QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

05 January, 2011

Perkara/Usul 20 ~ Usul Dua Puluh As-Syahid Hasan Al-Bana

USUL DUA PULUH

Usul Dua Puluh ~ As-Syahid Hasan Al-Bana

MUQADDIMAH.

Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap di antara tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan hubungannya sesama manusia. Jadi kita kumpulkan beberapa huraian ringkas oleh As-Syahid Hasan Al-Banna yang dapat difahami seperti mana yang diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.

Dalam Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap orang Muslim yang mengikuti syarahan ini akan memahami Islam sebagaimana ianya patut difahami tanpa menokok tambah ataupun mengurangkan sedikit pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya s.a.w.

Demikian juga dalam Usul Isyrin ini Hassan Al-Banna, Al-Mursyid Rahimahullah, menerangkan bahawa di dalam Islam ini terdapat hal-hal yang dibenarkan berbeza pendapat di samping perkara-perkara yang tidak boleh berbeza pendapat tadi. Semoga dengan ini setiap orang Muslim itu mengetahui di mana tempat-tempat yang ia boleh berbeza dan tidak merasa ganjil bila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti itu.

Al-Mursyidul Am dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan Rasul-rasulnya (a.s.).

Kita berpesan kepada ahli-ahli Ikhwan agar membaca dan mengulang- ngulang buku ini sehingga ia bersebati dengan mereka. Kemudian apa-apa yang telah diketahui dan difahami daripada ajaran-ajaran Islam tersebut hendaklah diamalkan. Amalan itu pula hendaklah amalan yang membentuk jiwa dan membina peribadi dalam suasana Islam; kerana beramal dalam pembentukan peribadi adalah cara yang dapat membentuk jiwa.

 Inilah jalan yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah yang mulia di mana mereka beramal dengan apa yang diketahui. Semoga Allah swt. memberikan hidayahNya, meredhai dan memberikan pertolonganNya kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin sehingga mereka teguh berkhidmat untuk agamaNya, dan semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Al-Mursyid dengan petunjuk dan kebaikan dan cintakan pengorbanan dan jihad.

USUL DUAPULUH
(USUL ISYRIN) DAN KETERANGANNYA
ASAS PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

1.1 Keterangan:

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman
Allah:

“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)

“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38)

dan firman Allah:

“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89)

Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tiada berubah inilah Al- Mursyid Hasan Al-
Banna Rahimahullah telah berbicara dalam asas yang pertama ini untuk menjelaskan sebahagian
dari perkara-perkara yang terkandung dalam Islam.

 Penjelasan yang dibuat oleh Al-Mursyid ini diperkuatkan lagi oleh Al-Quran, yang mana di
dalam Al-Quran kita dapati ayat-ayat yang bersangkutan dengan hukum, ayat-ayat yang
bersangkutan dengan sembahyang, ayat-ayat yang bersangkutan dengan mu’amalat, kehakiman dan
seterusnya.

1.2 Islam adalah NEGARA:

Islam adalah Negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud
bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam
bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga
menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan
jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong
oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal: dalam istilah
fiqah sebagai imam atau khalifah.

Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu.

Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan
hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan
dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang-undang.

Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiah. Oleh itu
daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan Qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim.

Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syarat- syarat tertentu. Syarat
-syarat ini tersimpul dalam dua sifat:
Kemampuan dan Amanah. 

Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat
dan membimbing manusia untuk melakukannya. Kedudukan dan peranan individu dalam negara
Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah
bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab
terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya.

Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi
petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap
individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu.

(m/s 4)




. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

02 January, 2011

Ayat 7 [tujuh]


MAKNA AYAT TUJUH

[Surah At-Taubat : 51]
Katakanlah (wahai Muhamad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
~*~

[Surah Yunus: 107]
Dan jika Allah mengenakan pd Engkau dgn sesuatu yg  merbahaya,
mk tiada sesiapa pun yg akan dpt menghapuskan melainkan dia; dan jk ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, mk tiada sesiapa pun yg akan dpt menghalangi limpah kurniaNYA. Allah melimpah kurnianya itu kpd sesiapa yg dikehendaki dari hamba-hambanya, dan dialah Yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
~*~

[Surah Hud: 6]
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
~*~

[Surah Hud: 56]
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
~*~

[Surah Al-Kanbut: 60]
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
~*~

[Surah Fatir: 2]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
~*~

[Surah Az-Zumar: 38]
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.
~*~
Ayat 7

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

01 January, 2011

AJK Taman Koperasi Bena, Ijok [2010-2012]


