QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

26 April, 2010

Kematian yg menjemput Kita ~ Imam di Belfast Islamic Centre

 Bersolat Di Funeral Home, Katholik

"Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!"
 kata pegawai polis tersebut.

Bingung.

Solat jenazah.
Di Funeral Home?

Saya kehairanan.
Siapa yang meninggal dunia? saya bertanya.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, jawab pegawai polis itu.

Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi. saya bersetuju.

Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang Jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.

Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.

Suasana diselubungi kesedihan.
Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20an.

Oh, inikah Imam tersebut? tanya beliau.
Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.
Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary beliau memperkenalkan diri kepada saya.
Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam.
Bagus sekali.
"Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?", saya bertanya.
"Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya", kata Jenny.

Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragile seorang bayi.
Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.

"Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!"' kata Jenny.
Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.
Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.

Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria . Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary.

"Maaf saya, Imam. Dia kesedihan"' kata Jenny.
"Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa", saya menjawab.

Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam jelas Jenny lagi.

Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan.
Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti.

Saya berdiri di sisi keranda.
Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat.
Wajahnya ada senyuman.
Rambut dipintal cantik.
Baju gaun putih sungguh berseri.

Saya hampir terlupa, anak kecil yang tidur itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali.
Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca.
Tidurlah sayang. Allah mengasihimu, saya berbisik perlahan.

Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.

Saya, Jamal, Asad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan
hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana . Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang  malang itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat.

Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata.
Aduh!
Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih?
Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu.

Just do it!

Silakan Imam! kata pengerusi majlis.
Tersentak saya daripada lamunan.
Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira saya memulakan bicara.

Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.
Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya.

"Setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya saya", menyudahkan ucapan.

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya:
 "Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)"
[al-Kahf 18: 44]

Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir.

Saya menarik nafas lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah ALHAMDULILLAH.

"Bagaimana dengan pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian?"' bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang hadir.

"Apakah salib yang bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur? Semua itu bukan keutamaan kita."

"Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun sudah merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan Islam itu satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya.
Apa yang penting, amalan si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita khuatirkan. Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!"' saya menjawab.

Lelaki itu berpuas hati.

Beliau beredar meninggalkan dewan Funeral Home itu bersama kami.

Di dalam perjalanan pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan keadaan Mary. Tetapi lega Allah mengambilnya semula pada usia semuda itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya yang Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang Muslim itu pula, entah di mana Islamnya.

BEBERAPA HARI SELEPAS ITU

Pengalaman menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian Katholik dan bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam bayangan saya semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre.

Saya tahu di Belfast memang ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan Syariah dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah pada memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu.

"Assalamualaikum", Imam tiba-tiba Ahmad memanggil saya.

"Wa alaikum al-Salaam. Silakan!"' saya menjawab salam.

"Ada seorang pemuda bernama Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam"' jelas Ahmad.

Saya mempersilakan Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi tidak pasti di mana.

"Imam tidak ingat saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas baby Mary minggu lalu. Saya sepupunya", Jonathan memperkenalkan diri.

"Oh begitu. Maafkan saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?"' saya bertanya.

"Mereka berada di dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny.
Dia memang seorang yang cekal"' terang, Jonathan.

"Apa hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu"'
saya terus kepada urusan utama.

"Semasa kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny. Beliau menangguh-nangguhkan Baptism keatas Mary sehingga Mary mati. Kami semua bimbang dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini menyulitkannya nanti untuk berinteraksi dengan Divine Life."
Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary mati dalam keadaan yang bersih! cerita Jonathan.

Benar. Bukankah itu juga yang sepatutnya? saya menyoal lagi.

Ya, kami semua mahu percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati sebagai manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami, ujar Jonathan lagi.

Saya tergamam.

Ucapan ringkas dan spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya. Rupa-rupanya impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya.

Saya mahu belajar tentang Islam, kata Jonathan.

Masya Allah! benarlah Islam itu fitrah.

Kematian Mary, adalah untuk melahirkan semula Jonathan, seorang anak muda.
Jonathan, Selamat datang ke AGAMA FITRAH..!

Hebat sungguh perancangan- Mu Ya Allah!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG



Lading_Emas

Hadist dan Perkembangannya


Sejarah Perkembangan Hadist (Part One)
Kata Pengantar Penulis
Insya Allah, pada catatan kali ini akan mengambarkan perjalanan hadits dari era Rasulullah sendiri hingga pembukuan hadist oleh Imam-imam hadist. Sehingga tulisan-tulisan ini akan terus bersambung yang akan memudahkan teman-teman yang memang membutuhkannya.
Membaca dan mengkaji perjalanan hadist ini sama saja seperti halnya kita membaca dan mengkaji perjalanan Al-Qur’an itu sendiri. Karena Qur’an dan Sunnah Nabi adalah sumber hukum yang tidak bisa dipisahkan.
Dengan banyak membaca riwayat perkembangan hadist ini, insya Allah akan menumbuhkan rasa cinta kita pada hadist, seterusnya dimungkinkan kita akan mencintai Nabi. Proses itu terus berlanjut dengan kemungkinan mencintai Al-Qur’an pula selain sunnah Nabi. Jika hal itu terus dilakukan apakah tidak mungkin kita akan mengamalkan isi Qur’an dan hadist…Insya Allah.
Mungkinkah kita mengamalkan Qur’an dan Sunnah tanpa cinta lebih dahulu pada keduanya? Mungkinkah kita mencintai keduanya tanpa mengenalnya??? Mungkinkah kita mengenalnya tanpa mempelajarinya? Minimal membaca sejarahnya?? Mungkinkah kita belajar tanpa ada rasa ingin belajar Islam atau tidak ada jerih payah???... Yah semuanya bermula dari yang kecil dan ringan.
Sumber bacaan diambil dari beberapa buku, namun tulisan ini saya ambil dari beberapa catatan di Internet, agar saya pribadi tidak terlalu capek menulisnya. Namun tentu saja terlebih dahulu di edit. Banyak dalil-dalil yang tidak saya tulis karena tulisan ini hanya mengambarkan perjalanan sejarah saja.

