QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

07 October, 2011

Van Keselamatan Bawa Wang RM1.9 Juta Disamun

Van Keselamatan Bawa Wang RM1.9 Juta Disamun
KUALA LUMPUR: Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta wang tunai dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dalam satu rompakan nekad di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, Kuala Selangor, Khamis. [October 06.2011]
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, tiga pengawal termasuk seorang pemandu van membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di stesen minyak tersebut.
Van yang baru tiba di stesen itu telah dihampiri sebuah Proton Perdana dengan kesemua suspek mengacukan pistol ke arah pemandu van dan pengawal keselamatan dan mengarahkan mereka keluar sebelum melarikan van bersama wang itu, kata Mohd Adnan ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata, salah seorang daripada suspek memandu van itu, manakala empat lagi suspek mengekori van dengan menaiki Proton Perdana.
Pengawal keselamatan syarikat terbabit telah membuat laporan polis.
Sejam selepas kejadian, polis menemui sebuah van yang telah dibakar dan tinggal rangka, dipercayai van keselamatan berkenaan, di tepi belukar kira-kira satu kilometer dari stesen minyak itu.

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~