TOKKU PALOH : ULAMA SUFI PENASIHAT SULTAN
by Mohamed Ibrahim Maricar on Friday, October 29, 2010 at 9:11am
“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)” ; titah
Sultan kepada wakil British W.L Conlay.
Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan.
Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British
sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.
Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah s.w.t., khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Kerusi yg melekat seketika pada punggung penjajah!
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu ambillah tanah.
”Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil2 British itu dan mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena2 terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika
sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja :“Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?.”
Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di negeri Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak ( pemerintah). Tegasnya antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).
~*~Tok Guru Paloh
Keturunan Rasulullah s.a.w
Dilahirkan pada tahun 1817 [1236 Hijrah] di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tukku Paloh adalah nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az Zahrah r.ha. bt. Rasulullah. Ibunya, Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar.
Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua2 kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya. Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda2 pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tukku Paloh berada bersama ayahnya Tukku Tuan Besar, tiba2 saja Tukku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tukku Tuan Besar menahannya seraya berkata,
“Engkau jangan pergi dekat dengan orang itu, nanti kamu tidak boleh bersama abah lagi. ”
Perkataan Tukku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tukku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf ; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam.
Menuntut di Makkah, khalifah Tarekat
Tukku Paloh mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman di Makkah Al Mukarramah. Di sana beliau belajar dengan ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain2. Bagaimana pun yang jelasnya, Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawwuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian. Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar.
Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin
kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British.
Tokku Paloh adalah Regu Sultan Zainal Abidin III – Sultan yang berketurunan orang soleh kerana Sultan Zainal Abidin I berkahwin dengan anak Tok Pulau Manis, bermakna keturunan Kesultanan Terengganu sekarang bercampur darah ulama sufi / wali Allah tersebut.
Seperti juga ayahnya, Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujuk sultan. Malah perlantikan sultan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi daripada ayahnya Sayid Muhammmad bin Zainal Abidin yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buah buku agama dan nazam. Hubungan Tukku Paloh dengan Sultan ini boleh disamakan dengan hubungan antara Sultan Zainal Abidin I [memerintah 1725-1734] dengan seorang lagi ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.
Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali Allah dan banyak mengarang kitab. Sebagai Syeikh Ulama dan mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi menantu beliau. Menyedari peri pentingnya pemerintahan raja yang adil yang berlunaskan hukum2 Allah s.w.t. Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah [menteri besar ketika itu] mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II [memerintah 1876-1881].
Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehingga Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan bermaruah walaupun usianya ketika memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah berkat mendampingi serta menerima keputusan ulama. Baginda memerintah selama kira2 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918.
Kapal Armada British Senget!!!
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung di atas armada British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil2 British yang menganggap kejadian itu satu sihir atau silap mata, sedangkan yang sebenarnya adalah karamah kurniaan Allah kepada Tukku Paloh. Ekoran itu, rundingan diadakan juga pada waktu lain dan kali ini di rumah Tukku Paloh.
Untuk itu Tukku Paloh meminjam beberapa buah kerusi bagi meraikan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. dengan duduk di atas kerusi, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan dan memajukan negeri Terengganu.
Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah2nya British hendak membantu memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu berpenduduk sekitar 10,000 orang, kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan, tukang dan petani. Mereka diakui oleh Clifford sebagai,
“orang Melayu yang paling pandai dan paling rajin di Semenanjung Tanah Melayu”.
Tukku Paloh mempunyai pandangan yang jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikit pun terpengaruh dengan ‘gula2’ yang diumpan oleh orang2 putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil2 British itu melekat seketika di punggung mereka seperti telah diceritakan pada awal tulisan ini.
Wakil2 British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk menguasai Terengganu menerusi diplomasi. Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara.
Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran. Orang ramai menjadi gempar dan cemas dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh dan bersama orang2 kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam serta pengikut2nya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi rondaan itu berjalan siang dan malam.Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau dan semua armadanya berundur.
