QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

13 January, 2011

Sihir ~ Sejarah, Simpton dan Rawatan

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah:
“Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR
   Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla.

Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yg tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya.

Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Wallahu Hu A'lam.

http://tokngah.blogspot.com/


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat
tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang
menakutkan serta ingin memekik untuk meminta
pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti
melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau
tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat
pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat
tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh
penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak
atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang
tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan
doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh
badan seperti orang yang mengalami berbagai macam
saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin
mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti
tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam
tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang
sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik
seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang
perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta
kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti
menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu
barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada
manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang
berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat
menganggu manusia kecuali manusia itu dalam
keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan
Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah
dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini
sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala
manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak.

Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau
pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau
makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja
menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan
air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak
mengetahuinya.

Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan
cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita
jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT.
Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut
dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah
perbuatan keji yang diharamkan.

Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri
mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus
kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut
tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga
tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di
rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau
bebas bertindak.

Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk
tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka,
mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang
bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia
memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke
dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin
diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :
Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala".
( ArRahman:15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan
udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung
menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi
bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang
yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak
yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang
cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu
memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan
memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila
seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah
maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu
ketika :-
* Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
* Terjumpa sesuatu di atas tanah.
* Memasuki tempat yang menakutkan seperti
tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu.
Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu
makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah
kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari
rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang
dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina.
Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan
juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak
dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempattempat
kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
[Waktu2 Haram utk Solat]
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat.
Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

UNTUK RAWATAN SIHIR SILA HUBUNGI PERAWAT ISLAM JGN KE BOMOH/DUKUN/TOK BATIN
DEMI UTK MENGELAKKAN DARI KITA SYIRIK DAN ROSAK AQIDAH..!!!

Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

42) Penyakit Batuk yg berenti2, Kanser, Resdung, Maigrine, bersedih yg amat sgt juga boleh di cek dgn kaedah Rukyah [Lihat tanda2 bila diRukyah tu]
 43) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
44) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
45) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
46) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
47) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
48) Timbul rasa takut tanpa sebab.
49) Sering pengsan tanpa sebab.
50) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
51) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
52) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
53) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
54) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah.


. .
~***~LadingEMAS~***~



. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~