Merenung Nikmat Allah
by Mohamed Ibrahim Maricar on Monday, August 22, 2011 at 8:44am
Merenung Nikmat Allah
"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya". [Yunus:100]
Renungkan seketika dan fikir kembali atas segala kurniaan nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita.
Allah s.w.t. berfirman :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)
Dan kerana itulah al-Quran selalu menyeru dan menyuruh kita agar memikirkan dan mengenali nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga, menghargainya, mengakui segala kurniaan kepada diri kita dan menunaikan segala kewajipan dengan mensyukuri dan memuji nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan Allah.
Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit.
Kita sering melihat manusia saling memuji apabila salah seorang di antara kita menghulurkan bantuan atau memberi derma kepada yang memerlukan. Tetapi di sebaliknya kebanyakan darinya tidak memberi pujian kepada yang lebih berhak dari mereka di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada manusia walaupun nikmat itu sangat besar dan berharga.
Sebaliknya segala kurniaan nikmat yang diberiNya banyak di kalangan kita menggunakannya ke arah keburukan dan membawa kepada menderhakaiNya. Kita tidak menyedari betapa bernilainya nikmat tersebut kepada kita dan setelah kehilangannya barulah ketika itu kita kembali kepada Allah dengan berdoa. Allah s.w.t. berfirman :
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)
Sesungguhnya di antara nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam. Allah s.w.t. berfirman:
”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma’idah: 3)
”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)
”Sesiapa mencari agama[panduan/ikutan] selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
(Ali-Imran: 85)
Sebahagian besar dari golongan kita tidak menyedari dan menghargai nikmat besar kerana mungkin mereka mewarisi Islam tanpa susah payah dan tidak berusaha untuk mengenal kebaikan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam adalah segala-galanya dan tiada bandingan dengan nikmat yang lain. Hanya dengannya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup maka kita perlu berusaha menjadi muslim yang sentiasa bersyukur kerana mendapat nikmat yang besar ini. Nikmat Islam adalah yang paling mahal dan tinggi nilainya kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke hari akhirat.
Sekali lagi kita cuba membayangkan bagaimanakah jika penglihatan kita rosak atau tidak berfungsi hingga mengganggu aktiviti harian kita? Sudah tentu segalanya akan terganggu dan terbatas. Di tambah pula dengan hilangnya pendengaran dan pita percakapan kita? Tanyalah iman kamu sejauh mana kesabaran dan keredhaan kamu terhadap apa yang menimpa kamu.
Dan Dialah(Allah) yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. [Al-Mu'minun (23) : 78]
Dengan ini marilah kita menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut ke arah kebaikan untuk mentaati Allah. Baca dan renungilah ayat-ayat suci ini dengan memuji Allah kerana kurniaan rahmat dari-Nya.
”Hai manusia, apakah yang memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.”
(Al-Infithar: 6-8)
SUDAHKAH KITA BERSYUKUR?
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya:"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.
Allah s.w.t. berfirman:
”Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)
Maka perlulah kita menyedari bahawa hidup kita di dunia ini adalah ujian, kadang-kadang kita diuji dengan kebaikan atau musibah.
”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenar-benarnya; Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya: 35)
Setelah kita berusaha mencari dan memikirkan nikmat-nikmat ini sudah pasti seterusnya adalah menjadikan ianya bekalan iaitu ma’rifah dan jasa Allah terhadap diri kita. Dengan adanya bekalan ini, dapatlah kita menjadikan ia sebagai pendorong untuk mentaati, memuliakan, mengagungkan dan mensyukuri dengan baik kepada Allah. Seandainya Allah tidak memberikan rahmat-Nya kepada hamba-Nya, maka nikmat-nikmat itu akan berubah menjadi bala yang menyebabkan kecelakaan kepada manusia dan mendorong ke arah penderhakaan.
Sesungguhnya mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda hampirnya dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah.
Wallahu Hu 'Alam.