Selamat membaca

Pembagian Sejarah Perkembangan Hadist 

Ada beberapa periode untuk mengambarkan perjalanan hadist hingga pembukuaanya yaitu:

Periode pertama: 
Yaitu saat turunya wahyu dan pembentukan hukum dan dasar-dasarnya dari permulaan kenabian hingga beliau wafat pada tahun 11 Hijriyah.
Periode kedua, 
Hadist di masa khulâfa ar-râsyidin yang dikenal dengan masa pembatasan riwayat.
Periode ketiga, masa perkembangan riwayat, yaitu masa sahabat kecil dan tabiin besar.
Periode keempat, 
Masa pembukuan hadis (permulaan abad kedua Hijriyah).
Periode kelima 
Mmasa pentashhikan dan penyaringan (awal abad ketiga).
Periode keenam 
Masa memilah kitab-kitab hadist dan menyusun kitab-kitab jami’ (nama istilah kitan hadist yang masih bercampur antara hadist sahih, hasan, dhaif ataupun maudhu) yang khusus (awal abad keenam sampai tahun 656 h.)
Periode ketujuh, 
Masa membuat syarah, kitab-kitab takhrij, pengumpulan hadis-hadis hukum dan membuat kitab-kitab jami’ yang umum.

PERIODE PERTAMA
Hadis pada Masa Rasulullah Saw 

Para sahabat sangat memperhatikan apapun bentuknya yang berkenaan dengan Rasulullah baik berupa perkataanya, kehidupannya dan yang paling penting yang berkenaan dengan hukun-hukum Islam.
Di samping sebagai Nabi, Rasulullah juga merupakan panutan dan tokoh masyarakat. Beliaupun sebagai pemimpin, bagian dari masyarakat, panglima perang, kepala rumah tangga, teman, maka, tingkah laku, ucapan dan petunjuknya dianggap ajaran untuk berdialog dengan sahabat di berbagai media, dan para sahabat juga memanfaatkan hal itu untuk lebih mendalami ajaran Islam.

Penerimaan & Penghafalan Hadist Oleh Sahabat 

Setelah para sahabat mendengar dari Rasul, merekapun mengisahkan kembali apa yang mereka lihat atau dengar kepada keluarga, teman-teman, tetangga atau siapa saja yang mereka temui. Sebagian sahabat bahkan sengaja datang ke kediaman Nabi meskipun jauh letaknya hanya untuk bertanya. Diriwayatkan ada Kabilah di luar kota Madinah secara rutin mengutus salah seorang anggotanya pergi mendatangi Nabi untuk mempelajari hukum-hukum agama. Dan sepulang mereka kembali ke kampungnya, mereka segera mengajari kawan-kawannya.
Para sahabat yang sudah menerima hadist-hadist dari Nabi, sebagian besar menghafalnya,dan hanya beberapa yang menulis hadis dalam buku. Sebab itu kebanyakan sahabat menerima hadis melalui mendengar dengan hati-hati apa yang disabdakan Nabi. Ketika menghafal terekamlah lafal dan makna itu dalam sanubari mereka. Mereka dapat melihat langsung apa yang Nabi kerjakan. atau mendengar pula dari orang yang mendengarnya sendiri dari nabi, karena tidak semua dari mereka pada setiap waktu dapat mengikuti atau menghadiri majelis Nabi. Kemudian para sahabat menghapal setiap apa yang diperoleh dari sabda-sabdanya dan berupaya mengingat apa yang pernah Nabi lakukan, untuk selanjutnya disampaikan kepada orang lain secara hapalan pula.
Diantara sahabat yang mencatat hadis yang didengarnya dari Nabi Saw antara lain Abu Hurairah yang meriwayatkan hadist (dalam kitab-kitab hadist sekarang) sebanyak 5.374 buah hadis. Kemudian para sahabat yang paling banyak hapalannya sesudah Abu Hurairah ialah:
1. Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan 2.630 buah hadis.
2. Anas bin Malik meriwayatkan 2.276 buah hadis.
3. Aisyah meriwayatkan 2.210 buah hadis.
4. Abdullah ibnu Abbas meriwayatkan 1.660 buah hadis.
5. Jabir bin Abdullah meriwayatkan 1.540 buah hadis.
6. Abu Said AI-Khudri meriwayatkan 1.170 buah hadis.

Cara Sahabat Menerima Hadist 

Ada beberapa cara yang ditempuh para sahabat untuk mendapatkan hadist antara lain:

  • Para sahabat selalu mendatangi majelis ilmu yang diselanggarakan Rasulullah Saw. Beliaupun selalu menyediakan waktu untuk mengajar para sahabat. Jika ada seorang sahabat absen, sahabat lain yang hadir akan memberitahukan pengajaran yang di dapat. Bahkan banyak sahabat yang diam-diam memperhatikan kehidupan Nabi meskipun harus bertanya kepada istri-istri beliau





  •  Rasulullah sendiri yang mengalami persoalan kemudian memberitakan kepada sahabat. Sahabat lain yang mendengar langsung menyampaikan lagi pada keluarganya dan sahabat lainnya. Sehingga sabda Nabi ini cepat tersebar luas. Jika yang hadir sedikit, Rasulullah memerintahkan agar yang tidak hadir diberitahu





  •  Para sahabat sendiri yang langsung bertanya kepada Nabi tanpa malu-malu ketika ada persoalan yang menimpa mereka. Ataupun jika ada seorang sahabat yang merasa malu untuk bertanya, iapun mengutus sahabat lainnya.