Carta Organisasi Taman Koperasi Bena 2010-2012

SENARAI JAWATANKUASA PENDUDUK
TAMAN KOPERASI BENA


PENASIHAT
TUAN HAJI ISNU BIN HAJI SURURI [012-6955 083]
PENGERUSI
EN MAZLAN BIN IMAM [013-338 5456]
NAIB PENGERUSI
EN MOHD SHARIF BIN HARUN [019-286 1376]
SETIAUSAHA
EN KASMIZAN BIN KASMUDIN [019-3688 590] e-mail [kmzn_tkb@yahoo.com]
NAIB SETIAUSAHA
EN ISMAYUDDIN BIN SAHIT [019-3764 052]
BENDAHARI
EN SHAHRIL BIN ILIAS [019-3262 452]

AJK

EN AZMAN BIN MULUT [013-217 0810, 013-217 0811]
EN RODZAIDI BIN KAMARUDDIN [016-2816 529]
PN HJH SHAMSATUL AKMAR BT JAAFAR
PN PAZLIYANA BINTI KAMARUDDIN [017-3773 627]
PN ZAINON BT JUMRI
PN ZAHARAH BT RAMLI [012-367 3434]

WAKIL JALAN
1 : EN HARGA BIN ABDUL SAMAD [019-240 3037]
2 : EN MOHAMAD AZLI BIN LAHURI [017-298 7534]
3 : EN MOHD BAHARIN BIN HJ RAHMAT [013-607 8989]
5 : EN SHAHIDI BIN YAHAYA [017-6308 212]
7 : EN HAZLAN BIN MOHD NOOR [017-254 0074]; &
EN MOHD BIN ZAINAL ABIDIN [016-2290 481]

BIRO RIADAH : EN MOHD YUSOF BIN YUSAK [019-3769 364]
BIRO AGAMA : TN HJ YUSOF BIN SAIAN [03-3279 2075]
BIRO KESELAMATAN : EN BIBIT BIN HAJI MARZUKI [013-2388 402]
BIRO KEBAJIKAN :  TN HJ AZMAN BIN LOKMAN
BIRO HELWANI :  PN ZAHARAH BT RAMLI [012-367 3434] dan
PN PAZLIYANA BINTI KAMARUDDIN [017-3773 627]


01, Jan.2011




 Carta Organisasi Taman Koperasi Bena 2008-2010


Sunday, October 26, 2008
AJK TKB 2008/2010

SENARAI JAWATANKUASA PENDUDUK
TAMAN KOPERASI BENA


PENASIHAT
TUAN HAJI ISNU BIN HAJI SURURI
PENGERUSI
EN ZALKAFLI BIN HANIN HAMJAH
NAIB PENGERUSI
EN MOHD SHARIF BIN HARUN
SETIAUSAHA
EN KASMIZAN BIN KASMUDIN
NAIB SETIAUSAHA
EN MAZLAN BIN IMAM
BENDAHARI
EN SHAHRIL BIN ILIAS

AJK
EN SHAHIDI BIN YAHAYA
EN BIBIT BIN HAJI MARZUKI
EN MOHD YUSOF BIN YUSAK
EN ISMAYUDDIN BIN SAHIT
EN SHARIZAN BIN HANIN HAMJAH
PN PAZLIYANA BINTI KAMARUDDIN

WAKIL JALAN
1 : EN HARGA BIN ABDUL SAMAD
2 : EN AHMAD ZAIDI BIN OTHMAN
3 : EN MOHD BAHARIN BIN HJ RAHMAT
5 : EN RODZAIDI BIN KAMARUDDIN
7 : EN AYOB BIN AZIZ
EN MOHD NAZRI BIN MISKAM

BIRO RIADAH : EN MOHMAD AZLI BIN LAHURI
BIRO AGAMA : TN HJ YUSOF BIN SAIAN
BIRO KESELAMATAN : TN HJ AZMAN BIN NOKMAN
BIRO KEBAJIKAN : EN SUHAIMY BIN SUNAR @MD DENAN
BIRO HELWANI : PN ZAINON BINTI JUMRI dan
PN SITI ARYATI BINTI MOHAJIN



*******************



 Carta Organisasi Taman Koperasi Bena 2006-2008


Penasihat :   Tn Hj Isnu bin Sururi
Pengerusi :   En Bibit bin Marzukhi
Naib Pengerusi :   Tn Hj Azman bin Nokman
Setiausaha :           En Halim bin Omar
Pen. Setiausaha : En Mazlan bin Imam
Bendahari :   En Shahril Ilias

Ahli Jawatankuasa:
1. En Azman bin Mulut
2. En Ismahyudin bin Sahit
3. En Mohd Hanafiah
4. En Azli bin Lahuri
5. En Shahrizan bin Hanin Hamjah
6. Pn Norlida

Jawatankuasa Khas

Biro Sukan dan Riadah
En Kasmizan bin Kasmudin

Biro Kebajikan
En Sharif bin Haron

Biro Keselamatan
En Zulkifli Ahmad
En Azman bin Md Zam

Biro Helwani
Pn Pazliayana binti Kamaruddin

Wakil Jalan

Jalan Koop 1
En Harga

Jalan Koop 2
En Ahmad Zaidi

Jalan Koop 3
En Mohd Baharin


Jalan Koop 5
En Zalkapli bin Hanin Hamjah


Jalan Koop 7
En Sallehudin

~*~*~*~*~*~*~*

Program ~ 2007.

