QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

05 July, 2010

AlFatihah ~ Suatu Hikmah


27.6.10  Al-Fatihah - Suatu Kaifiat


3 guru Den mengajar kaifiat yang sama...biasanya ia untuk hajat yg benar2 besar dan berat..Inilah suatu amalan yang amat mustajab yang Den pernah lakukan. Tiada diterima oleh Wahabi...tapi peduli apo DEN...

Dimulai dengan amalan Fatihah pada diri sendiri...Perlulah di renung dan tenang dalam dalam sehingga nampak diri kita yang satu lagi...rupanya sama seperti kita cuma bercahaya...inilah diri batin kita ...baca Fatihah ..telan air liur. Amalkan selalu...apatah lagi kalau badan selalu rasa tak selesa..tidur selalu terganggu..emosi tidak stabil.

Menghadiahkan Fatihah pada seseorang...Isteri atau Suami..atau anak...atau Datuk Seri Najib Razak atau Nik Aziz....Tengok keadaan semasa...Kalau suami sudah kelihatan tanda merenyam samada dia sedar atau tidak...hendaklah dihadiahkan Fatihah..caranya janganlah seperti ayam mematuk burger McD..Makrifatkan orang yang dimaksudkan katakan Diana Danielle yang sudah tidak menyintai anda lagi...Pasti bayangan tersebut bertelekung putih. Sebaiknya korang duduk dalam antara dua sujud..bayang yang dimakrifat tu biar bertemu lutut...Pelan2 bacakan Fatihah ..tok sah le telan air liur...tapi hembus pada jantung...sampai kelihatan kalimah Alif lam lam ha..pada jantung di sebelah atas...kalau disebelah bawah jantung tu huruf lain...Amat sesuai untuk mangsa sihir...ada guru mengajarkan bacaan sebanyak 17x sekali gus dan tiup...ada juga yang dibaca sekali ..tiup...ulang sampai 7 kali. Masukan niat.

Amalan ini berijazah dari universitas of Darul Saka..

Nota : Jantung tu memang zahir ..DEN citer tu dinamakan HATI yg BATIN..kang ada yg pi tebuk jantung le pulok...Hati yg Batin hanya boleh di lihat dengan matahati. Maka
untuk melihatnya bukan semestinya boleh scan, ianya melihat dengan matahati. Hendaklah di latih..


Menjazamkan Fatihah...mana2 individu yg telah menjazamkan Fatihah pasti Senjata Pedang Fatihah lebih memuncak dan mantop...sehingga JIN melihatnya pun buta...ingat 121 x ingat fatihah...biasanya diamalkan selama 7 hari...tidak semestinya satu sitting...untuk tahap selanjutnya diamalkan selama 21 hari dan 40 hari sehingga 121 hari...apa2 mimpi petunjuk samada dalam mimpi atau semasa mengamalnya hendaklah dirujuk terus kepada Guru yang mengijazahkan amalan ini...

NOTA : Ini adalah amalan untuk menjazamkan Fatihah. Sebaiknya diniatkan untuk 7 hari dahulu. tidak boleh putus. kalau putus hendaklah diulang dari hari pertama. Maka sebaiknya kita pilih berapa hari yg ingin kita pilih untuk menjazamkannya...kalau 121 hari memang baik..tapi kalau terlupa pada hari ke 115 pun kena ulang dari hari pertama..Den nasihatkan mulakan dari 7 hari..At least ada sijil...


Amalan Fatihah...amalan Fatihah bermula dari 4 sekali baca sehingga 7 sekali baca..14 sekali baca...21 sekali baca...40 sekali baca dan 44 sekali baca...biasanya diamalkan setiap step 40 hari..baru pergi ketahap yang lebih tinggi...ianya DIBACA SEKALI SITTING didalam wuduk...


Nota : ianya adalah untuk amalan menghadiahkan Fatihah...biasa dimulakan dgn 4 Fatihah. Di Tanah Melayu biasanya di amalkan Fatihah 7 + 1. yg satu itu bila ada amlan khusus..katakan bacaan yasin..maka di tambah Fatihah kepada Syeikh Ahmad Darobi. Jadilah ia Fatihah 8.
Contoh :
1. Kepada Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya.

2. Kepada para Sahabat Nabi Muhammad SAW.

3. Kepada para Anbiya

4. Kepada para Malaikat.

5. Kepada para Aulia

6. Kepada para Guru.

7. Kepada Muslimin dan Muslimat samada yang masih hidup mahu pun yang sudah mati.

Maka kalau kita baca Yasin..tambahkan Fatihah kepada Syeikh Ahmad Darobi sebelum yg No 6. Jadilah ia Fatihah 8.

Begitu juga kalau ada apa2 amalan yang kita tahu siapa SOURCEnya katakan Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a...maka bacakan Fatihah kepda SAQJ pada sebelum no 6. Tetap ia Fatihah 8.

Untuk yang lebih advance lagi dan hendaklah iqtiqomah..bacaan Fatihah yg pertama khusus pada Rasulullah s.a.w

Kedua baru kepada Ahlul Bait ( ahli keluarga Rasulullah s.a.w )

Ketiga, keempat, lima dan enam..dibacakan Fatihah memasing kepada Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a dan yang ke tujuh pada semua para sahabat Rasulullah s.a.w

Kemudian kepada Rasul yg mencapai tahap Ulul Azmi termasuk Rasulullah s.a.w

Begitu juga pemecahan kepada 10 malaikat Muqarobin. Satu Fatihah setiap Malaikat Muqarrobin.

Pasangan Fatihah

Ia seganding dengan Salamun Qoulammirrobirrohim ( ayat dari surah Yasin ). biasanya untuk perubatan..

Untuk sakit2 anggota badan..baca Selawat, Fatihah 1x dan bacakan Salamun Qoulammirrobirrohim dan sapukan telapak tangan kepada anggota tubuh yang sakit.

Nota : untuk Hajat dan sakit2 kronik..bacakan Selawat, Fatihah 1x, Salamun Qoulammirrobirrohim dan ayat 82 surah Yasin ( ayat ini dibaca sebanyak 82x dan masukkan hajat kita ). Biasa diamalkan sebelum tidur.


Mahabbah Fatihah.

