QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

27 July, 2011

Kanser Prostat

Dilema lelaki 50-an

ADAKAH anda berusia 50 tahun ke atas dan setiap malam bangun lebih daripada sekali untuk buang air? Anda tidak lena tidur dan berasa letih ketika bangun bagaikan tidak tidur sepanjang malam?

Inilah beberapa daripada simptom BPH atau Benign Prostatic Hyperplasia (BPH).
Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan pundi kencing terasa masih penuh walaupun baru keluar dari tandas.

Ini disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat yang lazim berlaku di kalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, kata Datuk Dr. Rohan Malek, Ketua Khidmat Urologi, Hospital Selayang semasa taklimat mengenai saringan percuma bagi orang ramai mengenai BPH dan kempen kanser prostat, baru-baru ini.

BPH merupakan penyakit paling lazim di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Tiga peratus daripada penghidapnya mati kerana penyakit ini.

"BPH bukan kanser. Bagaimanapun, komplikasi lain boleh muncul memandangkan ia ialah penyakit yang menular.

"Jika ia tidak dirawat, terdapat risiko terpaksa menjalani pembedahan berkaitan dengan BPH ataupun kerosakan buah pinggang," kata Dr. Rohan.
Beliau mengakui bahawa BPH masih kurang didiagnosis dan orang ramai masih kurang mendapatkan rawatan mengenainya.

Kempen saringan percuma yang diadakan untuk orang ramai mampu mewujudkan kesedaran di kalangan kuam lelaki di negara ini untuk mengesan dan merawat BPH di peringkat awal.
Kajian epidemiologi oleh Persatuan Urologi Malaysia juag merupakan usaha mengatasi kekurangan maklumat mengenai penyakit prostat dalam pelbagai kumpulan umur dan etnik di Malaysia.

"Populasi yang disasarkan bukan sahaja membabitkan penduduk Lembah Klang tetapi juga mereka di selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan.
"Data aliran simptom saluran kencing bawah (LUTS) dalam kalangan lelaki di Malaysia adalah terhad.
"Kami mahu mereka memahami dengan lebih baik risiko penyakit ini," kata Datuk Dr Selvalingam Sothlingam, Pakar Urologi di Kementerian Pertahanan dalam taklimat sama yang berlangsung di Akademi Perubatan Malaysia, baru-baru ini.

Simptom
Prostat merupakan sebuah kelenjar yang kecil, lebih kurang saiz sebuah walnut dan ia membesar dengan signifikan sehingga usia baligh dan selepas itu terhenti setakat usia 40 tahun. Selepas itu ia mula membesar semula pada kebanyakan lelaki dan pada sesetengah orang ia terus membesar mengikut usia.

Lebih kurang separuh daripada kaum lelaki akan menghidap satu daripada tiga penyakit prostat atau mungkin lebih daripada satu.

Penyakit-penyakit lain LUTS termasuk barah pundi kencing, batu karang pundi kencing, kanser prostat atau sekatan ureter yang boleh menghasilkan simptom lebih kurang sama seperti yang berlaku dalam BPH - aliran kencing yang tidak lancar, susah untuk buang air dan lazimnya kesukaran dalam memulakan proses buang air.

Prosedur pembedahan paling lazim bagi rawatan BPH ialah TURP atau pun transurethral resection of the prostate untuk mengeluarkan tisu prostatik bagi membentuk saluran yang lebih besar yang melancarkan proses buang air.

Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar yang sangat besar atau prostatektomi boleh menyebabkan pengurangan segera dalam simptom tetapi kemungkinan pertumbuhan semula prostat yang menyebabkan sekatan ini dijangka berulang dalam lebih kurang lima peratus daripada pesakit-pesakit ini.

"Kami melakukan dua hingga tiga pembedahan seminggu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kami cuba elakkan pembedahan pada pesakit yang lanjut usia kerana khuatir akan komplikasi yang mungkin terjadi. Pembedahan buat masa ini dijalankan menggunakan robot di seluruh dunia termasuk di Kuala Lumpur dan Kuching," kata Prof. Azad Hassan Abdul Razack, seorang pakar bedah di PPUM.
Di Hospital Selayang, lebih kurang empat pembedahan prostat dilakukan setiap minggu.
Saringan
Proses saringan membabitkan mikroskopi kencing, meter aliran kencing dan ukuran sisa yang tinggal selepas buang air, dan ukuran isi padu prostat transrectal yang dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada mereka yang ingin tahu kedudukan kesihatan kelenjar prostat masing-masing.