  • Semangat Para Sahabat Dalam Menerima & Menyampaikan Hadist 
    Minat yang besar para sahabat Nabi untuk menerima dan menyampaikan hadist disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya:

  • Dinyatakan secara tegas oleh Allah, bahwa Nabi Muhammad adalah panutan utama (uswah hasanah) yang harus diikuti oleh orang-orang beriman dan sebagai utusan Allah yang harus ditaati oleh mereka. Allah berfirman:
    “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu.” (QS. AL-Ahzab: 21)





  •  Allah dan Rasul-Nya memberikan penghargaan yang tinggi kepada mereka yang pengetahuan (ilmu Islam khususnya). Seperti yang terdapat dalam Qur’an:

    "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (QS. Az Zumar : 9)

    Para sahabat berusaha memperoleh ilmu yang banyak yang pada zaman Nabi, sumber pengetahuan adalah Nabi sendiri.





  • Nabi memerintahkan para sahabatnya untuk menyampaikan pengajaran kepada mereka yang tidak hadir. Nabi menyatakan bahwa boleh jadi orang yang tidak hadir akan lebih paham daripada mereka yang hadir mendengarkan langsung dari Nabi. Perintah ini telah mendorong para sahabat untuk menyebarkan apa yang mereka peroleh dari Nabi.





  • Kesimpulan


  • Para sahabat sangat antusias mencari dan mendengarkan hadist Nabi Saw. Bahkan mereka tidak segan bertanya atau mencari tahu hadist yang tidak didengarnya dari sahabat lainnya. Meskipun jarak tempuh yang mereka lakukan untuk mendengar hadist begitu jauh.





  • Mencari ilmu pengetahuan Islam ketika itu adalah mencari, mendengarkan dan mendiskusikan hadist dari sumbernya langsung yaitu Nasi Saw





  • Pembelajaran Islam, ketaatan dalam Islam indentik dengan mencari Ilmu Islam itu sendiri. Ini dibuktikan dengan peragaan sahabat yang terus mencari ilmu, belajar dan berguru.Di tangan sahabat inilah Islam bersinar terang ke semua belahan dunia. Karena di tangan mereka adalah ilmu Islam yang akan terus digapai oleh generasi Islam berikutnya.





  • Islam adalah ilmu sebelum bertindak, artinya mereka.."sami'na wa Atho'na..Aku tunduk dan aku patuh. Mereka sangat khsusuk mendengarkan hadist dan ketika mengajarkannya, tanpa memikirkan lebih jauh ketika itu. Namun setelah wafatnya sang Nabi, para sahabat terkenal dengan kepiawaian mereka dalam diskusi, dalam berpidato, dalam fikih, tafsir dan lainnya. Meskipun ketika Nabi masih hidup sebagian besar para sahabat tidak bisa membaca dan menulis....pantaslah jika Allah Swt memuji para sahabat dan ridha kepada mereka




  • "Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun ridha (merasa puas terhadap limpahan rahmat) Allah." (QS. Al-Mujadilah22)



    Sejarah Perkembangan Hadist (Part Two)
    Hadist Pada Zaman Sahabat (Khulafa ar-Rasyidin) 
    Sahabat adalah orang yang pernah bertemu Nabi Saw dan beriman kepada beliau. Sahabat Besar (Kibar Sahabat) berarti sahabat yang sering bersama Nabi Saw, dan banyak belajar dari beliau seperti Abu Bakar, Umar bin Khattab. Sahabat Kecil (Shighar Sahabat) adalah para sahabat yang pernah bertemu dengan Nabi Saw kemudian beriman di hadapan beliau. Namun karena satu sebab mereka jarang bertemu Nabi, ataupun berada di kota lainnya dan lainya.
    Setelah wafatnya Rasulullas Saw, sahabat Nabi yang pertama menjadi khalifahh adalah Abu Bakar ash-Shiddiq (wafat 13 H/634 M), kemudian disusul oleh Umar bin Khaththab (wafat 23 H/644 M), Ustman bin Affan (wafat 35 H/656 M), dan Ali bin Abi Thalib (wafat 40 H/611 M). keempat khalifah ini dalam sejarah dikenal dengan sebutan al-Khulafau al-Rasyidin dan periodenya disebut dengan zaman sahabat besar (Kibar Sahabat)
    Sesudah Ali bin Abi Thalib wafat, maka berakhirlah era sahabat besar dan menyusul era sahabat kecil. Dalam masa itu muncullah tabi’in besar yang bekerja sama dalam perkembangan pengetahuan dengan para sahabat Nabi yang masih hidup pada masa itu. Di antara sahabat Nabi yang masih hidup setelah periode Khulafa al-Rasyidin dan yang cukup besar peranannya dalam periwayatan hadis diantaranya: ‘Aisyah (W. 57 H/677 M), Abu Hurairah (W. 58 H/678 M), Abdullah bin Abbas (w 68 H/687 M), Abdullah bin Umar bin Khattab (W. 73 H/692 M), dan Jabir bin Abdullah (W. 78 H/697 M)


    Para Sahabat Sangat Berhati-hati Dalam Meriwayatkan Hadist
    Abu Bakar merupakan sahabat Nabi yang pertama-tama menunjukkan kehati-hatiannya dalam periwayatan hadis. Pernyataan al-Dzahabi ini didasarkan sikap Abu Bakar ketika dihadapai satu kasus waris untuk seorang nenek. Suatu ketika, ada seorang nenek menghadap kepada khalifah Abu Bakar, meminta hak waris dari harta ynag ditinggalkan oleh cucunya. Abu Bakar menjawab bahwa dia tidak melihat petunjuk al-Qur’an dan praktek Nabi yang memberikan bagian harta waris kepada nenek. Abu Bakar lalu bertanyaa kepada para sahabat. Mughirah bin Syu’bah menyatakan kepada Abu Bakar, bahwa Nabi telah memberikan bagian waris kepada nenek sebesar seperenam (1/6) bagian. Al-Mughirah mengaku hadir ketika Nabi menetapkan demikian itu. Mendengar pernyataan tersebut, Abu Bakar meminta agar al-Mughirah menghadirkan seorang saksi. Lalu Muhammad bin Maslamah memberikan kesaksian atas kebenaran pernyataan Mughirah itu. Akhirnya Abu Bakar menetapkan kewarisan nenek dengan memberikan seperenam bagian berdasarkan hadis Nabi yang disampaikan Mughirah tersebut.
    Kasus dia atas menunjukan, bahwa Abu Bakar tidak segera menerima riwayat hadis, sebelum meneliti periwayatannya. Jika ternyata ada seorang sahabat pernah mendengar hukumnya dari Nas Saw, maka ia harus menghadirkan seorang saksi.


