Wuduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan/dirikan SOLAT/sembahyang, diwajibkan kita berWUDUK (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
* 1. SoLat2 sunat.
* 2. Thawaf di Baitullah [Wajib berWuduk].
* 3. Menyembahyangkan mayat/Jenazah[Sunnat berWUDUK].
* 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
* 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Rukun Wuduk
Rukun berwuduk ada 6 (enam);
1. Berniat untuk wudhu, dan melafazkan
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka (dgn meratakan)
Rukun Wuduk
Rukun berwuduk ada 6 (enam);
1. Berniat untuk wudhu, dan melafazkan
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, pancarkan NurMu WajahKu, Ya Allah,
Jgn Engkau Gelapkan Mukaku sbgaimana Engkau gelapkan Muka Musuh2Mu Ya Allah"]
3. Membasuh tangan hgga sampai kedua siku (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah,Kurniakan Kitab AmalanKu di tgn KananKu Ya, Allah,
bukan ditgn Kiri atau dibelakang belikatKu, Ya Allah"]
bukan ditgn Kiri atau dibelakang belikatKu, Ya Allah"]
4. Mengusap sebagian kepala
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Naungilah Aku dibawah ArasMu, & LindungiKu
dari dari PanasTeriknya di Padang Masyar nanti Ya Allah"]
dari dari PanasTeriknya di Padang Masyar nanti Ya Allah"]
5. Membasuh kaki hgga sampai kedua mata kaki[Buku Lali] (dgn meratakan)
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, tetapkan Ku diatas SiratulMustaqimMu berSama2
dgn Org yg Kau Redhai, Jgn Kau gelincirkanku bilamane Kau gelincirkan Musuh2Mu
darinya, Ya Allah"]
dgn Org yg Kau Redhai, Jgn Kau gelincirkanku bilamane Kau gelincirkan Musuh2Mu
darinya, Ya Allah"]
6. Tertib (berurutan)
Sunat-Sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
* 1. Menghadap ke arah Qiblat [Niat].
Sunat-Sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
* 1. Menghadap ke arah Qiblat [Niat].
* 2. Membaca "A'uzubillahi minasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
[Bc dlm hati, "Ya Allah Aku berLindung dgnMu dari Syaitan yg direjam,
Ya Allah Dgn Namamu Yg Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani"]
Ya Allah Dgn Namamu Yg Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani"]
* 3. Membasuh kedua telapak tangan hgga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
[Bc dlm Hati,"Ya Allah, Ampunkan dosaku, Murahkan &KurniakanKu
dgn Rezki yg HaLaL & bukan rezki yg Haram & Jauhilah daku dari
gangguan Syaitan & Kuncu2nya"]
dgn Rezki yg HaLaL & bukan rezki yg Haram & Jauhilah daku dari
gangguan Syaitan & Kuncu2nya"]
* 4. Berkumur atau bersugi.
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah jadikan LidahKu dan Mulutku senantiasa
Zikir/ingat kpdMu, Ya Allah"]
* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Zikir/ingat kpdMu, Ya Allah"]
* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, KurniakanKu bau2an dari Syurga, bukan bauan busuknya dari
Neraka, Ya Allah"]
Neraka, Ya Allah"]
* 6. Menyapu air ke kepala.
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Naungi Aku dibawah ArasMu, & LindungiKu dari dari PanasTeriknya di Padang Masyar nanti Ya Allah"]
* 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
* 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
* 9. Meratakan air di telinga, kanan & Kiri
[Bc doa dlm hati,"Ya Allah, kurniakan Aku berita yg baik dari Syurga, bukan berita
buruk dari Neraka-Mu Ya Allah]
* 10. Menyapu Tengkok.
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Jgn Engkau belengguKu tengkokKu dgn belenggu rantai
dari nerakaMu Ya Allah "].
* 11. Menjelai/gosok jari-jari tangan dan kaki.
* 12. Mendahulukan basuhan anggota kanan, dari yang kiri.
[Bc doa dlm hati]
* 13. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
[Bc doa dlm hati]
* 14. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
* 15. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
* 16. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba [air Mustakmal] dan Kawan2 sebelah kita.
* 17. Berjimat ketika menggunakan air.
[Boleh gune spray jk perlu, ibarat titisan embun]
* 18. Jangan berkata2 atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
* 19. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.
"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.",
artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang2 yg bersuci."
* 20. Kemudian dilanjutkan dengan sholat sunnat wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.
Bahawa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwuduk. Beliau
*membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung.
*Kemudian membasuh wajahnya tiga kali[3x]
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Limpahilah WajahKu dgn NurMu Ya Allah "].
*Lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. [3x]
*Setelah itu mengusap kepalanya[sekali],
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah,
Naungi Aku dibawah ArasMu, & LindungiKu dari dari PanasTeriknya di
Padang Masyar nanti Ya Allah"]
*kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. [3x]
[Bc doa dlm hati, "Ya Allah, Tetapkan Aku di atas Siratul MustaqimMu, & bersama2 dgn Org2 yg Engkau Redhai Ya Allah"]
~*~Kemudian berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwuduk seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda:
Sesiapa yg berwudu seperti cara wuduk-Ku ini, lalu SOLAT dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra).
Sesiapa yg berwudu seperti cara wuduk-Ku ini, lalu SOLAT dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra).
Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah salah orang di antara kamu berwudhu', maka ia sempurnakan wudhu'nya kemudian berkata,
"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya", kecuali dibukakan baginya delapan pintu Syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Muslim )
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yg mengambil wudhuk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya."
[Hadis Riwayat Muslim(361)]
Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang Muslim atau Mukmin berwudhu', ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wudhu' dalam keadaan bersih dari dosa."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yg mengambil wuduk dgn baik kemudian dia berkata,
Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin
(maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang byk bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang2 yg menyucikan diri),
akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
~ (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
CARA WUDUK RASULULLAH
~*~*~*~*~*~
Isam Bin Yusuf
Assalamualaikum.Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-
- ] Bertaubat
- ] Menyesali dosa yang telah dilakukan
- ] Tidak tergila-gilakan dunia
- ] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
- ] Tinggalkan sifat berbangga
- ] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- ] Meninggalkan sifat dengki
"Kemudian aku pergi ke Masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke Qiblat. Aku berdiri dengan penuh keWaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sampaikanlah walau pun satu ayat.
Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain..........
insya-Allah ..
~*~*~*~
Bolehkan Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut/Stokin kulit), al
-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)
Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)
Apr 24th, 2007 by alfiqrah
Berkenaan Khuf (Kasut Yang Diperbuat Daripada Kulit)
1 – Memakai khuf dalam keadaan suci (berwudhuk)
“Aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan.
Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian
baginda bersabda: Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku
memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda
menyapu di atas[bahagian atas khuf itu shj] kedua-dua khufnya.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)
Kata imam an-Nawwi rahimahullah:
“…bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas
menyempurnakan wudhuk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)
2 – Khuf mestilah dalam keadaan suci (dari najis)
Abu Said al-Khudri r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w.
mengimami solat para sahabatnya maka baginda telah
menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan
kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat
perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka.
Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua
menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat
engkau menanggalkannya, lalu kami pun menanggalkan selipar
kami.
Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah datang
kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh
itu, apabila sesorang datang ke masjid, lihatlah selipar
mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada
seliparnya, sapukanlah ke tanah dan solatlah menggunakan
selipar itu.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, ahmad, ad-Darimi, Ibn
Khuzaimah, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan
dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baohaqi. Juga al-Albani
di dalam al-Irwa, m/s. 284)
3 – Sapuan hanya boleh dibuat jika berhadas kecil. Jika hadas
besar, wajiblah menanggalkannya dan mandi wajib
Sofwan bin ‘Assal r.a. berkata: “Apabila kami bermusafir,
Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar tidak menanggalkan
khuf selama tiga hari tiga malam dan tidak menanggalkannya
jika buang air besar, air kecil, dan tidur kecuali kerana
junub.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e, Ibn Khuzaimah,
Abdul Razzaq, Ibn abi Syaibah, dan al-Baihaqi. Disahasankan
oleh al-Albani di dalam al-Irwa, m.s. 104)
Kata al-Imam as-Syaukani r.h.: “Hadis ini merupakan dalil
bahawa tidak perlu menanggalkan khuf dalam tempoh yang
ditetapkan disebabkan berhadas kecil selagi mana tidak
berjunub.” (Nail al-Authar, jil. 1, m.s. 231)
4 – Waktu (sela masa) dibolehkan bagi menyapu khuf
Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. menetapkan
(tempoh menyapu khuf) tiga hari tiga malam bagi musafir dan
sehari semalam ketika bermukim.” (HR Muslim)
Sheikh Ibn Uthaimin r.h. menjelaskan hal ini sebagai katanya:
“Berdasarkan kaedah ini, ia jelas menunjukkan kepada kita
bahawa pendapat paling rajih (tepat) adalah permulaan tempoh
(hari) sapuan dikira ketika mula menyapu khuf dan bukannya
ketika (mula) berhadas.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1. m.s.
208)
Imam an-Nawawi juga menjelaskan sebagai katanya: “Hadis ini
merupakan hujah yang terang dan dalil yang jelas bahawa
syarat menyapu khuf telah ditetapkan waktunya, iaitu selama
tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika
bermukim. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, as
-Syafie, Ahmad, dan jumhur ulama terdiri daripada para
sahabat serta generasi selepas mereka.” (Rujuk Syarh Sahih
Muslim, jil. 3, m.s. 176 dan al-Muhalla, jil. 2, m.s. 87-89)
5 – Kaedah sapuan ke atas khuf
Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama
ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian
bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah
melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah
khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-
Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai
sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa,
m/s. 103)
Al-Sha’nani r.h. menjelaskan: “Bahawa hadis ini menunjukkan
sapuan hanya di atas khuf dan tidak ada cara selain itu.
