Azman, tersentak sebentar Azman dari lamunan. Dia mencapai
telepon tersebut, terpapar nama Ustaz Saiful di skrin tersebut.
Dalam hatinya oh! Ustaz Saiful yang telepon. Dia menjawab
panggilan tersebut dengan terus melafazkan ucapan salam kepada
Ustaz Saiful.
“Azman, enta kerja tak hari Sabtu ini” Ustaz Saiful bertanya.
“Tidak, kenapa Ustaz? kata Azman.
“Ana bercadang nak ke Baling Kedah ada jemputan Kahwin. Ana
mungkin pergi seorang sahaja, kebetulan kereta ana ada masalah
untuk jalan jauh”
“Ana nak mintak tolong enta temankan, kalau boleh naik kereta
enta, ana tanggung minyak dan tol, boleh ke?”
“Insya’Allah, tak ada masalah Ustaz” jawab Azman dengan
gembira.
Azman bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah
Bangunan 15 tingkat di Bangi, dia bertugas sebagai ketua
pengawal keselamatan disitu. Hampir lima belas tahun dia telah
bekerja disitu iaitu sejak dia berumur 23 tahun.
Pada pagi Sabtu itu Azman dan Ustaz Saiful telah bertolak dari
Bangi kira-kira pukul 8 pagi menuju ke Baling. Mereka sampai di
Kupang, Baling hampir dengan waktu Zohor. Selepas solat Zohor
dan Asar Jamak Taqdim di Masjid Kupang, mereka terus ke
tempat kenduri.
Ustaz Saiful memeluk erat sahabat lamanya Ustaz Umar yang
agak lama tak bertemu hampir dua tahun. “Enta datang seorang
sahaja ke, keluarga tak ikut sekali? Tanya Ustaz Umar.
“Anak ana yang tua nak ambil SPM dan yang nombor tiga nak
ambil UPSR, mereka ada kelas tambahan hari ini” Ustaz Saiful
menerangkan.
“Ana datang dengan Sahabat baik ana ini, Ustaz Azman” Ustaz
Saiful memperkenalkan Azman.
“Saya bukan Ustaz, panggil Azman sahaja” Sambil tersenyum,
Azman cuba merendahkan diri dihadapan Ustaz Umar.
Ustaz Saiful dan Ustaz Umar bersahabat sejak perkenalan
mereka ketika menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dalam
bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Hampir sejam juga mereka di rumah Ustaz Umar.
“Terlanjur kita dah sampai Baling ni mari kita singgah di Kulim
sekejap, ana nak berjumpa dengan Sahabat ana di Kampung
Kelang Lama, boleh ke Azman?” kata Ustaz Saiful kepada Azman.
“Ok, ustaz! No problem” jawab Azman dengan gembira.
Ketika memandu menuju ke Kulim, mereka telah tersesat jalan,
lalu mereka berhenti dihadapan sebuah Stesen Telekom. Ustaz
Saiful pergi ke pondok pengawal bertanyakan jalan yang betul
ke Kulim. Ketika Ustaz Saiful sedang bercakap dengan Pengawal
Keselamatan tersebut, Azman teringat ketika dia mula-mula
berjumpa dengan Ustaz Saiful.
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, jiran sebelah rumah Azman,
Hisham menyerahkan borang permohonan untuk belajar di
Darussyifa’. Bila terima borang tersebut, Azman berkata kepada
Hisham “Saya tak beranilah nak belajar di Darussyifa’, Quran
pun aku baca sangkut-sangkut”.
“Inilah peluang kita nak tingkatkan diri kita, sekurang-kurangnya
kita boleh menghadiri kelas Tajwid untuk perbaiki bacaan al-
Quran kita” kata Hisham kepada Azman.
“Beginilah Azman, engkau lakukanlah solat sunat istikharah,
mohon ilham dari Allah supaya buat keputusan sama ada nak
belajar atau tidak di Darussyifa’” tambah Hisham lagi.
“Aku bukan apa, anak kecil kau tu selalu sangat menangis tengah
-tengah malam, kalau kau belajar ilmu pengubatan Islam, kau
sendiri boleh rawat anak kau tu” Hisham menegaskan lagi.
“Ok lah Hisham aku cuba lakukan solat istikharah” kata Azman.
Selang seminggu, Azman menyerahkan borang permohonan
tersebut kepada Hisham. “Insya’Allah aku cuba belajar di
Darussyifa’, selepas solat istikharah, hati aku rasa berkobar-
kobar nak belajar pulak” terang Azman kepada Hisham.
“Alhamdulillah” kata Hisham.
Azman telah menghadirkan diri di sessi temuduga untuk
kemasukan pelajar baru. Salah satu soalan yang ditanya, calun
disuruh memperdengarkan bacaan Surah al-Fatihah kepada panel
penemuduga.
“Bacaan Surah al-Fatihah suadara sangat tidak memuaskan,
saudara kena perbaikinya. Bacaan al-Fatihah adalah bacaan asas
yang menjadi rukun solat. Kalau al-Fatihah tak betul, solat akan
jadi tidak sah” Tegas Ustaz Rashid kepada Azman dalam sessi
temuduga.
Selesai sessi temuduga, Azman rasa agak kecewa, ini kerana dia
yakin dia tidak diterima belajar di Darussyifa’.
Selang sebulan. Petang itu telepon Azman berdering. Salam
diberi diikuti dengan pertanyaan “Boleh saya cakap denga En
Azman”.
“Ya saya Azman bercakap, siapa ni?” tanya Azman
“Saya Jufry dari Darussyifa’, tahniah! En. Azman telah diterima
untuk belajar di Darussyifa’. Sila hadirkan pada hari
pendaftaran Ahad yang akan datang ini”
Hati Azman sungguh gembira tidak terkira. Azman memasangkan
tekad untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Malam itu dia
lakukan solat hajat memohon Allah membantunya agar dia dapat
meningkatkan dirinya dalam ‘ilmu agama dan al-quran.
Dia tidak mahu, ketika belajar di Darussyifa’ nanti merasa
rendah diri kerana tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.
Pada keesokan harinya, ketika sedang bertugas di balai pengawal,
seorang lelaki berkupiah putih datang menghampirinya.
“Assalammu’alaikum, boleh saya tanya Surau di tingkat berapa?
“Wa’alaikummussalam, di tingkat tiga encik. Encik nak berjumpa
dengan siapa? Tanya Azman.
“Saya nak menyampaikan Kuliah Agama” Ustaz itu menjawab
sambil tersenyum.
“Oh! Ustaz rupanya, boleh saya tahu nama Ustaz, bukan apa saya
nak rekodkan dalam buku ini sahaja” Azman menambah.
“Nama saya Saiful bin Kamaruddin, panggil saya Ustaz Saiful
sahaja” jawab Ustaz Saiful sambil tersenyum.
Itulah pertama kali Azman bertemu dengan Ustaz Saiful. Tujuh
tahun telah berlalu, terasa sekejap sungguh, Azman dan Ustaz
Saiful telah menjadi sahabat baik.
Sejak berkawan dengan Ustaz Saiful, Azman telah banyak
berubah. Sehinggakan pada suatu subuh pagi Jumaat di sebuah
surau di kawasan tempat dia tinggal imam tidak muncul-muncul
untuk mengimamkan solat Subuh.
Masing-masing tolak menolak tidak mahu jadi imam kerana tidak
hafal surah as-Sajadah. Salah seorang jamaah tiba-tiba menolak
Azman supaya kehadapan untuk menjadi imam.
Azman terus mengimamkan solat Subuh itu. Selepas al-Fatihah di
rakaat pertama dia membaca Surah as-Sajadah dan di rakaat
kedua Surah al-Insaan.
Selesai solat subuh, jamaah surau ucap tahniah kepadanya.
“Bila engkau belajar Quran ini, sedap betul kau baca tadi,
Alhamdulillah, kau boleh jadi imam ni” kata salah seorang jamaah.
Azman teringat ketika mula-mula berpindah di taman itu sepuluh
tahun yang lalu, dia ditegur banyak kali dalam majlis tadarus al
-Quran di bulan Ramadhan kerana banyak yang salah dari yang
betul dalam bacaan al-Quran yang dibacanya. Sejak itu dia terus
malu nak ikut serta majlis tadarus.