    Seruan Umar Agar Teliti Meriwayatkan Hadist 
    Sebagaimana Abu Bakar, khalifah selanjutnya, Umar bin al-Khaththab juga terkenal sangat hati-hati dalam periwayatan hadis. Hal ini terlihat misalnya, ketika Umar mendengar hadis yang disampaikan oleh Ubay bin Ka’ab, Umar baru bersedia menerima hadis dari Ubay, setelah para sahabat yang lain, seperti Abu Dzar menyatakan telah mendengar pula hadis Nabi tentang apa yang dikemukakan oleh Ubay tersebut. Akhirnya Umar berkata kepada Ubay :
    ”Demi Allah, sungguh saya tidak menuduhmu telah berdusta. Saya bertindak demikian karena saya ingin berhati-hati dalam periwayatan hadis Nabi”.

    Selain itu, Umar juga menekankan kepada para sahabatnya agar tidak meriwayatkan hadis di masyarakat. Alasannya, agar masyarakat tidak terganggu konsentrasinya untuk membaca dan mendalami Al-Qur’an.
    Alasan lainnya adalah karena dengan meriwayatkan hadist ketika, jika tidak berhati-hati akan menyebabkan banyak kesalahan dalam periwayatan dan ini bersumber pada sabda Nabi Saw sendiri:
    “Seorang dianggap pembohong jika membicarakan (meriwayatkan) sesuatu yang didengarnya (jika tidak benar).” (HR. Muslim) 
    Hal lain yang menyebabkan ketatnya penerimaan hadist oleh kedua khalifah ini, karena ditakutkan hadist itu diriwayatkan dengan tidak benar, tergesa-gesa sehingga menyebabkan kesalahan dalam periwayatan. Jika riwayat itu salah maka hal itu dianggap pembohong, dan membohongi Nabi sendiri. Ancaman Nabi Saw bagi yang membohongi dirinya adalah neraka seperti ancaman beliau Saw:


    “Barang siapa membohongi diriku, maka bersiaplah tempat duduknya dari api neraka.” (HR. Bukhari) 


    Implikasi Seruan Dua Khalifah 
    Kehatian-hatian dua orang khalifah ini, atau bisa dikatakana sangat hati dalam menjaga dan melestarikan hadist akhirnya memumpayai implikasi positif. Dalam arti bahwa semua sahabat yang mendengar dari Nabi Saw (hadist) haruslah teliti. Sehingga otensitas hadist akhirnya bisa terjaga dan interpreatsi pemahaman hadist akhirnya tidak terlalu lebar khususnya bagi generasi Islam selanjutnya.
    Seruan ini tidak saja hanya berlaku bagi para sahabat, bahkan pata tabi’in pun sangat berhati dalam meriwayatkan atau menerima sebuah hadist dan keharusan adanya saksi terlebih dahulu. Bahkan di majelis-majelis ilmu tidak dibenarkan meriwayatkan hadist lebih dari tiga atau empat hadist. Agar supaya para santri/mahasiswa/ tholib dapat memahami hadist dengan baik dan mencernanya dengan sempurna.
    Bahkan sering dikatakan sebuah anekdot jika ada orang yang banyak meriwayatkan hadist dengan tidak teliti:
    “Orang yang meriwayatkan hadist, sesungguhnya dia memasukan sesuatu antara Allah dan orang itu, dan lihat saja apa yang dimasukannya (maksudnya setan).” 


    Pelestarian Hadist dibawah Pimpinan Utsman dan Ali 
    Dua khalifah ini, sebagaimana dua khalifah sebelumnya, sangat teliti pula dalam menjaga, melestarikan hadist dan ketat sekali dalam periwayatan.
    Namun tindakan khalifah Utsam dan Ali tidak seketat dua pendahulunya, karena dimungkinkan beberapa sebab:
    Meluasnya wilayah Islam dan banyak mayarakat daerah penaklukan masuk Islam, dengan demikian dibutuhakan tenaga pengajar untuk mengajar (Hadist ketika itu adalah sumber pengajaran Islam selain Qur’an).
    Boleh dikatakan pula sulit mengontrol periwayatan hadist setelah daerah kekuasaan Islam terbentang luas.
    Khalifah Utsman lebih sedikit meriwayatkan hadist yang terdapat dalam kitab-kitab hadist saat ini. Karena mungkin sekali kegiatan pencatatan Qur’an menjadi kagiatan utama yang dilakukan beliau selain menghadapi bebrbagai masalah. Sehingga waktu pengajaran beliau sangat sediit dibanding ketiga Khalifah lainnya.
    Sedangkan Ali bin Abi Thalib banyak meriwayatkan hadist.


    Sikap Para Sahabat Lainnya Terhadap Hadist 


    1. Para Sahabat yang banyak meriwayatkan Hadist
    Namun ada beberapa sahabat yang banyak pula meriwayatkan hadist diantaranya Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, Siti A’isyah, Abu Darda, Abu Dzar Al-Ghifari. Namun para sahabat ini tidak sembarangan menriwayatkan tanpa ketelitian.
    Abu Hurairah misalnya pernah ditanya ketika diketahui ia banyak meriwayatkan hadist:” Apakah kamu bersama kami ketika Nabi Saw berada di tempat ini? (Maksudnya: Abu Hurairah adalah sahabat yang hanya 2 tahun saja bersama Nabi sebelum beliau wafat. Dan ia ditanya agar memastikan bahwa hadist yang diriwayatkan benar-benar dari Nabi atau bukan hadist palsu. Pen) Abu Hurairah,” Benar! Aku mendengar Nabi Sae bersabda: Barang siapa berbohong atas namaku, maka bersiaplah bahwa tempat duduknya kelak dari apai neraka.”
    Begitu pula dengan siti A’isyah meskipun dikenal banyak meriwayatkan hadist, namun ia menolak jika hadist itu bertentangan dengan Qur’an.
    Ketika ia mendengar hadist yang menyatakan bahwa orang mati itu diadzab Tuhan karena ditangisi keluarganya. Bunyi hadis itu. ‘:”… sesungguhnya orang mati itu diadzab karena tangis keluarganya …”
    Aisyah menolak hadis itu dengan nada tanya :”Apakah kalian lupa firman Allah : … seseorang tidak akan menanggung/memikul dosa orang lain 


