QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

04 November, 2009

AWET MUDA

PETUA AWET MUDA


Zaman sekarang ini ramai orang beralih kepada penjagaan diri yang mudah dan cepat. Mudah kelihatan lebih muda dan mahu cepat pula cantik susuk badan. Maka tanpa pertimbangan waras, ada yang sanggup menggunakan kaedah yang memudaratkan dan terbukti dari segi saintifik boleh memberi kesan buruk jangka panjang, antaranya ialah penggunaan botox, krim pemutih muka yang mengandungi bahan kimia berbahaya, ubat kurus badan yang kononnya mampu mengurangkan berat badan dalam masa beberapa hari dan lain-lain lagi. Kepada golongan ini, kos yang tinggi bukanlah menjadi masalah yang besar. Yang penting bagi mereka mudah dan cepat. Pada hakikatnya, kalau diperhatikan kesan penggunaan bahan sedemikian hanya bertahan sebentar sahaja. Jika muka si pengguna licin selepas menggunakan botox, untuk tempoh tertentu muka mereka akan kembali ke asalnya atau lebih teruk daripada itu. Si pengguna yang kurus badannya selepas menggunakan ubat-ubatan penghakis usus, akan kembali gemuk dan terus bertambah gemuk selepas beberapa bulan sahaja berhenti menggunakan ubat tersebut.


Sebenarnya, penjagaan wajah dan susuk badan supaya kekal muda dan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi perlu sedikit pengetahuan dan mengamalkannya secara konsisten dan berterusan. Di bawah ini saya turunkan beberapa amalan dan petua awet muda dan kecantikan turun temurun untuk dikongsi bersama.

Amalan Rohani

1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk memancarkan cahaya iman di muka;

2 Hidup hendaklahlah sentiasa ceria. Orang yang resah jiwanya akan pudar;

3. Hati mesti bersih supaya wajah turut bersih;

4. Jangan terlalu cemburu kerana cemburu adalah ramuan penting awet tua;

5. Berdoa kepada Allah supaya dicampak rasa senang orang lain kepada kita.

Amalan Jasmani

1. Amalkan meminum air kosong sebelum bersugi pada waktu pagi;

2. Perbanyak meminum air kosong setiap hari;

3. Buat senaman ringan dengan membuat regangan otot yang ringkas;

4. Sentiasa tersenyum dan kerapkan ketawa (senaman muka);

5. Banyak berjalan;

Amalan Pemakanan

1. Jangan mengambil makanan melebihi setengah hidangan pada setiap kali makan;

2. Kurangkan makanan berkanji, seperti nasi; dan

3. Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan.

~*~*~*SenamanOrgTua2

~*~Senaman Tua~*~





Lading_Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~