Sebenarnya tak yah pakai2 llmu pengasih ni. Al-Fatihah itu sendiri lebih dari cukup untuk diamalkan sebagai Mahabbah yg terbaik dan terulung. Ado huruf dan tempat tertentu dimuka yg mengandungi huruf2..Kalau diamal..bercahaya muka...tunduk musuh..kasih kengkawan...Semunya bermula dari kalimah Alhamd..Alif Lam Ha dan Dal. Pecahan dari situ le...Banyak rahsia dari 4 huruf tersebut...Maka ada guru dia buek minyak Fatihah..namun tak sama dengan mengamal sendiri dan meletakan haq huruf huruf tu pada wajah..Ini semua rahsia maso kejadian Adam a.s


Hajat Fatihah

Amalan ini memakan masa tetapi terlalu mustajab.


Ikhlas dari

Sifu Segala Sifu

Dihantar oleh DARUL SAKA pada 9:02 AM

Label: UMUM, WAHABI, Ïjazah 124 komen:
 komen:




riey said...
Salam, Tok, Kalau saya hadiahkan Al-Fatihah kepada orang2 yang masih hidup dengan niat yang baik macammana..? @ jawapannya jika ada kat hujung entri ni saya tunggu jer lah..




(MOHD AZIM) said...
boleh kupaskan lagi ker Tok. wahabi sruh main jauh2 la.




firus said...
Besar kaifiatnya Allah anugerah sapa yang jujur...ini lah saya guna pakai...ini lah amalan dalaman bgi saya...tak terhingga kuasanya...mantap bgi sapa mengamalnya...




Caspin said...
Wah..tok, semuanya serba hijau, termasuklah ilmu-ilmu disini semoga sentiasa evergreen.




zainuri said...
Alhmdullillah... keluar jugak kaifiat fatihah ni... byk kali mintak ngn TGB ..Tok wat dek je..akhir kluar gak... TGB da kluarkn kaifiat fatihah ambo mntak izin amal...




Sombro said...
dah lama cari benda ni ,dulu ada guru nak ijazahkan ,tak nak ambil ,nak ambil dia pulak meninggal ,teruskan tok ...banyak khasiatnya.




madwan said...
Harap2lah IBU FATIHAH.......mohon ijazahnya Tok.




Abu Aiman said...
Salam, Kaifiat Al-Fatihah banyak disebut dalam hadith. Usah peduli Wahabi. Apa yang penting, amal dan sampaikan.




zainuri said...
Salam... mmm...xpaham le.. cara2 menjazamkan tu.. first step camna ya... ambo ni bebal skit... maafkn daku TGB





K said...
Many thanks, Tok...iklas




Tarabas said...
thanks tok..cuma kurang phm cara menjazam je...maaf lmbt cikit..




MalaekA AnnA said...
Alhamdulillah....Trima kasih sgt tok pencerahan ni...




Abdullah said...
Assalamu 'alaikum, Terima kasih Tok, mohon ijazah untuk diamalkan dan bersambung sanad dengan Tok-Tok Guru Tok.




Ismail said...
Terimakasih ijazah nya Tok.




TARABAS said...
Salam Tok. Kalimah Alif Lam Lam Ha pada jantung bertulisan dengan dakwat cahaya bewarna biru dan kengkadang putih ke tok?




DARUL SAKA said...
Sebaiknya putih macam lampu kalimantang tu... Biru tu cahaya Fatimah Merah tu tanda mamat tu tengah marah atau dikuasai syaitan... Hitam tu tanda..hati dia sudah mati...lama sudah tidak mengingati allah atau banyak memakan mende2 haram...




Tarabas said...
Terima kasih tok...phm dah pn..sy terima ijazah ni dari tok..ape2 "cerita" akan sy cerita pada tok..




Lina said...
Salam buat Tok dan semua Macam tahu-tahu jer..Seronok saya bila Tok buka topik ni. Kena dengan saya.. Saya ada amalkan sedekah Al-Fatihah kepada diri, suami, anak2, ibu bapa, guru2/sahabat yang beri ilmu, serta arwah2 utk keturunan saya semasa solat..selain buat junjugan Nabi ,sahabat dll. Selalunya saya baca 3 kali tiap kali solat. Tanpa niat lain selain untuk disedekahkan..( mungkin lepas ni boleh mula dengan 4 kali..seperti yg telah tok sampaikan ) Saya tak nafikan, ada kesan mendalam dengan amalan sedekah Al-Fatihah utk yang masih hidup. Mesra dan rasa dekat serta sayang orang yg kita sedekahkan Al-Fatihah tu dengan kita..terutama keluarga. Dan juga nampak diri atau muka penerima tu mcm cerah..wallahualam.. Walau macam manapun, saya masih kurang arif dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan cara " Perlulah di renung dan tenang dalam dalam sehingga nampak diri kita yang satu lagi...rupanya sama seperti kita cuma bercahaya...inilah diri batin kita " Saya tak pandai bab2 nak nampak perkara batin.. Jadi minta tunjuk ajar dan penjelasan lebih jelas dari Tok, sebelum melangkah step seterusnya.. Dibawah ini saya salin semula Kaifiat jazam Al-Fatihah yang ada dalam posting Tok terdahulu..pada yang sesiapa yg terlepas pandang.. " Ianya diamalkan sebanyak 121x one shot...selepas tengah malam...selama 21 hari...tanpa putus." Terima Kasih..




Daniel Darwish said...
Izinkan saya untuk mengamalkannya. Terima kasih TBG !! Kalau kaler hijau kejap, putih kejap, tapi mcm lampu nak malap jer..camno tuh tok?




(MOHD AZIM) said...
Tok saya mintak ijazah ye. Moga Diterima.nk tunggu kelas lambat lagi. memang lama tunggu Tok kupas hal ni.




albab said...
Salam tok, Izinkan sy amalkan nya Tok. Saya terima ijazahnya.




wealo said...
Assalamu 'alaikum Tok, mohon ijazah untuk diamalkan dan bersambung sanad dengan Tok-Tok Guru Tok.




KhAiRoN said...
Assalamualaikum tok, Bolehkah org awam mcm saya mengamalkannya dan menghadiah pada ahli keluarga dan diri sendiri?