Petikkan ~ http://www.facebook.com/notes/mohamed-ibrahim-maricar/merenung-nikmat-allah/228478023830257
~*~
Tanda-Tanda Orang Yang Bertaqwa
by Mohamed Ibrahim Maricar on Friday, August 19, 2011 at 10:12am
Taqwa berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
ياأيها الذين أمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا
Ertinya:'' Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.'' (At Tahrim:6)
Ittaqullah اتقوا الله membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/ pembenteng/ pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah ada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif atau berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya sebenar ialah 'hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara'. Perkataan ittaqullah ini setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid namun ramai yang tidak hakikat taqwa yang sebenar nya.
KEPENTINGAN TAQWA DALAM KEHIDUPAN
1. Taqwa adalah asas tertegaknya Islam dengan segala hukum-hakam dan syariatnya.2. Hati yang benar-benar dipenuhi dengan sifat taqwa ialah hati yang takut untuk melakukan perkara yang haram dan berusaha semestinya untuk memelihara perintah Allah (hudud Allah).
3. Taqwa boleh memelihara diri seseorang daripada terjebak dengan perkara yang hina dina dan kejahatan.
4. Taqwa adalah menjadi penghubung antara hamba dengan sang pencipta. Sentiasa muraqabah dan berhati –hati dalam semua tindak-tanduk. Sabar ketika kena bala, syukur ketika dapat nikmat dan sentiasa berzikir pagi-petang dan siang-malam.
KELEBIHAN TAQWA DAN KEDUDUKAN ORANG YANG BERTAQWA
1. Orang yang paling mulia di sisi Allah2. Orang yang dikasihi Allah.
3. Mendapat peliharaan Allah.
4. Dipermudah segala urusan dan dimurahkan rezeki.
SIFAT@CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAQWA
1. Melaksanakan segala kefarduan dan menjauhi perkara yang diharamkan.2. Memelihara hak manusia dan baik pergaulan dengan mereka.
3. Bersegera bertaubat dan tidak mengekali di atas maksiat.
4. Mengasihi dan mencintai Rasulullah saw
5. Memelihara lidah daripada menyakiti orang lain.
6. Muhasabah diri.
7. Lapang dada menerima teguran dan nasihat.
MARTABAT @ TINGKATAN TAQWA.
1. Memelihara diri daripada azab yang kekal abadi dengan membersihkan diri dari sebarang bentuk syirik (taqwa iktiqadi)2. Menjauhkan diri daripada perkara yang membawa kepada dosa sekalipun dosa kecil. (taqwa syariat). {{Sekiranya penduduk negeri beriman dan taqwa nescaya kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi.}} الأعراف: 96
3. Menyucikan sebersih-bersihnya batin hati daripada perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah. (taqwa hakiki) {{Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada Allah}} ال عمران : 102
HAKIKAT ORANG YANG BERTAQWA
1. Orang yang takut kepada Allah samada ketika seorang diri atau ketika bersama dengan manusia lain dan samada ketika bersunyian atau terang-terangan. Perkara ini berlaku kerana ia amat-amat sedar, insaf dan yakin betapa Allah ‘rapat’ , sangat memerhatikan, dan tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah samada dibumi mahupun dilangit atau dimana sahaja.2. Keyakinan yang sangat mendalam inilah membuatkan hati hamba rasa takut, malu dan tunduk daripada melakukan perkara kejahatan walaupun si hamba memiliki segala-segalanya daripada dunia ini daripada pangkat , kekayaan dan kemegahan.
BAGAIMANA MENGHASILKAN TAQWA
1. Ilmu2. Memelihara ibadah wajib dan membanyakkan ibadah sunat
3. Baca Quran dengan tadabbur (memahami dan merenungi ayat yang dibaca)
4. Banyakkan berdoa
5. Bersahabat dengan orang yang bertaqwa
6. Baca kisah-kisah orang yang bertaqwa
7. Tiada berlebih-lebihan dalam perkara harus
8. Menjauhi perkara yang syubuhat (tidak jelas kehalalan sesuatu)
9. Sentiasa mengingati saat yang cemas dan menakutkan berdiri sebagai hamba yang penuh dengan kelalain, kemaksiatan zahir dan batin di hadapan Allah zat yang maha suci daripada segala kekurangan lagi zat yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.
وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Dan Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.