Mereka sampai di Kampung Kelang Lama, Kulim agak lewat kerana
tersesat jalan. Mereka singgah di Sebuah Masjid berhampiran
yang berhampiran. Jamaah Masjid baharu sahaja selesai solat
Asar berjamaah. Ada sebahagian jamaah masih bersembang di
kaki lima Masjid.
Ustaz Saiful memberi salam dan bertanya kepada salah seorang
jamaah di Masjid tersebut.
“Assalammu’alaikum pakcik, boleh saya bertanya, Pakcik kenal
tak dengan Ustaz Mohd Nur Ismail, kalau tak silap saya dia
tinggal di sekitar kampung ini”
“Oo! Ustaz Mohd Nor tak tinggal disini lagi dia dah pindah ke
Gurun” kata Pakcik tersebut dengan menampakkan gigi
hadapannya yang tinggal sebatang.
“Terima kasih pakcik” kata Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful menampakkan raut keletihan di wajahnya kerana
tidak sampai hajat nak berjumpa kawan lama.
Mereka berdua mengambil wuduk kemudian lakukan solat
Tahiyatul Masjid. Setelah itu mereka duduk di tangga hadapan
masjid untuk berehat sebentar. Mereka tidak lakukan solat Asar
sebab telah melakukan Jamak Taqdim.
Tiba-tiba mereka berdua di tegur oleh seorang pakcik yang
dalam lingkumgan umur 70 tahun.
“Assalammu’alaikum” kata pakcik itu
“Wa’alaikummussalam” jawab mereka berdua.
“Anak berdua ni dari mana, dari Kuala Lumpur ke?”
“Ya Pakcik, kami dari Bangi, macam mana pakcik tahu?” kata
Azman.
“Oo, Pakcik tengok kereta tu macam kereta orang Kuala Lumpur?
Pakcik itu menerangkan.
“Anak berdua ni orang Ustaz Haron Din ke” tanya Pakcik itu
meneruskan perbualan.
“Saya Saiful dan ini Azman, Azman ni memang orang Ustaz Haron
Din, saya belum lagi” Ustaz Saiful menambah.
“Azman memang anak murid Ustaz Haron Din, macam mana
pakcik tahu Darussyifa’ ” tambah Ustaz Saiful.
“Oo! Pakcik nampak di belakang kereta tu ada tulis Darussyifa”
Pakcik itu menambah sambil menunjukkan ke arah kereta Azman.
Azman memang melekatkan stiker Darussyifa’ di keretanya sejak
stiker itu dikeluarkan.
“Pakcik berhajat untuk menjemput anak berdua ke rumah Pakcik
untuk minum petang. Boleh kita sambung berbual, kalau tak
keberatan. Rumah Pakcik dekat situ sahaja” Kata pakcik itu
dengan tersenyum sambil menunjukkan ke arah rumahnya.
Pakcik itu mengajak dengan bersungguh-sungguh akhirnya mereka
tidak dapat menolaknya.
“Terima kasih, kerana sudi terima jemputan Pakcik” kata pakcik
itu dengan gembira.
“Boleh saya tahu nama Pakcik” Azman bertanya.
“Oh! Terlupa pulak pakcik nak perkenalkan diri, nama pakcik,
Haji Hussin, orang kampung panggil Pak Husin sahaja, pakcik ni
siak di Masjid ini” Pak Hussin menerangkan.
Kami berjalan ke rumah Pak Husin bersama-sama. Kawasan
sekitar sungguh tenang dan damai diikuti dengan angin sepoi-
sepoi bahasa yang meniup pokok-pokok getah di sekeliling rumah
Pak Husin.
Kelihatan daun-daun kering pokok getah yang berguguran melekat
di sarang labah-labah berayun-ayun di tiup angin.
Tidak jauh di halaman rumah itu terdapat pokok ciku yang sedang
lebat buahnya dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni
menghiasi laman rumah tersebut.
Rumah Pak Husin ialah rumah Kampung yang masih unik dengan
keaslian kampungnya. Bahagian hadapan sepenuhnya kayu dan
didirikan diatas tiang-tiang kayu yang tinggi melepasi kepala.
Bahagian belakang dan dapurnya adalah separuh batu dan
separuh kayu.
Ustaz Saiful dan Azman di jemput naik kerumah. Pak Husin pergi
kedapur dan menyuruh isterinya menyediakan minuman.
Pak Husin meneruskan perbualan “Pakcik sebenarnya dah lama
sangat nak ke Bangi nak jumpa Ustaz Haron Din. Ada orang kata
di Darussyifa’ macam-macam penyakit boleh sembuh”
“Di Darussyifa’ kami hanya berikhtiar sahaja dengan kaedah yang
dibenarkan oleh Syarak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh
menyembuhkan penyakit” Azman menambah.
“ Ada juga anak pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur tu nak
bawak ke Darussyifa’, tapi asyik tangguh sahaja, ada maca-macam
hal pulak. Orang kata susah juga ya nak jumpa Ustaz Haron Din”
sambung Pak Husin.
“Memang agak sukar nak berjumpa dengan Ustaz Haron Din. Dia
hanya merawat pada pagi Selasa dari jam 7:30 pagi hingga 1:00
tengahari.” Azman menambah
“Kalau nak dapat rawatan terus dengan dia, kita perlu
mendapatkan nombor giliran 1 hingga 200, sebab itu ada yang
sanggup datang beratur di Darussyifa’ sebelum waktu subuh lagi
untuk dapatkan nombor tersebut” Azman menjelaskan.
“Sebenarnya, boleh saya tahu penyakit apa yang pakcik hidapi?
Azman bertanya.
“Oh! Sebenarnya bukan pakcik, anak pakcik yang sakit. Pakcik
mempunyai tujuh orang anak. Yang sakit anak pakcik yang bungsu.
Umurnya baru 25 tahun.” Pak Husin menjelaskan dengan agak
sayu.
“Siapa namanya pakcik” Azman bertanya lagi
“Hafiz, sebelum sakit dulu dia belajar di Maktab Mahmud Alor
Setar. Sejak akhir-akhir ini penyakit dia makin teruk. Selalu
sangat mengigil dan meronta-ronta” Pak Husin menambah.
Mereka berbual panjang hingga jam hampir menunjukkan pukul 6
petang. Pak Husin menceritakan tentang anak-anak mereka yang
berjaya. Anak lelaki sulungnya bekerja sebagai Doktor di
Hospital HUKM menakala anak keduanya perempuan bekerja
sebagai Guru di Alor Setar. Anak yang ketiga lelaki bekerja
sebagai Pegawai KWSP di Sungai Petani. Anak-anak yang lain
bekerja sendiri di Terengganu dan juga di Pulau Pinang.
Semuanya dah berkahwin kecuali yang ke 6 dan yang bungsu.
“Anak perempuan pakcik yang nombor enam, Hafizahlah yang
banyak membantu menguruskan Hafiz” kata Pak Husin
“Pakcik dah bercerita panjang, tetapi pakcik tak cerita lagi, apa
penyakit Hafiz” Ustaz Saiful mencelah.
“Terlupa pulak pakcik nak bagi tahu, mula-mula dulu Sawan tapi
orang kata Hafiz kena penyakit Gila Babi, dah enam tahun,
pakcik dah berubat merata, tapi Allah belum izinkan untuk
sembuh” Pak Husin menerangkan dengan sayu.
Seketika kemudian isteri Pak Husin datang duduk di sebelahnya.
“Ustaz! kalau Ustaz boleh ubat, ubatlah anak makcik ini” kata
isteri Pak Husin dengan nada mengharap.
“Boleh kami tengok Hafiz, pakcik” Azman bertanya.
“Boleh, mari pakcik bawa ke biliknya di bawah sana” Pak Husin
dan isterinya bangun dan membawa kami ke bilik hafiz yang
terletak di bahagian dapur rumahnya. Ketika itu kelihatan Hafiz
sedang tidur.
Setelah Azman memerhatikan keadaan Hafiz dia pun berkata
“Saya rasa ubat penyakit ini ada di depan rumah pakcik”
“Mengikut kata Guru saya, Allah menurunkan penyakit dan
penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu
penyakit itu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu
penyakit itu” Azman menambah.
Dengan agak terperanjat Pak Husin terus berkata “Ya ke? kalau
begitu saya merayu kepada Ustaz tolonglah usahakan”
Azman terus menerangkan kepada Pak Husin iaitu untuk
mengubati penyakit Gila Babi ini ialah dengan menggunakan daun
kering yang gugur melekat di sarang labah-labah. Azman
memberitahu Pak Husin, dia nampak banyak daun kering yang
melekat di sarang labah-labah berhampiran dengan rumah Pak
Husin.
