QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

21 August, 2009

Gangguan ~ SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin
memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing,
unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.      Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11.      Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12.      Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13.      Bermimpi melihat hantu.

                  TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata,
telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

                        MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari
anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang
sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.

                    ~DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN~

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala
jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas
atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu
sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat
menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat
takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

              SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami
manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta
mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka
bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi
mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak
mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim,
sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan
ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.


Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan
perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini
haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan
mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini
perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka
akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk
manusia dan makhluk jin.


Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.

                  CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang
bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari
bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara
sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang
menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari
hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara
panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia
sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa
mereka berada di otak manusia.

                      PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o  Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o  Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o  Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan
dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu
seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat
sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.
Wallahu A'lam

Lading Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~