    2. Sahabat Yang Sedikit Meriwayatkan Hadist 
    Beberapa sahabat yang termasuk sedikit dalam meriwayatkan hadist ketika itu Zaid Ibn Arqam, Zubair ibn ‘Awam, ‘Imran ibn Hashin, Anas Bin Malik, Saad bin Abi Waqqasdan lainnya.
    Anas bin Malik pernah berkata, sekiranya dia tidak takut keliru niscaya semua apa yang telah didengarnya dari Nabi dikemukakan pula kepada orang lain. Pernyataan Anas ini memberi petunjuk bahwa tidak seluruh hadis yang pernah didengarnya dari Nabi disampaikannya kepada sahabat lain atau kepada tabi’in, dia berlaku hati-hati dalam meriwayatkan hadist.
    Saad bin Abi Waqqash (w. 55 H/675 M), pernah ditemani oleh al-Sa’ib bin Yazid italicsdalam perjalanan dari Makkah ke Madinah pergi-pulang. Selama dalam perjalanan, Sa’ad tidak menyampaikan sebuah hadis pun kepada al-Sa’ib. Apa yang dilakukan Sa’ad itu tidak lepas dari sikap hati-hatinya dalam periwayatan hadist
    Sikap hati-hati para sahabat Nabi tersebut bukan hanya ketika menyampaikan hadis saja, melainkan juga ketika menerimanya. Tidak jarang seorang sahabat terpaksa menempuh perjalanan yang sangat jauh hanya untuk mendapatkan atau mencocokkan sebuah hadis saja.


    Rihlah Ilmiah Para Sahabat Dalam Mencari Ilmu (Mencari Hadist) 
    Para sahabat, yang pernah bersama Nabi Saw baik dalam keadaan suka dan duka, yang tahu turunya wahyu, mereka pula murid-murid langsung dari Rasulullah Saw, tidak pernah lelah dalam mencari ilmu. Mencari ilmu ketika itu adalah dengan mendengar atau mencari hadist, karena hadist adalah sumber ilmu, selain sebagai penafsir Qur’an.
    Abu Ayyub Anshari misalnya yang bertempat di MaAdinah pernah mendatangi Uqbah bin ‘Amir di Mesir hanya untuk menanyakan satu hadist saja.
    Begitu pula dengan Jabir bin Abdullah seperti yang tercantum dalam riwayat Bukhari, bahwa ia pernah berjalan sebulan penuh dari Madinah ke Syam (Jordan, Syria sekarang) hanya untuk mencari satu hadist saja yang belum ia dengar sebelumnya.
    Begitu pula dengan sahabat lainnya, mereka banyak belajar pula dari sahabat lainnya tanpa malu-malu


    Kesimpulan 
    1. Hadist di masa Khulafa Rosyidin diatur ketat dan periwayatan hadist diharuskan dengan teliti agar periwayatan itu benar dan sesuai dengan apa yang didengarnya dari Nabi.
    2. Teliti dalam menriwayatkan hadist khususnya di bawah pemerintahan Abu Bakar dan Umar bukan berarti menyedikitkan riwayat atau penyebaran hadist. Maksud lain dari perintah itu adalah orang-orang yang baru masuk Islam lebih memfokuskan diri belajar Qur’an terlebih dahulu.
    3. Para sahabat yang sedikit meriwayatkan hadist pada waktu itu pada dasarnya meniliti terlebih dahulu apa yang akan diriwayatkannya dengan berkonsultasi dengan sahabat lainnya. Agar periwayatan tidak salah karena adanya ancaman keras dari Nabi Saw jika berdusta atas namanya.
    4. Para sahabat yang banyak meriwayatkan hadist ketika itu mereka telah meniliti terlebih dahulu dan telah yakin bahwa apa yang diriwayatkan itu sesuai dengan apa yang didengarnya dari Nabi Saw.
    5. Ketelitian dan ketakutan sahabat ini sangat beralasan karena Ilmu Islam bukanlah hanya bicara tanpa ilmu pengetahuan, namun diharuskan mengisi akal dan hati dengan ilmu terlebih dahulu. Banyak bicara, banyak berdiskusi apalagi banyak mengkritik yang tidak berlandaskan ilmu yang memadai tidak akan berbuah solusi dan manfaat.
    6. Para sahabat yang pernah di didik dan diajar oleh Nabi Saw sendiri tidak pernah puas dengan apa yang dilihat dan didengarnya dari Nabi Saw. Namun mereka tetap mencari ilmu tanpa lelah. Karena mencari ilmu Islam adalah salah sebab kecintaan mereka terhadap Nabi Saw. Kecintaan mereka terhadap Qur’an.
    7. Sebab seseorang yang mencintai Islam, mencintai Qur’an dan mencintai Sunnah pastilah dia tidak akan jemu dan lelah mencari ketiganya meskipun jauh letaknya.



