QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

21 June, 2011

Buah Pinggang - Penjagaan

Buah Pinggang - Penjagaan

1. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan ianya terkawal. Pastikan anda berjumpa doktor secara berjadual, makan ubat ikut aturan dan menjaga diet seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

2. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan doktor yang merawat anda memeriksa darah utk “screening” bagi mengesan kerosakan awal buah pinggang. Ujian kencing juga diperlukan.

3. Pastikan paras kolesterol di dalam darah anda berada di paras yang normal supaya aliran darah yang lancar dan baik ke buah pinggang. Kolesterol yang tinggi akan menyempitkan saluran darah ke buah pinggang. Buatlah ujian kolesterol – “Fasting serum lipid” sebaik-baiknya setiap 3 bulan. Kurangkan pengambilan kolesterol dalam diet anda.

4. Minumlah air yang telah ditapis dalam kuantiti yang diperlukan.

5. Elakkan pengambilan ubat ubatan tanpa nasihat doktor…terutamanya elakkan pengambilan ubat-ubat tradisional dan ubat-ubat yang tak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. Segera berjumpa doktor sekiranya berlaku apa apa perubahan pada kencing anda….seperti sakit bila kencing, kencing tak puas dan kerap, kencing berubah warna, kencing berdarah dan lain lain.

7. Buatlah ujian darah “uric acid”; sebab paras uric acid yang tinggi di dalam darah akan memudahkan terbentuknya batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing.

8. Jangkitan saluran kencing hendaklah dirawat secara sempurna.

9. Elakkan tabiat menahan kencing dan tabiat kurang minum air bertapis.

10. Tanda tanda seumpama bengkak sekeliling mata dan muka terutamanya semasa bangun tidur diikuti dengan perubahan pada kencing….bersegeralah berjumpa doktor untuk dibuat ujian darah dan kencing bagi buah pinggang.

11. Penyakit buah pinggang secara congenital/ sejak kelahiran dan penyakit nephrotic syndrome yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, hendaklah dirawat secara berjadual mengikut temujanji.

http://www.klinikazmi.name.my/index.php?page=buah-pinggang---penjagaan
. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~