QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

07 August, 2009

Minyak Wangi dan KeLebihannya


Friday, July O7, 2009
Pewangi dan Hubungan dengan Proses Rawatan


Pewangi dan hubungan dengan Proses Rawatan
Pewangi mempunyai peranan amat
penting bagi otak, hati dan seluruh anggota batin.
Penggunaan minyak wangi akan mengirangkan dan menyenangkan
jiwa seseorang.
Minyak wangi adalah makanan roh dan roh itu
adalah pemberi kekuatan, dan kekuatan akan timbul dengan
menghidu bau-bauan.

Rasululah saw pernah bersabda;
“Sesungguhnya Allah mempunyai
hak atas setiap orang Muslim, agar mereka mandi setiap tujuh hari
(jumaat) juga mereka mempunyai wang, hendaklah dipakainya”
Disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari:
“Bahawasanya Nabi saw
tidak pernah menolak minyak wangi”

Barangsiapa diberi minyak
wangi maka janganlah pula kamu enggan menerimanya,

sebab ia itu ringan dan harum baunya.
Minyak wangi mempunyai pengaruh besar
untuk memelihara kesihatan dan menolak pelbagai penyakit.
Kekuatan alamiah yang pada minyak inilah yang menyebabkan
Rasululah saw amat menyukainya.

Persoalannya, minyak wangi yang bagaimana disukai oleh Rasululah saw dan apakah niatnya. Ramai ulamak yang mengesyorkan minyak wangi kasturi jenis yang agak
kehitaman dan niatkan untuk mengelakkan gangguan.
Sesungguhnya jin, tidak suka kepada bauan yang harum.
Pergunakan, waktu melakukan ibadah kerana ia adalah sebahagian
sunnah Nabi saw.

Sepanjang pengalaman saya, Jin yang berada
dalam tubuh manusia amat tidak senang untuk tinggal lebih lama
apatah lagi kalau kita sering membaca zikir Tahsin.
Sewaktu saya oleskan krepada presakit dan meminta pesakit
menghidunya, respon akan menjadi lebih cepat dengan syarat
minyak wangi sudah dibaca dengan ayat-ayat ruqiyah.

Sebaliknya, hentikan bauan yang tidak menepati syariat.
Walaupun, harganya mahal tetapi halal haram belum jelas.
Sesungguhnya, hal yang halal masih banyak di pasaran. Mengapa
kita masih suka membeli jenama import apatah lagi jenama itu
bukan di buat oleh orang Islam.

Berubahlah kepada produk Islam. Kepada perawat, gunakan bauan
harum sebelum merawat kerana ia adalah sebahagian sunnah Nabi
saw dan Jin tidak senang hinggap kepada mereka yg menggunakan
minyak wangi. Tapi, awas jangan gunakan minyak wangi untuk
“memikat”. Perbuatan ini mendekatkan diri kita ke tiang neraka.
Semoga kita terhindar hendaknya.

Sumber: Panduan Rawatan Perubatan: Berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah; Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah, Percetakkan Zaffar;
Kuala Lumpur,2005, hlm. 162 – 164.

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~