    Sungguh besar perjuangan kalian wahai para sahabat..Islam ini bersinar ke belahan dunia hingga kini atas jasa kalian…
    Kalian melihat langsung sang kekasih, Rasulullah Saw, Namun sampai wafat sekalipun, kalian tetap setia mencari dan menjaga sunnah. Berbahagialah bagi kita yang mengikuti jejak langkah kalian 

    yat-Ayat Rezeki....... (Mohon Izin & Doa)
    Bismillahirahmanirohim
    Allahumma inni Asaluka ilma nafian wa rizqon wasian wa syifaan min kulli dain

    Ya Allah, aku memohon pada Mu ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan obat dari segala penyakit

    Ayo....
    Ayo kita berkata baik, ayo kita memberi berkah dan manfaat kepada orang lain, ayo kita menanam benih kebaikan, ayo kita mendekat kepada Allah, ayo kita mencoba sebisa mungkin mengikuti sunnah Nabi Saw....Karena apa!!!! karena apapun bentuknya akan ada balasannya kelak. Yang buruk dibalas buruk begitu pula yang baik.......


    Renungan Hadist
    “Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhya pada hari kiamat nanti ia akan datang untuk memberi syafaat (penolong) bagi para pembacanya (yang mengamalkan).” (HR. Muslim) 


    I. Apa Kata Mereka Tentang Al-Qur’an 

    Utsman bin Affan ra, “Andaikata hati kalian itu bersih, maka tidak akan pernah kenyang dari kalam Rabb (ingin selalu membaca Al-Qur’an).”

    Ibnu Mas’ud ra, “Barangsiapa ingin mengetahui apakah ia cinta kepada Allah (atau tidak), hendaknya mengukur dirinya dengan Al-Qur”an. Jika ia cinta kepada Al-Qur”an (selalu membacanya), berarti cinta kepada Allah, karena Al-Qur’an adalah kalam Allah.”

    Khabab ra, “Mendekatlah kepada Allah semampumu! Ketahuilah jalan yang paling disukai oleh Allah untuk mendekat pada-Nya adalah membaca Al-Qur”an.” 



    II. Pengalaman Pribadi 

    Hampir 23 tahun yang lalu, ketika saya masih mondok di Madrasatul Qur’an, Tebuireng Jombang. Guru kami, Almarhum, Kyai Yusuf Mahsyarseorang hafidz Qur’an (hafal 30 juz) selalu memerintahkan santrinya setiap malam senin malam dan kamis malam untuk selalu membaca 3 surat. Surat Yasin, Surat Ar-Rahman dan Surat Al-Waqiah.
    ”Pak kyai kan nggak punya uang untuk mbangun pondok ini! Sosok kyai yang ikhlas dalam mengabdi untuk mendakwahkan syiar Islam. Tidak ada bayaran, semua fasilitas tersedia, perpustakaan lengkap, bahkan di waktu tertentu, sang kyai menjamu para santrinya.
    Uangnya dari mana!! “Kenapa sih kok terus menerus baca 3 surat itu!!! Emang nggak ada yang lain!!”Nah inilah pegawai Allah, mereka tidak pernah berhenti meminta kepada Allah. Madrasatul Qur’an, yang sekarang megah berdiri di area seluas 5 hektar itu hanya dibayar dengan 3 surat itu saja. Yah hanya 3 surat itu saja!! Uang mengalir dari sana sini, tanpa ada pembebanan pada santri. Masya Allah, begitu besar karunia Allah, begitu ikhlas nya sang kyai, dan ternyata Allah mau membantu orang yang berjuang di jalan-Nya.
    Yah udahlah nggak perlu dijelaskan dalilnya disini tentang fadhilah keutamaan membaca 3 surat itu, dan bukan berarti surat yang lain tidak berharga dibanding ayat itu.
    No..no…baca Qur’an jelas menjadi prioritas, tapi yah…ada wirid mingguan dari sebagian surat Al-Qur’an gitu loch…

    III. Semua Serba Sebelah Kanan 

    Ketika kami meginjakan kaki pertama kali tanah suci tahun 93, ada pelajaran berharga yang saya dapat. Cuman dua saja, dan ini sangat berarti dalam rihlah ilmiah selanjutnya. Yah nama nya anak muda yang makan seenaknya sekali waktu saya makan dengan tangan kanan dan kemudian mengambil gelas minuman dengan tangan kiri.
    Tiba-tiba seorang teman, kebetulan lulusan salah satu universitas di Madinah bilang, “ Coba deh makan dengan tangan kanan.” Kan tangan saya di pake makanan. Kan nantinya gelasnya kotor dengan nasi. “Coba kamu minum dengan tangan kiri sambil menempelkan tangan kanan, agar pahala sunnah dapat.” “Kenapa sih kok terus menerus baca 3 surat itu!!! Emang nggak ada yang lain!!”
    Nah inilah! Ternyata pola hidup mencontoh Nabi Saw, dalam artian kehidupan keseharian dimulai yang paling sederhana. Yaitu memulai semuanya dari sebelah kanan, makan dengan tangan kanan, pake sepatu/sandal pake kaki kanan dll.
    Kita bisa melakukannya dari yang kecil saja, yaitu tadi, semuanya serba sebelah kanan. Apa pentingnya? Apa untungnya? Yang jelas pasti ada pahalanya…dan pastinya ada keberkahan di balik itu.
    Bukankah hal yang besar dimulai dari yang kecil dulu???? italics


    Minta Doa & Minta Izin
    Tanggal 6 ini, Insya saya dan jamaah akan berangkat berumrah, dan mohon maaf bila ada pertanyaan atau bahkan jika ada yang meng add dan mungkin sekali akan lama di confirm nya.
    Doakan kami agar selamat tiba di tujuan dan selamat pula kembali ke tanah air. Insya Allah teman-teman tidak lupa kami doakan...amiiinnn


    Semoga bermanfaat dan terima kasih

    Wassallam

    Kang Ackmanz 
    http://facebook.com/kang.ackmanz


    Lading_Emas

    23 April, 2010

    TAUHID



    ~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH PADA SETiAP KERLiPAN & PD STiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA PD iLMU ALLAH ~**~









    Lading_Emas

    Cannot stop myself from sharing this with all of you


    Subject: Very important Must read_perhaps........

    Dear all,

    I cannot stop myself from sharing this with all of you.

    Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

    After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

    I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free.

    The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

    Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run own. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported.. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

    Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

    Be Safe and Stay Alert!

    Please pass around to your family and friends!