Azman bersama dengan Ustaz Saiful dan Pak Husin pergi
mengambil daun kering tersebut. Sebelum mengambil daun
tersebut, Azman menerangkan cara-cara nak mengambil daun
kering tersebut sebagaimana pesan Ustaz Haron Din kepadanya
seperti berikut;
a. Sebelum mengambil daun tersebut memberi salam kepada
nabi Ilyas dahulu
b. Kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Selawat ke atas
Nabi
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil daun tersebut
jangan bayang-bayang kita terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat pada sarang labah-labah
tersebut dengan menggunakan mulut kemudian selepas ia terpisah
dari sarang labah-labah pegang dengan tangan untuk disimpan
e. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai.
Setelah daun tersebut di ambil sebanyak tujuh helai, Azman
meminta Pak Husin menyediakan sebaldi air biasa yang di ambil
dari perigi. Kebetulan di kawasan tersebut air perigi adalah air
mineral.
Kemudian Hafiz di bawa keluar dari biliknya dan dibaringkan di
hadapan pintu iaitu kakinya menghadap pintu yang menghala
keluar rumah.
Azman meneruskan membaca beberapa kombinasi ayat berikut
iaitu;
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyah
3. Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
4. Doa Hindar Syaitan
5. Dan beberapa doa lagi
Setelah habis doa di baca, Azman tiup pada Daun Kering dan air
dalam baldi tersebut. Azman ambil sehelai daun kering tersebut
dan memamahnya dengan mulut bersama sedikit air yang telah
didoa. Setelah itu dia menyembur kearah Hafiz dari kepala
sampai ke kaki dengan mengisyarat membuang ke luar kearah
pintu. Azman mengulanginya tujuh kali dengan tujuh daun yang
berasingan.
Setelah itu Hafiz diberi minum dengan air tersebut dan
sebahagian air itu di buat mandi. Azman berpesan kepada Pak
Husin bahagikan air itu kepada tiga bahagian untuk dibuat mandi
tiga kali petang. Mandi sebelum masuk waktu maghrib. Air
tersebut adalah untuk membuat bilasan terakhir.
Pada petang itu ibunya memandikan Hafiz dibantu oleh kakaknya
Hafizah, akhir sekali dia di bilas dengan air yang telah
dibacakan doa itu.
Setelah semuanya selesai, waktu telah hampir masuk maghrib.
Azman dan Ustaz Saiful meminta diri untuk beredar melakukan
solat berjamaah Maghrib di Masjid. Selepas solat maghrib, Pak
Husin mempelawa mereka berdua untuk makan malam.
Selepas makan malam di rumah Pak Hussin. Azman berpesan
kepada Pak Husin supaya membuang pokok ciku yang di tanam di
hadapan rumahnya. Ini adalah pesanan Ustaz Haron Din, kerana
mengikut pengalaman beliau dipokok ciku makhluk halus suka
singgah dan bermain. Gila Babi adalah sejenis penyakit gangguan
spiritual yang ada kaitan dengan makhluk halus (syaitan).
Membuang pokok ciku itu adalah satu ikhtiar untuk mengatasi
masalah gangguan makhluk halus tersebut.
Sebelum bertolak balik, Pak Husin memberikan sedikit wang
untuk isi minyak dan tol, sebaliknya Azman menolak kata Azman
“Kami dari Darussyifa’ merawat secara percuma Pakcik, Biarlah
Allah SWT yang membalas amal perbuatan kami.” Pak Husin
mendesak nak bagi juga, akhirnya tidak mahu kecilkan hati Pak
Husin, dia ambil duit tersebut (dalam hatinya berkata aku akan
sedekahkan di masjid duit ini).
Dalam perjalanan pulang balik Ustaz Saiful berkata kepada
Azman “Apa yang enta buat tadi sungguh bagus, sekurang-
kurangnya ada ikhtiar yang boleh kita buat bila orang mintak
tolong”
“Ana rasa ana nak belajar ilmu perubatan Islam ini dari Ustaz
Haron Din” tambah Ustaz Saiful.
“Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Ustaz” kata Azman
tersenyum
Mereka sampai di Bangi hampir jam 2:00 pagi.
Sebelum masuk tidur Azman melakukan Solat Taubat dan Solat
hajat dua rakaat memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar
Hafiz di berikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Doa yang paling mustajab ialah mendoakan saudara muslim kita
yang lain tanpa dia mengetahui kita mendoakan untuknya seperti
hadith rasulullah;
Mahfum Hadith:
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa
seorang muslim kepada saudaranya yang muslim dengan tanpa
diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada
didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia
berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat
itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama
(Hadith Riwayat oleh Muslim)
Bersambung………………….Adakah Hafiz sembuh seperti
sediakala……ikutilah sambungannya akan datang….Pak Hussin
cemas Hafiz hilang dari biliknya pada waktu subuh….
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
Suatu Kisah (Siri-2):
Anak Burung Ciak Rumah: Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-2 ini adalah sambungan dari Siri-1, anda adalah dinasihatkan supaya membaca siri-1 terlebih dahulu supaya memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1)
Pagi Selasa itu Azman mengambil cuti dan menjadi sukarela
membantu Ustaz Haron Din di klinik Darussyifa’. Kira-kira jam
10:00 pagi, Ustaz Roslan memanggilnya “Azman ada orang nak
berjumpa di pejabat” kata Ustaz Roslan.
“Siapa?” tanya Azman
“Dr. Ramlee dari Hospital HUKM” Ustaz Roslan menambah
“Saya tak kenal Dr. Ramlee ni, tapi tak mengapalah” kata Azman.
Azman terus pergi ke pejabat Darussyifa’ untuk berjumpa
dengan Dr. Ramlee.
“Assalammu’alaikum” Azman memberi salam kepada orang yang
tidak dikenalinya di pejabat Darussyifa’
“Wa’alaikummussalam” jawab Dr. Ramlee.
“Saya Azman, ini Dr. Ramlee ke?” kata Azman
“Ya, saya. Mungkin Ustaz terperanjat sebab saya datang ni” kata
Dr. Ramlee
“Saya sebenarnya anak kepada Pak Husin dari Kulim” Dr. Ramlee
menjelaskan.
“Oo! Anak Pak Husin, bagaimana dengan keadaan Hafiz
sekarang?” tanya Azman.
Walaupun dah dua minggu berlalu, Azman masih teringatkan
keadaan Hafiz. Kalau dia teringatkan Hafiz, dia pasti akan
berdoa mohon Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Azman
pun rasa tersilap, sebab tergesa-gesa nak balik sehinggakan
terlupa nak minta nombor telepon Pak Husin. Pak Husin pula
terlupa nak minta nombor telepon dia.
“Alhamdulillah, keadaan Hafiz dah pulih seperti sediakala
sekarang ini” kata Dr. Ramlee.
“Betul ke? Syukur Alhamdulillah” kata Azman
“Kami sekeluarga sangat-sangat terhutang budi kepada ustaz.
Bapak saya Pak Husin menyuruh saya mencari ustaz,
Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Bapak saya terlupa nak
mintak nombor telepon ustaz” kata Dr. Ramlee.
“Jangan terhutang budi dengan saya, kesembuhan adalah daripada
Allah SWT. Bersyukurlah kita kepadaNya. Semoga dengan
kesyukuran kita itu Allah akan memberikan kesembuhan yang
berkekalan” kata Azman.
“Macam mana Doktor boleh cari saya di sini? tanya Azman
“Bapak saya kata, ustaz dari Darussyifa’, jadi saya cari dari
internet. Saya jumpa laman web Darussyifa dan terus kemari”
Dr. Ramlee menjelaskan.
“Sebenarnya hajat saya kemari, nak jemput ustaz dan Ustaz
Saiful sekeluarga datang ke rumah saya pada hari Ahad yang
akan datang ini. Ibu dan Bapak saya serta Hafiz insya’Allah akan
datang pada hari Sabtu ini. Kami berhajat nak buat kenduri doa
selamat. Boleh ustaz datang sekeluarga selepas zohor?” Kata Dr.
Ramlee.