....East.Me.Tzar.... said...
terima kasih tok diatas pencerahan...pohon diijazahkan amalan ini..




ajamfx24 said...
salam tok mohon di amal sume ayat2 yg di ijazahkan dlm blog ini..mohon dihalal dunia dan akhirat. terima kasih tok. semoga Allah swt senantiasa merahmati dan memberkati tok dan keluarga.




noza said...
wah menghijau dah blog tok ni, baru tinggal beberapa hari... ambo mohon ijazah amalan ni ye tok...




sangbayu said...
alhamdulillah terima kasih tok....




Sang Petala Bumi said...
salam tok..saya dah buat amalan Alfatihah(sblum ni)...belum diijazahkan tok...skrg saya nak pohon ijazah drp tok utk teruskan amalan ni...makasih




hamdan said...
juta-juta terima kaseh tok..




Sang Petala Bumi said...
saya pohon jua drp TOK ijazahkan amalan ni kpd saya...makasih...




pakwan said...
salam tok mohon ijazah fatihah ni tok... tenung dalam2...mcm kaedah scan jer tok...ker yg xmampu scan pon leh nampak kaler2 yg seperti tok ckp tuh???




aduka30 said...
salam tok mohon di amal amalan ini terima kasih...




wajatimur said...
Tok saya mintak ijazah ye.Izinkan sy amalkan nya Tok.terima kasieh,org baru.




M Fazmi said...
Mohon untuk mengamalkannya ya tok...2 kali dah jumpa tok di darulsaka..rasa lega plak bila dah jumpa..kalau x asyik terngiang2 je nak pegi...terima kasih dgn air yg diberikan semoga menjadi lbh baik dimasa akan datang dengan izin Allah S.W.T




Sam1971 said...
Terima kasih tok... saya mohon ijazahnya.




Habib said...
memanggil roh org tengah tido pun,salah satu dari kelebihan fatihah,tapi lotihla nak baca..




Lucky7 said...
tok.... sykh saya dulu ada ajar bacaan setiap ayat al fatihah di makrifatkan di setiap makam2nya di anggota badan..contoh..bismillah ..di gariskan dari kanan kekiri di dahi (atas kening kanan ke kiri)..alahmdulilahirobilalamin (di atas kepala/ubun makamnya) dan seterusnya... yang itu untuk apa ya? saya amal je masa solat tapi tak tanya..sebab bila amal tu rasa sedap je..




gym_midas said...
mana yang perlu didulukan...... 4 kali atau 121 kali bacaan....




Abu Naim said...
pucuk dicita ulam mendatang... syukran jazilan tok....saya pohon keizinan mengamalkan amalan ini BTW...nyamannya setting baru blog ni :)




Nubuwuah said...
salam tok.. mohon izin mengamalkan Fatihah...semoga kita semua mendapat menfaatnya.. amin




syarius said...
mohon ijazah tok.thx~




ichigo said...
salam tok....saya orang baru disini...minta ijazah tok... amalan ini




Sombro said...
Tok,minta izin amal jazam al-fatihah.




zmiglobal said...
salam tok. oleh kerana blog tok ni dah ijau saya minta lampu hijau untuk segala2nya... makasehhhh




Sharif Abdullah said...
Salam tok, alhamdulilah...nampaknye segar sokmo blog ni yg menghijau. Minta ijazah amalan fatihah dan izin jazamkan ya. Tengkiu byk2.




Ateng said...
Assalamu 'alaikum Tok, mohon ijazah untuk diamalkan dan bersambung sanad dengan Tok-Tok Guru Tok.




Rozaimy Baharuddin said...
apabila TB dah post kat dlm blog ni, maknanya boleh diamal oleh semua orang/jin/dewa/hantu yg membaca blog ini. tak kira perawat atau org awam.




inginbelajar6666 said...
salam tok "Pasangan Fatihah Ia seganding dengan Salamun Qoulammirrobohim ( ayat dari surah Yasin ). biasanya untuk perubatan.." saye ade terbace dlm buku di tulis begini>>>"salamungkaulam mirrobbirrahim "(MUNGKIN kalo di baca mengikut tajwid kot) boleh juga di tambah dgn "salamungkaulam mirrobbirrahim ya balqis sulaiman ibni daud" (petikan dari buku Tok Awang Ngah....berlawan dgn syaitan)hehehhehe......sahabat tok jugak tu kan sorry yo tok kalo silap




bayu said...
Alhamdulillah tqvm...Tok, dengan izin Tok,saya terima ijazah ini




terangwulan said...
uiks..senjata ghaib da...




bhumiputra said...
maka bermulalah si salik menuju jalan kepada penciptanya...tqvm tok belagak...




mamBang said...
Salam Tuan Belagak .. care to elaborate antara Fatihah dan Salamun tuu .. coz aKoo gunakan untuk perubatan .. ada yg lain ker




BimaSakti said...
Salam TB sy mohon ijazah untuk mengamalkan dan bersambung sanad dgn Tuan-Tuan Guru Tok.




The New Guan Yu said...
salam sifu, mohon diijazahkan...terima kasih.





inginbelajar6666 said...
Salam tok belagak saya berharap sgt tok memberikan cara2 mengamalkan surah al ikhlas(dgn harapan agar ALLAH mengurniakan keikhlasan di hati kita)...kalo x ikhlas nk beribadah dan beramal mcm mana tok??? tu yg nanti beramal sbb nk jd super saiya la...nk kan kelebihan ayat2 tertentu la... Jadi saya amat berharap tok memberikan cara2 utk mengamalkan nya.....mudah mudahan kita beribadah dan beramal semata2 kerana ALLAH jua dan tiada sebab lain maaf andai tersilap kata






inginbelajar6666 said...
salam... alamak tok..cara amal surah al ikhlas dah ado kek TAJUK ZIKIR...den terlopeh pandang....x lupo juo tajuk PEMBAWAAN DIRI....sory lagi skali yo....hehehe





Irsyad said...
salam, mintak izin diamalkan amalan ini tok.









wealo said...
ooopocott.. tersilap takik kote umar plak. lerr nie malas aku nk sunat org nie.. asal teperanjat jerr terlatah.