    Lading_Emas

    21 April, 2010

    Apa Tanda jika Anda Gagal?



    Apa Tanda Jika Anda Gagal ?
    Oleh
    Zaharuddin Abd Rahman
      


    Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal , mental, malah juga spritualnya.
    Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.
    Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.
    Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Mankala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.
    Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.
    Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.
    Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.  
    Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.
    KEGAGALAN DAN SAYA
    Saya sendiri pernah gagal dalam banyak perkara, namun Alhamdulillah, ia tanda kita perlu membuat perubahaan yang agak besar bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha tersebut, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya sebuah perubahan itu amat perit dan berat, lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia sebuah kemestian. Hasilnya apabila tepat cara pengendalikan kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik.
    Tatkala itu baru kita sedari, rupanya kegagalan itu adalah sebuah titik kepada penyambungan titik yang lain dalam kehidupan kita. Ia seperti sebuah simpang yang menjauhkan kita dari kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa hadapan.
    Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat bachelor di Timur Tengah. Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di dalam Universiti Malaya, segala pengalaman yang diperoleh itu amat banyak mencorak kehidupan saya selepas itu. Akhirnya selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Bachelor, tetapi Masters.
    Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar, hikmah dan kebaikan darinya, namun ia agak personel untuk dikongsikan. Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta'ala telah mengingatkan "Sessunguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan"
    Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan aqal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.
    UCAPAN STEVE JOBS YANG ‘BRILLIANT'
    Di ketika saya menulis ini, saya amat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, CEO syarikat ternama dunia, Apple dan PIXAR. Pengasas iPhone, iPod dan iPAd.
    Beliau menceritakan bagaimana beliau gagal di university yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, sebuah revolusi dalam dunia komputer malah ia merupakan idea yang ditiru kemudiannya oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.
    Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat telah menolaknya keluar dari syarikat tersebut. Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi Toy Story yang amat popular. Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Storymungkin belum pasti bila akan wujud.
    Selain itu, pelbagai nasihat lain turut diberikan oleh Steve Job dalam ucapannya, termasuklah memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta dan minat, tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat tersebut mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan Hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.
    Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perana ‘merasa akan mati' memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan.  Jobs berkata
    "Remembering that I'll be dead soon is the most important tool  I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose"
    Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah saw untuk diterapkan kepada umatnya agar berusaha berfikri sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang penting dan kurang penting.  Bagi umat Islam, apa yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Janganlah menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.
    Benar, apa sahaja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya, sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI, kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakuakn segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.
    Dengarkan ucapan Steve Job, pengasas computer Apple, Animasi PIXAR, salah seorang billionaire di planet bumi.(anggaran asetnya bernilai USD5.1 billion). Pada hemat saya, ucapan beliau ini amat cemerlang. Sayangnya beliau belum mendapat hidayah kepada Islam.
    Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.
    Jadikankegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

    Lading_Emas

    19 April, 2010

    Sejenak BersamaMu Ya Rasulullah...



    Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
    - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

    - Aku melihat cahaya dari lidahnya..

    - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit.

    - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


    - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


    - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

    - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
    - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


    - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


    - Wajahnya seperti bulan purnama.


    - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.


    - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
    marah.

    - Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

    - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
    di bahagian sudut.

    - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
    pertama kali melihatnya.

    - Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

    - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


    - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


    - Janggutnya penuh dan tebal menawan.


    - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
    lehernya putih seperti perak sangat indah.

    - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


    - Rambutnya sedikit ikal.


    - Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah
    bahu tapi disisir rapi.

    - Rambutnya terbelah di tengah.


    - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
    dari dada ke pusat.
    - Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

    - Seimbang antara kedua bahunya.

    - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
    dan tersusun dengan cantik.

    - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

    - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
    terlalu licin sehingga tidak melekat air.

    - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


    - Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
    putih. - Warna putihnya lebih banyak.

    - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


    - Warna kulitnya putih tapi sihat.


    - Kulitnya putih lagi bercahaya.


    - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
    - Badannya tidak gemuk.

    - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
    sederhana lagi kacak.

    - Perutnya tidak buncit.


    - Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
    baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


    Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

    Pernahkah kita terfikir betapa saat akhir hayat Rasulullah mengingatkan kita semua betapa mendalamnya cinta baginda terhadap umatnya...

    Wahai ALLAH, izinkan hambamu ini menukil kembali kenangan itu....

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

    Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

    "Maafkanlah, ayahku sedang demam,"
    kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
    "Siapakah itu wahai anakku?".
    "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.

    Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
    "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.

    Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


    "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
    Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
    "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

    Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


    "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
    Tanya Jibril lagi.
    "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

    "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
    Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
    "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

    Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

    "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
    "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
    "Ya Allah, dahsyat gerangan maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "

    Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya (lantas terdengar Rasulullah berkata:)
    "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)
    Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
    "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

    Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Semoga cinta kita pada Rasulullah adalah cinta yang abadi.


    Lading_Emas

    14 April, 2010

    Mayat yg berjalan balik


    Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
    mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
    kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman 
    Indonesia yg berbukit
    bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
    diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
    dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
    tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut. 



    Mayat Bangun Berdiri

    Sekitar umur saya 15 tahun, saya pernah diajak arwah guru saya ke Gunung Tebu, Jertih, Terengganu.Tujuan kami ke sana adalah untuk mencari akar kayu dan herba, khasnya bunga orkid hutan bagi membuat makjun.

    Bersama guru, abang Jak dan saya, kami memulakan pendakian sekitar jam 9 pagi. Walaupun seharian berjalan, barang yang dihajati masih tidak ditemui. Lalu, arwah guru saya bercadang bermalam di situ setelah kata sepakat diambil. Mungkin esok rezeki kami.

    Ketika bermalam bersama guru, saya perhatikan beliau tidak digigit nyamuk. Saya dan abg Jak letih menggaru menahan gigitan nyamuk hutan. Bila ditanya, petua yang guru amal amatlah mudah.
    Caranya ialah dengan menggunakan batang pokok tepu yang dibelah dua. Bahagian dalamnya kemudian digosok pada badan sambil membaca selawat ke atas Nabi Nuh a.s.'salamun 'ala nuhin fil 'alamin'. Insyaallah, dengan petua ini, tiada lagi serangan gigitan nyamuk. Lagi power dari sheltox....