Saringan ini telah dilaksanakan oleh pasukan urologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, PPUM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.

Pada minggu pertama Julai, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, mereka yang berminat telah menjalani saringan di Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dan PPUKM, manakala di Hospital Serdang dan UMMC ujian saringan telah dijalankan pada 9 dan 10 Julai sementara 16 dan 17 Julai pula menyaksikan HKL dan Hospital Sungai Buloh menjalankan saringan bagi kesihatan kalenjar prostat.

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang hanya terbuka bagi veteran angkatan tentera juga telah melakukan saringan pada 16 dan 17 Julai, 2011 lalu.
Kanser prostat sebenarnya penyakit yang boleh dirawat tetapi menguruskan penyakit ini bukan tugas yang mudah.

Pengesanan awal kanser prostat mungkin kunci utama dalam merawat penyakit ini dan kesedaran serta simptom yang berkaitan dengan prostat, faktor risiko kanser prostat serta perkakas yang terdapat bagi saringan adalah penting. - BERNAMA

Petikkan ~ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Penawarnya insyaAllah di sini..[bersambung..]
. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

PETUA SILAT ~ SABIL SERI INDERA SAKTI

SILAT SABIL SERI INDERA SAKTI



Silat Sabil Sri Indera Sakti is a silat style founded by Tok Guru Nurul Zaman A. Adam of Kuala Kangsar, Perak. Having previously studied other silat styles, guru Nurul Zaman feltin complete. He performed Solat Hajad (prayer for specific needs) and implored that Allah give him a superior silat style. This was inspired to him in the form of encapsulated "PETUA" which can beapplied in all forms of combat and styles.
BELAJAR PETUA TOK GURU




"SENI SILAT UNTUK HIBURAN" ~ KALAU ANDA TAHU RAHSIA SILAT, TIDAK PERLU BELAJAR SILAT BERBULAN ATAU BERTAHUN. ORANG BERGADUH TIDAK LAMA.

PETUA TOK GURU ITULAH RAHSIA PERTEMPURAN - BAHAGIAN INI PENTING ANDA BELAJAR.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIAJAR :

(INI RAHSIA TOK GURU.)


Langkah berlawan bagaimana?
Petua senjata, bagaimana dalam rahsia tok guru?
Apa erti senjata aras muka?
Apa erti senjata aras perut?
Apa erti senjata hujungnya ke kanan atau ke kiri?
Kalau sama-sama tikam, di mana hendak ditikam?
Mengkaji kedudukan tangan tentu ada ertinya?
Bagaimana rahsia pemati tangan dalam rahsia tok guru?
Bagaimana rahsia pemati kaki dalam rahsia tok guru?
Bagaimana rahsia menanti cara tok guru?
Masa menanti, mata tengok apa, kalau tak ada senjata?
Masa menanti, mata tengok apa, kalau ada senjata?
Apa tindakan si penanti jika diserang?
Bagaimana rahsia serang cara tok guru?
Di mana silap sendiri?
Di mana silap lawan?
Bagaimana cara menyilapkan lawan?
Bagaimana menikam cara tok guru?
Bagaimana tetak cara tok guru?
Bagaimana sepak cara tok guru?
Musuh pegang tangan kita, bagaimana tindakan kita?
Musuh pegang kedua belah tangan kita, bagaimana tindakan kita?
Musuh cekik leher kita, bagaimana tindakan kita?
Musuh cuit dari belakang, bagaimana tindakan kita?
Musuh baling tombak, bagaimana tindakan kita?
Musuh guna rantai basikal, bagaimana, sedangkan kita tangan kosong?
Musuh guna kerambit, bagaimana kita tangan kosong?
Musuh guna kayu, parang, keris, bagaimana, kita tangan kosong?
Musuh mengelilingi kita, bagaimana tindakan kita?
Cara guna tombak atau kayu bagaimana?
Berlawan dalam gelap bagaimana?
Musuh guna jala bagaimana?
Bagaimana petua menangkap musuh?
Kalau musuh mengacu pistol dari depan atau dari belakang, bagaimana?
Apa sebab 7 atau 8 tahun baru tamat dan apa sebab 3 jam boleh tamat?
Apa sebab terjadi menang kalah seri dalam rahsia tok guru?
Kalau musuh belajar 100 jenis silat, apa yang perlu kita kaji?
Bagaimana rahsia pemati mainan silat? Apa punca 3 jam boleh tamat?
Kalau musuh gunakan ilmu kebatinan atau ilmu sihir, apa yang perlu kita kaji?
Setiap silat ada pematinya, bagaimana? Diajar juga pembuka kebal musuh.
Diajar juga Rahsia Pemati Silat Batin seperti Nasrul Haq, Wali Suci dan lain-lain.