Jangan sesekali menyapu di bawah khuf.” (Rujuk Subul al-
Salam, jil. 1, m/s. 22)
Ibn Qayyim juga menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. menyapu di
atas kedua-dua belah khufnya. Tidak sahih riwayat mengenai
sapuan di bawah khuf kecuali terdapat hadis yang munqati’
(terputus sanadnya). Sedangkan, hadis yang sahih menyatakan
sebaliknya.” (Rujuk Zaad al-Ma’ad, jil. 1, m/s. 199)
Al-Auza’i r.a. berkata: “Nabi s.a.w. menyapu dengan kedua-dua
belah tapak tangannya di atas kedua-dua belah khufnya sekali
sapuan menarik ke atas hingga ke betis.” (Rujuk al-Ausot,
jil. 1, m/s. 454)
Sapu dengan sekali sapuan sahaja:
Al-Fadhl bin Bisyrin berkata: “Aku telah melihat Jabir bin
Abdullah berwudhuk lalu menyapu di atas kedua-dua belah
khufnya sekali sapuan, iaitu daripada hujung khuf ke atas.
Kemudian, dia telah menunaikan solat lima waktu. Katanya: Aku
telah melihat Rasulullah s.a.w. melakukan begitu. Oleh itu,
aku pun turut melakukan seperti apa yang aku lihat Rasulullah
s.a.w. lakukan.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 453)
Nafi’ berkata: “Aku telah melihat Ibn Umar r.a. menyapu atas
kedua-dua belah khufnya, iaitu sekali sapuan menggunakan
kedua-dua belah tangannya. (Rujuk Abdul Razzaq, jil. 1, m/s.
220 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 445)
Berkenaan Selain Khuf (Kasut, stokin, dan seumpamanya…)
6 - Bolehkah Menyapu Kepada Sarung Kaki (al-Jaurab)
Menggantikan Khuf?
Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas
kedua-dua belah khuf dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi - sebagai hasan sahih. Juga disahihkan oleh al-
Albani di dalam al-Irwa dan Tamam al-Minnah)
Al-Syaukani r.h. berkata: “Hadis telah menunjukkan bahawa
boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab.” (Rujuk Nail al-
Authar, jil. 1, m/s. 228)
Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua
belah al-Jaurab dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah –
Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sunan Ibn Majah)
‘Amru bin Huraith RA berkata: “aku telah melihat ali bin
abu Talib kencing. Kemudian, beliau berwudhuk sambil menyapu
di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis riwayat Ibn abi syaibah, jil. 1, m/s. 189 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)
Hammam bin al-Harith RA berkata:
“Abu Mas’ud telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis Riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi syaibah, jil. 1, m/s. 188 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)
Menurut Qatadah r.a., bahawa Anas bin Malik r.a. telah
berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah menyapu di bahagian atas
kedua-dua belah al-Jaurab.”
(Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi Syaibah, jil. 1, m/s. 190 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462-463)
Yahya al-Buka’ r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata:
“Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di
bahagian atas kedua-dua belah khuf.”
(Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn abi Syaibah, jil. 1, m/s. 189, Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 463 dan al-Baihaqi, jil. 1, m/s. 285)
Ibn Taimiyyah r.h. menjelaskan:
“Boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab apabila ia digunakan semasa berjalan sama ada diperbuat daripada kulit atau tidak mengikut pendapat ulama adalah yang paling sahih (tepat).”
(Rujuk Majmu’ al-Fatawa, jil. 21, m/s. 214-215)
Ibn Qayyim r.h. berkata: “Mengenai keharusan menyapu di
bahagian atas al-Jaurab adalah pendapat kebanyakan para
ilmuan. Antara mereka yang kami maksudkan adalah terdiri
daripada para sahabat, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih,
Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan al-Tsauri, ‘Atho’ bin abi
Rabah, al-Hasan al-Basri, Said bin al-Musayyab, dan Abu
Yusuf. Kami tidak mengetahui bahawa terdapat sebahagian
sahabat mengingkari perbuatan nama-nama yang kami sebutkan.”
(Rujuk Tahzib al-Sunan, jil. 1, m/s. 188-189, dan al-syarh al-Mumti’, jil. 1. m/s. 193)
Sheikh ‘Uthaimin r.h. menjelaskan:
“Apa sahaja yang dipakai pada kaki sama ada dinamakan khuf, jaurab (stokin), muq, dan seumpamanya, hukum menyapu di bahagian atasnya adalah boleh.