Awang Timur said...
Salam. Klu lum buang ilmu yang bukan-bukan seperti psi-energy ko, biosinergi ko, tenaga dalam ko, merkaba prana kundalini tachyon chi qi ko, eloklah di buang. Takdok la ko duk meroyan meraban kutuk org tak tentu pasal tuding jari. Solat,zikir-zikir, n ngaji Quran jo dah cukup. Klu dikejar dunia, akhirat akan kehilangan. Klu dikejar akhirat, dua-dua dapat, dunia dan akhirat pun dapat.




ninkugumi said...
Salam Tok, Terima kasih banyak-banyak. Apa-apa yang kurang jelas, nanti kat kelas saya tanya kat Tok ekk...





golok said...
Tok mintak izin diijazahkan kaifiat fatihah






Jabat said...
Disarankan kita semua baca surah al kahfi pada hari Jumaat. Mudah-mudahan terlepas dan terhindar dari fitnah Dajjal. Kerana sebelum lahir Dajjal sebenar akan wujud dajjal-dajjal kecil. Bacalah dan mohonlah dengan keberkatan amalan alkahfi pada hari Jumaat agar Allah membebaskan kita dari fitnah Dajjal yang menyonsong kesesatan dalam beraqidah, beribadah dan bermuamalah.




kammin said...
hebatnya kisah sahabat rasulullah, bila menentang musuh di medan perang, habis musuh tersungkur ke bumi. tp apabila mukanya diludah, tatkala ia menghunus pedang utk menetak org yg meludah beliau, dia terhenti, apabila dia ditanya kenapa tidak jadi utk membunuh org itu, beliau menjawab, "aku berperang kerana agama Allah, dan aku tak mahu membunuh org ini hanya disebabkan kemarahanku" sabar itu indah dan lebih bahaya kepada musuh yg tdk mengetahuinya :-)





DARUL SAKA said...
Inginbelajar6666 , kalau dah muleh bawak dalam mimpi..dah boleh tahan tu...




Amrixxx said...
erm.. pasal bacaan al-fatihah nih tok.. saya pernah mimpi awal bulan lepas.. saye berdepan ngan jin.. pabila saya baca al-fatihah jin tersebut terus terbakar..apekah tandanya itu tok? pabila baca kat blog tok.. rupanya mmg byk lagi khafiat al-fatihah..




DARUL SAKA said...
Mak ai..berapa kali ko amal sehari...? Bagus dah tu...ni dah muleh jadi perawat.





sihensem said...
salam, nak belajar juga....




muadz said...
Pelik,kan.. TIme2 darulsaka dapat ujian mcm ni, darulsaka lebih kukuh dari sebelumnya.. Kalau ikutkan logik akal, dah ramai org blah..punye lah banyak usaha jatuhkan darusaka..dari pelbagai arah.. siap muleh berpakat nak jatuhkan darulsaka ni.. Tapi, ahli2 darulsaka den nampak maintain jer.. yg lama dan yg baru.. Alhamdulillah.. ujian ini sebenarnya utk kukuhkan persaudaraan kita. Akhir sekali, mereka malu sendiri.




Lina said...
Salam buat Tok dan semua Saya ingin bertanya,kalau kita hadiahkan fatihah kepada penerima..mengikut turutan..adakah kita berniat menghadiahkan fatihah tersebut(niat dgn sebut satu2 penerima tersebut) adalah dengan sekali bacaan Al-Fatihah tersebut atau setiap penerima yang kita hadiahkan fatihah itu, kita baca 1 kali setiap orang yg kita hadiahkan ? Selama ni apa yg saya telah buat, saya sedekahkan fatihah dengan niat sebut nama2 semua sekali(lebih dari 3)..dan baca fatihah 3 X... Harap dapat penjelasan lanjut..Terima Kasih..




DARUL SAKA said...
Baca al Fatihah 1 x dan hadiahkan pada beberapa orang sekali memang boleh...namun jauh bezanya antara khusus dan umum...sebab itu dalam majlis tahlil ada disebut khususan.....




Amrixxx said...
xselalu gak bace..selain time solat.. time org sakit @ meninggal je ar baca al-fatihah.. biasanya sy amalkan istigfar je ari2 n setiap mase yg mencemaskan.... Berkenaan "aura2 jahat" sy mmg dapat rasa dan sensitif pd suasana..cuma,xtau camne nak hadapi klu ada org2 terkena sihir @ saka.. sy hanya boleh nasihatkn org tu jumpa dgn yg lebih ahli je..erm.. klu sy terkena, biasanya dalam mimpi dan bergantung pada firasat je camne nak hadapi..kira mohon petunjuk,taufik dan hidayah dari Allah je ar..erm..pepun, sy anggap itu anugerah dari Allah swt.. KLu ada rezeki, boleh sy berguru ngan tok nanti.. :D




TARABAS said...
Assalammualaikum Tok Belagak, Ada apa dengan 27 Rejab tahun ini?




ore baru said...
assalamualaikum...wbt buat TGTB... dan semua rakan2 saya terpangil untuk berkongsi pengalaman saya dgn tgtb. tgtb pernah scan dan dapati saya mempunyai pendamping. benar.... 1) pendamping bulu perindu. ( yg ni saya dpt dari seberang,yg ni sebenarnya saya dah lupa sebab dah lama ambil bulu perindu,tapi tgtb boleh tahu sebab pendamping tu selalu bersama saya. 2) pendamping bunian.( yg ni area2 sini) dari buluh perindu gunung ###### saya dinasihatkan oleh tgtb supaya tingalkan dan saya akur..alhamdulillah... dan mengenai gerak geri saya. tgtb tahu amalan yg saya amalkan. alhamdulillah apa yg tgtb ckp meme betul. meme saya tak nafikan... akhir kata setakat ini sajalah perkongsian peribadi saya. maafkan saya sekirannya ada yg tidak berkenan diatas perkongsian saya ini. saya punyai satu niat iaitu "nak belajar" itu je.... salam buat kawan2 semua.




wan said...
cantik blog ni, terpukau saya, dgn hijau nye yang redup, dengan tinggi nilainya ilmu yang disampaikan.. moga Allah merahmati tok dan pembaca blog sekelian.