“Saya mungkin tak ada masalah, isteri dan anak-anak, saya akan
“confirm” kemudian. Nanti saya bagi tahu Ustaz Saiful” kata
Azman.
Sebelum mereka berpisah, mereka bertukar-tukar memberi
nombor telepon. Dr. Ramlee memberikan alamat rumah dia kepada
Azman.
Pada hari Ahad itu, kebetulan mentua Azman datang berkunjung
kerumahnya untuk beberapa malam. Ustaz Saiful pula ada kelas
Al-Quran juga tak dapat ikut sama. Azman terpaksa pergi
seorang sahaja ke rumah Dr. Ramlee.
Azman memandu kereta Iswara berwarna birunya memasuki
kawasan elit, rumah dikawasan itu semuanya banglo yang unik
bentuknya setiap satu. Berpandukan alamat yang diberi, akhirnya
Azman sampai di rumah Dr. Ramlee. Ketika itu orang ramai dah
memenuhi kawasan rumahnya.
Azman memberi salam. Salamnya dijawab oleh Pak Husin
kemudian Pak Husin datang meluru kepadanya dan memeluknya
dengan erat.
“Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!, terima kasih ustaz
kerana datang” kata Pak Husin sambil memeluk Azman.
“Saya datang seorang sahaja, isteri dan anak-anak tak dapat
datang, ada tetamu dirumah. Ustaz Saiful pula ada kelas petang
ini” kata Azman.
Pak Husin membawa Azman masuk kerumah dan Azman bersalam
-salaman dengan tetamu di dalam rumah tersebut.
Hafiz pun ada sama, bila nampak Azman, Hafiz terus
mendapatkannya dan memeluknya dengan erat.
Majlis doa selamat di pimpin oleh imam Masjid yang berhampiran.
Selepas majlis selesai dan tetamu mulai beredar pulang, Azman
pun minta diri untuk pulang tetapi di halang oleh Pak Husin.
“Janganlah balik dulu Azman, duduklah dulu sekejap, pakcik nak
sembang dengan Azman sekejap” kata Pak Husin.
“Baiklah Pak Husin” kata Azman.
Mereka duduk bersembang di bawah pondok kecil di halaman
rumah Dr. Ramli. Pak Husin terus bercerita.
Pada waktu subuh itu tiba-tiba Pak Husin di kejutkan oleh
isterinya.
“Abang Haji, Hafiz tak ada dalam biliknya, dalam rumah pun tak
ada, pintu dapur terbuka. Dia dah hilang bang” kata isteri Pak
Husin.
Pak Husin terus bingkas bangun. Waktu itu kira-kira setengah
jam sebelum masuk waktu subuh. Isteri Pak Husin mengejutkan
Hafizah juga. Mereka semua agak kelam kabut.
“Hello! Siapa tu, Farid ke?” Pak Hussin menelepon anaknya yang
tinggal di Sungai Petani.
“Ya, ada apa ayah? Macam cemas sahaja” jawab Farid melalui
telepon bimbitnya.
“Adik kau Hafiz hilang dari rumah, cepat kau datang ke sini”
kata Pak Husin.
Tanpa bayak cerita Farid bersiap untuk ke Kulim dari Sungai
Petani.
Pak Husin agak kepenatan dan rasa semput datang. Dia kemudian
duduk di kerusi. Tak lama kemudian kedengaran Azan Subuh
berkumandang. Terasa sayup dan sayu mendengar Azan Subuh
tersebut. Dalam hatinya berkata siapa yang azan subuh tu, lain
sahaja suaranya.
Disebabkan semputnya, dia solat Subuh dirumah sahaja. Kira-
kira telah selesai orang berjamaah subuh tiba-tiba ada orang
datang ke rumah Pak Husin memberi salam. Pak Husin membuka
pintu dan kelihatan beberapa orang di luar.
“Pak Husin, kenapa tak solat di Masjid, tak sihat ke?” kata Pak
Ali jiran Pak Husin.
“Tidak, saya semput sikit. Baguslah kamu datang aku tengah
kelam-kabut ni, si Hafiz anak aku hilang dari rumah subuh ini?
Pak Husin menjelaskan.
“Hafiz ada di Masjid, Pak Husin, dialah yang azan subuh tadi.
Alhamdulillah nampaknya dia dah sihat” kata Pak Ali.
Lutut Pak Husin mengeletar lalu terus rebah bila mendengar kata
Pak Ali. Isterinya turut ke pintu dan Pak Ali dan yang lain
mengangkat Pak Hussin ke Sofa di ruang tamu.
“Betul ke apa kau kata ni Pak Ali? Kata Pak Hussin dengan
kepenatan.
“Betul. Hafiz masih ada di Masjid. Masa kami datang kemari, dia
sedang membaca al-Quran” kata Pak Ali.
Isteri Pak Husin juga terperanjat bila mendengar perkataan Pak
Ali. Air matanya menitis tanpa disedari.
Tiba-tiba Azman dan Pak Husin di kejutkan dengan tahi burung
yang jatuh di hadapannya. Nasib baik tidak masuk kedalam cawan
kopi. Azman melihat ke atas, di lihatnya di atas pondok itu ada
sarang burung. Dalam hati Azman berkata Burung itu sedang
memberi makan anak-anaknya agaknya.
“Burung ini memang tak ada tempat lain nak buat sarang, nak
buat pun di rumah orang” kata Pak Husin.
Pak Husin meneruskan ceritanya.
Selepas cukup rehat, Pak Husin bangun dan hendak keluar tetapi
di halang oleh isterinya
“Bang Aji nak kemana? Kan masih lemah lagi” kata isteri Pak
Husin
“Aku nak ke Masjid nak tengok Hafiz” kata Pak Husin
“Tak Apa bang, saya dah suruh Hafizah pergi tengok-tengokan
Hafis tu di Masjid” kata isteri Pak Husin.
Pak Husin berdegil dia bangun juga. Alhamdulillah dia berasa
kuat dan bersemangat. Dia mengambil seliparnya dan berjalan
nak ke Masjid. Baru dua tiga langkah. Dia nampak Hafiz dan
Hafizah sedang berjalan pulang.
Hafiz tersenyum melihat ayahnya. Sampai di hadapan ayahnya dia
mencium tangan kemudian memeluk erat ayahnya. Air mata
bercucuran tanpa disedari. Ibunya keluar lalu Hafiz memeluk
juga ibunya.
Tak lama kemudian Farid sekeluarga sampai. Mereka semua
menitiskan air mata tanpa disedari.
Petang itu Pak Husin memanggil beberapa orang kampung untuk
menolongnya menebang semua pokok ciku yang ada di halaman
rumahnya. Dia tak lupa pesan Azman.
Azman yang mendengar cerita Pak Husin turut menitiskan air
mata tanpa disedari.
Isteri Pak Husin datang mencelah dengan membawa kuih muih dan
satu teko kopi.
“Alhamdulillah ustaz, Hafiz dah sihat, semua orang gembira.
Terima Kasih ustaz” kata isteri Pak Husin.
“Jangan terima kasih kepada saya makcik, berterima kasihlah
kepada Allah kerana Dialah yang berkuasa menyembuhkan segala
penyakit” kata Azman.
Isteri Pak Husin tersenyum kepada Azman.
Tak lama kemudian datang Dr. Ramlee duduk bersama mereka.
Dr. Ramlee juga bercerita bagaimana usaha yang telah dibuatnya
untuk merawat Hafiz tetapi tak juga sembuh.
“Ayah! Ayah! tolong bukak ini” Aiman anak ketiga Dr. Ramlee
berumur 6 tahun datang kepadanya supaya membukakan plastik
bungkusan gula-gula.
Azman memerhatikan Aiman. Ketika sedang bermain Aiman tiba-
tiba lelah dan Dr. Ramlee memberikan dia Ubat Sedut untuk
atasi Asma yang di hidapinya.
“Dah lama ke, Aiman mengidap Asma Doktor?” tanya Azman
“Sejak kecil lagi. Buat masa ini macam-macam ubat dah saya cuba
tapi tak sembuh juga” kata Dr. Ramlee.
“Kesihan juga saya tengok Aiman, nak bermain lebih-lebih pun tak
boleh” tambah Dr. Ramlee.
“Doktor tak cuba rawatan cara lain ke, maksud saya cara
tradisional ke?” Azman memberi pandangan.
“Tak pernah pulak. Darussyifa’ ada cara ke?” tanya Dr. Ramlee.
