuk
“memikat”. Perbuatan ini mendekatkan diri kita ke tiang neraka.
Semoga kita terhindar hendaknya.

Sumber: Panduan Rawatan Perubatan: Berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah; Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah, Percetakkan Zaffar;
Kuala Lumpur,2005, hlm. 162 – 164.

Perkhabaran utk Org2 Mukmin





"Wahai Tuhan EngkauLah MaksudKu,
KeRedhaanMu tuntutanKu, dekatkan Kasih SayangMu
dan Makrifat pdMu.. Ya Allah..!"

INGATAN ALLAH UTK Org2 MUKMIN

Firman Allah SWT yg bermaksud:

"Wahai orang2 yg beriman! Jika datang kPD kamu seorang FASIK mbawa BERITA, mk selidikilah (utk mntukan) kebenarannya, supaya kamu tdk menimpakan sesuatu kaum dgn pkara yg tidak diingini dgn sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga kamu mnyesali apa yg kamu tlh lakukan."
 [al-Hujurat: 6 ]

"Dan kalau Kami mghendaki, mk Kami tinggikan kedudukannya & ayat2 Kami, ttpi dia cenderung kpda dunia & menuruti hawa nafsu yg rendah, mk UMPAMA sperti seekor anjing, Jk kamu mghalaunya, dia mjelirkan lidahnya & jika kamu mbiarkannya dia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikian itu perumpamaan orang2 yg mdustakan[engkar/mpermain2kan] ayat2 kami. Maka ceritakanlah (kepada umat) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
 [al-'Araf : 176 ]

"Hai orang2 yg beriman, diwajibkan atas kamu qisas (bunuh balas) bkenaan dgn orang2 yg dibunuh; Org merdeka dgn org merdeka, hamba & hamba & wanita & wanita. Maka barang siapa yg mdapat suatu KEMAAFAN dari saudaranya, hendaklah (yg memaafkan) mgikuti dgn cara yg baik, & hendaklah (yg diberi maaf) mbayar (diyat) kpd yg mberi maaf dgn cara yg baik (pula). Yg demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu & suatu rahmat. Sesiapa yg melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yg sangat pedih. Dan dlm qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagi mu, hai orang2 yg berakal, supaya kamu bertakwa."
 [Al-Baqarah (2):178-179]

"..Karena itu jgnlah kamu takut kpda manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan jgnlah kamu mnukar ayat2Ku dgn harga yg sedikit. Sesiapa yg tidak memutuskan menurut apa yg diturunkan Allah,maka mereka itu adalah orang2 yg kafir.
 [Maidah:5:44]

"Sesungguhnya Kami menurunkan kpdmu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dgn mbawa kebenaran, supaya Engkau mhukum manusiamenurut apa yg Allah tlh tunjukkan kpdaMu (melalui wahyuNya);dan janganlah Engkau mjadi pembela bagi orang2 yg khianat"
 (Surah An-Nisa : 105)

"Sesiapa yg tidak mhukum dgn apa yg telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang2 yg ZALIM(Surah Al-Maidah : 45)

"Sesiapa yg tidak mhukum dgn apa yg telah diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah orang2 yg FASIK" 
 (Surah Al-Maidah : 47)

"Tidakkah Engkau (hairan) mlihat (Wahai Muhammad) orang2 (Munafik) mdakwa bhwa mereka tlh beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpdaMU & kpd (Kitab2) yg tlh diturunkan dahulu drpdmu? Mereka suka hdk bHAKIM kpd Taghut, pdhal mereka tlh diperintahkan supaya SEBALIKNYA & syaitan pula sntiasa hdk myesatkan mereka & keSESATan yg amat jauh.
(Surah An-Nisa : 60)

"Dan tidaklah patut bagi laki2 yg Mukmin & tidak (pula) bagi wanita yg Mukmin, apabila Allah & Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (cara/jalan yg lain) ttg urusan mereka ..."  
 (Surah Al-Ahzab: 36)

"Ssiapa mcari AGAMA(panduan) selain Islam, mk sekali2 tidaklah akan diterima (amal) drpd.nya, & akhirat nnti tmasuk orang2 yg RUGI."
 [Surah Ali.Imran. 3: 85]

"LaailahHa'iLLALLAH, MuhammadurRasullulah"~Tiada Yg sbenar2 NYA bhak diSembah [Taat, Patuh & Sujud, berSerah diri] selain ALLAH & Muhammad itu sbenar2nya Utusan, Hamba Contoh & Kekasihnya"
~ "Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku & matiku haNYA utk Allah Tuhan Mentadbir & Pmilik Alam Semester".

