LadingEmas27@gmail.com
Rahsia & Khasiat Tauge...
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dij adik an sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dij adik an tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari r adik al bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
BeriMAN, BeriLMU, BerAMAL, BerTAWAKKAL, BerTAQWA-- Janji ALLAH~ Kebahagiaan Dunia Akhirat
08 October, 2009
Rahsia & Khasiat Tauge
MAAFKAN CIKGU...
MAAFKAN CIKGU
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu..”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i.. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Internal organs - dangerous food ; ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS
Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung
dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak
yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman
membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang
diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali
di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi
tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi
ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut
sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang
sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama
ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana
ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati
ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat
diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama
sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini
"Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan
tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan
mengharamkannya.. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung
dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5.. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat
diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana
yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah
berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan,
sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah,
beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak
kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat
rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar
matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata
bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah
anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak
saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang
merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini
makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan
supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di
pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak
disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati
ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia
semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menj adi penonton apabila
sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh
dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4
tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke
Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil
cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil
darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.
Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa
sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya
azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak
saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal
120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia).
Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.
Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap
talesemia selalunya meninggal
dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak
sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi
di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah
anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalambentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikanubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak sayameningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selainmasalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekalimenghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehinggaberusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga
berusia 13 tahun.. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.
Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan
telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital
kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah
guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru
cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana
demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya
menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari
sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah
makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak
juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.
Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad
hospital .
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang
disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah
kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia)
sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tr adi sional dan tok guru
agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan
mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur
kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak
saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar
dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menj adi sejarah . Syukur
Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah
kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa
kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama
ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya
membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana
mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah
darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah
baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang
Yahudi agar umat manusia menj adi tidak sihat . Orang Yahudi ini
beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata,
alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara
senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini
sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan h adi s cuma mereka tidak
beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan
membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat
mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan
England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti
disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan
kepala ikan .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin
darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah
dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya
serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup
mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan
hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun .
Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden,
waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani
di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada
ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak
hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan
Allah bersama ubat melainkan mati.
Labels:
Kesihatan Kita,
Rawatan Islam,
Rezeki
07 October, 2009
Cara Asif Memindahkan Istana Balqis
Cara Asif Memindahkan Istana Balqis
Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.
Artikel ini juga ingin menyatakan ‘tidak setuju’ akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu.
Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.
Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.
(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)
Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.
Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.
Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?
Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)
Jawapannya ialah;
Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.
Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.
Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi nama Keramat Dunia Ke-19.
Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’ istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.
Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.
Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.
Apakah Keramat Dunia KE-19?
Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.
KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.
Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampu menghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.
Peringkat-Peringkat Keramat Dunia
Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.
Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat:
KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.
KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.
KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
Kesimpulan
Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati.
Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.
Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.
Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.
Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi.
Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.
P/S : Maklumat ilmu tasawuf adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat yang tiada ilmu zaman sekarang ini. Bagi yang berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut hendaklah menanyakan sendiri kepada tuan guru-tuan guru di mana-mana sekolah pondok. Jangan sesekali menanyakan ilmu ini di internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka ruang bicara secara online.
ketiga-tiga artikel dipetik dari web ini.Semoga mendapat input yang berguna untuk kita semua dan mendapat perspektif yang luas dalam memahami rahsia keajaiban ilmu Allah
http://dajjal.wordpress.com/2008/08/07/cara-asif-memindahkan-istana-balqis/

DajjaL,
iLMU,
Istana Balqis,
Jin,
Karamah,
KenaLi Diri,
Seribu Kesah,
Sirah,
Wali
Teknologi Dajjal vs Teknologi Zikir (BHG 2)

Teknologi Dajjal vs Teknologi Zikir (BHG 2)
Eksperimen menghadirkan buah tembikai
Kegagalan eskperimen Philadelphia yang dibina Dajjal terus gagal hingga sekarang tetapi masih ada usaha-usaha yang dilakukan agar hasrat ini tercapai kelak.
Kemampuan teknologi Zikir pula masih pada carta teratas dan masih tiada tandingan dengan mana-mana teknologi lain. Teknologi ini khusus kepunyaan ahli tasawuf (sufi) dan tidak mungkin dimiliki oleh ulama’ fekah atau hadith sekiranya tidak diamalkan.
Antara ulama’ fekah yang dalam masa yang sama memiliki keramat tasawuf ialah Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.