“Kalau Doktor nak cuba, ubatnya ada di atas kepala kita ni” kata
Azman sambil menunjukkan ke arah sarang burung diatas pondok
tempat mereka bersembang.
“Burung apa itu?” tanya Dr. Ramlee kepada Azman.
“Itulah orang panggil Burung Ciak Rumah. Burung ini kalau buat
sarang di rumah orang, tentu ada sebabnya” Azman menjawab.
“Kalau burung itu boleh mengatasi Asma, bagaimana caranya? Pak
Hussin pula mencelah.
Azman menerangkan bagaimana cara untuk merawat Asma
menggunakan burung ciak rumah.
“Anak burung ciak rumah hanya berkesan untuk merawat kanak-
kanak sahaja. Kalau orang dewasa kurang berkesan, mungkin “dos”
nya tak mencukupi” tambah Azman memberi penerangan.
“Saya begitu berminat dengan rawatan ini, boleh ustaz buat
sekarang” kata Dr. Ramlee.
“Insya’Allah” kata Azman.
Dr. Ramlee mengarahkan pembantunya mengambil tangga dari
stornya kemudian Azman memanjat ke sarang burung tersebut.
Dalam sarang burung itu ada lima ekor anak burung ciak rumah
yang mungkin baru seminggu menetas. Azman memberi salam
“Wahai burung aku mengambil mu untuk ku jadikan ubat sakit
asma, insya’Allah” kata Azman kepada burung itu.
Azman hanya mengambil tiga ekor anak burung sahaja, yang lain
di tinggalkan dalam sarang. Anak burung itu memang terlalu kecil.
Namun begitu mengikut syariat Islam ia perlu di sembelih
terlebih dahulu sebelum memakannya.
Azman kemudian menyembelih anak burung tersebut dengan pisau
kecil. Di buang isi perutnya dan dibersihkan bahagian luarnya.
Burung ini masih tidak berbulu.
Azman meminta sebotol air dan kemudian dia membacakan doa
berikut;
1 .Surah Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Mahfum Doa "Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan
kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti." Setelah doa dibaca, dia tiup pada air dan pada burung tersebut.
Air yang telah didoakan itu diberi minum kepada Aiman dan
sedikit air tersebut di sapukannya di dada Aiman.
Anak burung itu kemudiannya di berikan kepada isteri Pak Husin
untuk di buat sup. Sup burung itu akan di berikan kepada Aiman
untuk dimakan sampai habis.
Setelah selesai semuanya Azman meminta diri untuk beredar.
Azman singgah di Masjid berhampiran untuk menunaikan solat
Asar. Selepas solat Asar bejamaah Azman bertafakur sebentar.
Ketika itu dia terdengar seseorang membaca al-Quran. Dalam
hati Azman berkata banyak yang tak betul dalam bacaan itu dari
segi tajwid dan makhraj hurufnya.
Azman teringat ketika dia di marahi oleh Ustaz
Saiful……….bersambung.....kenapa Azman kena marah?....Aiman
bagaimana sembuh ke dia?
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
SUATU KISAH (SIRI-3) : AKAR MENGKUANG
Suatu Kisah (Siri-3): Akar Mengkuang,
Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-3 ini adalah sambungan dari Siri-2, anda adalah
dinasihatkan supaya membaca siri-1&2 terlebih dahulu supaya
memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1
& Siri-2)
Akar Mengkuang
Oleh: Abu Aleef
(Nota: Siri-3 ini adalah sambungan dari Siri-2, anda adalah
dinasihatkan supaya membaca siri-1&2 terlebih dahulu supaya
memahami kesinambungan ceritanya. Klik di sini untuk baca Siri-1
& Siri-2)
Pada petang itu kira-kira jam 2:10 petang, Azman bertekad
untuk berjumpa dengan Ustaz Saiful. Ustaz Saiful
menyampaikan kuliah agama dua minggu sekali di surau tingkat
tiga di bangunan tempat dia bertugas sebagai ketua keselamatan.
Bila Ustaz Saiful menghampiri pondok pengawal, Azman terus
pergi ke arahnya, “Ustaz, boleh saya nak bertanya sedikit”
Tanya Azman kepada Ustaz Saiful.
“Boleh, berkenaan apa?” Ustaz Saiful bertanya kembali.
“Saya nak belajar al-Quran dengan Ustaz, boleh ke?” tanya
Azman dengan penuh bersemangat.
“Boleh, datanglah ke Madrasah tempat ana mengajar hari Sabtu
dari 2:30 petang hingga 4:00 petang” Ustaz Saiful menerangkan.
Kemudian Ustaz Saiful menerangkan kepada Azman bagaimana
untuk sampai ke Madrasah tersebut.
Azman memasang tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada
petang Sabtu berikutnya Azman pergi ke Madrasah Ustaz
Saiful. Dia sampai awal sekitar pukul 2:00 petang. Ustaz Saiful
tidak kelihatan lagi ketika itu.
Ketika jam hampir 2:30 petang, pelajar-pelajar mulai memenuhi
bilik darjah. Azman terasa agak malu kerana yang hadir adalah
dari kalangan remaja berumur dari 13 hingga 15 tahun.
Terasa berat untuk masuk ke bilik darjah tersebut. Tiba-tiba
bahu kanannya dipegang dari belakang. Azman menoleh
“Oh! Ustaz rupanya” Azman berkata.
“Silalah masuk, Azman” Ustaz Saiful mempersilakan Azman
masuk ke bilik darjah tersebut.
Dengan agak malu Azman masuk juga ke bilik tersebut. Semua
memerhatikannya. Ustaz Saiful mengambil sebuah al-Quran dari
rak, kemudian memberikannya kepada Azman.
“Ana belum ambil wuduk lagi ustaz. Ana keluar sebentar untuk
ambil wuduk” kata Azman.
Setelah mengambil wuduk Azman masuk semula ke dalam bilik
darjah.
Ustaz Azman menyuruh murid-muridnya membuka al-Quran
masing-masing dan memulakan dengan Surah An-Nisa’ ayat 80.
Ustaz Azman menerangkan hukum Tajwid bagi setiap huruf dalam
ayat tersebut. Kemudian muridnya setiap orang masing-masing
membaca ayat tersebut. Akhirnya semua 20 orang membaca ayat
tersebut dengan fasih.
Bila tiba giliran Azman, lidahnya kelu dan tidak terkeluar suara
dari mulutnya. Ustaz Saiful menyuruh juga Azman membaca ayat
tersebut. Azman membaca dengan tergagap-gagap. Ustaz Saiful
tidak menegur langsung bacaannya.
Pada petang itu, mereka semua membaca ayat 80 hingga 85. Di
akhir sekali Ustaz Saiful menjelaskan maksud dan inti sari
daripada ayat-ayat yang telah dibaca.
Bila semua telah beredar, Ustaz Saiful mengajak Azman bersolat
jemaah Asar di Surau. Ustaz Saiful mengimamkan solat Asar
berjamaah tersebut.
Selepas selesai Solat Asar, Ustaz Saiful berkata kepada Azman
“Enta perlu belajar semula al-Quran dari asas. Enta tak berapa
kenal huruf dan makhraj huruf pun tak berapa betul”.
“Ana faham Ustaz” Azman tunduk dan berasa malu.
“Beginilah, kalau enta sanggup ana cuma ada masa selepas waktu
subuh iaitu sekitar 20 minit. Kalau enta boleh datang ke surau ini
setiap hari Isnin hingga Khamis ana boleh ajar enta dengan asas
al-Quran” Ustaz Saiful mencadangkan.
“Insya’Allah ana akan cuba ustaz” kata Azman dengan
bersungguh-sungguh.
Pada hari Isnin berikutnya, setengah jam sebelum waktu Subuh
Azman telah bangun bersiap-siap untuk pergi ke Surau Ustaz
Saiful. Jarak Surau itu dengan rumahnya mengambil masa kira-
kira 15 minit dengan kereta. Azman bersolat Subuh berjamaah di
surau tersebut. Selepas selesai solat subuh Azman pergi
menghampiri Ustaz Saiful.
Pada pagi itu Ustaz membawa Buku Qiraati. Ustaz mengajar
dengan bersungguh-sungguh. Azman beberapa kali kena tegur.
Kadang-kadang tinggi juga suara Ustaz Saiful menegur Azman.