Lihatlah dgn MataBAtin[Hati..] kita kat mane, Tepuk Dada Tanya IMAN..!?!

 WallahHu'Alam.

21 July, 2009

Zikir Harian ~ Merdeka 100 Org Hamba + 100 Kebajikan - 100 Dosa = Perisai Syaitan

PERISAI dari SYAITAN

Zikir

  لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير - x 100
setiap hari ( Hadis Al-Bukhari No. 5924 Bab الدعوات subtopik فضل التهليل


‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن مسلمة ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏سمي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي صالح ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له ‏ ‏عدل ‏ ‏عشر رقاب وكتب له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له ‏ ‏حرزا ‏ ‏من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد بأفضل مما جاء إلا رجل عمل أكثر منه ‏

Maksud : Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
" Sesiapa yang mengucapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
dalam sehari 100 kali maka bagi pahala memerdekakan 10 orang hamba dan dituliskan 100 kebajikan kepadanya dan dihapuskan 100 dosa dan menjadi PERISAI dari SYAITAN pada hari itu hingga waktu petang dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali yang beramal lebih dari ini "

ZIKIR KUNCI DIRI perlu dibaca 100x pagi & 100x petang SETIAP HARI supaya jin/syaitan tidak memasuki tubuh kita. Malah dari itu dijanjikan Pahala dan padhilat yg besar dari Allah.

Abu Hurairah (radi Allahu anhu) reported:
The Messenger of Allah (sallal laahu alaihi wasallam) said,
"Whoever says,
La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu,
lahul-mulku wa lahul-hamdu,
wa huwa 'ala kulli shai'in qadir'

{ there is no true god except Allah. He is One and He has no partner with Him;
His is the sovereignty and His is the praise, and He is able to do all things}

a hundred times[100x] during a day
will have a reward equivalent to the
reward for freeing ten slaves.
Besides, a hundred good deeds will be recorded for him
and a hundred bad deeds of his will be wiped off,
and it will be a safeguard for him from Satan that day until evening,
and none shall come with anything better
except someone who has done more.
[Al-Bukhari and Muslim]. 


KELEBIHAN BERZIKIR DAN FADHILATNYA.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI JADI AHLI ZIKRULLAH.,ZIKIR ADALAH SENANG DAN MUDAH UNTUK DIAMALKAN.

KALAU BERZIKIR UTK AKHIRAT,
DAPAT DUNIA PUN DAPAT....Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir."
(Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa?"
(Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
    "Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan ZIKIR (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : 
Tanya mereka : Apakah berJIHAD di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah?
Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) "
(HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)


Dari Anas ra katanya; Nabi saw bersabda :
    "Tidak suatu kaum yg berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa2 kamu telah diampuni dan telah diganti dgn banyak kebajikan."
(HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)


Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya :
    "Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? 
Jawabnya : Ya aku mahu. 
Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? Majlis Zikir, dan apabila engkau berSENDIRIan maka gerakkanlah lidahmu dgn berZIKIR kepada Allah."


Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w.,katanya:
     "Ssiapa yg duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan Ssiapa yg berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah."
(Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

WallahHu'Alam.

http://perisaimukmin.blogspot.com/

Lading Emas

~***~Tmn KoperasiBENA~***~

12 January, 2009

Wirid Aurad ~ Doa Zikr

Jk Anda ingin beramal dgn Amalan2 yg tertera disini, Pastikan bahawa Anda mmg telah diijazahkan Oleh Guru2 Anda, utk beramal. Sekadar utk pengetahuan shj.