[Luqman (31) : 22]
أللهم أغننى بالعلم وزينى بالحلم وأكرمنى بالتقوى و جملنى بالعافية
“ Ya Allah Ya Tuhanku! Kayakan daku dengan Ilmu, Hiasilah diriku dengan sopan santun, Muliakan daku dengan Taqwa dan Perindahkan daku dengan kesihatan”
Hasil tulisan Ustaz Muhammad Fuad Al-Jempoli
Petikkan ~ http://www.facebook.com/note.php?note_id=266408116703914
~*~*~*~
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
by Mohamed Ibrahim Maricar on Wednesday, August 10, 2011 at 9:31am
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan." (QS Al Anfaal : 24)
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika,
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan
penyakit yang membabitkan perut.”
Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan,
"4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu,
menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan."
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu:
(1) glukos darah tinggi
(2) Tekanan darah tinggi
(3) Lipid darah tinggi dan
(4) lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :
“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa
Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;Rasulullah S.A.W bersabda:
“Berpuasalah supaya kamu sihat.” HR Abu Naiim
Sabdanya lagi yg bermaksud,
“Puasa adalah pelindung”. HR Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :
مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang
walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut
sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)
Nabi S.a.w bersabda :
أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang
paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar
Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud;
“Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan :
‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :
“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan,
meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan
banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya,
hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya,
jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan
sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)
Setelah membawakan sebahagian hadits-hadits di atas, Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
Manfaat lapar untuk kesihatan hati
Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan,
maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan)
dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata,
"Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak :
Perut yang terlalu kenyang,
berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat,
tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan
panjang angan-angan.”
Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :
“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.
Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:
“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”
Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :
“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan
pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan
syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.
Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :
“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati,
kuatnya pemahaman,
lembutnya jiwa,
lemahnya nafsu dan kemarahan.
Sedangkan kenyang menyebabkan sebaliknya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :
“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :
“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”
Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :
“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”
Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :
“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”
Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :
“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”
Beliau juga berkata :“Sesiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”
Beliau berkata lagi :“Tidaklah HIKMAH itu berada di perut yang penuh.”
Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :
“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”
Berkata Abu Imran Al-Juwaini :
“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan
lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”
Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan
kunci akhirat adalah lapar, dan
pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah.
Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”
Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :
“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana
kenyang itu memberatkan badan,
menghilangkan kecerdasan,
membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya.
Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.
Seringnya Rasulullah makan tiga hari sekali sampai wafat bukan makan sehari tiga kali seperti budaya kita.
Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali
Semua ada enam iaitu:1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:
“Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
(al-Maidah: 42)
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya.
Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya.
Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Sesiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.
6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.
Penutup
Semoga kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih2 lagi bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin dari menghasut manusia dan adanya malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, masyaAllah. Semoga kita dapat beribadah dengan baik di malam tersebut dan dikurniakan oleh Allah pahala agar dapat terselamat kita semua dari nerakaNya, amiin.
Tidak lupa kepada para perokok2, bulan Ramadhan ini lah peluang anda untuk belajar berhenti menghisap rokok kerana di siang hari anda sudah tidak dapat hisap rokok. Dan jangan pula di malam harinya anda membalas dendam apa yang anda tidak boleh lakukan pada waktu siang itu. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi untuk membuang toksik / racun dalam badan anda.
Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi, maka insyaAllah anda tidak akan ketagih lagi.
Pengalaman saya sendiri, saya cuba melawan selama hampir sebulan sahaja untuk berhenti merokok dengan tidak menyentuhnya langsung. Selepas itu anda tidak akan rasa mahu merokok lagi malahan akan rasa muak dengan asap rokok kerana badan anda sudah tiada kandungan racun2 yang menyebabkan ketagihan itu.
Ketahuilah, ramai perokok yang sudah berjaya berhenti merokok pada bulan Ramadhan, maka saya harap kali ini giliran anda pula. Saya pun sudah hampir 3 tahun berhenti merokok dan insyaAllah saya sudah tidak mahu menyentuhnya lagi. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Selamat berhenti merokok kerana merokok boleh mendatangkan MUDARAT kepada anda segala penyakit yang merbahaya bukan sahaja kepada diri anda tetapi juga orang lain. Adakah anda mahu menanggung dosa terhadap orang lain itu? Mudah2an Allah membantu memudahkan usaha anda untuk berhenti merokok, Amiiin..!