Mengikut laporan angkatan perang British itu nampak ‘beribu2’ pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari. Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh yang mempunyai karamah menentang British berhabis-habisan. Beliau berpegang kepada falsafah: Perjuangan tidak kenal hidup atau mati. Dengan benteng iman dan takwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1917, dan diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun berikutnya. Perginya ulama dan umara yang berganding bahu dalam pemerintahan.
Solat berimamkan Nabi Khidir a.s.
Sekurang2nya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di surau Tokku Paloh. Peristiwa pertama berlaku semasa Tukku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid2nya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri. Tukku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid2nya,
”Kamu tahu siapa yang menjadi imam tadi?”
Masing2 diam dan Tukku Paloh terus berkata,
“Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.”
Kali kedua Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tukku Paloh menjadi imam.
Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku
Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai orang yang kuat mengamalkan zikir2 yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galurnya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq [makam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan].
Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti solat, puasa dan membaca Al Quran dan lain2 amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat warak dan berhalus dalam beribadah.Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya iaitu ‘Syahadat Tukku’.
Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di negeri Terengganu secara berjemaah dan bersendirian.Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid2nya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid2 dan anak cucunya pula.
Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong.
Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk [menantu Haji Abdul Rahman Limbong] dan ayah saya lagi. ”Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Haji Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula.
Syahadat Tukku dituduh SESAT!!!?
Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat.
Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.
Tuan Hj. Hussein tidak menolak kemungkinan tidakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah.Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun 1950 itu, Hj. Hussein bercerita :
“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”
Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini.
“Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya,
Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata;
‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“
Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.
“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah2nya mengalakkan amalan ini diteruskan.
Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi. Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku bersama2 sahabat2nya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.
Syahadat Tukku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur2 tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Dalam kehidupannya, Tukku Paloh lebih banyak berhubung secara peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III berbanding perhubungan resmi. Hubungan erat itu terbukti apabila salah seorang isteri Tukku Paloh, Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin sendiri. Sultan berkenaan juga menyerahkan anaknya, Tengku Sulaiman, kepada Tukku Paloh untuk dijadikan anak angkat serta diberi didikan agama.
Tengku Sulaiman kemudian menjadi Sultan Terengganu ke 13 yang memerintah dari 1920 hingga 1942. Selepas jatuh sakit, pada 1917 ketika berusia 100 tahun, Tukku Paloh menghembuskan nafas terakhir diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III setahun kemudian.
KANDUNGAN SYAHADAT TOK KU PALOH
"Aku ketahui dan aku itiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH jua yang kaya. Ia daripada tiap tiap yang lain daripadanya dan berkehendak oleh tiap tiap yang lain itu kepadanya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas. Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagiNya, lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagiNya. Dan tiada menyamai Ia pada zatNya dan sifatNya dan afaalNya akan seseorang, maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang ‘atri-Nya dan syafi-Nya, lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradatNya maka terserah segala kudrat ini semuaNya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis ‘istirat bagi seseorang jua pun akan kehendaknya.
Dan aku ketahui dan aku iktiqat dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah iaitu hamba Allah dan pesuruhNya kepada sekalian makhluk lagi sangat besar Ia pada tiap tiap barang yang Ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya.
Maka wajiblah asas tiap tiap makhluk itu benar akan dia dan akan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia, maka orang itu zalim ia, lagi kafir ia dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia.
Mudah mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariatNya dan memastikan Ia akan kita asas keagamaanNya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan akan kita dan dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kaseh Ia akan kita dan segala sahabat kita daripadada segala orang yang muslimin, Amin."
WallahHu'Alam.
[sumber..]
Syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya : Haji Ahmad Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan.
Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin) kepadanya.
Setelah kembali dari Makkah pada awal 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama dibeberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya, Haji Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.
Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu). Ustaz Wan Hasan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs. Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam).