Minggu pertama dan kedua berjalan dengan baik, tidak banyak
kemajuan dicapai oleh Azman. Mungkin lidahnya telah terlalu
keras untuk menyebut makhraj huruf dengan betul.
Azman mulai rasa jemu. Dia malas bangun awal. Beberapa kali dia
tak datang belajar. Pada minggu ke empat dia terus tak datang
belajar.
Selang seminggu, Ustaz Saiful menelepon Azman, katanya ada hal
mustahak nak jumpa dengan Azman. Ustaz Saiful mengajak
Azman bersembahyang Asar di Suraunya pada petang Sabtu itu.
Selepas solat Asar, Ustaz Saiful berkata dengan agak terkilan
kepada Azman. Suaranya agak tinggi seperti marah “Kenapa
dengan enta ini. Ana bersusah payah nak menolong enta, tapi enta
pula yang tak serius. Apa masalah enta ni?”
“Ana tidak ada masalah ustaz, cuma ana rasa jemu dan rasa susah
nak ikut apa yang ustaz ajar” jawab Azman.
“Enta baru diuji sedikit dah rasa jemu. Enta kata nak
pertingkatkan diri, nak buat perubahan dalam diri enta, baru
diuji sikit dengan jemu dah mengalah? Mana perginya azam enta
selama ini?” Ustaz Saiful menambah.
Azman tunduk tidak berkata apa-apa.
“Belajar al-Quran memang banyak ujiannya. Ujian yang paling
besar ialah godaan syaitan supaya kita cepat mengalah dan mudah
rasa jemu. Enta perlu banyak berdoa, mohon Allah memberikan
kekuatan jasmani dan rohani supaya boleh istiqamah. Setiap kali
sebelum tidur lakukanlah solat taubat kemudian bertaubat
kepada Allah setiap hari. Berdoa kepada Allah agar diberikan
hati yang tetap dalam beribadah, diterangkan hati, dikuatkan
ingatan dan mudah faham dengan pelajaran yang dipelajari” Ustaz
Saiful menambah lagi.
“Ana faham ustaz” kata Azman.
“Jadi sekarang bagaimana? Enta nak teruskan belajar atau
tidak?” Ustaz Saiful bertanya dengan tegas kepada Azman
“Baiklah ustaz, mulai hari ini ana berjanji akan belajar sungguh-
sungguh dan tidak akan ponteng lagi” Jawab Azman dengan
bersungguh-sungguh.
Sebulan selepas kenduri di rumah Dr. Ramlee, Azman mendapat
panggilan telefon dari kawan baiknya Rashidi.
“Man, kau boleh ikut aku tak ke Kuala Selangor hari Ahad akan
datang ni?” Rashidi bertanya Azman.
“Ada apa? Tanya Azman
“Pak Saudara aku sakit dah hampir dua bulan, boleh tak tolong
tengok-tengokkan sikit” terang Rashidi.
“Insya’Allah. Pergi dengan kereta kau ke? Azman bertanya lagi.
“Ya, dengan kereta aku. Aku ambil kau jam 10 pagi ok? Terang
Rashidi.
“Ok, insya’Allah” jawab Azman.
Pada pagi itu Rashidi datang ke rumah Azman. Azman mempelawa
Rashidi masuk kerumahnya terlebih dahulu untuk bersarapan.
Mereka bertolak ke Kuala Selangor dari Bangi jam 10:30 pagi.
Sampai di Kuala Selangor ketika matahari dah hampir tegak di
atas langit.
Ketika dalam perjalanan Rashidi menceritakan penyakit yang
dihidapi oleh bapa saudaranya. Bapa saudaranya seorang yang
mengusahakan sawah padi. Suatu hari dia menghidapi sakit kepala
dan doktor di klinik kerajaan memberikannya sejenis ubat untuk
melegakan sakit kepala tersebut. Selepas seminggu makan ubat
tersebut, sakit kepada hilang tetapi tak semena-mena dia jatuh
pengsan. Bapak saudaranya tidak mempunyai anak, jirannya telah
membawanya ke hospital.
Di hospital doktor mengesahkan bahawa kedua-dua buah
pinggangnya telah tidak berfungsi 100%. Menurut kata doktor
“Pain killer” yang dimakannya untuk mengatasi sakit kepala telah
menyebabkan buah pinggangnya rosak teruk.
Untuk sampai ke rumah Bapa Saudara Rashidi, mereka melalui
kawasan sawah padi. Ketika itu padi sedang berbunga.
Pemandangan sawah yang menguning kelihatan seluas mata
memandang.
Rumah Bapa Saudara Rashidi terletak di tengah kawasan
bendang. Agak panas ketika tengah hari. Sebelum sampai ke
rumah itu mereka singgah di surau untuk menunaikan solat Zuhur
terlebih dahulu.
Sampai di rumah itu, Rashidi memperkenalkan Azman kepada
bapa saudaranya dan mak saudaranya. Bapa saudaranya ketika
itu sedang duduk di atas kerusi malas sambil kakinya berlunjur
menghadap television.
Azman bertanya khabar. Kemudian mak saudara Rashidi mengajak
mereka makan tengah hari. Bapa saudara Rashidi mempersilakan
mereka makan.
Mereka berdua makan bersila di atas tikar mengkuang yang
dibentengi di ruang tamu rumah itu. Bapa saudara Rashidi duduk
di sebelah memperhatikan mereka makan.
Ketika mereka sedang makan bapa saudara Rashidi berkata
“Makanlah, itu sahajalah yang ada. Pakcik dah dekat dua bulan
tak keluar rumah untuk beli barang dapur”
Semua keperluan dapur mengharapkan bantuan dari jiran sebelah
rumah dan bapa saudara Rashidi yang sulung (Pak Long) yang
tinggal berhampiran untuk membelinya.
Selesai makan mereka berdua menolong mengemaskan pinggan
mangkuk dan di hantar ke dapur. Azman memerhatikan di dapur
rumah itu berselerak dengan daun mengkuang. Rupa-rupanya mak
saudara Rashidi menganyam tikar dan tudung saji dari daun
mengkuang untuk dijual sebagai pendapatan tambahan selain hasil
daripada padi.
Dalam keadaan berbisik Azman bertanya kepada Rashidi “Siapa
nama pak saudara kau?”
“Ishak. Orang kampung panggil Pak Sahak” kata Rashidi.
Selepas itu mereka duduk di sebelah Pak Sahak.
“Bagaimana keadaan pakcik sekarang? ” Tanya Azman
“Macam inilah, berpantang banyak sikit sekarang ini. Minggu
depan akan ke hospital lagi. Doktor kata mungkin buah pinggang
pakcik dah tak boleh berfungsi lagi nanti kena pakai mesin
hemodialisis” kata Pak Sahak.
“Tak tahulah nak buat macam mana kalau pakai mesin tu. Nasib
baik Pak Sahak pencen askar kalau tidak mungkin kena bayar
dekat 3000 sebulan” isteri Pak Sahak mencelah.
“Yang susahnya sekarang ni nak ke hospital, kenderaan pun tak
ada. Terpaksa mengharap Pak Long kau. Itu pun kalau dia ada
kelapangan” tambah isteri Pak Sahak lagi.
“Jangan putus asa Pak Ngah, Azman ini perawat dari Darussyifa’,
mungkin dia boleh ikhtiarkan sesuatu untuk penyakit ini” Azman
mencelah. Azman memanggil bapak saudaranya dengan panggilan
Pak Ngah.
“Saya hanya boleh ikhtiarkan sahaja, tetapi kita perlu banyak
bermunajat kepada Allah kerana Allah sahaja yang boleh
memberi kesembuhan” kata Azman.
“Kalau begitu cubalah ikhtiarkan sesuatu. Pakcik percaya kepada
kamu berdua” Pak Sahak berkata dengan sangat mengharap.
“Sesuatu penyakit yang Allah jadikan, diturunkan bersama
penawarnya sekali pakcik. Saya yakin penyakit yang pakcik
hidapi ini, ubat yang paling mujarab terdapat di kampung ini
juga” kata Azman.
“Betuk ke Man?” Rashidi mencelah.
“Makcik, boleh saya tahu di mana makcik dapatkan bekalan daun
mengkuang itu” Azman bertanya sambil menunjukkan jarinya ke
arah daun mengkuang di dapur.