3 JAM ANDA BELAJAR, ANDA AKAN TAHU SEMUA RAHSIA INI.

SESIAPA YANG BERHAJAT, SILA HUBUNGI TOK GURU SILAT SABIL SERI INDERA SAKTI. PAKAIAN BEBAS. BOLEH DATANG BELAJAR BILA-BILA MASA.



TOK GURU SILAT SABIL SERI INDERA SAKTI
NURUL ZAMAN BIN A. ADAM
LUBOK MERBAU
33010 KUALA KANGSAR
PERAK, MALAYSIA
TELEFON: +605-7760 XXX/ +605-7761 XXX

MOBIL: +6017-517 XXXX 


~ Petikkan: http://www.geocities.ws/silatsabilsis/

~ http://www.facebook.com/pages/Silat-Sabil-Indra-Sakti/298559929231

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

18 July, 2011

Buku Tok KenaLi KeLantan [Kitab] Kini Dijual

~*~Tok Kenali



Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menyebut perkataan Allah. Sedangkan Allah itu, bkn berhuruf dan bkn bersuara. Yang kita lafazkan perkataan Allah itu, adalah namanya Allah.

Sebagai org islam yang sebenar, kita bkn shj nak ingat atau nak sebut nama, Sebaiknya kita nak sebut dan nak ingat kepada tuan yang empunya nama!. Allah itu bkn sekadar nama. Allah itu adalah tuan yang empunya nama. Iaitu Allah yang tdk bersuara dan tdk berhuruf. Bagaimana cara nak ingat Allah?

Yang kita selalu sebut itu, hanya namaNya. Sebut nama shj tak aci, sebutlah perkataan Allah dengan ingat kpd tuan yang empunya nama. Bagaimana caranya nak ingat Allah?. Ingat Allah itu, bkn dgn sebut nama. Allah bkn nama, Allah itu zat yang tdk berhuruf dan tak bersuara!. Bagaimana cara nak ingat Allah?.

Allah bkn berupasuara yang keluar dari bibir mulut, Allah bkn sebagaimana yanng kita gambar-gambarkan dan Allah itu bkn sebagaimana yang kita bayang-bayangkan. Selagi kita dapat bayangkan, itu bkn Allah dan selagi dpt kita gambar-gambarkan, itu bkn Allah. Oleh itu bagaimana nak ingat Allah?.

Semasa kita angkat takbir, bagaimana cara kita nak ingat Allah, bagaimana cara nak letakkan ingatan kita?. Dimana nak letak ingatan kita kepada Allah, Jika setakat tahu sebut nama, itu bkn tanda ingat Allah. Oleh itu bagaimana cara dan tanda ingat kepada Allah?.

Allah bkn serupa dgn perkataan yg keluar dr sebutan bibir mulut, Yang keluar dari bibir itu, adalah suara makhluk, apakah Allah itu berupa serupa dgn suara bibir makhluk?.

Yang kita tulis perkataan Allah dengan bahasa Arap itu, itu bkn Allah. Allah bkn berbentuk dalam bentuk tulisan dan disangkut didinding2 rumah. Allah itu bersifat LAISA KAMISLIHI SAIUN`(bersalahan dgn yang baharu). Allah tdk sama dgn suara makhluk dan tdk sama dgn tulisan!. Allah itu zat tuan kpd yang empunya nama dan tuan kpd yang empunya huruf tulisan.

Dimana tempat ingat kpd Allah. Dimana tempat nak letak ingatan kita kpd Allah. Jika letak dihati, dimanakah bertempatnya hati?. hati halus bkn bertempat didalam dada dan bkn bertempat diluar dada. Hati yang ada di dalam dada itu ,adalah hati kasar, yang dikatakan hati itu, adalah merujuk kpd hati halus. Mana hati halus?, hati halus bkn berada didalam dada dan bkn berada di luar dada!. Mana hati?