Nubuwuah said...
salam semua... kata-kata yang cantik dan indah keluar dari hati yang suci dan bersih kata-kata yang kesat dan kasar keluar dari hati yang kotor dan hitam terkilan dengan kata-kata kesat dan keluar dari saudara Umar... marahnya Umar al khatab sahabat nabi demi kebaikan..tak keluar kata2 kotor dan hina... melainkan kebenaran.. Umar..kau tak selayaknya memakai nama samaran Umar al Khatab... ini adalah hanya teguran semata2..maaf jika tersalah kata...




athstrom said...
Ok saya pun nak kongsi jugak sikit pasal scan TB.Sebenarnya saya juga kurang senang dengan tuduhan yg dilemparkan pada TB.Pernah 2 kali saya minta Tok Belagak Scan..1)pasal rakan saya...betul memang dia kena Santau Angin seperti yg TB scan tu dan yg ke2)pasal masalah sakit saya baru ni ..memang betul scan TB yg mengatakan saya elergi makanan..ya tapi sekarang alhamduliiiah sembuh dah pun..dgn Rahmat Allah sesudah makan ubat elergi.Kepada TB diucapkan berbanyak terimakasih ,Allah sajalah yg dapat membalas kebaikan Tok Belagak.Sekali lagi semoga Tok Belagak membenarkan saya sekiranya nak mengamalkan apa2 amalan yg terkandung dalam blog ni.Boleh ya Tok Belagak?




inginbelajar6666 said...
Salam Tok Belagak... kalo ikut University Darul Saka yg sebelom no6 tu nk letak nama sapa??? jeng jeng jeng.....soalan cepu emas utk Tok Belagak......ampun tokk...den menanti jawapan dari Tok dgn penoh suspen...bkn sonang nk dpt jadi cucu angkat ni......hehehehe




DARUL SAKA said...
Dalam Silibus Darulsaka...spt pesan Guru...biasanya amalan fatihah dihadiah mengikut Guru yg menurunkan...utk yg keenam tu biasanya utk mereka yg sudah tiada... Ada 3 zikir khusus..satu dinamakan zikir hati...dua zikir tahli ketiga zikir aurad. Untuk zikir tahlil diambik sanad dari berjurai dari syeikh Daud al fatani membawa ke syeikh wahab Rokan membawa ke Syeikh Qubaisyi membawa ke Abu Bakar a.s ke Rasulullah..Naksyabandi al kholidiah. untuk zikir aurad membawa kepada syeikh Dandarawiah ...Syeikh Ahmad Idris sehinggalah ke Qutubul Alam dan seterusnya Rasulullah s.a.w dinamakan Tarikat Ahmadiah al Idrisiah




http://darulsaka.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-suatu-kaifiat.html#comments

Lading_Emas

01 July, 2010

IBU ~ Warkah buat ibu


WARKAH BUAT IBU...




LAHIRMU BUKAN UNTUK DUNIA,

TETAPI KEPULANGANMU..........DARI DUNIA

RENUNGKANLAH.........…

FIKIRKANLAH, LAHIRMU BUKAN UTK DUNIA,

TETAPI UTK KEPULANGAN KITA…





Air mata aku meleleh...sedih giler tu...hayati beb...gerenti tangkap

leleh..makkkkk i love u!!!



Assalamualaikum! saya nak awak kongsi bersama,,bacalah warkah ni,,

WARKAH BUAT IBU...



Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan

Sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk

anak mak yang nakal ni sejak kiter

Dewasa.....

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....

nak tinggal kan anak2 mak.....

nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu..…

Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..…

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....

Kakak pun rasa hairan.....

Mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran

Siam.....

kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk

mengiringi

mak ke…

kuburan...



Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

pastu mak jemur karpet-karpet...

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu

kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali Mak bgtau kat maner

sume duit dan barang kemas

mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

Mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter

kata mak ni memang pesenn lama laaa...

mak cuma gelak jer...

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..



Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit

perut.....

bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak

dan abang kat kampong semua dah pujuk.....

mak tetap takmau pi hospital.....

dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....

tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...

tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....

Mak sakit perut sampai nak

sentuh perut, Mak pun sakit kami adik-beradik

sepakat hantar juga mak ke hospital.....



Mak.....

amponkan kami semua...

kami nak mak sehat...

kami sayang mak...

kami tak mau mak sakit...

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon kan kami yer mak....



Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan

terakhir kali

Mak naik kereta kiter...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,

kiter kata nak beli kereta....

Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..

kiter jawab pula...kalau tak cukup,

Mak kan banyak duit...

Mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai..…Mak buat kenduri

kesyukuran.....

Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar

kelinn

naik

motor.....

Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali

bgtau kat

Mak.....

Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam

garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…Mak tanya kenapa...?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

Mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....



Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08/1999

Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain

putih.....

Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...

mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam

keadaan

separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...

jalan di depan terasa makin kelam.....

airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun

Al-Hamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan

pagi

masih

awal,

jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar

suasananya.....

terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....



Mak.....

Kiter masih ingat lagi...

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh

Mak.....

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....

Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat

gitu...jangan

nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...

lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik

atas

Mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....

kiter nangis ni.....

Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....

Takder orang yang bangun lagi.....

kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"

kiter sedih...kiter rindu kat mak..!

Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,

kiter baca  Yassin

untuk mak...

Mak tunggu ya...!


Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....

Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali

terakhir....

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....

Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....

kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah

untuk

Mak...

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...

badan akak terasa panas...

Makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi

Mak

ke

tanah

perkuburan...



Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas

Maghrib

anak mak

ini berendam airmata...



Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....

entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu

apa

lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat

dibendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan...

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

Kiter rasa nak telefon mak...

nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan..????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...

Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti

kalau gini

ajer mak yang susah kat sana.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....

Agaknya mak nampak adegan tu...

sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...

mengharap sedekah dari anak2 nya...



Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke

hulu hati...

rasa nyilu sangat....

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai

sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah

al-fatihah

kiter berikan.....



Mak....

cukup la sampai sini dulu....

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...

pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..



Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer Mak...kiter kasi orang lain baca...

Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...

akhir kata untuk mak,

 I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih

kerana  membesarkan kiter...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...

boleh rasa duduk kat negara orang...

Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian

terima kasih.


Yang Benar,

Anak Mak yang dah Tak Degil...





 Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
 " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

 Huraian hadith:
 - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
 - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
 - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT  - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
 - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

 Kesimpulannya:
 - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
 - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
 InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas
dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

 Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
 malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

 Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki
 mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang
 masih hidup)

 Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang
 beriman.

 Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......