    Sekitar jam 11 malam, saya terdengar seperti orang berjalan. Keresahan mula terasa dan reaksi tersebut disedari guru saya. Pada itu, saya melihat guru duduk bersimpuh sambil memejam mata. Lagaknya seperti pendekar yang menunggu musuh dalam gelap.
    "Ni bukan calang-calang 'benda' ni..!", kata guru pada kami. Seraya itu, kami diberi arahan dalam lenggok isyarat agar bersedia dengan parang dan batang rotan.
    "Siapa?" tanya guru pada arah pokok tembesu. Soalan ini diulang beberapa kali..

    Tiada jawapan yang didengar. Masing-masing membisu dan bersedia dengan apa yang akan berlaku.

    " Mu masuk kawasan aku ikut suka hati mu jer. Mu ingat sini boleh masuk sajo-sajo jah ko?", jawab suara di sebalik pokok tembesu tersebut.

    "Kawan datang bukan nak ganggu. Tapi kalu mu nak lawan khalifah Allah ni, keluarlah. Jangan jadi pengecut!", cabar guru.

    Seraya itu, keluar lelaki dari balik pokok tembesu tesebut. Lelaki itu tidak berbaju dan memakai seluar pendek. Bau dari badannya macam nak muntah. Macam bau mayat. Memang saya perasan bila melihat lelaki tu. Walaupun dalam samar api pelita, mukanya berulat dan bahagian kiri pipinya dah nampak tulang.

    " Jak dengan Adik(saya) dok diam-diam. Hok ni 'barang' bisa ni. Jangan putus zikir", arah guru pada kami. Kemudian, saya melihat guru membaca 'wa iza bathosh tum, batosh tum jabba rin' dan ditiup pada rotan yang dipegangnya. Tahulah saya bahawa ketika itu guru membuka amalan parang terbang.

    Tanpa dijangka, lelaki itu meluru ke arah guru. Kedua tangannya mara ke leher guru. Dengan tongkat rotan yang sudah di 'isi', guru gunakan untuk menangkis tangan lawan. Tongkat guru juga sempat dihayun ke rusuk kanan seterusnya belakang lutut lawan. Setiap tujahan tongkatnya disertai dengan kalimah 'Ya Qayyum'. Terduduk lelaki tersebut menahan kesakitan.

    " Mu mari tempat aku, pah mu wak aku gini!" lelaki itu merenung guru. " Mu sapo hah?".

    Sungguh kagum saya pada guru. Walaupun berdepan dengan lelaki sebegitu, dia boleh tenang serta merta. Jawapannya juga lembut.

    "Siapa aku bukan penting. Kami hanya singgah sementara saja. Bukan nak cari musuh. Atas badan siapa kamu tumpang ni? Kamu tak kesian pada jasad ke?".

    Lelaki itu masih menyinga. "Aku sakit la bodoh! Macam mana kau tahu aku takut dengan tongkat rotan kau tu?Siapa beritahu".

    "La, jawapan yang aku tanya tak kau jawab. Ni pulak nak tanya lagi. Kau nak lagi kena tongkat ni?". Sinis soalan guru.

    "Tolonglah..aku pun sesat sama macam kau. Badan ni bukan aku yang bunuh. Aku jumpa ni pun dah tak bernyawa", sambil menunjukkan belakang badannya. Jelas seperti kesan cakar walaupun berulat.

    "Mahukah mu terima tawaran ku jika mu keluar dari jasad tu?" tanya guru lembut.

    Seperti kebingungan, dia memandang guru. Lagaknya seperti tidak faham.

    "Aku boleh hantar kamu pulang jika kamu sudi keluar dari jasad tu. Mengerti?", guru menyatakan tawarannya.

    "Baiklah. tapi macam mana? Aku pun tak ingat mana asal aku".


    "Tiada yang lebih mengetahui kecuali Allah..Baring", arah guru pada lelaki tersebut. Mungkin kerana ketakutan, lelaki itu segera baring. Lantas, guru menggaris tanah secara membulat sambil berkumat-kumit membaca 2 ayat akhir surah Yasin.

    Kemudian, guru berdiri di hujung jari pesakit sambil membaca Doa Ashabul Baqia dan menumbuk tangan kanan ke tapak tangan kirinya. Ketika itu, lelaki tersebut seperti terbakar dan akhirnya bersisa dengan tulang belulang.

    "Dia dah tak ada. Kamu semua jangan dok risau. Takut ke tadi?", seraya guru tersenyum pada saya.

    "Takut jugok pok. Kalu keno ko kito, tok tau la nok wak gapo. Tu jenis hok mano? Pok tok pernah ajar pun", sempat lagi saya mencedok ilmu.

    "Tu asal orang siam. Mungkin group cari gaharu la kot".

    Mana pula guru aku ni tau laki tu orang siam. Saya lanjutkan soalan, "tau mano orang siam Pok?Tadi dengar kecek (bercakap) macam ore kito jah".

    "La, tok napok tatoo tulisan siam kat tempat kena cakar di belakang badan orang tu tadi?".

    Erm, baru saya sedar, memang ada tatoo tulisan siam di belakang badannya. Patut la guru tau dia tu orang siam. Tajam betul pandangan orang lama ni.

    Malam itu, kami tidur sekitar jam 2 pagi. Banyak jugak lah yang dibualkan. Esok, 'barang' yang dihajati kami jumpai dan pulang.


    p/s ~ Mengikut kata guru, mayat yang tidak disempurnakan (tidak ditanam) agak mudah untuk dirasuk. Hal ini sama dengan mereka yang berdamping, yang akhirnya nampak hidup walaupun sudah tidak bernyawa. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

    http://darulmanzil.blogspot.com/

    Lading_Emas
    ~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~