QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

11 August, 2009

Al-IkhLas dan Khafiat

8.11.09


Al-Ikhlas dan Kaifiat Mengamalnya

Rasanya elok gak DEN berbicara bab ini...


Guru dan Sifu DEN selalu berpesan cukupkan dahalu Al-IKHLAS untuk diri sebanyak 100,000 kali...baru melangkah lebih lanjut....

Kaedah yang biasa diamalkan orang ialah sesudah tengah malam...yakni dimasukan dalam agenda Qiamullail...


Selepas Solat Tahajud after 12 pm...

Bismillah - 1000x
Selawat - 1000x
Al-Ikhlas - 1000x atau lebih...cuma minima 1,000 sehari...Semuga Allah mencampakan rasa ikhlas itu kepada kita...

Maknanya minima 100 hari le beb...

Disambung selepas Subuh seberapa yang mampu...biasanya 500x sudah memadai..

Anyway kata orang jawa....100,000x  mau cari dulu, untuk diri sendiri...PENEBUSAN DIRI

48 komen:

noza said...
Apo laa agaknya kaifiat dan khasiatnya tu, tak sabar den nak amalkan ni sifu... ok semua, meh masuk rapat2 sifu nak bagi ilmu ni ooiii... moga2 berkat dunia akhirat...
penyupucat said...
btul tu tok...kasi yang basic dulu..
DARUL SAKA said...
bab khasiat tu yang den tak gemar..bab khaifiat ok le..
FL said...
salam tok.amalan tok kenali....al-ikhlas kongsikan kan boleh tak tok... cara2 nya.tq tok.
Mohd Ali Atan said...
sifu, bagaimana dengan tok kenali yang menjadikan surah al ikhlas sbg zikir?tok kenali tak join mana2 tarikat.tok kenali dikenali sbg mahaguru pondok.tetapi tahapnya makamnya kamil mukammil...dengan amalan zikir surah al ikhlas...
zayn said...
Mohd Ali Atan : tok kenali tak join mana2 tarikat? betul ke..rasanya tok belagak boleh tolong jawap..hehehe
Ismail said...
Elok juga tanya sifu kita ni. Biar kita semua lg arif dan paham.TQVM sifu atas ilmu nih.
LMA said...
apa beza khasiat dan kaifiat tok?
terangwulan said...
apa ada kaifiat melalui amalan surah ini untuk menerbitkan sifat mukhlis ker Tok? Citer la Tok.
adi al amz said...
Apo yang den paham la kaifiat ialah tatacara pembacaan atau pengamalan. Khasiat ialah kelebihan yang diperolehi dari sesuatu yang diamalkan. Contoh mudah, makan madu khasiat dia baik untuk kesihatan, cerdaskan minda dsbnya.kaifiat cara2 nak makan madu tu dengan apa, bila berapa kali nak makan .
ardhmill said...
Tok Kenali ada join Tariqat Shatariah..tu pun aku surf2 intenet je..kalo maklumat tu salah,btolkan..harap maklum..=)(bahaye surf2 intenet bende2 sulit mcm ni.takut hentam kromo je info diorg letak.awas!)
zulkombat said...
Cuba rujuk Kitab "Detik-detik Sejarah Hidup Tuk Kenali" karangan Abdullah Alqari B Hj Salleh ms 121-124. Mohd Ali Atan mungkin betul.
DARUL SAKA said...
Sebenarnya Tok Kenali mengikuti aliran Musyahadah..Dia masuk Tarikat sebagai Masbuk sahaja...
Ismail said...
Abg...amalan ni kalau kita dah baca juga bersama2 bismillah 1000x...nanti lepas 41hari kira jazam bismillah juga ke bang?
DARUL SAKA said...
Kira ok le...
DARUL SAKA said...
Ada Waris Tok Kenali Jumpa DEN...dia pun ada amal QAF 100...So...korang fahamkan ? Bukan semua murid dia yg dia ajar..DEN kan sifu
Epal said...
Salam,dulu time Tok citer pasal qaf-qaf, Tok sebut " lu sapa..nk pkai diorang masuklah makam ikhlas..." lebih kurangmakam ikhlas tu yang ni ke Tok?
lebaisufi said...
klau bca al-ikhlas terlebih lagi baguih ka?tiap2 ari bca xkira plak..
Muhammad said...
untuk amalan diatas kena ada niat jazam juga ker Abg
DARUL SAKA said...