Dan semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhai Allah.
sumber > https://hikmatun.wordpress.com/2008/08/31/hikmah-puasa-menjaga-kesihatan-dan-melawan-penyakit-rohani-dan-jasmani/#more-1439
Petikkan ~ http://www.facebook.com/note.php?note_id=257307267613999
http://www.scribd.com/fullscreen/53605402?access_key=key-g9vnrzxcma6bv38yrw6
HUBUNGAN KEBIASAAN MEROKOK DAN KELEMBABANRUMAH DENGAN KEJADIAN TB (TUBERCOLUSIS)
PARUDI WILAYAH KERJA PUSKESMAS IRING
MULYO KECAMATAN
METRO TIMUR
KOTA METRO TAHUN 2011
PARUDI WILAYAH KERJA PUSKESMAS IRING
MULYO KECAMATAN
METRO TIMUR
KOTA METRO TAHUN 2011
Oleh: FITRIANA DWI FIDIAWATINIM 08 330 018PROPOSAL
KARYA TULIS ILMIAHKEMENTERIAN KESEHATAN
REPUBLIK INDONESIAPOLITEKNIK KESEHATAN
TANJUNG KARANG
JURUSAN KESEHATAN
LINGKUNGAN
TAHUN 2011
3
BAB IPENDAHULUAN
A.
Latar Belakang
Kesehatan merupakan hak asasi manusia dan salah satu unsur kesejahteraan yang harus di wujudkan sesuai dengan cita-cita bangsa Indonesiasebagaimana dimaksud dalam Pancasila dan Pembukaan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945.Pembangunan kesehatan bertujuan untuk meningkatkan kesadaran,kemauan, dan kemampuan hidup sehat bagi setiap orang agar terwujud derajatkesehatan masyarakat yang setinggi-tingginya, sebagai investasi bagi pembangunan sumber daya manusia yang produktif secara sosial dan ekonomis(UU RI No. 36/09, II :(3)).Tuberkulosis adalah penyakit menular langsung yang disebabkan olehkuman Microbacterium Tuberculosis (TBC). Sebagian besar kuman TBCmenyerang paru, tetapi dapat juga mengenai organ tubuh lainnya. Kuman TBC ini berbentuk batang, mempunyai sifat khusus yaitu tahan terhadap asam pada pewarnaan. Oleh karena itu disebut juga sebagai basil tahan asam (BTA). KumanTBC cepat mati dengan sinar matahari langsung, tetapi dapat bertahan hidup beberapa jam di tempat yang gelap dan lembab. Dalam jaringan tubuh kuman inidapat dorman, tertidur lama selama bebrapa tahun. (Depkes RI, 2002 : 9)Menurut hasil Survei Kesehatan Rumah Tangga (SKRT) tahun 1995, penyakit TBC merupakan penyebab kematian nombor tiga setelah penyakit jantung.
Petikkan~ http://zulfadlianisyam.blogspot.com/2007/12/artikel-rokok-dan-tuberkulosis.html
Terbukti Berhubungan
http://www.ppti.info/index.php/component/content/article/46-arsip-ppti/144-rokokdantbcarif
. .
Rokok dan Tuberkulosis Paru
* Tjandra Yoga Aditama
TUBERKULOSIS (TB) dan kebiasaan merokok merupakan dua masalah besar dunia, dan keduanya merupakan agenda penting WHO dewasa ini. Keduanya juga merupakan semacam paduan dari gambaran penyakit menular penting (tuberkulosis paru) serta kebiasaan merokok yang banyak berhubungan dengan kejadian penyakit tidak menular, seperti penyakit jantung, asma, dan kanker paru. Yang kemudian jadi menarik karena ternyata ada hubungan antara kebiasaan merokok dengan penyakit infeksi, dalam hal ini tuberkulosis paru. Hal ini jadi amat penting khususnya bagi Indonesia yang merupakan penyumbang kasus TB ketiga terbanyak di dunia dan juga memiliki jumlah perokok nomor lima paling besar di dunia, dua "prestasi" yang tidak perlu kita banggakan!