“Oh! Dulu pakcik kau yang ambil, sekarang anak jiran sebelah
rumah tolong ambilkan” kata isteri Pak Sahak.
“Dia ambil di mana makcik?” Azman bertanya
“Dekat kawasan paya belakang sana” Isteri Pak Sahak berkata
sambil menunjukkan ke arah belakang rumahnya.
“Akar pokok mengkuang sangat mujarab untuk merawat penyakit
buah pinggang. Shidi mari kita pergi dapatkan akar itu” kata
Azman kepada Rashidi.
Isteri Pak Sahak memanggil anak jirannya untuk menunjukkan
arah ke tempat pokok mengkuang.
Mereka membawa parang kecil dan bekas plastik kemudian
menuju ke arah kawasan paya tersebut. Mereka berjalan kaki
merentas semak dan belukar. Hampir 15 minit baru sampai ke
tempat yang di tuju.
“Banyak sungguh pokok mengkuang di kawasan ini” Azman
berbisik di dalam hati.
Yang di ambil untuk dibuat ubat ialah akar-akar kecil yang
keluar dari pangkal batang pokok mengkuang yang hujungnya
terbenam di dalam tanah. Akar yang paling besar kelihatan
sebesar batang pensel.
Seperti biasa Azman tidak lupa pesanan Ustaz Haron Din iaitu
untuk memastikan bayang-bayangnya tidak terkena kepada pokok
mengkuang itu ketika mengambilnya. Dia memilih akar yang masih
muda sahaja. Kerana akar yang muda yang baik untuk di buat
ubat.
Azman memberi salam kepada nabi Ilyas kemudian membaca
surah al-Fatihah dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
kemudian memasang niat iaitu mengambil akar mengkuang itu
untuk mengubati penyakit buah pinggang.
Azman memilih akar yang terbaik dan dimasukkan ke dalam bekas
plastik yang di bawa bersama.
Di rumah Pak Sahak akar mengkuang dibasuh dengan air bersih
kemudian disagat dengan menggunakan penyagat plastik. Akar
yang telah disagat dimasukkan ke dalam sebuah kendi (jug) kaca.
Kendi kaca itu kemudiannya diisikan dengan air. Azman
membacakan doa berikut pada air dan akar mengkuang di dalam
1. Surah Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Surah al-Mukminuun:115~118
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami
menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak
akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja
Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) Arasy yang mulia. Dan
barang siapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah,
padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka
sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya Sesungguhnya
orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. Dan katakanlah:
"Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau
4. Surah Asy Syu'ara:130
"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan
yang demikian dengan kejam bengis?"
Setelah doa dibacakan, air dan akar mengkuang di dalam kendi
itu di biarkan selama setengah jam supaya akar mengkuang itu
mendak ke bawah.
Setengah jam berlalu, Azman mengasingkan air dibahagian atas
kendi ke bekas yang lain kemudian mengambil mendakkan akar
mengkuang lalu di sapu ke bahagian pinggang Pak Sahak. Sambil
menyapu dia membacakan ayat 130 [surah Asy Syu'ara: 130]
Air yang diasingkan dari mendakkan akar mengkuang tadi diberi
minum kepada Pak Sahak. Sebelum beredar, Azman berpesan kepada Pak Sahak
supaya membanyakkan doa’ ke hadrat Allah agar penyakit buah pinggang
yang di hidapi sembuh. Minum air dan sapu mendakkan akar
mengkuang itu selalu terutamanya sebelum tidur setiap hari.
Setelah semuanya selesai mereka berdua berangkat pulang.
Dalam perjalanan pulang mereka singgah sebentar di pekan Kuala
Selangor. Tiba-tiba seseorang menyapa Azman.
“Man kau dari mana? hampir setahun kita tak jumpa” Azizi kawan
baik Azman menyapa.
Mereka berdua berpelukan dengan sangat gembira. Bila Azizi
melihat Azman air matanya berlinang kerana terkenangkan dua
orang anaknya yang di patuk ular kapak.
Apakah yang telah berlaku kepada dua orang anak Azizi?……
ikutilah kisah selanjutnya akan datang....
(Berbalik dari hujung Siri-3)
Azizi sangat gembira bertemu Azman. Azman memperkenalkan
Rashidi kepada Azizi. Mereka kemudiannya singgah di warung
berhampiran untuk minum teh tarik.
Mereka berbual berbagai-bagai topik sehingga tidak sedar
akhirnya kedengaran Azan Maghrib. Mereka pergi bersama-sama
menunaikan solat maghrib di Masjid berhampiran.
Selesai solat maghrib, Azizi memperkenalkan bapa saudara dia
kepada Azman dan Rashidi.
“Pak Abu, ini kawan saya dari Bangi Azman dan Rashidi, Azman
ini lah yang merawat Aiman yang kena patuk ular dulu tu” kata
Azman kepada Pak Abu.
Pak Abu menetap di kariah masjid berkenaan. Azizi
memanggilnya Pak Abu. Pak Abu adalah seorang nelayan, kini
jarang lagi pergi ke laut sejak diserang penyakit batu karang
yang serius.
“Oh! Anak buah Ustaz Haron Din, boleh tak rawat batu karang”
tanya Pak Abu sambil memandang Azman.
“Insya’Allah! Pak Abu” jawab Azman.
“Pak Abu ni, ada batu karang, dah lama dah, macam-macam dah
cuba tetapi tak sembuh lagi” kata Pak Abu kepada Azman dengan
penuh harapan.
“Kalau tak keberatan berilah petua kepada Pak Abu, macam mana
nak rawat sakit ini” tambah Pak Abu.
“Insya’Allah Pak Abu, nanti bila saya ada masa lapang saya akan
ke rumah Pak Abu, saya akan hubungi Azizi dahulu” kata Azman.
Bersambung…………
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan..
Suatu Kisah (Siri-4): Bisa Ular Kapak
Oleh: Abu Aleef
Pak Dol berpakaian baju Melayu serba lengkap dengan
bersamping kain songket menyambut tetamu dengan penuh rasa
gembira. Dia mempersilakan tetamu menjamu selera di bawah
Kanopi yang dipasang berderet di halaman rumahnya.
Hari itu hari yang penuh gembira bagi Pak Dol seisi keluarga
kerana anak perempuan bongsunya Aisyah melangsungkan
perkahwinan. Azizi adalah abang sulung kepada Aisyah, jarak
umur mereka berdua hampir dua puluh tahun.
Azizi telah menjemput Azman sekeluarga ke majlis perkahwinan
adiknya itu. Azman sampai kira-kira jam 2:30 petang bersama-
sama ahli keluarganya. Kedatangannya disambut mesra oleh Pak
Dol (Bapa Azizi) dengan penuh gembira.
Suasana pada hari itu sungguh meriah, lebih-lebih lagi
dipasangkan nasyid yang mendayu-dayu dari kumpulan Rabbani.
Kadang-kadang terusik juga hati Azman bila mendengar lirik
nasyid tersebut iaitu;
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga Suasana yang meriah itu tiba-tiba dikejutkan dengan satu jeritan
“Tolong! Tolong! Aiman kena patuk ular” kedengaran suara
beberapa orang kanak-kanak berlari-lari ke arah Azizi.
Seorang dari kanak-kanak itu berkata kepada Azizi “Pak Long,
Aiman kena patuk ular, tolong cepat Pak Long”. Aiman ialah anak
keempat Azizi, sekarang baru belajar di darjah satu.
Azizi memanggil Azman dan mereka terus meluru ke arah belukar
tempat ramai kanak-kanak berkumpul. Di situ kelihatan Aiman
sedang mengerang kesakitan sambil memegang tempat di patuk
ular iaitu dibetisnya. Azizi terus mengangkat dan memangku
Aiman, dengan cepat dia membawa Aiman masuk ke dalam rumah.
Azman berikhtiar untuk merawat Aiman. Dia meminta sebotol air
kemudian dibacakan doa berikut;
a.Surah Al-Fatihah
b.Bismillah Enam/Tujuh
"Terjemahan Doa Bismillah Enam/Tujuh:-
1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat,
yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui
setiap sesuatu.
3.Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui,
yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai
lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan
Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan
Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang
tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi
maha mulia.
7.Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani,
yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun
lagi maha mengasihani.
Allah adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia maha mengasihani
dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah Allah ke atas
penghulu kami nabi Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan
sahabatnya dan telah selamatlah. "
Setelah doa ini dibaca, Azman meniup pada air dan pada tempat
di patuk ular. Dia memberi minum air tersebut kepada Aiman.