Tok Ku Paloh Pejuang Ulama dan Wali Besar Melayu
Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang
ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.
Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.
Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu.
Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.
Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu.
Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.
Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik.
Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.
Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.
Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.
Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.
Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.
Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.
Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.
Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan �Syahadat Tokku� iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.
Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.
Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai �Budak Raja�. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.
Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.
Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana.
Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.
Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.
Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.
sumber: http://www.trglib.gov.my/jaringan/trg/tukku_paloh.htm (lawan web Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu), koleksi artikel Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah.
PROFIL: Tokku Paloh
# Nama sebenar: Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
# Asal: Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
# Tahun lahir: 1817
# Tahun wafat: 1917 (usia 100 tahun)
# Sumbangan: Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.
Berita Harian
Timba Tembaga di Masjid Tok Ku Paloh
Pertama kali menjejakkan kaki di Masjid Kampung Paloh di sini, pastinya anda akan terpukau melihat sebuah timba yang begitu unik di bahagian pintu masuk masjid berkenaan.
Selepas diteliti, timba itu sebenarnya diperbuat daripada tembaga asli dan digunakan sebagai alat untuk menimba air dari perigi sebelum dimasukkan ke dalam kolah untuk kegunaan jemaah mengambil wuduk.
Menurut cerita penduduk setempat, timba tembaga itu dikatakan pernah dicuri, namun setelah beberapa ketika, si pencuri meletakkan kembali timba itu ke tempat asalnya.
Timba tembaga itu mempunyai ukiran Melayu tradisional yang menarik dan mengkagumkan.
Disebabkan isipadu timba tembaga berat, sebatang tiang didirikan untuk dijadikan sebagai alat untuk memegang tali timba.
Demikian antara beberapa keunikan dan keistimewaan Masjid Kampung Paloh yang terletak berhampiran Pekan Chabang Tiga di sini.
Pengarah Lembaga Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pembinaan masjid itu mempunyai kaitan dengan kemunculan seorang tokoh agama, Syed Abdul Rahman yang dikenali oleh penduduk setempat dengan panggilan Tok Ku Paloh.
Beliau dilahirkan pada tahun 1839 dan dikatakan menuntut ilmu dengan ayahnya sendiri iaitu Syed Muhammad.
”Keturunan ulama itu adalah daripada salasilah Hussein al-Idrus, manakala Tok Ku Paloh pula mempunyai empat adik beradik.
”Tok Ku Paloh akhirnya menjadi seorang ilmuan Islam Terengganu yang terkenal pada zaman silam,” katanya.
Mengulas lanjut Mohd. Yusof berkata, berdasarkan catatan, Tok Ku Paloh banyak menabur jasa terhadap pembangunan di Terengganu dengan tugas penting yang dilakukannya sebagai penasihat kepada Sultan Zainal Abidin III.
Berdasarkan kenyataan tersebut jelaslah bahawa terdapat hubungan rapat antara ulama dan umara di dalam menjalankan pentadbiran di negeri Terengganu.
Menurut cerita, Tok Ku Paloh memikirkan suatu tempat yang sesuai untuk menyampaikan ilmunya dan bermula dari saat itulah terbinanya sebuah masjid pada tahun 1862 di Kampung Paloh.
90 peratus pembinaan masjid itu menggunakan kayu cengal dan tembesu.Kayu cengal dijadikan tiang utama dewan sembahyang dengan ukuran lilit 6X6 inci.
Menurut penduduk setempat, empat tiang yang lama masih dikekalkan sehingga kini, manakala pada bahagian tiang lain sudah digantikan dengan tiang yang lebih kecil.
Tinggi bahagian dewan sembahyang adalah sembilan kaki dari bahagian lantai ke bahagian bumbung.
Menurut cerita lain, pada peringkat awal pembinaan, masjid ini mempunyai ketinggian tujuh kaki dari aras tanah sebagaimana dilihat pada bahagian rumah-rumah lama orang Melayu di persekitaran kampung itu.