Januari
Majlis Serahan CF


Febuari
Mesyuarat Taman


Mei
Mesyuarat Taman


Ogos
Gotong Royong


September
Sukaneka Kemerdekaan


Oktober
Bacaan Yassin
More
Solat Terawih
Jamuan Hari Raya
~*~*~*

Pada bulan Ogos ini akan diadakan majlis

gotong royong bersama ADUN Ijok, K R Partiban.

Majlis gotong royong ini diadakan dengan

kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor.

Diharap semua penduduk taman dapat hadir dan

bersama-sama menjaga kebersihan taman ini.

Disamping itu juga,sempena sambutan

kemerdekaan ke 50, Taman Koperasi Bena akan

mengadakan Sukaneka pada 1 September 2007.

Semua penduduk taman dipersilakan hadir dan

menyertai sukaneka tersebut.








. . Taman KoperasiBENA, IJOK

31 December, 2010

AKTIVITI & PROGRAM TKB SESI 2010



PAKATAN REWANG


Berat sama diPikul, Ringan sama diJinjing;
Yg Jauh Kita Rapat2kan, Yg dekat Kita Himpunkan;
Yg berHimpun Kita Mesra2kan, Udah Mesra kita Erat2kan;
Udah Erat, Kita Muafakat, Kerja Berat Pun menjadi Mudah;
Ibarat ~ Kuat Air Dek Pembentungan, Kuat Kita Dek Muafakatan;
Ado Beras, semua Deras[laju/Cepat], Ado DuiT, semua menguiT[Gerak/Jadi]




~*~*~*~

~**~ RAYA QURBAN, MASJID IJOK BT.8; RABU [SHJ] ~ 17hb.NOV.2010 [WakTu berKumpuL Jam 7.30am]
UTK SEMBELIHAN QURBAN; 9.30AM SILA DTG UTK MELAPAH DAGING QURBAN, TKASIH ~**~


~*~*~*~ REWANG KHATAN KG IJOK BT.8, RUMAH

SDRA JAMAL;  SABTU[7.45 am] ~ 20hb.NOV.2010


~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

Tn.Hj.AWALUDDIN;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 27-28hb.Nov.2010


~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

WAK KAMARUDDIN;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 04-05hb.Dis.2010


~*~*~*~ REWANG KHATAN, KG IJOK BT.8, RUMAH

SDRA SUPIAN;  SABTU [7.45am] ~ 11hb.Dis.2010



~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

WAK NIAH [Jln Pasar Ani;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 12hb.Dis.2010

~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

Chik SITI;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 18-19hb.Dis.2010


~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

Wak Kadir;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 25-26hb.Dis.2010


~*~*~*~ REWANG KAWIN KG IJOK BT.8, RUMAH

WAK MUNIR;  SABTU [7.45am] & AHAD ~ 22-23Hb.JAN.2011





~*~*~*~ Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t.

itu mengasihi seseorang HAMBA, Ia akan

mgUjinya. Dan apabila Ia mgUjinya, sama ada

dgn menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah

akan memberikan keSABARan.

Dalam menghadapi cubaan seperti ini, keSABARAAN

adalah paling utama. Sesungguhnya Org yg

berSABAR akan diberikan PAHALA mereka tanpa

hisab
(az-Zumar: 10).



~*~*~*~ Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam

Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a.

bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman:
KESOMBONGAN itu adalah PAKAIANKU, dan

KEBESARAN itu adalah SELENDANGKU.

Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu

drpd keduanya, nescaya Aku lemparkan dia

ke dalam NERAKA



~*~*~*~ Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu

Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah

bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW

bersabda."Tidak AKAN MASUK SYURGA

sesiapa yg di dalam HATInya terdapat

sebesar ZARAH drpd KESOMBONGAN"


~*~*~*~ Sayyidatina Aishah berkata,

bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yg

bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seOrang

MUKMIN satu keCELAKAAN, biarpun

DURI,atau pun lebih drpd itu,

melainkan Allah akan mengGUGURkan

dgnnya satu DOSA.

(Hadis Al-Bukhari & MusliM)




~*~*~*~ "Kamu adalah UMAT yg terBAIK yg

dilahirkan utk manusia,menyuruh kpd yg MA'RUF

dan menCEGAH dari yg Mungkar, dan Beriman kpd Allah."