Tuberkulosis
Dewasa ini sepertiga penduduk dunia telah terinfeksi tuberkulosis. Setiap tahun ada sekitar 8 juta penderita baru TB dan hampir 3 juta orang yang meninggal di seluruh dunia akibat penyakit ini. Paling sedikit satu orang akan terinfeksi TB setiap detik dan setiap 10 detik akan ada satu orang yang mati akibat TB di dunia. TB membunuh hampir dari satu juta wanita setahunnya, lebih tinggi dari kematian wanita akibat proses kehamilan dan persalinan dan TB membunuh 100.000 anak setiap tahunnya.
Khusus untuk Indonesia, data WHO baru-baru ini menunjukkan bahwa negara kita adalah penyumbang kasus terbesar ke tiga di dunia, setelah India dan Cina. Setiap tahunnya jumlah penderita baru TB menular adalah 262.000 orang dan jumlah seluruh penderita baru adalah 583.000 orang per tahunnya. Diperkirakan, sekitar 140.000 orang Indonesia yang meninggal setiap tahunnya akibat tuberkulosis ini.
Sampai hari ini belum ada satu negara pun di dunia yang telah bebas TB. Bahkan untuk negara maju, yang pada mulanya angka tuberkulosis telah menurun, tetapi belakangan angka ini naik lagi sehingga TB disebut sebagai salah satu reemerging disease. Untuk Indonesia TB bukanlah reemerging diseases. Penyakit ini belum pernah menurun jumlahnya di negara kita dan bukan tidak mungkin bahkan meningkat.
WHO menyatakan bahwa bila situasi penanggulangan TB tetap seperti sekarang ini maka jumlah kasus TB di dunia tahun 2020 akan meningkat menjadi 11 juta jiwa, artinya 200 juta kasus TB dalam dua dekade pertama abad 21 ini. Jumlah kasus TB akan terus meningkat, dari 8,8 juta kasus di tahun ini 1995 menjadi 10,2 juta kasus di tahun 2000 dan 11,9 juta kasus TB baru di tahun 2005.
Rokok
Pada tahun 600 sebelum Masehi, tanaman tembakau mulai ditanam di Amerika Serikat, dan pada tahun 1 penduduk Amerika mulai merokok. Sementara itu, di tahun 600, seorang filosof Cina bernama Fang Yizhi mulai menyebutkan bahwa kebiasaan merokok dalam jangka lama akan dapat merusak paru. Tahun 1729 tercatat sebagai tahun pertama ada aturan tertulis larangan merokok, yaitu di tempat-tempat ibadah di negara Bhutan. Pada tahun 1761 dilakukan studi pertama tentang dampak merokok yang dilakukan oleh John Hill. Di tahun 1950 diterbitkan 2 publikasi utama tentang hasil penelitian dampak merokok bagi kesehatan dan di tahun 1981 dilakukan penelitian besar tentang dampak merokok pasif oleh Hirayama di Jepang.
Sejarah panjang kebiasaan merokok di atas ternyata terus berlanjut. Dewasa ini di seluruh dunia diperkirakan terdapat 1,26 miliar perokok, lebih dari 200 juta di antaranya adalah wanita. Data WHO menyebutkan, di negara berkembang jumlah perokoknya 800 juta orang, hampir tiga kali lipat negara maju. Konsumsi rokok per kapitanya mencapai 1370 batang per tahun, dengan kenaikan 12 persen hingga tahun 2000. Setiap tahun tidak kurang dari 700 juta anak-anak terpapar asap rokok dan menjadi perokok pasif. Setiap tahun ada 4 juta orang yang meninggal akibat kebiasaan merokok, sekitar 70 persen di antaranya terjadi di negara-negara maju. Kerugian ekonomi akibat rokok setahunnya adalah tidak kurang dari 200 miliar dollar Amerika. Kalau tidak ada penanganan memadai, maka di tahun 2030 akan ada 1,6 miliar perokok (15 persen di antaranya tinggal di negara-negara maju), 10 juta kematian (70 persen di antaranya terjadi di negara berkembang) dan sekitar 770 juta anak yang menjadi perokok pasif dalam setahunnya. Dua puluh sampai 25 persen kematian di tahun itu dapat terjadi akibat rokok.