Untuk 100,000 ribu tu..niat penebusan diri..Yg itu KaF yang satu Qof....beza....KAF tu macam Kaf 40,44 dll...Tu nama2 JIN...Qaf tu ayat Quran yg ada huruf QOF didalamnya.
DARUL SAKA said...
Biasanya anak yg solah akan membuat pula 100,000 untuk ibu dan 100,000 x untuk ayah...
Epal said...
Silap...maksud sy kaf...Termenung jugak baca ni.........
terangwulan said...
100k utk ibu n 100k utk ayah? semoga Allah beri kemudahan bagi kita sumer. Tok tlg doa2kan.
Rayzprince said...
Assalaamualaikum Tok, Ambe nok minta ijazah dan keizinan daripada Tok untuk beramal dengan amalan:Bismillah, 1000xSelawat, 1000xQulhuolloh, 1000x jazakallah.
zackfarid said...
Salam, 100,000 ribu terus menerus ke atau boleh terputus-putus
babykhalifah said...
salam tn. n pengunjung lain...sy pon mohon ijazah n izin diamalkan amalan2;Bismillah 1000Xselawat 1000XAl Ikhlas 100,000 X...ermmm cuber usaha amalkan ...raser cam tk mampu pulak buat setiap hari...kalau wat selang2 hari, boleh ker tn...
DARUL SAKA said...
Bukannya suruh buat 100,000 straight....kalau dah terputus...buat aje...cuma janganlah samapi 7 hari terputus...DEN masih ingat ..dulu den buat...siap tulis IIII lepas tu silangkan...yelah baru form 3...jadi kira lima-lima...yANG DIPENTINGKAN ialah ISTIQOMAH....BUKAN JUMLAH
FL said...
salam tok..saya terima ijazah ni.al-ikhlas...tq tok.(kayuh perlahan-lahan, janji sampai)
terangwulan said...
Tok ni form 3 dah layan zikir. Kita ni form 3 dok layan citer maero attack lagi... Dah tua bangka baru start zikir... Apapun kena sentiasa bersangka baik la kan Tok?
planetdesign enterprise said...
apayang di maksudkan penebusan tok ??hakikatnya apa tok??
Lutarkas said...
???
DARUL SAKA said...
Itu nukilan ulama...walaupun sebenarnya seumur hayat kita beribadah takan dapat membayar walau 1 biji mata pun...100,000 al-ikhlas itu menebus diri kepda ALLAH..sebagai tanda syukur dibenarkan menjadi hambaNya..
DinTN said...
YANG DIPENTINGKAN ialah ISTIQOMAH....BUKAN JUMLAHAlhamdulillah..peringatan buat ambe dan rakan2..mujur x perlu straight..dapat "gap" sampai 7 hari..saya terima ijazah ini..tq tok..nanti masa seminar mintak tok ijazahkan direct kalau boleh..:)
Fusus Hikam said...
Ya...Al-Ikhlas juga sbgai penebusan diri...hari ni dah 37 hari (dari 7.10.2009) smnjak sifu ijazahkn kalimah ‘Laila ha illAllah’ mungkin ada yg dah settle 70,000x. Ada kisah dari Futuhat Ibn A’rabi...“Nasiht ku pd anda ialah utk menylmatkn diri dngn menebusnya drpd Allah & mbebaskn tengkuk anda drpd api dngn brkta ‘Laila ha illAllah’ 70,000x. Dngn mlkukan ini, Allah akn mmbebaskn tengkukmu drpd api & tengkuk sesiapa jua yg dibacakn utknya.(mereka yakin ini hadis)Abul Abbas Ahmad b Ali mengkhabarkn pd ku suatu kisah tntng hal ini semasa di Egypt. Syeikh Abd Rabi mempunyai shidangan mkanan diats meja utk dimkan brsama-sama bebrapa tetamu & antaranya ialah sorg budak muda yg dikatakn kasyaf (namun blum diyakini kasyafnya). Budak itu menghulurkn tangan utk makan, tiba2 dia menangis. Bila ditanya dia menjawab“Aku meliht api neraka & ibuku didlmnya” & dia terus menangis. Syeikh Abd Rabi berkata didlm hati,”Ya Allah aku telah menyempurnakn 70,000 ‘Laila ha illAllah’ aku memberikn utk mbebaskn ibu budak ini drpd api”. Tiba-tiba budak tadi berkata ‘Alhamdulillah! Aku melihat ibuku bebas drpd api neraka tetapi aku tidk tahu kenapa dia boleh bebas’ Abd al-Rabi berkata ‘ dngn itu aku yakin akan sabda Nabi s.a.w adalah sahih dngn kasyaf budak itu, dan kasyaf budak itupun menjadi benar dngn khabar ini.Maaf panjang…..lebar Wallahua'lam