Ini kerana, ‘illah (sebab dan tujuan) semua itu adalah sama.”
(Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, m/s. 193)
7 – Bolehkah Menyapu Di Atas Khuf dan al-Jaurab Yang koyak?
Sufyan at-Tsauri r.a. berkata:
“Sapulah di bahagian atas apa sahaja yang dipakai di kaki.
Bukankah engkau dapati khuf golongan muhajirin dan ansar
berkenaan koyak, uzur, dan lusuh.”
(Hadis riwayat abdul Razzaq dan al-Baihaqi)
Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata:
“Pendapat paling rajih (tepat) ialah boleh menyapu bahagian atas al-Jaurab yang koyak atau nipis sehingga menampakkan kulitnya.”
(Rujuk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 167 dan Risalah al-Mashu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 84-86)
8 – Adakah Terbatal Wudhuk Sekiranya Berhadas, Dan
Kemudiannya Berwudhuk Semula Berserta Khufnya (dengan memakai
khuf) Lalu Membuka Khuf (Selepas Wudhuk)
Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa:
“Tidak terbatal wudhuk orang yang menyapu khuf dan serban disebabkan dia menanggalkannya (membuka kasut setelah berwudhuk dengannya;
juga bagi serban yang menggantikan sapuan ke atas kepada).
Begitu juga tidak terbatal tempohnya disebabkan perbuatan
itu. Dia juga tidak wajib menyapu kepala atau membasuh kedua
-dua kakinya (selagi masih berada di dalam tempoh sapuan).”
(Rujuk al-Ikhtiyarat, m/s. 15, Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 86-88 dan majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179)
9 – Terbatalkah Wudhuk Serta-Merta Disebabkan Tempoh Sapuan
Telah Tamat?
Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata:
“Wudhuk tidak terbatal disebabkan tempoh sapuan telah tamat. Ini kerana, apa yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. hanyalah tempoh (yang membolehkan) sapuan yang berakhir bukannya tempoh wudhuk berakhir. Baginda langsung tidak menetapkan tempoh suci berakhir (terbatal wudhuk) sehingga kita sanggup mengatakan bahawa apabila tempoh sapuan telah tamat maka wudhuk pun terbatal.
Bahkan, apa yang ditetapkan ialah mengenai sapuan.
Sepatutnya kita katakan: Apabila tempoh telah tamat, tidak
boleh menyapu khuf.
Tetapi, jika kamu menyapu khuf dalam tempoh belum berakhir,
engkau berada dalam keadaan suci (berwudhuk). Kamu berada
dalam keadaan wudhuk yang sempurna berdasarkan dalil syarak.
Setiap perkara yang dilakukan dengan sempurna berdasarkan
dalil syarak, sudah tentu tidak membatalkan wudhuk kecuali
ada dalil syarak yang lain membuktikan ia terbatal.
Sedangkan, tidak ada dalil mengenai perkara itu.”
(juk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin dan Rasa-il al-Sheikh al-‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179 dan Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 92-93)
Kesimpulan:
Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang
tidak boleh lagi berbelah bahagi untuk menerima rukhsah
(keringanan) ini selepas tsabit hadis mengenainya. Lebih-
lebih lagi setelah para sahabat melakukannya.”
(Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)
i - Apabila seseorang itu berwudhu’ dengan sempurna lalu
kemudian terus memakai kasut dalam keadaan wudhuk (memakai
kasut dalam keadaan berwudhuk – suci dari hadas) maka apabila
dia hendak mengulangi wudhuknya di kemudian masa dia tidak
perlu membasuh kaki dengan air (tidak perlu buka penutup
kakinya) tetapi mencukupi dengan menyapu di bahagian atas
kasut tersebut.
ii - Syarat kasut yang dipakai adalah sesuatu yang menutupi
dari jari-jari kaki sehingga ke buku lali (angkle). Jikalau
kasut tersebut tidak mencapai hingga ke buku lali maka
memadai dengan memakai sarung kaki yang menutupi buku lalinya
itu.
iii - Kebolehan menyapu di atas kasut terhad kepada satu hari
penuh bagi orang yang berada di kampung halaman atau tiga
hari penuh bagi orang yang berada dalam perjalanan.
Antara Faedah Dan Hikmah Keringanan Daripada Hal Ini:
i – Merupakan contoh keringanan (rukhsah) yang ditunjukkan
oleh sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti.
ii – Memberi keringanan dan kemudahan ketika dalam perjalanan
di tempat-tempat yang menyukarkan kita untuk membuka kasut,
seperti di dalam hutan, padang pasir yang panas, dan tempat
bersalji yang sejuk.
Wallah Hu A'lam...
~*~Wuduk Wanita
~*~05. Cara Cara Berwudhuk - Ustaz Kazim Elias
. .
No comments:
Post a Comment