Saturday, August 7, 2010


kisah ibu dan kita.....

  • Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
  • Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
  • Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.
maaak!! rindunye!!!
  • Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”
  • Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”
  • apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.
  • Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
  • Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
  • Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai. berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(Al-Ahqaf: ayat 15)

Lading_Emas

30 June, 2010

Seribu Kesah

Kebencian

Posted by Mutalib attholib
Di sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah ibukota, kelihatan seorang guru sedang berjalan perlahan menuju ke kelasnya yang terletak di hujung koridor sekolah. Guru muda tersebut menolak sebuah troli yang di atasnya terdapat sekarung guni yang agak padat berisi tomato. Kerutan di wajahnya menandakan karungan guni tersebut agak berat. Guru-guru lama di sekolah tersebut hanya memerhatikan perlakuan guru pelatih itu dengan perasaan hairan, namun mereka hanya berdiam diri.

Guru muda tersebut asalnya dari desa. Setelah tamat pengajian di maktab perguruan, dia terus ditempatkan di sekolah rendah itu sebagai guru pelatih. Sebagai seseorang yang telah dididik dengan nilai-nilai murni dari keluarga, dia agak canggung melihat anak-anak muridnya yang bersikap egois dan suka membenci. Walaupun masih setahun jagung, mereka sudah mempunyai sifat permusuhan antara sesama sendiri.

Setelah ucapan selamat dari murid-murid kepada guru muda itu, dia menarik kerusinya dan duduk di tengah kelas membelakangkan papan tulis. Pelajar-pelajarnya memandang guru pelatih itu dengan seribu pertanyaan apatah lagi dengan seguni tomato yang terletak di tepi kerusi guru tersebut.

“Wahai muridku sekalian” ujar sang guru membuka kata. “Tentu kamu semua tertanya-tanya tentang seguni tomato yang saya bawa ini” sambungnya lagi. Murid-murid di dalam kelas itu berpandangan sesama sendiri.

“Saya ada suatu aktiviti yang amat menarik!” jelas guru muda itu apabila melihat anak-anak muridnya mengaru-garu kepala.

“Begini, kamu semua dikehendaki mengambil tomato dari dalam guni ini sebanyak mana bilangan orang yang kamu benci” guru pelatih itu memberi arahan.

“Kemudian kamu hendaklah menulis nama orang yang kamu benci itu di atas tomato tersebut” sambung sang guru lagi. “Setiap tomato mewakili satu nama orang yang kamu benci” ujarnya dengan harapan murid-murid itu memahami arahannya.

Pelajar-pelajar cilik itu berpusu-pusu mengambil tomato dari karung guni tersebut. Ada yang mengambil 3 biji, ada yang mengambil 5 biji, malah ada juga yang ambil hingga 10 biji tomato. Kemudian masing-masing ralit menulis nama orang yang mereka benci ke atas tomato masing-masing. Ada yang menulis nama kawan sekelas yang mereka benci, ada yang mencoret nama guru yang mereka tak suka, ada pula yang melakarkan nama artis yang mereka tidak gemari, dan macam-macam lagi. Ada juga kembali semula ke karung guni untuk mengambil lagi tomato sehingga akhirnya habis semua sekali tanpa sisa.

Setelah selesai, guru muda itu mengagih-agihkan beg plastik kosong kepada setiap anak muridnya dan mengarahkan mereka memasukkan tomato-tomato tadi ke dalam beg plastik masing-masing. Murid-murid itu mematuhi tanpa banyak soal.

“Baiklah pelajar sekalian, saya hendak kamu semua membawa beg plastik masing-masing kemana sahaja kamu pergi samada ke sekolah atau pergi bersiar-siar selepas waktu sekolah.” ujar sang guru dengan nada tegas. “Saya mahu kamu buat apa yang saya suruh ini selama seminggu” sambungnya lagi.

Terkejut sang murid apabila mendengar arahan tesebut. “Tetapi kenapa cikgu?” tanya salah seorang dari mereka.

“Ada sesuatu yang amat menarik akan berlaku selepas 1 minggu” jawab guru muda itu sambil tersenyum. Kata-kata sang guru disambut dengan anggukan kepala para pelajar. Walaupun mereka tertanya-tanya motif arahan tersebut, namun mereka juga teruja dengan tugasan pelik itu. Mereka bagaikan tidak sabar untuk menunggu tempoh seminggu yang ditetapkan oleh guru mereka.

----------

Seminggu berlalu. Guru pelatih itu memasuki kelasnya seperti biasa. “Baiklah murid-murid sekalian,  sila keluarkan beg plastik yang berisi tomato kamu dan letakkan di atas meja masing-masing” arah sang guru sejurus selepas diberi ucapan selamat oleh murid-muridnya.

Dengan wajah yang berkerut, mereka meletak beg plastik mereka ke atas meja. Bau busuk mula menyelinap ke rongga hidung mereka yang berada di dalam kelas. “Baiklah, saya ingin anda semua ceritakan apa yang berlaku selama seminggu ini. Ada apa-apa masalah tak?” soal guru muda itu bersungguh-sungguh.

Umpama bertih goreng, mereka mengadu masalah yang mereka hadapi. Namun rata-rata mengadu tentang tomato mereka yang telah busuk dan bonyor. Tak kurang pula yang mengadu tentang berat tomato terutamanya mereka yang yang mengambil hingga lebih 10 biji tomato minggu lalu. Tambah memeritkan, mereka terpaksa mengusung ia ke sana sini selama seminggu.

Guru pelatih itu hanya tersenyum. Dia cuma memandang sahaja gelagat anak muridnya dengan tenang. Setelah mereka habis mengadu, barulah sang guru berdiri dan mula memberi penjelasan.

“Wahai anak-anak sekalian.. Tomato itu umpama kebencian yang tersimpan di dalam hati kamu” jelas guru itu.

“Seperti mana tomato itu, ia akan menjadi busuk dan berulat apabila disimpan terlalu lama” sambung sang guru lagi.

“Semakin banyak kebencian, semakin beratlah jiwa kamu menanggungnya. Ia menjadikan hati kamu lemah dan terkurung dalam kebinasaan” terang guru pelatih itu lagi.