tegx said...
seorang guru berpesan supaya membuat lailahaillallah 70 000x sebanyak 7 set.. total:490 000x..yang ini untuk diri sendiri..lepas tu buat pula untuk ibu 7 set..lepas tu buat pula untuk bapa 7 set..kalau yang dah kahwin tu buat untuk bini 7 set..dan untuk setiap anak 7 set..tu la tanggung jawab seorang anak dan suami katanyer..jangan lupa untuk lapis 1 set sebelum buat setiap yang 7 set tu katanyer lagi..mohon la kat Allah moga dipanjangkan umur semoga sempat cover semua..(dia kata lagi..)Wallahua'lam
tukang zasss said...
aku dah kira guna kalkulator saintifik aku..jumlah kesemuanye : 2450000x (ni termasuk 1 org anak..)kalau 5 anak..??lu kiralah sendiri...
Ismail Rubani said...
alhamdulillah,Saya pohon izin beramal dengannya.
rusyani09 said...
tok,,sy pon mohon ijazah n izin diamalkan amalan2;Bismillah 1000Xselawat 1000XAl Ikhlas 100,000 X
Skuad Peninjau said...
Pohon izin nak mengamalkan tok.Semoga dapat rasa zouq lebih lagi dalam beribadat kepadanya.
Tarmizy-rwgCH said...
mohon juga ijazah untuk saya mengamalkan semua ilmu di sini.
Arif said...
Ades! Istiqomah, Mujahadah dan Himmah yang tinggi diperlukan ;)Bagi sesiapa yang buat 1000x dlm Qiamullail lepas kul 12am tu, InsyaAllah boleh buat Qursi 1000x gak.. hhmmm aaaa semoga kita semua diberikan sedikit afaalNya untuk beramal kuat dan dengan hati yang Ikhlas.Lepas seminar ni bertambah kuat semangat tapi bak kata Tok Kiyai "Guru dan Sifu DEN selalu berpesan cukupkan dahalu Al-IKHLAS untuk diri sebanyak 100,000 kali...baru melangkah lebih lanjut...." jadi kena abiskan Al-Ikhlas 100,000x hmmm aaaa ;)
Ahmad said...
Salam Tok,Saya pun pohon diijazahkan amalan dalam ni. Dengan izin Tok.Insya Allah.
Hosna said...
Amalan Kaf 40 sebenarnya mempunyai sejarah kisah golongan auliya' berjumlah 40 orang yang berlaku di Bukit Golan di zaman Nabi Musa A.S. Doa tersebut di dalam bahasa Ibrani atau Suryani bahasa nabi-nabi sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Jangan beramal tanpa bai'ah dengan guru mursyid yang mempunyai sanad salasilah sehingga ke Rasulallah SAW. Nanti menjadi 'kepanasan' atau gila isim. Rujuk ABJAD MALAYSIA.P.K.2090
qal said...
salam tok,saya baru lg dlm ruangan nie..dulu pernah belajar sikit2..nak tau,yg mana kena buat dulu baca kalimah lailahaillallah 70k x @ al-ikhlas 100k x???
sukabenar said...
AsssalamualaikumTok izinkan saya amalkanBismillah 1000 xselawat 1000 xAl Ikhlas 1000x
pragas said...
Salam Tok,Saya pun pohon diijazahkan amalan dalam ni. Dengan izin Tok.Insya Allah.Al Fatehah sent
Muhamad said...
Memang ada hadis yg sahih dalam karya syeikh Ahmad Al Fathani yg berjudul Dhiya'ul Muriid fi Ma'rifati. Mengkhatamkan 100,000 surah al ikhlas menebus diri drpd api neraka.

http://darulsaka.blogspot.com/2009/11/al-ikhlas-dan-kaifiat-mengamalnya.html



Lading_Emas

09 August, 2009

KeKasihKu~Tak Kenal maka tak CINTA...


BIODATA RASULULLAH SAW
Pepatah Melayu mngatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi 'St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia AGONG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

P/s :

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yg menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~