Signifikan Zikir dan Kejadian Kubah Terbang
Pada artikel lepas telah pun ditunjukkan akan kemampuan ahli tasawuf dari Pulau Maluku menerbangkan objek dari suatu lokasi ke lokasi lain tanpa sebarang alat, mesin atau jentera atau tenaga cahaya.
Pergerakan kubah tersebut lambat dan terapung meyakinkan semua orang akan kemampuan ahli tasawuf berikut. Tapi apakah jangkaan kita selepas kejadian itu? Apa yang pasti apabila kejaidian itu berlaku orang awam lebih tertarik mengenali ahli tasawuf berikut daripada mengenali alat (zikir) yang digunakan untuk menerbangkan kubah.
Begitulah rakusnya manusia dalam menghargai kejadian, sedangkan zikir itulah punca objek kubah itu terbang. Dan ahli tasawuf itu hanya sebagai “Pengguna” alat tersebut.
Begitu juga apabila kita melihat orang kaya menaiki sportcar, apa yang disanjung ialah pemandu sedangkan pencipta sportcar yang bertungkus lumus menghasilkan teknologi dilupakan malah tidak diendahkan langsung.
Kecepatan Pemindahan Objek Dengan Zikir
Sekiranya ahli tasawuf itu boleh memindahkan Kubah dengan melayang-layangkannya, apakah ia mampu mengubah kubah itu dengan lebih cepat, lebih pantas atau kurang dari satu saat?
Jawapannya , Ya.
Ia bergantung kepada kaedah penggunaan zikir, cara ia diniatkan, siapa yang mengucapkannya dan martabat kesufian seseorang itu. Atau lebih ringkasnya anda perlu mempelajari ilmu tarekat tasawuf (sufi) untuk mendapat pelbagai kaedah dan pelbagai kegunaan zikir.
Kebenaran Teknologi Asif Bin Baqriya
Teknologi yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya bukanlah dicipta dan dimiliki oleh beliau seorang. Teknologi memindahkan objek ini dipunyai oleh semua ulama tasawuf dan semua ulama’-ulama’ bidang ini tahu selengkapnya tentang eksperimen jenis ini.
Kemampuan Asif ada diceritakan di dalam kitab-kitab karangan ulama’ Tanah Melayu. Malah Asif amat terkenal akan kekuatan batinnya melebihi kekuatan Ifrit.
Pertandingan kekuatan membawa istana Balqis bukanlah pertandingan pertama, sebelum itu telah pun berlakunya pertandingan menyelam di laut dalam antara Ifrit dan Asif.
Selain Asif, terdapat seorang ulama dari Pattani yang memilikinya. Ulama tasawuf termasyur itu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani yang berasal dari Pattani, Selatan Thai. Beliau adalah ulama’ termasyur yang mengarang banyak kitab. Kitab-kitab karangannya adalah yang terbanyak dicetak di Malaysia dan Indonesia.
Antara kitab termasyurnya ialah Muniyatul Musolli, Bulaghatul Mahram, Fawaid dan sebagainya.
Eksperimen Pemindahan Barang oleh Syeikh Daud Abdullah
Saya gunakan perkataan eksperimen agar ia kelihatan terkini dan segar. Biasanya kejadian pelik yang dilakukan oleh seseorang Islam yang berpakaian jubah dan serban akan diandaikan sebagai sihir dan mistik.
Sedangkan kejadian pelik yang dilakukan oleh orang barat yang berkot dan bertali lahir akan dipangil eksperimen atau ujikaji. Begitulah sikap masyarakat Islam sekarang berat sebelah terhadap agama sendiri.
Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.
Dalam buku karangan allahyarham Wan Mohd. Abdullah Saghir berkenaan Biografi Ulama Nusantara, beliau menjelaskan tentang suatu kejadian karamah (future technology) yang dilakukan oleh Syeikh Daud.
Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal. Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji dahulu kealiman kedua-duanya.
Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di hadapan ulama’ tersebut. Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Perbezaan Tahap Teknologi Ahli Tasawuf
Ahli tasawuf juga memiliki perbezaan karamah mengikut tahap kewalian masing-masing. Jika dilihat kepada 3 individu yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu
Asif Bin Baqriya (Ahli Kitab Zaman Nabi Sulaiman)
Syeikh Daud Abdullah (Zaman Kesultanan Melayu)
Kiyai-Kiyai di Pulau Maluku (tahun 2008)
Kecepatan objek berpindah berbeza mengikut taraf ulama’-ulama’ dan martabat kewalian. Berdasarkan tiga individu di atas, Ahli Kitab zaman Nabi Sulaiman itu adalah paling ekstrem teknologinya. Manakala Syeikh Daud juga menghampiri kemampuan tetapi masih perlu mengambil masa untuk bersolat sunat.