(surah Ali Imran~110)~



~*~*~*~ "Sesungguhnya Solatku &

ibadahku & Hidupku & Matiku hanya pd Allah

Tuhan Pentadbir&Pmilik Alam Semester"



.
.
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

13 December, 2010

Solat Jenazah/Mayyit/Mayat

~*~*~*~SoLat Jenazah


~*~*~*~SoLat Jenazah Wanita

~*~*~*~

Cara Sembahyang/Solat Jenazah

Sembahyang/SoLat Jenazah merupakan fardhu kifayah, ianya dilakukan dalam 4 takbir

1. Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah


2. Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah, iaitu:


Cara Sembahyang Jenazah 1



3. Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa, iaitu:


Cara Sembahyang Jenazah 2


Jika jenazah Kanak-Kanak dibaca doa ini:

Cara Sembahyang Jenazah 3



4. Selepas Takbir Keempat dibaca doa ini:


Cara Sembahyang Jenazah 4


Selepas memberi salam dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.


Petikkan dari Blog ~ http://al-azkar.blogspot.com/2008/05/cara-sembahyang-jenazah.html


     Biasanya ramai yg dtg melawat dan berziarah jenazah. Malah ramai yg duduk dibawah pokok, halaman, ttpi tidak ramai yg berSolat jenazah [hadiah doa utk kali terakhir].

Sedangkan Solat jenazah adalah satu doa, jika tidak ada Wuduk pun tak apa2 boleh ikut Imam Solat Jenazah
[Kecuali hadas besar sbb Takbir pertama bc Fatihah/Ummul Quran dan Takbir kedua Solawat]

    Jika tak tau bc niat dlm bahasa Arab, niat shj "Aku Solat Jenazah ikut Imam" kerana Allah Taala.
  AlHamdulillah, Bukan ke senang sahaja tu (^^)
Lepas ini diharap sesiapa shj boleh terus ikut Solat Jenazah, walau pun tiada wuduk atau masalah "Niat" sekali pun..! [Afdhal ~ jika berWuduk ttpi bukan Rukun..!]

Wallah Hu 'ALam.

.
.
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

02 December, 2010

Kematian/Maut Menjemput kita dimana Sahaja ~ Cukuplah "MAUT" Pelajaran terbaik utk mereka yg mau berfikir

2 maut pacuan 4 roda rempuh lori

02/12/2010 1:48pm

KUANTAN - Dua maut manakala seorang cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki, merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM 92.7 Lebuhraya Pantai Timur berdekatan Temerloh, semalam[01-12-2010 -Rabu].

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mereka yang maut ialah pemandu kenderaan tersebut, Abas Mohd. Jusof @Yusof, 65, dan penumpang hadapan, Mohd. Helvin Mohd. Hanapiah, 25. Kesemua mereka berasal dari Ijok, Bt.8, Bestari Jaya, Selangor.

Seorang lagi lelaki yang identitinya belum dikenal pasti mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.50 petang itu, kenderaan pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda ini merempuh belakang sebuah lori yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan," katanya.

Akibat kejadian itu, Mohd. Helvin maut di tempat kejadian manakala Abas meninggal dunia di hospital. - Bernama

Semoga Allah cucuri Rahmat dan Pengampunan ke atas Roh mereka ..Amin! AlFatihah.




~*~*~*~Andai Ku TaHu~*~*~*


~*~Taubat_Maksiat
~*~

~~~Pergi Tak KembaLi
~~~
~*~*~*RamLi Sarip - AndaiKu Tahu



    Biasanya ramai yg dtg melawat dan berziarah jenazah. Malah ramai yg duduk dibawah pokok, halaman, ttpi tidak ramai yg berSolat jenazah [hadiah doa utk kali terakhir]. Sedangkan Solat jenazah adalah satu doa, jk tidak adaWuduk pun boleh ikut Imam Solat Jenazah.
[Kecuali hadas besar sbb Takbir pertama bc Fatihah/Umul Quran dan Takbir kedua Solawat]

    Jika tak tau baca niat dlm bahasa Arab, niat shj "Aku Solat Jenazah ikut Imam" kerana Allah Taala. Mengapa..., senang shj kann...???
Lepas ini diharap sesiapa shj boleh terus ikut Solat Jenazah, walau pun tiada wuduk atau masalah "Niat" sekali pun..!
[Afdhal ~ jk berWuduk ttpi bukan Rukun..!]

RUJUK SOLAT JENAZAH DISINI~ http://tamankoperasibenabt8ijok.blogspot.com/2010/12/solat-jenazahmayyitmayat.html





.
.
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~