“Ingatlah, kamu hanya mengusung tomato itu seminggu dan kamu sudah mula rasa tidak selesa. Bayangkan kebencian yang kamu usung ke sana ke mari selama bertahun-tahun… Bagaimana agaknya keadaan hati kita?” soal guru dengan nada yang sedikit sebak.

Murid-murid kelas itu melihat air mata bergenang di mata guru mereka. Sesekali mereka menjeling ke arah tomato-tomato yang membusuk di atas meja. Kotak pemikiran anak-anak cilik itu dapat memahami kiasan sang guru. Jestru itu mereka hanya mampu menundukkan kepala.

______________________________________________

M.A: Ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian, bersihkanlah hati kita dari kebencian yang tidak berkesudahan. Kebencian hanya bisa merosakkan akal, hati dan budi kita sendiri. Belajarlah untuk memaafkan. Belajarlah untuk menyayangi. Moga penulis dan sidang pembaca sekalian berada di bawah payung lindungan Allah sentiasa. Wasalam.

10:50 AM

Rumahku Seluas Semesta

Posted by Mutalib attholib
Seorang sufi ditanya berapa besar rumahnya, berapa ramai ahli keluarganya, dan berapa banyak hartanya. Jawab si sufi “rumahku seluas alam semesta, ahli keluargaku adalah segala yang  terzahir bagiku, manakala hartaku adalah segala khazanah yang terdapat di langit dan bumi”.

Bertanya lagi si penanya “jikalau rumahmu seluas semesta, mengapa aku tidak nampak kamu bersiar-siar di atas awan-awan atau beristirehat di dalam tanah yang kita pijak ini?”
Bertanya si sufi pula “aku juga tidak pernah melihat kamu berjalan di atas bumbung rumahmu, malah aku juga tidak pernah melihat kamu berehat-rehat di bawah lantai rumahmu, maka apa yang kau hairankan jika aku pun begitu?”

Terdiam si penanya. Kemudian dia bertanya lagi “Jika ahli keluargamu itu setiap yang terzahir, maka mengapa kamu membeza-bezakan mereka? Aku melihat kau bergurau-senda dengan anak-anak kucing ditepi jalan, tetapi kamu tidak pula melakukan sedemikian dengan harimau-harimau dihutan? Ketawa sang sufi mendengar soalan si penanya. Pabila reda ketawanya dia pun menjawab “Kamu juga bersenda gurau, bermain kuda-kuda, dan kejar-mengejar dengan anak-anakmu dirumah bukan? Tetapi adakah kau akan melakukan perkara yang sama terhadap bapa saudaramu yang garang dan pemarah? Tentu sahaja cara engkau bergaul dengan adik-beradikmu berbeza dengan cara kau bergaul dengan isterimu, begitu juga cara kau bergaul dengan isterimu tidak sama dengan cara kamu bergaul dengan ibu bapamu. Bukankah begitu?”

Si penanya termanggu sebentar untuk mentamsilkan jawapan si sufi. Setelah beberapa minit berlalu dia bertanya kembali, “jika hartamu adalah segala khazanah yang ada dilangit dan dibumi, maka mengapa kau tidak mengambil sahaja makanan-makanan yang dijual dipasar tanpa membayarnya?

Jawab si sufi sambil tersenyum “adakah kamu sanggup mengambil makanan dari mulut anak-anakmu lalu menyuap kemulutmu? Sudahku khabarkan semesta ini adalah rumahku, dan mereka semua adalah ahli keluargaku, maka adakah aku akan bersikap bakhil dan mementingkan diriku sendiri sahaja? Tentu tidak bukan!”

“Walau dimana pun aku berada, disaat suka mahupun duka, aku tetap rasa tenteram dan damai kerana aku berada di dalam rumahku dan tiada apa yang mampu mengugatku di dalam rumahku sendiri” ujar si sufi menutup kata sambil berjalan tenang meninggalkan si penanya.
2:21 AM

Rumi (Sang Pencinta Agung)

Posted by Mutalib attholib
Jalaluddin Rumi memang bukan sekadar penyair, tetapi ia juga tokoh sufi yang berpengaruh pada zamannya. Rumi adalah guru tersohor tarekat Maulawiah --sebuah tarekat yang berpusat di Turki dan berkembang di daerah sekitarnya. Tarekat Maulawiah pernah berpengaruh besar dalam lingkungan Istana Turki Utsmani dan kalangan seniman pada sekitar tahun l648. 

Sebagai tokoh sufi, Rumi sangat menentang pendewa-dewaan akal dan indera dalam menentukan kebenaran. Pada zamannya, ummat Islam memang sedang dilanda penyakit itu. 

Bagi kelompok yang mengagul-agulkan akal, kebenaran baru dianggap benar bila mampu digapai oleh indera dan akal. Segala sesuatu yang tidak dapat diraba oleh indera dan akal, cepat-cepat mereka ingkari dan tidak diakui. 

Padahal, menurut Rumi, justru pemikiran semacam itulah yang dapat melemahkan iman kepada sesuatu yang ghaib. Dan karena pengaruh pemikiran seperti itu pula, kepercayaan kepada segala hakekat yang tidak kasat mata, yang diajarkan berbagai syariat dan beragam agama samawi, bisa menjadi goyah.

Rumi mengatakan, "Orientasi kepada indera dalam menetapkan segala hakekat keagamaan adalah gagasan yang dipelopori kelompok Mu'tazilah. Mereka merupakan para budak yang tunduk patuh kepada panca indera. Mereka menyangka dirinya termasuk Ahlussunnah. Padahal, sesungguhnya Ahlussunnah sama sekali tidak terikat kepada indera-indera, dan tidak mau pula memanjakannya."

Bagi Rumi, tidak layak meniadakan sesuatu hanya karena tidak pernah melihatnya dengan mata kepala atau belum pernah meraba dengan indera. Sesungguhnya, batin akan selalu tersembunyi di balik yang lahir, seperti faedah penyembuhan yang terkandung dalam obat. "Padahal, yang lahir itu senantiasa menunjukkan adanya sesuatu yang tersimpan, yang tersembunyi di balik dirinya. Bukankah Anda mengenal obat yang bermanfaat? Bukankah kegunaannya tersembunyi di dalamnya?" tegas Rumi. (source: http://www.khamush.com/melayu)

Lading_Emas

Hantu dan Puaka

Bicaraku tentang Hantu dan Puaka PDF  | Print |  E-mail
Sumbangan dari : http://mutalibattholib.blogspot.com/2010/03/bicaraku-tentang-hantu-dan-puaka.html

Cerita-cerita Hantu dan Puaka , atau jembalang begitu sebati dan menjadi satu rencah di dalam alam Melayu. Malah dewasa ini banyak cerita-cerita seram dihidangkan kepada kita baik di dalam media cetak mahupun media elektronik. Ada yang tidak percaya dan tak kurang pula yang percaya kewujudan dan pengaruhnya kepada kehidupan manusia. Kerana itulah institusi-institusi bomoh atau pawang masih bertahan dalam dunia yang semakin maju dan moden ini.