Manakala Kiyai-kiyai di Pulau Maluku pula mengambil masa agak lama dan terpaksa pula mengumpul 3000 orang kiyai untuk memindahkan objek. Namun begitu, kiyai-kiyai mampu melakukan sama juga seperti Asif bin Barqiya jika mereka berkehendak.
Kesimpulan teknologi di atas ialah kesemua mereka mengambil ilmu tasawuf itu dari kitab Allah.
Bolehkah Kita Mempelajarinya?
Sekiranya teknologi ini benar-benar boleh dipelajari dengan mudah dan dimiliki oleh orang bukan Islam, maka hancurlah dunia kerana bom nuklear tidak perlu lagi alat pelancar, hanya perlu dihilangkan dan dimunculkan sahaja di tempat musuh.
Dan jika benar teknologi ini akan dimiliki orang bukan Islam maka tidak perlulah Dajjal bersusah payah ke Makkah untuk mengepung dan membunuh Isa Ibnu Maryam.
Teknologi tasawuf adalah hadiah khusus dari Allah kepada umat Islam untuk mencapai kemenangan peprangan akhir zaman.
Kita boleh mempelajari ilmu tasawuf ini dengan menyertai tarekat-tarekat yang dipimpin ulama’-ulama’ mursyid. Di Malaysia ada beberapa tempat yang masih wujud tetapi tdak dihebahkan kerana bimbang masyarakat menganggap ia ajaran sesat.
(Gambar kanan) Habib Ahmad Bin Hamid al-Kaff Waliyullah
Tarekat ini paling banyak di Pattani, Selatan Thai dan di Indonesia sendiri.
Kesimpulan
Saya amat berkeyakinan tidak akan sesekali Allah membenarkan teknologi ini dimiliki oleh Al-Masikh Ad-Dajjal. Dan Dajjal sendiri tahu ia tidak mampu mengatasi teknologi ini dan seperti yang saya sebut dalam artikel sebelum ini, cara Dajjal menghapuskan teknologi ini ialah dengan membunuh ulama’-ulama’ tasawuf.
Atau dengan cara terbaik menghapuskan sistem pengajian pondok yang mana kitab tasawuf adalah kitab wajib dipelajari khususnya kitab Syarah Hikam. Kita sendiri dapat melihat bagaimana kurangnya minat ibu bapa sekarang menghantar anak ke sekolah-sekolah agama rakyat.
Teknologi Dajjal vs Teknologi Zikir [1]

Teknologi Dajjal vs Teknologi Zikir [1]
Dalam al-Quran diberitkan bahawa pada ketika Nabi Sulaiman a.s. bertanyakan sesiapa di antara rakyatnya yang mampu membawa istana balqis ke Palestin, maka bangunlah seorang ahli kitab dengan mendakwa mampu membawa istana tersebut dengan sekelip mata.
Kemampuan ahli kitab itu yang dikatakan bernama Asif bin Baqriya mengatasi kemampuan bangsa jin sendiri . Hatta jin afrit yang terkenal sebagai jin terkuat dikalangan jin juga tidak mampu.
Oleh itu, cara atau kaedah yang dilakukan oleh ahli kitab tersebut masih lagi dikaji dan diperdebatkan oleh ulama’. Namun saya secara peribadi percaya ia adalah teknologi milik ahli-ahli pengamal tareqat dan sufi.
Dajjal Meneroka Teknologi Ahli Kitab
Mengikut teori Muhammad Isa Dawud, Dajjal dilahirkan seratus tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal tidak sempat hidup pada zaman Nabi Sulaiman .a.s. atau Nabi Daud.
Sekiranya Dajjal hidup pada zaman Nabi Sulaiman maka Dajjal boleh diandaikan menyaksikan peristiwa pemindahan Istana Balqis itu.
Semua ini pendapat ini berdasarkan kisah dalam ayat al-Quran dalam Surah An-Naml
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)
Memandangkan ia (Dajjal) tidak melihat kejadian itu, maka harus baginya meneroka sendiri ilmu itu mengikut kaedah yang difikirkannya sendiri atau berdasarkan maklumat dari jin-jin sendiri.
