20 Waktu Sesuai Untuk Ulangkaji Pelajaran
Ada yang tanya pada saya, bila masa nak belajar ... sebab selalu macam masa tak cukup. Ada sahaja perkara lain yang perlu diuruskan. Katanya, jadual yang ada kat sekolah dan penuh dah ... kerja sekolah lagi....kerja kat rumah lagi. Hmmm .... oklah, saya ni bukanlah bijak pandai nak memberikan anda cara yang terbaik, tetapi berdasarkan pengalaman saya bersama mereka yang dah berjaya, apa yang saya nampak ialah mereka memanfaatkan setiap masa yang ada untuk ulangkaji.
Tak kiralah anda sebagai seorang pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pelajar kolej dan ipt, anda boleh gunakan panduan ini untuk ulangkaji.
Jadi, bilakah masa nak ulangkaji ehh?
- Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
- Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
- Masa bangun tidur. Subuh/pagi. (bayangkan pelajaran semalam)
- Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
- Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
- Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
- Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
- Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
- Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
- Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
- Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
- Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
- Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
- Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
- Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
- Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
- Masa berada dalam bas (baca kad nota)
- Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
- Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar dan lain-lain)
- Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Banyak perkara ini merupakan apa yang saya lihat dan kebanyakkannya telah dipraktikkan oleh ramai yang berjaya.
WallahHu'Alam.
Sumber Asal: 20 Waktu Sesuai Untuk Ulangkaji Pelajaran | HASRULHASSAN.COM™ Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
. .
No comments:
Post a Comment