QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

29 December, 2011

SERBAN ~ cara memakainya dan penerangan tentang serban, adakah ianya Sunnah Nabi?

SERBAN

Cara Memakai Serban: Secebis Sunnah Baginda SAW

Posted by Farid Rashidi in Fakta Umum | Mutiara Hadis | Suhuf Sejarah
“Nanti ustaz buat entri pasal serban pula, nak tau mengapa kita digalakkan berserban… Atau apakah perbahasan tentang serban..” Kata seseorang di laman web sosial.

Setelah berfikir sejenak, saya mengambil kata putus untuk menyambut cadangan baiknya. Barangkali dengan menulis sedikit introduksi atau isi-isi mengenai serban memungkin kaum lelaki khususnya cenderung untuk mengamalkan sunnah pakaian Rasulullah SAW.

SERBAN RASULULLAH SAW
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)
Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.

TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.
Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.

CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.

Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya:
 “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”

Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid;
“Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”
(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)

Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.

Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.
Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!
[sumber..]

Bagi sapa2 yang nak belajar cara pakai serban ni ada video yang dikirim oleh member aku dari Malaysia...beliau akan menunjukkan teknik2 memakai serban yang betul berdasarkan ilmu yang dipelajarinya dari arwah datuknya Ustaz Ismail bin Ahmad (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau)

Memakai songkok adalah adat Melayu, memakai Serban adalah adat Arab. Nabi saw adalah seorang arab maka sudah tentunya baginda memakai serban sebagai pakaiannya. Cuma memakai serban ini termasuk sunnah yang bukan disyariatkan. Sebagaimana terdapat sebuah khabar dhaef :-

"Serban adalah mahkota orang Arab"

Dr Abdulah al-Faqih mengatakan :-
   "Maka jelaslah kepadanya apa yang diriwayatkan didalam kisah-kisah dan buku-buku sejarah

dari beberapa ulama' bahawa serban adalah untuk bangsa Arab dulu dan ia bagaikan mahkota bagi mereka"

Orang yang memakainya sudah tentu mendapat ganjaran dari Allah dengan niat kita mencintai Nabi saw didalam sudut pemakaian. 


Menurut Dr Abdullah al-Faqih, jika benar-benar ingin mencontohi sunnah Nabi saw didalam aspek pemakaian serban, lakukannya sepanjang masa (dan bukan semasa bersolat sahaja) sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw.

Perbandingan diantara mereka yang memakai tutup kepala eg: serban, songkok dsb dengan mereka yang tidak memakainya adalah dilihat dari sudut 'menghiaskan' diri atau mencantikkan diri apabila mengadap Allah swt. Menghiasi diri atau mencantikkan diri sebelum menghadap Allah swt hukumnya mustahab (digalakkan). Firman Allah swt :-
    "Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat

(atau mengerjakan sembahyang)" [QS al-'Araf : 31].

Sejauh ini, kebanyakkan hadith-hadith yang memaparkan ganjaran-ganjaran khusus memakai serban didalam solat bertaraf dhaif atau palsu (mawdhu'). Contohnya :

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar secara Marfu' :-
   "Solat dengan memakai serban itu ganjarannya 70 kali dari solat tanpa serban"

atau riwayat dari Anas ra:-

   "Solat dengan memakai serban ganjarannya 10,000 kebaikkan"

al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Shakawy mengkelaskan hadith ini sebagai palsu. Al-Sayuthi juga memasukkan hadith ini didalam bahagian hadith2 palsu.

Hadith riwayat Jabir ra :
   "Dua rakaat solat memakai serban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban"

Syiekh Nasyiruddin al-Albani mengkelaskan hadith ini sebagai palsu didalam al-Silsilah al-Dhaefah dan Dhaef al-Jaami' al-Shagir.

Kesimpulannya, kami memetik fatwa Dr Abdullah al-Faqih yang menyebut :-

  "Sesungguhnya memakai serban ketika solat bagi kaum lelaki bukanlah termasuk didalam bab sunat-sunat solat, tidak kira samada dia Imam, makmum atau solat bersendirian. Akan tetapi menutup kepala adalah digalakkan (mustahab) bagi sesiapa yang membiasakan diri berhias (mencantikan diri) dengannya sebagaimana firman Allah : 'Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke Masjid'".


Kongsi Doa pakai Serban, seperti kita ketahuai bahwa serban merupakan Mahkota Mukmin, juga mahkota Rasulullah Saw, saya dapati amalan ini dari Al-Fadhil Imam Us.Hj Ramli Qurra’, guru Qiraat saya, di masjid Bendang Kerian Tumpat, caranya sambil kita pakai kita baca doa tersebut;
    "La ilaha illa lah al-malikul haqqu mubin Muhamadun Rasulallah sodiqul wa’dul amin"
dengan bacaan yg ganjil [1x, 3x, 7x].

Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki memakaikan serban kepada anak muridnya..:-)

Sanad serban adalah bagi menjaga tradisi sahaja, dan bukan suatu kewajipan. Istilah mendapat sanad serban berasal dari Abdur-Rahman bin ‘Auf radiallahu anhu yang menceritakan;

عممني رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم
“Rasulullah sallahu alaihi wasallam telah memakaikan serban kepadaku…....”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Imam at-Tabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Yasir yang menceritakan;

بعث رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم علي ابن أبي طالب عليه السلام إلى خيبر فعممه بعمامة سوداء

“Rasulullah sallahu alaihi wasallam telah mengutuskan Saidina Ali bin Abi Thalib ke Khaibar, lalu baginda memakaikan serban kepadanya dengan serban berwarna hitam”. (Atsar menurut Imam as-Suyuti adalah hasan)

Orang yang mempersoalkan hadis serban ialah orang yang membenci sunnah nabi. Orang yang membenci Nabi ialah orang yang membenci Allah. Astaghfirullah. Siapa yang benci sunnah nabi memakai serban, belilah mozek dua kotak. Kalau mati esok, jangan tanam di kbur Islam, wasiat pada anak supaya tanam di jirat cina.

Ahli Sejarah Islam terkenal iaitu Ibnu ‘Asakir (meninggal tahun 571 Hijrah) meriwayatkan Tarikhnya dari Imam Malik yang berkata;

أَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ أَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ بِنْجَابٍ الطِّيبِيُّ ، نَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ السَّرِيُّ ، نَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الأُوَيْسِيُّ الْمَدَنِيُّ ، قَالَ : قَالَ مَالِكٌ : لا يَنْبَغِي أَنْ تُتْرَكَ الْعَمَائِمُ ، وَلَقَدِ اعْتَمَمْتُ وَمَا فِي وَجْهِي شَعْرَةٌ ، وَلَقَدْ رَأَيْتُ فِي مَجْلِسِ رَبِيعَةَ بِضْعَةً وَثَلاثِينَ رَجُلا مُعْتَمًّا

Tidak sepatutnya ditinggalkan/diabaikan amalan memakai serban. Sesungguhnya saya memakai serban sejak belum tumbuh rambut di wajah saya (yakni belum bermisai dan berjanggut)”. (Dikeluarkan oleh al-Khatib al-Baghdadi)


WallahHu'Alam.

[sumber : weblog seifumd.blogspot.com

SERBAN 3 Hasta



SERBAN 7 Hasta


SERBAN 12 Hasta


sumber : weblog seifu



. .

~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~