Ujikaji dan eksperimen Dajjal yang diperturunkan kepada agen-agennya telah menghasilkan suatu teknologi prototaip tetapi masih belum berjaya. Misi eskperimen adalah untuk ‘memindahkan’ objek dengan cara menghilangkannya
Untuk cuba meniru, menandingi atau mengatasi ‘kemampuan’ ahli kitab tersebut, Dajjal melalui konco-konconya di makmal U.S. Navy, Philadephia, Pennyslavinia telah menjalankan suatu ujikaji skala besar. Eksperimen dijalankan pada 8 Oktober 1943. Ujikaji ini diberi nama “Eksperimen Philadephia”
Eksperimen ini sudah pun masyur dan diketahui umum sejak berpuluh tahun dulu. Objektif eksperimen ini ialah memindahkan sesuatu objek berjisim dari suatu lokasi ke lokasi yang lain tanpa mencacatkan bentuk fizikal objek tersebut.
Kegagalan Eskperimen Philadephia
Kapal USS Eldridge berjaya dihilangkan pada masa eksperimen tersebut melalui penggunaan suatu generator elektrik yang paling tinggi. Malangnya, ia tidak muncul kembali dan sejak itu pelbagai laporan-laporan palsu tercipta di dada-dada akhbar.
Kegagalan projek itu cuba diselindungi melalui desas-desus kesasksian sesetengah rakyat Amerika (yang diupah) menyatakan ternampak kapal tersebut 40 kilometer dari tempat eksperimen. Ada yang lebih eksptrem mengatakan ianya telah merentasi masa melalui teleportasi yang dilakukan.
Akhirnya berita misteri eksperimen itu berjaya menaikkan imej tentera Amerika di mata dunia. Sedangkan pada era tersebut Jerman dan Rusia telah mendahului teknologi Amerika.
Percubaan Saintis Islam
Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Dr. Yahya Said Al-Mahjari (moga Allah merestui usahanya) dari Mesir juga telah melakukan pelbagai eksperimen berkaitan pemindahan objek jarak jauh ini. Pelbagai eksperimen telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Objek hanya berjaya dihilangkan tetapi tidak berjaya dikembalikan ke bentuk asal apatah lagi untuk diletakkan ke lokasi lain.
Kesimpulan akhir yang diperoleh oleh beliau ialah ahli kitab ketika itu mempunyai pengetahun tentang teknologi kepantasan cahaya. Maka pemindahan dilakukan menggunakan kemampuan cahaya.
Sekarang Dr. Yahya Said bertugas sebagai konsultan di UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber Teknologi Ahli Kitab
Saya kurang setuju dengan pendapat bahawa ahli kitab menggunakan Teknologi Kelajuan Cahaya untuk memindahkan sesuatu objek. Ini kerana untuk menggunakan elemen cahaya kemungkinan seuatu alat perlu digunakan untuk mengeksploitasikan cahaya.
Sedangkan pada ketika Nabi Sulaiman a.s. memberitahu hasratnya untuk melihat istana Balqis, baginda tidak memberitahu sehari atau seminggu lebih awal. Hasratnya dimaklumkan secara spontan sahaja. Dan jawapan dari Jin Ifrit dan Ahli Kitab juga terkeluar secara spontan. Jawapan yang dikeluarkan juga secara spontan menunjukkan si pemberi jawapan (Ifrit dan Ahli Kitab) sememangnya sudah bersedia dan mampu secara hakiki tanpa memerlukan sebarang alat.
Kemampuan Ifrit membawa Istana kerana sememangnya jin itu dianugerahkan kekuatan semula jadi. Manakala kemampuan ahli kitab adalah kemampuan yang dibina sendiri hasil pembelajaran atau amalan ibadat khusus. Lihat ayat ini…
“….berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-kitab,” (An-Naml, 40)
Jika kita ingin mengkaji teknologi yang digunakan jangan kita mengkaji kalimah ’seorang’, kita perlu melihat sumber teknologi tersebut iaitu kalimah…
“..ilmu dari al-Kitab”.
Maka, teknologi yang sebenar ialah Teknologi Zikir. Kita harus ingat, Al-Kitab ialah kalam Allah, dan kalam itu mengandungi kata-kata Allah secara terus. Saya amat berkeyakinan bahawa konsep Zikir dari kitab Zabur (kalam zaman itu) telah digunakan oleh Asif Bin Baqriya.
Kita harus ingat perbezaan antara kemampuan cahaya dan kemampuan zikir. Cahaya adalah makhluk ciptaan Allah, makhluk bernama cahaya ini walaupun hebat tetapi terbatas atas waktu-waktu dan situasi-situasi tertentu.