Bagagai manacara nak ingat Allah, bagaimana cara nak meletakkan ingatan kpd Allah dan bagaimana cara menempatkan Allah di dalam hati sedanngkan hati bkn didalam dada?

ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendalami ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan, bolehlah berinteraksi secara on-line.

Tujuan kami di sini adalah untuk menyediakan pengetahuan mendalam Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan dan menjadikan ia sebagai platform atau asas bagi setiap orang yang berminat untuk mengetahui, mempelajari, mendalami dan mempraktikkan Ilmu Makrifat. Oleh itu, ilmu ini di harap dapat membuka ruang kepada kita untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya mengenal Allah!

Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat ini. Tetapi, percaya lah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudi lah kiranya kawan-kawan semua sama-sama mengembara dan menerokai dan bertanya lah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan kadar yang termampu oleh kami.

Spiritual adalah perkara yang tidak boleh dilihat dengan pandangan akal manusia biasa. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan tidak dipelajari di sekolah, tidak ada di dalam sukatan mata-pelajaran.

Ia merupakan sesuatu yang menyentuh hati, di mana ilmu ini dapat membawa anda lebih mengenali diri sendiri dan mengenali spiritual anda sendiri ke arah mengenal Allah.

Ilmu ini membenarkan kita untuk membuat keputusan melalui perasaan hati Sesungguhnya, hanya orang-orang yang terpilih dan dianugerahkan Allah sahaja yang mendapat kebaikan dari Ilmu Allah ini.

Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmuNya ini. Bagaimana untuk mengetahui bahawa sekiranya anda tergolong di dalam kategori di atas?

Buku Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan dan Kitab Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan mempunyai kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan mana-mana buku.

Ia merupakan sesuatu yang menyentuh hati, di mana ilmu ini dapat membawa anda lebih mengenali diri sendiri dan mengenali spiritual anda sendiri ke arah mengenal Allah.

Jenis buku

Ilmu Tok Kenali Kelantan mempunyai 2 jenis buku iaitu

1) Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan

2) Kitab Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan


harga senaskah

Harga bagi sebuah naskah buku adalah RM 63.00 sahaja.



Hj Shaari Hj Mohd Yusof


hp : 019-3010117


BERITA : Buku Kitap Kini Dijual:
1. Kitab yang bertajuk "Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan"
2. dan kitab, "Mengenal diri Tok Kenali kelantan".

kitab yang bertajuk "Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan" dan kitab Mengenal diri Tok Kenali kelantan.
Ada di jual di toko-toko buku sekitar Masjid India, Kuala Lumpur

Atau

terus menalefon :
Hj Shaari di talian 019-3010117

kini anda boleh berinteraksi secara on-line

Kini anda boleh berinteraksi secara on-line dengan kami di

Facebook : Bakal Pemimpin Pribumi Pertama
atau
e-mail : hj.khasyaf@yahoo.com .
http://beritailmumakrifattokkenalikelantan.blogspot.com/2011/06/kini-dijual.html?spref=bl
..
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

15 July, 2011

HospiTaL yg diSerang PoLis


11 doktor berani akui hospital  "diSerang’" 
Written by HarakahdailyOnLine.net

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian dan kesanggupan kumpulan 11 orang doktor dari Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu untuk tampil menyanggah tuduhan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan hospital tersebut tidak ‘diserang’ oleh pihak polis semasa himpunan Bersih 9 Julai yang lalu.

Malahan, kata ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, kumpulan doktor tersebut yang terdiri daripada Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong sanggup mengemukakan afidavit bersumpah jika perlu untuk pertahankan kebenaran.

DPPNS, katanya cukup berbangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh para doktor tersebut semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan nilai-nilai "integriti moral, maruah, dan ketelusan".

“Sudah pasti pendedahan ini memberikan tamparan hebat kepada pembohongan Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang menceritakan perkara sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, ujarnya mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang telah membuat ‘pembohongan’dan penafian kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap isu serangan ke atas hospital terbabit sedangkan terdapat pembuktian daripada saksi-saksi yang ditangkap semasa himpunan tersebut, pelbagai rakaman video, pengamatan dan pemantauan daripada Majlis Peguam dan lain-lain pihak menceritakan kisah yang sebaliknya.