Setiap hari lebih dari 15 miliar batang rokok dihisap di dunia. Indonesia menduduki peringkat ke-5 dalam konsumsi merokok di dunia. Data terakhir yang dipublikasi WHO tahun 2002 menyebutkan bahwa Indonesia setiap tahunnya mengonsumsi 215 miliar batang rokok, nomor 5 di dunia setelah Cina (1.643 miliar batang), Amerika Serikat (451 miliar batang), Jepang (328 miliar batang), dan Rusia (258 miliar batang). Sekitar 20 persen pelajar SLTP di Jakarta adalah perokok.
Hubungan rokok & TB
Hasil penelitian ternyata menghubungkan kebiasaan merokok dengan terjadinya serta proses perjalanan penyakit tuberkulosis paru. Penelitian menunjukkan adanya hubungan bermakna antara prevalensi reaktifitas tes tuberkulin (tes untuk mengetahui seseorang terinfeksi TB) dan kebiasaan merokok. Mereka yang merokok 3-4 kali lebih sering positif tesnya, artinya 3-4 kali lebih sering terinfeksi TB daripada yang tidak merokok. Penelitian lain menunjukkan hubungan antara kebiasaan merokok dengan aktif tidaknya penyakit tuberkulosis, serta faktor risiko terjadinya tuberkulosis paru pada dewasa muda, dan terdapat dose-response relationship dengan jumlah rokok yang dihisap per harinya. Penelitian lain menemukan bahwa anak yang terpapar asap rokok (perokok pasif) ternyata juga lebih sering mendapat TB nantinya.
Juga ditemukan bahwa TB pada perokok lebih menular daripada penderita TB yang tidak merokok, kebiasaan merokok juga merupakan faktor dalam progresivitas tuberkulosis paru dan terjadinya fibrosis. Secara umum, perokok ternyata lebih sering mendapat TB dan kebiasaan merokok memegang peran penting sebagai faktor penyebab kematian pada TB. Kebiasaan merokok membuat seseorang jadi lebih mudah terinfeksi tuberkulosis, dan angka kematian akibat TB akan lebih tinggi pada perokok dibandingkan dengan bukan perokok. Di India tuberkulosis adalah salah satu penyebab utama kematian para perokok. Sekitar 20 persen kematian akibat tuberkulosis di India berhubungan dengan kebiasaan merokok mereka. Kita belum punya angka serupa untuk Indonesia, tetapi diperkirakan masalahnya tentu juga akan besar pula.
Mengapa merokok memperburuk tuberkulosis? Kebiasaan merokok akan merusak mekanisme pertahanan paru yang disebut muccociliary clearance. Bulu-bulu getar dan bahan lain di paru tidak mudah "membuang" infeksi yang sudah masuk karena bulu getar dan alat lain di paru rusak akibat asap rokok. Selain itu, asap rokok meningkatkan tahanan jalan napas (airway resistance) dan menyebabkan "mudah bocornya" pembuluh darah di paru, juga akan merusak makrofag yang merupakan sel yang dapat me-"makan" bakteri pengganggu. Asap rokok juga diketahui dapat menurunkan respons terhadap antigen sehingga kalau ada benda asing masuk ke paru tidak lekas dikenali dan dilawan. Secara biokimia asap rokok juga meningkatkan sintesa elastase dan menurunkan produksi antiprotease sehingga merugikan tubuh kita.
Pemeriksaan canggih seperti gas chromatography dan mikroskop elektron lebih menjelaskan hal ini dengan menunjukkan adanya berbagai kerusakan tubuh di tingkat bio molekuler akibat rokok.
Program bersama
Kebiasaan merokok meningkatkan angka kematian akibat TB sebesar 2,8 kali. Angka ini cukup tinggi bila dibandingkan dengan peran merokok untuk meningkatkan kematian akibat penyakit jantung iskemik (1,6 kali) dan penyakit serebrovaskuler/stroke (1,5 kali), walaupun memang jauh lebih rendah dari perannya mengakibatkan kematian akibat kanker paru yang 15 kali lebih sering pada perokok dibandingkan bukan perokok. Untuk Indonesia perlu dilakukan penelitian lebih lanjut antara kebiasaan merokok-khususnya kretek-dan tuberkulosis ini.