Pontianak, langsuir, pocong, dan pelbagai lagi panggilan sering dinisbatkan pada makhluk yang menjadi igauan ngeri kebanyakaan kita. Wajah yang hodoh dan menakutkan sering menjadi satu label kepada Hantu dan Puaka ini. Tanah perkuburan, hutan tebal, dan rumah tinggal pula sering dikaitkan dengan kemunculan mereka.

Kerana takut kepada Hantu dan Puaka inilah ada yang memakai tangkal, ada yang membuat semah, ada yang meminta izin kepada penunggu laut, hutan, dan gua takala ingin masuk ke dalamnya, dan pelbagai lagi kaedah dicipta manusia untuk terhindar dari kecelakaan yang dibawa oleh mereka. Tak kurang pula yang meminta nombor ekor, minyak pengasih, dan ilmu-ilmu paranormal dari mereka ini. Begitulah kuatnya kesan hantu dalam masyarakat kita.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa hantu-hantu tersebut tidaklah menakutkan jika dibandingkan dengan hantu yang akan saya nyatakan di bawah ini.

Hakikat Hantu

Hantu dan Puaka yang saya maksudkan ini sememangnya menakutkan. Mereka berupaya memporak-peranda dan memusnahkan hidup seseorang insan. Hantu dan Puaka ini dapat merenggangkan hubungan suami-isteri, merosakkan ikatan kemasyarakatan, dan juga melemahkan perpaduan sesama insan.  Malah mereka dapat menimbulkan seribu-satu masalah dalam kehidupan manusia.

Mereka mampu merasuk diri manusia yang tidak memakai apa-apa ‘Pendinding’. Pendinding yang paling baik adalah tangkal yang diambil dari Al-Quran al-Karim. Bagaimanapun, rasukan Hantu dan Puaka ini masih boleh terjadi andai ikatan tangkal itu longgar atau diikat dengan cara yang salah iaitu bukan dari cara yg ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW.

Bagaimanakah untuk kita melawan hantu-hantu ini? Caranya kita perlu membersihkan atau menyucikan tempat berkumpul atau sarang Hantu dan Puaka tersebut. Nampak mudah tetapi perlaksanaannya memerlukan semangat dan keazaman yang kuat. Andai sarangnya telah dibersihkan maka Hantu dan Puaka tersebut tidak dapat menggangu manusia sewenang-wenangnya.


------------------------------------------------------------------------------------


Bismillahirahmanirahim. Sesungguhnya hantu-hantu tersebut adalah Hasad, Dengki, Khianat, Ujub, Riak, Bongkak, Sombong, Malas, Syak-wasangka, Penakut, tidak Amanah, Kedekut, Pendusta,Tamak haloba dan berbagai-bagai lagi . Segala sifat-sifat keji itulah sebenarnya hantu-hantu yang dapat merosakkan diri manusia. Untuk menghalaunya dari diri kita, kita perlu membersihkan sarang berkumpulnya hantu-hantu tersebut. Di mana?

....inna fil jasadi mudghah, iza solahat, solahal jasadu kulluh, wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluh, ala wa hial qalb'

Di dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik maka baiklah keseluruhan jasad, andai ia buruk maka buruklah sekalian jasad. Sesungguhnya ia adalah hati.

Kita mengunakan tangkal al-Quran sebagai pendinding kita. Ianya perlu diikat kemas dan kuat supaya tidak terjatuh atau terlucut. Ia perlu diikat pada apa? Pada lengan? Pada kaki? Pada pinggang? Pada leher? Ianya perlu diikat pada kehidupan kita. Jangan tanggalkan tangkal itu walau sekejap sekalipun.

            Sememangnya kita perlu takut kepada hantu-hantu ini. Kerana apa? Kerana kita takut jika ianya merosakkan iman kita, ketakwaan kita, keikhlasan kita, dan juga akhlak kita. Atas sebab itulah kita perlu melawannya sekuat hati. Inilah yang dipanggil jihad al-kubra (jihad paling besar) oleh Rasulullah SAW.

            Wahai sahabat sekalian, kenapa kita takut kepada hantu-hantu di perkuburan cina, di bawah pokok besar, di dalam rumah tinggal, atau yang berada tengah belantara sedangkan hantu yang paling besar dan menakutkan itu berada di dalam diri kita sendiri?

Di dalam kehidupan nabi dan para sahabat, pernahkah kita mendengar penekanan mereka mengenai kaedah-kaedah menghalau pontianak, mengusir polong, atau menangkap toyol.? Akan tetapi nabi Muhammad SAW menekankan supaya kita bersifat amanah dalam hati, benar dalam percakapan, dan jujur dalam perbuatan. Baginda mengajar kita supaya tidak dengki-mendengki, hasut-menghasut, riak, sombong, dan segala sifat yang negatif dalam diri manusia.

Sesungguhnya itulah hakikat hantu yang sebenarnya. Semoga Allah SWT meredhai kita dan memberi kita kekuatan melawan nafsu kita yang mengila. Wabillahi taufik wal hidayah. Wasalam.

http://mutalibattholib.blogspot.com/2010/03/bicaraku-tentang-hantu-dan-puaka.html
Lading_Emas

27 June, 2010

2010 SUKANEKA Taman Koperasi Bena

Sunday, June 27, 2010


2010 SUKANEKA








Tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang telah menjayakan Hari Sukaneka TKB dengan jayanya..... Tahniah juga kepada semua yang hadir dan seterusnya bersama-sama menjayakan Hari Sukaneka ini...Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah memeriahkan lagi aktiviti ini....




. . Taman KoperasiBENA, IJOK
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~