“Bagaimanakah rakaman kejadian serangan ke atas hospital tersebut telah tersebar luas di laman-laman web dan menjadi tontonan masyarakat sedunia sedangkan pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengatakan pihak polis juga ada merakamkan kejadian pada hari tersebut tetapi tiada serangan yang dimaksudkan berlaku?” soalnya.

Ini, katanya merupakan satu bala apabila pemimpin semakin berleluasa melakukan pembohongan dan penipuan semata-mata kerana ingin mempertahankan tampuk kekuasaaan.

Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan keberanian kumpulan 11 orang doktor itu untuk mendedahkan kebenaran sebenar kejadian yang berlaku semasa himpunan Bersih tempoh hari tidak akan disusuli dengan tekanan dan ancaman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap mereka.

“DPPNS mengharapkan semoga dengan pendedahan ini akan dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa kronik dan rosaknya akhlak pemimpin Umno BN yang sanggup mempergunakan institusi awam dan media massa untuk kepentingan mereka selain berterusan berbohong dan menipu untuk mempastikan rakyat terus diperbodohkan dan dapat dipergunakan di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti,” katanya.

Justeru, tambahnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menuntut supaya Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kesihatan dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan secara bermaruah di atas pertanggungjawaban insiden serangan ke atas Hospital Tung Shin dan Pusat Bersalin Cina semasa Himpunan Bersih 2.0 oleh pihak PDRM pada 9 Julai lalu.

MUKA DEPAN BERITA KOLUMNIS RENCANA SURAT PEMBACA VIDEO HUBUNGI KAMIEDISI ENGLISH HARAKAH DIGITAL MY HARAKAH

http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2011/07/sebelas-doktor-tampil-sahkan-hospital.html


. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

11 July, 2011

Israk dan Mikraj ~ Hikmah di sebaliknya...

Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj

Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.
Firman Allah Taala (maksudnya):
"Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya):
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." 
(A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya):
"Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi."
(A-li Imran: 85)

Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.
Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam."
(A-li Imran: 102).

by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang on Tuesday, June 21, 2011 at 4:13pm

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

Amanah ~ tunggulah pembalasannya

Apabila AMANAH disia-siakan


MARILAH kita merenung kepada satu peristiwa yang berlaku pada zaman

Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah, tiba-tiba datang

seorang Badwi bertanyakan Rasulullah s.a.w.:
"Bilakah kiamat?"
Rasulullah s.a.w. meneruskan khutbahnya tanpa menghiraukan pertanyaan tersebut menyebabkan

sebahagian daripada para sahabat yang berada di dalam majlis tersebut berfikir,

tentu Rasulullah s.a.w murka kepada Badwi tersebut kerana tidak beradab di dalam

menyoal baginda, atau Rasulullah s.a.w. tidak mendengar soalan ini kerana

terlalu asyik menyampaikan khutbahnya. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Di manakah gerangan orang yang bertanya bilakah kiamat?"

Badwi tersebut menjawab: "Saya di sini wahai Rasulullah."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata "Apabila amanah ini disia-siakan."

Badwi tersebut bertanya lagi
 "Bagaimana yang dikatakan mensia-siakan amanah ini wahai Rasulullah?"

Jawab Rasulullah s.a.w. "Apabila urusan (umat Islam) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (orang yang tidak layak) maka tunggulah kiamat"

Hadith ini menjelaskan betapa besarnya amanah mengendalikan urusan umat

Islam. Yang dimaksudkan dengan urusan umat Islam itu ialah urusan kepimpinan

negara umat Islam. Para ulama menjelaskan bahawa contoh kepimpinan negara Islam

kepada seluruh umat Islam ialah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Taala ertinya:

Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik.
(Surah al-Ahzab ayat 21).

Orang Islam hendaklah memilih para pemimpin yang diamanahkan

untuk menguruskan urusan mereka dari kalangan orang-orang yang beriman yang

memiliki sifat-sifat peribadi yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti

amanah, akhlak, benar, bijaksana, berani, mendahulukan kepentingan umat Islam

dan teguh pendirian di dalam melaksanakan syariat Allah Taala.

Di antaranya Allah Taala telah memberi garis panduan di dalam al-Quran

nur-karim ertinya:

Sesungguhnya penolong-penolong kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat serta mereka ruku' (tunduk dan patuh kepada Allah).
(Surah al-Maidah ayat 55).