Manakala Zikir adalah ungkapan pujian terhadap Allah sendiri dan Zikir diambil pula dari kata-kata Allah dalam kitab (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran).
Tetapi saya bersetuju sekiranya kemampuan elemen cahaya adalah salah satu teknologi yang juga mampu memindahkan posisi sesuatu objek. Namun kemampuan cahaya tidak dapat menandingi kemampuan zikir.
Kemampuan Teknologi Ahli Tasawuf
Kejadian yang berlaku di Indonesia di Pulau Haruku, Maluku Tengah ini (moga Allah merahmati ulama’ negara ini) tidak lama dulu (Mac 2008) telah membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya. Kejadian ini juga membuktikan Zikir juga berfungsi sebagai sebuah teknologi tanpa jisim.
(*pemahaman manusia sekarang apabila menyebut perkataan teknologi, terus saja terfikirkan sebuah mesin, alat atau jentera. Sungguhlah Dajjal telah memesongkan pemikiran manusia sejak zaman Renassaince dulu)
Terdapat video dimana seorang ulama’ telah diminta bantuan oleh penduduk kampung untuk memindahkan sebuah kubah masjid dari suatu lokasi ke lokasi yang lain. Video ini bukanlah baru dan sudah pun diketahui umum.
Dalam rakaman tersebut, ulama’ berkenaan hanya meminta orang-orang tertentu yang terpilih agar berzikir secara terus menerus. Kalimat zikir yang digunakan juga cukup mudah iaitu Laa ilahaa illallah.
(Berita lanjut tentang peristiwa tersebut, anda boleh saja dapati di internet dengan mudah)
Namun, penggunaan teknologi zikir dan kemakbulan dari Allah adalah bergantung kepada “SIAPA yang mengucapkan zikir tersebut” dan bagaimana dekatnya iman individu tersebut dengan Allah.
Dajjal tahu hanya ahli tasawuf mampu berbuat demikian, tetapi ia mahu ‘kemampuan’ itu dimiliki oleh orang awam tanpa perlu mendekatkan diri kepada Allah. Maka caranya ialah mencipta alat atau teknologi agar orang bukan Islam juga mampu menggunakannya.
Alangkah baik jika kita berperang dengan menggunakan teknologi ahli tasawuf. Mudah dan berkesan malah lebih ramai tentera akan menjadi alim seperti komander-komander Chechen.
Wallahu’alam…
oleh Ibnuyaacob...
Khasiat Kalimah Lam ALif

Khasiat Kalimah Lam ALif pagar kereta...(Lam Jalallah)
Sebenarnya banyak rahsia huruf Lam Alif ...boleh buat pagar kereta pun boleh dengan izin ALlah....Baru-baru niii saya pergi ke KL sebab ada urusan....saya parking kereta di kawasan Chow kit... Kebiasaan saya akan tanda kan Lam ALif ini di cermin kereta dan baca Wa ma alaina illal balagul mubin ....Tapi kali ni selepas parking kereta saya buat Huruf Lam Alif tapi bila hendak baca ayat Wa ma alaina...saya tiba-tiba sahaja terlupa dan terus terpadam dari ingatan...puas jugak nak ingatkan ayat niii....terdetik kat hati ...apasal jadi camniiii...saya cover dengan ayat Kursi kat kereta saya tu....dengan niatkan benteng 4 penjuru....Pada rasa saya kemungkinan sesuatu perkara nak berlaku kat kereta saya....hilang ke kena rompak ke....apapun saya terus kan urusan saya dan terus meniggalkan kereta saya tu...dalam hati tuhan sahaja tahu risaunya...apapun tawakal ajelah......apabila habis urusan terus saya bergegas ke kereta nasib baikkk tiada apa yang berlaku.....keesokan harinya saya terbaca akbar tentang senario kecurian kereta di Kula LUmpur dan tarikh kecurian pada tarikh saya ke K.L......Emmmm menarik jugak perkara ini dan boleh difikirkan...selain itu LAm ALif digunakan untuk pagar rumah,kereta, boleh juga digunakan untuk pagar manusia supaya tidak dicuri atau disihir....Mengikut Ustaz Wan Asrol pagar kat jantung pun boleh pasal jin suka bergayut kat situ dan apabila memulakan sesuatu rawatan....Tok Belagak juga menggunakan Lam ALif untuk benteng dari radiasi Hand Phone...just buat lam alif aje kat cover HP tu......menarik jugak apapun semua dengan izin ALlah....ada juga untuk pertahanan diri
Subscribe to:
Posts (Atom)