Sementara itu, perlu adanya program penanggulangan bersama antara TB dan rokok. Saat ini kita telah punya program penanggulangan TB paru yang secara umum ditangani pemerintah dengan dibantu masyarakat. Program ini telah lama dilaksanakan, telah lebih tertata, kendati sampai saat ini belum mampu juga menurunkan jumlah kasus TB secara berarti. Di pihak lain, program penanggulangan rokok bahkan tampaknya belum tertata jelas di negara kita. Seyogianya kedua program ini dapat saling memperkuat satu dengan lainnya. Efektivitas dan efisiensi sumber daya dapat lebih dijamin, mengingat asap rokok masuk tubuh melalui paru dan TB juga sebagian besar ada di paru. Penderita TB harus diminta untuk segera berhenti merokok.
Para perokok juga harus diminta segera berhenti merokok agar mereka tidak jatuh sakit-kebiasaan merokok berhubungan dengan 25 penyakit-termasuk mendapat TB. Kalau saja kita hanya berpangku tangan maka adanya hubungan saling memperkuat antara kebiasaan merokok dan tuberkulosis akan merusak derajat kesehatan masyarakat Indonesia.
Tjandra Yoga Aditama, Bagian Pulmonologi dan Kedokteran Respirasi FKUI/RS Persahabatan, Jakarta
Petikkan~ http://zulfadlianisyam.blogspot.com/2007/12/artikel-rokok-dan-tuberkulosis.html
Hubungan Rokok dan TBC
Banyak orang, terutama perokok, bakal menyangkal keras perselingkuhan antara rokok dan TBC. Percayalah, sudah banyak fakta mengungkapkan bahwa kebiasaan merokok dapat meningkatkan risiko TBC.
Fakta berbicara, tembakau merupakan penyebab kematian lima terbesar di dunia. Satu di antara 10 kematian orang dewasa di seluruh dunia disebabkan kebiasaan merokok (sekitar 5 juta kematian tiap tahun). Bila pola merokok ini terus berlanjut, sampai tahun 2020 diperkirakan akan ada 10 juta kematian.
Setidaknya kini lebih dari 1 miliar orang termasuk pemakai tembakau aktif (70 persen di antaranya berada di negara berpenghasilan rendah) di mana setengahnya akhirnya meninggal oleh tembakau. Tak heran, dalam 50 tahun ke depan diperkirakan 450 juta orang akan meninggal karena tembakau.
Selain itu, tembakau -sebutan lain rokok- merupakan faktor risiko keempat timbulnya semua jenis penyakit di dunia. Pemakaian tembakau merupakan penyebab utama kematian pada penyakit berat seperti penyakit paru obstruktif kronis (PPOK), kanker paru, aneurisma aorta, penyakit jantung koroner, kanker kandung kemih, kanker saluran pernapasan bagian atas, dan kanker pankreas.
Hasil survei tahun 2006 menyebutkan, di Indonesia jumlah seluruh perokok tak kurang dari 160 juta orang (hampir 70 persen dari populasi) dan sekitar 22,6 persen dari 3.320 kematian disebabkan penyakit yang berkaitan dengan kebiasaan merokok.
Kenyataan lain memperlihatkan kondisi memprihatinkan, lebih dari 45 juta anak (usia 0-14 tahun) tinggal bersama perokok. Padahal, anak-anak yang kerap terpapar asap rokok akan mengalami pertumbuhan paru yang kurang normal dan lebih mudah terkena infeksi saluran pernapasan serta penyakit asma.
Terbukti Berhubungan
Lalu, benarkah TBC berselingkuh dengan perokok? Jawabannya, tidak selalu benar, meski kecenderungannya ternyata cukup tinggi. Hal itu dibuktikan oleh beberapa penelitian, di antaranya seperti yang dilakukan Hsien-Ho Lin dan timnya dari Harvard School of Public Health, Amerika Serikat.