Inilah sifat-sifat yang dituntut oleh Allah Taala kepada orang-orang yang

akan dilantik menjadi pemimpin umat Islam, dan hendaklah mereka memilih para

pemimpin dari kalangan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat tersebut untuk

diserahkan amanah yang besar ini supaya mendapat keselamatan di dunia dan di

akhirat.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat menghadapi tugas berat

dalam mencari siapakah pengganti yang akan memimpin umat Islam selepas

Rasulullah s.a.w. Akhirnya mereka mengambil keputusan melantik Abu Bakar

As-Siddiq r.a. sebagai khalifah. Pemilihan Abu Bakar As-Siddiq bukannya

berdasarkan kepada harta benda dan kekayaan yang ada pada beliau tetapi

berdasarkan kepada sifat-sifat peribadi yang melayakkan untuk memimpin umat

Islam.

Selepas dilantik, Abu Bakar As-Siddiq menyampaikan ucapan yang mengandungi

peringatan-peringatan dan di dalamnya juga beliau mendedahkan dirinya untuk

dikritik dan diperbetulkan sekiranya terseleweng kerana mengharapkan sifat-sifat

kepimpinan yang ada pada dirinya tetap terpelihara:

Ertinya: Wahai manusia, sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu, dan

bukanlah aku orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan

kebaikan (berlaku adil) maka tolonglah aku, sekiranya aku melakukan kejahatan

(berlaku zalim) maka perbetulkan aku. Benar ini amanah dan dusta itu khianat.

Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil

haknya (yang diperolehi secara zalim). Dan orang yang lemah di kalangan kamu

adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan kepadanya hak (yang diambil

secara zalim). Tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah

menimpakan ke atas mereka semuanya dengan kehinaan dan kemusnahan. Taatlah kamu

kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya aku menderhakai

Allah dan RasulNya maka kamu tidak perlu lagi mentaatiku


Sejarah umat Islam membuktikan bahawa mereka akan tetap berada di dalam

keadaan baik dan mulia selagi mereka dipimpin oleh orang-orang yang soleh, adil,

amanah dan melaksanakan syariat Islam. Sebaliknya mereka akan dihina dan

mengalami bencana sekiranya mereka dipimpin oleh pemimpin yang jahat, zalim,

fasik dan meninggalkan syariat Allah Taala.

Apa yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah melanda umat

Islam disebabkan mereka tidak mengambil berat dan memandang ringan masalah

pemilihan pemimpin. Umat Islam mengalami penyakit cintakan dunia dan

mementingkan kemewahan hidup. Dengan sebab itu umat Islam memilih pemimpin dari

kalangan mereka yang dapat memberi jaminan kemewahan hidup dan kesenangan dunia,

bukan mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti soleh, adil, amanah,

bertaqwa, beramal dengan ajaran Islam dalam semua aspek dan yakin serta

melaksanakan hukum Allah Taala.

Inilah perangai yang dilakukan oleh umat kaum Bani Israel apabila mereka

meminta daripada nabi mereka supaya melantik seorang pemimpin untuk memimpin

mereka.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan berkata nabi mereka
"sesungguhnya Allah melantik Thalut sebagai raja kamu". Mereka (Bani Israel) berkata "Bagaimana dia boleh menjadi raja kepada kamu, dan kami sebenarnya lebih layak daripadanya, dan dia tidak memiliki harta yang banyak". 
 Berkata nabi tersebut "sesungguhnya Allah memilihnya ke atas kamu dan membekalkannya dengan ketajaman ilmu dan kekuatan tubuh badan. Dan Allah mengurniakan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui"

Orang-orang Yahudi mengalami fahaman kebendaan sehingga di dalam perkara

pemilihan pemimpin pun, mereka meletakkan sifat-sifat kebendaan sebagai asas.

Sifat ini jugalah yang menyerap masuk ke dalam umat Islam.

Umat Islam hari ini memilih sesiapa sahaja sebagai pemimpin asalkan dapat

memberi kesenangan hidup walaupun bersifat penipu, khianat, mementingkan diri

sendiri, menjual maruah negara dan rakyat dan meninggalkan syariat Islam.

Sebenarnya masa masih belum terlambat untuk umat Islam memperbaiki keadaan

supaya umat Islam terselamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menetapkan di dalam kitab Zabur selepas menentukan di dalam zikir bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.
(Surah al-Anbiya ayat 105).

by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang on Tuesday,
June 28, 2011 at 9:38pm

. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~