~*~*~*~*~*~*~*~
Doa Pembuka/Permulaan Amalan






~*~*~*~*~*~*~*~
 Amalkan 3x pagi & Petang 3x

~*~*~*~*~*~*~*~

Wirid Murah diPerkuatkan IMAN & Murah Rezeki
[Sheikh Ahmad Jamhuri]

~*~*~*~*~*~*~*~

Ayat Empat




~*~*~*~*~*~*~*~

Bismilah Hidir



~*~*~*~*~*~*~*~

Doa Nurun Nubuwah





Ertinya:
"Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yg Agung, yg memiliki anugerah yg tdahulu, memiliki Wajah yg Mulia, menguasai kalimat2 yg sempurna, dan doa2 yg mustajab, penanggung Hasan & Husain dari jiwa2 yg haq, dari pandangan mata yg memandang, dari pandangan mata manusia & Jin. Dan ssungguhnya org2 kafir benar2 akan mggelincirkan kamu dgn pandangan mereka, ketika mereka mdengar Al-Quran & mereka berkata: "Sesungguhnya (Muhammad) benar2 org yg gila, & al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yg mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman tlh mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yg Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yg Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, pbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah pmusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., org2 yg masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi org2 kafir. Dan katakanlah : "Yg haq tlh dtg dan yg batil tlh musnah, ssungguhnya pkara yg batil itu pasti musnah". Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yg mjadi Penawar & Rahmat bagi org2 yg beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kpd org2 yg bbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yg Maha Mulia dari sifat2 yg di berikan oleh org2 kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."


~*~*~*~*~*~*~*~

Al-An'aam [103]

~*~*~*~*~*~*~*~

AL-Fajr [27-30]






~*~*~*~*~*~*~*~
~*~*~*~*~*~*~*~
AL-Fusilat [29-30]

~*~*~*~*~*~*~*~

Ayat Tujuh [7]


MAKNA AYAT TUJUH

[Surah At-Taubat : 51]
Katakanlah (wahai Muhamad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
~*~

[Surah Yunus: 107]
Dan jika Allah mengenakan pd Engkau dgn sesuatu yg  merbahaya,
mk tiada sesiapa pun yg akan dpt menghapuskan melainkan dia; dan jk ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, mk tiada sesiapa pun yg akan dpt menghalangi limpah kurniaNYA. Allah melimpah kurnianya itu kpd sesiapa yg dikehendaki dari hamba-hambanya, dan dialah Yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
~*~

[Surah Hud: 6]
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
~*~

[Surah Hud: 56]
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
~*~

[Surah Al-Kanbut: 60]
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
~*~

[Surah Fatir: 2]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
~*~

[Surah Az-Zumar: 38]
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

~*~*~*~*~*~*~*~

027alquran3.gif
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

~*~*~*~*~*~*~*~
  • Perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

~*~*~*~*~*~*~*~
  • Penghulu Istighfar

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


~*~*~*~*~*~*~*~
Doa Penyelesai Hutang/Masalah

~*~*~*~*~*~*~*~
Doa Benteng diri & Family
 At-Taubah [128-12
~*~*~*~*~*~*~*~Doa Mukhtabar

~*~*~*~*~*~*~*~
Doa Hilang barang

~*~*~*~*~*~*~*~



. .
~***~LadingEMAS~***~

21 September, 2008

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP






AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.
2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.



Lading_Emas

28 December, 2007

Aktiviti Taman Koperasi Bena 2007

14 Julai 2007


Aktiviti Taman Koperasi Bena




















Januari
Majlis Serahan CF

Febuari
Mesyuarat Taman

Mei
Mesyuarat Taman

Ogos
Gotong Royong

September
Sukaneka Kemerdekaan

Oktober
Bacaan Yassin
More
Solat Terawih
Jamuan Hari Raya


*******************

Berita Semasa
Pada bulan Ogos ini akan diadakan majlis gotong royong bersama ADUN Ijok K R Partiban. Majlis gotong royong ini diadakan dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor. Diharap semua penduduk taman dapat hadir dan bersama-sama menjaga kebersihan taman ini. Disamping itu juga,sempena sambutan kemerdekaan ke 50, Taman Koperasi Bena akan mengadakan Sukaneka pada 1 September 2007. Semua penduduk taman dipersilakan hadir dan menyertai sukaneka tersebut.



. . Taman KoperasiBENA, IJOK
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~