(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat
sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah
seperti anda, terima kasih)
|
السلام عليكم
|
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)
adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak
menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang
kurang upaya (OKU) dan warga emas.
LIMPAH memulakan
operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung,
Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari
sekitar Selangor.
Berkat
kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang
menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di
tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah.
Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan
Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan
memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
Untuk
melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih
Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin
dan anak yatim.
Oleh itu,
dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat
mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan
hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan
sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan
yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
Sabda
Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api
Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.
Marilah kita
membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
|
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
1)
Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas
nama;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
2)
Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat
emas dan sebagainya.
3)
Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya
mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
4)
Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering).
(RM3,000 sebulan)
5)
Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan
sebagainya.
6)
Menaja peralatan rumah dan dapur.
7)
Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
8)
Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak
yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
9)
Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas,
Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
11) Kenderaan: van atau kereta untuk
pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan.
(Pengangkutan RM2,500 sebulan)
|
LIMPAH sangat mengalu-alukan
sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO
dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
Semoga
sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan
rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar
mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Untuk
maklumat lanjut, boleh hubungi;
|
LAMAN
ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar
Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
|
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
|
~**~ سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر ~**~
. .
No comments:
Post a Comment