Menyedari betapa pentingnya masjid ini dari segi sejarah, mendorong Muzium Negeri menjadikannya sebagai tapak Muzium Negeri Terengganu dan sudah diwartakan sebagai tapak muzium.
Sebagaimana masjid tradisi yang lain, Masjid Kampung Paloh juga terdapat sebuah mimbar yang sekali imbas serupa dengan mahkota diraja, membuktikan betapa eratnya hubungan antara pengasas masjid ini dengan keluarga istana.
Sementara itu, warna hijau pada mimbar melambangkan kebersihan dan kesucian menjadikan sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpesona dengan warna yang sinonim dengan tumbuh-tumbuhan yang memayungi kawasan sekitar masjid.
Selain mimbar, terdapat juga sebuah geduk tua yang masih utuh zaman berzaman.
Geduk atau istilah lain disebut sebagai beduk atau tabuh dijadikan alat utama pihak pengurusan masjid memanggil jemaah bersembahyang dengan cara memukul pada kulit belulang.
Jarak yang dapat didengar apabila dipalu dengan pemukul adalah sejauh satu kilometer persegi.
Bunyi yang dihasilkan daripada beduk ini adalah pantulan daripada belulang sejenis kulit haiwan yang dikeringkan selama beberapa hari sebelum dimasukkan pada bahagian mulut tong yang besar.
Sementara itu tongkat yang digunakan iman masjid ini untuk sembahyang Jumaat dikatakan diperbuat daripada jenis yang tahan lama dan ringan untuk dibawa. Tongkat itu pula adalah seusia Masjid Tok Ku Paloh.
Selain itu kelainan lain masjid ini ialah setiap jemaah yang berkunjung pastinya perlu berhati-hati semasa menaiki atau menuruni tangga masjid.
Ini kerana tangga yang dibina agak curam dan tidak terdapat penghadang atau tempat untuk berpaut.
Pada awalnya tangga mempunyai sembilan anak tangga tetapi kini ia mengalami perubahan mengikut keadaan dan suasana semasa.
Lantaran itulah anak tangga di masjid itu juga turut dikurangkan kepada empat anak tangga sahaja.
Kini anak tangga kayu ini jarang digunakan lagi setelah dibina tangga simen yang lebih selesa dan selamat.
Pada permulaan masjid dibina, tempat mengambil wuduk dibina daripada batu-batu yang diambil dari sungai berdekatan tetapi kemudian kolah ini diperbesarkan dan dicantikkan dengan meletakkan marmar di sekeliling dinding.
Terasa kesejukan menggigit tulang kepada setiap jemaah yang menggunakan air di dalam kolah ini.
Selain daripada berwuduk, penduduk kampung juga menggunakan air kolah ini untuk mandi dan dijadikan ubat penawar bagi penyakit-penyakit tertentu.
Mengenai kedudukan perigi yang terletak berhampiran masjid, ia dikatakan digali oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.
Antara keanehan utama perigi tua ini menurut penduduk setempat, ia dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.
Dinding pada bahagian perigi diletakkan simen supaya tidak ditimpa tanah runtuh pada musim hujan lebat.
Pada bahagian pintu masuk ke Masjid Tok Ku Paloh terpampang satu papan tanda yang menggunakan tulisan khat thulus.
Papan tanda itu bermaksud ‘Masjid Ar-Marhum Engku Syed Abdul Rahman Tok Ku Paloh.’
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my
utusanterengganu@utusan.com.my
WallaHu'Alam
. .
1 comment:
Syukur Alhamdulillah Tanah Melayu di kurniakan dengan para ulama wali sufi...mohon ALLAH terus berkati dan kerana itulah amalan tarekat dan pengajian pondok pihak British tidak gemari. Moga pemerintah Melayu Muslim usah ikuti tabiat bekas penaung yang menyukai United M yang mereka belai.
Post a Comment