Lin menyatakan bukti hubungan antara kebiasaan merokok, perokok pasif, dan polusi udara di dalam ruangan dari kayu bakar dan batu bara terhadap risiko infeksi, penyakit, dan kematian akibat TBC. Dari sekitar 100 orang yang diteliti, ditemukan yang merokok tembakau dan menderita TBC sebanyak 33 orang, perokok pasif dan menderita TBC 5 orang, dan yang terkena polusi udara dan menderita TBC 5 orang.
Penelitian lain dilakukan di Afrika Selatan menunjukkan kaitan antara perokok pasif dan meningkatnya risiko infeksi Mycobacterium tuberculosis pada anak yang tinggal serumah dengan penderita TBC.
Dr. Saskia den Boon dari KNCV Tuberculosis Foundation di Belanda menulis hasil penelitian mereka dalam jurnal Pediatric edisi April 2007. Ia mengungkapkan tuberkulosis dan merokok merupakan dua masalah kesehatan masyarakat yang signifikan. Kaitan perokok pasif dan infeksi TBC pada anak menjadikannya bahan pemikiran yang sangat penting, mengingat tingginya prevalensi merokok dan tuberkulosis di negara berkembang.
Di India, merokok diperkirakan mampu membunuh hampir satu juta warganya di usia produktifnya pada 2010. Penelitian itu juga menunjukkan, kebiasaan tersebut menjadi penyebab utama kematian pada penderita TBC, penyakit saluran pernapasan, dan jantung.
Di Indonesia, sejauh ini memang belum ada penelitian resmi yang mengungkapkan "perselingkuhan" antara rokok dan TBC, tetapi fakta di lapangan dapat memberikan gambaran bahwa hubungan itu memang ada. Setidaknya prevalensi penderita TBC yang berobat di pusat pengobatan TBC RS Persahabatan yang punya kebiasaan merokok lebih besar dibandingkan yang tidak.
Dr. Tjandra Yoga Aditama, Sp.P(K). DTM&H, MARS, dari Departemen Kesehatan meyakini bahwa merokok terkait dengan kejadian TBC.
Rusak Pertahanan Paru
Studi pada pekerja perkebunan di California, AS, menemukan hubungan bermakna antara prevalensi reaktivitas tes tuberkulin dan kebiasaan merokok. Pada bekas perokok, hubungan ini lebih kuat daripada mereka yang masih merokok. Data lain menunjukkan hubungan antara kebiasaan merokok dengan tuberkulosis aktif, hasilnya hanya bermakna pada mereka yang telah merokok lebih dari 20 tahun.
Di AS, para perokok yang telah merokok 20 tahun atau lebih ternyata 2,6 kali lebih sering menderita TBC daripada yang tidak merokok. Kebiasaan merokok meningkatkan mortalitas akibat TBC sebesar 2,8 kali.
Angka ini cukup tinggi bila dibandingkan dengan rasio mortalitas pada penyakit jantung iskemik (1,6 kali) dan penyakit serebrovaskular (1,5 kali), walaupun memang jauh lebih rendah dari rasio mortalitas akibat kanker paru, yang 15 kali lebih sering pada perokok dibandingkan bukan perokok.
Kaitan ini bisa dijelaskan bahwa dengan racun yang dibawanya, rokok merusak mekanisme pertahanan paru-paru. Bulu getar dan alat lain dalam paru-paru yang berfungsi menahan infeksi rusak akibat asap rokok.
Asap rokok meningkatkan tahanan pelan napas (airway resistance). Akibatnya, pembuluh darah di paru mudah bocor. Juga merusak sel pemakan bakteri pengganggu dan menurunkan respon terhadap antigen, sehingga bila benda asing masuk ke dalam paru-paru, tidak ada pendeteksinya.
Berdasarkan hasil penelitian maupun survei, sebenarnya sudah cukup bukti "perselingkuhan" rokok dan TBC. Meski bagi perokok dan sebagian orang fakta ini tak berarti apa pun, cobalah lebih peduli dengan orang terdekat Anda.
Mungkin selama ini mereka yang sebenarnya menjadi korban "perselingkuhan" itu.
http://www.ppti.info/index.php/component/content/article/46-arsip-ppti/144-rokokdantbcarif
. .
No comments:
Post a Comment