Dia meminta Aiman minum seberapa banyak yang mungkin air
tersebut. Kemudian Azman menyapu air tersebut di tempat
dipatuk ular tersebut. Sebagai ikhtiar tambahan Azman meminta
sehelai tuala kecil berwarna putih. Tuala tersebut dibasahkan
dengan air yang telah didoakan tadi kemudian dibalut di tempat
bekas patuk ular tersebut.
Tidak lama kemudian datang Pak Amin, dia cadangkan supaya
Aiman di bawa ke hospital. Bagaimanapun Azman dengan penuh
yakin mencadangkan supaya bersabar dahulu. Insya’Allah Aiman
akan sembuh dengan cepat.
Aiman dibaringkan di atas katil dan ditemani ibunya. Pak Dol,
Azizi dan yang lain meneruskan melayan tetamu yang datang.
Setengah jam berlalu Aiman bangun dari katil. Ibunya melarang,
Aiman kata dia dah tak sakit lagi. Dia terus turun dari rumah
untuk sambung bermain dengan kawan-kawannya.
Azizi datang kepada Aiman dan memarahinya dan suruh dia
berehat di dalam rumah. Aiman buat tidak peduli.
Pak Amin bertanya kepada Azizi “Siapa yang merawat Aiman
tadi”. Jawab Azizi “Oh! itu kawan saya Azman, dia anak murid
Ustaz Haron Din”.
“Oh! Patutlah, berkesan sungguh” kata Pak Amin. Pak Amin ialah
bapak saudara kepada Azizi.
Suasana kembali ceria dan bila hampir jam 4:00 petang keadaan
semakin lengang kerana tiada lagi tetamu yang datang.
Azman pun minta diri untuk pulang. Sebelum pulang Pak Dol
memberikan sebungkus nasi, lauk pauk dan kuih muih untuk
Azman sekeluarga bawa pulang.
Dalam perjalanan pulang Azman memasang nasyid di dalam
keretanya. Sedang asyik mendengar nasyid tersebut, tiba-tiba
bunyi selawat berkumandang dari telefon bimbitnya. Azman
menjawab panggilan tersebut. Azman memberi salam kemudian
salamnya dijawab.
“Man, datang balik ke rumah aku, anak aku kena patuk ular lagi.
Kali ini Aina. Cepat sikit Man” Azizi berkata dengan cemas.
Tanpa buang masa Azman terus patah balik.
Di hadapan rumah Pak Dol ramai orang berkumpul. Mereka
bercakap sesama sendiri. Mereka kata Ular Kapak yang mematuk
Aiman muncul semula lalu Aina cuba memukulnya dengan kayu,
malangnya ular tersebut sempat mematuk lengannya. Aina ialah
anak kedua Azizi yang sedang bersekolah di tingkatan satu. Ular
Kapak tersebut akhirnya berjaya dibunuh oleh orang kampung.
Azman terus berikhtiar untuk merawat Aina sebagaimana dia
merawat Aiman. Disebabkan masa yang agak lama Azman tiba,
tangan Aina telah bengkak dan biru. Azman memaksa Aina supaya
minum air yang didoakan sebanyak mungkin. Keadaan Aina agak
kritikal berbanding Aiman. Azman meminta Azizi memandikan
Aina dengan air yang telah didoakan.
Waktu maghrib telah masuk, Azman dan sebahagian mereka yang
hadir mendirikan Solat Maghrib berjamaah di rumah Pak Dol.
Azman mengimami solat maghrib tersebut. Selepas solat maghrib
mereka menunaikan solat hajat dan bermohon semoga Allah s.w.t.
memberikan kesembuhan kepada Aina dan Aiman.
Selepas Solat Hajat orang kampung pulang ke rumah masing-
masing, yang masih tinggal ialah saudara mara Pak Dol yang
membantu mengemaskan saki baki yang tertinggal di sekitar
tempat kenduri.
Azman berpesan kepada Azizi dan Pak Dol supaya menjaga
beberapa pantang iaitu;
1.Jangan dibawa ke hospital setelah diberi minum air yg telah
didoakan ini. Kerana air tersebut dengan izin Allah telah menjadi
penawar kepada racun bisa ular tersebut, jika di bawa ke
hospital, akan diberikan suntikan bisa ular yg akan
menyebabkan orang yg telah sembuh akan kembali sakit dan
boleh membawa maut.
2.Selama 40 hari elakkan daripada memakan pisang emas (pisang
lain tak mengapa) dan juga pulut (atau apa sahaja yg dibuat
daripada pulut). Kalau makan juga, ia boleh menyebabkan tempat
patukkan menjadi bengkak walaupun bisa telah tiada.
Bila menjelang waktu Isyak, kelihatan Aina telah beransur pulih.
Dia boleh duduk dan bercakap-cakap dengan orang di sekelilingnya.
Sebelum Azman sekeluarga pulang, Pak Dol menghidangkan
jamuan makan malam. Saudara mara Pak Dol turut menikmati
jamuan makan malam tersebut.
Sebelum meninggalkan rumah Pak Dol, suasana kelihatan kembali
ceria. Saudara mara Pak Dol serta kedua mempelai turut
menghantar Azman sekeluarga ke kereta tanda penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga.
Dua hari selepas itu diwaktu subuh, Azman menerima panggilan
telefon daripada Azizi. Berita yang diterimanya adalah berita
yang memilukan. Aina telah kembali ke rahmatullah. Pada hari
pengebumian Aina, Azman hadir sekeluarga. Isteri Azman turut
membantu memandi dan mengkafankan janazah. Azman pulang
sehingga selesai janazah di kebumikan.
Disebabkan suasana yang agak menyedihkan pada hari
pengebumian, Azman tidak sampai hati untuk bertanya kepada
Azizi apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Aina.
Sebulan selepas itu Azizi datang ke Bandar Baru Bangi kerana
ada urusan keluarga. Selepas urusannya selesai dia sempat
berkunjung ke rumah Azman. Ketika itulah Azman berkesempatan
bertanya apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada Aina.
Azizi menceritakan, Mak Saudara dia yang dia panggil Mak Uteh
telah berkunjung sehari selepas hari kenduri. Pada hari kenduri
dia tidak dapat hadir kerana ada tugas kecemasan. Dia
merupakan seorang jururawat yang berpengalaman. Apabila
mengetahui Aina telah di patuk ular, dia memaksa Azizi supaya
Aina dan Aiman dibawa ke hospital. Kata dia, bisa ular kapak
sangat berbahaya. Ianya boleh merebak jika tidak di rawat di
hospital.
Mak Uteh memaksa Pak Dol supaya membawa cucunya ke hospital
sambil menakut-nakutkan Pak Dol. Azizi cuba menghalangnya
kerana yakin dengan pesanan Azman supaya jangan di bawa ke
hospital, lagi pun Aina dan Aiman sudah menampakkan tanda-tanda
sembuh.
Akhirnya mereka semua mengalah dan menurut kehendak Mak
Uteh. Kebetulan ketika itu Aiman tiada di rumah kerana bermain
dengan kawan-kawannya, maka dia tidak ikut serta.
Mereka semua pergi ke Hospital dengan Toyota Unser yang
dipandu oleh suami Mak Uteh. Ketika di bawa ke hospital, Aina
boleh berjalan sendiri dengan tidak dipimpin. Di hospital Mak
Uteh memberikan arahan kepada jururawat yang bertugas
sementara yang lain menunggu di ruang menunggu.
Azizi menitiskan air mata kerana sangat sedih untuk meneruskan
ceritanya. Malam itu Aina dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU) selepas beberapa jam disuntik dengan “Antivenin” sejenis
penawar bisa ular. Aina telah tidak sedarkan diri. Berbagai cara
diusahakan akhirnya menjelang subuh dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Peristiwa yang berlaku itu menyebabkan Mak Uteh berasa kesal
dan setahun selepas itu dia memilih untuk bersara awal.
Sekian. Wallahu 'Alam.
Kisah dan jalan cerita ini tidak ada kaitan dgn org yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Bagimanapun maklumat tentang Rawatan Darussyifa dan pesanan Ustaz Haron Din dalan kisah ini adalah benar dan boleh di jadikan panduan dan pengetahuan.
. .
No comments:
Post a Comment